Ada yang masih tak tahu? Maka ketahuilah yang aku kini dah
keja. keja?? Hehe. Keja laaa.. kembali ke alam sebelum Unpaid Leave. ramai Tanya .. BILA BALIK??
sengaja tak mewar warkan kat FB. lagipun tak dan nak announce sebab 4 hari sebelum balik tu line internet dah diputuskan secara paksa. line telepon rumah juga. hanya bergantung kepada henpon DC jek.
sengaja tak mewar warkan kat FB. lagipun tak dan nak announce sebab 4 hari sebelum balik tu line internet dah diputuskan secara paksa. line telepon rumah juga. hanya bergantung kepada henpon DC jek.
ini cerita nyaa..
Tepat jam 2.30 pm 31 Disember aku JEJAK KAKI kat Malaysia. Sebenarnya bukan jejak kaki tapi.. tayar kapal terbang yang jejak kat Tanah Melayu. Wah klasik bunyik kalo sebut tanah melayu. Bunyik yang urban skit Mesia laaa.. sejurus keluar dari pintu kapal terbang rasanyaaaa.. ARRHHHHHHHHHH LEGA..!!! SYUKUR ALHAMDULILLAH. Masih di beri kesempatan dan umur oleh yang maha Esa untuk menghirup udara tanah tumpah darah.
Cerita perjalanan pulak hadoiii.. tak larat nak cerita. Tak
setanding dengan kepenatan. penat tak terperi.
30 Dec 2011 jam 7 pagi yang tak berapa buta....
Berlungkus tumus terpacak kat Heathrow. Apa sebab nak berlungkus tumus. 24 hour sebelum tu aku tak tidur. Serius tak tidur .. bersekang mata mengemas last minit menyumbat barang barang nak bawak balik. Ye laa mana mana barang yang last minit pack tu macam periuk kuali yang amasih guna hari hari terakhir di bumi UK. Aku dengan slumbernya pack guna kotak. Kotak yang BELI bukan kotak FREE. Jenis tebal tahan koyak punya. Beli kat ebay. Sekali dengan postage 15 pound utk 15 keping. Sedang elok sais mcm sebesar beg. Susun dalam kotak pulak bukan boleh main campak campak. Kena selang seli dengan kain baju supaya benda benda fragile boleh selamat pecah. Manalah tahu kot kot kena baling dengan org yg angkat barang tu. At least selamat lah jugak.
30 Dec 2011 jam 7 pagi yang tak berapa buta....
Berlungkus tumus terpacak kat Heathrow. Apa sebab nak berlungkus tumus. 24 hour sebelum tu aku tak tidur. Serius tak tidur .. bersekang mata mengemas last minit menyumbat barang barang nak bawak balik. Ye laa mana mana barang yang last minit pack tu macam periuk kuali yang amasih guna hari hari terakhir di bumi UK. Aku dengan slumbernya pack guna kotak. Kotak yang BELI bukan kotak FREE. Jenis tebal tahan koyak punya. Beli kat ebay. Sekali dengan postage 15 pound utk 15 keping. Sedang elok sais mcm sebesar beg. Susun dalam kotak pulak bukan boleh main campak campak. Kena selang seli dengan kain baju supaya benda benda fragile boleh selamat pecah. Manalah tahu kot kot kena baling dengan org yg angkat barang tu. At least selamat lah jugak.
Malam sebelum tu tak tidur. Takut terlajak bangun nanti
nahas pulak. Macam nak patah riuk tulang belulang mengemas. Nampak macam tak
banyak. Rupanya banyak gila barang. Sampai rasa nak nangis sbb banyak jugak brg
terpaksa tinggal sebab muatan terlebih. Akibat dari sopping last minit beli.
Muatan dibenarkan utk kami berenam hanya 180 kilo je. Timbang punya timbang
setiap kotak dan beg besar dah sampai 200 kg lebih. Hadoiii..
Berat tu termasuk 4 buah kotak besar dan 3 beg gila besar.
Belum hand luggage lagi.
Pukul 6 pagi dah sedia pegi Heathrow. Masa DC hantar barang
dulu sebab kereta tak muat utk bawak kami sekali, aku masih lagi mengemas.
Masukkan lagi sumbat sumbat dlm hand luggage tudung tudung baju baju yang kecik
kecik. Sigh! Padahal Heathrow dari rumah hanya 15 minit jek.
Minggu akhir tu ramai kengkawan yang datang rumah jumpa buat
kali terakhir termsuklah kawan DC.. Sham Ganu sefemli dari Reading, Kak Zuhanis
n femli (UniKL BMI) dari Bristol, Dijah n Shan sefemli, Izuan n Shamsul
sefemli, Ain dan Fizan dan Nabilah comel siap bawak Pizza lagi you!, Aida dan
Jai. Aku plak bila kengkawan dan datang rumah bertali arus berpas batton
mulalah keja ngemas ngepack barang terhenti. Sronok sangat layan borak. Maklom
la mulut macam pop corn. Hahaha..
Sempat celebrate besday Wida pd 25 Dec 2011 malam tu. Beramai
ramai geng bujang melepak. Menghabiskan sisa sisa kemeriahan di perantauan. Rumah
aku meriah sokmo. Tak sunyi lah.
Tambah pulak lagi Fath dan Yati serta 2 anak dorang sewa
bilik bwah utk sebulan yang terakhir dan seterusnya dapat duduk terus kat situ.
Fath pun buat PhD kat Brunel Uni untuk 3 tahun seterusnya. Rumah aku sewa tu
tidak la seenglish macam rumah orang lain. Dan tak seperfect rumah yang lain.
Kelebihannya dekat gilak dengan University dan Sekolah serta Town Centre.
Kiranya lokasi strategic la.
Malam sebelum berlepas tu geng bujang beramai ramai semua
sleepover kat rumah aku. Melayan kerenah anak anak dan menghabiskan masa
bersama mak tiri dorang ni (aku le). Sama sama tak tidur jugak. Dah le si
Byron, Nisa dan Zatul baru balik bercoti dari Scotland. Balik Hall (asrama)
kejap then terus lepaking kat rumah aku. Kelat kelat kemerahan mata memasing
nahan tido.
pagi tu, lepas trip hantar beg .. Fath dan Byron jaga beg
kat Heathrow. DC balik smula amek kami sekuaga. Anak anak pulak malam tu semua
tido hampir 4 pagi. Pastu pukul 6 dah kena bangun siap siap memasing liat lah
apa lagi. Meleleh peluh jantan di musim sejuk lah aku pagi tu. Aku sendiri tak
dan nak pakai bedak pun. Tudung pun main sambar je mana ada. Nasib ada tudung
hitam tersadai kat tepi pintu.
Sampai Heathrow Airport terus pegi check in. masa check pun
berpeluh jugok sebab tak boleh nak key in nama anak anak pasai nama anak
panjang sangat. Dah le ramai anak. Kihkih. Sekali check in barang tengok tengok
lepas je semua 4 kotak dan 3 beg besar dengan semudah ABC. Tu sumer 200kg lebih
tuuu. Kalau tahu lah ku bawak semua sisa barang yg masih tinggal. DC akan balik
semua nanti ke sana utk ambik semua barang yang tinggal. Tarikh dan masa belum
tentu lagi.
Masa nak masuk check in balai berlepas sedih syahdu jugak.
Serius SYAHDU bila ngenangkan pahit manis derita suka duka kat perantauan orang
bersama DC dan 4 anak anak kami. Sedih juga tinggalkan adik adik junior. Dah
takde tempat dorang nak bermanja (cewah) mangadu rindu, berlepakan macam rumah
sendiri. Tengok muka sorang sorang semua kelat. Ade ke patut tak kasik aku
balik. Tak tahu ke yang haku ni punya lah nak balik yang tak terhingga.
Perhhhh.. hahaha. Harap harap senior yang masih tinggal boleh la dorang
menumpang kasih. Mungkin tak sama macam aku yang slumberland je sound sound
dorang marah marah borak borak masak masak ketawa terbahak bahak, slumber suruh
dorang kemas rumah aku. Kihkihkih. Peluk erat erat mereka yang turut serta
temankan kami kat Heathrow. Mungkin pelukan terakhir dan mungkin juga ada
pelukan lagi selepas itu tapi lokasi yang beza. Syahdu sungguh. Tanpa sedar
berjuraian airmata. Menambahkan bengkak mata yang dah sedia bengkak sebab tak
tido. Punya nak cover airmata. Aku nangis sambil ketawa. Ce ko bayang.
Lalalalalaaaa
Masuk masuk balai berlepas sempat soping lagi kat Harrods. Kikiki eh murah kata ko bila dah masuk tu sebab duty free mungkin. Tak la banyak sangat murohnya. BUT boleh laaaa ..Alaahh beli kiriman orang. Kirim yang disertakan duit. Huhu.. maka bergayutan pelesetik harrods sana sini dengan hand luggage tambah pulak tolak stroller Puteri baby tua yang takmo jalan. Adoii laa.
Dalam flight dah terbayang nak qada’ tido sebanyak yang
banyak. Ingatkan dapat rehat wal rest. Rupanya tidakkk.. Puteri dan Hariz tido.
Hakim Hazim tak tido. Kejap kejap
makanan sampai. Kang kalau tak makan kebulor pulak. Menggigil usus. Lagipun dah
bayo rugi pulok tak makan. Maka, kena makannn!
Flight kami transit kat Bahrain. Punya lama gilaaa… 7 jam !!
memula kuar tu macam best lah jugok. Sebab.... waaaaaa airport Negara lain la katakann.
Impress la konon. Dengan tulisan jawi
bahasa arab lak tu. Banyak jual jubah abaya selendang. Tengok harga..? GULP!
Stakat keychain n teseet bole la di layangkan saki baki pound yang tinggal.
Boleh guna pound tapik bakinya di pulangkan dalam bentuk Bahrain Riyal. Letih
ronda ronda sampai dah hapal kedai maka melepaks la kitorang kat waiting area
yang sangat strategic. Iya benar strategic. Dekat dengan water dispenser air panas,
dekat dengan toilet. Habis kitorang conquer tempat menunggu tu lepak bersekali
dengan harta karun yang di usung kulu kilir.
Alang alang dah dekat dengan water
dispenser tuuu.. apa lagi. Siap masak maggie 3-4 bungkus, bancurh quacker oat
untuk aku, potong buah buahan. Semua makanan kering yang dibawak dari London
kami santap. Slumber je buat muka tak malu. Habis makanan yg bawak. Beli Mc
Donald pulak. Dah kenyang tidur pulak. Tidur tidur ayam sambil tengok anak anak
lari kesan kemari menghabiskan bateri. Sejuk lak tu tempat tu kejap kejap
melawat toilet.
Sampai letih badan dari jam 7 petang nak nyampaikan pukul 2
pagi. Bateri anak anak pun dah blink blink keluar lampu. Memasing dah keboringan
kepenatan kemengantukan. Mulalah macam macam aksi yang keluar. Sampai adegen
Hariz terkencing dalam seluar pun ada jugak sebab toilet penuh sangat dengan
pelancong senasib. Mujur bawak baju spare. Puteri tu nak sampaikan ke KLIA
adalah 3 pasang baju bersolan salin. Adehhhh..
Naik balik flight dari Bahrain ke KLIA pun sama jugak. Bukan
dapat berehat. Anak anak tak cukup tidur habis mengamuk ngamuk dalam flight.
Terutama Hariz dan Puteri. Berdenyut denyut kepala. Sebab terlalu penat dapat
jugak kami tidur. Bila dapat nyenyak tu sampai bergema bunyik dengkur DC ekekekee.
Habis semua penumpang dihidangkan dengan pencemaran bunyik. HAHAHAH. Nak wat
guana bila dah letih apa pun tak sedar dah. Aku kejut pun tak terjaga dia. At
last aku malas biarkan je laa.. hihihi
Bila dengar je pengumuman en pilot kata dah landing kat KLIA.
PERGHHHHHHH tak terkata perasaan gumbiranya. Nasib katebang tu kechiek. Kalo
dak haku dah melompat tinggi tinggi. YEAYYYYY !!! Alhamdulillah. Syukur sangat
sangat kepada Illahi.
Punya la excited terasa jauh pulak tmpat landing katerbang
dengan airport. Puteri sampai muntah muntah lah pasal mabuk agaknya. Kuar je
katebang sume gelupur kepanasan. Hahaha. Yela kat UK kan tengah sejuk membedi.
Tetiba kuar bahanggggg je rasa. Apa pun bahang kepanasan Malaysia aku tetap
LIKE MORE.. huhu
Tunggu barang dan beg sampai kat conveyer KLIA punya la lama. DC le
sorang kena angkat sendiri kotak kotak dan beg besau besau naik trolley.
abishh sape nak buat? aku ? aku tukang tengok je le..
Selesai urusan barang. Barulah dapat berjalan tuju kat pintu kuar sana. Kepala terjengguk jenguk adik beradik, mak abah yang tunggu. Nampak adik Ehsan tengah amek gambo kitorang yang terkedek kedek jalan tuju pintu kuar. Tak lama tu aku Nampak mak! Terus peluk mak ketat ketat sampai jurai jurai nangis. Dapat bau badan mak arhhhhh lega rasa. Sedih sebak gembira. Pastu baru salam yang lain lain. Kak Yah (kakak DC) dan anak anak serta cucu kak yah. Salam abah (abah DC). Tak sangka abah datang. Sebab kabarnya abah dan mak tak sihat. Dah tua tak larat nak jalan. Kak Yah kata abah nak jugak pegi KLIA tunggu kami.
Selesai urusan barang. Barulah dapat berjalan tuju kat pintu kuar sana. Kepala terjengguk jenguk adik beradik, mak abah yang tunggu. Nampak adik Ehsan tengah amek gambo kitorang yang terkedek kedek jalan tuju pintu kuar. Tak lama tu aku Nampak mak! Terus peluk mak ketat ketat sampai jurai jurai nangis. Dapat bau badan mak arhhhhh lega rasa. Sedih sebak gembira. Pastu baru salam yang lain lain. Kak Yah (kakak DC) dan anak anak serta cucu kak yah. Salam abah (abah DC). Tak sangka abah datang. Sebab kabarnya abah dan mak tak sihat. Dah tua tak larat nak jalan. Kak Yah kata abah nak jugak pegi KLIA tunggu kami.
Abah kata “abah nak jumpa cucu cucu abah yang dah 3 tahun
tak jumpa” rindu sangat agaknya. Sebak dengar. Kesian abah jalan lambat je dari
tempat duduk nak pegi kat kitorang. Lutut dia sakit sangat.
Mak (Mak DC) tak dapat nak datang sebab tak
sihat sangat.
Mak aku datang Supi bawak.
Supi kata “dari pukul 1 kitorang dah sampai”
Sambil sengih aku cakap “aik awalnya, kami pun belum
mendarat lagi” “itulaaa mak tak sabar sabar nak datang jumpa anak menantu cucu
cucu” mak siap kata “nanti dorang dah keluar tak nampak kita” kikikiki mak.. makk
excited rupanya. Akak aku dan anak nya pun join sekali. Kak Yah yang jaga
kereta NazaCitra kami. Soo kereta memasing kena arrange balik sebab nak bwak barang
barang kami tak muat. At last keta Citra bawak kotak kotak, aku dan Puteri.
Anak anak lain naik kereta Intan. Beg besar naik bonet keta Supi.
Kami terus ke Food Court kat Highway. Wahhh apa lagi memacam
nak order. Satey la. Mee Kari Mee Udang Nasi Ayam. Lepas geram. Abah DC belanja
makan apa je nak. Hoyeh. Tengahari kami terus balik kampong DC kat Felda
Soeharto…
Apa
jadik kat Felda Soeharto??? BERSAMBUNG... ;)
9 comments:
owwhh..dah balik rupanya :-))
Selamat menempuh 'hidup baru' (ucapan terleawat 2 bln)..lepas ni rerajin update lagi okayy :-))
Adoi bgenang2 airmata sy smpi part ending..mst seronok dn lega dpt peluk mak n jmp ayah kan..tu yg penting skali..atok n nenek pon mmg memendam je rindu kt ank cucu menantu kan..datang jgk derg tgu akk sekeluarga kt klia..such a beautiful moment. :)
Alhamdulillah...dah kembali ke tanah air...
Salam Fida
Sedang "jalan2" carik citer pasal cuti2 ke UK, terjumpa u punya blog... + Best bace citer2 kat blog ni...
my 2 cents... mungkin sb warna tulisan u guna "white color " susah seket I nak scroll untuk pilih dan baca citer2 lalu....tak nampak jelas....dgn wall paper berbunga!!
BTW...akan ke sini lagik..
Cheers..
Salam...terjumpa blog ni jgk while surfing info of brunel.
ada nak tanya few question sketla kt akak,,bleh bg email address??
thanks.....
kak. Bro DC nyer kampung kat felda soeharto? sama ngan cikgu saye siti hajar AF!
I enjoy reading an article that can make people think. Also, thank you for permitting me to comment!
Feel free to surf to my blog Registry Cleaners
Excellent beat ! I ωoulԁ like to apprentice while you
amend youг wеbsite, how сoulԁ і ѕubsсгibе for а blog site?
The account aiԁеԁ me a aссeptablе ԁeal.
І had bеen a little bit acquaintеԁ of this youг brοаdcast
offered bright clеаr idea
Fееl freе tο ѕurf to my wеbpage :: payday
Thanks for sharing your thoughts about how to get rid of pimples.
Regards
Here is my web-site :: makeup tips brown skin
Post a Comment