Showing posts with label Kisah Makan Makanan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Makan Makanan. Show all posts

Thursday, 7 July 2011

ouhhh sedapnya!! Cheese Lemon Cake


makin nak balik ni makin galak pulak makan western.. tetiba mcm nak makan cheese dalam bentuk kek. cheese kek memang muak kan kalau makan macam tu je. makan sepotong pastu rasa takmo dah kan kan..

ok .. lemon cheese kek ni, S.E.D.A.P sangat sangat. serius ni aku cakap. tak sedar makan spotong nak lagi nak lagi.. hadoiiyaii .. makin tebal lah lemak aku ni oii..


makan masa dia sejuk terus masuk mulut .. emmmm emmm melting je dalam mulut. muak tu di cover oleh masam lemon .. whoahhhh sedap banget deh.

pasal aku sorang je yang beriya iya nak makan dan akan makan so nak BUAT memang tak berbaloi. penat buat lagi, penat cuci tools, penat tunggu masak, penat kemas dapur.. arhhhh dengan ni aku mengaku yang AKU BELI..muahahaha..

masa nak beli ni punya berpikir pikir 4-5 kali. sedap ke tak ni sedap ke tak ni. DC kata hambekk je lah .. banyak sangat pikir. haha.. aku bukan apa takut nyesal .. lepas rasa sepotong ..huhu NYESALL.. nyesal tak beli lama dulu.. :P


geng kengkawan UK pegi rasa cepatt.. beli kat Tesco aja.. seloyang bulan 8 inci tu baru 3 pound bapa sen tah.. murah je. tak sedar diri woh makan banyak dah. bila dah tinggal sikit.. makan sikit sikit takut abis cepat sangat..haha. ni review baikk punyaa..



lagipun aku memang suka makan yang ada rasa lemon lemon ni.. masam masam skit baru best.. ikut tekak aku le. tekak orang len aku tatau le kan.. hiks..

dulu kat opis tengahari suka no beli eskrim vanila yang salut lemon kaler ijo tu.. huh mantopp.. kan Ana kan kan.. heeee ingat tak.. apatah nama nya ..lupa lak

tomyam yang masam masam tu memang fevret lah. sup ayam kalau aku buat pun aku akan letak asam keping. mak aku yang ajar. dia kata biar ada masam masam skit .. sedap..

makanan yg masam je ah aku suka. tapi kalau air masam tak suka pulak.. aku lebih rela minum susu. teh susu, nescafe susu, fresh milk tu pon aku boleh je minum giu gitu. tapi kalau ada ice lemon tea atau sirap limau .. boleh aja minum. cubaa kalau suruh order .. aku tak mintak pilihan tu le..hihi

nanti balik mesia aku akan rindu kat cheese kek ni.. yummy Lemon Cheese Cake !

Tuesday, 28 June 2011

Tinseltown..


hokeh.. sambung citer smalam.. saja je nak citer melerettt..

Tinseltown ni sebenonya restoren makanan western la.. terkenal dengan American Diner & Milkshake. memang plan nak pegi pun. saja nak rasa.. at least ada pengalaman dah makan western kat negara barat.. :P yang penting nya HALAL.. yeay! sapa nak teray.. boleh cekitdaut SINI

sesekali terasa kalau nak makan kat luar mesti gelupur nak carik nasik jugak. tak nasik .. paling cikai mee la.. selera melayu tak luntur. kena paksa order yang aku tak reti masak baru berbaloi. selain restoren melayu paling hebat makan Biryani Tanduri (belakang umah je). nasikk jugak tuu. paling hebat makanan bukan melayu selain nasik Kebab Donor tu laa.. (Uxbridge Town). ni 1st time ni nak makan barat .. cewah.. kena rekod kan la kan.. ahaaa

kalau nek tube turun kat Bayswater. then kena jalan susur bangunan. kat situ memang bersepah la kedai makan Halal. ko sebut je nak makan apa.. sedia DUIT je looo.. ;) mungkin sebab kawasan tu banyak muslim. demand tinggi. bersyukur kat UK banyak makanan halal. rajin pegi ngan tak aja.

tu diaaa dah sampai dah..

kalau dah plan nak makan sini make sure perut betul betul kosong. baru berbaloi sebab portion nya besau. tersandar.. kami sedang elok perut memang kosong. hanya makan dari rumah je pagi sebelum pegi. anak anak pon dah merengek lapauu..

memula eksaited punya pasal order makanan dulu... pastu baru order Milkshake. sebab sini glemer dengan milkshake yang pelbagai. tatau nak pilih mana satu. gamba kemain mengiurkan.. sampai je milkshake anak tak sabar sabar dah nak terkamm!

-VIP Lounge : yang ada M&M tu..



semua milkshake sedapsss..
order 4 jenis lain lain. perisa coklat, stoberi, oreo, vip launge
udah le gelas oh mak besau kemain. kongsi2. tu pun siap bawak balik pasai tak abishh

ni mama punya.. yeay!
Lamb Chop set with rumput rampai salad..
gravy nya Piri Piri Sauce.. sedapp!

jemput tengok yeaa.. HAHAHA

ini ayah punya..
Mixed Grill - ada steak ayam, sirloin, lamb, sosej
saja amik lain lain .. bole tukar tukar..

anak anak ??




sume pakat nak makan Chicken Nugget dan Fries je.
tu pon tak habishh.. iskkk..

habis makan gelabah cari Mineral Water..
sangkut kat tekak milkshake punya pasal.



TERIMA KASIH AYAH!! .. realisasikan permintaan mama..

next stop.. REGENTS PARK. maklom le siang panjang bole le jenjalan sampai nak tercabut.. kaki..:P

kepada peminat bungaa ROSES harap berada di kedudukan 'kegarisannnn' (bajet mcm ramai je baca blog aku.. pi rahh.. haha)

lantak la asal pueh hati.. hehe



Monday, 13 June 2011

Jajan kat Tesco London

tau tak jajan apa? taktau lah asal mana word ni. pemahaman haku lah.. maknenya makanan merapu.. atau lebih dikenali sebagai makanan ringan. aku tak suka sangat makan berciri ringan ni. tak elok la makan menda menda merepek ni. tapi kalau ada depan mata aku balun gak. taklah sampai mencari cari. anak anak kalau nak kena mintak dengan ayah. kalau dengan mama confirm 'tak payah laa'.. 'tak elok la makan benda camtu bukan kenyang. baik makan nasi' hiks.. typikal dialog aku le tu.

sekarang ni Spring.. nak masuk Summer. masa Winter ritu dah bersejuk sejuk dengan cuaca. bila nak nginjak panas ni syok pulak makan eskrim. kat Malaysia sronok la kan. boleh makan eskrim tiap masa. sini ? kena tunggu cuaca betul betul panas. kalau kat Malaysia ada brand Cornetto laa, brand Walls laa.. kan kan .. sedap kan.. ce korang beli brand Carefour atau brand Giant sedap tak? sure lain skit kan rasa.. bawah garisan standard la kan rasa dia. tapi yang ni best best.. sama level ngan brand Walls yang sedap tu.


kami sini nak carik jajan atau makan tak berdarah kena tengok 'V' aka Suitable for Vegetarian.. soo yang ni memang ada 'V'. beli sekotak camni dalam ada ENAM. sesuei la kan sekuaga.. takde yang dapat lebih dan takde yang tak dapat. pas pasan (ayat indon) makna ngam ngam. HARGA? murah ! £1.45 sekotak camni. kalo beli kat kedai dorang jual £1 seketul. hishh mahal kan. kalau 6 kan dah £6. gila ke apa..

ini ??



ini sebenonya spesis cereal.. omputeh buat breakfast lah. kami makan macam jajan. ratah gitu e. sedap sangat. rangup kat luar. melting coklat kat dalam. bisa ketagih ni. mahal jugak ni.. 2 pound 45p rega dia.

sesekali boleh la treat anak anak dengan jajan cenggini. selalu takleh laa.. hidup kat sini bukan seindah yang di sangka. kena jimat jimat. salah kira uwang boleh makan nasi lauk telur mata je di buatnya..

pengunaan kicap kipas udang pon aku ngehadkan. kalau mama masak makanan berkuah.. jangan harap mama nak letak kicap. harus lah dicatu. jimat cermat kan amalam mulia. kicap kat sini exotic sangat. selain mahal ia susah nak jumpa. kena redah lautan jalan raya utk dapatkannya. tak semudah dicapai di Tesco mahupun di kedai Pakistan.

ni la kerja pencatu kewangan. serba serbi kena KIRA. harap elaun semata. eh macam nak merepek pulak.. ;)

daaaaa



Wednesday, 25 May 2011

Bihun Goreng



kalau dibagi pilihan antara mee dan bihun ? aku pilih bihun. perasaan aku macam kalau makan mee akan jadi gemuk gemuk macam rupa paras mee jugak. imaginasi tah pa pe. kalau takde bihun aku pilih kuey tiaw. kalau dua dua tade baruuu aku pilih mee. pendek kata mee pilihan terakhir lah. tapi kat rumah ni selalu bangat masak beli mee, masak mee, makan mee. tentula moralnya suami peminat tegar mee. aishhhh sedihnya

tapi kalau dibagi pilihan suruh memasakkkk.. aku suka masak mee lagi. entah la. sebab aku rasa senang masak mee. dia besar nak gaul gaul dalam kuali tak banyak sangat kerah keringat. kejap je dah tergaul. kalau mee sikit punya lama nak gaulkan. mungkin sebab halus nak ratakan rencah dia macam susah lah.

apa pun semua ni tak semudah nasik goreng. nasi goreng masakan paling senang dalam donia. jangan la lawan dengan telur goreng tentulah kalah. apa laaa.. serius weh.. aku boleh masak nasi goreng dalam masa 5 minit je. senang hingga tak sempat nak berkata pape lah. jangan la masak untuk 50 orang. masak untuk kurang 3-4 orang dah laaa..

nahhh rasa la secara virtual..


dah lah setahun 2-3 kali je masak bihun. yang 2-3 kali tu nak kena buat sesedap yang boleh. tahukah korang. bihun goreng tanpa udang kering berasa tak sedap. secara tak langsung aku dah bagitau penyedap nya adalah udang kering. udang kering kat London dah lah mahai.. sepeket kecik sama rega dengan ayam sekor woii.. sebab tu jugak jarang masak bihun.. hiks. jimat ceremat amalan mulia ;)

apa pun nak bagitau ... BIHUN GORENG KAK LIP adalah TERBAIKKK!! sedap bangat. masa majlis potluck dulu dulu dia penah bawak sebekas besarr.. habis licin.. tak tinggal sikit pon. anak anak aku je ulang tah bapa kali. ntah ape ramuan sampai sedap camtu. spekulasi aku mungkin air tangan. bila tanya rencah sama je apa yg aku taruk. ermmm pelik binti hairan bin ajaib. nak berguru lah. haiyaa macam kan hape je bihun goreng pun nak berguru bagai..





Wednesday, 4 May 2011

Sambal Belacan Goreng.. gerenti sedap

mood bengang ni..

cis lama tak update blog tetiba kluar mood bengang. apa tak nya.. SD Memory Card untuk Digital Camera dah penuh. mana tak penuh 1000 plus plus gambar 12megapixel saiz campur video lagi.. tu LAPAN GB tu.. pastu DC transfer kat CD (eh macam konfius plak).. nak bukak sesatu sikit punya lembap. orang mengandung dah bersalin terberanak dahh.. gamba tak muncul..

hati panasssss..

ok la malas dah nak pikir pasal gamba tu. tau lah aku nak keja kan dia nanti.

lama tak hapdet sebab rumah aku dah ropa macam ada open haus. padahal raya lambat lagi. tetamu tak putus datang. eh ni tak boleh kira macam tetamu. kira macam sedara mara di London laa.. sebab orang orang biasa je. aku biasalah kalau dah ramai2 kat rumah memang kena pentingkan pok pek pok pek.. berborak sampai lenguh gusi.. kikiki

Yus Aidi datang, eh kang Makcik mak Lina datang, besok tu plak Kelly dan Adyla plak ketok pintu. tak lama lepas tu Mila dan anaknya Ibrahim jengah kat pintu. eh tak putus lah. sambung sambung siap overlap lagi .. syok eh ramai ramai. sume sume buat macam rumah sendiri. dorang serasi gaknya melepak kat umah aku .. maklumla.. yus kata tuan rumah "user friendly".. aik macam software jek. kadang kadang tak layan macam tetamu. siap suruh dorang.. "eh Adyla pegi buat air!!"seee.. sukati je aku suruh suruh. kang aku cakap "wehhh korang sapa nak makan pegi amik pinggan sendiri kat dapo.. pastu jangan lupa basuh.."ada ke tuan rumah cenggini. kuang ajo punya tuan rumah.. HAHAHA slumber land jek. arhhh tak yah lah nak protokol protokol ni. kadang kadang layan macam ni orang tak kekok nak datang rumah kita kan kan.. kang kalau aku layan cawan beralas royal doulton brand kang sume jadik maluw2 cat plak. sudah nya aku yang penat nak kemas2 sume. ceh lagipun aku manada cawan2 brand tu. :P

borak sambil baring baring lagi masyukkk..

ari ni aku nak bagi resepi. buat julung kali bagi resepi. bajet macam chef terel plak. padahal masak terkial jugak lagi. :P .. eh baiklah aku walau mood tengah panas..

masa Royal Wedding ritu lah. masak sup ayam. boring nya makan sup ayam plain je. macam tak mencabar. so aku telah cabar diri aku memakan sup ayam dengan Sambal Belacan Goreng hingga tak layan sangat sup tu sebab sambal belacan tu lebih terbeliakkan bijik mata dari sup.. last last amik kuah sup je .. lauk? sambal belacan. nasik habis. sambal belacan ratah.. boleh??

ok jom cekedaut bembahan dan cecara. aku main hentam je ni.. tetiba tersedap plak. walaupun aku layan diri je makan. :(( maklomle kekanda muka brutel hati ganas tak makan pepedas ni. jangan kata makan, tengok pon tak. sedih jadik aku.. apa pun mantopp makan sensorang..

bembahan : sukatan ikut suka

- Cili Api
- Belacan,
- Ikan Bilis
- Bawang Besar
- Gula

Cecara :

- Goreng cili api yang dah di patah dua. sebab kalau tak patah hambik la meletop birat birat ngko punya kulit nanti. jatuh saham anak dara.. mak dara macam aku takpe..

- Goreng Belacan sekejap .. jangan lupa balik balikkan dia dengan mesra. jangan lama lama nanti hangus dan jadik pahit.

- Goreng Ikan bilis tanpa basuh. terus je terjunkan dalam minyak panas. takyah lah pakai minyak baru.. digoreng GARING.. ingat jangan hangus..

- Belah lapan sebijik bawang besar. Goreng ala ala je. asalkan layu dihujung mekar.

siap goreng goreng... tumbuk pulak. kena tumbuk .. kalau blender tak sedap.. dan kena ikut step

- mula mula tumbuk Cili Api Goreng tadi sampai lumat..
- masuk Belacan pulak tumbuk sampai sebati dengan Cili Api
- masuk Bawang Besar tadi. tumbuk jangan sampai hancuk sangat. just ala ala je. asalkan keluar air bawang je dah la.
- masuk kan Ikan Bilis Goreng Garing tadi pun jangan sampai hancur. ala ala je.
- masukkan gula setengah sudu kecik atau RASA dulu bagi balance.. takyah letak garam sebab belacan dan Ikan Bilis dah sedia masin.

apa lagi terus makan dengan nasik panas.. jangan makan dengan nasi sejuk .. tak best.. kena nasi panas!! fuhhhhh.. sure ... SSSSS..HAAAAA..SSSSS HAAAAAA... meletop.. kingkong lalu tak perasan.. ahahaha..

dah pegi buat.. buat tau..!!

gamba ada tapi takleh nak upload atas sebab di atas. besok besok lah aku upload. tupun kalau CD ni tak mereng..


Wednesday, 27 April 2011

rumah baru.. makan makan


23 April 2011

sabtu lepas pegi London. masuk town weekend OK .. ikut Garmin SatNav pening pening lalat. asyik la silap masuk lorong. nak 'recalculating' punya lembap. kiranya seharian ritu kami jadik 'prebet sapu'..HAHAHA.. tahu tak apa tu.. hihi gi google cepat!

bawak anak dara 2 orang masuk rumah baru. kami masih duduk rumah lama.. before tu bayar deposit dulu then amik teruss boleh masuk. hebat London! asal ada POUND.. semua boleh. apartment ni baru memang baru bina. macam service apartment. lengkap habis. masuk basuh kaki je.

meh kita tour apartment ni. 1 bilik; 1 dapur; 1 toilet; 1 ruang tamu... hanya 1K pound.. haha hanya tu.. gila mahal.. SEBAB memang betul betul kat tengah London. wuwuwuuu

siap LCD TV 40 inci tuuuu
frame gambo tu tak sempat nak gantung lagi

ni ruang tamu .. moderen
ada pintu sanun tu .. balcony 40 kangkang ayam.. hehe
boleh la nak bertani..;)

semua serba BARU.. bau kedai.. 1st tenant dorang ni
lengkap selengkapnya lah..
dapur, oven, microwave, toster, kettle, set pinggan mangkuk cawan periuk belanga..
arhhh lebih dari lengkap lah.. melopong lopong aku tengok..

simple bilik siap duvet dan 4 biji bantal dengan set cover lagi.
lebih dari cukup.

siap ! siap washing machine, vacum, set cleaning lagi..
erkk senget lak gamba

toilet serba putih. besau.. fresh new..

kelengkapan dapur

Linkalah tak leh tengak lak gambo ni.. isk.. sempat posing :)

bila tengok rumah ni tetiba rindu apartment kami kat Gombak Permai tu.. isk isk.. masa masuk dulu camni lah feel dia. fresh je. lepas pasang kitchen cabinet dan floor board lagi laaa rasa mcm rumah ni.. uhuk..dah selamat juallll..

lepas urusan pindah randah. angkat barang secoet dua.. hihi.. kami pi isik perut yang nak hampir kebulur. mereka bawak kami pegi restoren MELUR.. lepas tour rumah baru. meh kita tour menu plak.. :D. full view interior dan menu serta harga meletop click Melur tu yea..

restoren ni banyak mix. owner Singapore, tukang masak Indonesia, pekerja pelayan Poland. peliknya semua makanan Malaysia. eh Indonesia dan Malaysia kan tak jauh.. sesapa geng yang dok London yang dah muak dengan air tangan sendiri dan ada duit lebih tak tahu nak buat apa meh la melabur wang dan perut kat sini GERENTI puas hati..

1st ayat member yang bawak ni .. "sambal belacan kat Melur POWER kak!!" ok ok .. tang tu aku 100% agree..


ni sedara James Bond nak pegi siasat restoren ni sedap ke tak??

yang ni marvelos delicious..
starter : Roti Udang Bijan GBP3.50
Cendol alaaa rega dh tak ingat

Mee Goreng Mamak
(dah tinggal sikit di baham DC baru ingat nak snap ;)

Melur Salmon GBP11.50
Nasi Goreng kosong GBP2.20

sambal belacan power GBP2.00 set dengan timun dan salad
(kat gamba ni kuantiti dah berkurang)
berasap telinga tapi nak amik lagi..

Char Kuey Tiaw GBP6.80

alamak kabur plak. sebab pakai camera cinonet.. kalau tak kabur ni mengiurkan sebenarnya.. hihhi.. pendek kata SEDAP SEDAP SEDAP... errr sup dia biasa biasa je. harga ? untuk exclusive restoren camni kira muroh la.. hik.. jangan convert lah. yang penting portion nya banyak dan SEDAP. sepinggan tu rasa nya kalau stok tangki kecik boleh makan berdua. soup (takde dalam gamba) portion macam 1 periuk sedehana besau tu.. terkulat nak ngabiskannya.. Teh tarik pon bestttt.. order sampai 2 cawan. tamak punya pasal. asalkan sedap.. burppppp Alhamdulillah (burp pelan pelan.. tak manis pasal restoren ni senyap. eh tak ada lagu sentimental mcm kat hotel. burp kuat meja sebelah boleh dengar..

Kelly and Ady.. kalau korang terbaca.. THANK YOU so much.. harap harap rezeki korang murah lagi lepas ni.. aminnn

Wednesday, 30 March 2011

Jack Fish Grill serve with sour souce

ko baca tajuk menu skali imbas ala ala enggeris kacukan melayu punya menu.. alaaaa cuba ko translate menu menu omputeh ke dalam bahasa melayu. menu keMalaysia'an bunyiknya. macam orang kampung makan je. heee.


Jack Fish Grill serve with sour souce

duduk negara barat kena la tukau nama ikut english dish. eceh.. silap silap kalau aku makan ulam aku akan buh nama salad mix vege. kikiki.

padahal nama kemelayuan dia Ikan Cencaru Bakar cicah air asam jek makan dengan ulam timun ..wakaka.. konon international la.. pastu boleh feeling feeling restoren 5 bintang siap ada band live lagi lilin terpacak 2 batang. order siap siap dengan fresh oren. jangan lupa pacak slice limau kat cawan tinggi tu. nak kasik efek mahal letak payuk cinonet kat cawan ..hahaha jangan lupakan presentation fresh flower atas meja... mau £30-40 satu set dish. itulah harga persekitaran..

padahal kat umah ko buat camtu tak sampai £2 pon. dapat minum 1 jug lagi. tambah nasik 3 kali kau. siap bersila gaya bebas lagi. gigit tulang ikan crapp cruppp.. pastu BURPPPP alhamdulillah sambil goyang kaki cungkil gigi :P kalau restoren international boleh? mana maunya. protokol laa.. burp burpppp ni omputeh tak suka ok. RUDE. kentut takpe. aku pon tak paham. mungkin kentut angin kat belakang.. burpppp tu angin kat mulut..ekekeke.. eh apa ni merepek.


Sunday, 27 March 2011

ketayap lusuh

pada satu petang yang hening.. cewah.. (sini tiap petang hening. berangin dan mendayu dayu.) Hazim meluahkan perasaan ..

Hazim : Mama, Hazim want to eat the green roll with the cocunut in there ..

Mama : Apa tu ?

Hazim : alaaa that kueh yang dulu mama selalu buat.. i like it so much.. green roll

Mama : huh? ouhhh kuih ketayap

Hazim : apa tu ketayaaaaafff..

Mama : kueh ketayap lah.. KETAYAP..

hahahhaha kesian anak aku mendescribe kueh Malaysia hingga detail sekali. punya lah tak tahu nama nya. bila kasik tahu nama susah pulak nak nyebutnya dengan lidah english sebati. tergeliat lidah dia aku suruh ulang ulang cakap ketayapp. ketayapp...

pandai jugak rasa rindu dengan kueh Malaysia yea. punya lama aku tak buat. last skali buat masa bulan puasa ritu. haihhh malas sebenarnya nak buat. sebab macam remeh dan akan kejang kaki kat dapo dok buat goreng kulit. nak menggulung lagi laa

akhirnya aku pon approve kan request dia yang dah 3-4 hari berzikir kat telinga ni. kena amik masa jugak nak approve ni. tengok bahan dulu. mana tak cukup kena pi carik stok dulu. setelah di recommended oleh masa yang terluang baru lah boleh mula ini projek. demi suara hati anak yang mungkin rindu nak makan. sama lah macam tekak kita jugak kan kadang kadang teringin nak makan itu ini. ni lah natijahnya.. kat mesia dulu haaa nak kueh tu singgit nak kueh ni singgit. nak yang sana tu skali yeh singgit. kat sini.. mana ? mana? jenuh lah ketuk kuali weh..



penuh kesabaran betu la kan buat kueh ni. susah. mencabar lah bagi aku. buat inti tu takde hal sangat. kelapa kering masak dengan air gula merah dan tambah gula je. petik jari kaki .. cewah.. tapiiiiiii bab buat kulit tu HADOIII.. bancuh bahan blender siap dah. nak goreng? api pelahan tak bole lama tak boleh kejap. lama sangat hangus. kejap sangat kulit jadik lembik. GRRR.. tungguuuu masak serata. aku ni jenis orang tak sabar. tak boleh nak tunggu lama lama depan kuali. berasap muka dengan telinga skali kuar asap. dah angkat kulit bab gulung pulak terkial kial. ce ko bayang mana lah kaki aku tak kejanggg..



siap je gulung letak dalam pinggan.. macam kena sambar dengan helang.. HILANG terus. di ngap oleh Hakim Hazim Hariz Puteri. aik ? laju nya korang ni makan. kalo camni tak aci lah. mama tak dan nak ngap.. dah dah STOP dulu. mama nak kumpul nak posingkan kat blog ..muahahaaa..



walaupun rupa paras ketayap ni lusuh lesu tak bermaya mungkin kepenatan tukang buatnya barangkali. (aik? ada kena mengena ke?) namun rasa nya tetap memikat kolbu. masa goreng ni mula la terbayang cemana penatnya orang yang menjual kueh ni kan. buat banyak jenis plak tu. eh dorang xpert la kan. aku amatur. amatur yang setahun 2/3 kali buat .. ekeke. tu pon banyak nau membebel. ni baru buat untuk femli makan. cemana lah aku nak buat untuk sekampung melayu uxbridge makan agaknya. mahu tercabut tempurung lutut ni haa.. faktor usia gamaknya.

korang kat Malaysia ... BERSYUKUR ramai orang jual kueh yang susah buat macam ni. moralnya beli lah kueh yang susah dibuat.. yang senang buat.. ermmmm BUAT SENDIRI.. tahu?

Thursday, 10 February 2011

fevret DC

9 Feb 2011 - Rabu

pagi pagi lepas hantar anak ke sekolah menaiki kaki DC terus ikut rombongan cik Kiah Teacher Hakim pegi Museum Sains. tak berniat nak hikut pon sebab tak ngisik borang untuk jaga student year 4. tetiba teacher mintak tolong suruh ikut pulak sebab dah tak cukup parents yang nak ikut untuk jaga student year 4 yang ramai nak pegi rombongan tu. tanak ikut tu sebab kitorang dah pegi dah masa Winter tahun lepas. ada banyak gamba kat FB.

dah free tu ikut je lah. lagipon masuk situ memang percuma pon. tapi yelah oyster sumer skolah sponsor ataupon TFL sponsor pasal rombongan kanak kanak dan cekgu kekanak. kengkonon DC tu cekgu le.

so sepanjang hari aku ngan Puteri kebohsanan tahap Ultraman yang lemah hingga keluar lampu merah menyala nyala. aku pon apa lagi ngajak laaa si Mila. ingat tak Mila? Mila kawan indonesia ai tu. alaa ngajak ke Town Centre jek. pegi merewang. eh dak ehh. ngan Mila mana ada merewang rewang ni. straight to da point ja. pegi tesco beli susu Puteri then balik tu singgah playground pulak kasik Cik Puteri ngan anak dia Ibrahim lari lari sampai penat. akhirnya kami yang penat sebab angin kuat sejuk pedih tangan berlari pulang.

ahhhhhhh.. lega dapat masuk rumah yang dah sedia terpasang heater. penat pulak. ececeeeeehhhh sejak 2 menjak berkereta ni rasa penat gile le jalan kaki pegi town. ye wooo setelah 2 tahun mengalami penderitaan kesana kemari heret 4 orang tu jalan kaki sama. double letih. sesekali kena la berlagak penat jalan kaki.. hua hua huaa

balik tu kitorang santai santai la makan kebab. sempat sambar kebab sebelum balik dari town. asyik nasik je kan sesekali pekena kebab donor sedap ya amat. kena pulak ade cili jeruk dengan curry souce walahhhh.. alah takde gamba laa. gelojoh sangat makan sampai lupa nak snap. lagi pon entry dulu dulu aku dah gantung dah gamba kebab tu.

tiap minggu sekarang ni samaada selasa atau rabu Mila ngan anak dia Ibrahim datang rumah aku borak borak. terurai lah kesepian seketika. kami membincangkan ekonomi negara nilai matawang negara masing masing. pahlawan islam pada zaman nabi. fuhhhh.. hebat tak? takde gosip gosip pasal pendatang indon ke gosip artis Bunga Cinta Lestari dah peknen ke blom ke NO NO.. perhhhhhh tak caya sudah

sementara tu anak anak kami boleh lah bemain secara berduet. bukan nyanyi tapi main. Ibrahim ni hensem. kacukan Indonesia dan German. pasai ayah dia orang German tulen. dapat hidayah 7-8 tahun lepas peluk islam di Mesir. perrhhhh..

meh tengok ni..


jangan lah kau teliti sangat pegi tengok background gamba ni. huhu
rumah orang ada anak empat memang la camni. kalau rumah ni kemas macam pelik lah..:P
tapi kadang kadang nak jugak hipokrit nak bagi nampak kemas kalau ada orang nak datang. macam superman berlari lari laju keliling dalam kawasan rumah tahu..
but kalau stakat Mila yang tiap minggu datang haku dah tak heran dah lantak lah situ sepah pon sepah lah..haha
Mila pun jenis tak kisah dan dia paham. Ibrahim pun tulun punggah menan sama ..


gamba 1st tadi muka Ibrahim macam terkejut kena snap ngan camera. bila dah 2nd time Puteri dah ajar cecara nak senyum paling comei. hahahaha...

lepas solat zuhur asar terus 3.20 pm keluar balik ambik Hariz dan Hazim pulang dari skolah. amek Hariz tengok tengah nangis nangis sebab cuaca sejuk badan dia hangat. demam teacher kata. balik rumah kasik Neurofen Oren (nama ubat) kegemaran dia. terus tertido. serius! betul kegemaran. nak kasik ubat siap senyum senyum sebab suka sangat makan ubat sedap tu.

#####

meh citer makanan lah macam biasa .. kan aku dah kata Winter dan Makan macam irama dan lagu. tak boleh pisah punya. soo layan kan je la yea

dulu dulu masa kat Malaysia masak asal boleh makan dan kenyang je lah. malas lah nak pikir rasa sedap ke dak ke. hentam je lah kan. dah penat balik keja asalkan boleh dinner sudahhh.. masak dalam suasana anak terkuak sana kuak sini mintak perhatian. memang tak leh nak concentrate masak. maklum le dah ada anak kecik sejak umor aku 23 tahun. huyoo muda remaja gitu. habis zaman keremajaan ku di ragut dengan mengkendong anak. takdir penentu segala. cewahh

tapi skang ni concern pulak pasal rasa. maklom lah banyak masa terbuang kat dapo aka opis. BUT now haku dah boleh nak berbangga macam pegang award atas stage sambil buat ucapan "Syukur Alhamdulillah.. terima kasih kepada suami yang banyak beri dorongan dan aku PAKSA dia komen lauk pauk yang aku masak. tanpa beliau apalah agak rasanya lauk aku hingga kini" alaa alaa penerima anugerah popular masakan tersedap katogeri favorite hubby. ekekeke ni aku reka reka je ni

tu lah hakikat nya. walaupun nama masakan tidaklah seGAH western food atau seglamor nama lauk yang terbelit lidah nak nyebutnya. tapi cukup buat dia senyum sampai telinga dan rasa tak sabar sabar nak makan kalau aku masak ini..

mempersembahkann...




KARI AYAM ya aaa awww ya aa awww

AYAM MASAK MERAH ala DC

actualy semua masakan yang ada perkataan AYAM atau CHICKEN kat menu tersebut dia suka. pendek kata segala spesis ayam dalam dunia ni lah. dalam banyak banyak list menu tu dia paling soka yang dua ni lah. kalau ikutkan tamak haloba mau di baham nya sekor ayam. serius weh dia boleh abis sekor. gila ketang betul lah.

menu ni macam tak mencabar je kan. bak kata mak aku "alah mak masak sambil pejam mata je" huyooo.. itu mak lah .. kalau aku kena pakai kanta pembesar mata.. heheheheeeee jangan ko ngengada mintak resepi pulak. kang kalau ko masak pakai resepi aku rasa tak sedap. nanti korang ketuk kepala aku ngan kuali.

adoiiii tak sabar sabar nak masuk spring. lama benau aku ghasa winter kali ni. masa g park ritu dah nampak dah pokok Daffodil dah keluar tunas.. yeayyy! (sambil lompat lompat sama level ngan anak anak). dup dap dup dap nak tunggu bulan empat.. ehem

ok .. maceh baca corat coret goreng sampai hangus aku ni.. hahahaa


Monday, 7 February 2011

Squid Sambal

salam

FROZEN ! FROZEN ! buhsan dengar word frozen kat sini. semua frozen. habis semua haiwan haiwan untuk dimakan diBEKUkan. keras kejung kamu dibekukan. ntah bape bulan start beku ntah la. nasib baik berbulan. kalau makan tahun tak tahu lah ayat apa yang sesuai untuk dilafazkan. bila unfrozen... mak aihh gemalai dah lebam. ikan beku, udang beku, sotong beku, daging proses (burger, nugget, sosej) dah tentu beku. sampaikan ada jugak sayur pun beku.

dek kerana nak makan jugak. beku pon beku lah. lebih baik beku dari tak ada langsung. nak fresh kena menjala kat Bilinggate Market, sudahlah jauh di tengah London sanun. kena pegi pepagi buta tuli subuh sepiee. mahal pulak tu sebab kalau pegi sana kena beli banyak banyak macam nak bukak pasar mini. pakej lengkap alasan tak pegi sana menjala makanan basah. ni pon rembat kat kedai arab/pakistan stakat nak makan sikit je.

ini SOTONG atau nama omputih nya SQUID.

bila dah frozen tu .. adeh!! zat sume telah disedut oleh ais. bukan stakat zat, malah rasa manis pon dah takde. orang putih kan memang terkenal dengan malasnya. dorang malas takpe. mereka kaya. kita malas? jawab sndrik la. tengok incik sotong ataih nun. putih melepak. kacak segak bergaya. kalau lelaki mudah jadik rebutan. abis yg tak kacak sapa nak? biar tak kacak dimata tapi hensem dihati. semua haiwan frozen semua dah siap mandi. dah sabun. dah makeup. tinggal terjun je dalam kuali. kalau malas masak jugak. haih tak tau lah nak habaq lagu mana lagi.

kat sini MasyaAllah terlalu banyak makanan segera. yang terus boleh makan pon ada. kan dah kata omputih malas. dok negara omputih pon kita terikut kemalasan. tak boleh bawak balik Malaysia malas tu. memang hancur lah.


sambal sotong.. hoyehhh dimakan bersama nasi lemak
buat bekpes membawa ke lunch (jimat gas)

bila aku kata frozen.. ini maknanya ianya berperisa tawar akibat daripada proses penyejukbekuan tersebut. masa makan ni pelbagai persoalan. adakah aku memakan chewing gum atau sotong? huh! liat smacam. but takpe burppppp Alhamdulillah..harus bersyukur masih menikmati makanan bernama sotong.

sekian kisah Encik Sotong. eh teringat seseorang..haha opss

Thursday, 3 February 2011

Wedges dan Kopok Lekor

Salam

Mitos mengatakan 'makan kentang, nanti pandai cakap omputih'.. urghhhh SALAH SALAH sila delete OK.. Kentang adalah kabohidrat. maleh arr citer panjang. kang kena bukak buku sains Hakim 'healty food'. orang putih makan sama macam kita makan nasik. ia sebab pengganti nasik. mereka makan kentang sebab dari lahir mereka dibesarkan dengan memakan kentang. cuba kita lahir sampai tua bangka mak ayah bagi makan kentang tentu kita pon tak mahu makan nasi. carik kentang jugak. camtu lah mat saleh..KANNN.. kaitan kentang dengan boleh berbahasa inggeris tak berkait secara sangat. tapi orang inggeris memang makan kentang betul lah berkaitan.

kat London ada macam macam jenis kentang. setiap jenis lain rasa dia. tak caya cuba round bahagian jual kentang saja. ade baked potato. ada baby potato, Roestor Potato. setiap jenis memainkan peranan terhadap rasa kentang. kalau kat M'sia cemana eh? kentang ..kentang je la kan.. pe lak nak jenis jenis lak an.

arghhh lupakan memacam jenis. yang aku tahu AMBIL yang MURAH. sedap jugak. penerjunan kentang dalam kari, kurma, sup adalah sebab nak nampak lauk semacam banyak dan meriah.


kengkonon english stail la ni makan kentang saja. penemuan rempah apa ke nama tah.. berperisa mayonis lemak masin masin lah skit. tapi minyak kotor lah. alahhh selalunya goreng togel pon habis jugak. omputih makan dengan dish. kita makan ratah gitu gitu je. ala2 cekodok minum petang. anak anak ni balik sekolah nak makan makanan panas.. kesian dorang kat skolah makan packed lunch yang pagi tadi buat kan dah sejuk bedi, keras, liat, makan pun sikit ja. kalau kita pon tak lalu dah nak makan. fizikalnya dah macam baru keluar peti ais. cuaca sejuk beri kesan jugak pada makanan dorang. dorang balik skolah aku berusaha sediakan apa apa saja yang fresh panas. air teh or milo pon nak yang suam. tunggu mereka balik baru boleh buat. SUAM baru habis dengan licin. lapar betul. makan roti pon kena toast dulu.

mereka balik skolah, aku sebizi makcik kantin melayan karenah murid murid yang berebut rebut nak beli makanan. sama lah. tak menang tangan. Malaysia senang yeh.. Makcik! pisang goreng kasik 2 ringgit kopok lekor 2 ringgit.. 5 minit SIAPPPP.. dah boleh makan dah..
kenyang bruppppp Alhamdulillah. sini ?


terbaik dari ladang .. by Saharuddin Othman AKA DC

kau uli lah kopok lekor mulakan dari ikan sebenar sampai berubah jadik kopok.. ala ala Siti Fatimah membuat roti dari gandum dikisar jadik tepung hingga berubah manjadi roti yang terus boleh makan. menitis peluh di dahi semata nak makan semangkuk kopok lekor. kunyah pon kena perlahan lahan sambil menghayati pembikinan nya sampai rasa terharu hingga nak menitis airmata. pedih amat hingga menyayat hati. jatuh kat lantai pun kutip balik sebagai tanda menghargai. syukur

tabah lah wahai hati..