Tuesday 28 December 2010

test drive

salam,

24 DEC 2010

heh dh beberapa hari jugak tak update blog sebab kesibukkan ahli mesyuarat dapo dengan adegen masak masak yang aktif minggu ni. student Cardif 3 orang dengan student Sheffield 2 orang termasuk Byron pemandu pelancong bertandang bermalam 3 hari 2 malam kat sini. euwww budak budak lelaki bujeng tengah membesarkan badan makan memang HEBAT !

masa dorang sampai tengahari tu .. petang dorang pegi tour Brunnel Uni. kami pon amek kesempatan le mengetest drive nak pegi kedai china sebab pikir besok Krismas sure kedai semua pemalas nak bukak. semua pon sibuk nak makan Ayam Turkey. isk isk..

bila sebut je. "sapa nak ikut. ?? ayah nak pegi kedai NAIK KERETA." yeayyy !! lompat lompat semua berpusu pusu pakai kasut sock jacket semua siappp excited nak nek keta punya pasal. lepas maghrib kami pon gerak. semua senyap je dalam keta. iya lah Hakim Hazim terpisah. Hakim duduk depan sekali Hazim pulak kena duduk belakang sekali. Mama Hariz dan Puteri duduk barisan tengah. Hariz ngan Puteri kan dah kena ikat dengan car seat. tu yang memasing senyap je. OK la OK enjoy walau pun dalam degupan jantung yang masih kencang maklom le 1st time ni pegi kluar jejauh malam lak tu.

yang bestnya bawak keta kat sini tak nak kecoh kecoh sesat barat. walau duduk negara barat. eceh. sebab ada Makcik TOM TOM. kenal tak ngan makcik tom tom ni. sesapa yg dh penah duduk UK memang kenal sangat ngan makcik tom tom ni .. peramah.. baik.. tukang tunjuk jalan. bagus kan dia.. GPS Sat Nav daaaa.. ko taip je poskod mana ko nak pegi dia pandai pandai le nunjuk jalan . teror dia ni.


sekali dah sampai kedai china. masuk je tengah pilih pilih barang tetiba setaf dia kata LAGI 2 MINIT KAMI NAK TUTUP KEDAI. hek elehh.. hampehh. so apa lagi la haku pon marathon secara berlari pecut ngambik stok bahan masakan Asian yang ala ala Malaysia. Kedai China tu kalau masuk rasa macam berada dalam giant bt caves cuma lagu je lagu cina. kehkehkeh.. part paling best amek 5 bungkus Maggie buatan Malaysia perisa Asam Pedas. Marvelous lah. lama dah tak makan Maggie. masa demam ritu memang teringin nak makan megi masam masam. bila la ni dapat nikmat tak terkata.



seronoknya tak payah terfikir fikir nak amik barang yang berat berat. xyah pikir cemana la nak bawak berat ni. lenguh la tangan. kebas lah jari. so rembat aje stok bahan makanan untuk 3 bolan. yang paling penting KICAP KIPAS UDANG. yuhuuu.. gila sampai 2 botol rembat. sos botol besar besar lagi amek. sos tiram. wahhh rasa mcm nak borong semua lepas tu setahun tak yah pegi kedai dah. banyak santek duit suami aku. heh.. tapi manyak syiokkkk wooo

tak puas hati tak puas hati ade ke patut soping 2 minit. ingat ni mee segera ke? ape lagi balik tu singgah pulak Sainsbury. Supermarket besar kat Uxbridge sebab tertinggal beli gula, susu dan macam macam lagi lah. masuk je Sainsbury.. cis !! dia pon sama gak nak tutup dlm masa 20 minit.. grrrr.. lelaju amek barang. nasib tak banyak. soo OK lah. DC pegi amik gula 5 kilo teros dengan rakus tanpa belah bagi. ahahahaha.. best ehh tak de lah selang sehari pegi kedai asyik asyik aku suruh beli Gula Susu Gula Susu tak sudah sudah.. lepas ni 3 bolan xyah beli gula.. ngeh ngeh ngeh..


syoknya soping barang dapo pukul 4.30 petang keluar.. pukul 6 dah balik. kalau tak tentu terhegeh hegeh tunggu bas meredah pekat malam dalam kedinginginan cuacha. part yang kelakar... keta tu kan honda, so gear dia berlokasi di atas bukan macam keta biasa. asyik lah dok mencarik carik nak tukau gear kat bawah. gelak gelak sambil raba raba gear di bawah yang tiada. kena prektis lagi nih.

adegen ini akan berulang selang 3 bolan.. best arr ngetest drive camni.. lepas ni dah pro boleh la pegi SPAIN pulak. amboiii berangan bio le tinggi. kalau tak tercapai tu tak ade le nangis sebab angan angan je. haha :P



Hi Hi Bye Bye Kak Min

22 DEC 2010 -

petang tadi mengiringi kepulangan k.Min and family ke Terminal 4 Heathrow. rasa rasa dah 3 family dah kami iring ke Airport. sampai perasaan yang sedih dah jadik tak sedih sangat. sepatutnya berair air mata. tapi adegen Terminal 4 dah jadik adegen ketawa ketawa.

malam tadi pegi penuh sangat Heathrow. macam ada lambakan penumpang. selalunya tak ada lah sesak sangat. mungkin ekoran dari salji tebal ade flight yang delay. ada yang tersadai kat Airport. kesian tengok. Terminal 3 pulak yang bukan penumpang tak boleh masuk.

Aku, DC dan Puteri tumpang Aidi dan Yus pegi Heathrow. petang tu berbizi bizian lah kat dapur nak membuat FRUIT TARTLET untuk Kak Min. sementara tunggu baby sitter (Wieda dan Fatin) datang untuk jaga Hakim Hazim Hariz yang tak ikot sebab MPV dah tak muat.

ok kita layan gamba yang separa sedih ni hingga dah jadik tak sedih sebab ada kes pembahagian HARTA hahaha.. pembahagian resepi lagi kat tepi tiang besi Terminal 4. memang kenangan dalam sejarah lah.


SELAMAT JALAN K.MIN DAN FAMILY
MOGA JUMPA LAGI KAT UTHM PARIT RAJA YEH..
nanti kalau kami datang Parit Raja tolong pilihkan pasu kat Air Hitam yeh.. hehehe..

AKU AKAN MERINDUI MU.... sob sob

malam tu balik umah terus makan ikan bakar sedap hingga licin pinggan.. whoa Fatin and Wieda dah boleh jadik chef woo.. ehehe

Friday 24 December 2010

dan NIKAH !

Ingat tak lagi dengan entri BERTUNANG? ini .. kalau tak ingat pegi baca balik.. refresh balik. ini adalah sambungan nya...

22 DECEMBER 2010

sah sah sah.. memang sah kami dah menikah. dengan majlis yang sederhana saja IA dah dah jadik kepunyaan hakmilik peribadi teman hidup kami sekeluarga. majlis akad nikahnya berlangsung di Heathrow Airport Terminal 4 bersama sekali sijil nikah serta baki separuh wang hantaran. dengan sekali lafaz..HAHAHA ikatan ini kukuh. menjadi kekasih halal. sapa yang baru je baca citer aku ni sure tertanya tanya apa ke kes lah ni. ni bukan kes DC kawin lagi. ini kes tanggungan kami sekeluarga.. nak tahu ke..?? ok meh scroll ke bawah..

*

*

*

TADA

*

*

ni diaa


chomel tak. ? HONDA SHUTTLE 7 seater oh yeahhh..

harap harap dengan adanya MPV ni boleh lah kami membuat lawatan sambil belajar di sekitar UK dan Scotland. dah lama teringin nak berkereta yang memuatkan kami berENAM. akhirnya tercapai jugak. selama ini aku pendamkan hasrat untuk memiliki MPV sebab tak mampu. bila ada kawan nak balik Malaysia dan jual kepada kami dengan harga mampu milik. kami pun tak nak lepaskan peluang keemasan ni.

kenapa tak pakai kereta biasa je? jawapannya tak boleh sebab kami berENAM .. kat sini kena WAJIB pakai 6 seater. anak anak kena pakai carseat sorang satu. Hakim Hazim kena pakai Booster. Hariz dan Puteri kena pakai Carseat. kalau kereta tentu tak muat. soo kena pakai MPV.

1st time DC bawak ..dup dap dup dap berdebar debar lepas iring Kak Min ke Terminal 4 terus bawak balik rumah MPV tu sambil di eskot oleh Aidi dan Abang Khir. hehehe.. mujur automatik takde le mengigal nak bawaknya. aku kat belakang doa tak putus. ye la risau jugak dah 2 tahun tinggalkan arena pembawakan kereta tetiba kena bawak besar terus. takut gak. tapi DC steadyy je. aku yang berDEBOR lebehh..haahaha

nak ke mana yea??? cewah..


Monday 20 December 2010

Hazim 8th Birthday


Peluk KEK sambil makan

20 DECEMBER 2010 ... lapan tahun yang lepas aku melahirkan heroku yang ke dua dalam hidup kami. lahir seberat 3.2 kilo di hospital yang sama dengan abang dia Hakim Ampang Puteri Specialist Hospital disambut oleh Dr Fauziah.

tahu mengandungkan Hazim waktu tu umur abang Hakim baru empat bulan. eh TER rapat jugak la umor dorang. Abang Hakim masih baby lagi dah nak dapat adik baru. bayangkan lah letih nya cemana. dahlah waktu tu Hakim baby dia sangat aktif kesana kemari. aku pulak mengandung Hazim dengan fizikal lagi bengkak masa ngandung Hakim. lebih kerap cramp dan sakit sakit belakang.


masa mengandung Hazim, DC kena kursus 6 bulan kat ILSAS. Kursus Chargeman. sebab lepas kursus kena mengajar student Kursus Chargeman pulak. kena lah korban harung keletihan lepas keja ambik Hakim kat Nursery then dukung dia balik rumah jalan kaki. waktu tu nasib rumah dekat je. dapat pulak menyewa dekat Apartment BMI dalam kampus BMI jugak. so tak de la kena drive beriya iya. hehehe.. selamattt..

ILSAS kan kat Bangi. hari hari jem. DC balik lambat. aku balik rumah dah tersandar dah dengan perut yang besar dan Hakim yang lari sana lari sini. apa nak buat. masa dah dekat nak bersalin kami ambil maid. Indonesian. soo kurang sikit buat keja rumah. sempat jaga Hazim dan Hakim setahun je. lepas tu dia dah CABUTTT LARII..! entah mana lah agaknya dia pegi.

kelahiran Hazim beri kami rezeki. kami pindah rumah sendiri lepas Hazim lahir. rumah Apartment kat Taman Sri Gombak. rumah tu DC beli waktu kami belom kawin lagi. Apartment kan. OK la untuk hidup berEMPAT..

Hazim orangnya sangat baik. lembut dan mendengar kata. rajin. suruh lah apa saja. cepat je dia buat. tapi kalau kerap sangat dia komplen.. asyik2 Hazim je. pemakan orangnya. memang suka makan dengan kerap dan banyak. Kajian pakar kata anak ke dua selalu bermasalah tetapi Hazim tak. dia OK.

dulu kecik kecik montel, bulatt, chubby .. sekarang susut..kuat main gaknya. energy byak guna walau kuat makan. ligat jugak. sebab bergeng. geng dengan Hakim bersatu tenaga mama pon boleh kecundang dengan kadar membuat sepah secara maksima. mereka macam kembar sebab membesar bersama sama. umur rapat. dah rezeki kan.


lahirkan Hazim mudah sebab dah ada jalan. iya lah anak ke 2 kan. tak sampai 15 minit dah keluar. masa baby dia kena jengkitan kuman kat paru paru. kena masuk dalam inkubator sebab kena pakai oksigen. bila tengok dia dalam inkubator sedih sangat. tapi bila tengok sebelah semua baby baby yang tak cukup bulan. semua halus halus kecil dia sorang je yang besar dan chubby.. kelakar jugak.

Hazim suka benda benda seni, lukisan, melukis, art, origami. dia teliti dan sukakan sesuatu yang cantik. handwriting dia cantik. kemas. teacher dia kata Hazim seorang yang perfectionist. terlalu nak sangat nampak sempurna hingga semua keja jadik lambat dan akhirnya tak siap.


Celebrats besday masa tengah snow turun memang tak best. tak dapat nak celebrate meriah. makan kek yang 4 in 1 bagi tu then nyanyi nyanyi. kali ni Puteri yang beriya iya menyanyi. HEPEDAY TUYU..HEPEDAY TUYU HAZIMMM.. camtu lah Puteri nyanyi untuk Abang Hazim. kelakar bunyik dia.

Mama doakan
SEMOGA HAZIM MENJADI ANAK YANG HORMAT MAMA DAN AYAH SERTA
BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT YEA.. AMINNNN..

HAPPY BIRTHDAY ILMI HAZIM B. SAHARUDDIN
8 YEARS OLD

Menikmati Keindahan SNOW

anak anak cuti skolah xde xtvt. terperap je kat rumah pun ngundang virus jugak. Hariz belum kebah demam. berbalik balik demam dia. aku pun tak faham kenapa? apa lagi yang kurang. ubat done. tidur cukup done. ubat demam sampai dah habis di makan demam belum baik. kering bibir meekah sampai berdarah. badan pun dah susut sebab tak lalu nak makan. bila makan je muntah. usaha dah.. dan tinggal hanya DOA

Puteri pulak keja nya nak orang berkepit je ngan dia 24 jam. aih macam mama ayah takda kerja lain. dia bukan apa. dia nak main main ngan tangan aku atau ayah. kat sendi jari jemari tu kan mcm ada tunggul. so dia suka sangat gosok gosok jari tangan dia kat situ. dah jadik habit sejak kecil. macam khayal je. ntah apa kena nya tah.

Hakim Hazim dah kembali aktif. cuti ni mereka duduk main game V-Tech (educational game). boring game tengok tv channel CITV pulak. wahhh conquere habis AV kat rumah ni yea. abiss nak keluar buat xtvt luar pintu tak boleh. tu yang kengkadang main bola dalam rumah. habis berdentam dentum bunyik bola menggegarkan perabut sume. sudah le lantai kayu, aku yang tengah duduk diam ni pun boleh bergegar body ni. euwwww!

lepas solat asar... moh kita keluar rumah amik udara segar yang betul punya segar. ambil BAU SNOW. yea arr bau snow ni bau fresh. yeala ada mutiara dalam ais. kalau tengok betul betul snow ni nampak berkilau kilat memancar macam ada butir berlian dalam dia. boleh menyilaukan mata. hebatttt kan ciptaan Allah.. Allah hu Akbar !!

semua bersiap memakai perisai kesejukkan. Hakim tak mo pakai glove sendiri. nak pakai glove ayah. ouhhhhhh tahu lah glove ayah besar dan tebal. nak main snow punya pasal sanggup nak pakai glove yang saiz 3x ganda tangan dia..hahaha..

on the way nak ke padang bola yang hanya jalan kura kura 10 minit masing masing mengeluh Sejuk sejuk sejuk... dah sampai padang nak snap gamba baru sekeping dua dah cakap "dah boleh balik dah??" erkkk.. bengang je mama. lepas mama snap gamba mereka laju laju.. OK la nak balik boleh balik !


ayah hantar mereka balik then aku sambung berposing secara syok sendiri. terpinga pinga je mat saleh tengok aku main camera sensorang macam tak ada arah. tima kasih tripod.. kau memang photographer terbaikkk...


ayah keluar smula temankan aku pegi posing posing. maka posing posing ala ala berchenta lah kami.. syiokkkk wooo.. manyakk sujukk wooo.. pipi pun dah kebas tak ada aku heran. sampai rumah dah merahhhh dah muka kesejukkan.


snow yang tebal ni membuatkan suhu kat luar sejuk sangat sangat... ntah bila lah dia nak mencair kan diri. mahu makan minggu minggu jugak tu. tengok lah seminggu lagi jalan akan jadik licin sebab snow dah mula mengeras melekat di jalanan. weekend ni council cuti soo jalan raya masih banyak lagi snow. info : Council tu kalau kat Malaysia macam DBKL la.. mungkin esok lusa Council akan tabur garam untuk cairkan snow dijalanan.

lepas ni pejalan kaki akan rasa tersiksa. silap silap boleh tergelebakk gebebumm! macam nangka masak. auwwww! sakit kauuu..
tengok gamba memang best .. nak harung jalan atas snow terseksa beb..


Sunday 19 December 2010

Heavy Snow 18/12 @ London

Sabtu - 18 Dec 2010

hari ini anak anak dah start cuti Krismas sekali harung dengan cuti winter selama 2 minggu. mereka pun memang dah tak sabar nak cuti. nak rehat rehat sebab tak sihat. lagi satu sebab jemu buat pakced lunch dorang. pusing pusing dish sama lah jugak. mereka pun dah boring nak makan. kami yang buat lagi lah boring. sampai tak makan dorang. tambah pulak selera makan sejak demam ni bagai ditolak tolak.

pagi ni pulak bangun bangun je tido.. heiiiiiii.. snow lebat gila, sangat heavy. jatuh ke bumi melayang layang berkeping keping tebal. sekali turun banyak sangat. dah penuh dah keliling rumah. dah dekat pukul 1 petang baru lah reda sikit. SUBHANALLAH. Indah nya pemandangan.. putihhh seputih putihnya di keliling pemandangan. semua harta benda diselubingi salji memutih. suci je nampak bumi ni. sebersih seputih salji. jalan raya, kereta, pokok pokok, rumput, pagar pagar rumah habis diselimuti sucinya salji. suci seperti anak dara. sebab belum dinoda oleh tapak kaki orang. belum disentuh oleh manusia pencemar alam. CHANTEKKK sangat. macam pemandangan padang pasir wana putih.

bayangkan yeh.. duduk tepi tingkap dalam rumah yang warm sambil menyaksikan hujan salji yang tak ada di negara kita Malaysia. haaa yang ni betul hujam emas. memang hujan emas kaler putih lah. macam tak percaya tengok dengan gunakan mata kepala sendiri berpeluang melihat kebesaran kejadianMu Allah s.w.t. Ini tahun ke dua menikmati salji di London ni. memang best lagi menyeronokkan hingga teruja jakun yang amat.

salji yang masih dara ni kalau aku rasmikan best arr.. dipijak berderap derup bunyik sebab aku orang pertama yang menodai kamu. hahaha.. kalau dah beramai ramai pijak dah jadik ais boleh jadik sangat licin. akan jadik menyiksakan bagi pejalan kaki tegar macam kami. rasa macam tak mahu jalan. kalau boleh nak SLEDGING je. tapi sapa pulak nak tarik kenderaan separa berat macam aku. haishhh..

bila bukak pintu whhhoooooo angin sejuk berlipat kali ganda berebut rebut nak masuk. tengok tengok salji dah seTEBAL EMPAT INCHI dah. fullamakkkk tebal gila. tepi tepi pintu sikit lagi nak masuk dalam rumah dah salji. kekisi tingkap pun salji tersangkut tebal. kat jalan raya depan rumah blakang rumah jangan kata lah macam KEK SNOW.

jalan raya tentu jem waktu waktu cenggini. ye la macam banjir la jugak. jalan jadik licin bahaya. boleh terbabas. break tak makan sangat. tak boleh bawa laju. kalau jalan raya biasanya council akan tabur kan sejenis GARAM untuk mencairkan salji supaya mudahkan pemanduan untuk kereta. bukan garam untuk masak tu tau. sure banyak kereta sangkut tak boleh gerak sebab snow tebal sangat. kat sini kenderaan ada tayar khas digunakan bila memandu semasa salji. mungkin tayar tu boleh mencengkam jalan raya dengan lebih selamat. tak pernah tengok. tapi selalu dengar orang cerita lah.

arhhhh citer panjang panjang pun tak guna kalau tak ada gamba. crita yang best pon boleh ngantuk. meh saksikan tayangan unggul malam 18 dec 2010.
malam tu aku ngan DC keluar rumah pegi fotoshoot amatur kat keliling rumah. saja saja nak amik mood malam punya view. sejuk kemain tok sah kata arr. dah pakai boot dalam ada kasut kain tu pun masih sejuk. kena pulak pijak snow tebal sampai masuk skit snow dalam kasut autchhhhh!! sejuk sejukk!

ni gamba depan pintu rumah..
tengok lah sikit lagi nak masuk dalam rumah snow tu
(baju merah depan pintu tu Hakim)

ouch.. tenggelam boot

aik..mana pegi kaki aku??


tengok view ni.. putih
tapi waktu malam nampak putih perang


tengok ketebalan snow atas pokok tu..
hampir sejengkal

tentu keta ni dalam kesejukkan berselimutkan salji.. brrrrrrr..

ranting pokok ni nampak artistik bila salji hinggap atas dia

pokok ni pon sama gak..

phewwww TEBALLL..! snow cake



Saturday 18 December 2010

Surprise Guest

sedang aku leka dibuai alunan massage oleh kakak massage tiba tiba pintu diketuk. eh tak sangka pesakit kelas bawahan ni ada pelawat lah. tengok tengok eh eh Izni, Wieda, Fatin dan Byron. senang aku klasifikasi kan dorang ni 4 in 1 lah. hahahah berbunga riang hati ni. MEKASIH korang ... datang siap main masak masak lagi AYAM SAMBAL KICAP sedappp. haaa sesapa yang lelaki bujang yang rasa dia hensem sila isi borang .. ada dua kekosongan. ahahah.. jangan mare yea. nanti blushing pipi.


ouhhhh ada KEK lah. eh kek cekelat laaa.. senyum simpul mati DC. boleh le celebrate belated besday secara mini. tak sangka lak dorang membuat suprise mini ni. Hakim Hazim dan Hariz tengah tak sihat lagi sooo Coklat Kit Kat dan Crips Walker lalu lalang kat depan dorang pun tak ada sambutan yang memberangsangkan. selalunya akan berebut rebut tapi kali ni 'no reply'.. gitu lah kalau selera sedang di tarik.



buah buahan yang menjadi pojaan hati Hazim pun tidak di tegurnya. selalunya buah apple dan grape tu lah yang dia makan dengan rakus hingga rasa macam dah tak ada hari esok. kebiasaannya dialog dia berbunyi ...

"mama, hari ni mama tak ada beli buah buah ke untuk Hazim"

atau

"dah lama mama tak beli grape dengan apple" kata Hazim dengan marah

"aik kan baru semalam makan" aku buat muka pelik

"itu semalam. Hazim nak hari ini. I need healthy food every day !" Hazim dah macam pakar pemakanan seimbang

"ok ok sekarang mama suruh ayah pegi beli" aku mengalah mengiyakan fakta dia

haihh susah gak ade dietitian yang pentingkan kesihatan ni. minggu ini dialog ini tak kedengaran. harap harap pakar pemakanan seimbang dapat beraksi semula.. Amin

TRIMAS ADEK ADEK.. 4 in 1
sebab ingat kat akak
dan semua buah tangan tu..


eh mcm sekmen sekalung budi pulak eh..

Friday 17 December 2010

SPA Treatment


sejak di datangi sakit yang tak di undang ni aku rasa macam aku dah jadik drug addict. apa tak nya setiap kali sakit sengal sengal sendi tulang belulang ni datang je aku nak me'nyah'kan dia dari menular ke seluruh tubuh cepat cepat aku telan PARACETAMOL Caplets. 2 bijik sekaligus. mendalah tu kan macam menahan diri dari rasa sakit sedangkan sakit tu masih ada lagi. lepas telan dadah itu dengan secara magic bin ajaib nya terus segar bugar. boleh bangun masak sup kemas dapur bagi. wah macam tak hinggat sakit. dasat betul penangan Paracetamol ni eh.

sebab tak sampai hati lah tengok DC sorang sorang ngurus anak anak yang masih ada saki baki batuk selsema demam tiga serangkai. dari buat packed lunch, hantar anak skolah, amik anak, beli keperluan dapur ke town centre, masak pulak lagi, buat air bagi ubat, basuh muntah anak, fuh boleh jadik calon suami adorable ni.

aku kena lawan .. lawan sekuatnya. jangan dilayan sangat sakit ni. taknak manja manja kan diri dengan sakit sakit ni. kami satu keluarga yang hidup di negara asing ni saling memerlukan. anak anak perlukan kami.

petang tadi dapat layanan SPA kat rumah ni. BEST BANYAK SANGAT. full treatment lagi dari NENEK AMINAH. hahhaaa.. tukang urut muda dan moden tapi position tak sesuai. jadik kita tukar nama dia masukkan title nenek kat depan nama dia. kehkehkeh.. tak de la tak laaa.. guro guro je Kak Min. servis marbeles FULL BODY TREATMENT MASSAGE. disebab kan kejadian ini berlaku di London maka glamer skit nama dia Full Body Treatment Massage. tapi takdelah bunga bungaan tu. itu omputeh stail. ini TRADISIONAL massage. kalau kat Malaysia kita sebutlah tukang urut. macam kesian arr bunyik dia ek. so aku modenisasi kan dia ala ala SPA.segar skit. kendur skit urat urat yang tegang tu.

lepas ni sapa yang berminat dengan massage dari Puan Aminah Abdul Rahman boleh hubungi beliau selepas 23 Dec di Batu Pahat. eceh tetiba aku promote dia tanpa pengetahuan dia. kang dia hambat aku ngan SNOW BALL kang menggelatuk aku kesejukkan.. mahap yea Kak Min. uhuk uhuk.

aku akhiri entri khas buatmu ini dengan ucapan JASAMU DIKENANG... THANK YOU SO MUCH

sekadar gambar hiasan.
pic fr google

Thursday 16 December 2010

Demam Urat

Salam,

aku jarang sakit ALHAMDULILLAH Ya Allah atas kesihatan yang telah engkau berikan. tapi kalau dah sakit pengsan habis.

sejak selasa lepas dah demam tapi tak panas. macam tipu je bunyi nya tapi benar belaka. kalau di rasa dengan gunakan termometer belakang tapak tangan letak dekat dahi memang tak ada nunjukkan perubahan suhu badan tapi aku sakit dalaman. walau pun luaran nampak macam like normal person tapi dalaman aku menggigil. tulang rasa ngilu. tangan jadi ketar ketar. kepala berpinar. nak bangun pun rasa macam terhuyung hayang. kena berdiri beberapa saat dulu then baru boleh jalan. dari baring nak bangun macam berbintang bintang. tekak jadi pahit. payau dan kelat. tiga dalam satu sekaligus memusnahkan selera makan. tomyam feveret pon jadik terkuis kuis.

baring terlantar begulung dalam duvet adalah perkara terindah buat orang sihat. tapi untuk pesakit macam aku menyiksakan sebenarnya. sakit semua sendi sendi yang tak bergerak neh. memang tak boleh nak bangun oh sedih. kalau aku bangun kepala jadik berdenyut denyut. perasaan nya rasa nak keluarkan isi kepala dan uli sekejap lepas masukkan balik. macam tu lah feel dia.

suhu kat luar negatif tiga. sejuk lagi menggigilkan. dalam rumah boleh di cover dengan pemanas.

sunyi nya lah hidup kat negara asing macam ni. hati jadi bertambah sayu bilakala sakit sakit macamni. dah lah terperangkap dalam rumah sendiri akibat suhu yang menghalang xtvt luaran. jiwa rasa meronta ronta nak pulang. kalau kat Malaysia boleh bermanja manja dengan mak. boleh makan bubur nasi. boleh baring baring sambil mak picit kepala yang pening. oh aku rindu. rindu dengan mak. airmata dah bertakung bila sebut nama mak. dua tahun tak tenguk muka mak. hati seperti di siat siat kerinduaan.

walaupun balik rumah mak bukan buat apa sangat. setakat cerita cerita sambil ketawa ketawa. membuat lawak kekeluargaan saja. tapi feel dia lain.

minggu ni suasana rumah ini muram. walaupun ada garis gembira di hari lahir suami. maaf lah bang tak dapat nak celebrate meriah meriah di hari jadi abang. penyakit di rumah ini lari berganti ganti di rasmikan oleh Puteri kemudian Hakim, dijangkiti oleh Hazim dan tak dapat di halang hinggap kepada Hariz. aku berdoa semoga aku lah penutup nya. jangan lah penyakit ini menerjah DC. dia je harapan kami untuk urus kan urusan rumah ini. dan kini saki baki sakit masih ada. batuk sahut menyahut. ubat ubatan bergelimpangan berterabur memenuhi ruang atas meja.

terima kasih kat DC sebab buat 99% keja rumah. masak, bukan senang ei nak nenguk orang lelaki buat keja rumah. time time isteri sakit ni lah peluang nak tunjuk bakat ter rendam. sapa lagi nak di harap. mak jauh. keluarga sedara mara apatah lagi.

OK nak sambung baring n zzzz

Wednesday 15 December 2010

Selamat Hari Lahir Kekasihku

Salam,

KAU lah suami, kekasih, sahabat dan teman yang menemani hidup aku selama 10 tahun ini. SELAMAT HARI LAHIR KEKANDAKU DC! semoga CINTA yang ada dalam diri kamu sepanjang usia mu itu milik aku hingga ke syurga. AMIN

lahir 15 DECEMBER 1969.

cukup lah tu ayat ayat cinta. kang lelebih melting pulak macam butter. ahakkk.. stail aku tak boleh nak beromantik setiap masa sesekali tu boleh laa layan kan. Sayang harung hidup susah senang payah getir di London ini adalah HADIAH buat Abang. hadiah lain ? ermmm.. rahsia pohon cemara. tu tajuk lagu kan .. best eh lagu tu

cakap pasal umur kan. kira ah sendiri umor dia. wei kami beza 9 tahun seh. SEMBILAN tahun. jawoh gila beza. sebaya dengan abang aku yang sulong. aku anak ke empat. sudahnya dia kena panggil kakak aku no 2 sebagai kakak. dan adik dia yang tua dari aku panggil aku kakak. eii pelik eh. lama lama biasa dah.

kadang kadang kita tak tahu yang aku sebenarnya SERASI dengan orang yang banyak lebih tua dari aku. maksudnya dari segi kesabaran dan kematuredtan. eh bila bahasa english di baurkan melayu pelik eh. mintak mintak tak ada cekgu english yang baca. marah dorang. lagi satu mungkin cara berpikir tu macam lain sket. so kepada yang belum bertemu pilihan hati jangan lah terlalu risau dengan umur si dia. just a number. cewah.


nampak SMART eh gamba ni. walaupun kat rumah nampak serabai je dengan rambut ROCK tu. sesekali pakai cenggini I boleh jatuh cinta you.. hahaha.. serius ni.

dulu dulu aku jugak risau sebab umur yang banyak itu. apa yang penting bagi kami adalah KOMUNIKASI dan SERASI. walaupun terlalu banyak beza dari pelbagai segi hanya kita sahaja yang tahu keserasian itu wujud tanpa di sedari. walaupon aku lebih cenderung kepada BARAN dan MOODY. kan jalinan kasih saling melengkapi. aku kurang situ dia lebih sana aku lebih sini dia kurang bab sanun. kan NOBODY PERFECT.

"cinta itu ibarat memakan sambal belachan.
walau pedas hingga mengalir air mata namun tetap di makan jua"



Sunday 12 December 2010

Hi Hi Bye Bye

Bye Bye Zah and Jeff

pepagi moning bergegas la bersiap nak mengiringi pemergian pulang kawan yang sesama Brunnel Universiti. isk bila sebut bab bersiap pepagi morning tu berchenta. mula lah semua tak kena. at last keluar rumah dah terlewat. keluar 8.30 pagi. bas no 222 ni al-lembabun wal-lewati. gelisah nunggu bas. dah sampai terminal 4 terkejar kejar takut tak sempat jumpa mereka.

pheww phew pheww sempat sempat.. dorang dah nak masuk lorong pelepasan dah. sempat lah berkata sepatah dua kata. hei ini betul punya sepatah dua kata. bukan macam ucapan ucapan yang kata je sepatah dua kata tapi panjang berjela. real punya sepatah dua. SELAMAT JALAN YEA. kan kan betul tak sepatah dua.

jom tengok gamba sekitar kawasan kejadian...

Selamat Jalan Duhai Pahlawann.. (eh ni mcm lirik lagu lah)
kalau pompuan xtau nk tukau lirik ape dah
gamba ni BETUL

mahap la mak twin nampak GG jek.. kah kah kah
gambar ini pun BETUL


aku (tudung kuning) eh mana lah tahu kut kut ade yg tak kenal.. hahaha
baju belang tu abang Ilham
gamba ini lagi lah BETUL


sedih arr satu femli dah berkurang. tapi takpea boleh meneruskan sillaturrahim melalui FB. FB kan connecting people. eh tu macam nokia punya trade mark jek. tak pe la aku pinjam kejap je. Zah n Jef pulang dengan anaknya twin Iffah, Izzah dan abangnya Ilham. sekali dengan femli mertua Zah. waaa beramai ramai. bole gak gilir gilir mengepas pas baby twin itu sure gamat. ataupun mereka tidur aje. tak macam Puteri dulu berdondang dendang gunakan high pitch suara lagi. flight 13-14 jam hanya 2-3 jam je tidur. adehhh.. CHOBAANNN.. kata P.Ramlee and the geng.

gamba ni macam ada PEMBETULAN..
pahlawan yang ini akan pulang semula ke London sebab nak teruskan perjuangan extend Phd dia lagi 6 bulan.
eh tak apa lah. kalau tak takkan nak hamik gamba berduaan cenggini. (sebenarnya aku lupa kehkehkeh)


Selamat Jalan Fazlinil Irma,

Irma cousin aku yang keja kat sini pon pulang malam ini jugak. pukul 10 kat Stansted Airport.
mandangkan jauh tambah pulak malam tak dapat la nak ngantornya. tak apalah .. hanya iringan doa ku kirim. alaaaaaa tak bestnya Ramadhan next year dah tak adalah aktiviti eksperimen dapur dengan Irma. sedih la sedih double sedih.

bila tengok orang balik balik Malaysia ni rasa macam aku tak sabarnya nak balik. ntah ntah orang yang nak balik sedih sebab takk nak balik. mana lah tahu kan kan.. tapi yealah peluang duduk sini 3 tahun kena pulun. kena TELAN je SEMUA samaada kebestsan atau ketakbestsan nya. lepas ni memang tak ada lagi harap sapa nak bawak aku datang sini lagi buat kedua kalinya. melainkan kalau duit melimpah ruah tak tahu nak buat hape dengan duit tu boleh la aku datang sini lagi dan lagi dan lagi INSYAALLAH.

Puteri Kembali Aktif


sejak minggu lepas Puteri punya demam dah baik dah. best ah tengok dia aktif balik macam biasa. bercakap yang kadang kadang aku tak tahu butir apa. tapi siap kena marah tu kalau tak paham. soo aku kena mengiyakan apa je dialog yang dia cipta. sesekali bila orang dengar dari jauh seakan berbual tetapi dia cakap bahasa ayam aku cakap bahasa itik. layan berdialog ni nak bagi Puteri semangat bercakap. tetapi kengkadang terdengar jugak words yg biasa kitorang cakap dia dah boleh sebut balik. nampak macam tak dengar je.

anak anak sihat adalah dikira rezeki buat kami. anak sakit adalah dugaan. lepas Puteri sihat dia telah mengePAS BATTON kat Abang Hakim. Stok ubat silih berganti tuan. camtu la pengalaman anak ramai. kadang kadang tak sempat pas batton siap overlap lagi demam. wehhh ingat loan je ade overlap demam pun ade gak. kehkehkeh

ini lah antara gejala gejala menghadapi winter. eh bukan winter aje. setiap kali pertukaran musim. bukan setakat orang Asia yang tak biasa dengan empat musim je yang terhinggap gejala ni, malah orang europe yang tempat tanah tumpah darah jugak kena hadapi. senang keja doktor bagi punca 'peralihan cuacha' aku pon boleh cakap. cuba korang cakap pon boleh jugak..


bila dah beraksi semula ni whoaaaa macam macam perangai keluar. eh rupanya demam nak develop new perangai yek. siap pakai beg. salam semua orang say bye bye. macam konon konon nak pegi skolah la. aik skolah hape sejuk sejuk ni dik oii.. haha. siap nak bawak baby lagi ke skolah.

tadi dengan semangat berkobar nak upload video Puteri tapi entah cemana tah bila dah siap upload bila nak PLAY dia kata An error occurred. haihhh tensyen sehh.. tengok lah kalau Berjaya Times Square nanti next entry bleh upload lagi. mood : geramm..



Thursday 9 December 2010

BERTUNANG?

two three cat running.... eh tiba tiba nak terbuat pantun english pulak. yea la tajuk bertunang kena la pantun pantun. english pulak tu dah lah tak habis sebab tak tahu nak sambung apa lagi kat pantun tu. sendiri sambung lah yea. hahaha

sejak sebulan yang lepas kami adalah berkenan kat 'sesuatu' nih. kami jeling jeling. kami pandang pandang. tapi tak berani la nak risik risik. kami sedar siapa lah kami kan. hanya keluarga kerdil dengan isi rumah yang besar. mata pencarian pun hanya level pendapatan penoreh getah sahaja. lalu kami pendamkan hasrat mengunung nak memiliki nya.

minggu lepas SELASA (30 Nov) dengan tak disangka sangka, tuan punya tu telah merisik kami. hei merisik laaa waaa the chosen one. aikk macam nampak aje kami jeling jeling secara secret admirer nih. tuan punya ni ada pakai ILMU BLACK MAGIC kot.. haha. lepas bagi masa beberapa hari untuk kira kira, bincang bincang, pikir semasak ranumnya. peluang datang sekali. mungkin lepas ni dah tak ada dah peluang itu. peluang yang lalu depan mata. setelah di fikir ini adalah peluang dan the choosen one. maka kami terima risik kan tersebut. setelah terima beberapa syarat syarat yang nampak macam bukan syarat aje. DEAL..

dengan rasminya pada JUMAAT (3 Dec) kami pulak pegi MEMINANG.. heiii kami DAH BERTUNANG okeyy yuhuuuuu..!! dengan separuh wang hantaran, ikatan ini telah kukuh. sekarang ni tunggu masa nak nikah. haha yea yea nikah. kedengaran aneh lah bukan. macam pelik saja gaya penceritaan ni. aku jugak rasa aneh. masih dalam keadaan tak percaya.

menyedari hakikat nak menghabiskan sisa sisa hidup di UK ini hanya tingal SETAHUN. ya ya hanya setahun ok. aku juga ada impian dan keinginan kami untuk mengenali menjelajahi bumiMu Tuhan di sini. selama ini aku sering berangan. berkhayal. bercita cita. menyebut nyebut destinasi impian tapi lepas tu khayalan itu kabur dan terus hilang. aku harap dan harap serta terus berharap berDOA dan bertawakkal mungkin kami akan di anugerahkan dengan rezeki dariMu Allah. Moga moga impian KAMI tercapai.

tiada ungkapan terindah selain dari
SYUKUR .. ALHAMDULILLAH.


nantikan episod entry akan datang yang pasti bukan esok atau lusa untuk mengetahui siapa yang kami pinang dan dengan siapa kami BERTUNANG?? eh ni dah macam cerita artis pulak. bukan eh. IA akan menjadi sebahagian dalam hidup kami. akan jadik salah seorang ahli keluarga kami secara short term. bukan selamanya. pengalaman MISTERI QUEENSLAND..

kisah ini belum tamat tapi disudahi dengan sekian.

berita jam 10.30

Salam,

update Hariz dan Eczema

dalam banyak banyak hari dalam musim sejuk, 4.30 petang tadi adalah malam yang kami rasa malam yang kurang sejuk . meredah gelap malam tidak terlalu menyiksakan. berbanding dengan snowy day. semata nak dating dengan GP hanya kurang lima minit.. huh! kurang lima minit okey. just GP nak tengok ada improvement atau tidak pada kulit Hariz atas ubat Ointment yang dia precribe last week.

update Heater

tak habis lagi kisah en Heater neh. aku pon bosan nak tulis tapi aku NAK jugak tulis supaya kita sama sama terbosan bosan. 12 tengahari tadi serombongan empat orang mungkin kontraktor untuk mentengok tengok boiler. ya ya yeayyyy BOILER HUDUH DAN TUA ITU akan DITUKAR. isykkk.. landload rumah ini mahu jugak KAUM dia membuat kerja kerja pertukaran tu. tawaran British Gas di tolak mentah mentah tanpa alasan kukuh. sapa lagi nak tolong kaum dia kan mestilah orang dia jugak. Pakistan camtu arr.. aku tumpang sokong sebab kaum dia Muslim. kalau aku tak sokong pon point aku tak di amek kira. siapa aku?!

Heater tu macam condition dia sangat sesuka hati nak ON OFF. buat hal sendiri pulak. kang tetiba sejuk membedi tengah tengah malam. tak mo tak mo la pakai portable heater tu. bil akan tertulis banyak nombor dalam currency £££ nanti. nehi nehi nehi.. terbosan bosan landloard bila kami hari hari mengecol bagi mesej membuat laporan kejadian heater yang mati.

sekian berita jam 10.30 malam dari bumi London.


Wednesday 8 December 2010

Hariz Performance - The Sleepy Shepherd

salam

urhhhhggghhh pagi tadi melompat dari katil terkujat tengok jam pukul 8.50 pagi. anak anak belom pegi skolah. dah lah Hariz ada performance kat School. hadoyaiiii apa lah. henpon DC tertinggal pulak kat bawah. alarm tak bunyik. ni la tragedi tragedi musim sejuk. haihh sejuk pulak salah. kejadiaan ini jarang berlaku. bila dah berlaku TRAUMA selama sebulan.

tak dan nak bikin packed lunch. suka lah Hakim Hazim dapat Hot Dinner (Lunch at School). Hariz nangis nangis sebab ingat ayah tertinggal packed lunch dia. Hariz belum penah makan kat School. terpinga pinga dia. jangan risau all vegetarian.

kami berkejar kejaran pagi pagi nak tengok persembahan Hariz kat Sekolah. tiap malam dia jenuh berlatih. sambil mandi pun berlatih nyanyi dengan tekun. walau pun hanya backup singer, kitorang kena support just to say WELL DONE. GOOD JOB.

THE SLEEPY SHEPHERD

masa ni dah abis persembahan. berbunga muka tengok kami datang.

best jugak cilik cilik 4-5 tahun nyanyi berlakon complete set dengan baju Shepherd, King dan pelbagai watak. semua berani belaka. chomel je semua kekanak ni. persembahan ni sempena Krismas. ini kan London. tak ada sekolah yang celebrate Aidilfitri. mungkin ada tapi aku yang tak tahu. kami sedang masuk kandang kambing dan sedang mengembek pun. apa nak buat. PASRAH.

tengahari ni .. dari semalam nak membikin Masak Pindang Ikan Kerisi. halia out of stock. tunggu new intake baru boleh bikin itu menu. so arini termakbul niat semalam. indahnya. padahal lauk ni la yang di telan masa dalam pantang tetiba macam teringin nak buat pulak. masa pantang tu sampai nak terbelahak makan. tak best lo sebab tak pedas. kali ni aku campak 5 orang cili api. best lah. tengah makan sangkut duri ikan kat tekak. mujur sempat telan nasik. terus hilang. kalau tak ke specialist ENT aku. pernah weh pernah. tak ingat makan ikan apa. dah seminggu tak hilang rasa cucuk kat tekak. so apa lagi ke ENT lah. info : ENT adalah Ear Nose and Throat. teropong punya teropong siap masuk camera melalui hidung terus ke mak tekak. tak ada pun durinya cuma luka. sebab tu rasa sakit. agaknya masa duri tu lalu nak tinggalkan tekak dia telah mencalarkan tekak aku. hish apa kejahatnya duri itu. takpe lah. itukan pengalaman.


ritu pegi tesco lorong wajib lalu adalah lorong 'stock reduced'. masih elok cuma tak berapa fresh lagi. jumpa pisang murah maklumlah stock reduce. lebam je bukan luka. eh tak betul la lebam tapi masih elok. dalam kepala aku 'boleh bikin cekodok'. Hakim sangat suka. yeay ! Banana Ball.


ini sekmen imbasan. teringat duluu dulu masa sebelum sampai London. nak buat cekodok pon berbeli tepung instant. brand apa tah tak ingat. yang dah siap bancuh tu. tinggal letak air je. skang ni macam automatik dengan tak sengajanya aku TERpandai masak cekodok. bila ingat balik alahaiiii cekodok buduh ni pon haku pegi beli tepung padahal tepung biasa, tepung self rising, pisang lenyek, gula dan air je disatukan. sungguh petik jari. hahaha. ini lah HIKMAH nama dia. bukan nama orang nama kejadian ni.

tamat lah episod HARI INI.

Tuesday 7 December 2010

Mengah

Salam

6 Dec ; ISNIN - adalah hari aku termengah mengah kesana kemari. kehulu kehilir. mundar mandir. apa lagi yek ayat sesuai untuk hari yg tak duduk diam neh. arhh dah tak boleh pikir dah. stuck isi otak. ok otak keluar kau kejap. buat streching. dalam kiraan lapan. lapan lagii.. ok dah fresh boleh masuk balik dalam tengkorak. settle. kalau tak paham abaikan aja perenggan ni.

SALAM MAAL HIJRAH 1432

DC punya azam tahoon baru adalah membuat kekerapan kedatangan ke universiti menuju kepada 99.99%. pasang azam biar maxima la kan. walaupon hakikatnya banyak halangan. sebagai isteri yang senantiasa berbaring di peha suami. ewah ewah banyak chantik muka aku nak berbaring baring atas peha konon. boleh blah. isteri yang sentiasa menyokong azam suami, kenalah angkat sepanduk kata SOKONG ! SOKONG !

lepas je breakfast dia tak toleh belakang lagi terus tinggalkan aku.. hukhuk selama 1 hari separuh malam. sebab dia azam nak balik pukul enam malam. setok makanan pulak telah kian nipis. haku dengan semangat sokong niat DC tu merelakan dia bertapa kat Universiti. Aku jugak ada azam nak menyetel kan hal hal kerumahtanggaan ini.

baru aku nak KEGARISANNNN.. erkkkkk terbreak emergency pulak. DC col suruh carik thumb drive dia yang telah hilang atau pun diculik. haiyya terbantut olahraga aku pagi tu. bermula pulak membuat edisi siasat menyelongkar meja meja, laci laci, bawah katil. telah berpenat lelah mengedisi siasat siap panggil inspector Puteri mintak kerjasama menolong mencarik. rupanya rupanya slumber je si THUMB DRIVE tu REST kat toilet masa aku nak mandikan Puteri. beramai ramai pulak tu. ada 4 ketul. hishh.. dah takde tempat lain kau nak mengrest kan diri yea. nak mandi gaknya.

mungkin keciciran masa DC sedang beraksi separa ganas di Water Room. ceh masa aku telah terbuang sebanyak 32.8% di situ. Misi carik thumb drive settle. aku jalankan misi rumahtangga yang lain pulak. Puteri Mandi. eh bukan kueh ini acara tau. KAMI bersiap. ntah la ngok ngek ngok ngej hampir pukul 1.30 petang. eh macam rosak pulak jam nieh. cepat btol la masa berlalu macam angin lalu membawa diriku... lalalalala

aku redah kepekatan kandungan udara dalam kegigilan untuk menuju ke Town Centre. mengalahkan pelumpa jalan kaki aku mentolak stroller Puteri mengejar bangunan yang dinamakan Pavillion tu. padahal Pavillion tu tidaklah berlari kemana pon. cuma tak sabar sabar nak menuju ke tempat kedap udara.

masuk je pavillion ... aaaaaaaaa... legaaa suam sikitt.. berlangsung xtvt toilet, terjah Wilkinson mencarik benda yang tiada. punah. misi terus ke Tesco. kali ni memang mencari barang yang ada. acara menshopping secara pantas berdesap desup. tak sempat nak compare price. tapi sempat amik barang half price, buy 2 for 1, reduced stock. semua berciri MAKANAN. hanya tissu je yang tak boleh dimakan.

menjelang Krismas ni semua lorong payment panjang berjela. mat saleh ni beli barang bahan buat kuih ke. mana mana pegi ramai gila. selagi tak sampai 25 December ni tak habis habis soping present agaknya. ih ih .. gila banyak duit dorang.

3.05 pm whoaaa... mujur tak terbalik stroller gurly Puteri. kukuh gagah. membawa bawang makanan seberat £27.89p. huyooo teror. alamakkk campur dengan keberatan Puteri ini kenderaan telah melebihi muatan. maka pentolakkan hadlaju harus dikurangkan. tambahan dengan tolakan angin kuat dari depan mengukuhkan lagi fakta aku. sehabis kudrat wanita menolak stroller berkejaran pulak ke sekolah Hariz untuk menjemput kepulangan anaknda ketiga itu..

habissss..

belum belum ..belum habis lagi.. yea yea habis cerita ambil Hariz untuk balik rumah pulak. acara meletakkan muatan 20kg tadi ke dapur dan melepaskan lelah, sesi mensuamkan diri, menrefill isi perut dengan roti rotian yang dibayar tadi. sementara nunggu masa untuk misi lain pulak lepas tu. misi seterusnya ..

4.30 petang menjemput kepulangan anaknda yang dua lagi tu dari training basketball kat skolah. sekali lagi mensiapkan diri memakai pakaian kalis peluru sejuk. bawak Puteri je sebab Hariz dah terpengsan tidur. penat agaknya. keluar rumah tolak Puteri dah gelap gulita padahal baru pukul 4.30 petang. tak lah heran sangat. inikan WINTER. aku rasa kalau pakai helmet full face tu OK kot untuk warmkan kepala dan muka. sesapa yang baca coret coret aku ni tolong la pos kan sebijik.. huhuhuhu

balik menjemput mereka. adegen masak2 pulak untuk kekanda kekasih hati. masak lemak cili api telur itik
sayur kacang saja. pukul 6 petang settle hal makan makan dapur dapur dapur. macam banyak je dapur sebut dapur sampai tiga kali. tapi perasaan aku macam ada lima dapur lah. kemas bucu sana lane sini kepah, susun ceruk situ gobok sinun berterabur. sampai hujung nyawa pon takleh settle. kecuali kitorang retire bab makan. mana bleh. isykk..

eh habis lah cerita.. baru boleh PENGSAN tak sedar diri. bom meletop pon aku tak heran. jiwa dan jasad dah tak bersatu lagi dah. terbanggggg..zzzzzzzzz

8.30 malam bangun dari tertido sambung balikkkk.. oven COD FISH pulak untuk si teruna dara dalam ini rumah makan. 9 malam lepas SEMUA tido baru boleh KEMAS dan seterusnya terus menerus VACUMM rumah..

agak agak korang lah berapa agaknya kalori aku yang terbakar.???


Sunday 5 December 2010

Siti Nur Eczema

Salam

Hari ini tak ada xtvt yang memberangsang kan otak sangat sangat. semua beraksi bebas. aku dengan rimbunan kain baju yang nak di lipat. Hakim Hazim Hariz bersepakat menggegarkan rumah dengan acara indoor games dorang. Puteri pun join sekaki. hanya sekaki sebab belom fully recover. kalau pulih sepenuh nya boleh join dua belah kaki. DC pulak dengan muvie dia tu lah. okehh aku nak bawa cerita ke segmen kesihatan. ayuh mulakan.....

ritu kan bawak Hariz pegi Brunnel Medical Centre. sebab dah kronik. before tu cikgu kelas dah panggil suruh bawa dia ke GP. last skali Cikgu Besar pulak panggil DC suruh kami bawa jumpa pakar. begitu CONCERN sungguh sungguh. sangat mengambil berat yang terlalu berat. hingga masing masing memberi komen ala ala juri AF. akan menyebabkan jangkitan kuman lah, akan mengganggu pembelajaran Hariz lah katanya. tapi yea memang betul. Hariz suka tergaru garu dalam kelas. sebab gatal extream agaknya.

aku bagi nama Siti Nur Eczema supaya nampak chomel sikit. macam gurly sikit la. hakikatnya adalah penderitaan buat Hariz dan kami. GP bagi bergelen cream. macam produk kecantikan wanita pulak. ada cleanser, moisturizer cream, whitening cream, night cream, termasuh antibiotik makan punya. huh jenuh nak nyebut nama obatnya. hebat benor saintis membagi nama kepada ubat tersebut sampai tergeliat anak tekak nak nyebut. soo aku kena namakan macam produk kechantikan wanita. haha. maklum la muda muda dulu penah la pakai. eceh. dah tentera ramai yang dikerjakan ni. selamat tinggal aje lah krim2 muka tu. dapat cuci muka pun dah alhamdulillah.

Hariz ni memang ada rash dekat betis dia sejak kecik lagi. mula mula tu memang sikit je. memang selalu amik ubat kat klinik kat Malaysia. bila sapu krim dia ok lah. bila aku lupa. jadi balik. tapi tidaklah sedahsyat kat sini. sebab Malaysia cuaca panas dan lembap. kat sini sejuk dan kering. bila kering rash bertambah teruk. kalau di tengok masa sedang luka akibat digaru macam mengelupas terkena air panas. kulit dia jadik menggerutu. sangat kasar. berdarah. berair. dikeliling nya kering. dia tak cakap sakit cuma dia kata GATAL.

aku sapu krim kat tempat yang teruk luka tu macam nak mengalir airmata. kasihan melihat dia. dia masih tak faham kenapa kaki dia macam tu. yang dia tahu gatal then garu. pernah juga hilang sabar terlalu sangat suka menggaru hingga kena rotan. sebab bila dia garu luka tu semakin parah dan merebak. mata kami kena selalu perhatikan dia. kalau tengok dia sedang menggaru cepat cepat tegur dia akan stop. bila kami leka dia start garu balik. tak boleh lah nak tumpu kat dia 24 hours. kamu bukan anak tunggal sayang. jika inilah yang dikatakan ujian dan dugaan dari Mu maka kami terima seadanya.

tak mahu ambil gamba kaki dia. takut kalo orang tengok tak lalu nak makan. sedih sangat. nanti dia malu. GP kata dia tak ada alergik makan. memang boleh makan apa sahaja. cuma kulit dia jenis KERING. sebab tu GP bagi dia segala mak nenek cream yang oily. berorientasikan minyak. OINTMENT

"Ointment: A medication preparation that is applied topically (onto the skin). An ointment has an oil base whereas a cream is water-soluble. (The word ointment comes from the Latin ungere meaning anoint with oil)"


sekarang kami panggil Hariz orang minyak. dia suka. ketawa je. isk ntah paham ntah tak. haha


mari kita berkenalan pulak dengan obat obatan Hariz yang bergelen itu. heiii ini stok 1 minggu sahaja. bayangkan. memang betul la Hariz dah jadik orang minyak. next week GP suruh datang lagi. akan dapat lagi bergelen ubat agaknya. yang botol biru tu lah cleanser. digunakan untuk mandian. kena mandi ubat. yang botol tinggi putih tu cream lepas mandi. pakai untuk SATU BADAN tahu. yang botol putih rendang tu disapu sebelum tidur (night cream). yang kechik tu untuk sapuan kepada luka yang parah tu. yang dalam botol dalam dia kaler purple tu antibiotok makan. Hariz suka makan ubat. sangat suka. siap mintak lagi. tapiiii antibiotik ni taste horrible. kena bagi dia minum yazoo coklat lepas makan ubat ni. walaupun dia nganga bila nak bagi. tapi muka dia kelat. kelaka tengok. dahlah 1 hari 4 kali makan. dah kali ke 3. dia kata I din'nt like that ubat. aik baru 1st time dengar kamu tak suka. selalunya sampai merayu rayu mintak. siap tipu tipu kata uhuk uhuk uhuk Hariz batuk lah mama. hahaha

bila DC dah dapat doctorate nanti aku boleh lah jadik nurse.. boleh tak macam tu :)


Saturday 4 December 2010

Ice Rink

Salam

maleh arrr nak citer pasal heater. hari ni sabtu hari malas malasan. macam la hari lain aku rajin. hari biasa pun malas jugak. tapi ujung minggu hari extra malas. kalau ada Car Boot rajin arr bangun pepagi monin. Winter Carboot musnah. musnah sementara saja. omputeh kan bukan suka dengan sejuk menggedix ni. mereka suka sun tann. ala jemur macam nak buat ikan masin kat pantai tu. jemur sampai kerin. eh ada gak car boot yang bukak. Carboor dalam pintu bukak la. (indoor)

macam biasa xtvt yang terlalu biasa di hujung kepada minggu adalah breakfast di waktu tengahari. ini kan jadual aku. maka suka suka hati je nak breakfast pukul 3 petang pon boleh. hahah tapi menggeletar lah usus oii. seperti biasa mari berangan seperti berada kat Malaysia. boleh start enjin keta carik mana mana parking lot dekat sebelah meja pakcik roti canai. order roti skali ngan air full set. 15 minit settle dah. bruppppppp.. alhamdulillah


kat London mana kau nak cari kedai roti canai cik kak oi. mujur manufacturing instant paratha (nama loti lo) expand dia punya bisnes kat London kalau tak meleleh air liur jatuh ke bumi nak makan roti canai segera dan sedap. kalau tak jenuh lah menguli. itupun kalau sedap. kalau tak sedap pon telan la jugak. roti canai instant settle. takkan makan roti togel je. nak jugak nak jugak yg macam kat kedai kat Mesia nun. nak jugak celup kat kuah dhal. hah amik ko. berlakulah adegen membuat kuah yang beriya iya. padahal hanya untuk cicah 6 keping roti canai instant telur tampal. gigih tak? tolong la puji aku. haha


minggu lepas kan Puteri tak sihat. sooo aku yang gigih tadi membikin la bubur nasi untuk usahakan agar dia makan. tapi dia takmo la. maka nya aku lah yang membedal. eh boleh tahan marvelous jugak eh. sedap hingga menjilat sudu. korang ni bubur nasi TERpaling senang pon nak makan kat kedai ke? termasuk lah aku jugak kadang kadang. padahal terAMAT paling senang masak dalam donia. dengan riak membagitahu.. hanya segengam beras sepenuh periuk kecik air. chopper bawang bersama udang kering. dicampak isi ayam. dibaling suku portion kiub ayam. diterjunkan carot dadu. disiram sikit garam. REBUS. api perlahan. aku buat sebelum mandi. tinggalkan. lepas mandi terus dah boleh makan. jangan lah kau mandi 5 minit weiii.. cenggitu pun kedai jual 3 hengget. apa lah. tapi sayangnya En Saharuddin Othman tengok pon tak. maklum la tak berkenan di hati.

lepas berkenyang kenyangan dan solat asar bersiap lah kitorang sekuarga dari hujung rambut hingga hujung kaki. yela banyak gadjet pakaian yg nak di sarong. tenguk cuaca macam memberi laluan kat kami keluar rumah dengan tenang. kitorang pon melangkah 40 miles per hour ke Town Centre Uxbridge. menunaikan hajat DC, Hakim, Hazim nak main Ice Rink. terkinja kinja nak main. macam lah kat Malaysia tak ada. padahal tak pernah umur pun main kat Sunway Pyramid tu. sebab macam tengok mainan orang kaya je. main kat sini lagi berperasaan (feel) sebab dengan pakaian winter. ala ala orang kaya jugak lah tapi orang kaya yang miskin hehehehe..

BRAVO jugak dorang main. setap kat situ pon baguih. depa duk ajaq la skit skit utk buat gaya pusing pusing. ala penari gymnastic ice. apa ke nama tah. terkebil kebil nenguk setap membuat pusingan maut punya 360 darjah skill. macam getah arr badan dorang. ntah2 lahir je mak bapak dorang dah suruh main ice rink kot.


sengah jam main dah menggelupur penat la. lapa lah. sakit kaki la. aik masa nak main sikit punya terkinja. dah main banyak pulak keluh kesah. habiskannnn sejammm tuu !!.. marah nehh. maklumle aku tak reti main. aku duduk luar gelanggang je la. road scating dengan Puteri dan Hariz. beli jajan. ngap sana ngap sini. main pijak pijak snow yang masih blom mencairkan diri. punya lah nak menahan depa dari nangis. belom cukup umur lagi nak.

habis cerita

blom blom lagi....

balik tu hari dah gelap. lalu kat padang. nak ngetest la MODE : NIGHT kat kamera ni. heiiiii not bad boleh nampak asap yang di hembus keluar dari mulut okeyyy..

meh tengok. DC buat

aku pon nak jugakkk...


anak anak pun tak tahan tengok nak join jugaaa.. yela yela.
Hariz tu tak tahu lah dia hembus nafas ke atau tarik nafas. apa apa je lah.


PEMANDANGAN MALAM. tentu lah gelap. ayoh tengok. paksa ni. :D


kali ni betul punya habis cerita..

Friday 3 December 2010

Redah Snow

Salam,

update Heater - masih sakit

attendence sepital yang merawat En Heater tu dah ngantor Abang Dokto pakar terus untuk mengobati sakit serius En heater ni. ada part organ dalaman yang kena operate dan perlu di ganti. usus dia rosak. kena pasang new usus bagi menghalang sisa toksid (lime scale) dari hinggap dalam usus. kos operation tinggi £400++. nasib kami tak tanggung. kalau kami kena tanggung, lebih baik DC hantar aku balik Malaysia sekarang jugak. harga flight ticket dengan Puteri nak dekat sama dengan kos operation En Heater tu. tak hensem pun maintenan tinggi. hish. tuan tanah yang kena bayar. kalau bayar ganti organ dalaman tu kesihatan akan pulih dengan berkualiti.

update Puteri - masih batuk secara marathon

semalam buat appointment jumpa GP
untuk Puteri dan Hariz sekali harung. kan dah kata hari ini mintak appointment. besoknya baru dapat dating. pepagi monin plak tu. kelam kelibut pepagi aku. Pasif Puteri akibat dari batuk dan pening barangkali (sebab dia berdiri macam nak jatuh) tak dapat aku bertahan nak nenguknya. 9 pagi mengkocohkan diri meredah snow yang dah melt berjalan menuju Brunel Medical Centre. Snowy ni kalau dah satu kampung pijak dia akan jadik keras melekat di jalanan. lalu membikin orang yang kaki bangku ice scating macam aku ni mudah terGELEBAK. macam jalan bertatih tatih. macam badan senget sebelah pulak. tak boleh nak imbang. SLIPERY kata Hariz. rasa macam nak order kasut bola yang ada tajam tajam kat tapak kasut tu. walaupun aku tak main bola tapi aku nak guna untuk bertatih atas snow. habis semua dinding dengan pokok pokok yang ada aku nak paut. Hariz jatuh 2-3 kali. kesian dia. tapi dia ketawa pulak.

aik dokto kasik prescription antibiotik je. ubat demam dia suruh BELI. apa neh? mereka ni betul punya kedekut lah. pasrah je la.. sini punya dokto bukan macam dokto kat Malaysia. SEBEBAN ubat di bagi nya. dokto sini kasik yang PERLU je. maklumlah akta dadah merbahaya.

update Hariz - ENZEMA yang berleluasa

Winter yang kering ni membuatkan kulit Hariz jadik sangat kering dan keras. bila keras ia berkuping. bila berkuping jadi gatal. bila gatal dia garu, bila garu akan berdarah. bila berdarah akan merebak dan terus berdarah. macam tu di ulang hingga tak tahu lah bila. main area kat betis dan siku. orang lain mungkin tak sanggup tenguk. sebab dah teruk sangat. fortunatly kat area yang boleh di sorok. dengan membungkus pakai long sleeve t-shirt dan long trouser.

lepas jumpa GP, kerja kami akan bertambah. bergelen krim di arah sapu dengan dasyat ke seluruh tubuhnya. maxima dah job listing ni.

update Cuaca - NEGATIF

sekarang baru awal winter. nak lalui lagi 2 bulan lebih lagi. hingga awal Februari. lagi 2 bulan keluar rumah dengan membungkus bungkus diri sendiri dan anak2. agak agak kalau pakai baju macam angkasawan tu warm tak?
kalau compare dengan kawasan lain macam Uxbridge ni belum dikira heavy lagi. masih shower shower je. itu pun dah bisa membekukan darah di jemari. pedih rasanya. nak bukak zip baju anak2 pun tak boleh. dah mengeras. kena cepat2 salai kat atas dapur. glove tak boleh tertinggal dengan sengaja. dah pakai glove pun jari kena seluk poket sendiri. jangan seluk poket orang kang kena penamparr pulak.

eh nak petik button snap camera pon menggigil. ambil gamba laju laju. lepas tu sorok tangan. itu cerita jari orang dewasa. bagaimana dengan jari kanak kanak ??

update aku - mari tonton.com.my acara posing makanan...

sebelum tu kita tengok dulu gamba tentang Surat Cinta :


ini lah Jantung Boiler

memperkenalkan En Heater (Cinta Hati Musim Sejuk)


bawah boiler ni gambaran all the spices yang dah dikemas


selain petang cekodok bilis tepung jugak boleh dimakan di waktu pagi. itupun DC tak tahu. mudah pantas yang penting kenyang ..


aku buat chopper bawang besar half bersama bilis sejemput masuk dalam bancuhan tepung gandum dan tepung naik sendiri dengan nisbah 3:1 (maksudnya tepung gandum lebih banyak). sapa yang lupa math sekolah menengah boleh bukak buku balik yea. haha. jgn lupa garam dan air secukup pekat untuk dicekodok kan. asyik makan berat berat je. mari makan ringan yang bukan makanan ringan. cruncy lembut dan gebu serta yummy.

harini sebenarnya kami meredah lautan snow sebab nak pegi Brunel Medical Centre :( aku REDHA