Monday 11 April 2016

Hariz - 10th Birthday

10 April 2016

Birthday Ilmi Hariz yang ke 10 tahun

dah 10 tahun dah dia..

di hari special dia .. kami beri dia pilihan untuk beli kek nak yang mana nak makan apa..

kasi Hariz happy di hari birthday dia ..

Hariz pilih kek sendiri dan nak makan Pizza Hut..

celebrats kat sekolah abang abang.. SMKSP.. minggu ni abang tak balik sooo masa melawat abang Hakim & Hazim kita makan kek dan pizza hut kat dalam kelas sekolah. hihi





Kos Kek Pistachios : RM60.00
Kos Pizza : RM69.00
oleh kerana semua fizzy water soo mama beli air milo 2 kotak besar ...

Hariz sangat happy sambil ucap Terima Kasih Mama Ayah..

Mama dan Ayah doakan .... Hariz sihat, murah rezeki, soleh dunia dan akhirat. Ameen


Saturday 9 April 2016

Kerete Rosak

Today : 9/4/2016 - Sabtu

sejak Jumaat semalam kereta dah mula menunjukkan tanda majuk.. hoho seram weh bila DC tengah bawak kereta rasa tersenggut sengut dannnnn.. enjin mati.. huh! debor jantung..

pagi tadi macam tu juga.. risau betul terus ke bengkel..

lepas hantar Puteri ke SKSP sebab ada Kem Kecemerlangan Jawi kat sekolah DC terus ke bengkel..

pegi bengkel yang biasa dia pegi tu le..

ni la dia kan kereta 2nd hand usia pun tua pasrah lah kalau kesihatan tak bagus..

siap hampir pukul 3..

terpaksa call akak aku minta tolong ambilkan Puteri balik sekolah pukul 1.30 petang..





Toyota Estima Recon
Tahun 2008

today terbang RM320

tukar plug.. upah pasang..

aku lepak umah je.. mengerjakan kain baju yang tak berusik isnin hingga jumaat.. huhuhu

kain baju stok asarama Hazim lagi.. masa ni la nak basuh kasut skolah, toto nap Hafiz..

balik dari bengkel terus pegi klinik pulak. hantar Hariz yang asthma sejak malam tadi. tengok dia melepekkk je tak aktif kalau asthma menyerang. muntah kahak.. inhaler tak jalan pulak. saya letak mintak panas nona roguy tu lega sikit dah boleh tidur sekejap.

Alhamdulillah area rumah saya duduk ni banyak klinik. semua panel pulak tu. nak pegi yang dekat ni jalan kaki pun boleh tapi sebab panas berdentum ..pikir 44x nak menapak sementara tunggu DC balik.. akhirnya sampai DC balik bari ke klinik..

Puteri dah kemain suka ikut mak ngah ke giant yaa..

ok bye
ok..

Kisah broch


tengahari Jumaat lepas .. 
xtvt biasa tengahari bersama office mate ke M3.. shopping complex baru di Taman Melati.. dekatt je dengan BMI.. 
cuci mata window shopping.. 

teringat brooch kt umah yg dh tanggal batu nya..
saya ni alergic kalau tertanggal sebiji je batu nya terus tak pakai dah.. simpan..

sooo... nak betulkan ..
 beli gam gajah..
hihi
balik umah terus buat.. amek batu yang kat brooch lain yg tak cukup sifat tu Kopek.. gamkan kat brooch yg lain. 

tadaaaa... dh cantik balik

bukan susah sangat nak berjimat..
kalau orang lain dah buang tu.. 
ok husben, sila puji saya sebab jimat duit taw.. ahaks..

kalau beli baru mahu terbang juga RM10.. 
Gam gajah 3 tube baru harga RM1.90 dekat Mr DIY


ok gamba atas ni kasik tahu cara uols nak simpan brooch jenis berjurai tu.. senang kalau nak pakai just pilih mana nak..

beli la polistrine board kt kedai buku tu.. 
potong saiz A4..
balut dengan wallpaper.
amek double sided yg colour hitam jenis kuat tampal kt dinding.
cucuk jarum peniti secara condong utk senang sangkutkan brooch
tadaaa ... siap sudah..

cuba la.. 

tips untuk organizing brooch 

ok sekian