Showing posts with label Tetamu Kami. Show all posts
Showing posts with label Tetamu Kami. Show all posts

Monday, 18 July 2011

Tetamu Indonesia

sejak 15 Julai smalam kami ada tetamu dari Indonesia. dalam minggu ni aku terel lah ngomong ngomong indon. hihi.

Rita namanya. student PhD di German. bawak mama dan abunya ke London untuk pusing pusing. udah mau pulang terus ke Indonesia bulan sembilan nanti. makanya mama sama abu nya di bawa berjalan jalan duluan sih. Rita kawannya Mila (kawan ku di sini). mereka di sini hingga isnin.

dapat juga merasa Rendang Daging dan Ayam Aceh..:) dan coklat dari German :))

mereka sampai sni Jumaat lewat petang. mama nya Rita ngak sihat kok. lagi Athsma sesak napas. kepalanya pusing. kasihan loh. semalam ngak bisa kemana mana. lalu bapak Din (DC) ngantarin ke pak dokter ajah.. payah jugak mau ke doktor kerna mereka tourist. enggak register sama NHS..

eh letih pulak ngomong Indon.. kikiki

kami survey klinik yang tak payah guna NHS. just walk in je. sebab nakkan prescription ubat. sini takleh la pharmacy nak bagi kalau kita nak beli gitu gitu je ubat kalau kita tak ada presciption doktor. sebab tu kena carik doktor jugak.

at last dapat jugak sumber Medical Centre yang tak perlu register NHS. korang pun kena tahu ni.. maksudnya sesiapa saja boleh terjah kalau sakit. selalunya pelancong la. servis pon terus dlayan. tak payah pegi emergency hospital. pegi hospital pon lambat sebab beratur dengan ramai orang tempatan.

untuk yang duduk dekat area Uxbridge boleh pegi SINI.. mudah. masuk.. isi borang sikit.. tunggu nama di panggil.. terus dapatkan rawatan segera. oleh sebab mama Rita asthma, dia kena gas je dan diberi prescription antibiotic dan Ventolin. lepas kena gas barulah beransur sihat. nafasnya pun clear dah. tak berbunyik kuat. kesian Rita. risau banget deh.

besoknya Ahad, bila tengok mama Rita dah sihat DC jadik pak supir (prebet sapu) hantar berjalan jalan sekitar Central London mahu melihat lihat bangunan tinggi..;). mudah berkereta. mama Rita tak perlu banyak sangat berjalan.

lepas subuh Isnin semalam DC dah hantar ke Stansted Airport untuk mereka pulang ke German. lama lagi di German. hampir sebulan. Abu Rita (ayah) tu aku rasa orang berpangkat di Indonesia. kalau di Mesia mungkin Dato'. tapi kat Indon aku tatau lah apa.. protokol juga orangnya. nampak begitu educated. pernah jadi Lecturer di Universitas IAIN. ada jawatan dalam parliamen di sana. apapun humble aje orangnya. mereka asal dan tinggal di Aceh. siap jemput kami ke rumah nya di sana. see.. dah ada accomodation dah kalau nak pi melancong kat Aceh..hihi. sedih juga dengar cerita ahli keluarga Rita ramai juga yang meninggal semasa Tsunami termasuk nenek dan makcik pakciknya..

moga ukhwah ini diberkati Allah s.w.t. AMINN.. terima kasih dan kemari lagi ya.


cerita ni cukup bagi menjawab soalan lama tak update blog :P .. bizi melayan tetamu deh..


Tuesday, 12 July 2011

Tetamu fr Malaysia - Crew TV3


minggu lepas.. DC telah dilantik secara rasmi jadik 'prebet sapu'..hihi. tau ke apa prebet sapu? pandai pandai le carik makna.. haha.. Alhamdulillah

selama seminggu jugak ngato crew tv3 ni kulu kilir buat pengambaran, interview orang, shopping gadget dan macam macam lah. lokasi sekitar London. luar London pun hanya pegi Bicester Village je. kalau ikut sampai Durham atas UK sana kena bermalam. so DC mana mau tinggalkan kami. kena lah tido bawah ketiak isteri gitu..haha. :P

mereka datang membuat rakaman untuk program baru kat tv3. berkisar kepada ILMUAN ISLAM. bagus la kan buat program berbentuk information ilmiah. banyak sangat dah program lagha kat tv tu.

orang hebat hebat seni ni sume. hebat gadget camera dan video. beli gadget tah bapa ribu habis. perhhh.. salah sorang tu Director, sorang interviewer, 2 orang cameraman. DC cerita cara keja pun professional. teamwork terbaik lah. cool je suma. dorang ni dah boleh buat production sendiri kalau mahu. datang sini tujuan keja. dalam masa yang sama cari bahan rujukan. buku buku, dvd nak buat refer. continuous belajar, reserch dan membaca. hebat betul. sume sume tu penah menang anugerah katogeri masing2 dalam tv3.

sempat jugak DC dapat ilmu pasal dunia seni, dunia pengambaran, cerita tentang tv3 secara tak langsung. bagus kan. siap ikut dorang pegi interview dan buat pengambaran sekitar kota London. jadi pemandu pelancong takda lesen. :D

hari last tu kami ajak singgah rumah. jemput makan makan. pekena sup ekor..hehehe. encik director tu tak makan pulak sup ekor. dia mengamalkan pemakanan sihat. adeh.. sian dia. sempat melepak kat rumah kami 3 jam je sebab malam tu dah kena pegi heathrow pulak nak balik Malaysia.



dorang kata DC boleh jadik pelakon. watak sebagai gengster ganas. tapi tak boleh senyum. kalau senyum je FAIL lakonan ..HAHAHA. sume orang 1st time tengok atau jumpa DC semua cakap macamtu tu jugak. ganas dan gangster je muka. padahalll.. sesabor ummat.. hihi. suka gelak gelak, cakap pun releks je. macam tada problem je.

kaki shopping jugak brader lelaki ni sume. jenuh meracun DC beli itu ini. murah kat sini. kat Malaysia mahal ni. tunjuk kasut, tunjuk beg, tunjuk perfum .. reaksi DC.. ermmm senyum je.. dorang pelik.

masa nak balik.. hantar kat Heathrow, access luggage dorang melebihi 60 kilo. gila ah. takpe dorang ada bajet utk bayar lebihan tu. tapi tak sangka sebanyak itu. MAS kau tahulah. kalau lebih sekilo 40 pound tau. pound woi bukan RM.. so pegi amik kalkulator sekarang. KIRA! huhu

part paling best bila org mesia datang ialah.. makanan..hihi

dapatlah kami ni haaaa.. sambal belacan instat sedap. banyak lebihan dorang punya bekalan makanan masa kat hotel.

banyak lagi.. maggie kari, maggie brand sedap, sambal bilis tempe, nescafe 3 in 1 dan hot coklat 3 in 1. namanya rezeki kan..hehe best lah

harap harap kalau dorang datang lagi boleh la contact contact kami.. ada sesapa reader nak jadik pelakon. boleh kami rekmen kan... haha (gurau je) :P

Tuesday, 10 May 2011

Tetamu UK/M'sia

Khamis - 5 mei 2011

tengah tengah malam lebih 11 malam DC kluar pegi amik En Idris. orang UniKL BMI sesama sebumbung ngan DC ni. 2nd time dia datang sini. first ritu masa nak balik Malaysia terus sebab dah habis tempoh extend Phd kat Sheffield. dah kena keja balik. tu yang balik tu. 2 bulan lepas tu (date atas) datang balik sebab nak VIVA.. fuyoo dah VIVA. syok je dengar crita orang bijak pandai habis VIVA. bagi DC sumber inspirasi skit la untuk keyakinan. dia terel la bidang Math. aku nak citer panjang lebar pon tak reti sangat. dari bagi maklumat palsu dan rekaan belaka, baik aku toksah citer.

cuma perjalanan VIVA dia lancar la. lebih kurang 3 jam setengah. agak OK.. ada member dia yang kena lagi cepat dan ada yang kena sampai 8 jam. mak aih.. semuanya tu kan DEPENDSSSSS.. dia punya thesis ada minor correction je. tu pon external examiner cek selai selai kau dia punya thesis. yang penting dia dah bersedia. DC kata ... orang yang buat ke yang expert tentang apa dia buat. rezeki masing masing.

malam sabtu besoknya DC hantar la sampai Heathrow. dapat nek MAS. MARA sponsor. plan nak mintak tolong dia bawak kiriman dari London ke Malaysia. kitorang punya barang. sekali tuu.. dia punya barang pon dah 30 kg. hadoiii.. tu dah campur barang barang orang kirim la tu. hadoii banyak dan berat gila beg. sampai patah batang penyapu aku timbang barang dia. :( tak dapat nak kirim pape. isk sedih. (hoih orang chargeman la ni banyak order barang!)

jenuh jugak dia kurang kurang kan apa2 yang patut kat dalam beg dia tu. mana2 baju teset yang tahpape tu kasi free cycle je la kat kami. termasukkkk..

cekelat ni haaa.. mahal jugak ni sedap plak tu. benda ni je dah nak hampir sekilo. cekelat kan berat. suka la anak anak aku .. :D dan ada beberapa buku buku yang berat. tidak kalu.. kena bayar lebihan berat sekilo 40 pound tuu.. gila mahal. patutnya dia dapat 20 kg je. kitorang mintak tolong kat kawan manager MAS. dapat la lebih 10 kg lagi. itu pun dah rasa malu laa.. tanak la mintak lagi SEGAN.

moga moga DC jugak dapat rezeki yang macam ni untuk VIVA dia nanti. AMINNN..

mat selekeh (DC) dan mat smart En Idris) :P

MUNGKIN akan datang lagi untuk convo ujung tahun ni. tupon kalau kami ada lagi la sini.. kehkehkeh .. tumpang gumbira dah dapat DR..

Tuesday, 22 February 2011

tetamu Malaysia


19 Feb 2011 - sabtu

sebulan yang lepas dah siap chit chat dengan Salina (wife Aswadi) dari Malaysia. dorang somi istri berduaan nak mai rumah. so dah DEAL lama dah. tetiba kengkawan Brunnel buat majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk arwah mak student Brunel Nadia (ADIK CHEQ ROY). makanya dah janji ngan orang tak leh la nak mungkir kan. soo tak dapat pegi majlis tu. SEDEY. geng Brunnel bukan lah selalu membuat jumpa jumpa together gether cenggini. bila dah buat tak dapat pegi pulak rasa bersalah. ye la takut mereka kata kami tak campur orang pulak. memang tak. selalu memang pantang buat maljis. memang muka kami sokmo ada. kali ni memang ada aral melintang. harap harap kengkawan paham la yea. takkan nak tinggal tetamu pulak.

petang tu lagi sengah jam nak maghrib dorang sampai rumah. lepas sesi makan makan cerita cerita.. tibalah masa majlis penganugerahan barang barang dari Malaysia .. YAHOOOO!!! meh tengok ni.


alaaaaa korang kat Malaysia apa ade hal ngan kopok ikan ni. kami kat sini mak aiii ghasa nak buat sujud syukur dah 2 tahun tak dapek ni haaa. ngalahkan orang ngidam. DC yang ngidam. 2 tahun dah ngandung ..ahahahah.. ni kopok pebret dia ni. TERIMA KASIH laa Wadi (tokey kopok) bawak ni sungguh sungguh dari Malaysia. mujur tak kena spot cek ngan UK security. kalo dak boleh kantoi ni. kami makan macam ayam patuk padi..muahahahaaaa kesian an..:(

pastu ermmmm dapat kirim tudung instant sampai empat lai kau. tanak lah jauh sangat tertinggal ngan Malaysia fashionista kan. ahahaaa.. ade baju kurung 2 pasang. try pakai mak oiiii gedabak gilos. aik mak ingat orang dah gemok sangat ke mak. huk huk huk.. dan novel sebijik. hahah ntah bila nak baca. ape tak nya baru baca seperenggan "mama nak toast bread, mama masakkan fish fingger..mama adik dah terkencing dalam suar, mama Hakim ketuk tangan Hazim, Mamaaa Hariz tak sampai nak amik cereal" adoii.. aku ni lak jenis kalo membaca xleh kena ganggu. perenggan yang sama lah aku duk ulang baca.

ahad besok tu kitorang jalan jalan la amik angin winter yang hampir hampir nak melabuhkan tirai. hamboi syahdu ayat. .. winter abis ?.. yeayyy.. pesal masih sejuk menggedik ni. Salina wife Wadi sampai tak tahan sejuk sangat. aku bagi je baju winter aku kat dia. sian tengok dia ketaq2. baju dia pakai nipis sangat.

kami pon melayan laa swan kat sungai..



jinak itik ni. ntah angsa ntah itik. hewan pon haku dh tak kenal..hahaha


Wadi ngan DC


Wadi, Salina ngan Aku leee

besok nak pegi JALAN JALAN.. bestnyaaa... nak jumpa Kak Anis a.k.a Zuhanis Mansor (Bristol). doakan perjalanan kami yea. 1st time ni nak keluar dari London naik keta. debor debor..;P .. sempena anak anak cuti skolah seminggu minggu ni. (cuti skolah half term 19 Feb - 27 Feb 2011)

cuti bebelog 2 hari yea.. aku apply aku rekmen aku luluskan.. hoyeh..:D nani aku balik story mory yea.. soo stay tune..DAAAAA





Saturday, 30 October 2010

Tetamu fr Yorkshire

Salam Diariku,

30 Oct 2010

hari ni pegi tempat kegilaan aku. mcm biasa pegi CBS lah. pada org yg tak suka x de le feel sangat. pada aku .. aku dengan shopping ni mcm terapi. macam pengubat tension peng'release tension la. ntahh laa mcm org gila .. udah nama kegilaan.. gila la namanya.. tapi idok le sampai nak menregister diri kat pusat sakit jiwa. hari bergelumang dengan anak2, kerja-kerja rumah, masak masak, dapur, kemas basuh baju.. semua benda yg related dengan rumah tapi bila sesekali dapat menghiburkan hati dengan pembelian yang nilai tak seberapa sangat syiokk.. memang syiok la. tak terlalu bernilai.. apa lah yg bernilai sangat kalau beli stakat kat car boot tu kan. tapi aku ni jenis tak de adicction dengan sesuatu dengan taksub yang keterlaluan. semua macam biasa2. apa apa hal kena tgok bajet. nak beli pon plan jgak. tidak lah main sukati je. tidak la blasah duit yang mana ada. aku masih sihat lagi la.. hehe

dapat beli dress, beli cardigan, skirt, t-shirt untuk sendiri punya .. baju untuk anak2 yang takde lah terlalu bernilai dari segi harga. tapi macam syiok la. lepas beli then cuba baju tu gayakan depan cermin. bukak baju tu cuba pulak baju lain. eh best lah memang betol punya best .. bukan nak kemana mana pon just tukar2 baju je. penat tapi mcm feel dia lain tau. aku suka suka suka. bukan susah sangat nak dapatkan kegembiraan aku. senang je.

DULU masa kat Malaysia dapat beli lipstik ke, perfume ke, brooch ke, tudung ke, dah macam best sangat best gila.. bole buat aku senyum sepanjang minggu. sambil belek2 susun susun kat lemari. wahh best lah. mcm terbang sume problem. dulu lain laaa ada duit gaji sendiri. bole pegang duit sendiri boleh beli sendiri. tapi tak la sampai habis duit gaji beli benda2 tu sume. berpada pada jgak.

KINI takkk.. nak beli kena tanya, mintak, lulus boleh la beli. nak beli tudung yg chantek chantek kat online pon mcm malas je nak cakap nak sangat beli. dalam hati melonjak nak beli sgt. tapi mulut nak cakap NAK tu macam ketat je. kena gak ckp kalau tak tak bleh tido woooo.. teringat ingat. kalau aku dah CAKAP NAK tu maksudnya memang aku dah berpikir pikir nak beli untuk 1 minggu kebelakang. soo maksudnya .... memang nakk !!

hikmah jugak yea duduk London takde keinginan yang teramat nak beli apa2 yang bernilai tinggi. Carboot la penyelamatnya. sebenarnya ada jugak keinginan nak beli kat kedai2 tu. belek telek cuba beriya iya tapi belinya kat Carboot jugak. jalan jalan kluar masuk NEXT, Debenhem, New Look, Bhs .. sume masuk tak de yg tertinggal masuk. beli nya TAKKK.. haha. apa nak beli kalau elaun yg ada ngam2 untuk MAKAN je. kalau pon ada lebih baiklah pegi simpan boleh jugak menabung untuk LE TOUR DE UK .. insyaAllah.

sekarang ni kalau dengar lah kawan2 beli apa2 yang best best.. mcm buat tak dengar atau kalau terdengar pon cepat2 lah delete dari ingatan (kalau lah boleh yea). cuba larikan diri dari dengar. nmpak macam sombong tapi nak selamatkan duit.

29 Oct 2010

Zaki ngan Ct Noraini serta femli sampai rumah kami hampir 12 tengahmalam. besoknya aku nak pegi CBS sebab dengar kata this week last. then sampai next March baru bukak balik. ehh mereka pown nak ikot. soo join sekali ke CBS buat dua kali trip. eh seronok lah pegi Car Boot naik kereta. 6 minit dah sampai. kalau naik bas yang tercepat setengah jam. Thanks korang..! we love it. tumpang orang pon jadi lahh..

nak balik tu rezeki datang dengan offer dari kak MIN utk tumpang mereka .. Thanks Kak Min.

moga2 kawan kawan yang memberi kami tumpang ni dilimpahkan rezeki yang murah lepas ini. aminnn..

kali ni rezeki yg dtang dlm bentuk tumpang kereta. kadang2 rezeki datang dlm bentuk belacan, kopi milo, rempah ratus selain makanan. kegembiraan, kesihatan
dan bantuan kawan kawan juga adalah rezeki. terima kasih Tuhan.



Monday, 18 October 2010

Tetamu Malaysia ke Imperial College

Salam.

belum hilang kemarahan pasal ??? £££ sebab sampai sekarang waktu ini saat ini xde tanda2 £££ nak muncul diri dia. sedih betol sampai nak buat lawak xde mood. nk ketawa jadik ketat. nak nangis xde airmata. tapi sampai bila kan. HARAP MEREKA TAHU susahnya hidup di UK ni. tak semudah yg di bayang.

1 Oct 2010 - 17 Oct 2010

mlm sabtu 1 Oct 2010 yg lepas femli Zed Diyana bersama Mak dia, anak dia, suami dia sampai rumah. memang plan nk duduk sebulan. tapi rezeki dpt umah sewa yg lebih dekat skit ngan Imperial College soo hari ini 17 Oct 2010 mereka pon tinggalkan rumah kami. sayu hati..

slama 2 minggu ni aku kat rumah di temani mak Zed dan anak dia Noah. ada jgak teman borak. selalu borak dgn Puteri yg tak paham citer aku. tapi aku selalu mengiyakan cerita dia yg takde butir tu.. teman berbual ni penting kalau tak boleh jadik sakit mental. DC lah mangsanya.. arakian semut lalu pon aku nak cerita kat dia.. umpama je laa tapi mcm tu la namanya PEREMPUAN mcm aku. kena stori mori pok pek pok pek baru meriah..

best tgok Zed begitu istiqamah time blaja.. pegi Uni tak penah miss melainkan ada hal. tinggalkan anak yg masih nyusu jap jantung. tak terkejut bila dengar emak dia cerita dia adalah student FOUR PLAT mase kat Uni di US dulu. fu yoo.. HEBAT.. kagum tgok femli yg kesemua berjaya dlm plajaran. ayah dia Dr. Mak dia 1st Degree kat UK Bradford (rasanya). adek bradik semua study hebat2 jugak. KAGUM.. tercengang laa.. padahal walhal femli mcm ni biasa jgak di kalangan student kat sini jugak. aku je yg tak berapa tahu. ye la kalau tanya2 perihal femli mcm bizi body pulak kalau org cerita DENGAR tumpang dengar laa.

seronok kalau dengar emak dia bercerita.. terlopong mulut. kalaulah ade lalat berlumba lumba nak masuk mulut aku.. haih..

Pagi Sabtu semalam emak husband dia Haris datang transit nak pegi Prak. sempat singgah rumah aku makan nasi lemak. aku pulak lepas dpt tahu elaun x masuk lagi macam xde mood nk berajin rajin di dapo. terbangun la lewat sikit. tup tup turun bwah bwak bakul baju kotor turun untuk basuh dgn muka br bgun tido. ingat xde org kat dapo rupanya mereka semua tengah makan. ade ke patut tetamu hidang utk tuan rumah .. tapi I LIKE .. buat mcm rumah sendiri hehehe.. ayokkk .. sekali mereka dok kenalkan aku dengan mak Haris. maka aku pon bersalam la menghormati orang tua seperti biasa tanpa ada rasa apa2. panggil UNITIE je. bual2 mcm biasa biasa.

Mereka nak pegi CBS pagi tu. soo husband dia ajak nak hantar kitorang pegi buat 2 trip. 1st femli dia 2nd amik kami pulak. soo boleh la juin skali. walaupon xde mood nk ke CBS. seluk poket syiling2 masih boleh guna soo guna lah dulu.. jadik laaaa.. layan

sampai tgah2 jalan masing2 bwak haluan masing2 then half way through kami bertembung dengan femli mereka. berbual la kejap tanya2 beli apa sume kan .. peramah la katakan. so Untie pon hulur lah bisness card dia kat DC suruh bagi pd student yg dari UPM utk student perlukan bantuan dia. soo ambik je laa simpan terus masuk poket. lepas 10 langkah berlalu DC ckp laa .. "tgok businnes card dia ni" aku ckp apesal. tengok je laaa. sekali TERKEJUT MONKEY la aku.. FUYOOOOOOO... mak dia tu DATIN PADUKA PROF. DR.. ......... . adoyaiii aku rsa mcm terkedu. langkah terhenti kejap. orgnya sempoi je. muka nmpak mcm strict tapi ramah jgak. haiyaaa aku boleh panggil Untie je kan. haihhsshhh malu wooo. tebal lo muka. mcm terngiang ngiang cemana aku berbual ngan dia. patulah nmpak mcm protokol ajek orgnya. yg aku lak slumber je. dtg lak rumah aku yg x bervacum tak kemas buku anak sepah sana sini. malu laa..

balik dr CBS petang tu Haris dh hantar mak dia ke Heathrow utk naik flight ke Prak pukul 3 pm. Cakap kat Haris tak tahu pon emak dia ade pangkat yg begitu tinggi kat UPM. aku lak bleh panggil Untie je. tak panggil Datin ke Prof ke.. Haris slumber je jawab. tak apa.. mak saya pon berasal dari kampung jugak. kalau kat ofis pon org panggil dia Prof. .. dia kata alaaaaa tak pe dia Prof kat Uni. tapi kat rumah dia bancuh Milo jugak untuk saya.. hehehe aku pon gelak je mengiyakan betol jgak yea..

nasib jgak xde tingkah yg mengarut yg aku tunjukkan.. kalau tak TRIPLE malu. hihihi

lepas Zed dan femli ke London utk pindah rumah baru pagi tadi. tinggal la
aku lagi bersunyi sunyian ngan femli kat umah berguling2 atas katil ngan Puteri. dia jgak kesunyian sampai tersasul sasul panggil aku MOMMY sebab dia panggil Untie Zed Mommy.. mak Zed .. nenek. bila tanya mana Mommy, Nenek, Noah?? sambil pusing pusing tangan henjut henjut bahu terus kata TAKTE.. kesian dia sunyi xde geng nak layan Noah. xde dh nak tanya itu ini yg tak paham kat Nenek.

itu cerita semalam dan pagi tadi...

Sunday, 26 September 2010

Tetamu Scotland 2

Salam,

alowwww blog, aku lembali membawa citer2 yg dh masam laa kalau nasik kalau cerita blom boleh kata lagenda lagi.. alaa baru 3 hari seakan berbizibizian dgn guest.. dok London kena sebut guest looo..
kalo ikut terkini latest dan current ni aku baru balik dari Jamuan Hari Raya kat Brunnel Uni. perut tengah kenyang rasa macam nak meletup dan mahu terburai usus bersama isi perut.. ibarat aje.. memang kenyang sampai tegang mcm ngandong 9 bulan 15 hari (lebih ari) tu yg rase mcm tengang. haippp jgn ingat pape lak yeee. KOSONG..ok citer jamuan raya dn sewaktu dgnnya kemudian la yek. aku kena citer stori yg dh masam yeh.

23/9/2010 - 25/9/2010

mcm biasa rumah ini berterbangan rama rama. sebab org tua kata kalau ada rama2 maksudnya memang tetamu nk dtg tapiiiii stakat dok sini tak jumpa lagi rama2 yg menawan lah. tapi kali ni rama2 tak datang tetamu sebenar yg datang. pagi2 tu kami ade kawan punya kawan bertandang. sebab wife nya ada coloqium kat Brunnel Uni. soo kami paling dekat dan bilik memang kosong. rezeki kami jugak le tu.

yang menariknya aku nak citer pasal Kak Izan ni .. dia ada LIMA tahu LIMA ... 5 ape.. LIMA anak ..dia lak sedang buat Phd in Law and Management. fuhhhhh .. yang lebihhhh menarik lagi dalam LIMA tu EMPATTT daripadanya LELAKI tau LELAKI atau boy atau sons. MasyaAllah.. aku selalu cerita kesibukan aku menjaga 3 boys and 1 gurl aku ni sedang kan dia ada 4 lelaki dan 1 perempuan. SURE sangat sibuk sangat bizi sangat tak menang tangan... huhhhhh....kalau ade peluh yg menitik kat sini memang dh kena lap keringat kat dari. tak mudah tau bukan senang nak menjaga maintain anak lelaki yang ramai, sedang buat Phd, tinggal di UK (scotland) . tak mudah. sangat respect dan tabik springgggg.. pada yg kat luar sana yg baru anak 1 @ 2 tu yg dh ngeluh mcm2 renti kan lahhh...

umo anak2 dia 9, 7, 5,4, 2.. agak rapat jugak tu. ank yg kecik tu masih nyusu cap jantung (susuibu.com). kak Izan pulak kena pegi present paper dia kat Brunnel. Anak2 dia tinggal ngan husband dia. Bila husband dia pegi hantar Kak Izan pegi Brunnel, mereka tinggalkan anak2 dia dgn aku. mula2 tu mcm takot gak ye loo sbb 4 lelaki akan berbuas buasan dan beraktif aktifan kan rumah. rupanya TIDAK.. memang TIDAK.. mereka well behave. Kakak yg sulung tolong tengok jaga adik yg kecil skali tu. dan yang lain2 main mainan yg ada dengan aman damai dan permai. sesekali terdengar jugak dorang berkelahi kecil tapi mcm kejap je lepas aku tegur OK dah. mmg mcm tak KETERLALUAN aktif mcm anak2 aku. aku rasa anak2 aku extreamly active berbanding dgn mereka yg ramai. mungkin sebab papa mereka serius dan menekankan disiplin yg kuat kat rumah. bila papa dorang balik dari hantar mama dari Brunnel, mereka jugak maintain well behave. main biasa2 tidak memanjat2 tidak berperang perang, tidak jugak melompat lompat berlari lari dan berbalingan mainan.

petang tu lepas DC balik dari Brunnel (sbb appointment dgn supervisor) dorang kuar la pegi Town Centre, playground. bila dorang balik jek. tgok2 anak2 aku pon dah balik skolah. maka beramai ramai lah kanak kanak di rumah ala ala nursery kindergarten.. Hakim Hazim Hariz pulak mengajak la dorang berpasukan membingit kan suasana. berlari lari keratas kebawah.. hayookkkk tu laaa. kalau dh jumpa geng sesama boboyss cenggitu le..

kelakuan anak kak Izan memang sopan. sopan santun cakap pon mcm tersusun lembut je. tak dengar pon mereka terjerit jeritan mungkin mama dan papa dia mcm tu atau sebab takut kat papa dia .. tak tahulah yg mana satu ??? Papa mereka pulak mcm relekss je cool je orangnya walau pon anak dia ramai panggil sekali dh dengar kata. yg best tu yg no 4 Hafid nama dia .. suka mengemas. ini betul2 mengemas tidy up all the toys yg dorang dh main masuk dlm kotak sampai clear sume. kagum aku nenguk nya. bagus betul.

bila kak Izan balik aku tanya dia cemana dia train anak2 boleh sebegitu well behave skali. dia cerita kalau di rumah memang dia dan suami sama2 akan suruh dorang kemas rumah dan membuat keja rumah yg lain. papa mereka tegas dan serius. Kak Izan ada gak tenguk DC tu rapat ngan anak2 dan rajin layan anak2. dia pulak yg kagum tengok. eh..!


Monday, 13 September 2010

Tetamu M'sian Student

Salam,

hari ni 13/9 - aku berlungkus tumus buat preparation utk sambut kedatangan orang baru.. heiiiii ingat aku beranak ke?? pantang ckp org baru ingat beranak.. tak laa tak.. ini student. student Malaysia ke Brunnel Universiti. nak bermalam kat rumah ni. bujeng2 sume .. 3 pompuan 1 lelaki. harus lah prepare dorang punya tmpat tidow, makan2 sume kan. sure penat 14 jm dalam flight. tapi bujang2 ni rase nya xde le penat sgt berbanding dengan ibubapa beranak 4 mcm aku..

dorang selamat sampai pukul 6.30 ptg di rumah ni. kami paksa mereka supaya jangan tido. jgn ikut waktu m'sia. kena ikut waktu uk. kalau tak mengong pale. JET-LAG (btol ke eja nih). soo la ni baru la deme tidow.
rumah ni slalu terima tetamu .. harap harap murah diskaun lah rejeki kami yea.. aminnnn..

terkenang waktu memula sampai London. naik MAS mcm org kaya ..haha.. eh waktu kami dtg tu xde lagi AirAsia OK ..kena la jadik org kaya kejap naik MAS.. walau mahal gile tapi servis tiptop. makan xleh kata laaa..kejap2 makan kang kejap lagi makan lagi.. eh best lahh.. tapi LETIH tahap PHD laa sebab si tecit Puteri waktu tu baru 4 bulan setengah. kecik le sangat lagi.. adeh kena duduk dlm BASINET. ala bakul tergantung tu. mane le dia suka dok terkurung cenggitu. lemas gaknya. menangis le sepanjang perjalanan. ade le 3 jam je senyap sebab tido. yg lebihnya nangis. sampai bengkak muscle lengan aku dikejakan nya. nak berdukung kesana kemari. Allah sahaja yg tahu seksa nya aku waktu tu.. rase nak nangis tahu. tak berehat tak tido langsung. tambah pulak abang2 bertiga tu pon tak reti duduk diam. alahai. rase mcm nak suruh pilot tu tekan minyak laju skit supaya sampai cepat kat London .. boleh !
sampai2 jea Heathrow.. mamat2 yg cek paspot nasib le tak byak kerenah sebab dia pon kesian kat aku muka mcm nak terpisah dari pale. dengan anak2 yg over energy. sampai dia pon pelik tanya anak2 tak tired ke? mse tu dorang blur lagi mamat2 tu ckp omputeh. DC le tolong translet. urusan paspot dan kastam smooth je. Alhamdulillah. sbbnya mayB dorang mcm 'kesian' tgok kami merengkek rengkek bwak anak2 plus baby lagi kan. bagus gak yea. XTRA kesian. hehe
keluar dari Heathrow tu termanggu manggu la nunggu org yg nak sambut kami tak sampai2. ni sapa sambut sapa ni. gaknya kami yg sambut mereka tak.. owhh lupa kami dtg time betul2 tengah2 WINTER heavy. so maghrib pukul 4.30 pm .. kluar dh pukul 5.30 pm .. patutle mereka lambat sampai..
pak Lajif (Abg Razif Razak) dan Abg Ithnin bersama kak Lip yg jemput kami. rupa2 nya kami dtg tadi satu flight dgn Abg Khir yg pulang bercuti di M;sia.. lor tak kenal kan. oleh sbb kami ni ramai sooo kena pecah2 .. beg2 besar dan Hakim abg khir tolong bwakkan. Aku, Hazim, Hariz, Puteri naik keta Abg Ithnin. DC dan Abg Razif naik teksi. kesian tak pecah sana ni.. sebab RAMAI..
1st n 2nd day tu terpaksa tido kat Brunnel Lodge yang hentam mahal gile ..3rd hingga hari ke 10 kami sewa Travelodge Uxbridge.

next time aku citer pengalaman 10 hari di hotel xde bintang tu yea..

ok lah citer pasal tetamu skit je.. citer pasal aku yg lebey lebey.. hei mesti laa ni blog aku kena la maximakan citer pasal aku..thanks laa sebab terpaksa baca.

Sunday, 12 September 2010

Tetamu Reading

Salam,

11 Sept - kebetulan kawan DC, SHAM fr Reading nak datang beraya dengan kami. soo alang2 dh ade org nak datang tu kita masyak2 laa ala2 raya gitu.. disebabkan 1st day raya dapo tak berasap maka aku telah asapkan dapo pd raya ke 2 ok la kan.. kira masih syawal kan.. Sham dah lama bermastautin kat sini plus minus 15 tahun katanya.. so jarang2 mereka sekuaga meraikan Aidilfitri yg sebenar. aku pon berbizi bizian la kat dapo.. pas2 ade gak member lain menyuarakan nk dtg rumah soo haruslah aku metambahkan kuantiti menu. tak berniat membuat OPEN HOUSE sbb living hall yg ciput kan. ni mcm acara makan2 mini lah kiranya. masak lah aku mcm MAK2. RendangDaging, Ayam Merah (peberet DC), Kuah Kcg, Set Lontong, Serawa Durian dan aneka kueh raya.

aku slalu je pesan dgn kawan2, kami ni sukar nak buat acara makan besar besaran tapi kalau ada yg nak datang menziarah dan tujuan kunjung mengunjung atau dtg sekadar nak borak2 tu aku alu alukan kedatangan. aiiii xkan nak buat makan2 sedap2 baru nak datang rumah kan. kalau tak buat makan makan pon aku pon masak juga. apa aku masak bole makan jugak kannn.. kadang2 kita ni salah tafsir .. datang rumah nak MAKAN atau nak ziarah ?
MAKA ... JEMPUTLAH KE RUMAH ..
mak aku selalu pesan "kalau ada org dtg mengejut ke rumah kena beri juga makan walau pon hanya telur dadar atau sardin"
sooo cemana ? boleh..

trend kat M'sia pulak kalu kat bandar kena ada Open House baru nak datang.. cuba tak buat Open House xde dtang punya.. btol tak? termasuk aku... sebab kami dua2 keja soo masa yg ada weekend jek.

sekarang aku full time housewife. bila2 boleh datang..


eh nak tahu tidak... Hakim Hazim Hariz dan Puteri dapat duit raya tauuuu... wah seronok gila dorang. aku mcm biasa awal2 lagi dah pesan. sini bukan mcm M'sia tahu.. no more money for Raya ok.. jangan mintak2..kalau mama dengar kamu mintak2 siap laa hadiah kat rumah nanti.. (dgn action membeliakkan mata dan jelingan tajam) hehe

ehhh tiba2 Uncle Sham dan Untie Lina bagi .. sorang dapat £7 tau.. tu pon dah banyakkk sangat dah tu.. dlm bentuk £ kan.. kena darab dgn 5 laa..
mereka sedih sebab raya kat sini takde duit raya.. soo kami ada jugak bagi, tu pon sorang £1. xleh byak2 tah pape mreka beli kang. Hakim selalu kata jom laa kita balik M'sia mama Raya kat M'sia besttt.. Hakimmm.. kalau lah M'sia tu dekat London saja.. dahh lamaaaaa kita balik nakk.. syahdu denga anak2 sedih raya kat sini. anak2 pon tak suka apatah lagi aku!

hari ni .. 12 Sept.. kami santai2 kat rumah aje.. sambil santap kueh raya.. mcm membayangkan makan kueh raya kat rumah orang laa padahal tak gerak pon rini..ngehngehngeh..


imbasan kalau di M'sia.. raya ke 2 atau ke 3 sure sedang kesana kemari ke rumah sedara mara aku ato DC .. ziarah sedara mara yg jarang2 jumpa kan.. jumpa2 jek eh ayat biasa"dah beso dah anak ko yea" hehe.. ayat lain skit "ramai dah anak ko" ayat bushyan skit "gemokknya ngko skang nih" ayat sedap telinga"kurus skang makan ubat ape?" hahaha.. mcm2 ayat kuar.. gelak2 borak2.. kalau bab makan... ayat femes mak aku "oii makan macam besok tak hidup lagi je" kehkehkeh.. maksodnya mcm xde tanda nk brenti makann.. puasa turun 5 kelo Raya naik 8 kilo.. hikhikhik..

sini ... takde ayat2 tu ... ayat kesian "masak apa?" ayat baik "solat raya kat mana?" tu je.. tu je laaa.. takkan nak tanya "brape bil letrik rumah ko?" tak sesuei ok ..

raya pertama aritu ..anak2..Hakim Hazim dan Hariz dah ponteng skolah nak celebrate Eid.. kesian jugak..dah bagitau kat teacher dorang.. teacher Hariz soh buat surat.. teacher Hakim n Hazim lak suruh col aje di pagi raya tu.. dah sibuk2 pegi solat raya, kesana kemari beraya terlupa nak tipon teacher.. besok aje lah bagitau lagi..
camni la hidup kat negara yg majoriti adalah kristian.. yg selebihnya takde pegangan pon ada..

k lah to be continue
2moro ...


Wednesday, 21 July 2010

Tetamu Scotland



lepas event umah bang husni ngan k.sha.. konon2 bole la adjust schedule pasal ade membe UniKL BMI nak mai umah dari Scotland.. hehehe jawooohhh tuu.. silap 8 jam woo drive.. sure penat kan.. skali tetiba mreka sampai awal lak.. ms tu kami kat umah K.Sha lagi .. yelah sesekali jumpa kwn2 femli Brunnel sure byk citer kan .. terpaksa la dorang tggu sampai kami balik .. nasib dekat je DC boleh balik jap bukak kan pintu.. sian tetamu dtg tuan umah xdo.. apo nak buat.. hahaha buat lah macam umah sendiri.. alaa slalu kan datang masuk kali ke 3 sooo kena pandai2 lah.. eheh.. bila jumpa kawan2 sebumbung kerja mula laa banyaaakkkk sori mori kan sapai 1-2 pagi borakk.. letih tapi bestttt dan seronok utk org2 yg sunyi jiwa mcm aku.. yela dok umah kann.. kalo x betol emosi bole gile wooo.. ahaha..

thanks korang datang umah aku.. riuh rendah dek sore mak2 ni jerit2 manggil anak2 meriah gitu..tunggu kami dtg Scotland lak.. tapi ontah bila la tabung nak penuh.. yela tabung gergasi .. cuba la kompol dlm tabung siput ke kan cepat penuhh.. ye tak? tgok la kalau ade rezeki dan panjang umo memang akan sampai Scotland tu .. orang crite chantekk kwasan pergunungan la katakan.. arrhhhhh x yah citr arr kalo x dpt pegi sakit lak atii ni ..

sampai jumpa lagi nanti .. thanks a lot Chai n Haida..