Monday 11 April 2016

Hariz - 10th Birthday

10 April 2016

Birthday Ilmi Hariz yang ke 10 tahun

dah 10 tahun dah dia..

di hari special dia .. kami beri dia pilihan untuk beli kek nak yang mana nak makan apa..

kasi Hariz happy di hari birthday dia ..

Hariz pilih kek sendiri dan nak makan Pizza Hut..

celebrats kat sekolah abang abang.. SMKSP.. minggu ni abang tak balik sooo masa melawat abang Hakim & Hazim kita makan kek dan pizza hut kat dalam kelas sekolah. hihi





Kos Kek Pistachios : RM60.00
Kos Pizza : RM69.00
oleh kerana semua fizzy water soo mama beli air milo 2 kotak besar ...

Hariz sangat happy sambil ucap Terima Kasih Mama Ayah..

Mama dan Ayah doakan .... Hariz sihat, murah rezeki, soleh dunia dan akhirat. Ameen


Saturday 9 April 2016

Kerete Rosak

Today : 9/4/2016 - Sabtu

sejak Jumaat semalam kereta dah mula menunjukkan tanda majuk.. hoho seram weh bila DC tengah bawak kereta rasa tersenggut sengut dannnnn.. enjin mati.. huh! debor jantung..

pagi tadi macam tu juga.. risau betul terus ke bengkel..

lepas hantar Puteri ke SKSP sebab ada Kem Kecemerlangan Jawi kat sekolah DC terus ke bengkel..

pegi bengkel yang biasa dia pegi tu le..

ni la dia kan kereta 2nd hand usia pun tua pasrah lah kalau kesihatan tak bagus..

siap hampir pukul 3..

terpaksa call akak aku minta tolong ambilkan Puteri balik sekolah pukul 1.30 petang..





Toyota Estima Recon
Tahun 2008

today terbang RM320

tukar plug.. upah pasang..

aku lepak umah je.. mengerjakan kain baju yang tak berusik isnin hingga jumaat.. huhuhu

kain baju stok asarama Hazim lagi.. masa ni la nak basuh kasut skolah, toto nap Hafiz..

balik dari bengkel terus pegi klinik pulak. hantar Hariz yang asthma sejak malam tadi. tengok dia melepekkk je tak aktif kalau asthma menyerang. muntah kahak.. inhaler tak jalan pulak. saya letak mintak panas nona roguy tu lega sikit dah boleh tidur sekejap.

Alhamdulillah area rumah saya duduk ni banyak klinik. semua panel pulak tu. nak pegi yang dekat ni jalan kaki pun boleh tapi sebab panas berdentum ..pikir 44x nak menapak sementara tunggu DC balik.. akhirnya sampai DC balik bari ke klinik..

Puteri dah kemain suka ikut mak ngah ke giant yaa..

ok bye
ok..

Kisah broch


tengahari Jumaat lepas .. 
xtvt biasa tengahari bersama office mate ke M3.. shopping complex baru di Taman Melati.. dekatt je dengan BMI.. 
cuci mata window shopping.. 

teringat brooch kt umah yg dh tanggal batu nya..
saya ni alergic kalau tertanggal sebiji je batu nya terus tak pakai dah.. simpan..

sooo... nak betulkan ..
 beli gam gajah..
hihi
balik umah terus buat.. amek batu yang kat brooch lain yg tak cukup sifat tu Kopek.. gamkan kat brooch yg lain. 

tadaaaa... dh cantik balik

bukan susah sangat nak berjimat..
kalau orang lain dah buang tu.. 
ok husben, sila puji saya sebab jimat duit taw.. ahaks..

kalau beli baru mahu terbang juga RM10.. 
Gam gajah 3 tube baru harga RM1.90 dekat Mr DIY


ok gamba atas ni kasik tahu cara uols nak simpan brooch jenis berjurai tu.. senang kalau nak pakai just pilih mana nak..

beli la polistrine board kt kedai buku tu.. 
potong saiz A4..
balut dengan wallpaper.
amek double sided yg colour hitam jenis kuat tampal kt dinding.
cucuk jarum peniti secara condong utk senang sangkutkan brooch
tadaaa ... siap sudah..

cuba la.. 

tips untuk organizing brooch 

ok sekian

Thursday 7 April 2016

Serum Muka Saya dan Dohkoh

ok nak cerita..

produk muka yang saya pakai. just nak keep track aje tepek memory kat sini..

sebelum ni dok pakai Cell Youth Booster Advanced Corrector Brand Safi Rania..
tu la tak ingat mula pakai bila..

saya ni belasah je kejap try itu kejap try ini..

sebelum pakai Safi Rania saya pakai OLAY total effect. lama gila kot pakai sejak umo 20 tahun..huhu punya lah setia tak tukar tukar sebab malas nak tukar. kan Olay total effect tu banyak isi nya murah plak tu kennn.. saya pantang dengan benda murah .. ahahaa.. lagipun ok je pakai kt muka.. tetiba terbaca olay macam ada bahan apo tah.. pastu terus decide TUKARRR..

konon nampak suci macam Safi.. kikiki dasar terpedaya iklan TV. so beli la set ni.. pakai set hokeh.. mahalll la jugak.. tapi xpe la konon ikut step la
pencuci safi, mosturizer safi, serum safi.. huhuiiii.. habis RM150 jugak lah.. mosturizer habis dah.. tinggal ni soo bila ni habis haruslah kena cari yang baru.. hihi.. pencuci ada lagi.
ok sebenarnya pakai safi tapi gegatal nak tukar. amek yg murah skit.. lagipun penutup botol tu jenis penyedut tu macam payah nak pakai bila dah tinggal sikit.. tahan jugak dalam 3 bulan kot (tak pasti sebab tak rekod)




bila plan nak tuka tu .. harus lah pertama sebab harga ..

tengok ok ke tak dulu.. tengok harga.. baca balik ok ke tak.. tengok balik compare pulak dengan safi.. compare lagi dengan serum lain.. kah kah.. manalah shopping tak jadi LAMA.. 


hari ini 7/4/2016 pakai Dermagic Intensive Serum Brand Simplysiti..

ok la amek la Simplysiti ni plak.. mandangka saya pakai BB Cream jenis dan brand yang sama.. oh la laa

best juga pakai ni sejuk je rasa.. kalau saya tak cantik macam siti siap kau serum.. kah kah dah muka tak lawa serum plak disalahkan..kuikui

sebenarnya stepnya ..

1. cuci.. 2. toner.. 3. serum..4. pelembab.. 5. bb cream dan akhir skali 6. compact powder

see complicated kann perempuannn.. hahaha.. DC cakap tengok lelaki pakai je sabun mandi cuci muka settle !..

tu la beza lelaki pompuan bang oii

tapi saya kira shortcut kan .. kekangan bajet.. hakhak.. stail saya..

1. Cuci | 2. Serum | 3. BB Cream | 4. Compact Powder

potong 2 step.. pun dah ok .. asalkan muka tak jadi alien..kikiki

- Cuci = Safi Rania (RM27) tahan 5 bulan
- Serum = SimplySiti Dermagic Intensive Serum (RM52) hopefully tahan 3 bulan
- BB cream = SimplySiti Light Beige (RM45) - tahan 5 bulan kot
- Compact Powder = PIXY (lain kannn.. hahaha.. cerita nya pencarian compact powder Colour Natural Beige SimplySiti tak jumpa di 3 pasaraya) pasrah dengan Pixy .. OK juga not bad.. tekstur halus je colour pun ok Natural Beige.. murah pun murah sangat.. RM25.00 jimat duit mak jemah

maintenance perempuan macam saya kira murah ni.. ahahhaha tak perlu branded dan benda expensive untuk kelihatan OK .. eheeh

produk make up lenkali citer eh.. 

selfie jap.. hakhak


selfie ni nak citer Dohkoh saya beli online share dengan Nora..setepak RM3 yang besar RM2.50 yang kecil skit. spray air tapak di shawl... shawl murah RM10 kat Giant + Dohkoh tampal sendiri.. hanya RM12 dah comel dah.. masalahnyaaa comel kah?.. DC cakap lawa je. berani cakap tak lawa.. ekekekee



kekdahnya nyaa.. tampal le kat kepala atau hujung shawl macam sayaaaa... hahah

ok sekian

Wednesday 6 April 2016

Update Anak Anak

Salam Diary,

ok saje nak update kat sini supaya date boleh save utk rujukan akan datang.. rugi pulak lama tinggal blog ni. macam macam perkara yang berlaku dalam hidup tak tercatat. bila nak buat sesuatu.. tertanya tanya bila eh yang kita tuka kereta.. bile eh anak kita masuk asrama. bila itu bila ini.. aiseyy.. nk bukak dokumen memang maleh la kannn.. bizi beno gamaknya ala ala menteri... bluwekkkk

ok teruskan..

HAKIM... (15)

5 April 2016

fresh lagi cerita ni.. bari register masuk asrama huhuhuu.. anak masuk asrama bia dia belajar berdikari. banyak juga kelebihan dia tu. jauh dengan gangguan adik adik masa nak belajar. alah kat rumah banyak sangat gangguan... internet, game, tv.. segala tok nenek gadget. mak nya pon suka sangat mintak tolong dia buat basuh kain lipat kain masak nasi mandikan adik... macam macam lah. kesian juga kan

Hakim nak ambil PT3 tahun ni 2016. so biar dia get ready.. mama doa agar biar dia improve kelemahan jangan berhenti usaha.. asrama biasa biasa aje. sekolah harian SMKSP Gombak je... hehee


HAZIM... (14)

dah dekat 2 tahun masuk asrama masa lepas UPSR tu.. rasanya April 2015..
sama asrama dan sekolah dengan Hakim..
dah boleh berdikari. cuma kena pandai lebih lagi urus masa.. mula mula masuk asrama dulu banyak juga dia buat silap.. skarang dah ok.

soo now anak dah 2 orang duduk asrama.. setiap 2 minggu Hakim Hazim boleh balik.. weekend yang tak balik boleh datang melawat setiap Ahad kat kantin sekolah. bawa makanan bole piknik. kikiki macam kan jauh ye dakk.. sekangkang kingkong..

ah tak kira la jauh ke dekat yang penting kami tak nampak mereka depan mata..

HARIZ... (10)

sekarang darjah 4.. SKSP..

tiada update sangat pasal dia cuma dia ni kena banyak buat latihan.. supaya dia lebih pantas bila dengar arahan..
English dia OK lagi boleh lagi faham, bertutur dan membaca dengan baik. menulis juga ok.

dulu teruk Eczema .. balik Malaysia ok dah .. lichennn je dah kulit dia. bebas cream.. yihaaa Alhamdulillah

PUTERI... (8)

cik kak puteri ni dah besau.. darjah 2 dah.. pot pet pun dah macam orang besau. hehehe
kemain suka melawa..
nak beg tangan
nak tudung selendang

hik.. hik.. ikut mama la kot prangai.. ahakss

dia juga pernah sedih sebab tiada adik perempuan untuk berkawan dengan dia. sampai nangis nangis hihih

mama lah kawan .. sahabat.. teman kamu..

HAFIZ .. (4)

Hafiz ni macam kulit Hariz 

now dia di diagnose Eczema. pernah warded kat DEMC Shah Alam sebab dah teruk sangat pada 6 - 11 Jan 2016. hampir 10K claim insurance. mujur ada allocation insurance office..huhu
pastu dah tak larat nak berulang ke Shah Alam soooo ke HKL je la kita.. hiks

sekarang tengah continue cream dari HKL.. banyakkkk panjanggggg kalau nak cerita



kbai


Monday 4 April 2016

Kembali

Bismillah,

Salam my blog..

tetiba rasa macam nak kembali menulis lah.. hihi..

if kau orang terbaca bloh update aku ni diam diam aje sudah lah ye. ahaha.. saje nak update life terkini. hiks

aku skang wanita berkerjaya.. ahaha. tak la berjaya sangat tapi kerja la. ehek. 

hei ada ke yang tak tahu lagi aku dah mempunyai anak lima ewah.. ku ulangi anak 5.. hahah. tak yah la buat muka terkejut weh..

nahhhhh

 
ok ni gamba masa family day tahun 2014.. di Bayou Lagoon Melaka. 



 quick update.. heh chow chin chawww..