Tuesday 30 November 2010

Snow on 30 Nov 2010

Salam,

selamat datang SNOW.. yeay! yeay ! kehadiran nya di sedari waktu subuh pagi tadi. sejuk menggigil sangat sampai nak pegang muka pon tak boleh sebab sejuk. jenguk selak langsir wah ada rintik putih tapi tak lebat. pukul 7.50 pagi nak kejut anak ke sekolah jenguk lagi tingkap. eh BANYAK la snow dah bertaburan di carpark depan umah. ada jugak yang tersangkut kat atas2 daun daun garden belakang. sangat putih INDAHnya ciptaanMu. SUBHANALLAH


Puteri masih tak aktif lagi. masih belum bertenaga. aku hanya boleh snap gamba Hakim Hazim Hariz masa nak pegi skolah. takut takut snow akan melting tengahari. haaa tak sempat nak amik gamba. melopong pulak. memang betul menjelang 10-11 pagi dah cair pon. pukul 2-3 petang turun lagi putih putih melayang layang macam kapas. tapi sebab bumi basah dia dah cair. tak sempat nak berbaling balingan snowball. menan wajib bila snow. aku pun tak tahu sangat peraturan main snowball tu. yang penting tak suka sangat sebab bila TERkena muka menggelupur sejuk weh. tapi sebab tradisi nya kalau ada snow kena main snowball ku hikutkan jugak lah.

sejak semalam heater kami tak sihat sebab tak panas. kalau sihat dia panas. berlawanan dengan sistem body manusia. pelik a/l ajaibnya air panas mentain ada. tapi tak pe pemain simpanan Portable Heater kan ada. kalau tak, boleh keras kejang sebab sejuk. ataupun aku nak salaikan diri kejap kat atas DAPUR. tapi taknak sampai hangus. nak suam suam kuku. kuku dapat nama. kan dah kata microwave tak boleh sebab radiasi. tak elok untuk hari tua.

malam tadi DC mengexperiment Yorkshire Puding. senyap senyap je dia buat LAB kat dapur. tahu tahu besok (pagi ni) dia ovenkan Yorkshire Puding. SEDAPPPPPPP .. ok meh ramai ramai TEPUK TANGAN!!! clap clap clap clap.. kena makan masa panas. crunchy. tengah dia yang mcam kolam ikan tu lembuttt.. auwwww.. cuma kurang manis. yelo makanan omputeh cenggitu la. 2nd adun tu ejas sikit taruk gula. haaaa baru ngammm.. anak anak balik sekolah oven lagi half adunan. berebut rebut makan masa panas.. di tengah tengah sejuk ni memang matching arrr.


kalau camtu kena buat selalu neh. boleh kannnn.. en DC. testing testing buat 12 ketul je. next taim kena buat 24 ketul yea. dia pakai tray muffin pon boleh. belum pegi Yorkshire dah boleh buat Yorkshire dah. info : Yorkshire tu nama negeri kat UK yea. tetiba ada sudut info pulak. haha kang takut ada yang tanya Yorkshire tu nama orang ke? hehehe. ala macam Perak Puding, Selangor Puding tak pon Penang Puding. eh sedap pulak dengar nama Penang Puding. macam serasi je. ahak.


Monday 29 November 2010

Demam dan Klinik

29 Nov 2010 - Isnin

hari hari Cloudy je. angin kuat. mulut berasap toksah kira la kan. hari ni je NEGATIF 6 kat uxbridge neh. masih mengalu alukan kedatangan salji yang tak kunjung tiba. snow masih tergantung gantung atas awan. segan segan pulak nak turun.

Puteri masih belum hilang kebah demam nunggu salji turun. batuk dia tahap kritikal. sejak duduk sini seksa nak pegi klinik AKA jumpa GP. kalau kat Malaysia bersepah sepah klinik. merata rata klinik. selang sebelah restoren sebelah kedai bunga dah ada klinik. macam macam nama klinik. Klinik Famili kat Selayang (kami pelanggan sejati ni tau), Kelinik Setia (aku pon tak setia pegi di kala terdesak), Klinik Wangsa (last choice). pendek kata Klinik Panel MARA dan yang bukan MARA disegenap pelusuk bandar ada. start injin keta. terus register kata nak jumpa doktor. jumpa dokto cek cek macam semua dokto buat. dapat ubat. balik dari klinik dah boleh bagi makan ubat. boleh anak yang sakit berehat. free le sebab nanti klinik claim dgn company.

kat London ni producer eh procedur nya lain macam. memula dtg London ni kena register NHS (
National Health Service). kalau tak register jangan harap lah kau nak dapat jumpa GP (General Practitioner AKA pak dokto). kalau register dgn NHS ni bole la dapek hai obat lah obat PREE.. FERSUME.. untuk anak aja dowh.. ceh

masa register tu pon dah banyak cekadak. segala dokumen ndak. nasib tak mintak surat beranak atok aku. kalo tak pengsan aku. kena register sekali dengan klinik mana yang kita nak pegi. ok la mandangkan DC boleh berulang pegi Brunel Uni. dan rumah pun boleh dikatakan dekat lah jugak dgn Brunel..soo kami register je Brunel Medical Centre (Klinik). nampak mcm simple kan. sebenarnya....

bila di dampingi apa apa sakit kena APPOINTMENT. wajib appointment. kena telefon dulu. kalau kritikal sangat sakit baru boleh pegi Hospital yang berdekatan. Hillingdon Hospital. itu pun kena masuk EMERGENCY. kalau dia tengok engkau boleh jalan lagi maksudnya belum kritikal tunggu lah ko 2-3 jam ikut giliran sapa datang dulu atau sapa sakit teruk dulu. itu kalau nasib baik. kalau tak baik tunggu lah seharian. kejam kan.

bila dah telefon dia akan bagitau BILA boleh jumpa. kalau tak datang appointment kira burn. bakar. hangus. maka appointment lagi. huh! bayangkan kalau anak athsma atau demam yang panas. sementara nak sampai date, hari dan masa yang JANJI itu kenalah membuat PRA TREATMENT secara sendiri di rumah. tak pon sampai masa nak jumpa dokto dah baik dahhh.

OK OK dah siap appointment.. terus je jumpa dokto. senang kan. tapi tak jugak. kena pegi la Brunel Medical Centre tolak stroller. BAYANGKAN dengan cuaca yang sejuk menggedik nie berbalut balut segenap aurat kulit yang terdedah BERJALAN membawa anak demam semata mata nak pegi jumpa GP untuk dapatkan PRECRIPTION. heiiiii precription sahaja tau. bukan ubat. Medical Centre tu tak keluarkan ubat. nak amik ubat kena pegi PHARMACY. dalam Brunnel ada Pharmacy tapi tak semua ubat ada kat situ. ubat enzema Hariz tak ada. ubat athsma Hakim yang kaler brown tu tak ada. kena pegi Town Centre (15 - 20 min dr Brunel) pulak carik Pharmacy Floral ke hapa tah nama dia. haa yang atok nenek moyang ubat ada. tunjuk prescription baru boleh dapat obat free. tidak kalu. bayar juga.

dulu masa 1st year duduk sini tiap bulan pegi Medical Centre sebab nak injek. sebab masa tu kan Puteri masih perlukan imunisasi. TAK PERNAH dapat precription ubat. GP kata nanti you beli lah Carpol (ubat deman ala2 Paracetamol) standby di rumah takut takut lepas injek baby akan demam. aik tak bagi prescription pon suruh pegi beli ok .. kami lurus la takde bengkok pegi la BELI.

kalau pegi jumpa dokto pon ubat yang dia precription pon ubat yang sama soo ubat memang dah ada kat rumah. cumanya kami kasihan nak bawak dia meredah sejuk ke Medical Centre hanya nak ambil precription utk ubat yg sama dia makan. Maka kami beri Puteri makan ubat NUROFEN for Children IbuProfin perisa Strawberry lagi kau. beri ubat selang sejam dia macam OK tapi sebenarnya belum OK.


sejak semalam (Ahad) mereka inilah peneman setia Puteri. memperkenalkan dari kanan Tixylix (Honey Lemon Glycerol) AKA obat batok, NUROFEN (Ibuprofen) AKA obat demam. disertakan bersekali dengan Picagari. Minyak Herba berubat (Nona Roguy) di import khas dari Malaysia. untuk sapuan dada, leher dan belakang badan. memberi efek warm dan berangin pada sistem pernafasan. terdapat juga Wet Tissu untuk mengelap lelehan ubat dan sisa muntah. tak dilupakan mangkuk tadah muntah mengejut. tiada dalam gambar. boleh jadik nurse tak aku?

maka anda yang berada di Malaysia HARGAILAH KLINIK DAN UBAT yang diberi. harap maklum

Sunday 28 November 2010

Puteri Demam Winter

pegi rumah Aida pun dah malam gelita. di ambang nak nunggu salji turun je. balik dari rumah Aida lagi la gelap gulita sejuk bedi. Mekasih kat Jai tolong hantar. kalau tak dah tentu kami dah Hypotermia kat tepi jalan. sebelum pegi tu dah nampak jugak tanda pra Puteri mengalami simptom Demam Winter. terbatuk batuk yang boleh di kawal sambil ketawa ketawa. pulang malam tu terus nampak dia layu di hujung mekar. di sambung dengan batuk bersahut sahutan. senyum dah tak boleh terukir kat bibir dia. kuyu je mata dia

malam tu dia tidur tak nyenyak. selalu mintak susu selang 2 jam. malam tu tak mintak susu pun. sampai muntah menghadap batuk extream. badan dia sangat hangat. peluk dia macam duduk sebelah heater. 3 pagi bersabung teriak mensuakan ubat kat mulut dia. gred A punya menggelak sepenuh tenaga demam. akhirnya tewas dalam dakapan mama dan ayah.

pagi besoknya dia jadik sangat pasif. tak nangis. tak ketawa. tak cakap sepatah pun. tak ada nyanyi2 gembira. tak ada hilai manja. mata dia kuyu. 24 jam baring. diduduk kan nak sapu minyak Nona Roguy kat dada pun macam nak jatuh. tak bermaya sungguh. dengar lagu favorite dia pun dia tak respon. hanya gerak kan jemari je yang boleh. susu tak mintak pun. mulut kering. turun naik dada bernafas laju. sesungguhnya itu bukan dia.

bila tengok dia dalam keadaan macam tu rasa nak peluk 24 jam. nak pindahkan sakit dia kat mama. biarlah mama yang rasa kesakitan kamu tu. apakan daya anak yang lain harus di urus jugak. bergilir dengan ayah menemani dia. tapi dia suka berhybernasi melayan perasaan sendiri. baring dan tidur tanpa gangguan. menonton tv dengan mata separuh sedar tanpa ada apa apa respon.

"Puteri sayang, cepat baik yea. Mama, Ayah, Abang abang sayang Puteri. Puteri kena kuat lawan sakit. Kami semua nak dengar Puteri cakap2, nyanyi2, panggil abang abang, panggil ayah, panggil mama, turun naik tangga dengan berani nya sambil berdiri. cepat2 baik. cepat2 sihat yea"

Mama doa untuk Puteri :
“Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”

(Doa Rasulullah S.A.W dalam Riwayat al-Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).

untuk mendapatkan sekuntum senyuman yang di rindui aku mengacukan camera. ternyata dia tak lupa nak hadiahkan senyuman untuk kami.


saat entry ini di post dia masih tak bermaya..

Besday Adam

Salam,

26 Nov 2010 - Aida jemput kami sekuaga ke rumah dia sebab nak celebrate besday anak sulong dia nama Adam . Besday anak dia dah lepas 21 Nov 2010 yg ke 7 tahun tapi Jumaat tu je yang dorang free. soo boleh la bergathering secara kecil kecilan. boleh la berjumpa jumpaan dengan Kak Lip, Abang Khir n femli. ye la Aida bizi dengan Phd dia. Jai pulak baru lepas menghabiskan Master dia. seronok tengok mereka suami isteri berlari lari belajar. hebat ! sambil berlari berlumba belajar di samping 3 orang anak yang sedang lasak membesar bukan sesuatu yang mudah. sangat tercabar minda, fizikal dan emosi. tahun lepas terserempak Aida kat Car Boot dengan mata yang cengkung, badan yang melidi, muka yang pucat sangat terkejut. lepas dia cerita hanya tidur DUA TIGA jam sehari hampir setiap malam (bukan 23 jam tau) baru lah aku sedar betapa gigihnya mereka menjalani hidup sebagai ibubapa, pelajar, surirumah 247 di perantauan. TAK MUDAH. dahsyat

Aida, Abg Khir dan kami sama2 UniKL cuma mereka UniKL MIAT. adik beradik UniKL la cubit peha kiri peha kanan terasa jugak. saling ambil berat dengan crita2 terkini UniKL. eg : elaun femli, tambang pulang dsb. rumah dia best arr besar. cuma build in wif Floor Board (lantai kayu) bila Winter mcm ni mak aih sejuk bedi. nak duduk kat lantai macam terangkat angkat punggung menahan kesejukkan. bila summer, lantai tu sesuai sebab sejuk je.

Anak anak happy la sebab dapat main PSP, PS2, PS3.. wah segala Play Station adaaa..dannn yang paling enjoy adalah DC .. kahkahkah.

pegi umah Aida pukul 6 petang. sebelum tu sempat lah aku menTESCO kan diri menyediakan bahan nak bawak pegi umah Aida. lepas Maghrib pukul 4 membikin hingga selesai pukul 6. then terus berdesuuuppp menTATANG ole-ole naik bas nak ke rumah Aida.


ni dah 3rd time buat FRUIT TARTLET. aku suka sangat sebab shell dia yang crunchy, kastard nya yang melt dalam mulut dan buah peach sweet. lagi sedap kalau letak strawbery dan buah kiwi yang masam. tapi buah tu kan mahal skit soo kita cut the budget pakai slice peach dalam tin. oleh sebab dia ni sedap binti delicious, proses nak membuat nya alahaiii RUMIT. berkecah kecah dapur al nak mengayakan pembuatan. tak hairan lah harga dia mahal kalau mendalah ni di jual kat Malaysia. al kisah buat shell dulu, then bancuh kastad pulak (pakai microwave), potong buah pulak susun atas dia. leceh yang banyak. but puas hati.


sebenarnya tart shell ni ada khas dia punya acuan. memandangkan aku berada jauh berjuta batu mana pulak nak di korek acuan nya. aku pon mandai mandai mengkreatifkan diri menggunakan acuan tin muffin dengan paper cup muffin lagi. hahaaa amik ko. udah besar lah jadik dia. tapi puas makan 2-3 ketul dah kenyang. dah sebab besar tak dapat lah buat banyak. dapat lah 20 ketul je. setengah adunan. OK la kan.

hilanglah keboringan selama 3 jam kat rumah Aida sambil boleh bertukar tukar stori pasal isu anak anak, isu sekolah, isu masak masak, isu UniKL. iskkk walau pon dorang tu student takkan dorang nak citer pasal paper conference, experiment tak jadi, hasil discussion dgn supervisor pulak dengan aku. kalau dorang citer yg tu aku ngisut lah mensilince kan diri. dengar boleh menyampuk dilarang. hahah.. kang lari tajuk.

Thanks Aida dan Jai dengan SUPER DUPER DELICIOUS nasi dagang hand made from anak jati Ganu neh. Alhamdulillah duduk UK pon dapat rasa nasi dagang tahu. fresh lagi. complete set gulai ikan tongkol gitu. yang kelakar Kak Lily wife abg Khir orang Kedah pon HANTU Nasi Dagang. aik ? pelik sungguh lah.

Thursday 25 November 2010

Spagetthi vs Mee

Salam,

kat rumah ni hari ni ada kes lambakan makanan. apa tak nya. Padprik Ayam semalam ade lagi skit. today pulak masak Daging Merah. ala ala restoren Thai pulak, aku yang konpius. ni kat Thailand ke kat London nih. anyway aku memang suka Thai taste. masam masam pedas. segala menu Thai semacam membestkan lah. mengundang selera makan better than Indian Food. tapi kat London ni macam glamour Indian Food je. restoren Indian Food ada merata rata. Orang British suka Indian Food di samping banyak gak kaum India kat sini. Pakistan pun tumpang sekaki. siap delivery service lagi.

kalau demam deman menu pilihan tomyam. pedas dan masam. boleh mengkebahkan demam lah. macam tu punya syok makan tomyam kalau tak sihat boleh mengigau manggil manggil Bang Tomyam ! Bang Tomyam !

Daging Merah tu bukan Daging masak sambal bertukar kale jadik merah ok. ini betul punya Daging Merah. rebus daging dulu baru potong nipis then baru masak dengan sos tiram sos tomato dan nampla. hiris bawang jangan lupa. tapi tadi daging tu kejap sangat rebus gaknya liat sket macam selipar jepun. haha macam penah makan selipar jepun. aku agak agak je. rasa dia tak lah keciwa sampai nangis. Anak anak tak berapa suka kalau masak daging macam pelik rupa dia. soo berlungkus tumus la aku menggegarkan dapur empat tungku masak serentak dengan Spagetthi Bolognise. Tungku 1 - Rebus Daging (Masak dulu api kecik), Tungku 2 - Sos Bolognise, Tungku 3 - Rebus Spagetthi dan Tungku 4 - Daging Merah. WOW berkepul asap kat dapur. mencungap masak. macam ada pesta makan makan pulak. padahal masak untuk femli je. gitu la kalau dah jadik emak emak..

Daging Merah dah siap makan dengan kenyang nya bersama DC. Sos Bolognise blom siap reneh. Lepas solat isya' (7 pm) baru boleh makan Spagetthi Bolognise. sengaja masak LAMA sebab nak bagi kuah pekat. baru bestt. aku bawak keluar je Spagetthi sambil jerit "Sapa Nakkkk" apa tu ? wahhhhhhhhhh Spagetthi Bolognise OUR FAVOURITE. Thanks Mama.
Hakim kata. sambil lompat lompat pegang mangkuk.

dah tinggal 1/3 dah. hampir licin sebelom esok.


aku tahu sangat mereka memang suka gila gila dgn Spagetthi Bolognise. tiba tiba senyappppp semua makan. dengan kusyuk. seronok lah tengok dorang makan. aku pon dah sebulan tak membikin bolognise. mince meat betul punya mahal. kebetulan bersepah carot dalam lemari ais. soo seronok la menterjunkan carot potong dadu dalam sos tu. dengan cara ni je nak bagi mereka makan sayur dengan RELA. kalau tak suruh makan sayur mengalahkan nak bagi makan ubat. ubat senang je siap mintak lagi. ih ih ..

sos bolognise tu kat sini murah la. brand tesco la. tak sampai £1. kena pastikan yang ada 'V' stand for Vegetarian. selain mencari yang Halal. mencari yang murah adalah fardhu untuk kami. eh macam boleh pakai lah slogan ni. termasuk lah Spagetthi verses Mee (Egg Noodle). Mee tu dalam pack 200gm harga £1 padahal spagetthi 89p sebanyak 500 gm. itu berat belum rebus. kalau dah rebus makna dah kembang lagi banyak la. boleh rebus sikit sikit kalau nak makan. yang belum rebus boleh simpan tahan lama. aku selalu je goreng spagetthi tu buat gaya goreng mee. tak nampak beza pun dari segi rasa malah sedap je. Mee kat sini sedap. quality wise takde asid borik 3 hari je dia punya expired date. tapi tu laah kalau quantity banyak untuk yang ramai macam kami ni kena pilih spagetthi la sebagai substitute.

anak anak makan banyak hari ni. siap pesan mama jangan habiskan besok kami nak makan lagi. aik ? arini je korang dah habis 3/4 piuk lorrr.. ok ok sorok sikit untuk breakfast besok.

kalau stakat aku masak kari, masak kurma, masak sup ayam, goreng ayam, goreng ikan takde nya la aku nak papar kat skrin monitor ni. ini kira bertaraf bombastik dan jarang ketemu di rumah ini.

apa lagi buat laaa buattt.. jimat duit kekanda korang .. :) boleh makan dengan banyak dan berULANG ulang sampai esok masih ada.

Wednesday 24 November 2010

sejuk bin gigil

chocha makin lama makin mencengkam menggigit kulit. arini -2 darjah celcius. besok forecast kata -3 lusa -4. makin banyak negatif yang keluar makin mengkeredutkan kulit. kering habis semua jenis kulit. kulit kaki, kulit tangan, terutama kulit wajah separa jelita ni ha.

tambah lagi stuff listing nak keluar rumah. untuk kami tambah glove, tambah mafla, tambah full cap sampai tutup telinga kecuali muka. WINTER DRESSING. berbungkus bungkus ngalahkan lepat ubi. kalah lepat pisang, kuih koci. wahh rindu kuih balut balut ni. isk potong mood nak story. dah teringat kan kueh. meleleh air liur kat keyboard ni sapa nak lap neh. arhhh bia la kang dia kering sendiri. pengotor!.
baju dah semestinya la berlapis lapis kueh lapis. kena berjaga jaga tak boleh tak pakai mendalah ni sume. bila chocha sejuk cenggini kalau tak cukup protection boleh kena HYPORTHERMIA. apa tah tapi yang penting bahaya. ala macam darah beku tak jalan tu bole sampai otak menyebabkan memory loss, mengigil keterlaluan.

anak anak ni kalau ikutkan dorang memang tak mau pakai banyak2 baju lapis sana sini. tapi tak boleh kena PAKSA. kalau dah pakai glove tahu je la. 4 orang dah LAPAN pasang. lepas pakai berpelanting sana terpelanting sini hishh bikin denyut jantung aku makin laju di bueknya. keja aku ngira glove tak sudah. blom masuk glove sendiri.

bila aku dah pakai glove ni nak lap air hidung meleleh pon jenuh gak. mujur leather, kalis ayor. bukan hingus okeh. ini betul air hidung. ntah.. otomatik kuar sendiri tak bagi signal lak tu. isk

kepada yang nak datang London taim taim winter nih rentikan le. menderita nanti. macam penginapan dalam peti ais gamaknya. peti ais pon boleh diturunkan skit suhu nya. ni tak leh la. tak dapek nak nolong. hanya ujian kecil Allah S.W.T

tadi kat skolah Hariz nampak ICEY bertaburan. ntah bila turun gaknya. forecast weather kata next week snow. Jika lah betul best arr. tapi nak menghadap sejuk bedi tu menggelupor kulit mulus ni.
InsyaAllah next year kitorang balik. mungkin hujung bulan 12. kalau next year snow lambat turun maka ini snow terakhir kami. tiap tahun kena pulun main snow. kat Malaysia hanya snow kerak dalam peti ais je la.

taim snow paling tak tahan kaki dan tangan. tempat paling sikit daging gaknya. macam keras beku kaku gitu. cerita detail nanti masa betul betul turun snow nanti boleh sambung yeh.

skang ni kami pasang heater pakai timer. kalau suruh on dia on la kalau suruh tutup dia tutup la. ikut arahan baik dia. sapa? heater la. tapi rasa rasa macam nak on 25 jam (kiraan tak wujud) pulak. pakkal la (ni words mak aku) ngenangkan bil nya nanti sesedap rasa je. maka aku batalkan niat itu. masa mula mula datang London dulu kitorang on heater 24 jam tau sebab masa tu Puteri kan baby lagi takut lah ada apa apa kompilasi eh komplikasi side effek sejuk kat badan dia. tu yang lurus bin bendul mengeON 24 jam. sekali terkujat tupai nengok bil £350++ wehh. kena catu makan ngalah orang somalia al sebab nak bayor bil heater. pedihhh

bila musim panas pulak dengan bangganya BUKAK TINGKAP 360 darjah. pheww panaihh.. siap berbeli kipas lah. ini kan pengalaman.

dah lama tak menghidangkan muka kat blog ni. jemput tengok yeh


xceli ni gambo candit. Hakim la yang mengKLIK nya. aku tak gemo gambo candit ni. sebab selalunya muka kelihatan xtra buruk kalau candit. tetiba gamba ni macam boleh pakai la chomel jugak bila candit. bukan senang nak dapat gamba candit TERchomel. aku suka amik gamba yang ala ala berlakon dan KENA BERSEDIA menyediakan hidangan wajah terpaling jelita dan boleh di pakai santapan mata hingga tua. kah kah kah ayat menjolok tekak. harap harap tak muntah la.

kalau terjumpa gamba gamba yang candit xtra buruk tu aku lesapkan dia dari SDCARD atau untag dia. maklumla muka ni bukan 360 darjah kelihatan ayu. bukan pakej model pon. kadang kadang tengah marah anak, di hamek nya gambo. udahnya muka macam singa dalam zoo. iya lah muka kena la seiring dengan emosi. takkan nak marah anak sambil ketawa berdekah dekah. tak matching la.

ada orang kata air muka aku ni sombong. bukan sombong aku CONTROL sebenarnya. tapi dah kenal TIDAK ah. friendly hepi go lucky lagi tau. ketawa suka langgar lampu merah. macam kena sawan. tapi kalau lawak yang boleh pecahkan mercury termometer je la. hahahaha kalau stakat lawak yang normal price dah diskaun tu aku pun macam teragak agak nak gelak. DC arr slalu jgak buat lawak yang tak kelakar. aku siap kata "tak kelakar lah lawak abang neh, cuba lagi yea" eh yg tu klakar pulak. kalau orang lain aku senyum je leee..

k la adois lah.

Quail Goreng Rempah

Salam,

tocey tocey kepada new reader. samaada yg di jemput baca atau tak sengaja TERbaca blog nih. membaca jambatan ilmu walaupun kat sini xde ilmu yang menggunung tu. sekadar coretan pengalaman berharga di negara orang bersama seorang suami serta empat anak. harga sebuah pengalaman yang tak ternilai.

alahai formal gila lah. boring eh. blog ni ala ala makcik makcik sket ar sebab kalau dah takde aktiviti akan tersembul gamba gamba makanan yang agak kejam meragut selera korang dan menlelehkan air liur. kejam kan. sapa suruh masuk kah kah kah. itu untuk perantau luar negara macam aku la. kalau kau hanya merantau kat rantau panjang tu duduk diam la yeh. dua minet sengah lepas ko off PC korang dah boleh carik kat menu menu marvelous kat ujung simpang kediaman korang. kalau ujung simpang kau takde ko carik kat ujung simpang kediaman sebelah. sure ada

layan citer makcik yang boring ni camtu la. merepek lebey. kalau kami pegi jalan jalan xtvt luar pintu aku akan hidangkan citer selok belok perjalanan kitorang. kalau dah tak de xtvt luar pintu maka xtvt dalam pintu yang tak berapa best lah akan jadik taruhan dalam entry blog ni. tapi tu lah nak citer xtvt dalam rumah ni brapa kerat sangat kan. balik balik lipat kain, basuh kain, dryer kain, susun kan. semua ah yang melibatkan kain. macam muntah tengok kain. macam2 jenis gunung berwajah kain ada. xtvt kutip menan anak2, layan anak2, semua macam mendatar je. FLAT je kata juri AF. kalau citer biasa tu bersifat bombastik bole la nyelit skit story nya.

sejak dua tahun duduk London minggu lepas baru le DC terserempak dengan Quail Meat kat kedai halal. tahu ke apa Quail tu .. itu nama BURUNG PUYUH la. pesal kata quail ? sebab carik nama puyuh kat London takde. soo kena englishkan nama dia. Burung yang hidup berterbangan kat park tu berlambak la. tak larat nak kiraa. rasa macam nak terkam sekor goreng pon sodap. tapi apa lah makna nya mensonglap secara haram kan. kita kan apa yang kita makan. bukan makna aku makan burung aku jadik burung. mencarik yang halal itu kan kewajipan.

ok dah bersedia dengan sesi leleh air liur.. jom la tengok hidangan yang tak seberapa sedapnya ni.



tengok lah tu akski Burung Puyuh yang seksi

Quail Goreng Rempah. bunyik macam best je dengar. tapi memang best weii best ahh dah 2 tahun tak makan nih. best arr.. dedolu arwah abah selalu ajak makan kat kedai Kari Kepala Ikan kat Sentul tu. aku suka amik puyuh goreng dia bestt..
alaa aku goreng ngan Rempah Kari je. pastu campur skit ketumbar dan jintan yang ditumbuk. jgn lupa letak garam skit. sedap makan masa panas. kalau boleh makan masa dalam kuali lagi. eh jangan laa terbakar lidah ko. lepas toskan minyak tu cepat cepat makan. baru nikmat terasa. join venture dgn kobis masak lemak putih. tu pon dah xtra best dah.

DC citer arr... masa nak beli tu sibuk si Pakistan ni mengexplain pasal Quail neh. dorang takut sangat la DC tak tahu apa haiwan quail ni. biarkan je dia citer sungguh sunguh. dah keja dia ye tak. 98% appraisal tuuuu..haha opss

masa nak gaul dengan rempah tu mak aiiii tak padan ngan cenonet, tulang tajam. sampai luka tangan ni. dah jadik Raja Bersiong. (makan darah) ieee tak la. basuh laaa. dia punya kepak, besar lagi kelingking Puteri. TAK BOLEH la KESIAN sebab nak makan dia kan. ralit la membuang tulang halus tu. EMPAT ekor habis selamat di kerjakan sampai malam. rasa dia saling tak tumpah macam ayam ja. cuma daging dia halus lagi. syok ar syok wei.

tiba tiba teringat masa mengandungkan Hakim (yg sulong) teringin nak makan Arnab. sebab geram tengok dia berlari lari laju sangat. tak pikir kesian la kan. dapat dapat makan sebab kakak DC ada bela lagi. mak buat rendang WOW best ah. puas hati.
bila Hakim dah besar mak kata "tu la ngko dulu makan arnab, tengok anak ko ni kuat lari" aik? ade kaitan ke? hahaha

itu menu lauk Isnin ... pegi la korang carik pulak.. :D

Monday 22 November 2010

Open House Aidil Adha

ini cerita hari Ahad (21 November 2010)

pagi ahad yang santai dikejutkan dengan lagu ntah apa lagu kat tipon DC. menterkejutkan bunyiknya. lepas DC bla..bla..bla.. lepas tekan buton merah dia terus kata "kak Lip jemput ke rumah. jom bersiap" BILA?? kata aku. lepas zohor. aik bukan ke zuhur 11.40 pagi. awalnya.. ehh K.Lip kata dalam pukul 1-2. tu laaa ingat ni zuhur Malaysia ke. OK la kalau pukul 1-2 sempat lagi la nak memBIKIN kek. dia jemput tak ramai katanya. yang duduk dekat dekat dengan rumah dia je. Malaysia la. kitorang pon paham dia menyewa Studio Room je. Studio Room tu situ lah Bilik tido. situ lah ruang tamu. bilik kecil untuk dapur dan bilik sederhana untuk toilet. simple untuk bujeng.

K.Lip dengan kami sesama UniKL. sebumbung keja cuma lain dept. dah tentu lah dia akademik. mula kenal kak Lip masa BMI kat Taman Shamelin Perkasa lagi. dia antara staff terpaling awal sekali menJOIN BMI. dulu2 mase memula masuk keja BMI dorang (dulu panggil instructor) suka mentanya interbiu gaya santai. tanya aku asal orang mana. aku suka jawab Muar Johor je. eh ramai pulak Johorian kat BMI tu. padahal aku bukan tulen Johor pon cuma femli Mak dan Abah memang asal asli Muar. terjangkit Muar kat mana. jawab lah Parit Nipah dan parit Jamil. waaaa rhopenya K.Lip asal Parit Bulat. wawawa aku selalu jugak makan Mee Bandung kat Parit Bulat. jejak kasih parit parit.. hehehe. ada lagi Instructor En Kamalulfaizin nama dia. edisi siasat punya pasal dia orang Parit Nipah sekampung pulak ngan mak aku punya kampung. tanya punya tanya laaaaaa rupanya sedara.. kah kah kah. punya la kechek dunia. Makcik aku (Mak Yah) kawin dengan Pakcik dia (Wak Mat) sedara sebelah arwah abah.

k.lip dtg London awal dia 3 bolan. so masa kami sampai dia bentang kapet merah untuk kami. haha eh tak lah. dia sambut dengan bunga manggar. juga tidak. apa hinggat menteri ape yang datang. dia sambut dengan set Nasi Putih, Kari Ayam dan Kobis Goreng serta Roti, Jem lagi. Jasa mu tak ku lupa sesen pun K.Lip. bergilir dgn Wife Pak Lajif hantar makanan ke hotel selama 3 hari. besoknya Kurma Ayam pulak menyusul di ikuti dengan Spagethi Bolognise. sementara nak bagi kami hilang jet-lag dan settle down. sejak dari tu anak2 sangat suka dgn spagetthi bolognise hingga saat ini. kalau ade award aku nak bagi kat dorang award. Kakak dan Abang TERBAIKKK !!

pesal byak citer k.lip neh. ni blog aku ke blog k.lip ni. aku sure k.lip tak baca blog mengarut ni. dia BUZY dgn research dia. sangat Tawaduk'. bagus bagus bagus

DC sempat ke tesco memetik stoberi dari rak. disuruh oleh aku. sementara dia ke Tesco aku mengodak tepung telur butter gula (basic cake).

tadaaaaaa...


elehhh butter cake wif whipping stoberi je. sempoi. terlewat sampai. semua orang dah sudah makan baru kitorang terkedek kedek sampai. kek punya fasal. selekeh sungguh rupa kek nih.

eh Raya lah Raya lagi.. Nasi Impit, Rendang, Lodeh, Kuah Kacang (penyebab kes jerawat aku), Mee Goreng, Kari Ayam, Karipap bulat versi sedap K.Lip. dan banyak lagi. best best best.. marvelos sume makanan bersekali dgn Kek Karet lagi. fu yohhhh tabik spring buai betul menengok makanan yang hidang dan di masak oleh K.Lip secara solo. whoaaaaa.. kalau aku, mahu pengsan tak bangun bangun. hebatt!!!! chef terunggul neh.

kami balik lewat skit mentulun lulun basuh piuk. ye la kesian tengok dia masak banyak2 sure penat berdenyut pinggang wehhh.. paham paham.. dapat pekena Kopi Susu Tarik. yeahhhh.. I Like!

Mekasih K.LIP..

Alahai alahan

Salam,

isya' pukul 5.58 petang. gila punya awal. settle anak2 ngaji sume niat tulus nak tidokan Puteri setelah seharian tak tido. bila seharian dia tak tido sistem mood jadik kucar kacir. ragam yang berpancaragam. langkah bijak aku nak caskan bateri dia dengan adegen sleeping beuty. tengok tengok dia real punya tido. macam biasa la niat tulus selalu tergelincir bila berpura pura tido untuk tidurkan Puteri akhirnya berakhir dengan aku sekali hanyut dalam dreamland. ini macam boleh membuat proses penternakan lemak berleluasa. gagah bangun untuk update blog. nahhhh.. aku di sini. perenggan ni sebenarnya takde kaitan dengan tajuk. jangan menyesal baca..

eh sebenarnya ade gak lah kaitan bangun dari TERtido tu macam biasa lah bangun dari tidor kena menggerakkan semua sendi termasuk yang takde sendi pun kena gerakkan. tetiba rasa macam hidung bengkak lah.

aku suka kacang memang suka sangat kalau boleh mencari cari kacang untuk di makan. kalau dah dapat macam tak mo berenti makan. terus menerus siaran langsung. ni la yang aku benci bin tak suka tu. bila stat je makan dengan rakus side efek mula la terasa besoknya. semalam aku telah MEMAKAN kuah kacang dengan rakus banyak kali. ni la dia alergi aku .. asal makan kacang tumbuh jerawat. isk dah lah tak di undang tumbuh pulak merata sesuka hati dia je. ada ke patut dia hadirkan diri dalam tempat sulit. oiiii bukan sulit perempuan tu. sulit dan persendirian kalau bahasa Human Resource nya. (envelop berGAM)

berani betul dia hadir DALAM HIDUNG aku. adoiiii punya lah sakit. paling tension kalau dia hadir dalam telinga lah. menderita tapi tak lah sampai pegi sepital. hari neh dalam hidung lah. tak sesuai la. walaupun kat muka nampak mentain je. tapi sebenarnya aku menderita secara dalaman. jerawat dalam hidung atau apa2 makhluk asing yang hadir dalam hidung memang seksa sebab secara otomatiknya hidung jadik sensitip dipegang pun boleh melelehkan airmata tanpa bersedih. rugi lah airmata itu. nak basuh muka pun macam terkial kial lah. ada ke cara basuh muka yang tak kena hidung. kalau tak kena hidung bukan basuh muka nama dia. itu basuh kaki tak pun basuh tangan. ya itu betul takde hidung di tangan mahupun kaki. paham ke cite aku neh. tak paham angkat tangan. (ciplak ayat cikgu2 kejap)

sesungguhnya aku sedang menderita sakit alien jerawat di dalam hidung sebanyak satu. lepas hadir alien macam taubat tanak makan kacang. tapi kalau kacang tu lalu kat depan mata macam memanggil manggil pulak aku suruh makan. cemana tu? marilah marilah marilah makan aku (kata kacang tersebut)

terpaksa lah ku tahan penderitaan ini selama beberapa helai hari lagi. sehingga dia masak ranum dan terpecah dengan sendirinya.. adehhhh!!


Saturday 20 November 2010

Hazim Assembly -Anti Bullying Week


Salam,

19 Nov 2010 - jumaat

seminggu sebelum tarikh kat ataih nun Hazim hari hari mengremind kat aku "mama, jangan lupa datang Hazim buat presentation assembly Caterpillar class" aku? OK OK..mama dan ayah datang bawak Puteri sekali yeh..

ada ja xtvt dorang ni kat school. kalau sorang anak macam2 xtvt kalau 3 anak skolah maksudnya bermacam macam ragam xtvt. mujur aku mak mak kat rumah. banyak masa lah melayan xtvt skolah neh.

Caterpilar tu nama kelas dia. Year 3 Caterpilar. melayu kata Kelas Ulat. alamak buruk pulak kata kelas ulat. euww geli ah. sebut caterpilar macam CLASS gitu walaupun sebenarnya maksud dia sama. xceli sume pelajar kelas terlibat. walaupun bukan watak utama mahupun jadik hero tapi OK la bagi semangat kat dia. bagi Hazim feel xcited kan. sempena ANTI-BULLYING kat school.

sini udah le banyak pendatang termasuk kitorang. heii kami bukan pendatang. kitorang tetamu terhormat. hehe. ala2 dijemput gitu. bukan sorang dua tau.. berENAM. harus lah bangun take a bow..
dah macam2 kaler la kat school ni. orang puteh pon macam 60% lebihnya kerinting ade, coklat ade, hidung penyek ada. macam2 ada. bagus jugak dorang buat anti-bullying week bagi budak2 bukak mata jangan BIAS dengan kaler kulit mahupon rambut kenteng macam DC.. opss... susah tu nak dapat rambut camtu. uhuk uhuk. aku lak rasa putih la bila diri sebelah pak tam atau mak tam (kang dorang tahu kalau panggil negro). ahaaha..

secara kasar dorang ni memang tak nampak macam memilih milih kawan atau anggap semua SAMA RATA. tapi ade gak stengah2 tu yang serooong je lebih2 lagi nmpak bertudung. kalau yang tua tua tu OK la. cakap pun nice je. tapi bila remaja2 neh. hek elehh kerekk semacam je. itu pengalaman sendiri la. kebanyakkan nya BAIK la. terlebih peramah pon ada.

so far kat skolah memang OK sangat. dorang FAIR n SQUARE. cekgu2 pon bestt.. lagipon ramai ah sini yang bukan tulen British. banyak jugak yang kawin campur. nampak muka sume macam mat saleh tapi bukan British tulen. banyak dari Europe la. banyak Poland. Pakistan tok sah kira la memang berlambak bahkan bersepah tak larat nak kutip. orang Arab pon sama. tengok rupa wah sume macam orang British. bila tang bercakap hancur.. kluar sleng negara memasing. dulu mula2 aku bantai je sume aku ingat orang tulen British. skang ni dah bole cam la. secepis teror di situ.

alamak TERpanjang pulak mukoddimah .. isik sikit ja. macam makan ketam.
pagi Jumaat tu semua kena settle kan pagi pagi lor nak bersiap nak pegi skolah Whitehall Junior School beramai ramai. Puteri pulak tak bangun bangun. apa lagi herettt je la dia eh tak tak dukung je dia duduk tido kat dalam tu. kan dah kereta sejati dia tu. so duduk dalam tu slumberr je sambung tido. sampai masuk dewan pun tido gak lagi. sampai mujik berkumandang baru le sedor diri.

ini mereka sedang bercerita. secara gilir gilir.

tengok la kepala students kat gamba neh. macam2 kale ada..
gamba ni mase dorang tengah menyanyi


bila tengok dorang buat presentation kagum la sebab budak budak ni takde malu2 laa.. slamber je. berani betul. SEMUA amik bahagian xde berkecuali pon. tak gentar atau gugup langsung. cuma ade la sorang dua yang lupa lirik. eh tak dorang miming ja. lupa dialog. best laa FUN lah tengok budak cilik berlakon. kecik kecik dah pandai cakap omputeh. hahaha.. dengan kita tengok ni rasa nak berjoget kat situ gak.


abis dorang buat presentation Headteacher (kepala cekgu) buat la ulasan diiringi dgn kata pujian melambung lambung kepada kelas neh. wahhh berbunga bunga sunyum mereka kena puji ngan Kepala Cikgu. kagum tengok costume beruang, deer, tupai. bergema tepukan gemuruh macam guruh..

pengetua dia sempoi lah. Mrs Nightingdale (tak tau nak translate ape nama dia neh) peramah dengan semua ibubapa. dia boleh kenal dgn setiap ibubapa anak siapa. teror betul. kan ramai. syabass ..siap cam muka DC yang Pan Asian tu. ekekekekeeeee..

gitu la kisahnya.. bedtime zzzzz

Friday 19 November 2010

The Lion King Teater vs Ikan Bakar

Salam,

17 Nov. 2010

xceli rabu smalam nak citer pasal Lion King neh. tapi sebab kedatangann tetamu 'mainan lembut' yang tak di undang tu telang memotong dan mematikan mood dengan tiba tiba. grrrr..!

Sekolah Hakim tawarkan sapa2 yang nak tengok teater The Lion King secara life kat
Lyceum Theatre Wellington Street London WC2E 7RQ. Hakim pulak memang jenis yang suka action action atas pentas ni soo dia NAK sangat la pegi. rupanya kena bayar. £12 sorang kanak2. takpe la ikut school trip.

sekolah Hakim ni kalau ade trip ke mana2 mereka akan offer parent sebagai pengiring. wahh DC pon amek le kesempatan menJOIN dua kaki ngekor. di samping bole tengok2 kan Hakim kan. FREE wehh sapa tak mau. tapi kalau teacher mereka luluskan la. manalah tahu ramai pulak parents anak2 org lain nak join sama kena lah mengalah. eh eh sekali skolah panggil pulak untuk taklimat. kalau dh panggil tu makna nya boleh la pegi. yuhuuuu DC kata.

aku ? aku tak pegi la macam biasa emak emak tempatnya kat umah. lagipun nak layan teater kanak2 mcm ngantuk je. lagipun xkan nak tinggalkan Puteri. sebab lain pulak takkan la Mama dan Ayah sekali pegi macam TERLALU ambik kesempatan pulak.


DC pegi bukan saja saja. tapi ade tugas dia. dia kena mengawasi kanak kanak sebaya ngan Hakim (kawan2 Hakim) sorang parents kena jaga 4 kanak2 termasuk anak sendiri. alaaa mudah.com je. memang anak dah ada 4 soo pengalaman luas lah. ahahaha. mereka pegi pukul 11.30 pagi balik dah petang dekat pukul 7 malam.

aku ?? duk rumah berduet la ngan Puteri. melayan dia. xde kawan nak lunch so lambat2 la makan. lepas berBELIAN kat Wilkinson ambil Hazim dan Hariz. balik. LAPAR tapi kena makan sorang2 aku pun TING !!! dapat idea nak makan IKAN BAKAR cicah AIR ASAM. lauk untuk orang pemalas lagi memalaskan namun boleh membuat aku makan 3 pinggan wehhh..
sebab DC bukannya sekongkol dengan golongan penagih ikan bakar macam aku. tak payah ada pelakun lauk sampingan pon takpe. yipiiiiii..!!!! yang sedey takde kawan nak makan sesama. terkulat kulat makan sorang. kalau kat Malaysia, balik rumah mak la best. sume femli peminat tegar ikan bakar. kadang2 mak siap tipon suh balik "Mak masak ikan terubuk nih. ngko mesti suka. balik tau" alahaii terngiang ngiang kat tinga neh. Mak.. mak.. mak.. mak makan ikan terubuk ingat kat orang tak??
sebab aku kalau jumpa ikan terubuk tu akan berejam kat meja makan tak bangun sebab ralit membuang duri ikan. walau ikan tu byak duri tetap aku sabar merobeknya. sebab ikan tu BESTTT..eh best lah sebut duri. ye la sebut tulang mcm ayam. soo cakap duri la baru ikan.


kalau nak pegi Jalan TAR, nak beli2 kain baju kurung murah2 ke mak siap kata "kang sebelum balik jom kita makan ikan bakar kat Masjid India tu" hehehe aku pun YEAYYY sunyum sampai telinga. tak payah pegi ke Muara Klang ke atau ke Bagan Lalang ke. kat jalan TAR pon ON je. lagipun makan kat pantai2 cenggitu mahal. soo kat situ OK sikit la.

dah lama tak memBAKAR bakar spesis ikan. kalau bakar2 ni tahu lah rumah ni berkepol asap. habis satu rumah bau ikan. ada ada exhaust fan. tapi macam sopan santun je ngipas. keinginan dah tak boleh ditahan tahan lagi dah. lantakkan dengan asap itu.

dorang balik tu Ayah dan Anak enjoy la.. aku?? duduk rumah ENJOY dengan JACK FISH BAKAR cicah Air Asam. eleeehhh kat M'sia xde le heran sangat kan. bila kat UK jadik DOUBLE bestt.. (pujuk diri)

RUPA-RUPAnya tiket teater tu £30 seorang. tapi sebab pegi ikut trip skolah £23. Kami bayar untuk Hakim £12 je soo yang lebih tu skolah sponsor.. best kan. rezeki. tambah pulak DC pegi FREE. DOUBLE best!

oh ya.. Hazim Hariz balik skolah tu aku bagi dorang makan ais krim. hahaha sejuk2 makan eskem. abis nak tunggu Summer lama sangat. slalu dengar org kata pasal eskem BEN & JERRY's tu sedap soo usaha jugak beli satu. patutla sedap mahal gile. £4 lebih. dah la kechekkk ja. nak rasa punya pasal beli gak la. pasni xde la dahh.. asyik tersebut Tom & Jerry. tak pon Jim Carey.. sama pulak rima dia.

mula2 beli tu makan la ramai2. semua makan. makan sikit2 je sebab mahal. termasuk Hakim. Malam tu dia menangis nangis Asthma. kesian dia. lepas tu dia sendiri yang tanak makan. sebab dia kata Hakim takut nak makan nanti malam Hakim tak boleh BREATH. sebak je muka dia cakap camtu. la haii syahdu nya denga. sejak dari tu semua org STOP makan. tunggu Hakim xde baru boleh makan. menghormati dia yg xleh makan. kebetulan hari tu Hakim xde so aku bagi la Hazim, Hariz dan Puteri makan.


best ar best best.. tengok la kat kotak dia neh. kata ada kacang tapi tak jumpa2 pon kacang. dah nak habis baru lah enjoy kacang bersalut coklat duduk tertanam dalam eskem tu. kena sabar makan baru jumpa. isk buat tektik betul la. haiyaaa..patutlah kotak tu kata "A Flavour with a Mission"

tu je citer ENJOY dari aku. korang rasa mana lebih enjoy Lion King Teater atau Ikan Bakar????

opssss.. gamba kat bawah ni story pasal FOGGY masa Hari Raya Haji ritu. tapi ini gamba hari ini.. foggy jugak. seram lagi. forecast weather kata NEXT WEEK MAYBE SNOW.. horeyyyy.!!!



Thursday 18 November 2010

Bukan Susah Faham Perempuan

Dear Diary,

semalam Hari Raya Korban di UK. hari ni Raya Korban di Malaysia. korban? apa korban bagi aku ? aku kini sedang berkorban. aku korban kan kerja di opis tercinta dengan menggadaikan seniority yang lenyap selama 3 tahun. korban kan cuti dengan tidak mempunyai gaji semata mata mata telinga seluruh organ dalaman aku mengabadikan pengalaman menjadik suri dalam rumah untuk suami dan anak anak tersayang. bukan mudah nak membawa diri bersekali dengan jiwa di negara orang yang amat asing bagi aku.

aku selalu kata bukan susah nak dapat kegembiraan aku. TETAPI bukan mudah juga nak faham aku. corak pemikiran seorang perempuan macam aku sukar di ramal tapi mudah di kaji. sama macam memilih lampin pakai buang untuk anak jenis A; 54 keping berharga £6.99 dibandingkan dengan 2 beg bukan brand pampers setiap satu 32 keping berharga £7. kesimpulan nya jenis A adalah £0.127 pence selai dan Jenis bukan pampers di dapati £0.109 pence selai. nampak macam komplicated tapi ending nya aku nak tahu selai brape sen dan berapa aku boleh jimat dengan menganalisa selai lampin je. walaupon hakikatnya jenis A itu lebih cantik kualiti nya. macam tu la AKU nampak simple tapi sebenarnya complicated. simple math je.

bukan susah menjaga sudut hujung hati aku ini contohnya aku kirim beli gula tapi di beli gula merah walau pon nama dia gula namun kualiti tetap tak sama. aku lebih rela jawapan nya tak ada, habis, kedai tutup. walaupun jawapan tersebut adalah tipu. aku sanggup minum air tak ada gula dari minum air bergula kan gula merah. baik tak payah beli kalau beli pon salah. macam tu lah aku beli nanti hati pecah. ini contoh saja

graph mood hari ni kurang stabil. bila marah jatung bergerak sangat laju. nafas mencungap. telinga jadi panas dan kebas. muka jadi KETAT. kalau aku cuba berkata kata seperti di rasuk. lebih baik aku DIAM. walau pun kata kata yang di rasuk itu adalah sebenarnya BENAR dan BETUL serta selalunya FAKTA.

fakta di mana AKU TAK NAMPAK BEZA SOFT TOY HARGA £12 DAN SOFT TOY HARGA £0.10p. kat mana beza dia ??? mana?? "%£%$£$^%$£^%*(!!!£"%$ (sedang memBEBEL...) SORRY tu tak dapat pulangkan balik RM60 itu. lebih baik aku beli tudung dapat juga pahala.

aku ter FIKIR FIKIR nak beli thermos yang dah hilang penutup dalam dia selama 2 bulan. dah angkat letak balik dah angkat letak balik sebanyak 3 hingga 4 kali. akhirnya aku beli sebab terlalu mahu bawak air panas kalau keluar sebab cuaca sejuk. bukan mahal pun £4 je. £12 tu tak boleh kah fikir LAPAN kali. hah! sama nilai dengan Susu dan Pampers anak. tahu?

aku nak beli Tuna Chunk dalam tin tercarik carik kalau ada yang harga £0.50p tapi 15 minit tak jumpa. last sekali amik jugak yang harga £0.87p tu pun yang termurah dan berjenama Tesco. kan bagus kalau £12 tu boleh beli Thumb Drive atau Memory Card berbanding SOFT TOY itu.

sudah lah aku tengah marah neh.. tengok.. aku tak gelak pun apatah lagi senyum.

Tuesday 16 November 2010

Salam Aidil Adha

Happy Eid Adha,

sesungguhnya tiada apa apa yang berlaku sempena Eidul Adha kat sini. tiada makanan best best. serupa jek ngan hari hari biasa macam isnin selasa rabu kami dan jumaat. breakfast nasi goreng. anak anak telah DC cutikan sempena menghormati hari ini. heiii kami sambut sehari lebih awal dari Malaysia lah. 16 November 2010 !!

malam Aidil Adha DC pegi join geng Brunnel bertakbir ke rumah kawan kawan secara bergilir. Hakim ikut ayah. seronok dia sebab dapat naik kereta katanya..haha. Besoknya kira hari ini lah, DC ada Lab kat Universiti. tinggal la kami kat rumah bercuti cutian sambil bertibi kan kartunberbackgroundkan takbir raya. arhghhh takde la sedih sangat. hati dah kebal agaknya. dah macam kental dan utuh.

DC balik tengahari, then kami join pegi jamuan raya kawan yang buat open house. owhhh dapatlah makan Nasi Impit, Lodeh, Rendang Daging, Kuah Kacang, Ayam Merah dan Bihun Sup. SERONOK nyaa.. tak terhingga. best best best love it. Thanks a lot Jep n Zah serta femli

balik tu singgah Tesco beli stok groceries. seharian ni memang foggy memutih 360 keliling. huyooo rase macam kat Genting Highland laaa.. macam laluan nak ke Genting makin tinggi makin memutih camtu la kat sini. terkejut jugak selak langsir tak nampak apa. balik dari Tesco tu ikut laluan padang bola. mak aihhh 2 meter kat depan tak nampak apa. tetiba ada manusia tersembul keluar dari kepulan kabus tebal tu. seram wehh macam dalam filem citer hantu tu. HORROR betul ko. tapi bila kami redah je kabus tu tak la gelap sangat. tapi dia punya kepulan tu dahsyat. muka pon rasa teballl sebab sejuk amat. kalau boleh telinga pun nak keluar asap. aik? boleh ke telinga melahirkan asap? ntah. berkepul di udara. hidung dah pedih. pengalaman betol. Subhanallah hebat ciptaanMu.

sekarang waktu solat jugak semua sudah awal. tengok eh.. Subuh : 5.26 am ; Zuhur : 11.47 am ; Asar : 1.49 pm ; Maghrib : 4.12 pm ; Isya' : 6.02 pm... lepas maghrib pukul 5 petang tu dah gelap gelita dah. bila dah gelap gelap ni mata pon mula terkuyu kuyu. macam xde semangat nak bergembira. woii aku pasang lampu laaa.. hahaha..
ok teruskan.. bila dah sejuk berlipat lipat ganda ni kami mengeON heater. takut jugak anak anak tak tahan dengan kesejukan luar sampai menyelinap masuk ke dalam rumah. keep warm. hangat

gitu la citer Aidil Adha di Benua Europe ni. lebih rendah dari biasa.

mintak diri dulu. eh sopan nya anak sapa lah ni. maaf sudah berpunya..ngeh ngeh ngeh

Monday 15 November 2010

Mini Chopper Kenwood CH180

Salam,

entry khas promo..

ada kawan kawan yang tertarik dengan citer aku pasal penggunaan gadget harian aku kat dapo. telah aku ceriterakan al kisahnya kat entry lepas. kali ni aku upload gamba nya sekali yeh. mendalah ni cinonet je. boleh nyelit kat mana mana bagian dapo korang. duduk berjiran jiran dengan cawan. memang kegunaan HARIAN. aku promo bukan sebab dapat apa2 royalti pon. just nak sharing benda yang aku rasa MEMUDAHKAN dan MEMPERCEPATKAN keja dapo aku. orang kampung aku kata SHARING IS CARING.. aku tak pasti lah menda ni ada jual kat Malaysia ke tidak. kalau ada baguslah. beli je lah kat tanah air tempat tumpahnya darah ku.

ini CIRI-CIRI tuan punya diri yang aku cedok kat Mamat Google :

"Kenwood CH180 Mini Chopper The sleek Kenwood CH180 mini chopper is a powerful and compact chopper which features 2 speeds and a 350ml bowl with 150g capacity. Offering easy to use one-touch control, the Kenwood CH180 features stainless steel blades for consistent results and with 300W of power, you will be able to get your chopping done quickly and efficiently. An ideal tool to have in the kitchen, the CH180 mini chopper features a cord grip for tidy storage when not in use. It also has a dishwasher safe bowl and smooth design for easy cleaning. The Kenwood Mini Chopper is a Delia cheat gadget. Features Delia Cheat Gadget 2 speed mini chopper Stainless steel blades Safety interlock system dishwasher safe bow"
selebihnya boleh check REVIEW kat internet. apa kata testomonial. check it out, yeah.

ini pulak WAJAH CHOMEL nya :


asyik citer pasal ke best an nya je. meh citer pasal keTAK BESTan nya pulak. Mini Copper ini TAK BOLEH :

1) memBLEND cili kering bertukar menjadik Cili Boh.
2) apath lagi daun teh menjadik teh boh. haha
3) menserbukan spice contohnya : lada hitam biji menjadik serbuk lada hitam, kayu manis menjadik cinnamon.. gitu laaaa..
4) belom dapat pikir lagi..
5) nanti kalau ada aku jumpa aku isikan tempat kosong..hehe

nak suruh aku belikan BOLEH.. BELIKAN yea bukan Jual amik untung tuuu.. hehe.. harga £17 sebab sekarang tengah promotion sempena Krismas ada diskaun murah la dari harga biasa. selepas 25 Dec 2010 harga dia lain dan mahal. convertion terkini £1 = RM5.04. pembeli serius sahaja email kepada rafidah.mohamed2010@gmail.com aku akan bagi detail no akaun. bank in wang baru aku beli barang. kalau suruh belikan dulu memang jawapannya TAK DAPEK NAK NOLONG.. kehkehkeh.. ayat orang sengkek.

penghantaran tidak boleh serta merta sebab POS MAHAL. kalau nak jugak ada BANYAK EFFECT dekat harga dia. tunggu la adik aku datang atau pun aku kirim kat sapa2 kawan2 yang nak pulang sempena apa apa perayaan. kalau ada kesabaran yang tinggi gunung everest bleh tunggu aku pulang membawanya kelak lagi setahun. terhad kepada ENAM ketul je. kang kalau lebih2 kena cukai dan takut lebih muatan pulak. SAPA CEPAT DIA DAPAT

aku tolong belikan YANG BARU DARI KEDAIIII.. fresh dari ladang. ewahh. tidak beli di CBS sebab susah nak carik. atau memang aku tak pernah nampak pon. lagipun takut cepat pulak rosak. ye la kita pon tak tahu ntah berapa kurun mereka guna. sebab lain mungkin korang sensitif dengan bekas penggunaan oleh omputeh. takut dorang TERchopper daging yang ntah apa apa. yuck!. jenuh pulak nak menyamak nyamak bagai. so brand new. SELAMAT. gunakan tanpa was was.

sekian IKLAN untuk hari ini. selagi stock masih ada yea.. :)






Saturday 13 November 2010

Hakim 9 years

Salam,

mengandung anak sulung lepas 4 bulan nikah cukup buat DC rasa macam nak terbang jalan terlompat lompat kegirangan. kalau kini aku tanya perasaan dia waktu mula mula tahu aku peknen Hakim dia boleh kata "rasa macam nak tegur semua orang dan kata heiii wife aku pregnet anak aku laa" nak pegi cakap kat semua orang kalau boleh kat semua termasuk sapa sapa yang lalu lalang depan dia. sapa2 yang dia tak kenal pon. hahaha boleh macamtu sekali dia punya xcited sampai senyum senyum sendiri setiap masa.

kawin umur remaja hingga lahirkan anak sulung aku masih remaja. jiwa remaja. jasad apatah lagi remaja. 23 tahun mengandung macam tak percaya. boleh ke aku menjaga anak dengan usia muda. aku je rasa muda. DC kan dah time limit kena ada anak. yela masa tu dia 31. dah macam bapak bapak sepatutnya la. aku pulak tak rasa macam pregnen langsung. orang nampak cergas semacam. perut pun lambat nampak. dah 6 bulan ke atas baru la nampak. 7 bulan baru terhegeh hegeh pakai baju preggy mommy. tu pon sebab semua baju kurung dah tak muat. kalau masih muat sampai nak beranak pon aku masih pakai baju kurung. sampai Kakak Ipar aku siap bagi pinjam baju masa dia peknen sebab dia ingat aku memang tak beli baju mengandung. jimat duit. ahah

persiapan baby pulak waktu tu memang tak tahu sangat nak beli apa apa. hanya bergantung kepada majalah je apa ke yang patut beli. tengah tunggu hari baru nak beli. aku ingat lagi masih segar di ingatan. beli ONE SHOT kat JJ Wangsa Maju. dari sekecik sock sampai ke sebesar play pan katil baby tu. SEMUA kat situ. hampir 6 ratus habis. sebab kami pikir lepas ni tak payah nak bizi kesana kemari carik barang baby. mahal la memang mahal la tapi untuk anak sulung macam berbaloi sebab nanti barang barang tu akan turun kat
adik adik dia jugak.

Hakim dulu lahir kat Ampang Puteri Specialist Centre. dari check up sampai lahir. ehemmm mahal sehhh.. tapi masa tu BMI belum UniKL. masih kaya. fully sponsored weh. best arr. mewah. sume boleh claim punya. hospital pon best. doctor best. Dr. Jamilah. sekarang dia dah Datuk Dr Jamilah. Presiden MERCY Malaysia. consultant fee dia skang dah MAHAL. dulu tak lah semahal sekarang. dapat bilik pon single siap DC tido lepak tidor sekali. Labour room pon bestt. besar. ada TV. pendek dan panjang kata mewah lah..Alhamdulillah

bila dah cukup hari check up macam biasa. tapi tak ada tanda tanda nak bersalin. doktor pelik. sebab hari sepatutnya aku dah rasa sakit tapi aku TAK. cemana tu. baby dah turun. dah kat bawah. jalan semua dah ada. aku maintain relek je. boleh shoping2 gelak gelak macam biasa tak de pape berlaku. takde yang pelik. doktor kata dia pelik kenapa aku tak sakit sedangkan aku sepatutnya dah sakit. arhhh sudahhh.. ape neh. kes pelik nih. doktor kata aku dah biasa senggugut sebab tu aku tak rasa apa apa. maka doktor mengINDUCE aku secara rasmi lepas 20 minit di induce (masuk ubat sejenis air yang gantung tu di salur ke dalam urat lengan) barulah aku rasa sakit. aku pon tak berapa tahu macam mana sakit nak beranak. 1st time. nurse kata kalau rasa nak terbuang air besar bagitau mereka. aku cuma rasa sakit pinggang je. sakit belakang. 15 minit hempas pulas nahan sakit tetiba baru aku rasa nak ter ehem ehem. then 2 minit setengah lepas tu sepantas kilat aku meneran dah LAHIR lah ILMI ABDUL HAKIM. yang kami panggil Abang Hakim hingga kini.

sepanjang masa DC teman aku tak jemu dia layan kerenah aku yang tah apa apa. sepanjang mengandung sedih yang ntah apa2. tetiba menangis xde sebab. membasuh selimut yang kena muntah morning sickness. teman kan aku yang tak boleh tido malam. terjerit jerit sebab kaki cramp. kejang amat sangat. tak boleh terlalu sejuk. tak boleh pulak panas aku akan mengamuk. haishh macam macam perangai mak muda ni. tangan kaki semua bengkak. pagi pagi sesi mengurut dulu oleh bidan DC baru boleh bangun. tak boleh bising bising. radio kuat pon boleh pening. perfume bau kuat pon pening. DC tak pernah miss teman pegi check up dari 2 bulan mengandung anak sulung hingga lahir anak ke empat. kesetiaan tak berbelah bagi. (opss termasuk babak romantis pulak)

Hakim tak lama dapat bermanja secara solo sebab umur dia 4 bulan aku mengandung lagi. ermmm REZEKI kan. ok citer tu nanti kita masuk dalam entry Birthday Hazim pulak.

Hakim lahir 3 kilo. boleh dikira kecik sebab dia lelaki. mata dia bulat masa kecik. hidung mancung. ramai orang kata muka dia lain. lain sebab macam ada MIX. padahal KAMI melayu TULIN. mix seperti Pakistan atau Arab. kadang kadang TERpercaya kata orang tua. bila masa kita peknen ada sesuatu yang kita selalu terkejut akan sikit sikit kena kat anak kita. eh tak paham kan. citer dia macam ni. aku dulu ada bos. dia memang ada keturunan Pakistan. muka dia pon Pakistan real la. so kawan kawan kata .. heiii muka anak engkau macam En Fathil laa.. aku ketawa je.. dulu bos aku tu garang. aku dah biasa tak de la takut sangat, suara dia kuat. bila dia panggil aku Rafidah !!!! kuat gila. padahal dia bukan jerit tapi sebab suara dia kuat dengar macam jerit panggil aku. aku pulak suka terkejut. kalau dia panggil serius aku akan terkejut hingga tersentak.. sentak macam kena sergah. hah dah paham. bagus lah. kebetulan je tu. ahaha

alaaa aku takde gamba dia mase kecik la sekarang. adaa tapi kat rumah kat Malaysia. dulu2 orang yang pakai Digital Camera ni mcm golongan bangsawan. aku kan kebanyakkan makanya takde lah digital cam. so sume dalam bentuk dah print dalam album. takde salinan lembut (softcopy)

Hakim tu ada asthma. semput dari kecik membawa sampai besar. tak boleh lasak sangat akan tercungap cungap sesak napas. malam malam selalu menangis sebab susah nak napas. bagi inhaler baru bole breath like normal. dulu masa kecik mulanya kahak banyak dalam paru paru selalu jugak masuk hospital. dari montel sampai lah susut badan. mula mula tengok dia kena gas tersiksa dia. meleleh air mata ibu aku. tak tahan tengok dia. dia sakit aku yang nangis. sungguh pon macam tu dia sangat aktif dan lasak. kreatif keterlaluan. pernah umur 2 tahun terlalu nak berlari yang extreme hingga jatuh kena bucu sofa rumah mak. bucu tu tajam. berJAHIT kat kening. kalau perati betul betul kening dia nampak lagi kesan sampai sekarang. kalau nak citer pasal dia 1001 entry pon tak cukup.

dia ni berani sungguh la tak takut apa pun. buat apa saja yang dia pikir boleh. redah je apa yang dia pikir dia mahu buat. tak fikir kesan akibat langsung. dia suka tanya itu ini. banyak soalan pelik pelik. tanya apa sahaja tentang apa yang dia nak tahu. dia amat perlukan penjelasan yang saintifik. tak boleh jawapan main agak agak. dia akan tanya sampai dia puas hati. aku pon kadang kadang lost. serah jawapan kat Ayah yea.

sempena kelahiran HAKIM yang ke sembilan ni. MAMA doakan SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH, MENDENGAR KATA DAN HORMAT MAMA DAN AYAH, PANDAI JAGA ADIK ADIK. BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

sempena besday boy ni aku pon treat la dia special skit. bagi la apa dia nak. selalu mintak jarang dapat. kali ni mintak la apa pun KAMI BAGI. tapi ada limit la. pagi pagi pujuk pujuk mama nak beli BAKUGAN (sejenis mainan tah apa tah) kena beli 3 la pulak. baru adil. aik? ni besday sapa neh. kalo tak bergadoh . haru biru kuning merah oren sume kuar. semua pon join sekali. beli besday cake. junk food. celebrate ngan adik adik. gembira mereka.

ramai ramai nyanyi Happy Birthday to You...

kek tesco je yeh. murah dan semua suka.

birthday boy .. senyumm je dia hari ni..

isk isk si kecik tu pon nak enterprem masa Birthday Abang Hakim
(orang kata muka mereka ni sama..ye ke?)
Puteri pon nyanyi lagi Hepi Beday to You tapi dengar 'to you' je. haha



kusyuk potong kek. dah besar dah Hakim. kejap je. fresh lagi ingatan lahirkan dia sekarang dah bujang.
Syukur Alhamdulillah.
Sentiasa ingat KAMI SAYANG HAKIM.


Friday 12 November 2010

Kenderaan ANAK kami

Salam,

korang tahu tak KAMI kat sini tak pakai kereta. memang tak ada kereta dan tak beli kereta pon. ada jugak pasang angan angan nak pakai kereta tapi banyak sgt kerenah nya. duit sana duit sini penin kepala so tak fikir dah. selamat duit dan bebas kan otak. ringan skit.

kan aku selalu cerita dalam entry2 yang lepas kami kemana semua guna public transport. memang agak susah tapi tak apa lah. ini hanya ujian sementara saja. aku pasrah. walau pon selalu jugak a merungut penat, sakit kaki, letih betis bengkak, tapak kaki kebas dan macam macam lagi lah. anak anak pulak dulu dulu memula selalu jugak tanya kenapa kita tak pakai kereta. jawapan kami hanya sama tiap kali tanya sooo sekarang mereka dah lali dan tak tanya dah. paham agaknya. walau pon tak berapa nak mengerti sangat soal kewangan orang dewasa tapi mereka cuba jugak memahami.

kitorang kalau pegi mana mana memang kena bawak anak duduk dalam stroller sebab kat sini adalah salah mendukung anak tanpa bantuan sokongan apa apa. sebab kalau jadik apa apa kat budak yang kita dukung atau pimpin tu kita boleh di dakwa (kalau tak silap) sebab kelalaian penyebab kemalangan. tak jaga safety. kat ini safety first. naik kereta pon carseat sorang satu kanak kanak. apatah lagi pejalan kaki tegar macam kami.


BRAND : COMBI
sangat suka ini

mula mula datang London dulu dengan berlagak tak mahu bawak stroller sebab cehhh DC kata "nanti kat sana kita beli la yang baru murah murah cantik cantik" yea memang betul la. tapi depend pada design la kan, kalau sempoi harga pon sempoi. ko bayang la datang tak bawak stroller mendukung kulu kilir bawak baby usia Puteri ketika tu 4 bulan lebih. bengkak memang bengkak lengan aku. cramp abis lengan. Puteri pulak mase tu 'semangat'. kami sampai dah lah tahun baru 1 Jan 2009. kedai semua pon pegi cuti. tak mahu kaya lah mereka ni. malas kerja. tutup semua kedai. hari ke 4/5 camtu baru dapat beli stroller. itu pon yang paling murah dan sempoi. sebab pikir tak apa lah buat sementara je. nanti ada masa lain bile la beli lain yang proper konon. dah tak larat nak berdukung dia kesana kemari. lenguh sume otot. jadi masa datang tu kami menginap kat hotel Travelodge. so banyak duduk dalam bilik je tak ikut keluar sebab tak larat nak dukung dia. DC yang pilih. aku pulak dah tak dapat nak pikir dah sebab letih sangat dan nak marah je. so rembat je la asalkan boleh letak budak ni.

padahal kami dah beli stroller paling mahal dan amat bagus dah. beli kat Mesia. kat KLCC sana. tu dia punya lah nak sangat. tak penah penah beli barang kat KLCC tetiba terbeli pulak stroller kat situ. mengidam kot. eh boleh makan ke? keras la wehh.. stroller tu ringan. cantik. smoothh je bila tolak. boleh baringkan baby . kaler maroon tu unisex kan. tak la nampak gurl sangat dan tak nampak macam boy sangat. beli duu pon masa zaman Hariz nak lahir. Stroller zaman Hakim Hazim dah habis hancur sebab paham paham la yang menginapnya budak berdua tu sekali harung. lunyai. sponge kat seat dah rasa papan dah kesian pulak nak bagi anak no 3 duduk. macam sedih je. so beli la baru brand COMBI aku suka sangat. memang aku NAK sangat stroller tu dan beli memang bergadai bergolok hahaha.. tapi bila DC sogok aku dengan kata kata manis nak beli lain yang lebih cantik dan best. aku pon beralah laa ikut la kata dia yang konon nya bernas tu. sampai sekarang aku masih SALAHKAN dia kalau aku ungkit ungkit tak bawak stroller yang kat rumah tu. hish.. geramm

BRAND : CENTURY attach with BUGGY BOARD
(stroller dan buggy board ni beli asing asing)

soo hari 4/5 datang London DC pegi survey la kat Argos nun. bila dia dah pilih tunjuk kat aku then aku suruh proceed je beli sebab dah tak tahan nak dukung Puteri yang bulat masa tu. kena pulak waktu tu Winter dengan sejuk tercungap cungap dukung. dah beli tu baru perasan yang stroller tu baby tak boleh dibaringkan. just duduk semata mata. Puteri pulak masa tu belum pandai duduk lagi. tapi dah terbeli terpaksa la duduk kan dia jugak. sudahnya masa nak tido punya lah susah nak tido kan dia. bila dah tido kesian tengok dia terLENTOK je kepala sebab tak boleh nak baring. lama jugak pakai stroller tu sampai Puteri pun macam dah terbiasa pulak tak kisah pon tak dapat baring pon dia OK sebenarnya tapi aku pulak rasa kesian. Century nama dia.

mula mula datang dulu dalam seminggu tu ntah brapa kali ulang alik pegi Town Centre. korang tahu lah nak mula kan hidup baru dengan anak empat kat sini bukan senang. kalau pegi honeymoon senang lah hanya pikir perut sendiri. lapa semua boleh lagi tahan tak kisah punya kan. tapi bila beranak pinak ni. kena la stok makanan melimpah ruah. nak nak pulak masa datang dulu tak bawak 1 sen pon reta benda dari Malaysia. pendek kata sehelai sepinggang. hanya semata baju besar baju kecik seluar besar seluar kecik. periuk belanga apatah lagi. dari sekecil sudu sampai la sebesar periuk kuali semua kena bergadai kat sini. macam pelarian rupa dia. reta benda periuk belanga tu kalau jenis mainan yang plestik tu tak pe arr ni yang steel yang chrom besi punya spec. berat wehh.. berat gila denga berjalan kaki bawak bwang barang2 berat winter pulak tu. memang calar balar la jemari mulus DC tu haha.. MUJUR la ada stroller Puteri sebagai penyelamat. kami sidai kat stroller dia tu. bayang la periuk belanga tersadai kat stroller dia dah macam traktor binaan punya wheelbarrow. tapi tu la MAINTAIN je tak pulak tebalik ke. tak pulak terjatuh kebelakang ke. MAINTAIN KUKUH BERDIRI DENGAN GAGAH walau pon ciri ciri keGURLan berkaler PINK itu.


BRAND : TAK INGAT tapi Colour HIJAU

masa tu pulak Hariz belum berapa besar sangat. umur dia baru 2 tahun setengah. jalan kaki pun tak berapa lancar. wei bukan jalan macam dalam playgrond tau.. jalan macam orang dewasa 3-4 kilometer tau.. jauh tu. adoyaii jenuh la bawak dia berpimpin tangan. ikut langkah kami yang besar dan laju neh paham la kan asyik la nak terjatuh sampai berdarah lutut dia ntah brapa kali jatuh. yang bagusnya dia penat balik rumah tido. haa senyap. kesian jugak kat dia. tak reti apa lagi dok ikut mama ngan ayah kesana kemari. mase tu abang Hakim ngan abang Hazim dah start sekolah. Year 1 dan Year 2. school sampai 3.20 pm soo Hariz terpaksa ikut kemana kami pegi. nak naik bas macam tak berbaloi pulak sebab dekat sangat. bila dah 2-3 minggu tu kesian sangat tengok dia asyik la terjatuh jalan pun lambat sangat macam terlari lari nak kena ikut tune mama ayah jalan kan. so kesian punya pasal kami beli lagi 1 stroller. jenis buggy. simple punya la. patutnya dia kena pakai yang besar sebab kaki dah terkeluar dari stroller tu sebab dah besar sangat. tapi kami paksa jugak lah dia naik stroller tu. senang sikit.


BRAND : MACLAREN

bila dah lama tu kesian pulak tengok Puteri yang masih lembut tu tidur utk jangka panjang kat stroller tu terlentok lentok kepala dia. so aku mintak la DC belikan stroller yang lain. yang boleh baring punya boleh dapat dia tidur dengan selesa. ye la kalau keluar kan ambik masa lama. dia pulak kecik lagi perlu waktu tidur yang lama untuk membesar. tengok selalu tidur siang dia terganggu sebab tak dapat nak baring dalam stroller. kami beli la jugak brand MACLAREN tu. masa tu ada la diskaun kat TKMAX murah dari harga kedai harga asal. bila dah beli ehhh Puteri pulak rasa macam pelik kot sebab selama dia dtg sini duduk dlam stroller boleh duduk je. tetiba kena duduk dalam stroller kena baring pulak. lama jugak nak sesuaikan diri. tapi lama2 dia OK je. kadang kadang meragam mintak dukung. agaknya tak boleh tengok pemandangan kat depan. haha. dah pandai cuci mata.. hehe. bila dah pakai stroller Maclaren tu baru tahu tak la best mana pon pakainya sebab bila beli barang berat2 sangkut kat belakang dia asyiklah nak tergolek ke belakang. jenuh la ntah brapa kali jatuh. ye la kami pegi sangkut semua benda berkalsifikasi berat macam bawang, susu, pampers, kentang. dahlah kat sini banyak guna botol kaca sebagai bahan pembungkus. berat la apa lagi. tapi bagus untuk recycle. dok la terlentang stroller tu. akhirnya kejap je pakai. kalau untuk orang yang ada kereta tak menghangkut makanan kat belakang stroller tak apa la. keluar hypermarket keluar barang2 dari dalam trolly terus masuk dalam bonet keta. senang. ini tak sangkut dulu bergayut gayutan nak jalan pulang pulak. jenuh wehh.. maka pakai lah balik stroller Century tu yang beli 1st dulu.

bila dah sebulan dua tu pikir pulak susah pulak pakai sampai 2 stroller Hariz 1 Puteri 1. kadang kadang bas penuh nak bawak 2 stroller dalam satu masa kadang kadang tak muat. kena lipat. dah lipat kena jinjing pulak letih pulak. belek belek catalog nampak pulak Buggy Board macam menarik. pastu selalu pulak nampak omputeh dirikan anak dia kat buggy board bila amik anak pulang sekolah. nampak senang pulak. aku berminat. kami survey la. bincang bincang pikir pikir memang sesuai untuk pejalan kaki taksub macam kami beli Buggy Board attach kat stroller macam dalam gambar yang 1st kat atas untuk Hariz. mudah. simple. dan Hariz pulak boleh kurangkan berlari lari hilang arah. sooo decide BELI ... ternyataa BESTTT.. strongly suggest sapa yang ada anak2 yang umurnya rapat. adik duduk dalam stroller abangnya boleh berdiri atas Buggy Board ayahnya tolak 2 sekali gus. mama boleh pimpin tangan abang Hakim dan abang Hazim. haaa kan OK kan best ar bestt.. sapa nak tiru macam kami juara pejalan kaki sekeluarga daerah Uxbridge boleh laa beli mendalah ni. hebatttt 5 star !

tapi kat London ni macam macam jenis Stroller la jual banyak design mahal punya terbeliak mata mandang. sakan orang Malaysia membeli. tapi bagi aku kena bincang la sedalamnya nak beli tu tengok kepada keperluan. kalau kat Malaysia penggunaan stroller tak seMAXIMA macam kat sini. setakat duduk kat bonet keta. keluarkan time nak pegi shopping mall giant, carefour atau pon pegi park. sebulan berapa kali korang pegi sangat park tu. macam dekat dekat tu lebih selesa dukung. yela bawak kereta parking kat sebelah meja makan kedai. masa bila ko nak bukak stroller tu. ? bila? bila? sini jual stroller dari sekecik stroller sampai ke segedabak stroller. yang sampai tayar nya kena pam tu. macam tayar basikal ke hapa tu. hebat betul. aku selalu pikir muat ke nak masuk bonet keta atau pintu rumah tu. ? erkk.. yang tayar 3 ada yang tayar depan kecik tayar belakang besar. sini lain sini orang orang nya memang suka berjalan kaki. korang ? rumah belakang giant pon ko naik keta kan. nak beli nasik lemak 2 bungkus kat tepi jalan pun naik keta kan. (termasuklah aku) kalau boleh tanak turun keta. beli je dari dalam keta. kan senang. makan asap penjual nasik lemak tu. kat sini kalau ada kereta pon setakat nak ambik anak pulang pergi sekolah semua jalan kaki. kalau kat sekolah tu dah macam PESTA stroller. macam macam jenis. sampaikan stroller yang jual sini semua ada Rain Cover. macam kami punya tu. bila hujan turun tengah jalan tarik je clear plastik ready made tu. dah selamat tak yah pakai payung. kat Malaysia tak sempat kena hujan kalau dah parking bawah bangunan shopping mall. kan kan.

sekarang ni kalau nak ambik anak pulang sekolah lagi senang pakai buggy stroller yang HIJAU tu. ringan mudah. menyelit je kat ramai ramai manusia kat skolah tu. tapi yang hijau tu takde jual bersekali dengan rain cover. tadi hujan bawak buggy tu aku ambik je Rain Cover stroller Century punya. pasang kat situ .. eh boleh pulak. selamat tak kena hujan anak aku. brilliant idea. kata Hazim. haha.

kini Hariz dah terlalu besar. dah heavy weight. berdiri kat Buggy Board tu nak tolak kalau takde bawak apa apa barang lain memang ringan. tapi kalau shopping barang berat gila nak tolak. surrender DC. suruh dia jalan kaki pulak. barang2 pulak duduk situ.

cuba kira berapa stroller aku ada?? haha.. 4 tau EMPAT.. haha.. puas hati pakai sebab stroller tu la KENDERAAN ANAK KAMI. -tamat-