Sunday 28 November 2010

Besday Adam

Salam,

26 Nov 2010 - Aida jemput kami sekuaga ke rumah dia sebab nak celebrate besday anak sulong dia nama Adam . Besday anak dia dah lepas 21 Nov 2010 yg ke 7 tahun tapi Jumaat tu je yang dorang free. soo boleh la bergathering secara kecil kecilan. boleh la berjumpa jumpaan dengan Kak Lip, Abang Khir n femli. ye la Aida bizi dengan Phd dia. Jai pulak baru lepas menghabiskan Master dia. seronok tengok mereka suami isteri berlari lari belajar. hebat ! sambil berlari berlumba belajar di samping 3 orang anak yang sedang lasak membesar bukan sesuatu yang mudah. sangat tercabar minda, fizikal dan emosi. tahun lepas terserempak Aida kat Car Boot dengan mata yang cengkung, badan yang melidi, muka yang pucat sangat terkejut. lepas dia cerita hanya tidur DUA TIGA jam sehari hampir setiap malam (bukan 23 jam tau) baru lah aku sedar betapa gigihnya mereka menjalani hidup sebagai ibubapa, pelajar, surirumah 247 di perantauan. TAK MUDAH. dahsyat

Aida, Abg Khir dan kami sama2 UniKL cuma mereka UniKL MIAT. adik beradik UniKL la cubit peha kiri peha kanan terasa jugak. saling ambil berat dengan crita2 terkini UniKL. eg : elaun femli, tambang pulang dsb. rumah dia best arr besar. cuma build in wif Floor Board (lantai kayu) bila Winter mcm ni mak aih sejuk bedi. nak duduk kat lantai macam terangkat angkat punggung menahan kesejukkan. bila summer, lantai tu sesuai sebab sejuk je.

Anak anak happy la sebab dapat main PSP, PS2, PS3.. wah segala Play Station adaaa..dannn yang paling enjoy adalah DC .. kahkahkah.

pegi umah Aida pukul 6 petang. sebelum tu sempat lah aku menTESCO kan diri menyediakan bahan nak bawak pegi umah Aida. lepas Maghrib pukul 4 membikin hingga selesai pukul 6. then terus berdesuuuppp menTATANG ole-ole naik bas nak ke rumah Aida.


ni dah 3rd time buat FRUIT TARTLET. aku suka sangat sebab shell dia yang crunchy, kastard nya yang melt dalam mulut dan buah peach sweet. lagi sedap kalau letak strawbery dan buah kiwi yang masam. tapi buah tu kan mahal skit soo kita cut the budget pakai slice peach dalam tin. oleh sebab dia ni sedap binti delicious, proses nak membuat nya alahaiii RUMIT. berkecah kecah dapur al nak mengayakan pembuatan. tak hairan lah harga dia mahal kalau mendalah ni di jual kat Malaysia. al kisah buat shell dulu, then bancuh kastad pulak (pakai microwave), potong buah pulak susun atas dia. leceh yang banyak. but puas hati.


sebenarnya tart shell ni ada khas dia punya acuan. memandangkan aku berada jauh berjuta batu mana pulak nak di korek acuan nya. aku pon mandai mandai mengkreatifkan diri menggunakan acuan tin muffin dengan paper cup muffin lagi. hahaaa amik ko. udah besar lah jadik dia. tapi puas makan 2-3 ketul dah kenyang. dah sebab besar tak dapat lah buat banyak. dapat lah 20 ketul je. setengah adunan. OK la kan.

hilanglah keboringan selama 3 jam kat rumah Aida sambil boleh bertukar tukar stori pasal isu anak anak, isu sekolah, isu masak masak, isu UniKL. iskkk walau pon dorang tu student takkan dorang nak citer pasal paper conference, experiment tak jadi, hasil discussion dgn supervisor pulak dengan aku. kalau dorang citer yg tu aku ngisut lah mensilince kan diri. dengar boleh menyampuk dilarang. hahah.. kang lari tajuk.

Thanks Aida dan Jai dengan SUPER DUPER DELICIOUS nasi dagang hand made from anak jati Ganu neh. Alhamdulillah duduk UK pon dapat rasa nasi dagang tahu. fresh lagi. complete set gulai ikan tongkol gitu. yang kelakar Kak Lily wife abg Khir orang Kedah pon HANTU Nasi Dagang. aik ? pelik sungguh lah.

No comments: