Wednesday 29 June 2011

Queen's Mary Garden, Regents Park


AMARAN! entry ini adalah GAMBAR BERCERITAAA.. haha

lepas berkenyangan kat Tinseltown, kami panjangkan langkah ke Regents Park. nek tube turun tune je keja kami hari tu..

kalau masukk Regents Park je memang tak jumpa Roses ni.. tempat nya yang tepat adalahhh.. Queen's Mary Garden. kena masuk ke dalam lagi park tu baru jumpa. kalau stakat jalan jalan lenggang kangkung memang tak jumpa. kena jalan bersungguh sungguh untuk mencari Queen's Mary Garden tau!

beberapa meter nak sampai ke roses garden ni dah dapat hidu dah roses. bau maniss bungaa. aku sambil buat muka senyum sampai teliga. tengok bunga ni terapi laa.. tenangggg je. cantik comel comel rasa nak makan bunga tu. boleh? ... pujian Subhanallah kepada penciptanya..

meh meh jamu mata meh.. aksi amatur photograper aku dan Hazim neh.. memang takde edit edit pon. nak edit mendanya kalau click nak ubah pape lembabb je. bikin panas.

setiap jenis roses yang kalepul ni punya nama. tah tah surat beranak pon ada :P nama felik felik lak tu. dulu masa kat Keukenhof kami dikelilingi dengan Tulip. kini taman ni penuh dengan roses pelbagai jenis dan warna. kagum betul tengok ..

















-FAMILY PHOTO-
erkk mcm kat Mesia je.. :P
serius! ada pokok pisang kaki, keladi daun besar tu, pokok sepit udang..hihi


taman comel ni sebenonya berpagar. kiranya aritu kami ceroboh le. hiks
sementara pak guard blom datang kami posing le






haaa puas hati.. dapat jugak akhirnya aku kesini. rasa macam kejap je duk situ. macam tanak balik lak. boleh tak nak buat rumah tido situ terus. bangun pagi aaahhhhhhhhhhhh harum bau bungaa.. terapi minda. abis kalau snow? tinggal batang pokok je lew. bunga layu dihujung mekar :'(

mata ni ternampak nampak lagi roses yang jelita iteww.. ouh indahnyaaa..!!!

masa kat sini cuaca panas. tekak kering je keja. berbotol beli air mineral tak puas. sampai perut kembung dengan air.. kat sini FYI.. PANAS KERING.. tak sama dengan Malaysia. apapun tetap terbako muka memasing disimbah mentari. tidak benar mengatakan duduk oversea kulit jadi putih! manada. ?

Tuesday 28 June 2011

Tinseltown..


hokeh.. sambung citer smalam.. saja je nak citer melerettt..

Tinseltown ni sebenonya restoren makanan western la.. terkenal dengan American Diner & Milkshake. memang plan nak pegi pun. saja nak rasa.. at least ada pengalaman dah makan western kat negara barat.. :P yang penting nya HALAL.. yeay! sapa nak teray.. boleh cekitdaut SINI

sesekali terasa kalau nak makan kat luar mesti gelupur nak carik nasik jugak. tak nasik .. paling cikai mee la.. selera melayu tak luntur. kena paksa order yang aku tak reti masak baru berbaloi. selain restoren melayu paling hebat makan Biryani Tanduri (belakang umah je). nasikk jugak tuu. paling hebat makanan bukan melayu selain nasik Kebab Donor tu laa.. (Uxbridge Town). ni 1st time ni nak makan barat .. cewah.. kena rekod kan la kan.. ahaaa

kalau nek tube turun kat Bayswater. then kena jalan susur bangunan. kat situ memang bersepah la kedai makan Halal. ko sebut je nak makan apa.. sedia DUIT je looo.. ;) mungkin sebab kawasan tu banyak muslim. demand tinggi. bersyukur kat UK banyak makanan halal. rajin pegi ngan tak aja.

tu diaaa dah sampai dah..

kalau dah plan nak makan sini make sure perut betul betul kosong. baru berbaloi sebab portion nya besau. tersandar.. kami sedang elok perut memang kosong. hanya makan dari rumah je pagi sebelum pegi. anak anak pon dah merengek lapauu..

memula eksaited punya pasal order makanan dulu... pastu baru order Milkshake. sebab sini glemer dengan milkshake yang pelbagai. tatau nak pilih mana satu. gamba kemain mengiurkan.. sampai je milkshake anak tak sabar sabar dah nak terkamm!

-VIP Lounge : yang ada M&M tu..



semua milkshake sedapsss..
order 4 jenis lain lain. perisa coklat, stoberi, oreo, vip launge
udah le gelas oh mak besau kemain. kongsi2. tu pun siap bawak balik pasai tak abishh

ni mama punya.. yeay!
Lamb Chop set with rumput rampai salad..
gravy nya Piri Piri Sauce.. sedapp!

jemput tengok yeaa.. HAHAHA

ini ayah punya..
Mixed Grill - ada steak ayam, sirloin, lamb, sosej
saja amik lain lain .. bole tukar tukar..

anak anak ??




sume pakat nak makan Chicken Nugget dan Fries je.
tu pon tak habishh.. iskkk..

habis makan gelabah cari Mineral Water..
sangkut kat tekak milkshake punya pasal.



TERIMA KASIH AYAH!! .. realisasikan permintaan mama..

next stop.. REGENTS PARK. maklom le siang panjang bole le jenjalan sampai nak tercabut.. kaki..:P

kepada peminat bungaa ROSES harap berada di kedudukan 'kegarisannnn' (bajet mcm ramai je baca blog aku.. pi rahh.. haha)

lantak la asal pueh hati.. hehe



Monday 27 June 2011

Liverpool Street..

sejak beli keta dec 2010 .. dah 6 bulan tak naik tube (underground) ala ala LRT.. berlagak la penat tamo dah nek mendalah tu. ye lo puas dah nek selama 2 tahun heret anak anak kulu kilir.. tetiba DC ajak pi town London. lepas adegen pujuk memujuk agak diriku di hanggut neiki keta.. gagal jua.. daku pasrah dengan alasan kukuh.. kang jem! paking payah! silap paking saman! kos muroh skit nek tube.. parking bayo mahal, minyak bayo gak.. sigh!

DC kalau pi mana mana kalau dia sorang selalu naik tube aje. mudah katanya le.. lagipun takde le bazir minyak. minyak mahal woh.. sini nek kenderaan awam memang senang.. blaja nak pegi pon click SINI... sedia DUIT TEBAL je le.. pakai oyster murah.. ko pilih je nak kemana sume web tu ajar.. mudah bukan!


Uxbridge Underground : Metropilitan Line
yang best nya anak anak i sume FREE :))
(atas 12 tahun baru kena bayo)

Ahad lepas kami habiskan umur sehari kat Central London. Liverpool Street ni engkau boleh lah samakan dengan Petaling Street sanun. sebjik sebijan lah.. murah ada mahal pon ada.. ori ada tapi rejek punya aku rasa. ada new murah new mahal. katogeri barang pon campur campur.. hampir sume yang jual tu warga asing. tah mana mana datang. inggeris pon lain je pesen.



muka teruja dalam pegi tempat soping ala PS.. yipii..
sampai tak dan nak pandang camera. HAHA

panjang jugak Liverpool Street ni. segenap pelusuk aku lalu. DC dan anak anak.. kejap kejap lepak tepi memasing penat. bawak tentera masuk tempat busy macamni peluh keluar double berjurai OK. mana nak kejo dorang lagi. sesak.. taku ilang je.. bila dorang lepak tepi tepi bangunan situ. DC kasik le lampu ijo kat aku soh explore sorang.. syok le. jalan laju laju je ah. nak khatam cepat. hikss..


fokus kat blakang cik mek molek ni ..

kat Liverpool Street ni namanya Liverpool tapi bukan kat Liverpool sana sana tahu.. kat London Zone 1. jauh neh.. kami Zone 6.. dalam sejam jugak canguk dalam tube. hari tu chocha panaih sedang elok le nak jenjalan.

sejak dok UK, ni first time pegi sini. nampak no le tak penah pegi ke tempat pegi tempat tempat buang duit lain selain car boot. bagus gak tak pegi. pegi .. melayang layang pound.. ;)

selalu dengar orang Mesia datang London soping sana. tingin gak nak pegi. akhirnya dapat jugakkk.. haku jalan dari hujung ke hujung. ada umur boleh bawak Supi datang sini bulan 10 nanti..

habis jelajah Liverpool Street.. lapaaarrrr.. selalu bawak bekal.. cewahhh hari ni dah plan nak makan western kat negara barat. yeay!

next stop ... Tinseltown (American Dine & Milkshake Bar) HALAL..

first time ni dalam sejarah duduk London. asyik pekena kebab je kan.. teray le western plak..

bersambungggg..

Tuesday 21 June 2011

Acikk !!


sejak tinggak kan tanah melayu 31 December 2008, banyak perkembangan penguncupan kekeluargaan yang berlaku tanpa keluarga kami. perkahwinan, perceraian, pemberanakkan.. arhh banyak laa.. segunung sedih di situ. inilah pengorbanan kami. walaupun tanpa kami, majlis jalan jugak. tak terjejas pon.

FAQ selalu aku dapat.. apasal korang tak balik? aik.. kalaulah dengan hanya berbekalkan perkataan 'BALIK' tu aku boleh sampai Malaysia dah lama dah aku jerittt AKU NAK BALIKKKK!!!! :P :P dah tentulah jawapan pertama, jawapan kedua mahupun jawapan yang ke pat ploh pat kali adalah DUITTTT.. malas ah nak citer. bikin ketat muka..

dari anak sedara DC kawin.. Intan dan Ita .. dah beranak dah pon. anaknya pon dah pandai jalan dah.. hingga yang latest adik aku sendiri kawin 21 May 2010 lepas. dah beranak dah pon 5 Jun 2011 ritu.

kiri skali : Kak Midah (akak) hehe (sihat kan?)
kanan skali : Asmah (mak)
pengantin : Supi dan suami Sayuzi (adik pompuan)
duduk kiri : Usop (adik lelaki aku .. . tinggi dia neh. selalu kata aku ketot. :(
budak kecik duduk : Adlyn (anak akak no 2)

ramai takda dalam gamba.. abang sulung, abang ke 3, akak ipar dan anak2 nya..
dan kami.. uhukk

tunggu achikk tau .. Muhammad Syahmi Aiman
generasi terbaru 5 jun 2011



kami takkkk balik balik jugak.....

lamanya aku rasa.. mungkin sebab aku duduk rumah. celik mata masak sampai nak lelap mata tido pon masak jugak.. takda annual leave, takda bonus, takda increament. ouh sedihnya.. tapi ada hikmah nya jugak. kepantasan masak serta xtra sedap tu kira appraisal terbaikkk aku tiap tahun.. hoohohooo.. DC la slalu bagi markah tinggi. entah entah bias. HAHAHA..

walaupun tak boleh nak apply kenaikan tangga gaji...mueheehehe.. syukur juga dapat tengok anak membesar depan mata. walaupun kadang kadang tak perasan bila kah kamu ni tiba tiba je besar sedangkan mama 24/7 tengok muka kamu. isk pelik ah.

cumanya tak boleh lah nak gebang gebang duit macam gaji sendiri dulu dulu .. oh rindu ! nak beli suor kechekkk pon mintak wok.. alahai.. takde dah nak pilih pilih kain baju kurung nak buat baju pegi keja. yang paling syok nya.. dah lama tak gosok baju.. yihaaa!!

hidup di sini lebih tenang dengan tak terkejar kejar. tak berpeluh peluh pagi pagi urus mereka berempat. hantar skolah/nursery ke sana ke mari cuma sesekali BUZY dengan tetamu.

6 BULAN JE LAGIII.. OH ORANG MALAYSIA ... NANTIKAN KEPULANGAN KAMI!!! ceh macam la ada yang tetunggu ngko balik.. hahaha. entah entah ada yang gumbira aku kat sini. takda teman gadoh gadoh. huhuhu.. entah entah ada yang nangis dengar aku dah nak balik.. kikiki.. ada ke?

rindu jugak kat partition cenonet aku tu. walaupun tak seindah bilik bos. rindu nak buat keja keja opis tu.. huh! En Idrus dengar tak.. staff mu yang committed nak sangat keja ni (dan gaji.. :P) rindu dengan geng gila purchasing Wak Isa, Mek Azie.. rindu gok nak buat sesi cantas kata kata bang Mat. wakakaka... rindu jugak nak dengar sampukkan Nora HR..'ni masalah sapa ni?' dialog glemer Nora.. ekeke. nak layan skema Razif ... arhhhh SEMUA lah..

tapi waktu tu nanti ANAK ANAK? korban lagi. :((


ACIKKK!!! sapa acik tu...

cucu mak skang termasuk yang latest dan termasuk anak aku ada 11 orang. hoh! ramai dah. Alhamdulillah..

tolak anak aku 4 orang.. BAHASAKAN DIRI AKU .. ACIKKK!!! aku le acik tu.. ngeeee

tu je..


Sunday 19 June 2011

Rezeki...


sabtu smalam orang orang UNIKL datang London. mula mula dengar.. alamakkkk risau jugak.. apa taknya yang datang orang orang besau pangkat kat UniKL oii.. Pn Sharina, En Maizul termasukkkkk Prof Dr Badri. dia dahlah Dekan kat UniKL BMI. haishhh tak lena tido lah. kalau masih Dr Halim Ali tu takpe lah. boleh kata dah biasa dah. dengan DC pon main panggil bai bai je. ;) dengan aku pon main gelak gelak. hihi. ini bos baru. risou le

pagi tu dorang turun kat Heathrow seawal 7 pagi. so DC dan Abang Khir jemput dorang terus ke rumah kami untuk bekpes dan rest apa yang patut.

malam tu menggelupur aku kemas rumah bagai nak gila laa... nak ke 3 pagi tido. naik patah riuk tulang belulang. hapa tak nya ghumah dah lagi over dari tongkang pecah. heh! walaupon aku tak penah naik pon tongkang tu :P pandai pandai lah kau bayangkan ghupa tongkang pecah. berselirat woi umah aku. dengan buku anak2 sana sini. mainan segenap pelusuk sudut hado. setiap cepisan sampah aku kena clearkan. oh makkk tolonnnn.. jenuh sental toilet. sempat DC tukar toilet seat yang dah berkerak tu.. wah betapa pressure nya aku. siap soh tukarrr..

besok plak kena bangun pukul 7 pagi nak masak.. hah! masakkk?.. alahaii penat pikir last last nasi goreng jugak yang aku buat. slalu kalau buat makan sendiri main belasah je la kan. bila kena bagi makan owang VIP ni cuak jugak. kena xtra hati hati plak dah. kang ter masin ke tertawar ke.. jenuh lak nak jawab. hadoi

pagi tu 8 pagi lebih dorang sampai. sempat siap nasi goreng sekoali besau sepenuh tenaga keringat dan sesedap yang boleh.. huyoo.. nasi goreng dah hidang .. bole terlupaaa pulak buat airr.. hadoiyai. gapah gopoh buat air plak.. hish kalut lah aku. padahal takde apa pon. gelabah je.

banyak dorang makan.. sedap le tew.. awww.. haha perasan! ntah2 sebab lapau.. ceh. OK laa borak borak ala ala management team plak aku .. kikiki. iskkk alah macam buat muka konfiden paham je la. padahal tak pon..hehehe

lepas breakfast .. borak borak dan borak.. DC bawak dorang pegi town centre jalan jalan soping. tengahari tu Prof Badri terus pegi check in hotel kat Brunnel. tinggal Pn Sharina dan En Maizul je singgah lunch kat umah. tu pon sebab beg Sharina tinggal umah pagi tu. konon nak mandi. sekali sejukkk brrrr.. sume sume tak jadik mandi.. hihihi

petang plak Abg Khir nak kena amik Prof Azmi dan Prof Hakim. phew pheww nasib tak singgah. kalo dak lagi kalut aku.. heh udah le Prof Hakim tu Presiden UniKL tahu.. gigil aku masak kang.. malam tu dorang dinner kat umah Aida plak semua semua tu.

ekceli takde apa pon .. sume berjalan lancar. DC je la bizi ke sana ke sini ngambik nganto orang. sampai ke malam bizi nyerrr..

betul la yeaa.. 'tetamu yang datang membawa rezeki.. harap harap pulangnya membawa dosa'.. rezeki yang datang pelbagai bentuk dan rupa. yea yea walau kengkadang datang dalam bentuk 'job dan upah'. rezeki juga datang dalam bentuk top up minyak. ia datang juga dalam bentuk rempah.. :))


tetiba Sharina hulur ini. walau nilai tak seberapa tapi impak besar di hati. benarlahh.. orang berbudi kita berbahasa.. orang memberi kita merasaaa.. betul lah tu kan.

tengahari Ahad ni tadi .. Aswadi dan wife dia Salina ada call. memang dah plan dari minggu lepas kata nak datang 28 June nak singgah sini. sempat la aku ngirim ngirim. tetiba plan berTUKAAA.. tak jadi datang pulak sebab dorang nak pegi Manchester ujung minggu tu. TETAPI itulah kata rezeki kan.. mereka bawak jugak kiriman aku tu. wushhh terharu sungguh laaa haii.. MasyaAllah ! baik sungguh hati. mana tak terharuuu... ko tengok la ni..


kepada orang Malaysia.. elehhhhh apa sangat laaa makanan ni. bersepah je lah kat giant tu. pada kami.. SEBUAH KEGEMBIRAAN DAN SENYUMAN berpanjangan tau. DC siap pegi amik kat Victoria Station lagi sebab dorang nak nek bas ke Leicester. sempat turun London tu, pasai depa nek Air Asia (turun kat Stansted) sambil shoppinggg.. perrhhh..

anak anak.. bila tanyaa.. 'sapa nak MILOooo ?' lompat lompat jawab NAKKKK.. cik Puteri pon tahu yea.. nak air coket.. nak air coket.. sedih tau. sini ada jugak jual Milo tapi made in Kenya.. tak sodap. mcm koko lah rasa dia. Milo Malaysia jugak bestttt.. kopok ikan? haa memang takde.. udang kering? ada adaa.. tapi eksotic kan.. mahal nau kat sini.




rezeki jugak hadir dalam bentuk coklattt..ni gamba lamaa.. cuma nak tunjukkan coklatt tu haa.. geng bujang serah harta simpanan karun utk di peram selama 3 bolan. sempena cuti summer dorang balik Malaysia.. beg fenuh barang untuk keluarga. coklat ni rejeki kami la kann.. ada 2 pek lagi coklat sedap sedap blaka hingga tak sempat nak amik gamba sebab dah kena terkam.. eh jap kepala permaisuri tu sapa punya? hish..