Showing posts with label Jenjalan UK. Show all posts
Showing posts with label Jenjalan UK. Show all posts

Sunday, 31 July 2011

kembali !!!

oh mak lama nya coti..!!!! coti naip blog. hihi

cerita Jalan2 Eastern UK pon tak abish lagi. ni nak tambah lagi cerita jalan jalan TOUR DI UK.. ya aa awww.. suka! suka!! suka!!!

yang tak suka nya pound kami susut skang ni.. :P buka puasa ala kadar je la yek.. ;)

besok 1st Ramadhan tahun ke TIGA di perantauan.. hukhukhuk. bila Ramadhan je sedih .. bila Ramadhan je sedih.. menghitung bulan skang ni nak balik Malaysia.. sangatlah tak seronoknya berpuasa dan beraya kat UK ni. apakan daya.. takde pilihan. harung jugak lah. penat lah nak sedih sedih.

marilah kami enjoy saja sisa hidup di bumi permaisuri UK ni. ntah bila hayat lagi nak datang kalau dah balik nanti. memang tak ada lah jawabnya. rezeki dapat datang sini kira beruntung. aku ni kira macam sabut lah.. untung sabut aku timbul..

plan jalan jalan dah lamaaaaa dah. sejak balik europe dulu. penuh teliti perancangan. committee nya kami berdua aje. peserta kami jugak berenam. susah tahu kerja kerja perancangan ni. sempat gaduh gaduh lah :P itenary DC buat, aku tulis apa dan mana tempat nak pegi je. transport pun dia settle. makan pakai aku settle, contact kengkawan nak ziarah pun aku settle. kami bagi bagi tugas. apa yang penting kerjasamaaaaa.. lalalalalaaa

kena buat sehabis teliti sebab percutian paling lama .. selama LAPAN hari ! dan paling jauh ! non stop!

bermula 23 Julai 2011 hingg 30 Julai 2011 ..

sebab memang timing tu je yang ngam ngam sebelum bulan puasa dan tarikh anak anak mula cuti skolah akhir tahun (summer holiday)

route of tour :

LONDON - SCOTLAND - YORKSHIRE - WEST MIDLANDS - WALES -
EAST MIDLANDS - LONDON

sikit sikit lah aku citer yea..

nak abish kan dulu cerita cuti Eastern, UK dulu..

betul lah orang kata JAUH BERJALAN LUAS PEMANDANGAN .. tambah pengetahuan. lagi lagi untuk orang yang macam aku ni. tahu Malaysia je. luar Malaysia je dah lost. yela dulu blaja kat skolah teori je. tengok peta pun tak lulus lagi :P

orang yang tak bersyukur duduk kat Malaysia tu pegi la keluar tengok negara luar macamana. pegi dok palaestin sanun.. :P melancong ke UK ni untuk org kaya raya je. tapi orang macam kami ni pegi bercuti bajet bajet jimat! macam orang KL pegi melancong ke Penang le.

percutian ini akan jadi pengajaran dan pelajaran buat kami dan anak anak. :))



Wednesday, 29 June 2011

Queen's Mary Garden, Regents Park


AMARAN! entry ini adalah GAMBAR BERCERITAAA.. haha

lepas berkenyangan kat Tinseltown, kami panjangkan langkah ke Regents Park. nek tube turun tune je keja kami hari tu..

kalau masukk Regents Park je memang tak jumpa Roses ni.. tempat nya yang tepat adalahhh.. Queen's Mary Garden. kena masuk ke dalam lagi park tu baru jumpa. kalau stakat jalan jalan lenggang kangkung memang tak jumpa. kena jalan bersungguh sungguh untuk mencari Queen's Mary Garden tau!

beberapa meter nak sampai ke roses garden ni dah dapat hidu dah roses. bau maniss bungaa. aku sambil buat muka senyum sampai teliga. tengok bunga ni terapi laa.. tenangggg je. cantik comel comel rasa nak makan bunga tu. boleh? ... pujian Subhanallah kepada penciptanya..

meh meh jamu mata meh.. aksi amatur photograper aku dan Hazim neh.. memang takde edit edit pon. nak edit mendanya kalau click nak ubah pape lembabb je. bikin panas.

setiap jenis roses yang kalepul ni punya nama. tah tah surat beranak pon ada :P nama felik felik lak tu. dulu masa kat Keukenhof kami dikelilingi dengan Tulip. kini taman ni penuh dengan roses pelbagai jenis dan warna. kagum betul tengok ..

















-FAMILY PHOTO-
erkk mcm kat Mesia je.. :P
serius! ada pokok pisang kaki, keladi daun besar tu, pokok sepit udang..hihi


taman comel ni sebenonya berpagar. kiranya aritu kami ceroboh le. hiks
sementara pak guard blom datang kami posing le






haaa puas hati.. dapat jugak akhirnya aku kesini. rasa macam kejap je duk situ. macam tanak balik lak. boleh tak nak buat rumah tido situ terus. bangun pagi aaahhhhhhhhhhhh harum bau bungaa.. terapi minda. abis kalau snow? tinggal batang pokok je lew. bunga layu dihujung mekar :'(

mata ni ternampak nampak lagi roses yang jelita iteww.. ouh indahnyaaa..!!!

masa kat sini cuaca panas. tekak kering je keja. berbotol beli air mineral tak puas. sampai perut kembung dengan air.. kat sini FYI.. PANAS KERING.. tak sama dengan Malaysia. apapun tetap terbako muka memasing disimbah mentari. tidak benar mengatakan duduk oversea kulit jadi putih! manada. ?

Thursday, 9 June 2011

Cuti ke South West - Episode 4 : Stonehenge, Bath

hari ke tiga ni.. 3 June 2011

kami check out pon santai santai je. tak kejar pape pon sebab nak balik dah. ni la keistimewaan rancang cuti secara solo. takda sapa ikut sapa. tak ikat ngan mana mana jadual. bila dah anak ramai ni kalau convoi susah nak ikut jadual orang. tambah plak aku ni cepat hangin kalau orang tak ikut jadual pulak. bab kepantangan aku plak.. "menunggu dan ditunggu".. hoho buleh bikin PANASSS kalau kena situasi camni. so jalan selesai tak semarakkan hangin, berfamily day sendirian berhad je la. tu blom citer sesat barat lagi.. kau kat mana? ko kat mana? col je dah habis 10 pound oii.. leklok nak pegi 3-4 tempat terjadi 1 tempat je pegi dek kerna sesat konvoi. tension ahh! dah lah anak anak aku ni pesen takleh dok setempat dengan kadar lama.. mula laa kegelisahan, merengek sana melalak sini. bila anak anak gelisah. haku mulalah panas hati.. bila aku dah panas hati muka pon jadik ketat. haaa tu dah tahap bahaya.. tet tet lampu merah otomen nyala..

tengah jalan tuuu.. ada 2 kali eksiden menyebabkan jalan jem agak kura kura. lemas lemau dok dalam keta lelama haih.. makanan kudap penghibur mulut. tak renti ngunyah. mata plak berat. didodoi rengek dan perang saudara anak anak. bayangkan 10.30 pagi kuar Travelodge sampai Stonehenge 2.30 petang. 4 jam lebam dalam keta. dapat keluar .. aaaaaaaaaaaa legaaa..

cuma on the way back tu singgah Stonehenge. memang lalu pon. salah satu benda ajaib dunia. kiranya tempat glemer la. kalau tak pegi macam kesian lah kau duduk UK tak pegi. maka kami pon pegi dengan hati yang redah aja. sekali keluar lah ungkapan.. "aikk! tengok batu cenggini pon BAYAR ke.. cis cis bedebah!" kengkonon perasan free le. alang alang dah parking baik punya.. terbang lah jugak 20 pound sekeluarga. semata mata tengok batu ajaib ni haa.. :P hanya kurang sengah jam je pusing keliling batu ni. eh kalau nak pusing tujuhhh kali pon boleh. takde sapa marah.. hek hek


sumorang sibuk nak cakap kat tipon.. haha
xceli tu bukan tipon.. tu info Stonehenge. kisah sejarah.

ni la mendalahnyaaa...

urhhhh rasa mcm nak masukkan kat majalah lah.. huhu

ececece romatik leteww

kengkonon nak family photo le background Stonehenge..
sedihnya background kena cover dek objek besauu kat depan ni haa




tiba tiba..

*

*

*

cik Puteri jumpa boypren mat saleh gitu. rambut perang..
siap jalan pegang tangan plak.. hahaha
anak omputeh tu yang suka sangat ngan Puteri.. wuwu

hamboiii.. main pegang tangan plak yea..
ecehh..

apapun kejap je. bila nak kuar tu terpisahh dahhh.. hehe

bye bye Stonehenge..

seterusnya pegi Bath. nama bandar yang masih ada tinggalan kesan kesan Roman. bangunan klassik. masih ada tulisan Roman kat bangunan. kenal tak huruf roman.. I, II, III, IV.. bla bla tu.. haha nombor je aku tahu. yang lain fail.


ni kiranya macam Town Centre dia lah. bizi jugok laa
bangunan blakang kami ni yang masih ada tulisan Roman


church besau..

ntah brapa ratus tahun lah gaknya bangunan ni ek..


antara banguan yang cantek..

sepanjang cuti ni mama bagi Hakim Hazim dan Hariz kongsi duit jajan yang dorang kira tabung ritu. 5 pound je rasanya. soo sepanjang percutian ni mereka dibenarkan la beli apa apa.. buat urusan jual beli. sengaja nak bali dorang blajar cemana cara beli, bagi berapa, baki berapa...

kedai souvenir habis dimasuk nya. tah apa apa beli. mainan lah.. masa kat Bath ni, dorang nak sangat makan aiskrim. so mereka beli sendiri dengan duit balance yang ada. siap pujuk omputeh ni kasik jual 1 pound semangkuk 3 scope eskrim. padahal rega dia lagi mahal. pasal tu je balance yg dorang ada. kesian punya pasal.. omputeh tukang jual tu bagi jugakk.. HAHA..

haaa dah tahu kan kenapa mama ayah selalu tak beli apa semua yang kamu mintak.. bila buat camni.. baru faham kannn.. hihi


share la bertigaa..

sekian.. HABISSSS cuti ke South West.. yeay!!! Alhamdulillah

Wednesday, 8 June 2011

Cuti ke Cornwall, South West - Episode 3 - Minack Teater, Porthcurno Beach, Lizard Point


walau tajuk kat ataih episode 3 TAPI.. masih hari ke dua. sambung citer smalam daaa..

siap parking .. ikut je omputeh ramai ramai yang macam bergaya nak ke beach. ihik nak tutup la keseganan tak tahu jalan.

sebenarnya tak plan pon nak pegi pantai. memang tahu ada pantai. tak tahu menahu pun ada pantai yang boleh mandi manda, yang secantik sejernih ini. selalunya air keladak dan tak dibenarkan mandi manda. tiba tiba TERjumpa plak yang ni. itupun sebab pegi Minarck Teater sebelum tu. masa tu barulah tahu pantai tu boleh mandi.


papan tanda Porthcurno beach



ni laluan nak ke beach.. skit punya jawooohh.. ada lah dalam 2 km kot.
mcm nak pegi merentas desa plak..

jumpa beach yang super duper indah permai. beach nya la.. pelawat beach tak indah pon.. hihi banyak sangat omputeh berjemuq. kat sini kira baik lagi la dorang berbikini. kalau bogel? jenuh nak jawab ngan anak. eh kat UK jumpa omputeh berbikini dikira masih sopan weh. dan jarang jarang jugak jumpa aksi 18SX merata rata. yang lawaknya dorang ni berbikini bagai tapi nak nyalin suar siap bertutup tuala OK.

airnya jernih sejernih air swiming pool.
kat persisir pantai ni boleh nampak kaki orang yang berenang kat tengah tu.
punya lah jernih

kami tak le concentrate sangat. buat tak nampak jek. niat datang nak tengok laut. serius la tak nampak pape yang lucah pon. entah lah. mata ni dikaburi kerana pemandangan laut terbentang indah permai hingga menutup pemandangan lain. lebih extra bagusnya anjing tak dibenarkan masuk beach ni. haaa bersihhhh!

cik Puteri teruja dengan ombak yang macam nak kejar dia..

tengok pasir yang halus. aku macam tak percaya sangat lah pasir tu original. seperti aneh halusnya. hingga melekat di kepala anak anak. seandainya lah pasir pantai yang tulin memang AMATlah KAGUMnya.

isk kalau tahu lebih awal tentu mama dah bawakkan baju mandi untuk anak anak. kesian dorang. mula mula bukak kasut. pastu mintak bukak seluar sebab takut basah. masa ambik air kat pantai pasal nak buat castle. tengok tengok dah lencun dah main air. tak tahan gaknya..

hari panas yang tak menghalang pon mereka main. habis sun burn muka memasing. tak hirau langsung. dah le takde tempat berteduh ala ala pokok ke. lapanggg aje. mujur ada baru tu clif besar tu. haaa omputeh berjemur .. aku ngan DC sibuk carik port redup.. hikhik. dah duduk port redup pun legam jugak. tak dapek nak nolong. dah memang hitammm nak wat cemana lah lagi. pasrah je la..


puas betul dorang main pasir. cuma tak puas hati tak dapat mandi yang betul betul. eh kalau kamu mandi ayah jugak kena turun untuk jaga kamu. so ayah memang selai sepinggang maka kamu worang pon tak dapek lah mandi laut secara sempurna. mama pon main cicah cicah je. kempunan jugak. :D

lagipun manade tempat nak bilas bilas lepas mandi air laut mcm M'sia kan. habis melekit lekit dek lencun main air tadi. duduk dalam keta tak payah pakai seluar. habis dah basahh.. kering kang pakai lah balik. dah kata tak bawak xtra baju. rasakan! hehe

ni apa kes ni... berenang atas daratan. :P


puaslah cik kenit ni berlari sakan atas pasir.
kaki tenggelam sebab pasir lembut sangat. jalan pon jadik 2km/j.. adoiii

lepas tak puas hati main pantai.. teruskan lagi jalannn..

seterusnya ke Lizard Point...

tempat ni paling selatan skali neh. masa ni anak anak sume dah pengsan tidow. Hakim je yang tak tido. soo mama g jenjalan ngan Hakim aje berdua. eh macam adik badik plak.. :P (prasan). bosan je dia kena snap snap gamba mama posing sana sini. hihi.


memang cliff la tempat ni. ada tempat landai pon hanya untuk boat. tu pun nk pegi kena turuni bukit humakaihh curam. nak naik balik mencungap cungap.


tengok lah clif bertingkat ni.

memang lah United Kingdom ni sebuah pulau yang besar..
inilah penghujung selatannya..

seterusnya kami nak pegi National Seal Sanctuary .. sampai pon dah petang sangat. mungkin dah tutup. soo jalan jalan lihat pemandangan je la. banyak boat pelayar kat sini. sambil tu anak anak yang baru lepas caj bateri (tido) gunakan tenaga pulak kat sini.


lewat petang baru kami balik semula ke Travelodge Plymouth. petang apanya.. pukul 9 malam masih terang benderang lagi. huhu. seharian di South West ni rasa macam tak cukup. kalau seminggu baru cukup agaknya. sayang nak tinggalkan. apa nak buat. lagi lama lagi banyak plak pound yang terbang..

besoookkk ke Stonehenge dan Bath pulakkk.. yeay..

Tuesday, 7 June 2011

Cuti ke Cornwall, South West - Episode 2 : Land's End


kembara hari ke dua...

2 June 2011 - pagi pagi dah siap masak nasik untuk bekal. lauk settle. pagi tu nak cepat breakfast meggi je. suka kemain kamu ye anak anak. haishh!

terus ke Land's End .. 2 jam jugak lah perjalanan yang berliku. err DC dah berpengalaman besar dalam jalan berliku. sejibik macam jalan masuk felda soeharto. sooo 'peanut' je la kan.. :P.. sampai Land's End terus masuk parking bayo 4 pound. bagusnya masuk situ sume percuma TAPI kalau masuk dalam show room tu bayo le. kami sampai pagi lagi. jadi banyak show tak bukak lagi. ehemm selamat duit mama ayah. kita cari mainan adventure yang freee.. hoyehh..


taraaa..


pelik skit lah menan ni. ala ala flying fox jugak tapi kena duduk. xde kat London rasanya ni. hahaha.. kalau ada pun kena bayar kot. so ni dah ada free ni haaa main lah puas puas. lepas bagi anak anak puas main menan free free sume. kita jalan hujunggggggg peta UK yea. jauh jugak lah nak ke sana jalan kaki. tapi tak terasa penat sebab dihidangkan dengan permandangan yang MasyaAllah yang amat indah. kagum melihatnya.



ni otw nak ke hujung sanun.. si Puteri jenuh kutip batu masuk beldi kecik tu. jalan selangkah kutip batu. aigooo.. berapa lama daaa mau sampai??


tengok pemandangan belakang kami tu. cantek bangat. lama jugak lepak situ.
wah agak agak takut tak kalau dirikan rumah kat sini? tapi best eh. bangun pagi whoaaaa sajian permandangan indah.


ok kita pegi belah sana pulak .. jalan lagi..




yeay.. Land's End mercu.

nak bergamba kat sini pon kena bayar weh. mahal lak tu 9 pound lebih rasanya. tapi ye la profesional photograper la tangkapkan gambo. dengan backgroud original pemandangan nya. kami tak amik pon. mahal kan.. so snap dari tiang hitam tu jek. xleh masuk dalam tu.

tapi close up ... dapat jugakk.. kikiki



korang tengoklah.. PERSIS LUKISAN pemandangan kat sini.



laut biru.. langit biru.. awan berarak putih. cantik sangat.
takjub! dengan ciptaanNya



ada pulak minah saleh baik hati offer nak amikkan gamba. baiknya dia.
slalu sangat lupa bawak tripod. asyiklah guna batu batan sebagai tripod.

kami takut sebenarnya kalau org nak amikkan gambar. takut dorang sambar je camera bawak lari. putih mata.. kalau pompuan OK lagi laa kan.

lepas habis ronda kawasan .. eceh mcm polis plak. soo apa lagi.. tiupan angin kuat menjadikan perut berdangdut lapar. perrhhh sini jugak bentang tikar hadap rezeki sambik nikmati pemandangan indah. ouhhh syioknyaaa..



omputeh cenggang2 je tengok kami makan. HAHA.. pelik dorang .. apa la si Asian ni makan? (dalam ati dorang) kehkehkeh

kenyang? kenyangggg.. ok boleh sambung jalan yea. hikhik.

rumah sekitar kawasan Land's End. comel la dinding camni kan.. suka!

2nd place Minack Teater. tempat ni sebenar nya memang pentas teater open air. membelakangkan tepi laut. isk masuk bayar agak mahal jugak. hehe tengok luo je la eh. :P landscap dia cantik ..


tepiiiii Minack Teater ni ada laluan ke Beach.. beach yang sangat lah cantik. airnya BIRUUUUU sebirunya jernih sejernih nya.. haaa kau. tak terdescribe oleh perkataan lah. nak pegi beach tu dari tepian Minack Teater sangat lah curam dan melalui jalan bahaya. ketinggian 7 tingkat bangunan. kadar condong 90 darjah. ada sedia laluan tapi sangat risiko. DC pun surrender suruh patah balik lepas dia dulu turn nak tengok keselamatan.

akhirnya carik jalan lain nak ke beach tu. redah punya redah.. ok jumpaaaaa...

besoklah citer.. banyak gamba nak kongsi..