Wednesday, 22 February 2012

Hari hari terakhir di UK


Ada yang masih tak tahu? Maka ketahuilah yang aku kini dah keja. keja?? Hehe. Keja laaa.. kembali ke alam sebelum Unpaid Leave. ramai Tanya .. BILA BALIK??

sengaja tak mewar warkan kat FB. lagipun tak dan nak announce sebab 4 hari sebelum balik tu line internet dah diputuskan secara paksa. line telepon rumah juga. hanya bergantung kepada henpon DC jek. 

ini cerita nyaa..
Tepat jam 2.30 pm 31 Disember aku JEJAK KAKI kat Malaysia. Sebenarnya bukan jejak kaki tapi.. tayar kapal terbang yang jejak kat Tanah Melayu. Wah klasik bunyik kalo sebut tanah melayu. Bunyik yang urban skit Mesia laaa.. sejurus keluar dari pintu kapal terbang rasanyaaaa.. ARRHHHHHHHHHH LEGA..!!! SYUKUR ALHAMDULILLAH. Masih di beri kesempatan dan umur oleh yang maha Esa untuk menghirup udara tanah tumpah darah.
Cerita perjalanan pulak hadoiii.. tak larat nak cerita. Tak setanding dengan kepenatan. penat tak terperi.

30 Dec 2011 jam 7 pagi yang tak berapa buta....
Berlungkus tumus terpacak kat Heathrow. Apa sebab nak berlungkus tumus. 24 hour sebelum tu aku tak tidur. Serius tak tidur .. bersekang mata mengemas last minit menyumbat barang barang nak bawak balik. Ye laa mana mana barang yang last minit pack tu macam periuk kuali yang amasih guna hari hari terakhir di bumi UK. Aku dengan slumbernya pack guna kotak. Kotak yang BELI bukan kotak FREE. Jenis tebal tahan koyak punya. Beli kat ebay. Sekali dengan postage 15 pound utk 15 keping. Sedang elok sais mcm sebesar beg. Susun dalam kotak pulak bukan boleh main campak campak. Kena selang seli dengan kain baju supaya benda benda fragile boleh selamat pecah. Manalah tahu kot kot kena baling dengan org yg angkat barang tu. At least selamat lah jugak.
Malam sebelum tu tak tidur. Takut terlajak bangun nanti nahas pulak. Macam nak patah riuk tulang belulang mengemas. Nampak macam tak banyak. Rupanya banyak gila barang. Sampai rasa nak nangis sbb banyak jugak brg terpaksa tinggal sebab muatan terlebih. Akibat dari sopping last minit beli. Muatan dibenarkan utk kami berenam hanya 180 kilo je. Timbang punya timbang setiap kotak dan beg besar dah sampai 200 kg lebih. Hadoiii..
Berat tu termasuk 4 buah kotak besar dan 3 beg gila besar. Belum hand luggage lagi.
Pukul 6 pagi dah sedia pegi Heathrow. Masa DC hantar barang dulu sebab kereta tak muat utk bawak kami sekali, aku masih lagi mengemas. Masukkan lagi sumbat sumbat dlm hand luggage tudung tudung baju baju yang kecik kecik. Sigh! Padahal Heathrow dari rumah hanya 15 minit jek.
Minggu akhir tu ramai kengkawan yang datang rumah jumpa buat kali terakhir termsuklah kawan DC.. Sham Ganu sefemli dari Reading, Kak Zuhanis n femli (UniKL BMI) dari Bristol, Dijah n Shan sefemli, Izuan n Shamsul sefemli, Ain dan Fizan dan Nabilah comel siap bawak Pizza lagi you!, Aida dan Jai. Aku plak bila kengkawan dan datang rumah bertali arus berpas batton mulalah keja ngemas ngepack barang terhenti. Sronok sangat layan borak. Maklom la mulut macam pop corn. Hahaha.. 

Sempat celebrate besday Wida pd 25 Dec 2011 malam tu. Beramai ramai geng bujang melepak. Menghabiskan sisa sisa kemeriahan di perantauan. Rumah aku meriah sokmo. Tak sunyi lah. 

Tambah pulak lagi Fath dan Yati serta 2 anak dorang sewa bilik bwah utk sebulan yang terakhir dan seterusnya dapat duduk terus kat situ. Fath pun buat PhD kat Brunel Uni untuk 3 tahun seterusnya. Rumah aku sewa tu tidak la seenglish macam rumah orang lain. Dan tak seperfect rumah yang lain. Kelebihannya dekat gilak dengan University dan Sekolah serta Town Centre. Kiranya lokasi strategic la.

Malam sebelum berlepas tu geng bujang beramai ramai semua sleepover kat rumah aku. Melayan kerenah anak anak dan menghabiskan masa bersama mak tiri dorang ni (aku le). Sama sama tak tidur jugak. Dah le si Byron, Nisa dan Zatul baru balik bercoti dari Scotland. Balik Hall (asrama) kejap then terus lepaking kat rumah aku. Kelat kelat kemerahan mata memasing nahan tido.

pagi tu, lepas trip hantar beg .. Fath dan Byron jaga beg kat Heathrow. DC balik smula amek kami sekuaga. Anak anak pulak malam tu semua tido hampir 4 pagi. Pastu pukul 6 dah kena bangun siap siap memasing liat lah apa lagi. Meleleh peluh jantan di musim sejuk lah aku pagi tu. Aku sendiri tak dan nak pakai bedak pun. Tudung pun main sambar je mana ada. Nasib ada tudung hitam tersadai kat tepi pintu.

Sampai Heathrow Airport terus pegi check in. masa check pun berpeluh jugok sebab tak boleh nak key in nama anak anak pasai nama anak panjang sangat. Dah le ramai anak. Kihkih. Sekali check in barang tengok tengok lepas je semua 4 kotak dan 3 beg besar dengan semudah ABC. Tu sumer 200kg lebih tuuu. Kalau tahu lah ku bawak semua sisa barang yg masih tinggal. DC akan balik semua nanti ke sana utk ambik semua barang yang tinggal. Tarikh dan masa belum tentu lagi.

Masa nak masuk check in balai berlepas sedih syahdu jugak. Serius SYAHDU bila ngenangkan pahit manis derita suka duka kat perantauan orang bersama DC dan 4 anak anak kami. Sedih juga tinggalkan adik adik junior. Dah takde tempat dorang nak bermanja (cewah) mangadu rindu, berlepakan macam rumah sendiri. Tengok muka sorang sorang semua kelat. Ade ke patut tak kasik aku balik. Tak tahu ke yang haku ni punya lah nak balik yang tak terhingga. Perhhhh.. hahaha. Harap harap senior yang masih tinggal boleh la dorang menumpang kasih. Mungkin tak sama macam aku yang slumberland je sound sound dorang marah marah borak borak masak masak ketawa terbahak bahak, slumber suruh dorang kemas rumah aku. Kihkihkih. Peluk erat erat mereka yang turut serta temankan kami kat Heathrow. Mungkin pelukan terakhir dan mungkin juga ada pelukan lagi selepas itu tapi lokasi yang beza. Syahdu sungguh. Tanpa sedar berjuraian airmata. Menambahkan bengkak mata yang dah sedia bengkak sebab tak tido. Punya nak cover airmata. Aku nangis sambil ketawa. Ce ko bayang. Lalalalalaaaa



Masuk masuk balai berlepas sempat soping lagi kat Harrods. Kikiki eh murah kata ko bila dah masuk tu sebab duty free mungkin. Tak la banyak sangat murohnya. BUT  boleh laaaa ..Alaahh beli kiriman orang. Kirim yang disertakan duit. Huhu.. maka bergayutan pelesetik harrods sana sini dengan hand luggage tambah pulak tolak stroller Puteri baby tua yang takmo jalan. Adoii laa.
Dalam flight dah terbayang nak qada’ tido sebanyak yang banyak. Ingatkan dapat rehat wal rest. Rupanya tidakkk.. Puteri dan Hariz tido. Hakim Hazim tak tido. Kejap  kejap makanan sampai. Kang kalau tak makan kebulor pulak. Menggigil usus. Lagipun dah bayo rugi pulok tak makan. Maka, kena makannn!

Flight kami transit kat Bahrain. Punya lama gilaaa… 7 jam !! 
memula kuar tu macam best lah jugok. Sebab.... waaaaaa airport Negara lain la katakann.  Impress la konon. Dengan tulisan jawi bahasa arab lak tu. Banyak jual jubah abaya selendang. Tengok harga..? GULP! Stakat keychain n teseet bole la di layangkan saki baki pound yang tinggal. Boleh guna pound tapik bakinya di pulangkan dalam bentuk Bahrain Riyal. Letih ronda ronda sampai dah hapal kedai maka melepaks la kitorang kat waiting area yang sangat strategic. Iya benar strategic. Dekat dengan water dispenser air panas, dekat dengan toilet. Habis kitorang conquer tempat menunggu tu lepak bersekali dengan harta karun yang di usung kulu kilir.

 Alang alang dah dekat dengan water dispenser tuuu.. apa lagi. Siap masak maggie 3-4 bungkus, bancurh quacker oat untuk aku, potong buah buahan. Semua makanan kering yang dibawak dari London kami santap. Slumber je buat muka tak malu. Habis makanan yg bawak. Beli Mc Donald pulak. Dah kenyang tidur pulak. Tidur tidur ayam sambil tengok anak anak lari kesan kemari menghabiskan bateri. Sejuk lak tu tempat tu kejap kejap melawat toilet.

 Sampai letih badan dari jam 7 petang nak nyampaikan pukul 2 pagi. Bateri anak anak pun dah blink blink keluar lampu. Memasing dah keboringan kepenatan kemengantukan. Mulalah macam macam aksi yang keluar. Sampai adegen Hariz terkencing dalam seluar pun ada jugak sebab toilet penuh sangat dengan pelancong senasib. Mujur bawak baju spare. Puteri tu nak sampaikan ke KLIA adalah 3 pasang baju bersolan salin. Adehhhh..


Naik balik flight dari Bahrain ke KLIA pun sama jugak. Bukan dapat berehat. Anak anak tak cukup tidur habis mengamuk ngamuk dalam flight. Terutama Hariz dan Puteri. Berdenyut denyut kepala. Sebab terlalu penat dapat jugak kami tidur. Bila dapat nyenyak tu sampai bergema bunyik dengkur DC ekekekee. Habis semua penumpang dihidangkan dengan pencemaran bunyik. HAHAHAH. Nak wat guana bila dah letih apa pun tak sedar dah. Aku kejut pun tak terjaga dia. At last aku malas biarkan je laa.. hihihi
Bila dengar je pengumuman en pilot kata dah landing kat KLIA. PERGHHHHHHH tak terkata perasaan gumbiranya. Nasib katebang tu kechiek. Kalo dak haku dah melompat tinggi tinggi. YEAYYYYY !!! Alhamdulillah. Syukur sangat sangat kepada Illahi.
Punya la excited terasa jauh pulak tmpat landing katerbang dengan airport. Puteri sampai muntah muntah lah pasal mabuk agaknya. Kuar je katebang sume gelupur kepanasan. Hahaha. Yela kat UK kan tengah sejuk membedi. Tetiba kuar bahanggggg je rasa. Apa pun bahang kepanasan Malaysia aku tetap LIKE MORE.. huhu

Tunggu barang dan beg sampai kat conveyer KLIA punya la lama. DC le sorang kena angkat sendiri kotak kotak dan beg besau besau naik trolley. abishh sape nak buat? aku ? aku tukang tengok je le..

Selesai urusan barang. Barulah dapat berjalan tuju kat pintu kuar sana. Kepala terjengguk jenguk adik beradik, mak abah yang tunggu. Nampak adik Ehsan tengah amek gambo kitorang yang terkedek kedek jalan tuju pintu kuar. Tak lama tu aku Nampak mak! Terus peluk mak ketat ketat sampai jurai jurai nangis. Dapat bau badan mak arhhhhh lega rasa. Sedih sebak gembira. Pastu baru salam yang lain lain. Kak Yah (kakak DC) dan anak anak serta cucu kak yah. Salam abah (abah DC). Tak sangka abah datang. Sebab kabarnya abah dan mak tak sihat. Dah tua tak larat nak jalan. Kak Yah kata abah nak jugak pegi KLIA tunggu kami.
Abah kata “abah nak jumpa cucu cucu abah yang dah 3 tahun tak jumpa” rindu sangat agaknya. Sebak dengar. Kesian abah jalan lambat je dari tempat duduk nak pegi kat kitorang. Lutut dia sakit sangat.
Mak (Mak DC) tak dapat nak datang sebab tak sihat sangat.
Mak aku datang Supi bawak.
Supi kata “dari pukul 1 kitorang dah sampai”
Sambil sengih aku cakap “aik awalnya, kami pun belum mendarat lagi” “itulaaa mak tak sabar sabar nak datang jumpa anak menantu cucu cucu” mak siap kata “nanti dorang dah keluar tak nampak kita” kikikiki mak.. makk excited rupanya. Akak aku dan anak nya pun join sekali. Kak Yah yang jaga kereta NazaCitra kami. Soo kereta memasing kena arrange balik sebab nak bwak barang barang kami tak muat. At last keta Citra bawak kotak kotak, aku dan Puteri. Anak anak lain naik kereta Intan. Beg besar naik bonet keta Supi.
Kami terus ke Food Court kat Highway. Wahhh apa lagi memacam nak order. Satey la. Mee Kari Mee Udang Nasi Ayam. Lepas geram. Abah DC belanja makan apa je nak. Hoyeh. Tengahari kami terus balik kampong DC kat Felda Soeharto…

Apa jadik kat Felda Soeharto??? BERSAMBUNG... ;)