Thursday 30 September 2010

Raya dan Makan

Salam,

jaman skang ni Raya dan Makan tak leh dipisahkan. bagai isi dengan kuku lah. mcm adik bradik lah dicincang takkan putus .. ye ke ?? betol kalau tak caya jom dengar citer aku.

sape kata Raya kat UK tak best. BEST laaaa betul best .. sebut raya sure kena ada makan. kecuali kalau ada yg puasa 6. itupon kalau kuat iman. tapi slalunya yg nak g raya sure tak puasa sunat kan.

19 September 2010 - tengahari aritu ada jemputan raya kat Hostel MARA London dan sebelah malam kawan kitorang jemput makan2 spesel kat umah dia. kiranya hari itu adalah hari Raya dan Makan untuk kami. memang merekah perut wehhh makan punya pasal. tapi syiok wooo hilang lah duka beraya jauh di benua Europe yg bernama London ini ..

tengok aku tu tengah khusyuk menghayati makannn.. semua menu melayu..sedapppp.. makanan lain Ayam Percik, Soto kuah Sup Kambing, Mee Kari, Rendang Daging, Kuah Kacang, Nasi Impit, Kueh2 Melayu, kueh raya dan Maruku. best lah memang best.. bertambah best sebab bole cuti masak.


ni pulak sebelah malam.. menu English pulak. best lahh ..aku jenis tak milih makan semua balun dan semua sedap.. English Style... Baked Potato, Chicken Roast wif Black Paper Mushroom Gravy, Chips, Yorkshire Pudding Stem Vege, desert Apple Crumble.. fuhh English betul.. tergeliat lidah nk nyebut menu nya hahaha..
haaa amek kooo tersandar makan. kekenyangan.. pelik tak nape makan betul2 style english ni.. xceli husband kawan ni memang campuran Mak British English Ayah Pakistan. soo mix kan. dapatlah kami rasa makan makanan yg memang org berdarah english. Menu yg dorang masak sendiri dan takde ejas ejas kasik flavour Melayu tau.. PURE ENGLISH.. huh.. berpeluh DC makan sebab dia kan lidah Melayu .. terkulat muka makan. kesian. sesekali la bang oii boleh lee.. DC makan siap cekau pakai tangan lagi.. aku hehehe control la guna fork and knife..ngeh ngeh ngeh seb bek tak tercampak peha ayam dikerjakan hahahaa...



apa2 pown big applouse for husband and wife for the marvelous delicious English Dish Lina and Jamel... clap clap clapppppp.... superbb.. sempat amik resepi .. tapi tah bila nak masak cenggini. aku really admire lah dia punya dapo.. huhu english style jugak.

harap korang yg rajin baca blog ni kenyang dengan citer aku.. haha

Wednesday 29 September 2010

Pantang

Salam,

Autumn utk tahun 2010 ni, udara dingin sedang menyengat kitorang kala hujan membasah bumi. tak hujan pown sejuk kalau hujan lagi lah bertambah sejuk. dalam rumah pon sejuk luar rumah lagi la sejuk. ruang tamu pon sejuk kat dapur bertambah sejuk.. banyak kan pantun aku.. haha..

dulu2 memula dtg sini heran nape omputeh ni kebanyakkkan rumah mereka suka pasang kapet. toilet pon kebanyakan rumah cuma 1 setiap rumah. rumah ni contohnya 95% adalah kapet. lebihnya tika getah jek. tu pon toilet dan dapo je. lepas tu rumah sini banyak pintu. setiap ruang ada pintu. nak masuk bilik dh tentu berpintu. dari ruang tamu ke dapo ada pintu. toilet memang ada pintu la kalau tak indahlah mengintai kan .. ruang makan dan ruang tamu pon berpintu. pendek citer pintu sangat ramai berbanding penghuni rumah. terpelik pelik la aku du sibuk dok ngira brape pintu kat rumah ni. semua sekali 10 pintu .. banyak kan .. mungkin rumah ni agak lama usianya beratus tahun tau.. ratus.. fuyoooo kalo kat mesia dh jdik rumah hantu dah. rupa nya semuanya berSEBAB..

tu la bila tak terpelanting kat negara barat yg ade 4 musim ni memang la sampai kiamat tak tahu. sungguh jakun. ye lo dorang pasang karpet seluruh rumah kecuali toilet dan dapo sebab kaper kan penyerap sejuk. kalau pijak kan kurangkan sejuk laa. mungkin sejuk masuk ikut celah2 bulu2 kapet. agaknyala kan.

kenapa banyak pintu pulak?? ye laaa bila musim sejuk nak datang kena tutup pintu supaya udara terperangkap dan sejuk tu takleh masuk. kita kurung diri dalam tempat tertutup jgn bagi sejuk tu masuk. owhhhhhh panjang muncung meng'ouhhhhhh'kan. masa Autum dan Spring yang sejuk nak jimatkan gas, heater tak payah pasang pon takpea.

toilet tak leh la ade kapet pasal kalau bashah hapak lah baunya. camtu gak ngan dapo. tapi kalau pesen lama punya rumah ada yg berkapet ..huh jenuh la mandi ala kepit gitu punya la tanak air mercik kuar kena kapet. takde kebebasan dalam bermandi manda. sebut pasal mandi .. org puteh jarang mandi sbb tu gg kuning..haha eh ape kena mengena mandi ngan gg. gg kuning tu sebab minum arak lah. jarang mandi sebab udara yang sejuk kering kalau kerap mandi akan mengeringkan lagi kulit rasa bersisik. boleh jadik ikan duyung..caya tak.. bagus kalo tak caya. kiranya mereka ni mcm ANTI AIR la.. sungguh anti air.. sbb tu toilet hanya 1. rumah pesen baru dgn develepor baru baru la jumpa toilet lebih dr satu sbb jaman skang dorang dh tak anti air. ye laa air bersifat sejuk menbedi kan.. tu yg tak suka tak suka.. agaknya laaa

bila tempat2 yg xde karpet ni mula laa terjengket jengket kaki aku nak jalan. soooo kena la pakai ala ala orang pantang kan. bukan pakai pilis, makan jamu tu ..bukan bukan.. aku pakai STOKIN 24 hours tahu.. kalau kat Mesia sure rimas tak bebas kaki tu rasa terkurung. kat sini best pulak pakai sock tau. rasa warm je. tu la beza nya dok negara panas ngan negara sejuk. Puteri pon tahu dah.. kalau lepas mandi dia lak yg mintak pakai 'shoccskkk.. shocckkk'. kalau dia, aku suka pakai kan dia tight (mcm skali ngan sluar tu) kalau dia pakai skirt laa..

kalau kaki sejuk boleh kebas dan kejang sapa tak tahan menderita laa sampai tak boleh masak.. eh boleh kan kebas kaki tak boleh masak ada kaitan kan kan kan..


cantek tak kasut aku yg gebus itew.. beshh woo pakai kat sini WARM je. kalau kat Mesia ni jumpa tepi jalan pon tak kutip kan. nak buat hape kalo amek pon. bukan leh pakai panas..

tapi kasut ni pon pakai time pertengahan autumn, winter hingga early spring.. summer kaluu aku pon baling gak dlm lemari..

harga kasut 50p (RM2.50) ..geram tak ?? hehehe

adiosss...

Tuesday 28 September 2010

Mata Ikan

Salam,

sejak Sabtu hingga saat ini aku telah di datangi penyakit .. penyakit kecil tapi amat menyengat, amat sakit, ngilu. Ia juga telah menarik selera makan aku. menarik perhatian otak aku ke rasa sakit itu. sudah la Ahad (26/9/2010) ada Jamuan Aidilfitri acara dipenuhi makan, makan dan makan serta makan. tak dapat nak makan dengan penuh kepuasan dan kekhuyukkan walau perut kenyang rase dah nak meletups.

Jangan kata makan nak bercakap pon yg penting2 aje. tu sebab aku tak banyak borak2 ngan kawan Jamuan Aidilfitri ritu. tapi kalu dh dapat cakap tak leh berenti sebab kalau berenti nak start balik cakap ia akan sakit . GELAK boleh. eh betul boleh pulak. mungkin streching bibir bersifat vertical nyebab gelak tak brapa sakit. ntah apa2 ntah.

pernah kah kamu dengar word mata ikan itu. ?? itu bahasa mak aku lah. aku tak tahu kalau org lain pakai. kalau bahasa yg agak moden dan bersifat medical prescription di english kan ianya di sebut ULSER. kenapa mata ikan yeh? ntah agaknya ia berbentuk mata ikan di dalam mulut .. dibibir bawah bahagian dalam. memang tempat laluan makanan masuk dan kalau mengunyah makanan pasti akan terkena dan akan lalui kawasan itu.. fuhh pedih perit dan ngilu hingga tak terungkap ngan kata kata. hingga nak gosok gg pon akan terkena berus gg. maka nya aku dh 2 hari tak gosok gg. jgn beritahu sesiapa. kalau nk ckp mulut seperti tak mahu buka sebab 1 tak gosok gg sebab 2 mata ikan .. haha

tak boleh makan makanan bersifat panas, air panas, nasi panas, lauk panas, tak boleh juga menjamah makanan bersifat pedas sambal belacan sambal kicap sambal air asam. yang kesemua tersebut adalah peberet aku. betapa deritanya hidup aku kini kerana nikmat makan telah ditarik dalam beberapa hari ini. dasyat sungguh ujian Allah ini.

aku dh cuba melakukan sesi penyembuhan perubatan secara moden dan tradisional tapi hasil :( sedih dapat sakit pun dapat, pernah tak keluar airmata tanpa bersedih. Ini lah masanya. taruk ubat Bonjela sangat pedih hingga meleleh airmata tanpa ada perasaan sedih tapi hanya sakit. last choice aku taruk garam secubit juga hasil hampa. huwaaaaa .. memang nangis sungguh nangis. mata ikan tu tetap degil nak berada kat situ jugak.

bila kan derita sementara ini akan berakhir. bila sedang derita kepedihan melalui sakit ini mood memasak turut sama sakit. haihhh aku sedang sakit mane bleh makan sedap2 tak aci lah kan. nak marah anak pon bersifat sopan dan mulus gitu. aduhh sangat berpura pura. tidaakkk.. anak langsung tak dengar. ape mama cakap ni ??
bibir jugak jadik kering nak pakai lipstik pown sakit. kena pakai lipstik dengan berhemah sekali.

air liur lak mcm nak tumpah ke bumi haruskah aku pakai bib utk menepis air liur yg nak jatuh itu .. arhhh sungguh kebaby'an tak sesuaiiii..nak menguap sebab ngantuk pon perit. konsentrasi otak dh tak terkawal .. otak banyak memikir sakit hingga berdesing rasanya. Nak mencium anak pon tidak terlalu berperasaan kasih sayang sebab sakit ini mendominasi kan perasaan itu.

kalau korang pembaca ada pe'tua atau pe'muda nak bagi utk hapuskan kesan degil mata ikan ini sila lah yea.

aku sedang sakit mata ikan tapi jari jemari tidak sakit tu yg dpt naip tu.. maceh lah dengar kesengsaraan dan penderitaan ini. sekurang kurangnya dapat mengurangkan kesakitan dengan tidak bercakap hanya menaip .. ye kan..

Monday 27 September 2010

Car Boot Sale

Salam,

sambungan dari citer entry yg lepas.. suda lah balik dari Trafalgar Square dan berpeleseran tgok view London Eye dan Big Ben dah jauh malam masing2 kepenatan terus sume pengsan. Besok plak (25 Sept. 2010) nak ke Carboot lak ..huyooo kaki kalo boleh mengomplen dah lama dia menjerit jerit mintak berehatt.. apakan daya kuasa nk berjalan tuan dia lagi tinggi dari jeritan sakit kaki tu.. haha.. kalo tak plan nak pegi Merdeka Celebration tapii si Wieda beriya ajak g CBS (Carboot Sale) sbb takut sgt nx next week takde lagi sbb nk masuk winter dah. dorang blom prepare baju2 tebal kalis peluru eh tak la peluru kalis sejuk je. buat muka seposen sooo aku tukar plan pegi la bawak dorang the bujang geng pegi carboor .. maka aku jadik ketua rombongan cik kiah ke CBS. woiii kena caj ni. hehe takpe la akak pon nk soping gak. dorang pon lom penah pegi CBS lagi. kesian laaaa.

pegi CBS ni dh macam addict tau. lebih2 lagi kalo dapat apa kita nak dengan harga 50p hingga £1 jek.. tak ke GILE..betol wooo tak tipu punya.

meh aku citer.. sooo pagi tu lepas masak nasik lemak. ye laa ade tetamu kan kena la hidang makan2 dulu kan be4 dorang balik tambah lak kitorang punya jadual memang sabtu menu nasik lemak. tak kira la ada tetamu ke tak. sebab nak ke CBS kang takde dah makan2 ni kena concentrate kat soping hahaha punya la sampai camtu skali. takde la kang nak carik makan halal kang mula menggagau maka kena isi tangki penuh dulu.

janji le dgn geng bujang seramai 7 orang termasuk kitorang 9 orang haaaa kan betol mcm rombongan cik kiah. tapi nama kena tuko la kan Cik Pidah.. kehkehkeh.. sampai jek kat CBS kitorang terus berpecah .. ye loooo aku punya aim baju kanak2 dorang punya aim baju remaja2 mane bleh seiring dan sejalan ewah mcm lagu lak.

lepas aku rembat baju2 T-Shirt Long Sleeve Puteri harga 3 helai £1.. jalan depan skit .. jumpa minah saleh ni offer Women Blazer ehh £1 rembat la 2 helai .. sapa tanak memang gila la kan. walaupon position kat opis takde la kena kan aku pakai blazer tapi sebab geram punya pasal rembat jugak. mana lah tahu boleh bagi kat sedara mara, kawan2 kan. heiiii ingat barang kat CBS takde quality ke ? brand? yuhuuuuu brand Mark n Spenser ok .. semua brand kat kedai glamor tahu. cuma 2nd hand la. tapi still in very very good condition . mcm takde cacat cela la. omputeh ni hebat betul bab menjaga barang atau baju tak kira dari baju baby sampai la baju org dewasa memang still nampak cantik dan baru. kena pandai pilih jugak la kalo ko dh nampak mcm buruk tu jalan la laju skit takyah la pura2 belek lagi.. tu pon nak ajo ke.. haha.

kalau baju baby tu yang kagum tu kalau baju putih tu seputih putihnya heran betul anak dia makan mcm tak tumpah langsung kat baju yek. punya la tekun jaga anak sampai cenggitu skali. mainan pon mcm tu gak. jual mcm elok lagi mcm anak dia tak main langsung. kalau dpt kat anak aku berderai sana sini. huh !

meh la dengar pengakuan ikhlas aku nih.. sejak datang UK ni memang tak penah lagi beli baju anak kat kedai. kalau ade pon 1-2 helai jeans Hakim Hazim (sbb susah nk dpt saiz dorang kat CBS) dari sock, tight, sluar, skirt, dress, t-shirt, jumpers, topi, kasut, glove pendek kata semua lah. JIMAT kan ..

tapi sebab kami ni xde keta, nak beli barang berlori payah la kan hanya ade jentolak stroller Puteri je la yg menjadi harapan. sangkut sana sangkit sini then tolak kurang la beban nak menghangkut kulu kilir. pernah 1 ketika tu ade org jual speaker besr £2 dan bantal tak ingat harga. punya lah nk beli sangat last2 Puteri kena jalan kaki barang2 naik atas stroller.. huahuahua.. bertukarrrrr..
tu la kena beringat ingat beli sampai mana terlarat dek stroller menolak aje lah. jadiknya kdg2 TERtiap minggu menjengah diri kat CBS tu .

cuma nya... kdg2 nk carik saiz yg kita nak tu payah la skit. tak semua barang yg kita nak tu ada. penjual lak tak sama setiap minggu. kdg2 minggu ni ade minggu depan dh takde.

nasihat aku jgn beli kat trading; mereka jual brg yg sama dan kuantiti banyak serta selalunya baru. selalu Booth Pakistan la. mereka akan jual mahal laaa...

tgok tuu aku sedang milih Blazer baju yg nk beli... untuk minggu lepas jek aku dah beli LAPAN helai blazer yg setiap satu harga £1.. amacam !!! nak datang UK .. SILAKANNNN..

ni la citer soping sakan golongan bawahan macam kami .. sekian (harap telan air liur yea)

Sunday 26 September 2010

Malaysian Night - Trafalgar Square

24/9/2010 - pagi tu husband Kak Izan nak pegi jalan2 ke London sooo ape lagi DC la jadik tourist guard nya. aku ?? aku nak pegi jugakk.. bukan ape sangat, saje je nak tenguk cemana la suasana Malaysian Night kat Trafalgar Square tapi tak boleh pegi..huh !.. sebab anak2 kan blom balik skolah lagi ..harus la muncung ... DC pown bagi cadangan nanti dia akan balik awal then dia bawak aku pulak dgn anak2. maka boleh senyum...

be4 pegi tu dengar org citer suasana mcm pasar malam kat M'sia. tapi yg ni mereka kumpulkan semua restoren2 citarasa Malaysia kat London ni akan bukak gerai booth makanan termasuk brg2 makanan buatan M'sia dan bercitarasa M'sia. untuk orang yg dh lama tak balik macam aku ni mungkin sesuai kot. kot2 ade le makanan yg tak boleh aku buat dengan tulang 18 kerat ni. boleh la ku rasa kedeliciousan nya kan. kiranya macam malam itu adalah MALAM MALAYSIA DI LONDON.

lepas anak2 balik skolah. rushing tukar baju, rushing makan alas perut, rushing minum teh, rushing bersiap then aku lak rushing masak utk tetamu dan DC yg akan balik jap lagi. janji pukul 4.. sekali dh 4 lebey pown lom sampai.. hukhukhuk hati sudah macam tanak kluar bunga. anak2 siap, mama siap, bekalan siap, nasik dan lauk dh siap. sedang elok je aku tengah makan DC n husband Kak Izan serta rombongan anak2 pon pulang. bunga yg tadi tanak keluar dah kembang.. hihi. DC rushing makan, solat, rushing toilet maka kluar pulak kami sekeluarga bersama keluarga bujang dh tunggu kat Tube Station.


korang rakyat M'sia kena rasa bangga tau mat saleh sini suka dengan M;sia sebab sesampai nya kami kat sanun ramai warga negara asing termasuk warga British memenuhi ruang di sana sini. kitorang and the bujengs geng berlepakan di Trafalgar Square bersnap sana snap sini hingga malam. petang tu round dulu cari makan pelik2 yg nak di sambar sebagai santapan. semua ruang depan gerai FULL seFULL nya. bila kitorang dh jumpa port baikkk punya dekattt ngan toilet. sbb anak2 senang nk g toilet kerna sejuk berangin brrrrrrrr.. dan utk berwudu' . DC pon meriki2 makanan sementara aku sebagai penjaga port dan mengawal anak2 main. kiranya malam tu kitorang full swing pecah record berada di luar tanpa ada tempat tertutup.

mula2 rasa mcm kebal la diri ni lelama bila dh masuk malam tu rase sejuk menyengat. mungkin baju kami tak ckup tebal. tapi anak2 memang kebal tetap maintain walau sejuk bedi. aktif mcm musim panas aje dorang ni ..haihh heran aku. mungkin dh adapt gaknya.

setelah sejam beratoo.. DC bwak rojak pasembo.. OK la not bad. dgn harga £3 utk 1 bekas.. phewwww.. mahai nak gile. skit lagi akan gile sbb aku suka congak congak dgn beli bahan £6 (sbb beli 2 bekas) dapat makan 1 femli. mak aihhhh.. mencekik leher betol dorang ni .. ni laa sekali je.. 2nd trip tu nk carik mee goreng mamak hampir sejam brato makanan pon habishhhh.. cis.. dapat ayam goreng jek.. dlm hati kata aku goreng pon sedap gak. tak leh kata kuat2 hehehe..

tengah lepaks2 tu terjumpa Aidi geng Brunnel. snap sana sini lagi. then dh pukul 9 malam baru dorang ajak nak pegi bergambar view London Eye dan Big Ben. sooo kami pown dgn lalalalallalal pon pegi..

waaaaa terjakun la kejap utk kami2 yg tak penah kuar malam sebegitu lewat berpeleseran di Kota London bila melihat view diwaktu malam yg asyikk.. gemerlapan lampu sana sini. meroyan gak laa amik gamba.


overall nya..night market tak de le best mana pong.. tengok performance tarian2 melayu kann.. zapin inang chak pong gamelan silat byak lagi laahh.. kat stage pon OK gak la. TAPI bab tenguk view London waktu malam memang SANGAT BEST..

lepas berpeleseran tu kitorang pown pulang. 10.30 malam baru nak gerak balik. naik Tube Circle Line, tukar Metropolitan Line hampir 12 malam sampai Uxbridge. jalan kaki lagi nak sampaikan ke rumah pukul 12 lebih baru sampai rumah.. anak2 pon dh merengek sana sini mungkin sebab sejuk. kesian kamu. besok pagi plan ke CBS pulak..ayokkkk marathon berjalan sakan.

sampai umah jee sedang elok jek tetamu (Kak Izan n femli) pon baru sampai dari pegi jalan ke Surrey rumah kawan dorang. ehhh serentak pulak sampai yea..

Tetamu Scotland 2

Salam,

alowwww blog, aku lembali membawa citer2 yg dh masam laa kalau nasik kalau cerita blom boleh kata lagenda lagi.. alaa baru 3 hari seakan berbizibizian dgn guest.. dok London kena sebut guest looo..
kalo ikut terkini latest dan current ni aku baru balik dari Jamuan Hari Raya kat Brunnel Uni. perut tengah kenyang rasa macam nak meletup dan mahu terburai usus bersama isi perut.. ibarat aje.. memang kenyang sampai tegang mcm ngandong 9 bulan 15 hari (lebih ari) tu yg rase mcm tengang. haippp jgn ingat pape lak yeee. KOSONG..ok citer jamuan raya dn sewaktu dgnnya kemudian la yek. aku kena citer stori yg dh masam yeh.

23/9/2010 - 25/9/2010

mcm biasa rumah ini berterbangan rama rama. sebab org tua kata kalau ada rama2 maksudnya memang tetamu nk dtg tapiiiii stakat dok sini tak jumpa lagi rama2 yg menawan lah. tapi kali ni rama2 tak datang tetamu sebenar yg datang. pagi2 tu kami ade kawan punya kawan bertandang. sebab wife nya ada coloqium kat Brunnel Uni. soo kami paling dekat dan bilik memang kosong. rezeki kami jugak le tu.

yang menariknya aku nak citer pasal Kak Izan ni .. dia ada LIMA tahu LIMA ... 5 ape.. LIMA anak ..dia lak sedang buat Phd in Law and Management. fuhhhhh .. yang lebihhhh menarik lagi dalam LIMA tu EMPATTT daripadanya LELAKI tau LELAKI atau boy atau sons. MasyaAllah.. aku selalu cerita kesibukan aku menjaga 3 boys and 1 gurl aku ni sedang kan dia ada 4 lelaki dan 1 perempuan. SURE sangat sibuk sangat bizi sangat tak menang tangan... huhhhhh....kalau ade peluh yg menitik kat sini memang dh kena lap keringat kat dari. tak mudah tau bukan senang nak menjaga maintain anak lelaki yang ramai, sedang buat Phd, tinggal di UK (scotland) . tak mudah. sangat respect dan tabik springgggg.. pada yg kat luar sana yg baru anak 1 @ 2 tu yg dh ngeluh mcm2 renti kan lahhh...

umo anak2 dia 9, 7, 5,4, 2.. agak rapat jugak tu. ank yg kecik tu masih nyusu cap jantung (susuibu.com). kak Izan pulak kena pegi present paper dia kat Brunnel. Anak2 dia tinggal ngan husband dia. Bila husband dia pegi hantar Kak Izan pegi Brunnel, mereka tinggalkan anak2 dia dgn aku. mula2 tu mcm takot gak ye loo sbb 4 lelaki akan berbuas buasan dan beraktif aktifan kan rumah. rupanya TIDAK.. memang TIDAK.. mereka well behave. Kakak yg sulung tolong tengok jaga adik yg kecil skali tu. dan yang lain2 main mainan yg ada dengan aman damai dan permai. sesekali terdengar jugak dorang berkelahi kecil tapi mcm kejap je lepas aku tegur OK dah. mmg mcm tak KETERLALUAN aktif mcm anak2 aku. aku rasa anak2 aku extreamly active berbanding dgn mereka yg ramai. mungkin sebab papa mereka serius dan menekankan disiplin yg kuat kat rumah. bila papa dorang balik dari hantar mama dari Brunnel, mereka jugak maintain well behave. main biasa2 tidak memanjat2 tidak berperang perang, tidak jugak melompat lompat berlari lari dan berbalingan mainan.

petang tu lepas DC balik dari Brunnel (sbb appointment dgn supervisor) dorang kuar la pegi Town Centre, playground. bila dorang balik jek. tgok2 anak2 aku pon dah balik skolah. maka beramai ramai lah kanak kanak di rumah ala ala nursery kindergarten.. Hakim Hazim Hariz pulak mengajak la dorang berpasukan membingit kan suasana. berlari lari keratas kebawah.. hayookkkk tu laaa. kalau dh jumpa geng sesama boboyss cenggitu le..

kelakuan anak kak Izan memang sopan. sopan santun cakap pon mcm tersusun lembut je. tak dengar pon mereka terjerit jeritan mungkin mama dan papa dia mcm tu atau sebab takut kat papa dia .. tak tahulah yg mana satu ??? Papa mereka pulak mcm relekss je cool je orangnya walau pon anak dia ramai panggil sekali dh dengar kata. yg best tu yg no 4 Hafid nama dia .. suka mengemas. ini betul2 mengemas tidy up all the toys yg dorang dh main masuk dlm kotak sampai clear sume. kagum aku nenguk nya. bagus betul.

bila kak Izan balik aku tanya dia cemana dia train anak2 boleh sebegitu well behave skali. dia cerita kalau di rumah memang dia dan suami sama2 akan suruh dorang kemas rumah dan membuat keja rumah yg lain. papa mereka tegas dan serius. Kak Izan ada gak tenguk DC tu rapat ngan anak2 dan rajin layan anak2. dia pulak yg kagum tengok. eh..!


Monday 20 September 2010

Kembali sunyi

Salam,

sejak 14 sept hingga pagi tadi (20 sept) rumah ini kedengaran riuh rendah dgn suara2 anak2 dara dan bujang pendiam. tapi hari ini (pagi tadi) mereka dah masuk hostel ke bilik masing2. masa mereka ada ahhh aku mcm berjiwa remaja terimbas imbas kenangan masa mula2 sampai sini. cam mereka jugak lah gayanya. jenuh mikir ape keperluan untuk rumah makanan bajuan semua lah. seronok jugak melayan dorang tanya beli apa brape harga.. hahah macam mak mak dorang lak nyibuk lebeh.

mula2 tu mcm control2 gak lah ala sopan dibuat.. tapi bila masuk hari ke 3, 4, 5... aku mula berperangai mcm dorang. dah lama tak buat lawak sampai org gelak sakit perut. kali mcm berjaya. bukan sengaja nak buat klaka ntah nape dorang ketawa bagai nak gila. aku ngan mereka mcm kakak kakak aje. tgok dorang tu mcm bercakap ngan SUPI. samalah perangai mcm Supi tu. gelak sana gelak sini .. join dorang gosip2.. padahal tak kenal pon sape yg diceritakan.. just join the teen's club. rasa remaja aku.. haha.. baru sedar rupanya skang aku sudah tidak remaja remaja lagi aku dah mak mak orang dah. kena sopan santun perangai ala2 dewasa.. tapi penat jugak buat camtu. kdg2 control laaa .. tapi lebih selesa dgn perwatakan slumber.. tak boleh laa nak bersopan sopanan, berlemah lembutan. mcm berlakon lakon lak. just nk jadik diri sendiri tak pura2.

seronok dengar ciritera dorang tentang boypren2, admire2, dengar mereka bercerita tentang apa saja.aku tak kisah boleh masuk line punya. even borak dgn nenek2 yg dh tua pon boleh aje masuk line. kena ikut rentak mereka. kena masuk dlm jiwa mereka. kena pelakuan jugak mcm mereka. kan best kan.. ngan anak2 pon mcm tu jgak. kena berjiwa mereka baru lah sehati sejiwa...

ni la mereka.. gamba ni masa OTW nak balik dari jamuan raya kat Hostel MARA London. Hariz suka dengan abang Byron. dtg ngengada nak berdukung lak tu.. haishhh abang Byron ni manjakan sangat. Hariz bukan ringan tau..

tengok lah tu aksi2 senget kakak2 ... Puteri pon join sama..Puteri pon suka sbb dia mcm ada kawan..erkk?? adakah mereka ngan Puteri sebaya.. haha ye kot.. dari kiri ; kakak Wida, kakak Izni dan kakak Fatin

KINI aku kembali bersunyi sunyian di rumah. mereka dh selamat memulakan kehidupan sebagai Students Brunnel Uni. .. mereka telah berdikari.....

tu la kan hidup pun tak selalu indah. mcm roller coster...

Food Fayre @ Brunnel Uni.



Salam,

16 Sept 2010 (Khamis) - ni kiranya story back dated laaa..ada event Food Fayre kat Brunnel Uni. sempena new intake student international nak memperkenalkan negara melalui makanan dan pakaian la pendek citer..

gamba kat bawah ni booth Malaysia.. ada byak lagi booth tapi negara lain la kan.


aku duduk kat UK ni pon bukan nya hari2 jumpa org Malaysia kan.. soooo bila ade event2 camni kena lah pegi campur orang. kitorang bawakla makanan yg tredmark M'sia bagi dorang rasa cemana makanan M'sia.. aku?? aku bawak cekodok pisang laa mcm aku citer kat entry yg lepas.hahha.. sempoi kan. tu pon mcm terpelik pelik jek muka dorang makan. klaka jugak..

member2 lain ade yg bawak kueh .... buah melaka, bingka pandan, karipap, nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, bihun goreng. bukan stakat student international ajek yg enjoy. kami2 yg M'sia ni pon enjoy jugak membalun..huhu..best best..part nak terangkan apa ingredient dlm makanan tu erkk mcm pening. walaupon kengkadang berkerut jugak dahi mereka dengar nama bahan kan. kalo kat m'sia takde lah heran sangat sebab nama2 bhn2 mcm slalu dengar.. sini pulak semua bahan nak kena translate english.. sudahnya jadi terpikir2 apa lah bahan yg digunakan yeh.. bagi contoh 1 laaa.. cekodok bilis.. bilis apa yaaa?? dried anchovy.. pelik gak nak nyebut. tapi kalo dh lama kat sini kedengaran normal .. masa memula datang nak translate garam pon boleh lupa..hahaha... bab nasik impit lak cemana?? cuba korang try.. adakah.. rice square..atau rice cube atau hard and soft rice..heheh..tu blom part lagi susah ..ingredient dalam rendang..:)

penah jugak beli SERAI kat tesco.. cashier tu ntah org turkey atau arab ntah.. berkerut dahi tanya aku macmana masak 'lemon grass' (bukan rumput limau tau). dia mcm ingat kami makan gigit2 serai tu gaknya.. hahaha.. bila aku ckp tak makan just nk dptkan rasa serta bau.. dia lagi kerut dahi.. kesian dia. sure tak tido malam mikir cemana nak makan serai tuu..

part lain pulak slalu confius rempah ratus.. nama jintan manis, bunga lawang, jintan putih, biji pelaga.. siap study dulu kat internet. nak tahu nama dlm english punya pasal. lps tu tengok kat botol2 tesco kalau biasa nampak rempah tu kat m'sia bole laa amik .. kalo tak baca aje lah nama dia yg pelik2 itu..

anak2 lak sebut KETCHUP tu .. sos tomato ikut stail org sini la kan.. tiba tang aku tanya nak kicap atau sos tomato?? konfius budak2 nieh.. mama lak sebut ketchup tu maksud kicap kipas udang dorang lak ingat sos tomato.. pening nya la hai mula2 dh lama2 tu dh biasa..

apa2 pon pengalaman mengajar erti kedewasaan .. falsafah skit..hehe

skian dulu diary back dated aku..

Saturday 18 September 2010

Marathon Parcel

Salam,

sepanjang minggu ni lepas2 Raya ni rse cm gumbira lah gumbira amatss.. berbunga bunga hati ewahhh bukan stakat bunga jek.. siap daun akar batang .. eh lebey2 lak ..maksud gumbira yg luas lahh..


sebab... terima parcel atau bahasa pendalaman skit 'bungusan' fr M'sia.. 1st dari Nenek.. Nenek angkat anak2 aku.. nenek Rohana.. (nama dia) memula terkejut jugak ingatkan Puteri ada peminat misteri hehehehee..


skali bukak tengok dalam waaaaaaaaaaaaa senyum sampai telinga.. jom tengokk apa ada isi dalam..

taraaaaaa....


best lah best best sangat2.. walaupon berjaya membikin Puteri punya baju kurung mase raya aritu. tapi dapat jugak baju kurung yg proper tanpa cacat cela. airmata rase mcm nak tumpah ke bumi tengok baju kurung tu pas2 suruh Puteri try cuba test tergelek sana terpusing sini.. wahhh mana tak berbunga hati ke'mama'an aku nih.. aduh..

yg 2nd lak dapat bungkusan dr M'sia jugak..tapi bukan pos.. kirim dari Kak ANI (mekasih kak.. moga Allah limpahkan rezeki buat akak sekeluarga) .. jom jom tengok..hheheh


yg tak leh tahan tudung tu.. hahaha.. tengok orang M'sia bergaya ngan tudung2 ala ekin la, ala2 ct la.. wah bikin jelos wooo.. berdarah jantung. yelaaa.. kamu kena paham..sini UK tau UK tau..United Kingdon di London lak tu .. hukhukhuk mana lah ade jual tepi2 jalan tudung ala2 nutup aurat nieh.. sedeyyy.. ade gak laa yg mcm scarff.. yg pendek tu. tak nak tak nak nak mcm keras2 instant tu .. kira yg latest la kan. nak jugak ikut tren..hakhakhak..



ni pulak berciri makanan ... sambal goreng campur2 (kacang, bilis, tempe) euwww.. sedap kemain.. bungkus silver tu kopi kluang, pack yg clear tuuu tak kenalllll dia lah si udang kering..

tapiiiii alamakkkkkkk tudung2 yg indah itew telah berBAU Udang Kering..huh !!! jgn risau ia tak menghalang aku utk menggaya kan tudung tu.. hahaha.. bau udang kering pon baulah..


opssss tertinggal satu.. cik bunga kantan. oleh kerna SUSAH AMATSS nak dptkan cik bunga ni.. so aku import lah dari m'sia.. mcm sayang nak guna..


malam2 yg aku terima parcel tu.. TIDUR DALAM SENYUMMMM :) :) :) :)....



Thursday 16 September 2010

Duvet oh dovet

Salam,

sekarang ni tengahari sepatutnya aku sedang memasak untuk santapan tengahari .. huahuahua.. seperti tersusun gitu ayat bukan.. sedang hidup di sini tidak lah sangat tersusun .. pendek dan panjang kata ikut suka ajek..

betul laa sepatutnya aku masak2 tapi mcm xde org nak makan. aku sdg santai2 temankan Puteri nenguk katun dia lah nk bagi diam kalau aku tgok channel aku dia lak boring mula lah mengemas. Apsal xde orang kat rumah ni.. 2 hari lepas kata ada tetamu. owhhhh bujeng2 tersebut kena pegi orientasi kat brunnel uni. DC pulak ikut Hakim pegi lawatan ke mana tah.. saja laa jadik parents pengiring. nak masak awal2 utk dorang pon bukan bleh terus makan. nnti dah sejuk tak sedap kan. kat sini xleh makan terbiar atas meja.. sejuk bedi ok.. mcm kuar fr peti ais padahal tak letak peti ais pown..

chocha skang ni macam mendayu dayu sujuk gitu .. katil melambai lambai.. duvet memanggil manggil mesra.. wahhhh sangat indah dan hanyut kalau tidurrr.. eh tahu tak duvet tu ape.?? memula ms sampai UK dulu org citer duvet emmmm diam jek. sbb tak paham.. kahkah kampung btol aku. rhopenya alahai kalau kat Mesia senang citer TOTO yg buat alas tidow tu lahh.. haha M'sia tak pakai TOTO tu buat selimut ok .. sini kena pakai duvet sebijiklah mcm toto tu. berat dan yg penting WARM. urhhgghhhh dh masuk dlm duvet nak kluar tu mcm ketat je.. tak leh layan sgt2 kalu tak hanyut laa.. skang ni hingga winter dan early spring nanti duvet tu akan berada dekat living. anak2 nk tgok tv tipikal m'sia baring kan. soo otomatik tarik duvet. sejuk kaki kan. ahah mama pon kengkadang join 2 kaki..

duvet ni lak byk jenis brand dan berskala. dlm kiraa TOG. semakin sikit jumlah TOG maka nipis lah duvet tu. tinggi skala duvet tebal dan ikut kesesuaian cuaca. payah jugak lah bila 4 cuaca ni kan. rumah ni ade 3 duvet yg bleh pakai 3 cuaca autumn, winter, spring. ade 1 duvet yg boleh pakai winter sahaja sebab sangat tebal sangat warm dan sangat berat.. serius sangat best bila winter. duvet tu 15 - 16 TOG. memang utk winter. kalau summer plak rasa macam nak tendang semua duvet ni tergolek jatuh bwak katil. kalau cuaca lain tercarik dlm tutup mata duvet yg jatuh .. (aku le tu). 2 helai lg duvet saiz bujeng. banyak kan duvet kat rumah ni. sebb byk terima tetamu soo kesian kat tetamu kesejukkan memalam kan. soo semua skali 6 helai duvet. short story nya bantal takde takpe.. asalkan jangan duvet takde.. boleh kejang otot..

duvet cover lak lain citer. setiap duvet kena la bercover. ye lorr.. suma duvet kaler putih salju jugak. silap sikit koto senang nampak. dah beli duvet cover kena set skali ngan pillow cover kan kan..

eh eh ingat senang ke jadi isteri ni. nak pilih corak kaler sarung duvet pown susah tahu. susah.

takyah la gamba yea.. bayangkan yg dlm catalog jual comforter tu sudah laa hakhakhak..

ok la nak prepare cekodok pisang sempena FOOD FAYRE kat Brunnel Uni. petang ni. nak bagi mamat minat omputeh ni makan cekodok pisang.. penerangan dia BANANA BALL.. wah western sungguh bunyiknya kan kan . kita panggil cekodok pisang mcm kampung no je bunyi nya.. lepas ni sape2 nak mintak mak korang buat cekodok pisang cakap la nak Banana Ball.. mau kena penampo...

mintak diri dulu..

Tuesday 14 September 2010

Jiranku Wardenku

Salam,

cemana nak mulakan citer pon tak tahu.. cam ni citer nya..petang 13 Sept 2010 tu DC pesan suruh aku amik Hakim dan Hazim balik skolah. mcm biasa pukul 3.20 pm. sebab dia nak pegi Town Centre beli ayam daging sume aku nak masak pasai new student m;sian nak masuk brunnel uni. akan bermalam kat rumah kami. tak pea la kan aku pon relek2 je la. utk new year anak2 school ni baru first time nak amik mereka balik fr school. tak sure sgt kat mana nak amik tapi dah boleh agak kat perkarangan depan skolah dorang je. cuma tak pasti row mana kelas Hakim row mana kelas Hazim. sebab Junior School kat Whitehall ni kena amik anak dekat perkarangan kawasan lapang depan skolah. kalau Infant School dulu amik kat pintu kelas. mudah.

petang tu mcm biasa la dah pukul 3.10 pm tu aku pon dh standby nak amik mereka sebab skolah blakang umah aje. tup tup tengok tengok Puteri baru je tertido macam nyenyak sangat. sayang sangat nak kejutkan dia. kalau kejut sure nangis n byak lak kerenah. Hariz pulak khusyuk tengok DVD kartun dia. aku pun mcm biasa malas nak bwak mereka utk amik abang2 dia. sooo ckp kat Hariz "Hariz tinggal kejap yeh.. mama nak pegi ambik abang2 kejap aje. tengok adik yea. kalau adik nangis Hariz kasik susu yea." dia jwp "ok mama" aku pon cepat2 la tinggal kan dorang dan berlari lari ke skolah utk ambil abang2. DC kata Hakim akan pulang pukul 4 sebab dia ada lawatan Mayor (ape tah) then aku pon plan nak amik Hazim aje.

sekali sampai sekolah loceng blom bunyi hujan mcm renyai2. student2 sume blom kluar. alamak aku dh risau. pesal lmbat sgt mereka ni kluar. aku pon masih terpacak kat perkarangan skolah lagi. aku diri betul2 kat tengah2 supaya Hazim boleh nampak aku dari jawoh. tunggu punya tungu punya tunggu .. eh aku rsa mcm lama pulak. aku dh gelisah. sekali dlm 10 min tu Hakim pulak datang dekat dengan aku. aikk Ayah kata awak balik pukul 4. dia slumber je jwb "entah.. sampai awal" aku pon OK je la kan xpea la amik la 2 skali gus senang. lps tu tunggu lagi 5 minit baru Hazim pulak dtg dekat dgn aku. trus aku tanya "nape lama sangat." dia kata "teacher ckp rainy day sbb tu keluar lambat" aiseyy adik tinggal kat rumah laa lama sangat mama risau ni. suruh dorang lari dulu dengar adik nangis ke tak?.. dari jauh Hakim n Hazim dh jerit ..MAMA!!! cepat adik ngan Hariz nangis!!!!..aduihaiii..

sekali aku mula gabra mengelabah berdebar debar berdetap detup jantung... sebab... JIRAN aku kat depan pintu rumah aku. sedang on the phone. aku mula panik tapi aku buat control aje. dia bising la bagitau "your child was crying since half and hour" erkkk.. aku pon buat muka mcm tak salah..aku jwb "OK OK OK I knew" phewwww... terus ckp melayu dgn Hakim Hazim suruh dorang masuk ikut tingkap blakang sebab takut Hakim Hazim ni tah pape lagi dia citer ngan mamat omputeh tu.

tengok tengok Puteri ngan Hariz terisak isak sedu sedan nangis kat tingkap bilik depan tu. adoiiii patut la jiran sampai kluar rumah. kuat rupanya korang ni nangis. dalam kalut kalut tu aku pulak memang tak bawak kunci rumah.. jenuh pujuk Hariz suruh bukak pintu. Hariz kata I can't reach it.. aku kata kat dia amik kerusi kat bilik panjat dan bukak pintu dr dalam ok Hariz. nasib la dia pandai buat ape yg aku kata. sengaja aku ckp melayu nak bagi mamat jiran tu tak paham. cepat2 suruh Hakim Hazim ke pintu depan balik utk masuk rumah. sebelum aku tutup pintu aku dengar la mamat omputeh ni mcm bagitau poskod kat somebody dlm phone dia tu.. alamaakkkk aku dah agak dah sure dia buat report nih.. adoyaiiii.. mengigil dah ni.. doa2 dlm hati cepat laa DC balik ..

tak lama lepaih tu DC pon balik.. aku pun crita la A to Z kat dia apa yg berlaku sekejap tadi. aku agak aje lah yg jiran aku ni dah buat report polis atau council ke hape tah aku tak dengar sangat tapi still risauu.. DC kata xpea cool aje. dia pon risau jugak. susah jugak dapat jiran yg sgt KEPOCHI..very very the corncern dan penyibuk.

2-3 minit lepas DC balik tu .. adoiii .. knok knok knok.. jenguk kat luar tingkap.. alamakkkkk POLIS datang !!! muka dah gabra try buat cool. DC kata biar abang yang jawab tak pea..DC pon bukak pintu .. 2 orang polis bagitau .. kami terima laporan dari jiran mengatakan mereka mendengar anak kamu menangis lama di dalam rumah. what happened??? DC pon cool ke jwp sebenarnya saya ada di rumah tadi cuma sy di toilet anak2 dibawah. cuba utk slamatkan diri dari dipersalahkan. sooo nampak polis tu percaya.. phewww.. tapi mereka tetap kena ambil laporan bertulis dan ambil semua data kami sekeluarga. siap masuk dlm rumah lagi nak tengok keaadaan sebenar. adehh cuak betul wooo..tapi polis tu takde la marah cuma dia kena prihatin dengan laporan dari penduduk sekitar. eiiiiii cepat sungguh tindakan meraka lah.. polis tu tanya mcm2 la. siap borak lagi dengan hakim hazim. tanya umur. lepas dia briefing tah ape2 tah. dia pon balik.

mase tu plak DC tengah tunggu Aidi dtg utk pegi Heathrow nak amik new student tu. nasib laa DC lom pegi lagi kalo tak terbeliat la aku nak jawab. Aidi pon pelik pesal dia col DC tak angkat tetiba polis 2 org kuar dr umah kami . haiii tak leh lagi laa tinggal korang utk amik abang2. seram la jugak.


selalu aku buat jgak mcm ni.. tapi tak penah pulak berlaku mcm peristiwa ni. mungkin sebab dia nangis KUAT dan kebetulan jiran tu duduk kat luar rumah gaknya. sooo sekarang ni tak boleh tinggal la .. angkut sume nak ambil abang2. adeiii letih laaaa.. 15 minit je tinggal bukan lama pon .. prihatin sungguh la orang kat sini lemas aku.. ada baik dan buruk juga kalau terlalu prihatin nieh..

memang macam WARDEN asrama betol la jiran aku nieh.. tensyen pon ade gak. tak payah la lebeh2.. buat kitowang lemas je tau.. omputeh sbelah umah ni hai dasat la. rumah bocor ke atap tercabut ke paip pecah ke manhole tersumbat ke dia yg sibuk la suruh betulkan la suruh report kat council la suruh tuan rumah datang betulkan la.. haishhhh sangat berperwatakan WARDEN asrama sungguh laaa.. gerrrrrrr.. warden asrama BMI pon tak cenggini tau..!

dia tu lelaki warga tua tak de kerja soo kerja dia tu laahh.. fenin pale laaaa..

k laaa.. tak yah la risau ok .. xde pape pon .. kecoh lebih.

Monday 13 September 2010

Tetamu M'sian Student

Salam,

hari ni 13/9 - aku berlungkus tumus buat preparation utk sambut kedatangan orang baru.. heiiiii ingat aku beranak ke?? pantang ckp org baru ingat beranak.. tak laa tak.. ini student. student Malaysia ke Brunnel Universiti. nak bermalam kat rumah ni. bujeng2 sume .. 3 pompuan 1 lelaki. harus lah prepare dorang punya tmpat tidow, makan2 sume kan. sure penat 14 jm dalam flight. tapi bujang2 ni rase nya xde le penat sgt berbanding dengan ibubapa beranak 4 mcm aku..

dorang selamat sampai pukul 6.30 ptg di rumah ni. kami paksa mereka supaya jangan tido. jgn ikut waktu m'sia. kena ikut waktu uk. kalau tak mengong pale. JET-LAG (btol ke eja nih). soo la ni baru la deme tidow.
rumah ni slalu terima tetamu .. harap harap murah diskaun lah rejeki kami yea.. aminnnn..

terkenang waktu memula sampai London. naik MAS mcm org kaya ..haha.. eh waktu kami dtg tu xde lagi AirAsia OK ..kena la jadik org kaya kejap naik MAS.. walau mahal gile tapi servis tiptop. makan xleh kata laaa..kejap2 makan kang kejap lagi makan lagi.. eh best lahh.. tapi LETIH tahap PHD laa sebab si tecit Puteri waktu tu baru 4 bulan setengah. kecik le sangat lagi.. adeh kena duduk dlm BASINET. ala bakul tergantung tu. mane le dia suka dok terkurung cenggitu. lemas gaknya. menangis le sepanjang perjalanan. ade le 3 jam je senyap sebab tido. yg lebihnya nangis. sampai bengkak muscle lengan aku dikejakan nya. nak berdukung kesana kemari. Allah sahaja yg tahu seksa nya aku waktu tu.. rase nak nangis tahu. tak berehat tak tido langsung. tambah pulak abang2 bertiga tu pon tak reti duduk diam. alahai. rase mcm nak suruh pilot tu tekan minyak laju skit supaya sampai cepat kat London .. boleh !
sampai2 jea Heathrow.. mamat2 yg cek paspot nasib le tak byak kerenah sebab dia pon kesian kat aku muka mcm nak terpisah dari pale. dengan anak2 yg over energy. sampai dia pon pelik tanya anak2 tak tired ke? mse tu dorang blur lagi mamat2 tu ckp omputeh. DC le tolong translet. urusan paspot dan kastam smooth je. Alhamdulillah. sbbnya mayB dorang mcm 'kesian' tgok kami merengkek rengkek bwak anak2 plus baby lagi kan. bagus gak yea. XTRA kesian. hehe
keluar dari Heathrow tu termanggu manggu la nunggu org yg nak sambut kami tak sampai2. ni sapa sambut sapa ni. gaknya kami yg sambut mereka tak.. owhh lupa kami dtg time betul2 tengah2 WINTER heavy. so maghrib pukul 4.30 pm .. kluar dh pukul 5.30 pm .. patutle mereka lambat sampai..
pak Lajif (Abg Razif Razak) dan Abg Ithnin bersama kak Lip yg jemput kami. rupa2 nya kami dtg tadi satu flight dgn Abg Khir yg pulang bercuti di M;sia.. lor tak kenal kan. oleh sbb kami ni ramai sooo kena pecah2 .. beg2 besar dan Hakim abg khir tolong bwakkan. Aku, Hazim, Hariz, Puteri naik keta Abg Ithnin. DC dan Abg Razif naik teksi. kesian tak pecah sana ni.. sebab RAMAI..
1st n 2nd day tu terpaksa tido kat Brunnel Lodge yang hentam mahal gile ..3rd hingga hari ke 10 kami sewa Travelodge Uxbridge.

next time aku citer pengalaman 10 hari di hotel xde bintang tu yea..

ok lah citer pasal tetamu skit je.. citer pasal aku yg lebey lebey.. hei mesti laa ni blog aku kena la maximakan citer pasal aku..thanks laa sebab terpaksa baca.

Sunday 12 September 2010

Tetamu Reading

Salam,

11 Sept - kebetulan kawan DC, SHAM fr Reading nak datang beraya dengan kami. soo alang2 dh ade org nak datang tu kita masyak2 laa ala2 raya gitu.. disebabkan 1st day raya dapo tak berasap maka aku telah asapkan dapo pd raya ke 2 ok la kan.. kira masih syawal kan.. Sham dah lama bermastautin kat sini plus minus 15 tahun katanya.. so jarang2 mereka sekuaga meraikan Aidilfitri yg sebenar. aku pon berbizi bizian la kat dapo.. pas2 ade gak member lain menyuarakan nk dtg rumah soo haruslah aku metambahkan kuantiti menu. tak berniat membuat OPEN HOUSE sbb living hall yg ciput kan. ni mcm acara makan2 mini lah kiranya. masak lah aku mcm MAK2. RendangDaging, Ayam Merah (peberet DC), Kuah Kcg, Set Lontong, Serawa Durian dan aneka kueh raya.

aku slalu je pesan dgn kawan2, kami ni sukar nak buat acara makan besar besaran tapi kalau ada yg nak datang menziarah dan tujuan kunjung mengunjung atau dtg sekadar nak borak2 tu aku alu alukan kedatangan. aiiii xkan nak buat makan2 sedap2 baru nak datang rumah kan. kalau tak buat makan makan pon aku pon masak juga. apa aku masak bole makan jugak kannn.. kadang2 kita ni salah tafsir .. datang rumah nak MAKAN atau nak ziarah ?
MAKA ... JEMPUTLAH KE RUMAH ..
mak aku selalu pesan "kalau ada org dtg mengejut ke rumah kena beri juga makan walau pon hanya telur dadar atau sardin"
sooo cemana ? boleh..

trend kat M'sia pulak kalu kat bandar kena ada Open House baru nak datang.. cuba tak buat Open House xde dtang punya.. btol tak? termasuk aku... sebab kami dua2 keja soo masa yg ada weekend jek.

sekarang aku full time housewife. bila2 boleh datang..


eh nak tahu tidak... Hakim Hazim Hariz dan Puteri dapat duit raya tauuuu... wah seronok gila dorang. aku mcm biasa awal2 lagi dah pesan. sini bukan mcm M'sia tahu.. no more money for Raya ok.. jangan mintak2..kalau mama dengar kamu mintak2 siap laa hadiah kat rumah nanti.. (dgn action membeliakkan mata dan jelingan tajam) hehe

ehhh tiba2 Uncle Sham dan Untie Lina bagi .. sorang dapat £7 tau.. tu pon dah banyakkk sangat dah tu.. dlm bentuk £ kan.. kena darab dgn 5 laa..
mereka sedih sebab raya kat sini takde duit raya.. soo kami ada jugak bagi, tu pon sorang £1. xleh byak2 tah pape mreka beli kang. Hakim selalu kata jom laa kita balik M'sia mama Raya kat M'sia besttt.. Hakimmm.. kalau lah M'sia tu dekat London saja.. dahh lamaaaaa kita balik nakk.. syahdu denga anak2 sedih raya kat sini. anak2 pon tak suka apatah lagi aku!

hari ni .. 12 Sept.. kami santai2 kat rumah aje.. sambil santap kueh raya.. mcm membayangkan makan kueh raya kat rumah orang laa padahal tak gerak pon rini..ngehngehngeh..


imbasan kalau di M'sia.. raya ke 2 atau ke 3 sure sedang kesana kemari ke rumah sedara mara aku ato DC .. ziarah sedara mara yg jarang2 jumpa kan.. jumpa2 jek eh ayat biasa"dah beso dah anak ko yea" hehe.. ayat lain skit "ramai dah anak ko" ayat bushyan skit "gemokknya ngko skang nih" ayat sedap telinga"kurus skang makan ubat ape?" hahaha.. mcm2 ayat kuar.. gelak2 borak2.. kalau bab makan... ayat femes mak aku "oii makan macam besok tak hidup lagi je" kehkehkeh.. maksodnya mcm xde tanda nk brenti makann.. puasa turun 5 kelo Raya naik 8 kilo.. hikhikhik..

sini ... takde ayat2 tu ... ayat kesian "masak apa?" ayat baik "solat raya kat mana?" tu je.. tu je laaa.. takkan nak tanya "brape bil letrik rumah ko?" tak sesuei ok ..

raya pertama aritu ..anak2..Hakim Hazim dan Hariz dah ponteng skolah nak celebrate Eid.. kesian jugak..dah bagitau kat teacher dorang.. teacher Hariz soh buat surat.. teacher Hakim n Hazim lak suruh col aje di pagi raya tu.. dah sibuk2 pegi solat raya, kesana kemari beraya terlupa nak tipon teacher.. besok aje lah bagitau lagi..
camni la hidup kat negara yg majoriti adalah kristian.. yg selebihnya takde pegangan pon ada..

k lah to be continue
2moro ...


Saturday 11 September 2010

Pagi Syawal

Salam,

10 Sept 2010 - ok nak aby abadaikan kan citer2 1 syawal 1431 kat negara bernama London ni. smalam kan aku dah upload gambo Puteri pakai baju kurung yang aku jahit pakai mesin TANGAN ok.. diulangi TANGAN.. sooo pakai la dia baju kurung homemade itew.. eceh mcm makanan homemade lak.. punya la tak penah pakai baju kurung sebab mai sini dulu udah le baby sangatsangat.. terlentokk lagi leher tak bape kuat sangat.. slalu dok pakai sluar sbb sini kan sujuk maka tak biasa la makai unsur fabric berbentuk kain.. sudah nya terkengkang kengkang lah dia berjalan sbb tak biasa. pas2 syeksya tgok dia makai kain ter sampai terselak nmpak peha. kesian pulak sooo baju kurung tu aku buat sesi shooting potograpi jek. habis sesi tu terus BERTUKA kpd skirt dan tight jeans.. takpe la asalkan dapat bergambo dgn baju kurung di pagi raya..

.: sopan di pagi syawal :.

.: sopan di pagi syawal II :.

.: rock di tengahari syawal :.

1st syawal tu dpt 3 jemputan open house atau makan makan..best lah.. segerombolan kluarga kami kulukilir membawa perut yg penuh .. dimulakn dengan perut yg kosong sekosong kosongnya.. breakfast kat rumah k.lip, Lunch rumah Aida dan Jai, Dinner kat rumah Yus dan Aidi..haaa hambekk ngko fully service baik kan dorang.. moga Allah s.w.t merahmati hidup kalian. itu pasal laa haku punya dapo tak berasap, tak bergas dan tak bernyala api di pagi 1 syawal..kehkehkeh.. menu?? tentu tentu lah menu raya tak sesuai makan goreng pisang waktu2 cenggitu kan..sanasini Nasi Impit, Lodeh, Rendang Daging/Ayam, Kuah Kacang... lain sket tema raya bbq ayam, nasi biryani, kek carot, kek coklat dan ada banyak lagi lupa dah pasal sume dah masyuk pewot.. SYABAS kat dorang sure tak tido malam nyiapkan menu2 raya kan.. tabik spring laaa..

part yg pelik skit kami pegi umah mereka2 tu naik bas dan ada yg jalan kaki.. maka tercengang cengang la omputeh kat Uxbridge ni tertengok tengok kan kami yg berbaju kurung, baju melayu tradisional yg dorang tak tahu pon apsal laa kami2 pakai baju pelik pelik ni.. kesian tgok dorang yg jakun.. eh dorang lak yg jakun .. slalu aku yg jakun keh keh keh..

Alhamdulillah cuaca awal Autum sepanjang hari Syawal disini tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk.. berangin jek. mudah jugak la kami nak berjalan jalan kesana kemari.. kan ...

ok la nak tidow pasal arini nine eleven aku letih dan tired ok .. nak membuai mimpi.. pasal apa letih dan tired ..??? nanti citer yeh.. besok pulak.. kalau aku citer rini kangesok takde citer nak aku karutkan.. kuikuikui..

maceh la layanzz buhsan bin boring aku yeaa.. see me nx n3.. b4 nak publish n3 ni nak jugak bagi ucapan Happy Eid Mubarak (ni ayat org London) Maaf la kalau ade karutan aku ni menganggu mental dan fizikal kamu sebab apa yg aku tulis semua pasal aku, prasaan aku, kishah aku, suami aku, anak sulong aku dan adik2 nya.. terlalu banyak nak citer pasal aku sampai xde masa yg ckup nak citer pasal kamu...ekekeekee...




Friday 10 September 2010

Malam Raya


Salam,

9 sept 2010 - ewahhh tajuk macam best gilek.. kalau ckp pasal malam raya seolahnya mcm terbayang la adegen sebok2 kat dapo prepare masak2 utk makan besok sebab besok raya.. sure bau2 rempah, bau2 santan, bau2 tumis2 kan kan kan tapiiiii adegen kat sini bertentangan dengan adegen yg aku sebut kat atas. sedey tak sedey kan.. ehh korang mana sedey sebab korang kat M'sia adegen best best.. tapi adegen aku tak bestt..

xtvt malam raya aku.. adalah jatuh kepada adegen buat sekut raya.. ade ke patut.. org len buat kueh raya last week ramadhan. aku lak buat kueh maratoon 4 jenis kueh skali hadapp hamik koo.. kematu punggong wooo seb bek DC udah prepare beli dapo portable bole le bersila kat dapo kalo tak abis urat sarap aku terbeliat.. maklom le udah byak urat putus sejak melahirkan 4 anak ni..hehe..

kueh ape..? alooo peberet DC lee rempeyek. pastu yg lain2 tu biskut ala2 cookies omputeh je laa budak2 suka makan kan. pasai apa yg aku gile pi buat malam raya ..sebabbb kalo aku buat sebelom mlm raya sekut2 tu akan jadik sekut puasa..kahkah ye la udah habis dirembat anak2 ni haa.. kalo buat mlm raya haaaa baru betul sekut raya.. apa apa saja la kan .. kukies lain biskut choc chip, biskut pandan, biskut strawbery, biskut cornflake ... udah le tu.. kira 5 jenis gak le.. stat 12 tghari habis 1 pagi .. tu pon onn off dgn buka pose lagi. tak termasuk ramai pembantu makmal yg nkk nolong tu haiiiii puteri pon nak jugak nimbang tepung dgn butter.. tak yah laa nak oiiiii besaq nanti la bleh blaja. okehhh.. kiranya malam raya tu umur aku sehari tu dihabiskan kat dapo je laa.. masa tu jugak aku buat prep bahan2 masakan nak buat utk raya.. byak la nk prep bahn masak utk raya.. kerisik laa, goreng kacang laa.. bikin nasik impit laa.. eh tak tertaip laa.. cehhh preparenya mcm nak buat rendang semua bagai padahala tidak pon..

dengan itu aku ngan DC pon sepakat tidak mengasapkan dapo dgn masakan raya.. pelik takk pelik?? takde la pelik sangat2 sebab ni kat London kan.. kalau ko duduk kat kampung Baru ke ..duduk kat Muar ke.. duduk tanjung malim ke memang la pelik tapi duduk London normal laaa.. hahah bukan malas bukan bukan.. pikir2 sebab besok raya pon ada jemputan raya open house kat rumah member2 kn soooo kita makan saja le kat rumah mereka. hehe jangan membazir sahabat syaitan. sebab aku pastii kalau aku berlungkus tumus tertonggeng tonggeng kat dapo dh tentu tak berusik mknn tu nnti sooo OK kan kalau tak masak. kesian kawan2 yg buat open house kalau mknnn merekatak habis kan membazir ceh wahh nak slamatkan diri dari dipersalahkan..

lagi 1 sbb yg nampak mcm tak salah kalau tak masak ialah.. besok jugak member DC, Sham dari Reading nak mai beraya kat umah. soo skali harung la kan.. xyah buat keja 2 x kan kan kan.. time kasih sebab hangguk..kehkehkeh

penutup malam raya xtvt wajib utk org mcm kami yg tercampak kat London .. dah tentu le telepon femli kat mesia sbb waktu tgh2 malam laa dorang kan awal pagi raya soo wajiblah mintak mahap sume bagai.. memula DC laa tipon mak dia .. baru je dia ckp "mak..c.din mintak maaf yea mak,halalkan makan minum c.din yea mak, apa2 yg c.din buat mak terasa hati ke..c.din mintak maaf yea mak" lepasss tu terus le dengar mak dia menangis terisak isak .. syahdu la xtvt penutup mlm raya kami. kejap je DC cakap dgn mak dia sbb dia kata mak makin galak nangis soo xleh ckp lama2 kesian kat mak.. aku pun turut berkaca mata.. lepas dia ckp ngan abah dia aku pon col mak aku. aiseyyyy..telefon h/p mak kan baru je hilang lastweek soo nombor yg baru plak xde. col supi soh bagi new number phone mak dia kata no yg sama.. laaaaa.. mase tu dh waktu org solat raya pulak kat M'sia. sudah tak larat nak tunggu lagu sebab klopak mata dah berat sangat2.. aku pon tertido soo besokkk pagi2 moning laa jawabnya..sedeyy x dpt ckp dgn mak..

jom jom tgok kueh raya aku..

cookies raya tu tgok laaa.. susun dlm botol ala2 cut cost. prasan tak pakai botol coklat spread. jenuh gak ngumpul botol2 tu sbb mmg plan nak taruk kueh mcm chantek je botol tu kan..recycle je laa jimattt.. bajet murah..haha

cuba perati betol2 kaler sekut tu .. coklet, kuning, hijau dan pink.. hahah memang sengaja nak buat kalerpul sebab mcm nampak banyak.. padahal sikit jek jenis.. ni yg dh simpan dlm balang .. ada lagiii simpan tmpat len. sebab 1 adunan banyakk pulak dapat sekut tuu jenuh ralit aku ngerjakan sekut tu tau..



haaaa tgok aarrrrr rajin tak anak branak ni di malam raya.. mari le meramaikan dapur.. posing jangan tak posing.. rambut tuuuu kasik kaber skit kang masyuk dlm kerisk tuu sape nak jawab.. haishhh..

walau pon rupa saya nie tak brapa nak cun tapi rasa saya cruncy nutty choclatty dan sedap lah.. tu kata tuan yg makan itewww... ngeh ngeh ngeh..

sooo tamatlah alkishah malam raya yg tak brapa nak meriah ini.. nanti aku sambung lagi citer hari raya pulok...

jom tgok Prelude pagi raya nieh...

haaa tengok laaa anak dara ayah ni udah melaram dengan baju kurung yg mama bikin utk dia.. ok nanti citer lagi yeh.. letih kekenyangan nak tido.. Salam Aidilfitri..

Wednesday 8 September 2010

Pra Syawal

7/9 - Syawal pun ada Pra lah kan pra tu kan ala ala persediaan laa.. takde la nak sedia sungguh2 gitu sebab raya pun macam tak raya aje. mcm syok sendiri lah .. mcm xde suasana lah.. ye la udah kiri kanan depan blakang ompueteh, pakistan, india, italy, rep. chech.. pakistan tu ada lah sambut Eid.. tapi budaya kan tak sama soo buat hal sendiri je laa.. ajak DC g beli preparation nak raya. nak jugak buat kueh ke.. ala sekut bodoh2 pon jadiklah.. asal ada rasa tepung, butter, coklat2, cok chip, manis2 .. sudahlah sempoiii.. xyah fenin nak mcm2 juadah mcm kat M'sia tu .. kat mana nak beli sekut2 tu sume .. mana ada jual. kena la uli sendiri. kalau tak duduk London tak penah umor pon nak uli kueh raya kannn.. baik beli. kesian yg jual xde sape nak beli rugi dorang..haha..

beli kat tesco je.. sbb bahan2 tu kebanyakkan ade ada jual kat tesco..

mcm tahun lepas jgak .. buat laa biskut cornflake, biskut cok. cip, biskut mazola, biskut yg ada coklat cair kt atas nun.. tahun ni tak tahu lah ape nak aku ulikan. tengok je la nanti .. tah ape la jadiknya kueh aku yek..

versi berangan lagi.. kalau kat M'sia habis dah aku borong kueh kat kawan2 yg juai kat opis.. dorang untung berlipat ganda kalau aku yang beli tau.. hahaha.. punya lah banyak. samapi kengkaan pelik .. aku kata aku nak jual balik kat chowkit nanti.. hakhakhak.. kira mcm pertandingan beli kueh terbanyak ..aku layak lah menang.. hihihihi.. ye lorrr.. bali utk mak mertua, mak aku, rumah sendiri lagi .. haaaa tak banyak tu.. takkan nak belik 1 jenis tentu la 3-4 jenis. blom masuk kerepek pisang, ubi, tempeyek kacang peyek dhal.. popia mini, siput lah, maruku lagi, blom masuk kueh tradisional lagi.. bahulu, batang buruk lah ..haha.. mana tak berlambak kalau dikumpulkan. tapi lepas agih2 kan sikit je kami punya.. rumah sendiri punya beli mana yg anak2 suka, aku suka dan DC suka aje. alahhh setahun sekali beli kan mak dan mak mertua punya apa salahnya. mak aku pon dh malas nk buat kueh dah. penat gaknya dari kami kecik sampai beso mak buat.. sampai aku dh keja mak suruh beli aje lahh.. beratus ratus gak bajet kat sini tau.. udah le kueh juai punya lah mahaiii gile..

8/9 - harini DC pegi kedai cina pulak nak beli preparation utk masak2 besok pulak. yela nk jugak buat daging rendang, lodeh, kuah kacang, ayam merah, nasik impit.. mana lah ade jual lengkuas kat TESCO.. bahan2 eksotik ni kena lah beli kat kedai cina. DC pegi naik tube jek. kesian jugak kat dia kesana kemari naik bas turun bas, naik tube turun tube jalan kaki jauh jalan kaki dekat semua sebab carik bahan nak buat masak masak. susah nya lah. membawa barang beli beli tu sampai birat2 merah2 jari tangan. sampai senget2 bahu, sampai berhenti rehat sekali dua.. seksa sangat. berat pulak tu. terpaksa kena berdikari .. kadang2 aku terfikir susahnya hidup kami tak ada kereta dengan anak yang ramai. susah nak beli barang makanan dgn kuantiti banyak nak bagi makan anak yang ramai, TETAPI Allah permudahkan urusan belajar dia. supervisor yang baik, memahami, tak byak kerenah, task atau assignment yg dia bagi pon DC boleh urus dengan baik. Hikmah juga namanya..kan kan kan.. SYUKUR padaMu Allah.

petang karang DC kena keluar lagi nak beli barang2 basah pulak.. daging, ayam, kena beli kuantiti banyak pulak tu .. ye la kalau2 mungkin ada kawan2 nak datang rumah ke.. kami alu alukan kedatangan mereka cuma untuk nak buat Open House tuu.. cuba fikir macamana yea??? adalah tak adil menuduh kami kaya menyimpan duit banyak sebab tak pakai kereta. sedih aku. adalah tidak sopan mengata kami sengaja tak mahu pakai kereta. kamu tahu ke berapa duit yg kami ada, kamu tahu ke berapa belanja yg kami kena keluar setiap bulan untk makanan, pampers, susu, bil bil semua. tahu ke? tahu ke?.. ayat yg buat aku sering mengangu emosi.. buat aku menangis..

citer pasal mengangu emosi ni la yg sakittttt skit la hati ni tgok laman rumah.. umpanya lah.. seperti makan sebelah orang berpuasa.. gulppp gulppp.. telan air liur...umpama je.. sedang bersabar ... walau hati ada pedihhh.. pedih seperti dihiris.. jahat btol hati ini.

kalau Eid @ Aidilfitri jatuh pd hari Khamis/Jumaat cemana yea..kena minta cuti dengan teacher skolah Hakim, Hazim, Hariz utk kami raikan Aidilfitri.. tengok la cemana blom bincang dgn teacher lagi.. kesian sampai kena mintak cuti untuk Raya.. ni la nama duduk di London..

dh dengar puteri nanges kat atas.. chow dulu diari ku...

Kurung

6/9 - xtvt xde sangat.. nak buat kueh lom beli bahan2 sooo kita buat menda2 yg dh ade bahan dulu yeh. yaktu .. baju kurung bukan aku punya laaa Puteri punya.. yg klaka jahit pakai tangan. tah apa apa kualiti nya.. asalkanade nmpak mcm baju kurung jadiklah.. merasa la jugak anak kecik pompuan sorang ni makai baju tradisional melayu. asyik pakai baju omputeh jek. mentang2 dok kat London sume baju London yeh.. huh ! nanti Raya bole pakai yea.. tungguuuu akan upload gamba masa Raya nanti.

kalau kat Mesia nie (versi berangan) baju kurung biasa 2 pasang. yg fesyen2 skit 2 pasang. baju kurung xtra chantek skit 1 pasang. ye lor utk Raya pertama.. hehe.. alor sok2 buat basahan jugak. boleh bwak pegi keja skali. kalau dah kurung kurungan 5 pasang .. haruslah WAJIB tudung jugak berelai relai.. haha.. ikut kaler baju lah pulak. aku ni kalo tak raya memang jarang sangat nak beli baju kurung ngan tudung mahal skit le.. kalau tak raya tudung 10 hengget pon rembat je. bila Raya tu rembat lah mahal2 skit. alah sikittt je.. yelah xkan baju biru tudung purple pulak.. kena arr matching.. haha. alasan..

mood berangan lagi.. kalau dah ada tudung PASTI ada Brooch nya.. aku kan pelanggan setia DENI.. haha brand brooch kat shoping complek.. paling cikai akan rembat 3 ketul.. yg design kiut2..chomel.. suka suka.. kawan2 kata aku pelik suka sgt beli brooch kat DENI tu .. sebab aku suka dia punya design. stylo. mcm abstrak. batu2 tak la mewah melambak sgt kat bahu. tak terlalu berbunga bunga tak jugak berdaun daun.. just lingkaran pelik pelik. walau mahal tapi aku suka lah best puas.. sebab dia ada warranty kalau batu tercabut ke bila2 datang balik kedai boleh kasik taruk batu lain kan best tu best kan.. sikit je mahal..xyah arr citer harga.. kalo minat p tgok sndri. hehe

kasut.. tak suka sgt tuka2 kasut. cuma kalau ada hanya SATU tapi yg terbaik. aku ni ade problem kaki. tapak kaki ni kalau salah pilih kasut memang tak bleh pakai lah kasut tersebut kasihan kasut itu akan ku baling merata rata. aku kena pakai brand Scholl atau apa2 brand yg utk tapak adalah SMOOTH.. byak cekadak lak kaki ni kan. tumit xleh tinggi dan terlalu flat.. sedang2 aje. kengkadang tu teringin gak pakai kasut 2 inci sengah tu .. letak jek kat opis. dlm opis pakai sandle biasa. kuar jumpa supplier pakai le kasut vogue tu .. punya la nak pakai sangat kan. bukan apa aku ni kan spesis kemetot bonsai soo mcm teringin nak jadik tinggi gitu hahahaa balik umah amikk ko sengal tapak kaki..

haishhh tu blom citer pasal make up raya .. perfume raya .. wahhhhh... ni baru citer pasal aku sorang.. ada 5 orang lagi akan dikerjakan dipreparekan utk persediaan raya.. bayang laa..

kat sini ermmm xde sume tu aku ulang TAK ADA okehh.. sedih dlm gumbira jugak.. sedih sebab takda.. gumbira sebab JIMAT duit laki aku.. kehkehkeh.. (abang - bersyukur tau syg kat sini tak mintak apa2 sbb tak raya sgt pon..)

tengok tengokkk nak citer pasal Baju Kurung Puteri .. dah melalut versi imbasan ala ala berangan.. hihi..

Autumn oh Autumn

salam, Justify Full
dearest diary..

5/9 - sekarang adalah awalan musim luruh ato Autumn. Chocha akan jadik berangin yg kuat. bila angin sangat banyak dan kuat kulit jadik sejuk. sejuk kat kulit terus ke otak. sejuk sejuk ditiup angin. angin marah jugak. bila otak dh sejuk mula lah PENING masa balik dari kedai buku tengahari tu hingga pale mcm nak pitam. kalo tak pose dh telan pacetamol dah tapiiii kena tahan lah dulu. slalu buat cabut2 tambut tu bole ilangkan pening tu. tapi kali ni fail pulak. tak menjadi. paksa diri tido utk hilangkan gagal jugak. pening rase mcm nak kluarkan otak skali dgn isi otak sekejap picit2 pas2 masukkan balik dlm tengkorak nieh. ibarat je laa.. sungguh tension. petang tu masak utk berbuka puasa dlm situasi pening melayang layang. so goreng padprik pon tah apa2 tah. habis je masak n buat air sume tak sempat nak hidang atas meja dah terduduk kat dapo. sebab dok menahan pening yang amat. seksa rasanya nak nunggu waktu buka. rase nak hantuk2 pale kat dinding sbb sakit sangat.

ni la nama dia sindrom pertukaran cuacha kat London. asal tuka cuaca je pening, demam eh mcm2 sakit yg kuar. sama lah dgn anak2 nieh. Hakim lak dh stat bergas gas skang ni. sesak napas. Puteri pulak hari ni dh stat kuar hingus kat idung.. yg lain stakat ni Alhamdulillah ok. .bila la agaknya bole adapt dgn cuaca sini ye. tiap kali tuka choca ada je tak kena. kang sejuk terlalu sejuk. panas pulak terlalu panas. haishhh memacam lah. Syukur jugak duduk M'sia hanya musim hujan dan panas. tapi yg best pasal Autumn ni berangin yg kuat jalan kaki lah brapa kelometer pon peluh tak bau ok. mentain jek. yeay. tak mandi org tak tahu.. kahkah

lepas buka pose tu .. minum air panas segelas then telan paracetamol 10 minit tu ehh mcm magic b. ajaib.. ilang pening. isk nge ngada btol nak pekena ubat baru nk ilang. maleh sebenarnya nak telan dadah ni tapi terPAKSA baru telan.


tgok laa budak tecit nih dah promote daun maple yg dh gugur selai dua tuu.. wahhh gumbira jek..
hehe..

ok adios

Sunday 5 September 2010

Pesanan Buat Suami

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

KOMEN AKU :

memang orang lelaki (tak semua) selalu nampak problem prempuan ni suatu yang remeh dan mcm xde nilai sebab orang perempuan mcm aku ni selalu sangat memikirkan menda menda yang remeh temeh, halus dan teliti. jangan ingat benda remeh temeh tu tak penting dan tak bernilai. sebutir berlian itu halus tapi nilai nya sangat tinggi dan berharga.