Showing posts with label Kisah Puasa dan Raya. Show all posts
Showing posts with label Kisah Puasa dan Raya. Show all posts

Monday, 22 November 2010

Open House Aidil Adha

ini cerita hari Ahad (21 November 2010)

pagi ahad yang santai dikejutkan dengan lagu ntah apa lagu kat tipon DC. menterkejutkan bunyiknya. lepas DC bla..bla..bla.. lepas tekan buton merah dia terus kata "kak Lip jemput ke rumah. jom bersiap" BILA?? kata aku. lepas zohor. aik bukan ke zuhur 11.40 pagi. awalnya.. ehh K.Lip kata dalam pukul 1-2. tu laaa ingat ni zuhur Malaysia ke. OK la kalau pukul 1-2 sempat lagi la nak memBIKIN kek. dia jemput tak ramai katanya. yang duduk dekat dekat dengan rumah dia je. Malaysia la. kitorang pon paham dia menyewa Studio Room je. Studio Room tu situ lah Bilik tido. situ lah ruang tamu. bilik kecil untuk dapur dan bilik sederhana untuk toilet. simple untuk bujeng.

K.Lip dengan kami sesama UniKL. sebumbung keja cuma lain dept. dah tentu lah dia akademik. mula kenal kak Lip masa BMI kat Taman Shamelin Perkasa lagi. dia antara staff terpaling awal sekali menJOIN BMI. dulu2 mase memula masuk keja BMI dorang (dulu panggil instructor) suka mentanya interbiu gaya santai. tanya aku asal orang mana. aku suka jawab Muar Johor je. eh ramai pulak Johorian kat BMI tu. padahal aku bukan tulen Johor pon cuma femli Mak dan Abah memang asal asli Muar. terjangkit Muar kat mana. jawab lah Parit Nipah dan parit Jamil. waaaa rhopenya K.Lip asal Parit Bulat. wawawa aku selalu jugak makan Mee Bandung kat Parit Bulat. jejak kasih parit parit.. hehehe. ada lagi Instructor En Kamalulfaizin nama dia. edisi siasat punya pasal dia orang Parit Nipah sekampung pulak ngan mak aku punya kampung. tanya punya tanya laaaaaa rupanya sedara.. kah kah kah. punya la kechek dunia. Makcik aku (Mak Yah) kawin dengan Pakcik dia (Wak Mat) sedara sebelah arwah abah.

k.lip dtg London awal dia 3 bolan. so masa kami sampai dia bentang kapet merah untuk kami. haha eh tak lah. dia sambut dengan bunga manggar. juga tidak. apa hinggat menteri ape yang datang. dia sambut dengan set Nasi Putih, Kari Ayam dan Kobis Goreng serta Roti, Jem lagi. Jasa mu tak ku lupa sesen pun K.Lip. bergilir dgn Wife Pak Lajif hantar makanan ke hotel selama 3 hari. besoknya Kurma Ayam pulak menyusul di ikuti dengan Spagethi Bolognise. sementara nak bagi kami hilang jet-lag dan settle down. sejak dari tu anak2 sangat suka dgn spagetthi bolognise hingga saat ini. kalau ade award aku nak bagi kat dorang award. Kakak dan Abang TERBAIKKK !!

pesal byak citer k.lip neh. ni blog aku ke blog k.lip ni. aku sure k.lip tak baca blog mengarut ni. dia BUZY dgn research dia. sangat Tawaduk'. bagus bagus bagus

DC sempat ke tesco memetik stoberi dari rak. disuruh oleh aku. sementara dia ke Tesco aku mengodak tepung telur butter gula (basic cake).

tadaaaaaa...


elehhh butter cake wif whipping stoberi je. sempoi. terlewat sampai. semua orang dah sudah makan baru kitorang terkedek kedek sampai. kek punya fasal. selekeh sungguh rupa kek nih.

eh Raya lah Raya lagi.. Nasi Impit, Rendang, Lodeh, Kuah Kacang (penyebab kes jerawat aku), Mee Goreng, Kari Ayam, Karipap bulat versi sedap K.Lip. dan banyak lagi. best best best.. marvelos sume makanan bersekali dgn Kek Karet lagi. fu yohhhh tabik spring buai betul menengok makanan yang hidang dan di masak oleh K.Lip secara solo. whoaaaaa.. kalau aku, mahu pengsan tak bangun bangun. hebatt!!!! chef terunggul neh.

kami balik lewat skit mentulun lulun basuh piuk. ye la kesian tengok dia masak banyak2 sure penat berdenyut pinggang wehhh.. paham paham.. dapat pekena Kopi Susu Tarik. yeahhhh.. I Like!

Mekasih K.LIP..

Tuesday, 16 November 2010

Salam Aidil Adha

Happy Eid Adha,

sesungguhnya tiada apa apa yang berlaku sempena Eidul Adha kat sini. tiada makanan best best. serupa jek ngan hari hari biasa macam isnin selasa rabu kami dan jumaat. breakfast nasi goreng. anak anak telah DC cutikan sempena menghormati hari ini. heiii kami sambut sehari lebih awal dari Malaysia lah. 16 November 2010 !!

malam Aidil Adha DC pegi join geng Brunnel bertakbir ke rumah kawan kawan secara bergilir. Hakim ikut ayah. seronok dia sebab dapat naik kereta katanya..haha. Besoknya kira hari ini lah, DC ada Lab kat Universiti. tinggal la kami kat rumah bercuti cutian sambil bertibi kan kartunberbackgroundkan takbir raya. arhghhh takde la sedih sangat. hati dah kebal agaknya. dah macam kental dan utuh.

DC balik tengahari, then kami join pegi jamuan raya kawan yang buat open house. owhhh dapatlah makan Nasi Impit, Lodeh, Rendang Daging, Kuah Kacang, Ayam Merah dan Bihun Sup. SERONOK nyaa.. tak terhingga. best best best love it. Thanks a lot Jep n Zah serta femli

balik tu singgah Tesco beli stok groceries. seharian ni memang foggy memutih 360 keliling. huyooo rase macam kat Genting Highland laaa.. macam laluan nak ke Genting makin tinggi makin memutih camtu la kat sini. terkejut jugak selak langsir tak nampak apa. balik dari Tesco tu ikut laluan padang bola. mak aihhh 2 meter kat depan tak nampak apa. tetiba ada manusia tersembul keluar dari kepulan kabus tebal tu. seram wehh macam dalam filem citer hantu tu. HORROR betul ko. tapi bila kami redah je kabus tu tak la gelap sangat. tapi dia punya kepulan tu dahsyat. muka pon rasa teballl sebab sejuk amat. kalau boleh telinga pun nak keluar asap. aik? boleh ke telinga melahirkan asap? ntah. berkepul di udara. hidung dah pedih. pengalaman betol. Subhanallah hebat ciptaanMu.

sekarang waktu solat jugak semua sudah awal. tengok eh.. Subuh : 5.26 am ; Zuhur : 11.47 am ; Asar : 1.49 pm ; Maghrib : 4.12 pm ; Isya' : 6.02 pm... lepas maghrib pukul 5 petang tu dah gelap gelita dah. bila dah gelap gelap ni mata pon mula terkuyu kuyu. macam xde semangat nak bergembira. woii aku pasang lampu laaa.. hahaha..
ok teruskan.. bila dah sejuk berlipat lipat ganda ni kami mengeON heater. takut jugak anak anak tak tahan dengan kesejukan luar sampai menyelinap masuk ke dalam rumah. keep warm. hangat

gitu la citer Aidil Adha di Benua Europe ni. lebih rendah dari biasa.

mintak diri dulu. eh sopan nya anak sapa lah ni. maaf sudah berpunya..ngeh ngeh ngeh

Tuesday, 5 October 2010

Raya dan Makan lagi..



Salam,

tajuk tak abis lagi pasal raya dan makan sebab setiap minggu ade jer jemputan VIP yg tak brape penting ni ke jamuan makan kengkawan. kengkawan sume baik hati dan mulia mensedekahkan pada kami sebagai musafir fi sabilillah .. semoga Allah s.w.t murahkan rezeki kpd mereka sume. amin. hebatsss...

minggu ni xde CBS :( .. tapi agenda makan fully booked. ewaahh best lah sabtu ahad sudah ade agenda. sabtu rumah Kak Hajah Norbayah n Abg Roslan dan Ahad rumah Abg Ibrahim n Kak Ani. kali ni nak citer pasal 2 rumah open house ni bukan pasal makan2 tapi pasal RUMAH dorang.. fuyooooooo marvelous chantekkkk.. modern english kontemporari simple ekslusif.. ape lagi words yg menggambarkan rumah dorang yeh.. tapi tu lah. mcm dlm majalah deco2. hebats. tapiii bukan rumah mereka ..but rumah LANDLORD

kalo korang yg berada kat M'sia tetiba terpijak duit dan buat tabung gajah utk jejak kaki ke England ni memang ralit la tgok rumah kat sini .. nampak macam sama tapi sebenar nya TAK SAMA. luar nmpak sama dorang kekalkan heritage traditional design tapi interior memang beza.


yg sedihnya masa kat umah kak Hajah aku tak bawak camera mahupon phone tu yg alaaaa sedih lah tak dpt nk share keasyikkan aku nengok rumah yg dia sewa tu. ade anak dia amik gamba tapi tah bile bleh dpt gamba tu. Rumah kat sini stylenya Garden dorang blakang rumah. depan hanya letak keta je simple. blakang wahh siap WOODEN SHED, Greenhouse, mini playground lagi. Sliding Door view kat Garden. kiranya Sliding Door tu mcm pintu blakang. depan sliding door dining table. kiranya makan ngadap view garden. best kan best lah. tengok gamba atas nih. kaburkanla pandangan kat model tu.. tgok view blakang rumah2 kat sini nampak sama kan..

Ahad tu rumah kak Ani pon best .. terpegun tgok interior sampai lambat je nak makan. rumah dia Penthouse moden sesangat moden. hingga ralit membelek kusi, meja, sofa. tapi dorang best rumah sponser fully furnish modern style. ye lo Station Manager MAS kat Heathrow. besh arr memang beshhh.. haaa kali ni ade bwak camera phone .. jom tgok..


ni kat Living dia.. rumah ni nmpak luas sebab Living, Dining, Breakfast Bar dan Kitchen semua TOGETHER.. hanya perabut yg pisahkan ruang2 tu. style mcm ni dh byak kat M'sia. cuma sronok tgok perabut moden dorang.. sluruh rumah floor board (lantai kayu).

ni kitchen cabinet nya.. sempoi dan moden..

ni balcony punya view.. kalau duduk je situ bole la jadik trafik kapal trobang. kalau ada cita2 nk jadik polis trafik kapal terbang bole laa nak training kat situ..haha..bertali arus kapal terbang lalu lalang...

sronok tgok interior rumah kat sini boleh cilok laa sket2 dorang punya idea. tapi bukan bleh pakai 100% yg mana compatible ngan cuacha m'sia bole laa tiru kan.

tu je nak citer..

Thursday, 30 September 2010

Raya dan Makan

Salam,

jaman skang ni Raya dan Makan tak leh dipisahkan. bagai isi dengan kuku lah. mcm adik bradik lah dicincang takkan putus .. ye ke ?? betol kalau tak caya jom dengar citer aku.

sape kata Raya kat UK tak best. BEST laaaa betul best .. sebut raya sure kena ada makan. kecuali kalau ada yg puasa 6. itupon kalau kuat iman. tapi slalunya yg nak g raya sure tak puasa sunat kan.

19 September 2010 - tengahari aritu ada jemputan raya kat Hostel MARA London dan sebelah malam kawan kitorang jemput makan2 spesel kat umah dia. kiranya hari itu adalah hari Raya dan Makan untuk kami. memang merekah perut wehhh makan punya pasal. tapi syiok wooo hilang lah duka beraya jauh di benua Europe yg bernama London ini ..

tengok aku tu tengah khusyuk menghayati makannn.. semua menu melayu..sedapppp.. makanan lain Ayam Percik, Soto kuah Sup Kambing, Mee Kari, Rendang Daging, Kuah Kacang, Nasi Impit, Kueh2 Melayu, kueh raya dan Maruku. best lah memang best.. bertambah best sebab bole cuti masak.


ni pulak sebelah malam.. menu English pulak. best lahh ..aku jenis tak milih makan semua balun dan semua sedap.. English Style... Baked Potato, Chicken Roast wif Black Paper Mushroom Gravy, Chips, Yorkshire Pudding Stem Vege, desert Apple Crumble.. fuhh English betul.. tergeliat lidah nk nyebut menu nya hahaha..
haaa amek kooo tersandar makan. kekenyangan.. pelik tak nape makan betul2 style english ni.. xceli husband kawan ni memang campuran Mak British English Ayah Pakistan. soo mix kan. dapatlah kami rasa makan makanan yg memang org berdarah english. Menu yg dorang masak sendiri dan takde ejas ejas kasik flavour Melayu tau.. PURE ENGLISH.. huh.. berpeluh DC makan sebab dia kan lidah Melayu .. terkulat muka makan. kesian. sesekali la bang oii boleh lee.. DC makan siap cekau pakai tangan lagi.. aku hehehe control la guna fork and knife..ngeh ngeh ngeh seb bek tak tercampak peha ayam dikerjakan hahahaa...



apa2 pown big applouse for husband and wife for the marvelous delicious English Dish Lina and Jamel... clap clap clapppppp.... superbb.. sempat amik resepi .. tapi tah bila nak masak cenggini. aku really admire lah dia punya dapo.. huhu english style jugak.

harap korang yg rajin baca blog ni kenyang dengan citer aku.. haha

Sunday, 12 September 2010

Tetamu Reading

Salam,

11 Sept - kebetulan kawan DC, SHAM fr Reading nak datang beraya dengan kami. soo alang2 dh ade org nak datang tu kita masyak2 laa ala2 raya gitu.. disebabkan 1st day raya dapo tak berasap maka aku telah asapkan dapo pd raya ke 2 ok la kan.. kira masih syawal kan.. Sham dah lama bermastautin kat sini plus minus 15 tahun katanya.. so jarang2 mereka sekuaga meraikan Aidilfitri yg sebenar. aku pon berbizi bizian la kat dapo.. pas2 ade gak member lain menyuarakan nk dtg rumah soo haruslah aku metambahkan kuantiti menu. tak berniat membuat OPEN HOUSE sbb living hall yg ciput kan. ni mcm acara makan2 mini lah kiranya. masak lah aku mcm MAK2. RendangDaging, Ayam Merah (peberet DC), Kuah Kcg, Set Lontong, Serawa Durian dan aneka kueh raya.

aku slalu je pesan dgn kawan2, kami ni sukar nak buat acara makan besar besaran tapi kalau ada yg nak datang menziarah dan tujuan kunjung mengunjung atau dtg sekadar nak borak2 tu aku alu alukan kedatangan. aiiii xkan nak buat makan2 sedap2 baru nak datang rumah kan. kalau tak buat makan makan pon aku pon masak juga. apa aku masak bole makan jugak kannn.. kadang2 kita ni salah tafsir .. datang rumah nak MAKAN atau nak ziarah ?
MAKA ... JEMPUTLAH KE RUMAH ..
mak aku selalu pesan "kalau ada org dtg mengejut ke rumah kena beri juga makan walau pon hanya telur dadar atau sardin"
sooo cemana ? boleh..

trend kat M'sia pulak kalu kat bandar kena ada Open House baru nak datang.. cuba tak buat Open House xde dtang punya.. btol tak? termasuk aku... sebab kami dua2 keja soo masa yg ada weekend jek.

sekarang aku full time housewife. bila2 boleh datang..


eh nak tahu tidak... Hakim Hazim Hariz dan Puteri dapat duit raya tauuuu... wah seronok gila dorang. aku mcm biasa awal2 lagi dah pesan. sini bukan mcm M'sia tahu.. no more money for Raya ok.. jangan mintak2..kalau mama dengar kamu mintak2 siap laa hadiah kat rumah nanti.. (dgn action membeliakkan mata dan jelingan tajam) hehe

ehhh tiba2 Uncle Sham dan Untie Lina bagi .. sorang dapat £7 tau.. tu pon dah banyakkk sangat dah tu.. dlm bentuk £ kan.. kena darab dgn 5 laa..
mereka sedih sebab raya kat sini takde duit raya.. soo kami ada jugak bagi, tu pon sorang £1. xleh byak2 tah pape mreka beli kang. Hakim selalu kata jom laa kita balik M'sia mama Raya kat M'sia besttt.. Hakimmm.. kalau lah M'sia tu dekat London saja.. dahh lamaaaaa kita balik nakk.. syahdu denga anak2 sedih raya kat sini. anak2 pon tak suka apatah lagi aku!

hari ni .. 12 Sept.. kami santai2 kat rumah aje.. sambil santap kueh raya.. mcm membayangkan makan kueh raya kat rumah orang laa padahal tak gerak pon rini..ngehngehngeh..


imbasan kalau di M'sia.. raya ke 2 atau ke 3 sure sedang kesana kemari ke rumah sedara mara aku ato DC .. ziarah sedara mara yg jarang2 jumpa kan.. jumpa2 jek eh ayat biasa"dah beso dah anak ko yea" hehe.. ayat lain skit "ramai dah anak ko" ayat bushyan skit "gemokknya ngko skang nih" ayat sedap telinga"kurus skang makan ubat ape?" hahaha.. mcm2 ayat kuar.. gelak2 borak2.. kalau bab makan... ayat femes mak aku "oii makan macam besok tak hidup lagi je" kehkehkeh.. maksodnya mcm xde tanda nk brenti makann.. puasa turun 5 kelo Raya naik 8 kilo.. hikhikhik..

sini ... takde ayat2 tu ... ayat kesian "masak apa?" ayat baik "solat raya kat mana?" tu je.. tu je laaa.. takkan nak tanya "brape bil letrik rumah ko?" tak sesuei ok ..

raya pertama aritu ..anak2..Hakim Hazim dan Hariz dah ponteng skolah nak celebrate Eid.. kesian jugak..dah bagitau kat teacher dorang.. teacher Hariz soh buat surat.. teacher Hakim n Hazim lak suruh col aje di pagi raya tu.. dah sibuk2 pegi solat raya, kesana kemari beraya terlupa nak tipon teacher.. besok aje lah bagitau lagi..
camni la hidup kat negara yg majoriti adalah kristian.. yg selebihnya takde pegangan pon ada..

k lah to be continue
2moro ...


Saturday, 11 September 2010

Pagi Syawal

Salam,

10 Sept 2010 - ok nak aby abadaikan kan citer2 1 syawal 1431 kat negara bernama London ni. smalam kan aku dah upload gambo Puteri pakai baju kurung yang aku jahit pakai mesin TANGAN ok.. diulangi TANGAN.. sooo pakai la dia baju kurung homemade itew.. eceh mcm makanan homemade lak.. punya la tak penah pakai baju kurung sebab mai sini dulu udah le baby sangatsangat.. terlentokk lagi leher tak bape kuat sangat.. slalu dok pakai sluar sbb sini kan sujuk maka tak biasa la makai unsur fabric berbentuk kain.. sudah nya terkengkang kengkang lah dia berjalan sbb tak biasa. pas2 syeksya tgok dia makai kain ter sampai terselak nmpak peha. kesian pulak sooo baju kurung tu aku buat sesi shooting potograpi jek. habis sesi tu terus BERTUKA kpd skirt dan tight jeans.. takpe la asalkan dapat bergambo dgn baju kurung di pagi raya..

.: sopan di pagi syawal :.

.: sopan di pagi syawal II :.

.: rock di tengahari syawal :.

1st syawal tu dpt 3 jemputan open house atau makan makan..best lah.. segerombolan kluarga kami kulukilir membawa perut yg penuh .. dimulakn dengan perut yg kosong sekosong kosongnya.. breakfast kat rumah k.lip, Lunch rumah Aida dan Jai, Dinner kat rumah Yus dan Aidi..haaa hambekk ngko fully service baik kan dorang.. moga Allah s.w.t merahmati hidup kalian. itu pasal laa haku punya dapo tak berasap, tak bergas dan tak bernyala api di pagi 1 syawal..kehkehkeh.. menu?? tentu tentu lah menu raya tak sesuai makan goreng pisang waktu2 cenggitu kan..sanasini Nasi Impit, Lodeh, Rendang Daging/Ayam, Kuah Kacang... lain sket tema raya bbq ayam, nasi biryani, kek carot, kek coklat dan ada banyak lagi lupa dah pasal sume dah masyuk pewot.. SYABAS kat dorang sure tak tido malam nyiapkan menu2 raya kan.. tabik spring laaa..

part yg pelik skit kami pegi umah mereka2 tu naik bas dan ada yg jalan kaki.. maka tercengang cengang la omputeh kat Uxbridge ni tertengok tengok kan kami yg berbaju kurung, baju melayu tradisional yg dorang tak tahu pon apsal laa kami2 pakai baju pelik pelik ni.. kesian tgok dorang yg jakun.. eh dorang lak yg jakun .. slalu aku yg jakun keh keh keh..

Alhamdulillah cuaca awal Autum sepanjang hari Syawal disini tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk.. berangin jek. mudah jugak la kami nak berjalan jalan kesana kemari.. kan ...

ok la nak tidow pasal arini nine eleven aku letih dan tired ok .. nak membuai mimpi.. pasal apa letih dan tired ..??? nanti citer yeh.. besok pulak.. kalau aku citer rini kangesok takde citer nak aku karutkan.. kuikuikui..

maceh la layanzz buhsan bin boring aku yeaa.. see me nx n3.. b4 nak publish n3 ni nak jugak bagi ucapan Happy Eid Mubarak (ni ayat org London) Maaf la kalau ade karutan aku ni menganggu mental dan fizikal kamu sebab apa yg aku tulis semua pasal aku, prasaan aku, kishah aku, suami aku, anak sulong aku dan adik2 nya.. terlalu banyak nak citer pasal aku sampai xde masa yg ckup nak citer pasal kamu...ekekeekee...




Friday, 10 September 2010

Malam Raya


Salam,

9 sept 2010 - ewahhh tajuk macam best gilek.. kalau ckp pasal malam raya seolahnya mcm terbayang la adegen sebok2 kat dapo prepare masak2 utk makan besok sebab besok raya.. sure bau2 rempah, bau2 santan, bau2 tumis2 kan kan kan tapiiiii adegen kat sini bertentangan dengan adegen yg aku sebut kat atas. sedey tak sedey kan.. ehh korang mana sedey sebab korang kat M'sia adegen best best.. tapi adegen aku tak bestt..

xtvt malam raya aku.. adalah jatuh kepada adegen buat sekut raya.. ade ke patut.. org len buat kueh raya last week ramadhan. aku lak buat kueh maratoon 4 jenis kueh skali hadapp hamik koo.. kematu punggong wooo seb bek DC udah prepare beli dapo portable bole le bersila kat dapo kalo tak abis urat sarap aku terbeliat.. maklom le udah byak urat putus sejak melahirkan 4 anak ni..hehe..

kueh ape..? alooo peberet DC lee rempeyek. pastu yg lain2 tu biskut ala2 cookies omputeh je laa budak2 suka makan kan. pasai apa yg aku gile pi buat malam raya ..sebabbb kalo aku buat sebelom mlm raya sekut2 tu akan jadik sekut puasa..kahkah ye la udah habis dirembat anak2 ni haa.. kalo buat mlm raya haaaa baru betul sekut raya.. apa apa saja la kan .. kukies lain biskut choc chip, biskut pandan, biskut strawbery, biskut cornflake ... udah le tu.. kira 5 jenis gak le.. stat 12 tghari habis 1 pagi .. tu pon onn off dgn buka pose lagi. tak termasuk ramai pembantu makmal yg nkk nolong tu haiiiii puteri pon nak jugak nimbang tepung dgn butter.. tak yah laa nak oiiiii besaq nanti la bleh blaja. okehhh.. kiranya malam raya tu umur aku sehari tu dihabiskan kat dapo je laa.. masa tu jugak aku buat prep bahan2 masakan nak buat utk raya.. byak la nk prep bahn masak utk raya.. kerisik laa, goreng kacang laa.. bikin nasik impit laa.. eh tak tertaip laa.. cehhh preparenya mcm nak buat rendang semua bagai padahala tidak pon..

dengan itu aku ngan DC pon sepakat tidak mengasapkan dapo dgn masakan raya.. pelik takk pelik?? takde la pelik sangat2 sebab ni kat London kan.. kalau ko duduk kat kampung Baru ke ..duduk kat Muar ke.. duduk tanjung malim ke memang la pelik tapi duduk London normal laaa.. hahah bukan malas bukan bukan.. pikir2 sebab besok raya pon ada jemputan raya open house kat rumah member2 kn soooo kita makan saja le kat rumah mereka. hehe jangan membazir sahabat syaitan. sebab aku pastii kalau aku berlungkus tumus tertonggeng tonggeng kat dapo dh tentu tak berusik mknn tu nnti sooo OK kan kalau tak masak. kesian kawan2 yg buat open house kalau mknnn merekatak habis kan membazir ceh wahh nak slamatkan diri dari dipersalahkan..

lagi 1 sbb yg nampak mcm tak salah kalau tak masak ialah.. besok jugak member DC, Sham dari Reading nak mai beraya kat umah. soo skali harung la kan.. xyah buat keja 2 x kan kan kan.. time kasih sebab hangguk..kehkehkeh

penutup malam raya xtvt wajib utk org mcm kami yg tercampak kat London .. dah tentu le telepon femli kat mesia sbb waktu tgh2 malam laa dorang kan awal pagi raya soo wajiblah mintak mahap sume bagai.. memula DC laa tipon mak dia .. baru je dia ckp "mak..c.din mintak maaf yea mak,halalkan makan minum c.din yea mak, apa2 yg c.din buat mak terasa hati ke..c.din mintak maaf yea mak" lepasss tu terus le dengar mak dia menangis terisak isak .. syahdu la xtvt penutup mlm raya kami. kejap je DC cakap dgn mak dia sbb dia kata mak makin galak nangis soo xleh ckp lama2 kesian kat mak.. aku pun turut berkaca mata.. lepas dia ckp ngan abah dia aku pon col mak aku. aiseyyyy..telefon h/p mak kan baru je hilang lastweek soo nombor yg baru plak xde. col supi soh bagi new number phone mak dia kata no yg sama.. laaaaa.. mase tu dh waktu org solat raya pulak kat M'sia. sudah tak larat nak tunggu lagu sebab klopak mata dah berat sangat2.. aku pon tertido soo besokkk pagi2 moning laa jawabnya..sedeyy x dpt ckp dgn mak..

jom jom tgok kueh raya aku..

cookies raya tu tgok laaa.. susun dlm botol ala2 cut cost. prasan tak pakai botol coklat spread. jenuh gak ngumpul botol2 tu sbb mmg plan nak taruk kueh mcm chantek je botol tu kan..recycle je laa jimattt.. bajet murah..haha

cuba perati betol2 kaler sekut tu .. coklet, kuning, hijau dan pink.. hahah memang sengaja nak buat kalerpul sebab mcm nampak banyak.. padahal sikit jek jenis.. ni yg dh simpan dlm balang .. ada lagiii simpan tmpat len. sebab 1 adunan banyakk pulak dapat sekut tuu jenuh ralit aku ngerjakan sekut tu tau..



haaaa tgok aarrrrr rajin tak anak branak ni di malam raya.. mari le meramaikan dapur.. posing jangan tak posing.. rambut tuuuu kasik kaber skit kang masyuk dlm kerisk tuu sape nak jawab.. haishhh..

walau pon rupa saya nie tak brapa nak cun tapi rasa saya cruncy nutty choclatty dan sedap lah.. tu kata tuan yg makan itewww... ngeh ngeh ngeh..

sooo tamatlah alkishah malam raya yg tak brapa nak meriah ini.. nanti aku sambung lagi citer hari raya pulok...

jom tgok Prelude pagi raya nieh...

haaa tengok laaa anak dara ayah ni udah melaram dengan baju kurung yg mama bikin utk dia.. ok nanti citer lagi yeh.. letih kekenyangan nak tido.. Salam Aidilfitri..

Wednesday, 8 September 2010

Pra Syawal

7/9 - Syawal pun ada Pra lah kan pra tu kan ala ala persediaan laa.. takde la nak sedia sungguh2 gitu sebab raya pun macam tak raya aje. mcm syok sendiri lah .. mcm xde suasana lah.. ye la udah kiri kanan depan blakang ompueteh, pakistan, india, italy, rep. chech.. pakistan tu ada lah sambut Eid.. tapi budaya kan tak sama soo buat hal sendiri je laa.. ajak DC g beli preparation nak raya. nak jugak buat kueh ke.. ala sekut bodoh2 pon jadiklah.. asal ada rasa tepung, butter, coklat2, cok chip, manis2 .. sudahlah sempoiii.. xyah fenin nak mcm2 juadah mcm kat M'sia tu .. kat mana nak beli sekut2 tu sume .. mana ada jual. kena la uli sendiri. kalau tak duduk London tak penah umor pon nak uli kueh raya kannn.. baik beli. kesian yg jual xde sape nak beli rugi dorang..haha..

beli kat tesco je.. sbb bahan2 tu kebanyakkan ade ada jual kat tesco..

mcm tahun lepas jgak .. buat laa biskut cornflake, biskut cok. cip, biskut mazola, biskut yg ada coklat cair kt atas nun.. tahun ni tak tahu lah ape nak aku ulikan. tengok je la nanti .. tah ape la jadiknya kueh aku yek..

versi berangan lagi.. kalau kat M'sia habis dah aku borong kueh kat kawan2 yg juai kat opis.. dorang untung berlipat ganda kalau aku yang beli tau.. hahaha.. punya lah banyak. samapi kengkaan pelik .. aku kata aku nak jual balik kat chowkit nanti.. hakhakhak.. kira mcm pertandingan beli kueh terbanyak ..aku layak lah menang.. hihihihi.. ye lorrr.. bali utk mak mertua, mak aku, rumah sendiri lagi .. haaaa tak banyak tu.. takkan nak belik 1 jenis tentu la 3-4 jenis. blom masuk kerepek pisang, ubi, tempeyek kacang peyek dhal.. popia mini, siput lah, maruku lagi, blom masuk kueh tradisional lagi.. bahulu, batang buruk lah ..haha.. mana tak berlambak kalau dikumpulkan. tapi lepas agih2 kan sikit je kami punya.. rumah sendiri punya beli mana yg anak2 suka, aku suka dan DC suka aje. alahhh setahun sekali beli kan mak dan mak mertua punya apa salahnya. mak aku pon dh malas nk buat kueh dah. penat gaknya dari kami kecik sampai beso mak buat.. sampai aku dh keja mak suruh beli aje lahh.. beratus ratus gak bajet kat sini tau.. udah le kueh juai punya lah mahaiii gile..

8/9 - harini DC pegi kedai cina pulak nak beli preparation utk masak2 besok pulak. yela nk jugak buat daging rendang, lodeh, kuah kacang, ayam merah, nasik impit.. mana lah ade jual lengkuas kat TESCO.. bahan2 eksotik ni kena lah beli kat kedai cina. DC pegi naik tube jek. kesian jugak kat dia kesana kemari naik bas turun bas, naik tube turun tube jalan kaki jauh jalan kaki dekat semua sebab carik bahan nak buat masak masak. susah nya lah. membawa barang beli beli tu sampai birat2 merah2 jari tangan. sampai senget2 bahu, sampai berhenti rehat sekali dua.. seksa sangat. berat pulak tu. terpaksa kena berdikari .. kadang2 aku terfikir susahnya hidup kami tak ada kereta dengan anak yang ramai. susah nak beli barang makanan dgn kuantiti banyak nak bagi makan anak yang ramai, TETAPI Allah permudahkan urusan belajar dia. supervisor yang baik, memahami, tak byak kerenah, task atau assignment yg dia bagi pon DC boleh urus dengan baik. Hikmah juga namanya..kan kan kan.. SYUKUR padaMu Allah.

petang karang DC kena keluar lagi nak beli barang2 basah pulak.. daging, ayam, kena beli kuantiti banyak pulak tu .. ye la kalau2 mungkin ada kawan2 nak datang rumah ke.. kami alu alukan kedatangan mereka cuma untuk nak buat Open House tuu.. cuba fikir macamana yea??? adalah tak adil menuduh kami kaya menyimpan duit banyak sebab tak pakai kereta. sedih aku. adalah tidak sopan mengata kami sengaja tak mahu pakai kereta. kamu tahu ke berapa duit yg kami ada, kamu tahu ke berapa belanja yg kami kena keluar setiap bulan untk makanan, pampers, susu, bil bil semua. tahu ke? tahu ke?.. ayat yg buat aku sering mengangu emosi.. buat aku menangis..

citer pasal mengangu emosi ni la yg sakittttt skit la hati ni tgok laman rumah.. umpanya lah.. seperti makan sebelah orang berpuasa.. gulppp gulppp.. telan air liur...umpama je.. sedang bersabar ... walau hati ada pedihhh.. pedih seperti dihiris.. jahat btol hati ini.

kalau Eid @ Aidilfitri jatuh pd hari Khamis/Jumaat cemana yea..kena minta cuti dengan teacher skolah Hakim, Hazim, Hariz utk kami raikan Aidilfitri.. tengok la cemana blom bincang dgn teacher lagi.. kesian sampai kena mintak cuti untuk Raya.. ni la nama duduk di London..

dh dengar puteri nanges kat atas.. chow dulu diari ku...

Monday, 23 August 2010

Airmata Syawal

Salam,

JOM SAMA-SAMA
NANGIS DENGAR LAGU NIEH..

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

oh lupa lupa lupa.. hanya orang berada JAUHH dari kluarga yg dpt mengalirkan airmata Syawal ini.. jauh jauh jauh jawoooooohhh dan sngatttt jauhhhh.. aku tak pernah menBAYANGkan hidupku jauh jauh jauh dan sangat jauh dari emak. Mak aku dulu tinggal kat SENTUL skang kat BT MUDA. aku keja kat Gombak, rumah kat Selayang, rumah mertua kat Tg. Malim (Sg Dusun) .. sangat tak jauhnya dan betapa tak mencabar nya kalo stakat nak balik raya, stakat nak balik weekend, stakat nak balik hari nak amik lauk yg tertinggal... KINI.. kini kini dah DUA tahun mungkin akan TIGA tahun raya tanpa femli.. sedang usaha sekerasnya kentalkan hati untuk tidak tidak tidak menangis, jangan menangis, tapiii mataku ini sangat degil dan tak mahu dengar kata. tahukah bagaimana prasaan menahan diri dari nangis.?? dada sangat sakit, tekak rase perit, airmata bertakung tidak mahu jatuh, nafas tersekat sekat, hidung kembang kempis mcm nak seakan keluar cecair dari hidung, kerongkong rasa pahit, pahit sebab tahan SEBAK didada.. mata ku kelip kelipkan agar airmata yg berkaca tadi akan terus hilang tidak mahu hilang malah semakin banyak bertakung akhirnya melimpah juga..melimpah rembes mengalir dipipi rasa panas.. dagu rasa bergetar menahas pedih .. panas dipipi bertambah bahang, turun airmata semakin laju terus laju tanpa dipaksa, xde yg suruh pon dia keluar.. gugurnya airmata ini dari perasaan. PERASAAN RINDU..

tak ada ayat yg dapat menerangkan perasaan yg subjektif nih.. xde gambar foto yg dpt
menggambarkan feel ini hanya hanya hanya PENGALAMAN ini yg dirasakan sendiri sahaja yg bisa memahami. wahai gema hati ; tak payah pujuk jiwa aku, tak payah kata sabar sebab aku dah muak dengar word2 itu. semakin aku dengar pujuk itu semakin aku dengar kata sabar itu semakin aku rase sedih yang teramats sangat. wahai hati ; bantulah aku untuk lupakan yg aku berada dibumi bernama London ini, bantulah aku untuk aku tidak merasakan yg sebenarnya aku disini, hilangkanlah permandangan aku tentang kampung, tentang emak, tentang persiapan2 Aidilfitri itu.. hilangkan kan lah kaburkan lah...


nak teruskan menangis.. n zzzzzz... :(

Iftar geng Malaysian Brunnel Universiti

Salam,

21 Ogos 2010

pegi iftar kat Meeting House Brunnel Universiti .. emmm best dapat makan reramai secara berjemaah. main menu nasi putih lauk Dalca, Ayam Merah, Ayam Goreng, Sambal Belachan, Sup Ekor dan mkn sampingan lain Mee Goreng, Mee Kari, Sambal Tumis Udang Petai, Sambal Bilis. Pelbagai jenis kuih2 Malaysia..Lopes, Bingka Roti, Seri Muka, Agar2 buah, Rojak Epal byak lagi tapi x ingat sume lah.. basah tekak dengan orange juice dan Teh O.. Semua menikmatai makan dengan tawadhu' hingga lupa nak amik gamba be4 mknan terjun dlm usus..hehe..

lepas solat Maghrib berjemaah sambung lagi makan dan makan seterusnya makan sambil borak.. tak byak borak2 sebab sibuk makan.. haha.. mulut penuh. kami sampai rumah 11.30 mlm jugak lah. yele udah kenderaan kaki longlai jek jalan dgn perut memboyot sebab kekenyangan. siap tapau lagi untuk sahur..

hahaha malangnya, sahur keterbabasan sebab lena kekenyangan.. sian anak2 merintih merayu nak buka puasa. tak sahur dijadikkan alasan.. mudah.com betul.. 1001 pujukan di tepis dengan janji yg indah waktu buka nanti. belikan laaa dorang coklat, biskut stoberi, grape, dan pistachios ..as award kan..

eh eh eh before pegi Iftar tu kami merayau ke Car Boot Sale dulu hehehe.. masak sup ekor nak bwak pegi sana.. pikir2 sup ekor kan mencurik masa 100 ela nak merebus.. oleh krana Hakim n Hazim xmo ikut g Car Boot soo kami tinggai ja la rebus ekor dlm periuk.. api plahan laa.. Alhamdulillah boleh diharap jugak yea..

citer pasal Car Boot.. pagi tu sampai sana pon dh nak pukul 11. chocha ok je kan windy summer la katakan.. best la merayau2 kat CBS.. confiden jek dlm poket ade £20 cehhh gaya jalan pon mcm org kaya yg miskin la kan nak sopping moping baju winter anak2. skali dh sampai separuh jln CBS baru prasan sebenaqnya bawak £10 jek.. walaweeiiii rugi betul sampai titisan akhir £1 aku blanjakan .. minggu tu byak pulak org juai baju2 dress saiz2 Puteri.. menggila talak la aku menyambar 3-4 helai dress dia.. pas2 mase2 ni la pulak ade yg jual T-Shirt Long Sleeve saiz Hariz harga 3 helai £1 .. sambar lagi .. jacker winter Puteri £1...jacket jeans saiz aku £1.35 memula dia jual £2 aku mintak £1.50 dia kata OK tetiba cek poket tinggal £1.35p .. haha naseb dia bagi kalo tak nangis aku kat situ.. mcm kanak2 mintak mainan yg parents x bagi tu .. hehe.. buku2 pulak 5 buah £1..eh sambar lagi .. sampai last skali duit tinggal 60p .. tu pon ade hati lagi teruskan meround. DC ckp udah2 le tu next week plak sambung haaahaaa.. then jalan nak balik tu tggu bas.. touch Oyster Card DC punya Card dh NO BALANCE.. hahah kesian abang kena JALAN KAKI .. mintak mahap yeaa bang.. tak cukup pulak duit lagi £1.20p.. sbb dlm ade cash 60p jek.. kalo cash nek bas £2 kui kui kui.. nanti Hari Raya sayang bagi Kad All Season yeh.. (pasal xde jual Hepi Eid)

cenggini lah karenah idup orang kebanyakkan..

sementara jalan kaki nak ke bas stop tu borak2 lah ngan DC.. "best kan kalo ade kereta.. xde la letih jalan kaki, tadi dlm CBS tu tak penat, nak OTW balik nih lenguh pulak kaki nih".. DC sluber jek jawab "pandang org yg dibawah.. beruntung kita ada KAKI .. cuba tgok org yg xde kaki tu.. lagi kesian susah dia nak jalan" aku pulak sambung "org yg xde kaki pulak cakap.. untung kita hanya TAK ADA KAKI, cuba tgok org lain yg xde kaki dan tangan lagi susah dia" pas2 DC givup pulak nak sambung.. aku sambung lagi.. "orang xde kaki n tangan pulak kata, untung aku hanya xde kaki n tangan cuba tgok org yg xde kepala tu lagi la susah xboleh nak hidup" aku sambung lagi tanpa givup... "untung kita masih HIDUP dan
untung kita belum ditanam"

dan kami borak lagi .. org yg pakai keta murah ckp "kesian orang yg pakai keta besar dan mahal, byak duit dia habis untk beli keta, menten keta bayar itu ini" orang yang naik bas cakap "kesian org yg pakai keta murah sana sini rosak nak betulkan lagi bayar jugak itu ini" orang yg naik basikal cakap "kesian orang yg naik bas, kena keluar duit £2 cash utk naik bas, top up osyter minima £5" orang
jalan kaki cakap.. UNTUNG jugak kita JALAN KAKI tak payah ada MODAL.. hahaha...

Moral perbualan di atas .. adalah BERSYUKUR dlm subjek kehidupan..

Monday, 16 August 2010

Baju Raya

eh eh eh macm ade OT pulak utk taip lagi N3 kan... nak citer pasal smalam. Bulan Ramadhan ni timing tido macam lari tune banyak la.. yela bayang ehh.. buka pose 8.30 mlm. terus makan berat2 gitu .. 9 pm - 11 pm tu la nak solat maghrib, ajar anak2 ngaji, aku pulak ngaji, tunggu Isya', solat isya' terus, turun bawah balik kemas pggan manguk makan tadi tup-tup dh pukul 12 eh eh mcm cepat btol .. mana nak layan FB lagi ahaha..nak layan you tube ceramah Uztaz Kazem yg klaka tu.. eh cuba la tgok You Tube Uztaz Muhammad Kazem b. Elias.. best tau.. ceramah agama yg lawak slumber berunsur nasihat. lps tu kot2 ade program muvie kat Tv yg kalo best.. TERtengok berjangkit sampai 1-2 pagi .. peh tu alaamakkkk alang2 kan pukul 4 nak prepare utk sahur pulak yela kena panaskan lauk ke goreng telur ke goreng nasik ke . erk tu blom masuk selit2 hapdet blog nieh. kalo aku tido sure terlajak punya.. soo bertahan lah sambil2 dengar Explore Qur'an (dengar ngaji2 kat internet) sampai la subuh pukul 4 lebih.. pas2 baru la masuk tido.. kan mcm sengsara tak tguk jadual aku nih.. bila dh tido pukul 5 .. ape lagi mengheret mimpi2 sampai 11/12 tgahari .. sampai Hariz kejut nak fries lah, nak fish finger lah.. sbb dia bekpes roti ajer. huh.. kalo dia x kejut alamat tah pukul bape lak aku bangun. puteri pon tido berjemaah sekali. panas sejuk mendung pulak mendorong bangun dgn liat lak lagi .. ahaha..

eh nak citer pasal ahad smalam laa.. udah tido pkul 4/5 pas2 ckp kat DC lak ajak dia g Carboot/Market Hounslow esoknya. pukul 9 dh kejut adehh kelat nya mata mcm jalan sambil tido je.. mcm biasa x mandi yg penting perfum. haha. sini mandi 2 hari skali ok.. bwak lak Puteri kulat2 tido lagi tros letak jek kat stroller n tolak. yg len tido tinggal je.. dh biasa. ehh bila laaa nak sampai pd isu tajuk nieh.. hahah

dh sampai sanun nek 1 bas sengah jam trus lah jalan2 then plan nak beli kain untuk baju raya puteri.. sian dia dtg sini baby lagi manalah ade baju2 kurung bagai .. ehh mcm cantek lak kain bunga kecik b/ground putih jenis cotton .. tangkap la 1 wahh best laa.. bila lak aku nak operasi menjahit nih.. heiii.. xde tempah2 ok.. sedeyyy..sob sob sob.. takut2 tahun depan baru bleh pakai.. jangan laaa sian dia .. tengah kumpul azam utk jahit jugak ni.. xkisah la senget benget ke.. asal ade rupa baju kurung..

kami sekuaga dh ade baju memasing. kirim kat Cik Dah yg dtg holiday tahun lepas.. xde la xcited sgt pasal nak pakai 1st day Syawal aje.. Macheh la kat Supi pasal pilih baju tu walau sebenaqnya x soka sgt kaler utk DC tu .. haisshh awatla kaler tu yg ko pilih wehhhh.. tgok la kalo dia nak pakai ..pakai lah kalo xnak heheh.. kita peram ajek yee.. sampai DC bertukar menjadik putih.. hahaha.. xkan punya..

dh terjah pepagi yg kelat kat Hounslow tuu.. kita mancing la seabas atau nama kemelayuan nya Siakap, ketam batu eh mmg keras mcm batu ok .. dapatlah bermenukan sup ketam buka puasa tadi (2x setaun je).. lengkali xmo lah mkn ketam lagi sangat melambatkan kelajuan pemakanan kami terketuk sana ketuk sini kang jiran ingat kami buat renovation umah pulak padahal makan ketam jek.. hahah.. makan yg 160 mile per hour dah dislowkan jadik 50 mile per hour jek.. mcm drive kat jln jem.. huh !


.: MR. CRAB ROCK :.
(pepandai jek aku bagi nama)
hensem tak sy.. ketam ni byak pegi gym ni pasal tu badan dia ketul2 ahaha
kat sini kalo nak beli ketam kena make sure beli mase dia hidup kalo dh 'meninggal' takut ade poison.


tgok la lengan dia.. macho kan..
kat bhgian ni manis sangat isik dia tapi nk dapatkan bole gegar rumah..keh keh keh
terpaksa masak sup ..
walau pon masak lemak cili padi legi masyukkk takut membazir santan sebab...
nk lemaskan dia dlm periuk kena penuh air


pas2 smalam mcm rase nak minum air lain skit lah.. xde la lain special pon KOPI SUSU panas.. ehh sedap pulak. xde minum sejuk2 nih. ps2 xtra menu buah tembikai yg merah nyala itew.. peberet Hazim.. dia makan dengan kuantiti dan kualiti yg BANYAK..Hakim pulak makan berlaukkan Nugget.. wahh 3 pinggan tuu.. bukan makan pinggan laaa.. mkn nasi berlaukkan Nugget berkuah sup ketam plus kicap.

tu je nak citer..eh tetiba byak citer pasal ketam dari baju raya kan kan prasan tak ...chow cin chow..


Thursday, 12 August 2010

1st day Ramadhan

Salam,

Alhamdulillah.. 1st day Ramadhan berlalu dengan baik walau pon selang 1 jam Hakim n Hazim dok tanya dh boleh buka pose ke blom.. dgn tenang je jawab "belum.. sabar.. jangan duduk bawah, jgn tgok Hariz makan, jangan jenguk dapur, jangan membayangkan makanan sedap2.." camtu lah kan .. bukan susah nak disiplin kan mereka. cuma ade rase kesian tapiii kena tegas lah. Aku siap kata .. bole kalau nak berbuka sekarang. makanlah ape yg ade hanya biskut, cereal n susu saja. sedangkan petang nanti waktu berbuka mama masak yg sedap2 utk kamu makan. kalau makan sekarang ... nanti waktu kami buka puasa x boleh makan sekali ngan mama ayah pegi makan jauh2 x boleh duduk semeja, x boleh tgok kami makan. orang yg x puasa x boleh makan sama2 ngan orang yg puasa tahu..! so macamana nak buka puasa sekarang atau petang nanti ?? Hazim jawab "it a hard decision mama, okey i choose not to eat now" camtu la anak mama suma sabar. Camni lah rase nya orang2 yg sedang kelaparan xde makanan nak makan, xde duit nak beli makanan yg kebuluran kat India, Somalia, Africa.. sekarang kita juga kena rasa ape yang mereka rasa okeh.. SUME DIAM .. faham juga tu..

longlai memang la longlai ye la jangka waktu yg lama kan.. slalu pukul 7 dah boleh makan ini kena tunggu sampai 8.37 pm .. utk appreciate ape yg mereka dah capai.. "Hakim ngan Hazim pilih nak makan apa? nanti mama akan buatkan okeh.." so Hakim pilih nak Telur Dadar, Fries, dan Cekodok Pisang ; Hazim nak Cereal Coklat wif Milk dan Telur Dadar juga makan dengan sup. Yanga klaka nya mase tengah goreng cekodok.. Hakim menjilat jilat bibir nak nunjukkan betapa terliurnya nenguk cekodok pisang tu.. ermmm Hakim x sabar nak makam la mama. cekodok tu nampak sedap sangat sangat.. ahahaha.. sian anak aku.. saba okeh.. Hazim pulak dh x larat nak bangun melepeekk je tukang tengok jam .. pas2 report .. lagi half n hour mama.. lagi 15 minits mama.. lagi 5 minit mama.. ahahha.. sian jugak..

.: CEKODOK PISANG DAN FRIES :.


"Hakim tengok mama strees prepare food for us. Let me help u.." "okey u cam cook telur dadar dan serve the plate and mug on the table yeh.." "yeayy.. I can do what my nama describe me..is Abdul (hamba) helper" hehehe.. iyee.. dh siap masak tgok dia siap sendukkan nasik dlm pinggan lagi .. haha.. xcited nak mana la budak2 nih .. agaknya aku kecik2 dulu camni gaknya.. hahaha..

ayah pulak dari pukul 4 dh siap rebus sup ekor yg beli kat Hayes smalam.. wah bapak pon xcited jugak ekk.. ahaha..sian jugak..

.: SUP EKOR :.

aahaaa ni la sup ekor tuu.. ermmm sedap lah bang.. walaupon abang tukang rebus aje.. aku tinggaL touch up aje... ala tinggal tambah carot, celeri, tomato n garam.. hehe.. then buat kailan goreng aje..

tu la keshah berpose 1st day kitorang.. walaupon terasa agak sedey tanpa family di Mesia tapi kami ada KAMI sekuarga.. best jugak kan .. xceli ermmm RINDU MAK.. sob sob sob.. pape pon kena kawal diri .. nama pon pose kan.. kalo nangis2 lagi la nmpak lemah ..

okeh babai sume..


Wednesday, 11 August 2010

2nd yr Ramadhan di London

jom baca komen kat FB ni ...

Siti Hajarulma'mor Mohd Rom apalah rasa poser kat sana eh. kat sini kurang2 ada bazar Ramadhan :))

Rafidah Mohamed eii best .. best .. best lah sangat. x terkata best nya.. sampai boleh ketwa air mata keBEST'an nya.. kalo x caya meh la dtg sini rase cemana.. ahakkss..(sila terbalikkan ayat di atas huh !)

Fazlinil Irma Mohamed Aki xpa kak linda.. kita duk sini boleh mantapkan skill memasak.
~ayat nak cover jeles~ ;P

mcm mana nk mulakan citer ye.. adakah? apakah? anda paham ape itu perantau.. bukan dendang perantau mahupun rantau panjang okeyyy..


sila bayang sekarang.. mendiami teratak berbatu bata yg dikelilingi dengan warga asing yg bukan seagama atau seketurunan atau seperlanguage'an atau seper'taste'an mahupun dari segi rupa paras atau jiwa. tak faham kah.. oh ya.. bila kita berada dlm situasi ini barulah kita rasakan betapa bertuahnya hidup di lokasi yang berJIWA kita.. slagi tidak berada dalam pengalaman ini tidak juga rasa berSYUKUR.. ya Allah.. kuatkan jiwa kami untuk menjalani ibadah bertakwa kepadaMU walau di pelusuk dunia mana sekalipun..


sesungguhnya PENGALAMAN ini mengajar erti KESYUKURAN.. Alhamdulillah

dek krana dah tahun ke 2 makan airmata dh ter..rembes kuar dari takungan ini.. eceh.. walau hati menangis ..harus di control supaya ceria.. seperti rasanya tiada gunanya diratapi kalau xde ape yg dapat merubahnya.. seakan membiarkan adegen airmata itu dibazirkan secara berleluasa... seharusnya aku patut rase syukur dan kena enjoylah berada bersama menemani suami study, ada anak2 menceriakan (dan kdg2 stress), ada rumah utk berteduh.. sedangkan ada juga org lain tiada seperti yg aku ada.. bukan kah kita harus menilai juga apa yg berada dibawah level kita.

citer pasal last yr punya Ramadhan... arhhh sedeh memang la sedeh. malam pertama nak sahur nangis, lepas sahur baca Qur'an nangis, nak masak utk berbuka nangis, nak makan utk buka pon nangis.. x lain x bukan apa lah lagi yg di fikir2.. hanya lah MAK yg ku rindu..suasana berpuasa di Malaysia lah ku ingatkan.. teringin makan2nan yg ku suka juga tiada..

tapiii .. bila pikir2 balik apa lah yg aku dapat dgn buat mcm tu .. xde ape2. hanya hati yg pedih, hanya mata yg bengkak, hanya otak yg runsing .. ruginya hidup kalo begitu .. xde ape yg berobah membentuk menjadi kemahuan yg aku pinta.. berperenggan perengan nasehat dari DC.. paling cikai pon dia akan ckp SABAR, SABAR, SABAR tu la ulang 18 ratus kali.. sila ulang sekarang.. eh xyah laa.. kuar buih lak mulut tu kang..ape lagi SABAR, SABAR, SABAR...eh ckp xyah arr xyah arrr..

cuba kita pikir utk tidak berpikir (eh ape ni) takkkkkk utk tidak berpikir mcm tu .. soo biarkan masa itu berlalu.. lalu dengan tenang, lalu dengan lapang tanpa jem, lalu di angin lalu .. lalu tumpang lalu .. kan OK kan kan kan.. walau jauhhhhhh di sudut hati yang paling paling paling dalammmm itu lah yg aku fikir.. apa kata kita REDHA dgn ketentuan ini. aku insan terpilih utk berada di sini.. peluang yg bukan semua orang dapat kan.. TERPILIH.. menjadi isteri menemani suami sedang belajar. jika tidak kerana itu TAK MUNGKIN aku berada di sini di tanah yg bernama LONDON... tenang kan kalo fikir mcm tu .. setenang air sungai yg ade boya, setenang tasek Britain Lake, setenang view di laut Isle of Wight, Southampton.

sudahh lahh madah berhelahh laaa.. ape dahhh .. jalan dahhhh.. sampai sini aje coretan sedey berbaur tenang berajinomotokan jiwa2 ditambah rencah lawak jenaka.. ewahhh.. ok babai bole tutup PC skang .. jgn menbazir..INGATT MEMBAZIR KAN SAHABAT NATES ....wassalam




Saturday, 7 August 2010

Pra Ramadhan..

Salam,

Smalam korang nak tau.. kalo xnak tau xpe aku nak citer jugak pasal ape .. tolong layan aku punya keboringan yang dh sampai tahap dah xde tahap nie.. rse nak meletopss kepala.. tapi xpe layankan jugak selagi ade ruang ku bernapas kat bumi kepulauan United Kingdom..

nak citer pasal Pra.. ala mcm pra skolah, pra ramadhan tu mcm testing2 utk pose. elehhh pasal ape main testing2 lak ni.. heiiiii korang x tau kah aku puasa nanti kurang lebih plus minus wonderland eh bkan tu laa.. ENAM BELAS JAM diulangi 16 belas jam woo .. penah x buat.. kalo x penah meh dok kat UK sesama kami mehh.. jom arr.. haha..(xklaka siaran langsung). ehem2 sebenaqnya pose ganti 4 ari yang seciput tu. bisikan syaitan mengusai tinga tinga dh dekat ramadhan baru nak ganti ahah.. pe la kan.. sure ati gema korang ape kejadahnya yg nk pose sampai 16 jam tuu.. alahaiii aku tahukah anda bahwasanya negara beriklim 4 musim durian eh musim chocha ni. skang ni tengah musim panas atau kata org kampungnya SUMMER .. erkk .. suboh 2.55 am dan maghrib jatuh pda pukul 8.40 malm.. menggigil usus besar usus kecik segala usus.. tapi kena naikkan graff keshobaran itu dgn tabah. tapi ALHAMDULLILLAH dapat gak dilalui denai cobaan yg x seberapa nieh. pape pon ni la nama pengalaman. kalo x dok shini dapat ke rase pose 16 jam.. jangan harap laa.. 11 - 12 jam tu pon menggelupo kan.. aku tengah tepi buat marathon pose ganti 4 ari dari ari kamis, jemahat, sbtu (arini) dan last esok..

muga2 latihan ni dapatla memudahkan pose sebenar nanti InsyaAllah Rabu (11/8). adapon kishahnya tahun ni masuk tahun ke 2 berpose kat rantau panjang.. eheh kalo rantau panjang melompat lompat la suka pasal ogre klate kato sumo kueh lo nih mache2 ado.. kat London ni pon ade byak gak kueh. antara sontoh2 nya ..kueh cheesee, brokoli kukus, talam bolognise, bingka stoberi (mcm sedap jek bunyik) ..ahah korag kenal x kueh2 kat sini.. best kan best bunyiknya..

orang slalu tanya "sronok ke raya kat uk tu??" eiii soklan alergik btol.. sronok la sangat rse cam nak lompat2 kegumbiraan yg x tercapai dek akal.. adeh hanya linangan airmata gumbira yg dpt kukirim pengganti diri eceh .. xsedey ke bunyik nye..
ko bayangkan sekarang ! taim2 buka pose diklilingi kuarga masing2 dgn sore ruih rendh bererbut mkanan tapi kami ergghh nak telan nasik pon mcm sangkut kat tekak sebab sebak tringat kueh yg mcm2 jenis lalu je kat otak tanpa bole dibeli..
tapi kan tapi kan kalo x jadik mcm ni ade simpang malaikat 44 (ye ke) aku nk buat kuah kueh tu sume.. baik aku ulor kepala agong (duit la kalo kat sini kepala permaisuri). stakat nak mkn seciput dua. seb bek dgn prektis yg ckup mase dok kat Mesia dulu x byak n x suka sgt nak beli2 makanan yg melampaui batas ubi kayu... beli kueh ape nk mkn je.. lauk 1 jenis sayur 1 jenis makan ngan nasik putih 1 jenis.. aik ade ke nasik putih 3-4 jenis..apa2 la..

eh eh nak citer gak pasal status FB aku pagi2 monin smalam bertaip :
2.45 am (waktu uk) .. membuat kerja gile.. bakar banana muffin semerbak bau 1 rumah.. agak2 jiran2 bangun x utk solat suboh .. (statemen x msuk akal)..haha
erkk saja je .. alang2 Mila nk jual kueh dia yg last week dia blaja dr aku soo dia soh la gak buat apa2 pasai dia bleh tolong juai. saje suka suki. dpt dlm 24 ketul aje. ok la nk isik mase lapang.