Showing posts with label Honda Shuttle. Show all posts
Showing posts with label Honda Shuttle. Show all posts

Tuesday, 28 December 2010

test drive

salam,

24 DEC 2010

heh dh beberapa hari jugak tak update blog sebab kesibukkan ahli mesyuarat dapo dengan adegen masak masak yang aktif minggu ni. student Cardif 3 orang dengan student Sheffield 2 orang termasuk Byron pemandu pelancong bertandang bermalam 3 hari 2 malam kat sini. euwww budak budak lelaki bujeng tengah membesarkan badan makan memang HEBAT !

masa dorang sampai tengahari tu .. petang dorang pegi tour Brunnel Uni. kami pon amek kesempatan le mengetest drive nak pegi kedai china sebab pikir besok Krismas sure kedai semua pemalas nak bukak. semua pon sibuk nak makan Ayam Turkey. isk isk..

bila sebut je. "sapa nak ikut. ?? ayah nak pegi kedai NAIK KERETA." yeayyy !! lompat lompat semua berpusu pusu pakai kasut sock jacket semua siappp excited nak nek keta punya pasal. lepas maghrib kami pon gerak. semua senyap je dalam keta. iya lah Hakim Hazim terpisah. Hakim duduk depan sekali Hazim pulak kena duduk belakang sekali. Mama Hariz dan Puteri duduk barisan tengah. Hariz ngan Puteri kan dah kena ikat dengan car seat. tu yang memasing senyap je. OK la OK enjoy walau pun dalam degupan jantung yang masih kencang maklom le 1st time ni pegi kluar jejauh malam lak tu.

yang bestnya bawak keta kat sini tak nak kecoh kecoh sesat barat. walau duduk negara barat. eceh. sebab ada Makcik TOM TOM. kenal tak ngan makcik tom tom ni. sesapa yg dh penah duduk UK memang kenal sangat ngan makcik tom tom ni .. peramah.. baik.. tukang tunjuk jalan. bagus kan dia.. GPS Sat Nav daaaa.. ko taip je poskod mana ko nak pegi dia pandai pandai le nunjuk jalan . teror dia ni.


sekali dah sampai kedai china. masuk je tengah pilih pilih barang tetiba setaf dia kata LAGI 2 MINIT KAMI NAK TUTUP KEDAI. hek elehh.. hampehh. so apa lagi la haku pon marathon secara berlari pecut ngambik stok bahan masakan Asian yang ala ala Malaysia. Kedai China tu kalau masuk rasa macam berada dalam giant bt caves cuma lagu je lagu cina. kehkehkeh.. part paling best amek 5 bungkus Maggie buatan Malaysia perisa Asam Pedas. Marvelous lah. lama dah tak makan Maggie. masa demam ritu memang teringin nak makan megi masam masam. bila la ni dapat nikmat tak terkata.



seronoknya tak payah terfikir fikir nak amik barang yang berat berat. xyah pikir cemana la nak bawak berat ni. lenguh la tangan. kebas lah jari. so rembat aje stok bahan makanan untuk 3 bolan. yang paling penting KICAP KIPAS UDANG. yuhuuu.. gila sampai 2 botol rembat. sos botol besar besar lagi amek. sos tiram. wahhh rasa mcm nak borong semua lepas tu setahun tak yah pegi kedai dah. banyak santek duit suami aku. heh.. tapi manyak syiokkkk wooo

tak puas hati tak puas hati ade ke patut soping 2 minit. ingat ni mee segera ke? ape lagi balik tu singgah pulak Sainsbury. Supermarket besar kat Uxbridge sebab tertinggal beli gula, susu dan macam macam lagi lah. masuk je Sainsbury.. cis !! dia pon sama gak nak tutup dlm masa 20 minit.. grrrr.. lelaju amek barang. nasib tak banyak. soo OK lah. DC pegi amik gula 5 kilo teros dengan rakus tanpa belah bagi. ahahahaha.. best ehh tak de lah selang sehari pegi kedai asyik asyik aku suruh beli Gula Susu Gula Susu tak sudah sudah.. lepas ni 3 bolan xyah beli gula.. ngeh ngeh ngeh..


syoknya soping barang dapo pukul 4.30 petang keluar.. pukul 6 dah balik. kalau tak tentu terhegeh hegeh tunggu bas meredah pekat malam dalam kedinginginan cuacha. part yang kelakar... keta tu kan honda, so gear dia berlokasi di atas bukan macam keta biasa. asyik lah dok mencarik carik nak tukau gear kat bawah. gelak gelak sambil raba raba gear di bawah yang tiada. kena prektis lagi nih.

adegen ini akan berulang selang 3 bolan.. best arr ngetest drive camni.. lepas ni dah pro boleh la pegi SPAIN pulak. amboiii berangan bio le tinggi. kalau tak tercapai tu tak ade le nangis sebab angan angan je. haha :P



Friday, 24 December 2010

dan NIKAH !

Ingat tak lagi dengan entri BERTUNANG? ini .. kalau tak ingat pegi baca balik.. refresh balik. ini adalah sambungan nya...

22 DECEMBER 2010

sah sah sah.. memang sah kami dah menikah. dengan majlis yang sederhana saja IA dah dah jadik kepunyaan hakmilik peribadi teman hidup kami sekeluarga. majlis akad nikahnya berlangsung di Heathrow Airport Terminal 4 bersama sekali sijil nikah serta baki separuh wang hantaran. dengan sekali lafaz..HAHAHA ikatan ini kukuh. menjadi kekasih halal. sapa yang baru je baca citer aku ni sure tertanya tanya apa ke kes lah ni. ni bukan kes DC kawin lagi. ini kes tanggungan kami sekeluarga.. nak tahu ke..?? ok meh scroll ke bawah..

*

*

*

TADA

*

*

ni diaa


chomel tak. ? HONDA SHUTTLE 7 seater oh yeahhh..

harap harap dengan adanya MPV ni boleh lah kami membuat lawatan sambil belajar di sekitar UK dan Scotland. dah lama teringin nak berkereta yang memuatkan kami berENAM. akhirnya tercapai jugak. selama ini aku pendamkan hasrat untuk memiliki MPV sebab tak mampu. bila ada kawan nak balik Malaysia dan jual kepada kami dengan harga mampu milik. kami pun tak nak lepaskan peluang keemasan ni.

kenapa tak pakai kereta biasa je? jawapannya tak boleh sebab kami berENAM .. kat sini kena WAJIB pakai 6 seater. anak anak kena pakai carseat sorang satu. Hakim Hazim kena pakai Booster. Hariz dan Puteri kena pakai Carseat. kalau kereta tentu tak muat. soo kena pakai MPV.

1st time DC bawak ..dup dap dup dap berdebar debar lepas iring Kak Min ke Terminal 4 terus bawak balik rumah MPV tu sambil di eskot oleh Aidi dan Abang Khir. hehehe.. mujur automatik takde le mengigal nak bawaknya. aku kat belakang doa tak putus. ye la risau jugak dah 2 tahun tinggalkan arena pembawakan kereta tetiba kena bawak besar terus. takut gak. tapi DC steadyy je. aku yang berDEBOR lebehh..haahaha

nak ke mana yea??? cewah..


Thursday, 9 December 2010

BERTUNANG?

two three cat running.... eh tiba tiba nak terbuat pantun english pulak. yea la tajuk bertunang kena la pantun pantun. english pulak tu dah lah tak habis sebab tak tahu nak sambung apa lagi kat pantun tu. sendiri sambung lah yea. hahaha

sejak sebulan yang lepas kami adalah berkenan kat 'sesuatu' nih. kami jeling jeling. kami pandang pandang. tapi tak berani la nak risik risik. kami sedar siapa lah kami kan. hanya keluarga kerdil dengan isi rumah yang besar. mata pencarian pun hanya level pendapatan penoreh getah sahaja. lalu kami pendamkan hasrat mengunung nak memiliki nya.

minggu lepas SELASA (30 Nov) dengan tak disangka sangka, tuan punya tu telah merisik kami. hei merisik laaa waaa the chosen one. aikk macam nampak aje kami jeling jeling secara secret admirer nih. tuan punya ni ada pakai ILMU BLACK MAGIC kot.. haha. lepas bagi masa beberapa hari untuk kira kira, bincang bincang, pikir semasak ranumnya. peluang datang sekali. mungkin lepas ni dah tak ada dah peluang itu. peluang yang lalu depan mata. setelah di fikir ini adalah peluang dan the choosen one. maka kami terima risik kan tersebut. setelah terima beberapa syarat syarat yang nampak macam bukan syarat aje. DEAL..

dengan rasminya pada JUMAAT (3 Dec) kami pulak pegi MEMINANG.. heiii kami DAH BERTUNANG okeyy yuhuuuuu..!! dengan separuh wang hantaran, ikatan ini telah kukuh. sekarang ni tunggu masa nak nikah. haha yea yea nikah. kedengaran aneh lah bukan. macam pelik saja gaya penceritaan ni. aku jugak rasa aneh. masih dalam keadaan tak percaya.

menyedari hakikat nak menghabiskan sisa sisa hidup di UK ini hanya tingal SETAHUN. ya ya hanya setahun ok. aku juga ada impian dan keinginan kami untuk mengenali menjelajahi bumiMu Tuhan di sini. selama ini aku sering berangan. berkhayal. bercita cita. menyebut nyebut destinasi impian tapi lepas tu khayalan itu kabur dan terus hilang. aku harap dan harap serta terus berharap berDOA dan bertawakkal mungkin kami akan di anugerahkan dengan rezeki dariMu Allah. Moga moga impian KAMI tercapai.

tiada ungkapan terindah selain dari
SYUKUR .. ALHAMDULILLAH.


nantikan episod entry akan datang yang pasti bukan esok atau lusa untuk mengetahui siapa yang kami pinang dan dengan siapa kami BERTUNANG?? eh ni dah macam cerita artis pulak. bukan eh. IA akan menjadi sebahagian dalam hidup kami. akan jadik salah seorang ahli keluarga kami secara short term. bukan selamanya. pengalaman MISTERI QUEENSLAND..

kisah ini belum tamat tapi disudahi dengan sekian.