Saturday 29 January 2011

Sweet Corn

Salam

kalau kat M'sia aku suka makan jagung yang beli kat tepi tepi jalan or yang kat dalam supermarket jual dalam cawan polisteren kale putih. sikit je ek dalam dia. nak beli sebatang jagung bila tengah soping nak makan macam kesopanan dan kesusilaaan mengeget jagung. dan yang paling penting PANTANG aku makan benda benda yang menghilangkan lipstik aku muahahaaaa punya sayang lipstik weh.. takda la sayang lipstik tu sangat. kalo hilang boleh je pakai lagi tapi bab sememeh lepas makan tu yang tak suka tu.

kat sini xde pulak orang jual jagung yang dalam cawan tu. entah kalau yea pon ade aku je yang tak jumpa. memula dulu teringin nak makan puding jagung, apam balik. masa beli barang nak buat tu beli le jagung dalam tin cenggini.. rhopenya.. tiada krimnya.. just jagung semata mata seketul seketul. ini macam best di buat bubur jagung ataupon enak dimakan begitu saja *tagline roti gardenia*


maka nya anak anak lah yang double seronok. emaknya triple seronok. dapat makan jagung ala ala sopan. sedap sehhhh jagung ni. udah nama Sweet Corn. Green Giant tu nama brand. bukan nama supermarket Giant ke hapa. Giant tu kan Malaysia punya. :P. mulanya terbeli brand ini (mahal skit) penah beli yang murah skit. aik budak budak ni xmo makan pulak. aik kenal yek mak awak amik yang mughoh.. ntah x cruncy dan tak sweet kata nya. ewah pandai ye... entah le kat Malaysia ade ke dak jagung yang berspesifikasi cenggini dalam tin. slalunya berkrim tu kan.

ADA..ada jual yang sebatang setongkol tu .. tapi masa mereka makan semacam banyak yang jatuh ke lantai dari di makan. elok makan je pakai sudu confirm semua masuk mulut. idok le membazir. lagipun 'pagar' Hariz banyak dah runtuh. erkkk..



kalau makan ratah cenggini letak butter masin skit. SEDAP.. tuang setin masuk dalam mangkuk.. microwavekan semenet sengah. nampak dok dalam gambo tu EMPAT sudu untuk mereka ber4 lor.. makan reramai jgn gegaduh. sampai terhantuk hantuk pale memasing. kengkadang aku selang seli ngan buat bubur jagung pulak. alaaa yang bembahan nya santan, susu, gula, gula merah (dark brown soft unrefined sugar cane), sagu biji dan air.. pejam mata buat. woweeee.. sebab selalu buat. 1st time dulu tengok resepi gok.. hohohohoooo taip je magic word 'bubur sagu jagung... berderet resepi kuar..

ini keshokaan kami anak beranak kecuali DC.. adehhh susah tol kekanda ni milih milih makang.. fenin dinda la..



Friday 28 January 2011

Kurma Ayam

Salam

bukan nak bagi resepi masak kurma. eh tak kan lah tak tahu masak kurma cemana. sama je lah ngan masak kari. prosedur nya tetap sama. kena ikut tertib serta tomakninah lah. kalau derhaka menjadik jugak tapi kureng sedap lah. tapi kalau ko punya tertib melampau derhaka memang la tak jadik langsung. iya mana lah tahu kut kut ko masuk ayam dulu. pastu santan, pastu bebawang, pastu rempah. macam pelik lah pulak.

selalunya kegagalan masak benda benda bersantan ni ialah masa nak naikkan minyak. paham ke. alah nak apungkan minyak di atas lepas siap masak tu. aku dulu tah brapa ratos kali fail. tapi...lelama tu eh TERTAHU pulak nak buat. xde tanya sesapa pon. just try n error je.

sebenarnya tak lah susah .. kau tuang je lah minyak lepas siap masak.. nanti otomatik minyak akan ada di atas.. OK OK aku tipu.. PEMUDAnya instead of PETUA.. lepas masuk santan tu PERLAHAN kan API then kacau perlahan je. biar api kecil serta semangkuk kesabaran hingga masak dan nampak dengan mata kepala sendiri dah masak barulah boleh padam api. ITU JE. mudah kan. macam tak mencabar. ecehhh skang bole ar cakap. dedolu masak cemana tengok. hahah segan silu nak masak kat umah mak mentua. tu yang amik part potong bawang je tu. hehehehee abis itu je jawatan kosong yang ada.


eh jap.. kalau masak rumah mak mentua seteror mana pon aku masak aku still tanya lagi mak mentua tau .. mak, lepas ni masuk apa? nak masuk banyak ni ke halia? macam macam soklan. sambil tu boleh borak borak kat dapur. iya lah kan kena lah masak ikut selera MIL. kang kalau aku masak ikut sukati tekak haku tak fair pulak. aku suka masak sayur separuh masak. cruncy cruncy je. tapi untuk orang tua tak bleh la buat macam tu kan. kena masak sampai layu. sambil duduk dapur tu jeling jeling la cemana dia masak. apa step dia buat yang sampai anak (DC) suka sangat mak dia masak. apa lauk dia suka. apa lauk dia selalu masak. apa dia tak suka.. haaaa GITU la.

sapa la yang google nak carik resepi Masak Kurma terserempak ngan blog haku ni sure menyesal punya.. hahaha

dedulu masa memula datang tak bawak apa apa rempah tau.. memang tak bawak sebab penakut. kut kut lah kastam UK cek kena buang tak ke leleh ayo mata. dah sebulan tu terringin pulak nak makan kurma. rempah Malaysia ni memang takleh challenge la. ade jual sini punya brand Pakistan ke omputeh ke nama Korma ke Qurma memang tak sama langsung ngan Kurma M'sia. ye kan dah membesar ngan rempah Mesia. carik jugak kalau sampai Land End (nama tempat) skali pon. kengkawan ramai yang berhati mulia sedekah rempah kurma. terharu..

dah lah citer masak kurma ni.. jom kita makan limau pulak...




amacam terliur tak limau putih ni. chomel je kan. percaya ke ini limau. kalau kata wedges memang lah xde rupa kan. kalau limau macam ade la iras sikit. adik limau kot..

#

#

#

hahahha sebenarnya ini BUKAN limau ... ni COKLAT VANILA with Sprinkle Hundred Thousand. manis gilak. manis sampai pening OK.. but part Vanila tu sedappp.. aku dok makan mendalah ni nyonyot vanila white coklat tu then bila dah melting vanila coklat tu baru terasa sprinkle aku buang sebab manis tahap kencing manis. fail aku.

menda ni didatangkan dari dalam kotak then dalam dia bulat berbentuk SEBIJIK BUAH OREN yang dibalut aluminium foil. keras dan berat. sekali bukak hamekkk koo seketul oren tiruan telah siap di belah cenggini. rasa dia memang ada campuran oren oren skit. pelik ah budak budak ni tak suka. sebab manis sangat kot. haku lah terkulat makan sorang. feeling macam budak kecik gitu. abishhh diet aku.

chow..

Potty Training - Cik Puteri

pandai kenyit mata

28 Januari 2011 (Jumaat)

bercakap dah boleh mengalahkan burung kakak tua suka niru niru cakap orang. kadang terpikir dia ni suka tiru cakap orang sebab dia paham atau sesaja je tiru. cakap melayu pon tiru english pon tiru. pakej ngan lenggok suara kita sekali dia hangkut tiru. haishh pandai betul..

tu lom dengar nyanyi "tikle tikle lite star.. how i mmmmmm mmm mmmm... u aree" eh dah abishh intro ngan ending je. tengahnya mana tah..

haaa alang alang dah pandai tu kan ni la la masa dia ngajor dia 'wee wee' aka potty training. sebenonya stok pampers kat umah dah abish kira dah cukup lah alasan pempers takde so kena wee wee kat potty. tak dan nak g beli. sesaja la cuba cuba suruh dia wee wee dalam potty. haruslah dengan efek bunyik bunyian gitu. SHYYYYYYY..SHYYYYY.. dia takde nak wee pon. lamaaa duduk kat potty tu tunggu. akhirnya dengan efek bunyian mendorong untuk dia BOLEH wee wee kat potyy .. hurrayyy.. aku dah gumbira dah. soo lepas tu selang 10 minit aku tanya 'Puteri nak wee tak? Nak kencin tak?" dia slumber je jawab "Na Naakkkk" (taknak). dua menit sengah lepas tu basah dah suar.. haishh

tengari tu masa NAP aku alas punggung dia ngan plasetik recycle. blasah je lah. terbabas jugak sekali. sikit je. lepas kejutkan dia dudukan kat potty. haaaa banyakkk keluar. pastu sambung balik NAP.

petang tu dipenuhi taburan hujan kata puji pujian tepukan gemuruh disegenap ruang bila dia dah boleh bagitau nak wee wee dan mencangkung sendiri. malamnya dah restock pampers so pakaikan lah balik. eh alih alih tak nak pakai. siap suruh bukak balik pampers yang dah siap terpasang kat punggung dia. aik ?. bagus bagus GOOD GIRL! WELL DONE!

tu citer SEMALAM..

5 STAR pose

2nd day ni dah macam OK sikit berbanding 1st day. semalam 4 helai seluar basah eksiden tak dan nak cakap. hari ini bagus pulak tak ada yang terbabas. dengan poo poo sekali dia harung. bagus gak yek.

Alhamdulillah jimat duit bajet pampers mama ayah untuk kamu. waktu siang je paling koman pon 2 keping. kalo skali poo poo plus lagi sekeping. belum petang sampai malam hingga tengah tengah malam tambah lagi 3. adehhh. sehari 6-7 keping, 64 keping habis 10 hari. sebulan 3 beg. 1 beg = £7 x 3 = £21. ni bukan nak berkira dengan anak. ni nama dia bajet.. pengiraan bajet keluarga.. :)

saiz popok kat sini tak ikut S, M, L, XL... sini pakai nombor.. 1, 2, 3, 4, 4+, 5, 6.. maka Puteri punya saiz 4. tak do brand brand Pampers, Drypers, Mamy Poko ke.. sume brand Tesco, Wilkinson dan Boots (sume nama supermarket) tu pon dah lebih kurang harga kat Malaysia. kalau branded maksudnya lebih mahal lah lagi.

seksa beb nak train dia. baru aku tahu seksa. dulu2 tak tahu sangat sebab teacher nursery yang train. padan muka aku! Hakim n Hazim dulu tetiba jek dah pandai je cakap nak pegi toilet. skang bila kena buat sendiri sebab udah nama suri rumah naik gila gak. temperature marah mendadak tinggi. sabor sabor.. sudahlah kat sini kadar kekerapan stimulate bladder penuh dengan cepat. kau paham lah sejuk menyengat. alangkan dewasa pon kekerapan jadik double. ni kan budak kecik tentulah triple kerap. bagus gak ajar dia time winter ni. sebab banyak duduk rumah. maka senang skit. tapi kalau keluar dan waktu memalam kena gak pakai balik.

jap aku tengah pikir kalau budak perempuan perit skit nak latih wee wee kat park outdoor. malu lah kan nak cangkung kat mana?.. pengalaman train Hariz taklah susah mana. lelaki kann.. itupon banyak terbabas masa kat nursery sini. balik je tengok tengok dah pakai seluar lain (sluar standby). ni lom citer nak train kencing waktu malam lagi. adoiii berkerut dahi..

selang 5 minit aku tanya, kang 10 minit tanya lagi. sengaja je ulang ulang cakap banyak banyak kali supaya dia tak lupa. "adik wee wee kat sini ye" sambil tunjuk potty. dia jawab "OK", "adik nak kencing cakap yea" dia jawab "OK", "mama, nak kecin (bunyik: key chain)" melompat aku tarik je suar dia. bawak kat potty. bila dah main leka. kalau tengah nangis tekanan semakin kuat. tengah nangis tu terus je bawak pegi potty. maka kekerapan dan kelajuan ulang alik ke dapo selama sehari boleh di samakan dengan ulang alik ke town centre jalan kaki. longguh buku lali. dapo aku ni dah lah beranak tangga sebanyak satu. lutut pun crak cruk. terus boleh kena osteoporosis.

ni belum ajar yang nak ke toilet kat tingat atas (bawah xdo toilet). adoyai.. mau tercabut tempurung lutut.

anyway dia baru je 2 tahun 5 bulan.. kira awal berbanding abang abang ;) kira lewat berbanding anak mat saleh :(


Wednesday 26 January 2011

Hariz dan artwork

Salam

pagi tadi pepagi moning.. DC ikut rombongan cik kiah teacher Hakim pegi Museum. Queen Victoria Museum kalau tak silap nama nya. biasa lah DC memang suka la pegi tempat simpanan sejarah ni. ntah laaa.. dia tu aku pon heran. blaja engineering tapi minat sejarah. eh cemana tu? klasik campur adun ngan moden. jangan pecah pale dah lah..

aku cam biasa la gedixsantai jek kat umah ngan Cik Puteri ni. Hakim dan Hazim petang lepas waktu skolah dorang ada Film Club. tu je after school club yang boleh join sebab FREE. kalau bayar surat kebenaran pon dorang tak tunjuk. sebab dorang pon dah tahu dah 1st skali mama dan ayah akan tanya "Bayar ke Free??" .. la ni dorang tunjuk Mama Ayah this Film Club is Free.. hahahaaa.. pandai pandai..

alah Film Club tu just menonton wayang kat kat screen besar dalam bilik gelap je kat skolah bersama Club Member yang lain di temani teacher je. citer bertaraf 'U' je laa.. takpe la mereka enjoy nak join tengok filem ngan kengkawan lain. pegi je lah asalkan FREE.. hehehehe..

soo dorang pulang skolah lewat. lebih kurah 4.45pm .. petang kang tinggal amik Hariz je laa. aku cam biasa la bersiap ngan Cik Puteri ni nak pi amik Hariz sorang. sampai jek skolah tup tupp.. bertembung pulak ngan En DC.. hahah SABO jela. haiiii beramai ramai menjemput Hariz pulang skolah.

DC nampak aku, dia boleh kata dalam hati "eh pesal pompuan ni muka macam bini aku..?" dia tengok bawah eh eh eh nampak Puteri tengah terkedek kedek jalan kaki.. hahahha laaaaaa betul la bini aku..

hishhh ape lahh.. xkan ade kemba aku pulak kat sini.. wife sendiri pon tak kenal.. cehhhh...

tu lom citer masa kat JJ Wangsa Maju.. tengah jalan jalan bertembung ngan cermin mintak maaf "Opss sorry" padahal yang dia langgar diri sendiri dalam cemin.. ekekekekeeeee

then sampai umah Hariz terus dengan bangga nya tunjuk hasil keja tangan dia kat skolah.. whoaaaa.. sibuk suh aku cepat mama take my picture.. heh sabo je .. OK OK naaaahhhh



tengoklah aksi si tecit yang alergy nampak camera terus ... erkkk meng'ayu'kan diri.. ahahhaha LAYANNN

Monday 24 January 2011

Silibus Sekolah - Part 2

...sambungan entry yang lepas

3. Buku Latihan / Nota

sejak skolah kat sini memang tak ada buku latihan yang bercetak apatah lagi buku teks yang tebal tebal tu. memang tak ada bayang. teacher kalau nak bagi homework hanya leaflet sehelai dua. yang ada hanya semua buku tulis untuk buat latihan semua kat skolah. hujung tahun dah habis tahun nak naik kelas lain baru amek semua buku tulis latihan yang simpan kat skolah. berlungguk lungguk.haaa masa tu lah boleh tengok hasil keja dorang selama setahun kat skolah. sorang sebakul.. 3 orang maka 3 bakul. termasuk kraftangan atau apa apa projek yang mereka buat kat skolah. BAGUS kan.. tidaklah sampai nak tumbang senget benget bahu nak mikul buku tebal ke sana ke mari semata nak belajar untuk sehari guna sehelai dua je. BEZA kan.

OK kali ni 1st time teacher Hakim suruh beli buku nota untuk rujukan kat rumah kalau ada homework. buat pertama kali lepas 2 tahun skolah sini. hanya 3 buah buku nota Sains, Maths and English. nota tu just note note penting tips untuk setiap subjek. ringkat padat dan nipis je.

ini la buku nya..


jom intai apa dalam dia. skali imbas memang macam 'alah lebey kurang je ngan buku kat M'sia'.

BUT telek sesatu.. ada kelainan skit. meh amik 1 contoh ... Mental Arithmetic.. setahu aku dan aku tanya bebudak student yang bujang yang baru habis skolah kata Mental Arithmatic ni tak ada di ajar kat skolah..kalau nak belajar mental arithmetic ni kena amik tuisyen luar (bayar mahal) TAPIIII di sini.. ianya salah satu silibus pelajar. mereka ajar jugak cara kira ortodoks.. err maksunya kiraan kalau tolak tu tak cukup main pinjam pinjam tu.. kalau kiraan campur tu satu naik atas. haha.. tak pasal pasal kena imbas balik matematik masa skolah dulu.

bila dorang (students undergrad) baca buku nota sains tu .. mereka kata "eh kami belajar ni masa sekolah menengah" maksudnya year 4-5 (darjah 4/5) dah belajar silibus tingkatan 2-3 di Malaysia. kiranya sini punya level silibus tinggi. skolah rendah dah blaja apa skolah menengah punya silibus. makaaa High School (Sek Men) dah kena buat assignment wehhh.. haaa tengokk tinggi preparation untuk ke Universiti lebih awal di prektis. that's why mereka lebih maju dari kita.

4. Reading Record

hari hari tak boleh miss tertinggal dalam sehari pun mesti kena MEMBACA..baca lah apa sahaja then recordkan. nampak tak. teacher dan sekolah tanamkan minat membaca sejak di Nursery. sebab sekolah mula dari 3 tahun walau kelas hanya 3 jam je kelas tapi tetap ada reading record. apatah lagi year 1 ke atas adalah wajib baca. ini sebenarnya di panggil budaya. budaya ni sebenarnya dah di serap kat baby lagi. sejak anak dah boleh mula mendengar dah kena ajar dia dengan cara memperdengarkan cerita.. like bedtime story. kita orang melayu pon ade jugak yang dah lama tiru stail ni. cuma tak menyeluruh. ada yang buat ada yang tak buat.

kat sini anak anak aku dok tanya dan suruh aku baca buku untuk dorang sebelum tido. erkk biasa lah kan banyak nak settle hal2 rumah. update blog lagi :P, kemas dapo setelah seharian masak masak.
asyik lupa. bila aku bacakan asyik lah kena tegur je ngan Hakim dan Hazim sebab salah pronouns MAKA aku suruh je mereka baca sendiri sebelum tido :P lepas bedtime story then doa pastu tido.

tengokkk .. sampai anak suruh mak dia baca kan. punya lah tak biasa nak buat. kamu? ada ? anak buah tak kira eh.. hahaha tak laa.. anak buah pon boleh jugak buat belatih. nanti nanti ada anak sendiri terus tak kekok.

OK to be continue lagi yea... untuk part part yang seterusnya

aku bukanlah nak sanjung sanjung atau puji lebey lebeyy cara orang sini tapi kalau benda baik tak salah ikot. BUT banyak gak menda2 hampeh tinggalkan laa kannnnnn.. nanti nanti next next entry aku cerita bab bab hampeh yang tak boleh ikut tu yeh. xleh campur aduk. fenin nanti. bila dah duduk sini dah boleh perhati la mana mana perkara baik, perkara maju boleh ikut
... perkara rosak lagi merosakkan diri buang la jauh jauh. ini baru betul BUANG YANG KERUH ..AMBIL YANG JERNIH.

apa pun pengalaman setiap orang yang tinggal kat UK ni berbeda beda dong. ini hanya pengalaman aku je..



Dapur Malaysia @ Westfield

Salam,

22 Jan 2011 – Sabtu

Malam semalam DC dapat info yang kat Wesfield ada Malaysian Kitchen nak bukak booth sempena Winter. Malaysian Kitchen ni sebenarnya adalah Persatuan Café Café atau semua restoran milik rakyat Malaysia. bukan warong eh. Eh kat UK ni mano lah ado warong. eerk kalau ada kan best. Tengah membayangkan lepaks kat warung bawah pokok di London sambil hirup oksigen sejuk. Muahahaa.. berangan!

Whoaaa !! sebut pasal Malaysian Kitchen je mula lah tebayang MAKANANNNNN.. apa yek nak makan makanan yang tak buleh bikin dengan sendiri secara sedap. Haha.. ouhhhh yeahh.. nak satey nak sateyy nak satey (bayangkan iklan monyet nak buah cili dalam iklan lama tu) dari rumah dah membayangkan satey.. nyum nyum..

Soo pagi tu bangun lewat la skit nak skip breakfast eh bukan lah tak makan langsung. Tapi nak makan macam orang papa la. Bukan mama papa tu .. macam orang miskin la. Hukhuk.. punyalah nak spare ruang perut ni kengkonon nak makan gelojoh yang banyak la. bunga bunga hati ni nak pegi. Dah sampai tu tercarik carik la lokasi kat manalahhh booth ni dipacakkan.

Ecehhhhh DC dok bayangkan ianya dalam bangunan Westfield la. Dengan gaya santai slumbernya tinggal la jacket winter dalam kereta. Malas lah nak pakai. Haku pon soh budak2 ni pakai jumper jek. Termasuk haku skali.. .. sekali dorang bukak booth kat luar bangunan Westfield daaaa.. HAHAH hamekk ko makan dalam kesejukan ditokok pulak perut yang lapar extreme. kahkahkah... Kak NORSHAM yang bagitau.

Terserempak ngan member DC masa pegi BTN before datang London. Norsham nama dia. Dia dok Cambridge. Hehehehe boleh le melawat Uni Cambridge pulak lepas ni. alang2 membe dah ngajak tu. Save Accommodation. Best best.. dia lagi hebat anak 5 orang. Yang ke 5 tu lahir kat Cambridge. Siap pos ke Malaysia, kakak dia jaga sebab nak concentrate study. Soo yang ada ngan dia 4 orang je. Pengorbanan betul la kan.

Hakim dok ingat JAMUAN Raya ke hapa. Ade ke patut dia gi mintak je ngan makcik yang jual tu. I want this want that want those.. ngeh ngeh ngeh.. cecepat aku tarik baju dia pelan pelan. Hei sayang ini bukan jamuan makan yang buleh makan FREE .. kena BAYAR nak.. orang yang menjual tu senyum2 je.

Round round la dulu tenguk tengok ada jual apa? OK jugak banyak pilihan. Tapi lebih hebat Malaysian Night Market masa kat Trafalgar Square dulu. Tengok tengok booth yang jual satey kena berato panjang. Sighhh.. but adinda isteri nak jugak kan. Maka nya kekanda suami kena lah berato jugak dalam kedinginan. Kesian. Tulah pakai T-Shirt je. Padan ngan muka kami. DC tengah berato aku panjangkan leher yang pendek tengok booth lain. Alamak nampak best pulak RENDANG Mussel. Nama meleyunnya KEPAH. Nak makan rendang kerang tak adalah jumpa. Kerang susah lah nak dapat kat sini. Tidak lah pulak dorang menjual rendang semata mata. Urghhhh kena makan lak ngan nasik lemak. Haha padahal selalu je buat sendiri nasi lemak.

ni la view Malaysian Kitchen.. tu bumbung merah kuning tu booth gerai nya

HARGA? Hamper bubuh diri nenguknya… satey 5 cucuk lima pound, nasi lemak ngan rendang kepah seciput 5 pound, roti bom 2 keping ngan kuah dhal 3 pound, keledek goreng 3 ketul 3 pound, mee goreng mamak ngan ayam goreng rempah seketul 5 pound…£21 (kalau masak boleh makan 15 orang ..)

Jumpa lak booth jual bahan instant rencah masakan.. beli lagi. plan nya senang la nanti kut kut lah nak bercoti coti UK. Rencang Rendang Instant, Rencah Masak Lemak Cili Api Instant, Sambal Tumis Instant. Semua brand ALIF. Murah pulak dorang jual sepeket 1 pound. Nampak Meggi manggil manggil suruh beli. Sesekali teringin gak makan megi perisa Asam Laksa dan Kari. Pastu pakcik (cina) yang jual suruh pulak beli air kotak Milo dia bagi £2.50 ada 6 kotak kecik murah pulak kat aku sebab last stok.. before tu dia jual £3 . Amek la jugak mandangkan dah lama tak minum milo. Wah anak2 suka kemain. Rasa macam kat Malaysia lah. Nasib 3 bulan je acara macam ni. Kalo dak pengsan sebab bankrupt.

5 cucuk satey gebu dimakan dengan CATUnya untuk kami ber6. Sedih kan.. Alhamdulillah dapat gak merasa satey yang sedap. Mahu yang kat kedai jugak yang sedapnya. Pesal tah buat sendiri manjang tak jadik. Marah betul.

Meh tengok gambar gambar sekitar acara ini berlansung..

Dah macam pelarian pendatang halal…

Berpeleleseran makan.. tak tenang dibuatnya.

Puteri lari sana lari sini. Tersungkur sana tergolek sini.

LAPAR betul muka Hazim..:D

menikmati AIR KOTAK MILO

aksi JEJAKA KEBAL .. :P

Abis jek acara ni memasing dah kesejukkan sampai biru tangan bibir sume. Menggelabah carik toilet. Mujur bangunan Westfield dekat 43 tapak je. Kalo dak beku la kami kat luar. Mat Saleh pon respek lah.. KEBAL betul .. padahal..

Ronda ronda dalam Westfield sebab nak kan heater.. then baru la kitowang pulang ke pangkal jalan.. tak buleh lelama la hai kat tempat orang kaya kaya macam tu.. parking je dah £7.50 .. HUHU.

jumpa ramai orang Malaysia tapi lebih ramai OMPUTEH.. mat saleh suka betul la makanan Malaysia. korang kena bangga ngan menu mesia tau.. jumpa Malaysian pon just hai hai sempat bagi salam je. bukan sombong tapi jalan dengan anak anak kat tempat ramai orang memang tak sesuai nak cerita panjang. kau tahu lah jumpa org Mesia kang nak tanya asal usul lagi tanya itu tanya ini. malas betul. tak suka. dah lah borak bukan boleh concentrate. mata aku ni melilau tengok anak. kang ilang putih pulak mata. biar lah orang nak kata sombong asalkan anak aku tak hilang. nak citer panjang2 amik no tipon takpon bagi je nama kat FB. lebih bagus datang rumah terus .. haaaa borak lah sampai lebam.. :)

Sampai umah Hakim dan Hazim sibuk ngan acara apa tah kat rumah kawan dorang nama Oscar. Party katanya. Dah terlewat pon. Tapi nak jugak pegi.

Petang tu pukul 7 dah lapar balik. Itulah penangan winter memang lah cepat lapar. Tunggu 4 dara pinggitan yang comei loteh datang..makan ramai ramai. layan MOVIE MELAYU.... SYIOK betul sampai pukul 2 pagi.. dorang sleepover kat sini. besoknya haku yang terbungkang sampai pukul 10 .. buat BRUNCH je lah. Nasik Lemak lagi.. hahaha makin tebel la lemaks aku.. muahahaaa..

OK ni je laporan dari BUKAN dapur aku. tapi DAPUR MALAYSIA..


Friday 21 January 2011

Silibus Sekolah - Part 1

ini saja la nak share cara pembelajaran kat sini ...

1. Handwriting

entry entry sebelom ni aku ada bagitau handwriting Hazim cantik. cantik yang aku pon tak leh buat lah.

Hazim mula skolah kat sini Year One (Whitehall Infant School). so masa dia tadika kat Educare UIAM dulu belaja writing macam biasa biasa je. pakai buku yang ade line merah biru merah biru tu kan. jari masih lembut nak bentuk supaya tulisan jadik cantik. datang sini still ada belajar handwriting. tapiiii.. lain skit..

handwriting mereka ialah tulisan sambung. semua bersambung. kalau tak sambung teacher dia suruh buat semula hingga bersambung. so selama setahun dia latih tulisan sambung jadi bila Year Two tulisan dia dah cantik dah.

tak caya cuba tengok ni....

yang ni kiranya teacher dia suruh buat laporan la apa yg dia buat weekend

ayat yang last tu .. tulisan teacher dia.
(ko abai kan grammer budak skolah ni yeh :D)


aku sendiri kagum tengok tulisan dia. aku rasa aku nak buat ni masa darjah 6 baru boleh kot. memang hebat lah.. teacher dia memang sungguh sungguh ajar tulisan ni. memang ada dalam key target utk handwriting cenggini. kalau salah buat semula. salah buat lagi. KALAH tulisan ayah. conteng conteng.

kalau tengok tulisan matsaleh yang dah tua tua atau kat universiti .. cuba korang perhatikan. tulisan dorang tak cantik. tulis sebiji sebiji jarak jarak.. macam malas tulis. sekarang kat skolah dah serap buat tulisan macam ni untuk future la gaknya.

2. Times Table Test

sekarang Year 3 dan Year 4 (Whiteall Junior School) sedang bertungkus lumus menghafal sifir. sama lah macam kat Mesia jugak kan. Math ni kan atas dasar latihan. banyak latihan lagi teror lah.. melainkan kau dilahirkan genius.

ok aku nak share cara latihan darab .. kata mak aku hapal sipir. hihi


teacher sediakan kertas A4 ada table macam ni je. so kena buat every day 1 table pon dah cukup. every week ade 1 je A4 paper. table depan belakang. bawah setiap table tu tercatat time. maksudnya kena buat stopwatch la. aku selalu suruh Hakim dan Hazim berlumba lumba buat. catat time sapa paling cepat. baru semangat nak buat. lepas tu boleh kira score (markah kan).

kat Mesia aku tak tahu lah latihan nya cemana. sebab Hakim sempat setahun je skolah Darjah 1 kat Sg Pusu Gombak nun. idea buat jadual macam ni simple dan macam senang nak buat untuk kanak2. secara tak langsung mereka TERHAFAL kalau buat latihan camni. asyik dok la berzikir hafal sifir bagus jugak latihan camni. cuba lahh..

ada lagi .. akan bersambung..next next entry..

Emak dan Aku

semalam kami tido lambat.. eh rasa nak tipon mak lah. ini kalau tipon (12.30 tengah malam) Malaysia waktu pagi.

so mcm biasa borak borak gelak gelak...

Aku : Assalamualaikum mak!

Mak : Waalaikumsalam..

Aku : sihat ke (bunyi mcm mak sedang berjalan)

Mak : sihat.. alhamdulillah..

Aku : Mak kat mana ni??

Mak : ni mak nak pegi umah Cik Dah Hasan ni..

Aku : Aik ? pagi pagi dah merayap rumah orang ? (aku ngan mak memang perbualan kasar yang mesra gitu)

Mak : Ha'ah ada hal sikit.. hihihihi

Aku : Mak dah sarap ke?

Mak : belom.. itu lah pegi umah orang ni kut kut lah orang hidang air bagi sarapan alhamdulillah.. hahahah.. (ayat lagi kasar kehkehkeh)

Aku : HAHHAHA heh mintak makan kat umah orang pulak..

Mak : ye la janda.. ibu tunggal pulak tu.. kesian mak..

aku : kalau orang tak bagi minum cemana

Mak : tak apa lah.. mak makan kat kedai (aik? tadi kata janda ibu tunggal.. aleh2 nak makan kat kedai pulak)

Aku : HAHAHAAHHA..

Mak : Nak mintak makan kat anak jauh ..

Aku : alaaa lagi setahun je mak..

Mak : setahun pun rasa lama sangat lagi..

borak borak lagi..

Mak : eh ko kalau takde apa hal mak nk letak dulu nih.

Aku : eh napa pulak?

Mak : jap mak ade hal skit ni kat umah cik Dah ni nak cerita cerita..

Aku : amboi cerita cerita apa pulak tuuuu..

Mak : ada lahhhh.. ni nak bincang jumpa menteri ni ... hahahaha

aku : menteri.. ceh .. hahahhaha..

punya lah bizi dengan kengkawan sampai anak kat London tipon pon dia nak letak.. hahaha. MAK MAK.. kelakar lah mak ni..



ni gamba masa hantar aku kat airport KLIA (31 dec 2008)

muka mak memang pakej
3 hari 2 malam sedih je.. tapi kalau borak borak asyik nak ketawa je dan bila sedih memang sedih menyayat hati lah.. apa pun riak muka mak aku tetap SAYANG MAK !

eh ade yg kata muka mak ala2 cina skit. sbb arwah atok tan ngan atuk tina (mak abah mak) memang mata spesis sepet. aku ? more belah arwah abah.. Al Fatihah


Thursday 20 January 2011

Rendang Ayam

Bonjour !

ari ni DC appointment dgn supervisor, so x smpat nak buat bekpes pepagi. kami makan loti lor.. makan loti tahu je lah.. pukul 11 dh menggigil macam tak makan pape je pagi. adeh cemana nk ikot tekak matsaleh ni. memang xleh la. pepagi aku dh defrost ayam. menung tengok muka ayam dah takde muka tu .. ini kalau buat rendang best tak yek? soo berlakulah kejadian yang tak dirancang untuk membikin rendang.

ini kena nyanyi lagu Raya ni. aloh dok London kalau bukak lagu raya sapa nak marah. sebab kalau raya pun sama je dia punya feel mcm dok kat rumah hari hari biasa yang takde pape berlaku tu. sedih ah.

ini mood citer bab masak dan makan.. mane bleh sedey2 harus lah enjoyyyy.. tapi kan aku rasa macam tak berapa jadik je rendang ni. selalu 2 tahun raya kebelakang ni aku dok buat daging rendang. sebab dah buat ayam merah. takkan nak buat ayam rendang lagi.. haih di mana mana ayam. soo sesaja je la mood angin barat daya datang kerajinan buat rendang ayam. DC kata OK dah sedap je. cuma aku yg rasa tak confident. ntah kurang kerisik ke ntah lebih santan ke.. entah lah. kena beguru lah.. agak2 ade tak org nak buat kelas membuat rendang di London .. suka no merepek..

kalo ikotkan step by step memang dah betol dah. cumanya tak confiden dengan sukatan nya tu. entah la korang tengok je la rupa dia ni....


stok daun kunyit tak dok maka aku hentam masuk daun limau purut. :P ini kalau lah tak terpelanting kat London ni alamat tak terbuat lah rendang. ape ke halnya. kat kedai banyak. stakat nak makan seketul dua beli je la kan. haa ni dah duduk sini tak fasal fasal kena buat seekor ayam .. adeh

alhamdulillah anak anak suka sangat. alaa mayB bukan sebab sedap.. ermmm sebab tak pedas kot. memang tak ade setitik sambal pon. DC macam biasa la tak sedap pon makan banyak sedap pon makan banyak .. cemana tu.?

pegi pegi pegi carik resepi kat blog chep chep terulung sana.. aku ni amatur tak layak nak bagi resepi ni. stakat nak bagi resepi ayam goreng terpaling sedap antara yang tak sedap boleh laa..ahahaha

ok MERCI MERCI.. eheh pembukak penutup sibuk berlatih cakap France ni. aceh kalo ade rezeki InsyaAllah boleh g sana. lagipun UK - Paris kan jiran jiran je.. fuhhhh berkepul kepul asap awan berangan.. haha kena angan angan dulu baru jadik betul.

Monday 17 January 2011

Oxtail Soup

Salam

aku rasa macam dah lama tak citer pasal masak masak makan aku buat sendiri. asyik citer orang masak dan aku makan. sebab graph mood masak yang bombastik bombastik dah menurun hingga paras zero. dah nak negatif dah. bukan lah artinya tak masak langsung. tak masak kebulur oii.. nak makan kat luar JAUHHH sekali la kan. aku dok ulang la masak benda sama pusing pusing 360 darjah. macam malas nak pikir berat berat. hari ni kurma, besok sup, lusa kari, tulat masak lemak cili api, next tulat ayam goreng kfc. pusing lagi..bla.. bla.. blaa.. hari ni ayam, besok ikan goreng, lusa daging, tulat telor goreng, next tulat fish fillet... pusing balik..bla..bla..blaa..

sampai DC tanya nak beli apa abang nak g beli lauk ni ? haih.. tak tau lah nak apa.. biasa je lah. bukan kita sekuaga nak makan daging gajah ke, goreng kulit buaya ke, sup tanduk rusa ke.. tak ada lah kan.. kang kalo masak pelik pelik ala ala chef Gordon Ramsy kang ade lah orang tu tak suka lah. orang ni tak mahu lah. haaaa masak je SEMUA makan. sonang cito..

ini citer hari ni. fresh lagi masih panas. hari ni hujan tak berhenti dari bangun tido sampai nak tido balik pon tak berhenti lagi. pagi pagi macam biasa lah lepas urusan anak anak ke sekolah.. rutin yang tak tinggal adalah buat breakfast utk aku dan dc pulok. adoiiii.. aku masak hari hari rasa buntu nya nak masak apa. hangin barat daya betul pagi ni tak mahu masak. bukan mogok tapi memang tak mahu. sesekali tak mahu OK lah kan. hari hari tak mau masak memang nak kena penampo. eh entah memang hari ni jawapan dia tak de MOVE nak masak breakfast .. makan je lah apa apa ade. roti ka. cereal ka susu ka. biskut biskut ka. hari hari makan berat sana berat situ berat. haku pon dah naik BERAT dah. adoiii dah lah lemak musim winter ni tak terbakar langsung. kang lepas makan tertido. bangun tido lapa .. tu je keja. mana la tak tepu lemak weii. muka pon naik SEMBAP. heh takkan aku nak menyangkul bakar lemak sejuk bedi ni. tak kena ok !

bila dh tak breakfast heavy pepagi mulalah nak makan berat berkelo kilo dengan kadar kecepatan terburu buru serta kemengigilan sebab lapo. urghhh punya silap pegi rebus OXTAIL. erkkkk punya lama gilak nak masak. DC 2-3 kali turun dapo tak masak masak lagi .. haha kesian.
tapi sekali dah siap mak aihhh setengah piuk nasi abish. kena pulak chocha syahdu syahdan hujan sama rentak dengan perut lapa bunyik.

pelik eh bunyik Oxtail .. lagi buruks bunyik kalau dalam bahasa melayu. ekor kerbau. macam nak ketawa.. ketawalah sekarang. kalau dh jadik sup takyah la ko sebut kerbau tu. cakap sup ekor sudah lah. sebut sup ayam OK je. jangan la ko bayangkan kerbau tu.

SEDAP WEII.. sedap kalao makan kat kedai tapi lagi sedap buat sendiri. stail aku buat ... rebus je sup sampai empuk. sampai lembut longlai. api perlahan. kalau periuk besar tutup. kalau piuk kecik xyah tutup kang membuak air. kalau air dah susut ko top up je la. api perlahan tak payah lah duduk tertonggok depan sup tu tunggu sampai dia masak. biar api memasak secara sendiri. sambil tu boleh melayang FB ..hehehe

start rebus sejak pukul doblas. mak aihh pukul 3 baru empuks. ermmm menggelodak perut. kalau nak teray sup yang marvelos ni boleh la pollow stail mak aku. bila sup dah empuk. baru buat rempah nya dalam kuali yang lain. tumis bawang besar, bawang putih, halia (dichopper), kayu manis, bunga lawang, semua spesis kayu kayan yg sewaktu dengannya. bila bwang dh garing skit. masuk rempah sup dalam 1 sudu rempah sup (depend bape byak sup ko tu). goreng lama skit. lepas tu baru terjun kan rempah masak tadi dalam rebusan sup tadi. biar sebati dalam sup. then barulah masuk carot (potong bulat). bila carot dh lembut baru masuk kan celeri
(potong serong), tomato (potong baji) sebagai efek masam dan cili api (4-5 ketul dah la) beri halwa pedas skit akhir skali garam. walaaahhh umphh tak tipu punya. xceli cara masak sama je kan. mungkin ade gak yg masak stail ni. saja je nak manjangkan citer.

citer banyak pon tak guna kan.. meh tengok gamba lah. panggil orang kampung semua tengok yeh..


sangat indah dinikmati ketika hujan lebat mencurah. err masa kemarau pon boleh jugak. apatah lagi kalau hujan panas.. hurmmm makan sampai meleleh peluh ..hukhukhuk..

makan dengan anak anak kena asingkan dengan yang pedas dan yang tak.. kang ade lak yg mogok xmo makan. Puteri pon shuke.. nak shoup nak shoup.. kata dia..


tengok la cik kak ni.. ber ia iya hirup sup. huhuhu.

hokeh.. akhir kata pinjam ayat kata chef wan jap.."selamat mencuba yea puan puaaan" hahahaha.


Saturday 15 January 2011

Tentang AKU

Salam,

tiba tiba macam angin apa tah menyeru supaya aku menceritakan pasal diri aku kepada aku. eh ape neh. macam tak betul lah bunyik .. betul betul.. ni kan blog aku. seronok bercerita kat sini xde sape nak sampuk aku masa aku asyik bercrita. sapa nak dengar dengarlah. nak baca bacalah. tak mahu SUDAHH.. nama aku RAFIDAH..jalan dahh.. hahaha

pasal ape yek nak cerita tentang aku ni. macam terbosan bosan lah berchating atau berbual dengan kawan kawan yang dok tanya soklan sama sebanyak seratus lipa puluh juta kali..haha aku tambah tambah je. kalau baru kenal sehari seminggu sebulan setahun tak pe lah. ini lama kenal dah bagitau banyak kali tanya jugak.

FAQ.. kau bila balik ? kau dok London tu buat apa? kau keja eh?

aku bukan takmo jawab soklan pandai pandai macam ni. tapi ko pon tahu lah BEZA waktu kat London ngan Malaysia tak sama. masa terhad. dapat berchating dengan kawan kawan memang BEST sangat. hilang skit bosan kat sini. kadang kadang tengah chat anak kacau. tengah nak masak tapi bila soklan bosan kluar mula lah aku nak errkkkk.. offline. tapi aku tak suka offline. aku suka online. kalau boleh nak 24 jam tapi ade lak FAQ lain tanya engkau ni tak tido ke? arghhhh.. tengok aku online sudahlah. nak tegur tegurlah tak mau tegur pun sudahlah jalan dahhh..

kadang kadang manusia ni suka sangat di suap. maksud aku.. errr sume nak jawapan je. aku jenis yang malas nak tanya orang itu ini. aku suka carik lah sendiri pasal yang aku nak tahu tu. engkau tengok je lah gamba yang dorang tayang kat album. baca lah sikit sikit kat komen tu pasal feedback dia kan. ini tak still tanya aku anak berapa ? punyalah berlambak gamba anak anak aku kat album tanya lagi tanya lagi. bukan tanak jawap tapi macam letih sikit lah jemari ni nak naip. kena aku yang anak 4 ok lagi jawab. kena yang takde anak. kan dah jadik isu sensitip. kannn.. kaji lah skit.

tika ini tarikh (15 Jan 2011) ni aku berada di London, UK sebagai isteri bersama suami terchenta dengan EMPAT anak. iaitu Hakim [9 (2001)], Hazim [8 (2002)], Hariz [5 (2006)], Puteri [2 (2008)]. duduk London sejak 1/1/2009. dah dua tahun dah. bukan suka suki sangat nak datang sini bawak duit berkepuk wehh. ianya bersebab. MENGIKUT HUSBAND FURTHER STUDY kat sini. tak keja.. aku ulang TAK KERJAAAA.. kat sini la tak kerja. kat Malaysia kerja.

aku datang, duduk berdiri baring sini err pendek kata tinggal sini lah untuk tempoh 3 TAHUN. aku amek UNPAID LEAVE 3 tahun jugak. balik nanti aku sambung la keja. kalau UniKL BMI perlukan aku. cewah rendah diri yang memang dah sedia rendah. eh tapi aku tetap keja kat UniKL laaa.. SEBUMBUNG dengan suami (DC). tapi dia Dept Akademik. aku ? aku cikai je. alooo KRANI cabok je. kat Admin nun. duk dalam partition ciput tu ja. orang bawah bawah level pon below. ye lo ground floor. xdok pangkat beso pon. tak ade title menarik. itu pun dah SYUKUR ALHAMDULILLAH ada kerja. ada gaji bulan bulan masuk. tak lebih dan tak kurang. keja situ sejak gaji RM900 weh tahun 1999. masa tu pon dah melompat lompat. kini.. BOLEH laa NOT BAD

suami aku yang aku sendiri panggil DC .. dia Lecturer. kat sini sedang pembikinan membuat PhD kat BRUNEL bukan Brunei ... sebut betul betul BRUNEL UNIVERSITI. Brunel tu nama ketua kampung kat sini. erk aku pon tak kenal sangat. haha. DC nak jadik resercher. cita cita dia nak jadik Profesor. eh itu cerita dia masa sekolah lah. kawan kawan bantai gelak. tapi InsyaAllah akan terbukti. FAQ lain.. err husband ko takde kelas ke? hurmmm PhD TIADA kelas kelas ni. dia belajar membuat research sambil dibantu/guide oleh Supervisor. bidang ? Renewable Energy; SOLAR. cerita secara penuh tak berapa tahu. kalau nak berita penuh boleh buat temujanji sendiri untuk di interbiu. :P pelajar tajaan MARA dan UniKL. kira nya bonding la ngan UniKL.

anak anak 3 lelaki tu sekolah sini sejak datang sini. Year 4, year 3 dan Reception (ala2 tadika). yang kechek tu blom skolah. masih kechik. insyaAllah Sept 2011 boleh dah masuk nursery. dapatlah 3/4 bulan skolah. jadiklah merasa jugak berbual bermain dan belajar ngan anak mat saleh mata wana warni. mata biru, mata hijau, mata coklat, mata kucing, mata mata.. apa apa lah lagi. heh

aku tak keja. sebab takde keja. kalau ada keja nak jugak aku keja. lagipon keja yang sedia ada kat dalam umah ni pon tak terhabis buat. nampak sempoi eh duduk rumah jaga anak. surirumah membuat keja rumah. simple. cuba lah rasa. banyaknya keja macam lebih teruk jadik kerani lah. cuma jadual aku ikut suka.. yeayy.!! 3 tahun je pun. lepas ni balik Malaysia kembali ke dunia nyata. akan ku tinggalkan dunia sementara. kalau ikut hati boleh jugak nak berhenti keja bila balik Malaysia. apa orang kata "nak jaga anak dengan tangan sendiri" apakan daya tarap idup tinggi duduk KL. semua pakai duit. nak masuk toilet pon kena bayar. nasib kentut free kalao bayar jugak tak tahu lah aku. huh! ntah2 tak lama lagi kajaan akan buat tempat untuk kentut pulak. HAISHHH..

kalau aku kata 3 tahun kau kira lah.. datang 2009.. makanya.... 2011 lah balik oii. eh pesal aku kira macam 2 tahun je. ngek .. Jan 2009 hingga Dec 2011 itu 3 tahun lahh.. hisyhh tu kan plus minus je. takde guna sipir pon. InsyaAllah
InsyaAllah InsyaAllah 3 tahun. DC sedang berUSAHA keras untuk SIAPPP.. 3 tahun. setiap minggu bulan tahun aku dok peringat kat dia. kalau tak siap 3 tahun aku nak say Bye Bye banggg.. Sayang pulang dulu yea. sebab aku kena keja keja keja. lapor diri UniKL BMI Januari 2012. yuhuuuu.. err sebenarnya tak gembira pun nak tinggalkan suami kat sini tapiiii cemana eh.. abang kena USAHA seKUAT nya lah. NAK BALIK SAMA SAMA..

errr ada FAQ lain yang aku annoying .. hurmmmm SANA SKANG PUKUL BRAPA YEK? adehh.. ok lah next next entry lah citer.. eh jap.. kang ade lak yang yang FAQ tu apa? sighh! jaman skang ni kan sume maklumat di hujung jari. resepi goreng telur dadar pun ada takkan FAQ takde ..ye dak. ABANG GOOGLE kan adaaa.. macam macam adaa..

moral of the story.. makan lah secara sendiri .. jangan le nak bersuap.. manja lah you ni. :P


Wednesday 12 January 2011

Anita dan Aku

Salam

8 JAN 2011 (Sabtu)

hujung minggu musim winter kalao tak keluar rumah memang bosan la. pastu nak keluar kena plan tempat tertutup. Jumaat sebelum tu chating chating ngan member yg dah kenal agak lama sejak tahun lepas. ANITA n HUSBAND dia AIDI (bukan husband Yus. haha kang ade yg ingat Aidi Yus ade wife lain lak. mampus aku kena kejo ahaha). ikut husband dia buat PhD kat Imperial College. but dia ditaja UMS dan KPT. pon sama nasib gak ngan aku. suri dalam rumah makan roti gula. hey.. eh tak jugak dia buat part time job half day jaga anak org M'sia keja wakil Bank Negara kat London. jaga sorang budak 4 pompuan umo 4 tahun. best lah. REZEKI kan.

kami kenal kat bus stop Uxbridge sebab sama sama nak ke CBS. dia datang dari London Zone 3 semata nak ke CBS Denhem. jauh tu naik bas kdg2 tube. lepas sesi suai kenal selalu lah contact2 jumpa jumpa. dia pon penah datang rumah kami lepas balik dari memborong dr CBS. so Jumaat before tu kami plan nak membuat dating la kat umah dia. sebab memang blom penah ke umah dia pon. dia pon baru pindah. kira nya teman sePERCARBOOTan la ni :P

best gak umah dia 3 tengkat wa cakap lu.. hahaha.. tapi bukan semua tingkat dia sewa sorang. gila ko duduk berduaan sewa umah 3 tengkat. dia duduk tingkat 2. kiranya seluruh lantai 2 itu di yang punya. lantai ground dan lantai 3 orang lain duduk. kalau kat London ni xde le pelik mana pown. sharing2 dah biasa. tingkat 2 tu boleh la basic ruang tamu, dapur, toilet dan 1 bilik. OK la kan. cumanya kalau org yg duduk tengkat 3 tu nak naik rumah dia kena lah dia lalu lalang kat kat hallway dia. opss kena berhati hati keluar masuk toilet nak ke bilik. tapi xpe org atas cuma keluar pagi buta. pulang malam buta. tapi yg duduk tu celik laa. :). sewa £900 sebulan kira murah lah kat tengah London. Acton Town sana weh. macam kau duduk Jalan Sultan Ismail nun. yang lagi best harga sewa bersekali dengan bil gas dan bil letrik. hentam lah banyak mana nak guna pon. bayo sekali harung. xde le nak pening sgt. bagus tu I LIKE.


eceh sampai sampai tengahari. eh waktu makan la. mahap la tuan rumah. memang lapo. sekali dia buat Nasi HUJAN PANAS kau. hebat sungguh Anita masak. aku nasik kemarau pon tak terbuat ni pulak nak buat hujan panas. kehkehkeh. berlauk Rendang Ayam lagi siap Pajeri Nenas. perhhhhh...SEDAPPPPP nyum nyum ..
pandai Anita siap menu anak anak pon ada best eh.. memahami. Ayam Goreng rempah KFC bersekali Butter Cake Carot lagi. MasyaAllah anak anak suka kemain. MEKASIH untie Ita. pakej air sirap bandung wif selasih and Teh O panas mak aihhhh tak ke tegang pewot haku ... isk isk.. dah lah makan kenyang dibagi nya tapau kek tu. gila punya baik. semoga Allah permudah hidup kamu suami isteri serta murahkan rezeki kamu. AMINN Ya Rabb

aku lak siap bawak spageti goreng ole ole untuk dorang sekali anak aku pon tumpang makan sama. ceh burukk siku pulak kami ek.

malangnya tak sempat nak amek gamba menu menu yang super duper deliyummyliciusss (ade ke word ni). tapi ko baca perenggan ataih nun dah buleh jatuh ayaq liuq no. huhuhu ade kepatut hebat benor membawak camera tapi SD Card tinggal. grrrrrr.. marah dgn diri ku. nasib lepas adegen kenyang kenyangan ada camera husband dia memotret kenangan indah tu. but semua makanan berada dalam perut. :D


balik dari rumah mereka petang tu.. singgah la Westfield yang dikatakan sale sana sale sini. tempat tu dekat sangat dah ngan umah dorang. euuuwwww !!!.. memang tempat orang kaya raya lah situ. terasa kerdilll jek masuk situ. besa gila. ALA ALA KLCC loh. jalan punya jalan terserempat ada 1 tempat ni macam playgound mini indoor free la untuk kanak kanak. boleh la budak bermain main situ dengan enjoy. DC siap beli lagi 1 SD card punya lah nak tampal hati kecewa sebab tertinggal SD Card dlm lappy. HUH! nasib tempat menan tu FREE. kalau bayo alamat LALU je la. ahak. dapat lah bebudak ni melepas gian main playground di musim sejok.


hajat Puteri nak meneropong.. apakan daya tinggi tak cukup lagi Nak. :)

main cak cak kat terowong mini

ini sebenarnya bilik menunggu untuk Toilet Family.
punya lah kaya, siap berTV Cartoon lagi.

.: KAMI :.

Sunday 9 January 2011

Outing - Ruislip Lido Railway

2 JAN 2011

oleh sebab sepanjang coti winter 2 minggu yang sejuk bedi ni kami terperuk kat rumah tak ada keluar bermain main di luar pintu. sebelum aku menjadik jeruk maka aku pon plan nak pegi lah Ruislip Lido Railway.

tempat ni macam sesuai la budak budak ngan mak bapak budak naik Train Steam stail jaman dolu dolu.. open air train steam. naik train tu blom hangat punggung dah sampai. alohh 10 minit je. pulang balik adalah 20 menit. semata nak pegi playground dalam hutan. playground tepi pantai lah kononnya. pesal konon lak. iya lah sebab pantai buatan manusia lo. kalau real mana lah boleh buat playground kat tepi pantai. mahunya hanyut terus masuk ke lauttt.. blup blup blup tenggelam.

walaupun pantai olok2 tapi pasir pantai REAL

siap ada pondok pondok lagi boleh main mak mak. (terkenang jaman berhingus)
arwah abah buat kan pondok pondok tepi rumah. main masak masak :)


tahu pasal tempat ni pon sebab sekolah Hariz hantar pamplet kat parent suruh pegi sanun. ye la suruh le bubodak ni merasa sendiri naik steam train ni. kami declare Hariz umo 3 tahon sebab under 3 free. family (2 adult and 2 children) bayar £7. mahal eh. tapi saja je nak bagi dorang ni merasa dan enjoy ngan park tu so macam OKlah. lepas ni datang lagi tak adalah nak naik lagi dah.. huhuuhu..

view OTW nak ke park (snap dari dlm train)

bagus gak.. bagi dia rasa real nek traini open air sambil ditiup angin sejuk
chooo choooooooo..kata puteri


tapi itulah SILAP.. pegi masa Winter. paham paham lah. ketulang sojuk eh. seronok pegi naik kereta. tak adalah mereka merengek sebab sejuk. kalo tak nak wat cemana. udah le outdoor nak nyorok mana. ??

before pegi tu aku beriya lah goreng mee. bawak roti dan jem. buat air masuk termos. kengkonon nak makan lah kat park tu sambil menikmati pemandangan park di musim winter. apa ke halnya semua dah gigil gigil sejuk. lastnya makan dalam kereta. hahaha.. penat beria membawak dalam beg. nak makan crip pon mengeletar jemari. masa nak tunggu steam train tu untuk patah balik kat tempat parking. kami tumpang heater kat dalam cafe tapi macam malu malu lah sebab tak membeli minuman kat situ.. ngeee buat muka toya tak bersalah.



sesapa yang nak pegi bagi kengkawan yang ada kat London boleh tengok website ini. kena tengok dulu sebab ada jadual. takut datang melopong sebab tutup.

ok nanti musim summer boleh datang lagi sebab park dia macam best jugak lah. itupon kalu dah hantuk hantuk kepala kat dinding dah tak tahu sangat sangat nak pegi mana .. haaaa boleh lah datang sini.

sebenonya park tepi pantai olok olok tu boleh pegi jalan kaki ikut short cut. tapi saja je nak nek steam train tu. ikut jalan jauh skit. :)

walaupun outing ni hanya beberapa jam. berjaya menyeronokkan anak anak.. sekaligus emak nya pon suka. :D icon ym senyum lebar.


YUS dan AKU


salam,

kiranya entry ni masih dalam mood DUA TAHUN berlalu Part 3. lama nya mood tu yea.

okeh sambung story... semasa dalam kekalutan keresahan duduk kat Travelodge tu lah aku berkenalan dengan Yus. eceh macam pekenalan perchintaan pulak. haha. 1st friend kat UK. hei jadik kenangan tuuu..

ada satu malam tu dah tak ingat dah malam ke berapa.. DC masuk bilik hotel bagitahu. EH ORANG SEBELAH BILIK NI ORANG MALAYSIA MELAYU LAH.. hah! aku terkezut.. yeke? dgn muka tak percaya. IYAaaa.. DC meyakinkan. nama dia Aidi (husband dia) wife dia nama Yus. rupanya mereka lagi dahsyat.. duduk kat hotel tu sejak antara 24/25/26 dec 2008 (dh x ingat actual date). huyooo lebih lama dari kitorang. terKEBETULAN pulak bilik sebelah menyebelah.

itulah aku selalu pikir kamilah yang terteruk kishah nya. rupanya ada lagi yang lebih lagi. tapi Yus nampak macam OK sebab penah duduk Leed 10 tahun yang lepas. kira nya ada pengalaman la. masa kami dah dapat rumah sewa mereka belum lagi dapat rumah sebab rumah yg hampir hampir nak dapat tu bumbung bocor lah. ada saja dugaan. soo kami pon ajak lah mereka sama sama duduk rumah kami sementara nak dapatkan rumah sewa tu. lepas mereka dapat rumah dan pindah, bermulalah episod sunyi aku di rumah.

sejak tu kami berkawan baik. apa apa mintak tolong mereka. PENDEK KATA MEREKA BAIK. Friendly. aku ngan Yus share story suka duka sedih ketawa. kalao borak kat tipon macam xmo letak. haha. kalo dtg rumah memasing pun macam tanak balik .. boleh. cumanya rumah dorang jauh skit. kat Hillingdon sanun. kalau dulu xde keta jenuh nak kena tunggu bas kat town centre. kami gagahi jua. kalau duduk rumah dekat dekat tentu macam macam projek emak emak, main masak masak boleh di laksanakan. apakan daya korang jawooohhh..

mula mula berbalas SMS kat hotel walaupun duduk sebelah bilik. DC bagi no tipon dia. macam MALU nak sms or call. ye la kut kut anak VIP ke atau ada pangkat Datin ke tak pon dah ada title Prof ke. mana lah tahu. aku ni siapa lah kan. hanya seorang KERANI aje. risau gak tak sama level. tengok tengok OK lah .. seKEPALA.

so Aidi yang belajar nya. sama ngan DC date register Universiti. cuma dia dept IT. tempoh pon sama. InsyaAllah. cuma dia ditaja KPT dan UUM. maka kami sama sama senasib. insan berjawatan surirumah. dia menjaga 3 anak. si kecil comel Irdina sebaya dengan Puteri. eh kejap kejap tiba tiba rasa nak promote. dorang ada kedai siber .. hebat ! cuba tengok
SINI. kawan kawan kannn.. tolong la promosi heheheh..

meh tengok gamba chomel mereka. aku cilok kat FB yang aku rasa gambar family TERCHOMEL.. takkan curik gamba putus kawan kot. kehkehkeh. serius chomel.. (tengok senapang lah.. senapang patah Nikon D90 dia guna. fuh..)

kan kan kan chomel kan..
terutama tengoklah muka Danish yg lelaki tu.


habis dah episod suka duka mengimbas kenangan DUA TAHUN berlalu. TAMAT



Tuesday 4 January 2011

DUA TAHUN masa berlalu..part 2

sambungan citer entry yang lalu..


TRAVELODGE, UXBRIDGE
bentuk flat je

ini lah hotel yang kami duduk selama 7 malam... lama kan sementara nak dapat rumah yg real. pendek citer hanya lah SEBUAH BILIK untuk kami berENAM dalam jangkamasa 7 malam. bayangkan bertapa crowded nya. situlah makan, situ lah salin baju, situlah tido, situlah jugak anak anak main.

sebenarnya Travelodge ni ada di mana mana di banyak tempat di genap bandar dan negeri kat UK. memang kalau jalan jalan jangka pendek boleh lah duduk sini. boleh tahan lah murah mampu sewa lah jugak. itupon kalau booking awal dan ada promosi boleh dapat dala £9.00 untuk 1 malam. kami penah gak lah sewa kat Cardiff dulu £20 utk 1 malam. tupon kalau kat pendalaman skit. murah lah. kalau kat bandar dekat dgn town centre time takde promo tak booking pulak tu haaa boleh kena sampai £50 hingga £70


nampak besar jugak eh. tapi tulah kalau tak ada berbondong bondong beg dan barang sepah sana sini dengan xde orang memang nampak beso. cuma kalo penuh dgn sume tu sure duduk atas katil je. utk sehari dua bole lah yek.. cuba ko duduk sebulan ngan anak empat ni haa. tak fenin pala..

yang sofa merah kat ujung nun boleh pull out.. sofa bed. bolehlah anak2 tido situ. Hakim Hazim... Hariz Puteri Mama Ayah berasak atas 1 katil. tukar tukar.. ayah tido sofabed pulak.. Hazim pulak tido katil camtu lah selama 7 malam..


dalam gamba ni tak bampak TV pulak yea.. sebenarnya ada TV tergantung di dinding atas meja . nak tengok kena baring. kalo tak mendongak lah ngko. haha


toilet dia simple je.. stail omputih laa ade bath tab. bole berenang. boleh rendam baju koto jugak.. lantai toilet xleh basah. omputih stail jugak. lagipon xde jalan keluar air kat lantai tu. tapi anak2 ni kalau mandi eksiden jugak banjirrrr.. ngelapp mcam cinderalela lah aku ...

intermediate teres
3 bilik (2 atas 1 bawah
1 toilet (atas) 1 living area (bawah)
1 dapur, besar jugak lah (bawah)
boleh muat 2 kereta Car Park (kalo keta kecik)

YEAY ! dah dapat rumah sewa. not bad jugak. yg penting dapurnya luas. senang adegen masak2. mula mula kata kat agent nak carik rumah yang amat penting nya dekat dengan sekolah.. Alhamdulillah memang betul punya dekat dengan sekolah. hanya belakang rmah je. jalan kaki. yang lainnya macam kedai, Universiti, town centre jauh skit takpe laa.. tiba tiba dia suggest rumah yang complete semua dekat.. SYUKUR

sebab tu kami 2 tahun tak pakai kereta. sebab semuaa dekat walk distance je sume. mudah bakar lemak yang ada. tapi tak kurus pown :P

ini semua KENANGAN DUA TAHUN yang lalu. semuanya masih terngiang di ingatan... semoga menjadi kenangan manis dan pahit buat kami sekeluarga...

eh kejap... masa duduk kat Travelodge inilah kami bertemu dengan YUS.. aku citer next entry pulak yeh..



Sunday 2 January 2011

DUA TAHUN masa berlalu..part 1

1 JAN 2011

1 JAN 2009 yang lalu.. date ni lah kami sampai UK. berdebar debar kuar dari kapal terbang. iya arr takut gak imegresyen tanya panjang panjang xleh nak jawap dia hantar balik Malaysia balik haaa cemana? punah harapan DC nak buat PhD kat sini. xpe lah tak start lagi rugi duit tambang je RM14,940.. murah kan! hahaha ko terbalikkan la.. MAHAL gilaaa.. mcm2 bleh dapat dengan duit sebanyak tu. apapun kami anggap pengorbanan yang tak terhitung dengan duit. duit sendiri weh..sedih arr bila ingat balik. TERPAKSA jual Apartment kami yang kat Taman Sri Gombak tu sebab nak buat flight ticket kami sekeluarga. entahlah kenapa UniKL or MARA tak sponsor. bukan kami je. semua yg datang belajar kat sini under UniKL dorang tak sponsor family flight ticket. sedih tak dengar? elaun bagi pulak tu. isk tak paham aku haih.. lain lah kami ni anak keturunan kaya raya .. boleh lah self sponsored.

pengawai imegresen tengok anak ramai lari sana lari sini. dia pon pening so dia cepat cepat kasik kluar. hahaha. mereka tak cek bag langsung. cis! kalo ku tahu akan ku bawak cencalok 10 botol, belacan 10 bongkos dan macam macam makanan exotic Malaysia lain lagi.

terjenguk jenguk mencarik orang yang sambut kami .. tapi takde.. gelabah dah mana nak pegi ni. anak anak dah semakin melasak dengan xtvt lari lari. adehh fenin fenin. yea arrr dorang dah puas tido kat dalam flight. aisehh kami je dapat 2 jam je tido sebab Puteri masa tu baby 4-5 bulan nangis sepanjang penerbangan. hiruk pikuk dibuatnya. DC col tak dapat. apa pun TUNGGU je pasrah. at last kami nak carik surau je. baru nak mencarik surau Pak Raziff pon datang, lepas tu Kak Lip.. fuhhhh legaaa..

aku dah penah citer ni dulu ... mcm dejavu lah.. mereka bawak bermalam di Brunnel Lodge. MAHAL..bayangkan £100 utk 1 malam. tido situ 3 malam je. nak carik rumah lama lagi. kopak lah nak bayo. duit macam AIR.. keperluan bawak sikit je. 3 beg besar untuk 6 orang. byak menda kena beli lagi. decide pindah Travel Lodge Uxbridge. pon mahal jugak £50 untuk 1 malam. rate tak sama setiap hari. dah lah tak booking. tapi OK lah better dari Lodge yg 1st tu. dah lah bau setanggi kuat. nak pengsan. hari hari pun kena update bayar tiap hari kata nak duduk lagi besoknya. datang waktu winter mcm ni siksa. keluar sejuk. sedangkan kena keluar hari hari untuk carik rumah sewa, beli keperluan, beli makanan. masa tu memang shock. aku tak pernah datang London. DC pulak gelabah sebab 1st time bwak family camni ramai2. soo duduklah kami kat Travelodge Uxbridge tu 7 malam. kiralah berapa duit habis. sighh..

dengan Rice Cooker tak bawak. hari hari makan kebab yg kat Town tu. sehari sekali je makan. sebab mahal. lagipon bnyak. anak2 makan fries. bila dah beli rice cooker hari ke 6 tu barulah jumpa nasi. tu pon masak dalam takut takut sebab takut smoke detector bunyik. nahas. hotel mat saleh camni arrr.. berjaya jugak bikin telur dadar dalam rice cooker. nasik dengan kicap. selang seli nasik lauk kebab. hentam je lah. shock betul kelaparan tak terhingga walau tak keluar hotel pon. sejuk dan lapar. aku banyak duduk hotel je jaga anak. DC lah beli barang kuali periuk belanga, brg letrik semuanya. aku ikut je. hari ke10 Alhamdulillah dapat dah rumah sewa. dekat je. ulang alik hantar barang keperluan ke rumah sewa tu. 83 bridge road yang kami duduk hingga saat ini dan hingga saat terakhir disini jugak InsyaAllah.

boring, pressure, takut .. semua perasaan ada mase duduk hotel. Hakim Hazim Hariz tengah aktif. lompat lompat dalam hotel. aku takut orang len komplen. jenuh mendiamkan mereka. tv terpasang channel CBBC pon tak endah. aku dalam hotel hanya duduk saja, masak, makan, jaga anak anak. semua kerana gara gara susah jugak nak dapatkan rumah sewa. panjang citer..

datang sini New Year.. dah lah cuti. Universiti cuti start before Krismas sampai 2 minggu. nak kena register Uni dulu 5 Jan 2008. dah register Uni. barulah boleh buat proses lain macam buat account bank, agent carik rumah boleh settle clearance cek akaun elaun dr Malaysia. kena pulak 6-7 tu sabtu ahad Malaysia pulak cuti. heh.. drag lagi timing. so 8-9 hb tu barulah clear dan baru agent kasik duduk rumah ni. moralnya bila drag timing duit pon terbang.

nak dapatkan rumah ni pon bukan senang. memula tuan rumah husband dia mcm xmo bagi sebab anak kami ramai takut rumah rosak. nasib agent OK kata dia mintak kami tambah half lagi deposit utk yakinkan kami jaga rumah dia. wife tuan rumah tu OK je. dah lah kena duduk rumah 3 bilik which is mahal gilos.. £975 sebulan. cuba ko kira berapa duit Malaysia dan banglo boleh duduk kalau di Malaysia OK.. mintak mintak tuan rumah tak adalah naikkan sewa sampai kami nak balik nanti.. marilah doa. sebab sekarang rate rumah 3 bilik semua dah £1K keatas woo..

kenapa 3 bilik.? elehhh kata agen kat sini tak boleh anak 4 kena 3 bilik kononya 1 bilik parent, 1 bilik for sons dan 1 bilik for daughter. ih ih .. ikut undeng undeng sungguh lah. padalah kami guna 2 je bilik. ye arr bilik 1 lagi kat bawah sume takut nak tido. pehtu lak nak nyewa rumah kat London WAJIB pakai agent. xleh main sewa sewa sendiri. tapi bila dah lama kat sini ade je kengkawan yang deal sendiri dengan tuan rumah senyap senyap. kalo selamat xpe lah. deposit pon ade sesuatu agensi yg pegang. memula bank in duit sewa pon melalui agent. tapi dah 2nd year ritu kami direct je ngan tuan rumah tapi agent still amek skit. komisen gaknya.

bersambung ahh.. penat pulak nak story pepanjang ...banyak lagi citer tungguuuuu.. haha kalo xde yg tunggu entry ni untuk kenang kenangan kami. untuk reference anak2 kalau2 mereka nak belajaq kat sini nanti. biar mereka sedar betapa strees nya duduk UK dengan keluarga. bujang senang eh. bawak diri je..

xde gamba pulak.. besok lah upload gamba lama yeh. kena carik dolu..