Showing posts with label Kawan di UK. Show all posts
Showing posts with label Kawan di UK. Show all posts

Tuesday, 22 March 2011

murahnya la hai..

pagi pagi breakfast loti canai instant.. roti canai segera tampal telo lagi kau. kodai takde terpaksa aku jadik mamak jap menggoreng roti canai. cicah kuah kari 4 hari lepas. apa? 4 hari lepas? heh ngko ingat kat mamak tu dorang buat pagi morning ke.. ntah2 seminggu punya kari.. kehkehkeh.. kari takpe kan.. panas kan je la tiap hari. elok slagi masih ada rasa kari boley aja makan si.. :P

nak pi hantaq anak2 daro tu balik hostel kami nyinggah dulu CarBoot Sale cinonet. kecik je sebab dalam dewan.. kat Greenway. aku suka jugak kalau dah boring2 pegi CB situ. situ pilihan barang taklah sebanyak kat CB Denham. tapi orang2 yang jual tu muka kaya lah. apa kena mengena ngan muka kaya. ye la orang kaya ni slalu barang dia suka beli kat kedai banyak banyak bila anak dia dah besar dia jual semua sebab tak mau simpan dah. bila nak jual je dorang jual murah murah pasai nak kasik clear rumah cepat cepat. murah macam nak nangis lah dengar.

oleh syebab Supi .. adik aku tengah prenent sekarang ni.. sooo aku pon amek kesempatan lah nyoping baju untuk anak dia.

rompers baby untuk 3-6 bulan (6 helai)

t-shirt baby 3-6 months (7 helai)

mula mula tanya dia kata "you can have it 20p per piece" huh? ohhh ok .. aku buat muka senyum simpul.. apa lagiii.. macam mengorek khazanah harta karun lah aku buat.. pillih yang cantek cantek dan yang nampak macam masih BARU.. habis pilih kasik dia kira.. "ok £2 for all these" aik? maknanya 14 helai termasuk t-shirt pink puteri selai (gamba bawah) hanya £2. soo selai kurang 20p tau.. err 14p nearly 10p. kalau duit Malaysia pon baru 70sen. gila ah. mana ade baju kat mesia jual 70 sen.

tengok gamba atas.. jeans selai (3-6 months) dan jumpers ala cardigan untuk Puteri dia kira £1 je. whoaa.. maksudnya selai 30p wehhh.. gila ahh.. kalau korang pegang telek belek macam tak nampak beza ngan NEW yang kat kedai rega £7-8. tupon kalau ada sale..

jumper ni sebab comel sangat tak tahan beli jugak walau mahal £1.50..
singgit lima posen pon kata mahal.. hahaha..
beli carboot kalau jual singgit pon aku kata mahal.

kalau kat CBS biasanya aku bincang ngan DC cakap melayu omputeh tak paham.. boleh cakap sukati sukati. kutuk dorang la.. kata mahal la.. words 'pound' pon aku tak sebut.. main cakap singgit dua hengget.. padahal 1 pound 2 pound..:P


2 bijik bantal ni aku beli jugak. 1 biji £1.. mana nak dapat. bantal tu xde la heran sangat. dah banyak kat umah. tapi cover dia tu macam menarik je. terus amik la tak tunggu lagi.

bawak Hariz dan Puteri ada je cukai.. cukai mainan la apa lagi. slagi tak dapat tak brenti nangis. Hariz sibuk dengan buku Ben10 dia. peminat tegar Ben10.

tu lah sebabnya aku tidak menyoping kat kedai. itu lah SEBAB.

tapi tu lah.. anak EMPAT.. kang nak carik baju Hakim, pilih seluar Hazim, cek saiz baju Hariz, mengais Puteri punya fesyen baju. aku punya lagi.. DC punya set set texado lagi. tu baru crita pilih belek telek pasal sluar baju. belum slipar sandle ke. mainan untuk anak berempat ni.. whoa whoaa tak sempat nak tengok untuk orang lain. kaki dah lenguh pusing pusing. tu lom citer nak hangkot lagi.. merah tangan. modal cash kat tangan ciput kena hati hati carik murah dan masih elok dan yang penting nampak baru..

Wednesday, 12 January 2011

Anita dan Aku

Salam

8 JAN 2011 (Sabtu)

hujung minggu musim winter kalao tak keluar rumah memang bosan la. pastu nak keluar kena plan tempat tertutup. Jumaat sebelum tu chating chating ngan member yg dah kenal agak lama sejak tahun lepas. ANITA n HUSBAND dia AIDI (bukan husband Yus. haha kang ade yg ingat Aidi Yus ade wife lain lak. mampus aku kena kejo ahaha). ikut husband dia buat PhD kat Imperial College. but dia ditaja UMS dan KPT. pon sama nasib gak ngan aku. suri dalam rumah makan roti gula. hey.. eh tak jugak dia buat part time job half day jaga anak org M'sia keja wakil Bank Negara kat London. jaga sorang budak 4 pompuan umo 4 tahun. best lah. REZEKI kan.

kami kenal kat bus stop Uxbridge sebab sama sama nak ke CBS. dia datang dari London Zone 3 semata nak ke CBS Denhem. jauh tu naik bas kdg2 tube. lepas sesi suai kenal selalu lah contact2 jumpa jumpa. dia pon penah datang rumah kami lepas balik dari memborong dr CBS. so Jumaat before tu kami plan nak membuat dating la kat umah dia. sebab memang blom penah ke umah dia pon. dia pon baru pindah. kira nya teman sePERCARBOOTan la ni :P

best gak umah dia 3 tengkat wa cakap lu.. hahaha.. tapi bukan semua tingkat dia sewa sorang. gila ko duduk berduaan sewa umah 3 tengkat. dia duduk tingkat 2. kiranya seluruh lantai 2 itu di yang punya. lantai ground dan lantai 3 orang lain duduk. kalau kat London ni xde le pelik mana pown. sharing2 dah biasa. tingkat 2 tu boleh la basic ruang tamu, dapur, toilet dan 1 bilik. OK la kan. cumanya kalau org yg duduk tengkat 3 tu nak naik rumah dia kena lah dia lalu lalang kat kat hallway dia. opss kena berhati hati keluar masuk toilet nak ke bilik. tapi xpe org atas cuma keluar pagi buta. pulang malam buta. tapi yg duduk tu celik laa. :). sewa £900 sebulan kira murah lah kat tengah London. Acton Town sana weh. macam kau duduk Jalan Sultan Ismail nun. yang lagi best harga sewa bersekali dengan bil gas dan bil letrik. hentam lah banyak mana nak guna pon. bayo sekali harung. xde le nak pening sgt. bagus tu I LIKE.


eceh sampai sampai tengahari. eh waktu makan la. mahap la tuan rumah. memang lapo. sekali dia buat Nasi HUJAN PANAS kau. hebat sungguh Anita masak. aku nasik kemarau pon tak terbuat ni pulak nak buat hujan panas. kehkehkeh. berlauk Rendang Ayam lagi siap Pajeri Nenas. perhhhhh...SEDAPPPPP nyum nyum ..
pandai Anita siap menu anak anak pon ada best eh.. memahami. Ayam Goreng rempah KFC bersekali Butter Cake Carot lagi. MasyaAllah anak anak suka kemain. MEKASIH untie Ita. pakej air sirap bandung wif selasih and Teh O panas mak aihhhh tak ke tegang pewot haku ... isk isk.. dah lah makan kenyang dibagi nya tapau kek tu. gila punya baik. semoga Allah permudah hidup kamu suami isteri serta murahkan rezeki kamu. AMINN Ya Rabb

aku lak siap bawak spageti goreng ole ole untuk dorang sekali anak aku pon tumpang makan sama. ceh burukk siku pulak kami ek.

malangnya tak sempat nak amek gamba menu menu yang super duper deliyummyliciusss (ade ke word ni). tapi ko baca perenggan ataih nun dah buleh jatuh ayaq liuq no. huhuhu ade kepatut hebat benor membawak camera tapi SD Card tinggal. grrrrrr.. marah dgn diri ku. nasib lepas adegen kenyang kenyangan ada camera husband dia memotret kenangan indah tu. but semua makanan berada dalam perut. :D


balik dari rumah mereka petang tu.. singgah la Westfield yang dikatakan sale sana sale sini. tempat tu dekat sangat dah ngan umah dorang. euuuwwww !!!.. memang tempat orang kaya raya lah situ. terasa kerdilll jek masuk situ. besa gila. ALA ALA KLCC loh. jalan punya jalan terserempat ada 1 tempat ni macam playgound mini indoor free la untuk kanak kanak. boleh la budak bermain main situ dengan enjoy. DC siap beli lagi 1 SD card punya lah nak tampal hati kecewa sebab tertinggal SD Card dlm lappy. HUH! nasib tempat menan tu FREE. kalau bayo alamat LALU je la. ahak. dapat lah bebudak ni melepas gian main playground di musim sejok.


hajat Puteri nak meneropong.. apakan daya tinggi tak cukup lagi Nak. :)

main cak cak kat terowong mini

ini sebenarnya bilik menunggu untuk Toilet Family.
punya lah kaya, siap berTV Cartoon lagi.

.: KAMI :.

Sunday, 9 January 2011

YUS dan AKU


salam,

kiranya entry ni masih dalam mood DUA TAHUN berlalu Part 3. lama nya mood tu yea.

okeh sambung story... semasa dalam kekalutan keresahan duduk kat Travelodge tu lah aku berkenalan dengan Yus. eceh macam pekenalan perchintaan pulak. haha. 1st friend kat UK. hei jadik kenangan tuuu..

ada satu malam tu dah tak ingat dah malam ke berapa.. DC masuk bilik hotel bagitahu. EH ORANG SEBELAH BILIK NI ORANG MALAYSIA MELAYU LAH.. hah! aku terkezut.. yeke? dgn muka tak percaya. IYAaaa.. DC meyakinkan. nama dia Aidi (husband dia) wife dia nama Yus. rupanya mereka lagi dahsyat.. duduk kat hotel tu sejak antara 24/25/26 dec 2008 (dh x ingat actual date). huyooo lebih lama dari kitorang. terKEBETULAN pulak bilik sebelah menyebelah.

itulah aku selalu pikir kamilah yang terteruk kishah nya. rupanya ada lagi yang lebih lagi. tapi Yus nampak macam OK sebab penah duduk Leed 10 tahun yang lepas. kira nya ada pengalaman la. masa kami dah dapat rumah sewa mereka belum lagi dapat rumah sebab rumah yg hampir hampir nak dapat tu bumbung bocor lah. ada saja dugaan. soo kami pon ajak lah mereka sama sama duduk rumah kami sementara nak dapatkan rumah sewa tu. lepas mereka dapat rumah dan pindah, bermulalah episod sunyi aku di rumah.

sejak tu kami berkawan baik. apa apa mintak tolong mereka. PENDEK KATA MEREKA BAIK. Friendly. aku ngan Yus share story suka duka sedih ketawa. kalao borak kat tipon macam xmo letak. haha. kalo dtg rumah memasing pun macam tanak balik .. boleh. cumanya rumah dorang jauh skit. kat Hillingdon sanun. kalau dulu xde keta jenuh nak kena tunggu bas kat town centre. kami gagahi jua. kalau duduk rumah dekat dekat tentu macam macam projek emak emak, main masak masak boleh di laksanakan. apakan daya korang jawooohhh..

mula mula berbalas SMS kat hotel walaupun duduk sebelah bilik. DC bagi no tipon dia. macam MALU nak sms or call. ye la kut kut anak VIP ke atau ada pangkat Datin ke tak pon dah ada title Prof ke. mana lah tahu. aku ni siapa lah kan. hanya seorang KERANI aje. risau gak tak sama level. tengok tengok OK lah .. seKEPALA.

so Aidi yang belajar nya. sama ngan DC date register Universiti. cuma dia dept IT. tempoh pon sama. InsyaAllah. cuma dia ditaja KPT dan UUM. maka kami sama sama senasib. insan berjawatan surirumah. dia menjaga 3 anak. si kecil comel Irdina sebaya dengan Puteri. eh kejap kejap tiba tiba rasa nak promote. dorang ada kedai siber .. hebat ! cuba tengok
SINI. kawan kawan kannn.. tolong la promosi heheheh..

meh tengok gamba chomel mereka. aku cilok kat FB yang aku rasa gambar family TERCHOMEL.. takkan curik gamba putus kawan kot. kehkehkeh. serius chomel.. (tengok senapang lah.. senapang patah Nikon D90 dia guna. fuh..)

kan kan kan chomel kan..
terutama tengoklah muka Danish yg lelaki tu.


habis dah episod suka duka mengimbas kenangan DUA TAHUN berlalu. TAMAT



Tuesday, 28 December 2010

Hi Hi Bye Bye Kak Min

22 DEC 2010 -

petang tadi mengiringi kepulangan k.Min and family ke Terminal 4 Heathrow. rasa rasa dah 3 family dah kami iring ke Airport. sampai perasaan yang sedih dah jadik tak sedih sangat. sepatutnya berair air mata. tapi adegen Terminal 4 dah jadik adegen ketawa ketawa.

malam tadi pegi penuh sangat Heathrow. macam ada lambakan penumpang. selalunya tak ada lah sesak sangat. mungkin ekoran dari salji tebal ade flight yang delay. ada yang tersadai kat Airport. kesian tengok. Terminal 3 pulak yang bukan penumpang tak boleh masuk.

Aku, DC dan Puteri tumpang Aidi dan Yus pegi Heathrow. petang tu berbizi bizian lah kat dapur nak membuat FRUIT TARTLET untuk Kak Min. sementara tunggu baby sitter (Wieda dan Fatin) datang untuk jaga Hakim Hazim Hariz yang tak ikot sebab MPV dah tak muat.

ok kita layan gamba yang separa sedih ni hingga dah jadik tak sedih sebab ada kes pembahagian HARTA hahaha.. pembahagian resepi lagi kat tepi tiang besi Terminal 4. memang kenangan dalam sejarah lah.


SELAMAT JALAN K.MIN DAN FAMILY
MOGA JUMPA LAGI KAT UTHM PARIT RAJA YEH..
nanti kalau kami datang Parit Raja tolong pilihkan pasu kat Air Hitam yeh.. hehehe..

AKU AKAN MERINDUI MU.... sob sob

malam tu balik umah terus makan ikan bakar sedap hingga licin pinggan.. whoa Fatin and Wieda dah boleh jadik chef woo.. ehehe

Saturday, 18 December 2010

Surprise Guest

sedang aku leka dibuai alunan massage oleh kakak massage tiba tiba pintu diketuk. eh tak sangka pesakit kelas bawahan ni ada pelawat lah. tengok tengok eh eh Izni, Wieda, Fatin dan Byron. senang aku klasifikasi kan dorang ni 4 in 1 lah. hahahah berbunga riang hati ni. MEKASIH korang ... datang siap main masak masak lagi AYAM SAMBAL KICAP sedappp. haaa sesapa yang lelaki bujang yang rasa dia hensem sila isi borang .. ada dua kekosongan. ahahah.. jangan mare yea. nanti blushing pipi.


ouhhhh ada KEK lah. eh kek cekelat laaa.. senyum simpul mati DC. boleh le celebrate belated besday secara mini. tak sangka lak dorang membuat suprise mini ni. Hakim Hazim dan Hariz tengah tak sihat lagi sooo Coklat Kit Kat dan Crips Walker lalu lalang kat depan dorang pun tak ada sambutan yang memberangsangkan. selalunya akan berebut rebut tapi kali ni 'no reply'.. gitu lah kalau selera sedang di tarik.



buah buahan yang menjadi pojaan hati Hazim pun tidak di tegurnya. selalunya buah apple dan grape tu lah yang dia makan dengan rakus hingga rasa macam dah tak ada hari esok. kebiasaannya dialog dia berbunyi ...

"mama, hari ni mama tak ada beli buah buah ke untuk Hazim"

atau

"dah lama mama tak beli grape dengan apple" kata Hazim dengan marah

"aik kan baru semalam makan" aku buat muka pelik

"itu semalam. Hazim nak hari ini. I need healthy food every day !" Hazim dah macam pakar pemakanan seimbang

"ok ok sekarang mama suruh ayah pegi beli" aku mengalah mengiyakan fakta dia

haihh susah gak ade dietitian yang pentingkan kesihatan ni. minggu ini dialog ini tak kedengaran. harap harap pakar pemakanan seimbang dapat beraksi semula.. Amin

TRIMAS ADEK ADEK.. 4 in 1
sebab ingat kat akak
dan semua buah tangan tu..


eh mcm sekmen sekalung budi pulak eh..

Sunday, 12 December 2010

Hi Hi Bye Bye

Bye Bye Zah and Jeff

pepagi moning bergegas la bersiap nak mengiringi pemergian pulang kawan yang sesama Brunnel Universiti. isk bila sebut bab bersiap pepagi morning tu berchenta. mula lah semua tak kena. at last keluar rumah dah terlewat. keluar 8.30 pagi. bas no 222 ni al-lembabun wal-lewati. gelisah nunggu bas. dah sampai terminal 4 terkejar kejar takut tak sempat jumpa mereka.

pheww phew pheww sempat sempat.. dorang dah nak masuk lorong pelepasan dah. sempat lah berkata sepatah dua kata. hei ini betul punya sepatah dua kata. bukan macam ucapan ucapan yang kata je sepatah dua kata tapi panjang berjela. real punya sepatah dua. SELAMAT JALAN YEA. kan kan betul tak sepatah dua.

jom tengok gamba sekitar kawasan kejadian...

Selamat Jalan Duhai Pahlawann.. (eh ni mcm lirik lagu lah)
kalau pompuan xtau nk tukau lirik ape dah
gamba ni BETUL

mahap la mak twin nampak GG jek.. kah kah kah
gambar ini pun BETUL


aku (tudung kuning) eh mana lah tahu kut kut ade yg tak kenal.. hahaha
baju belang tu abang Ilham
gamba ini lagi lah BETUL


sedih arr satu femli dah berkurang. tapi takpea boleh meneruskan sillaturrahim melalui FB. FB kan connecting people. eh tu macam nokia punya trade mark jek. tak pe la aku pinjam kejap je. Zah n Jef pulang dengan anaknya twin Iffah, Izzah dan abangnya Ilham. sekali dengan femli mertua Zah. waaa beramai ramai. bole gak gilir gilir mengepas pas baby twin itu sure gamat. ataupun mereka tidur aje. tak macam Puteri dulu berdondang dendang gunakan high pitch suara lagi. flight 13-14 jam hanya 2-3 jam je tidur. adehhh.. CHOBAANNN.. kata P.Ramlee and the geng.

gamba ni macam ada PEMBETULAN..
pahlawan yang ini akan pulang semula ke London sebab nak teruskan perjuangan extend Phd dia lagi 6 bulan.
eh tak apa lah. kalau tak takkan nak hamik gamba berduaan cenggini. (sebenarnya aku lupa kehkehkeh)


Selamat Jalan Fazlinil Irma,

Irma cousin aku yang keja kat sini pon pulang malam ini jugak. pukul 10 kat Stansted Airport.
mandangkan jauh tambah pulak malam tak dapat la nak ngantornya. tak apalah .. hanya iringan doa ku kirim. alaaaaaa tak bestnya Ramadhan next year dah tak adalah aktiviti eksperimen dapur dengan Irma. sedih la sedih double sedih.

bila tengok orang balik balik Malaysia ni rasa macam aku tak sabarnya nak balik. ntah ntah orang yang nak balik sedih sebab takk nak balik. mana lah tahu kan kan.. tapi yealah peluang duduk sini 3 tahun kena pulun. kena TELAN je SEMUA samaada kebestsan atau ketakbestsan nya. lepas ni memang tak ada lagi harap sapa nak bawak aku datang sini lagi buat kedua kalinya. melainkan kalau duit melimpah ruah tak tahu nak buat hape dengan duit tu boleh la aku datang sini lagi dan lagi dan lagi INSYAALLAH.

Thursday, 4 November 2010

Jalan Jalan Cari Teman

Salam,

2-3 minggu lepas ade le berkenalan ngan seseorang ni. terjumpa kat town. muka Asia. tegor laa. then dah tuka tuka no tipon. dah calling caling. tetiba ari ni mcm nak penuhkan ruang sambil nak amik napas segar kat park. OK la janji janji la together nak pegi town. so Blind Date la kat Pavillion. rumah dia berjiran dengan Sainsburry.

aku terlewat sikit. ko tahula bawak si anak dara aku yang dah tak sabar sabar nak jadik emak ni sibuk jugak nak bawak baby ngan stroller baby dia. berhangkut hangkutlah di tenggek stroller baby dia jugak naik stroller dia. eh aku rasa macam belit je ayat aku ni. hagak hagak tak paham tu baca balik yeh. kalau tak paham jugak, buat buatlah paham ahah.


lepas intro intro borak kami mak mak ni nuju le tesco carik bekalan yg dah putus kat umah. lepas soping ringan makanan ringan, air ringan dan gula ringan. semua yang berciri ringan la. aku bawak le dia pegi Park. sempat la kami menjadi modell modelan menjamu mata dengan daun luruh yang sedang menguning dengan riaknya.



pastu cari port utk bersekeDUDUKan. lepakss borak2.. borak punya borak rupanya dia orang Singapura. memang asal sana. parent campur Singapura Malaysia. nama dia Aisyah. exstudent UIA. Law. ade sorang anak Nama Ali. 5-6 bulan. baru dok London sebulan. dulu dok Oxfordshire setahun lebeh. Husband dia pak dokter. pakar sakit puan lagi. siap sambut kelahiran anak sendiri gitu.. wah best arr



yang tensionnya.. tengah asssyikkk borak ade 2 hekor hanjing. heiii dasar hanjing punya anjing. boleh berlegar legar menghidu hidu kat kusi meja tempat kami duduk tu. udah kami berdua jadik kakuuu kerass macam kena letrik sebab ketakutan. tuan hanjing tu bole tengokkk je anjing dia. dah la tak ikat. hadooiii tension sehhh.. lepas je anjing tu berlalu terus kami blah masuk kat playground. naseb kat playground tu berpagar bole le tutup SELAMATTT..

ni le masalah problem kat sini. anjing sini macam ayam kat Malaysia. bersepah. walaupun semua bertuan tapi bukan semua di ikat. kasik lepas konon bebas laa.. kalau aku selalu buat muka macam senyum pastu kelat tuan anjing tu macam paham la aku tak suka. dorang ni siap marah marah lagi "anjing saya tak gigit you, well train." "woiii memang la .. kalau haku citer SAMAK kat kau .. ngko paham ke??" rasa macam nak herdik je kat hidung dia cakap camtu. aku nak kata apa .. senyum je laa.. buat buat muka macam memahami la. padahal..

kalau 'SHIT' anjing ni halamaakkkk bersepah sepah. kalau kami jalan kaki nak pegi skolah ke, pegi town ke, pegi park ke. ada aje jumpa tahik bersepah macam tahi ayam. dah kena lantik ketua jalan kat depan memantau taik hanjing. then laporkan pada orang belakang supaya berjaga jaga.. YUCKK !!!
patutnya tuan dia lah kena kutip then buang kalau tak kena denda. dasar pemalas..!

kalau kat TIBI memang ade rancangan khas citer pasal anjing ni. tajuk DOG WHISPER.. (bisikan anjing) tajuk mcm romantik jek bunyiknya padahal citer pasal cemana nak JINAKkan anjing yang bermasaalah. kira macam kaunselling anjing la. aku memula dulu KENA TENGOK jugak. walau geli sebenarnya. tapi just nak dapatkan info cemana nak berdepan dgn anjing. apa pemahaman anjing bila dia baca bahasa tubuh kita. dia paham percakapan kita. kalau kita lari kalau dia kejar maksudnya macam nak bermain main dengan dia. kalau kita tak mahu dia kacau just stand still sambil tangan buat gaya 'giveme 5' tapi menghala ke bawah. just said GO.. atau NO.
tapi tak berdaya nak diri tegak je bila dia dtg kat kita. otomatik nak LARI punya. takut punya pasal.

rupa rupanya anak anak aku dah belajar kat sekolah cemana nak berdepan dengan anjing ni. siap sekolah panggil orang expert buat demo cemana nak komunikasi dengan anjing ni. tapi aku dah warning siap siap. JANGAN SEKALI KALI SENTUH DIA.. patut le mereka ni mcm COOL je jumpa anjing. tak le nmpak mcm takut sangat sangat.

penah sekali siap kena marah ngan tuan anjing emak pada kawan Hazim. adek ke patut dia suruh pegang lagi anjing dia. Hazim kata la kita tak boleh pegang. dia siap bagitau. "we treat dog like human. nothing wrong with them. our dog is healty and not dirty." engkau boleh la cakap camtu sebab engkau bukan Muslim. susah nak terang. just keep quiet and terus blah je. maleh nak layan.

eh jap jap jap ape tajuk tadi.. aku nak citer pasal Jalan jalan carik kawan kan. pesal entry ni banyak citer pasal anjing. ok la ok la aku tuko la tajuk jadik Jalan jalan jumpa anj.. eh tak nak lah benci nama tu.

itu la perkara yang Malaysia besttt .. mastautinlah tanpa was was.. ewahhhh... Malaysia ada MAKK.. Malaysia besttt..

jom jom tengok gamba ...






AUTUMN IN MY HEART...
JANGAN JELEZ YEAHH... AKU SUKA AUTUMN.
KAMU???.


Wednesday, 6 October 2010

Hi Hi Bye Bye

Salam,

5 ogos - pagi tu bangun awal siapkan packed lunch anak2 awal, kejut anak awal, buat breakfast awal, semua nya seawal yg mungkin SEBAB nak pegi Heathrow Airport ...buat ape?? meh aku citer

lepas hantar 3 hero kami ke skolah.. cepat2 kejar bas no 222 nk pegi hounslow Tube Station then naik tube ke Heathrow terminal 4. nak mengiringi pemergian ke tanah malaya Mis dan Fuad sekeluarga.

perkenalan bermula masa Jamuan Raya tahun 2009 tahun lepas. mase tu dorang baru seminggu sampai London. baru dpt rumah sewa dekat dgn Brunnel. Mis tanya skolah berdekatan utk hantar anak dia yg sulong ke skolah. walaupon dtg setahun rugi kalau tak hantar anak ke skolah kan. dlm mase setahun tu mcm2 bleh blaja. sekarang anak dia dh fluent sleng english british.. waaa..
sejak tu kami rapat. sebab dekat je ngan umah aku. bole pegi town centre sesama. hantar lauk, hantar kueh, ajak makan2 kat umah, tumpang letak anak, singgah2 borak, pegi pasar tani sesama, argghhhhh banyak laa memori tak terhitung dengan jari kaki. eh ..

bila tiba nak iring balik M'sia mcm sebak sebab lepas ni takde dah memori tu .. tinggal kenangan.. rasa macam baru semalam say HI.. tetiba 5/10 dah BYE BYE.. kejap btol mase berlalu. pantas betul.

apepon yg patah kan tumbuh berganti .. walau tak sama tapi tetap berganti. lepas ni aku ada Zed Diyana. Zed ada sorang anak Noah. Aku jgak ada Wieda, Izni, Fatin, Byron .. adik2 yg jadik tukang makan masak2 aku yg tah ape2 rase tu.

cam ni la hidup sebagai perantau.. teman silih berganti .. macam pas Baton. lari berganti .. mcm sukan pantas dan segera. mcm pepatah melayu Ikan di Laut. Asam di darat. dalam kuali bertemu jgak. gitu laa kena terima, redha dan lapang dada.


SELAMAT JALAN MIS... kenangan kita bersama tetap terpahat dihati.. sob sob sob...