Showing posts with label Jenjalan Wales. Show all posts
Showing posts with label Jenjalan Wales. Show all posts

Sunday, 5 September 2010

Story ke Cardiff (III)

1/9/2010 - arini la DC kena present paper dia. tengok dia confident dan dah bersedia dah tu.. ape lagi nak kata GOOD LUCK yea Bang.. buat yg terbaik..

sementara dia dah pegi Uni. Cardiff tu aku pon bersiap siap laa nak chek-out pukul 12. pagi2 tu nasik lebih semalam aku goreng (pakai rice cooker ok) untuk berbuka dalam bas petang karang. lpas tu siapkan anak2 sorang demi sorang. kemas beg2 sume. sbb nnti 11.30 pagi DC balik dari conference tu kami nak terus check out. kami bagi lah kelonggaran kat Hakim Hazim supaya tak puasa sebab kesian tengok mereka semalam. bila dah tak puasa tu haruslah kena habiskan makanan yg masih tinggal tu. x mo le bwak balik ke London mknn tu sume. soo mereka pon makan lah tak henti. 11.30 pagi tu dah habis berKEMAS DC pon pulang kat bilik utk check out. lepas check out huyung hayang la usung beg pegi Uni Cardiff utk tunggu DC habis present paper. dia punya turn pukul 3 petang. soo smpat lagi curik2 mase beli fridge magnet sebagai kenang kenangan kami dh sampai sana..


sooo ape lagi berkampung lah kitorang anak beranak mcm pelarian vietnam kat Park Uni. Cardiff .. santai2 lah anak2 lari sana lari sini BEBAS lagi. habis sgala bunga dan serangga di snap oleh anak2 sepanjang berada kat Park tu. sebab aku kata Hakim Hazim Hariz Puteri pegi lah explore park ni... wahhh melompat le mereka suka..

DC present paper 15 minit je.. Alhamdulillah segala bejalan lancar sperti yg dirancang. dia mengaku tak gugup dan lebih confident dari yg before this. BAGUS lah.. Mama tumpang happy..

berJALAN la kami beli stok jajan (means mknn ringan) utk mkan dlm bas, agenda buang2 sisa kumbahan dari perut then terus ke Bas Stop utk nek bas balik ke London. skali driver bas tu tegur.. "tak boleh makan dalam bas" sebab dia nampak Hariz dgn Puteri masih mkn Crips. alamaakkkk kami kena berbuka Puasa kat dlm bas cemana nieh??? arhhhhh sorok2 lah.. hehehe.. leceh jugak bila xleh mkn dlm bas neh.. ye looo bas nya ngalahkan kapal terobang Air Asia tu .. mcm Coach Mewah gitu .. takut koto gak nya. toilet dlm bas pon special bersih sangat2. udah anak2 ni keja nak buang air je lee.. haishhh..


6.15 petang terus bas gerak .. skali bas tu singgah kat Bristol daaaa.. lama lak tu 15 min amik orang dari Bristol utk ke London jgak. bila bas brenti ape lagi budak2 ni ingat dh sampai memasing bangun dari tido. sume jadik segar bugar. adehhh letih la pulak melayan memacam kerenah dlm bas. pukul 8 tu sedih buka puasa dalam bas. sepatutnya 3 jam udah jadik 4 jam .. udah jalan berbelit belit .. 10.30 baru sampai Victoria Station. dari sana naik Tube pulak nak sampaikan kat rumah. turun naik tube dgn beg baju serta anak yg berderet deret di tengah malam kat tengah kota london buat org mandang kami mcm kehairanan. bayang la Puteri xmo naik buggy tu nak jln kaki sepanjang jln. udah le selangkang kita dua langkah dia menSLOWkan journey la .. bila tiba nek turun tanga paksa jgak dia nek buggy tu dgn jeritan high pitch tu sume org mandang. dah sampai Uxbridge Town Centre tu tunggu le bas nak turun dekat bas stop blakang umah. tungu punya tunggu bas mcm xde tanda nak jalan .. dah 500 meter jalan kaki 2 bas skali gus jalan depan kitorang .. grrrr geram.. terkedek kedek lah kami sekeluarga meredah kepekatan malam diiringi sayup sejuk menghembus muka utk nk sampai ke rumah. 11.45 malam berjalan kaki dari town ke rumah secara berato sekeluarga seolah jam baru pukul 6. kesian tak kami. aku kesian tgok anak2 ni. kepenatan turun naik kenderaan awam. sedangkan esok adalah 1st day utk ke skolah. Maafkan Mama dan Ayah yea..

tepat jam 12 malam kami masuk rumah.. anak2 terus pengsan ketiduran zzzzzzzzzz.. keletihan yg amatss

tamat lah percutian SUMMER 2010. THE END

Saturday, 4 September 2010

Story ke Cardiff (II)

besoknya..31 Ogos 2010 (Hari Merdeka) pagi2 DC dah kena pegi Universiti Cardiff utk attend event Conference dia la.. so kami kat bilik cuba gak nak tggu dia balik utk kuar jenjalan sesama. tunggu punya tunggu tak balik2 .. maleh nak kacau. Hakim Hazim dah boring dok dlm bilik soo kena kuar jugak gagah diri bawak mereka berEMPAT keluar ronda2 nak carik Park supaya mereka boleh bebas. bebas berlari kesana kemari. problemnya kami ni udahle nyewa bilik family type 2 adult and 2 children. yg 2 lagi tu tak declare pon soo tanak lah bagi reception tu nampak yg kami sebenarnya ber enam. maka aku keluar dgn Hariz dan Puteri dulu n then baru Hakim n Hazim lak yg kuar.. udah mcm penyeludup pulak. kalau declare kata anak ada 4 nanti mereka suruh sewa 2 bilik mana maunya yob terpisah sana sini lagipon bajet ciput soo kena sorok2 lah. camni la hidup mcm pelarian padahal ada VISA tuu.. hahah

bila dah terlepas dari bilik tu Hakim Hazim sibuk nak pegi Library Cardiff tu. aku pon gagah lah bawakk .. sekaliiii Library tu tgah buat renovation daaaa.. xleh la masukk ... kami pon teruskan berJALAN mencarik jalan nak ke Bute Park tu .. kalut2 dok susun plan nak kuar tu. langsung lopa bwak camera. hishhh ...
nak carik Park tu senang sebab kat sana ada MAP yg mudah nak follow instruction kat mana Park tu berada.. rupanya blakang Cardiff Castle aje. so jalan lah kami. baru masuk main entrance park tu DC pon col kata dia dah habis conference .. alahaaiii kami baru jek sampai Park tu .. ceh. ok abang follow ajek laaa..
kat park tu mereka bebas lahh panjat pokok sana sini sampai patah dahan pokok .. bior kan mereka penat main sakan.


tak lama tu DC pon sampai kat Park tu sooo terus lagi berjalan.. pas2 dia bagi suggestion pegi Cardiff Bay. kata dia dekatttt je dah.. stuju la jalan kaki .. ceh nak dekat sejam lebihh jalan kaki batang idung Cardiff Bay pon xde bayang ape daaaa rupanya kena nek bas lahhh.. harus lah aku marah sbb tak study dulu .. mak aihhh kebas kaki wooo aisehhh ape laaa kalo boleh dikira brape tapak dah MENAPAK tah brapa juta tapak tah.. huh!

soo kami pon nek bas ke Cardiff Bay melepekkk kat sana sejam dua. beranginn ..best.


dah lepak lama kat Cardiff Bay baru DC teringat nak pegi Close Up citer Doctor Who ada pameran kat sana. soo berJALANN lah kami lagi kesana.. tup tup sampai sana dah pukul 6.30 petang .. ape daaaa dah tutupp sedeyyyy.. amik gambo kat luo pon jadik lahhh kempunan telor tembakul .. huaaa huaaa huaaaa...apa lah malang.

dah keciwa tu kami pon bawak diri ke Town Centre utk pulang ke pangkal jalan. lepas jek Buka Puasa dengan ayam goreng semalam terus pengsan tak sedar diri. kebas kaki macam dah tak terasa kalau dipijak. bagi tapak dah terpisah denga kaki feel dia.. euuuww sangat letih tahap cipan.. grrr..maklumle transportnya KAKI

end of Day 2.

Thursday, 2 September 2010

Story ke Cardif (I)

Salam,

nak citer pengalaman SENDIRI pegi Cardiff.. ni pengalaman sendiri ye. pengalaman orang aku tak tahu yg aku tahu pengalaman sendiri .. heheh..

30/8 - 7.30 am dah stand by kena keluar keluar keluar rumah .. punya lah awal padahal nak nek bas pukul 10.30 am. betapa awalnya kami. yela dok pikir ntah kut2 ade menda2 yg boleh halang kami untuk sampai kat Victoria Station pukul 10.30 pagi.. sbb tu kena kuar awal. preparation jgn kata lah adehhh tak tidow malam la mikir apa nak bwak, brape baju nak bawak, bekalan makanan lagi eh banyak lah.. sampai kan DC, diri sendiri dan anak2 kena pakai baju apa pon kena pikir. pikir banyak sangat letih otak tahu.. seorang suami dan 4 anak mcm2 pikir. naik bas pulak tu, kena standby rain cover takut kalo2 ujan. kira seminggu sblom nak pegi tu dh stat pikir tau. advance tak .. tu blom bab booking2 lagi sebolan dua jugak lah book tau.. yelah booking awal boleh dapat tiket murah camni la idup berbasickan kewangan bertahap minima xde ape dlm kepala melainkan murah murah murah murah dan murah serta murah.. banyak kan murah..

sebenarnya lawatan ni DC yg plan sebab dia kata alang2 di dah kena pegi Cardiff utk present paper soo dia akan book travelodge sensorang sooo niat dia bawak kami sooo kitorang pon ikotlahh.. tup tup dia dah book tiket bas utk kami berENAM. lps book tiket tu wahh kena stat dah pikir. nak kena bwak BUGGY yg tecit sbb nek bas MEGA BAS kena lipat stroller. soo Hariz tak dapat naik buggy BOARD sebab susah nk bwak. so kami bawak beg baju yg tarik small 1, back pack 2. stroller buggy, bag camera, cuba bayang sarat tak kami. Aku dan DC bwak begpack sorang 1, DC tolak stroller, aku kena pegang Hariz yg suka lari2, Hakim dan Hazim kena tarik beg baju. tu pon terhoyong hayang tarik beg. tgok dorang dh penat aku pulak tarik. susunan akan berubah bila jumpa tangga.

pagi tu kluar rumah sama2 dgn Cik Irma. dia stuju nk tunjuk jalan ke Victoria Station sebab kami pon 1st time nek bas soooo best laa xde le sesat barat dgn anak2 yg berderet nieh. oleh krna Irma dah tunjuk jalan maka TERsangat lah awal nya kami sampai kat sanun .. dok melangutlah kami nunggu bas sampai anak2 pon boring. bila boring mcm2 perangai yg kluar. masa pon kena plan betul supaya tak awal dan tak lewat sangat. THANKS a lot Irma !!

perjalanan bermula tu OK la anak2 dah letih sebab bangun awal pagi jalan kaki kesana kemari mengejar tube utk nak ke Victoria Station soo tenaga dah kurang maka TERTIDUR la mereka sepanjang jalan selama 3 jam. bagus bagus xde byk kerenah sgt .. mama pon meng'qada lah tidur jugak .. senggut2 sbb tak tahan ngantuks. DC kata dah nak sampai Cardif tu sebenarnya nak tunjuk jambatan panjang menghubungkan England dan Wales tapi bila tengok aku tido sampai terNGANGAAA mulut tak jadik nak kejut.. (sambil buat gaya aku tido) tapi aku tetap menafikan.. hahahaa


Mega Bus ok la utk tambang murah. bas bersih. dlm dia cantek. xde vadalism nih. xde conteng2 ayat2 cinta. seat terkoyak ke TAKDA ok .. tak dibenarkan makan dan WAJIB pakai seat belt. (ada signage larangan ni) ni la unik nya UK . tgok la cemana dia educate rakyat dia siap2 buat rule xleh itu xleh ini utk safety kita jugak kan. selesa lah kami sepanjang jalan. view sepanjang jalan tak brapa nak menghayati kan .. sbb byk tido dari tgok view hahah alaahhh mcm balik Muar je.. kalo balik Muar tu tgok Sawit, Getah.. tapi kali nih view padang gembala biri2, lembu selang seli dgn hutan. masih lagi GREEN .. tak mcm London dah tak GREEN .. London banyak ASAP.. hehehe

tepat jam 1.30 petang sampai la kami kat Cardiff, Wales. jakun jugak tgok signboard mereka sume 2 bhasa.. 1 bhsa Wales 1 lagi bhsa English. isk isk mereka tanak mengaku mereka sebahagian dari England.. apa2 lah Wales. 1st impression tu boleh laa tak sesak dan tak terlalu ramai manusia sangat2. pe2 hal carik soping komplek dulu kena beli stok makanan. bila baru sampai bearing pon masih tak betul dan tercarik carik. lpas singgah M&S beli Roti, Telur, (beli yg tak boleh bawa dr London) terserempak dengan Ridzuan dan Haiza. Lelaki nya student Master dah nak balik sooo borak2 dia tolong bagi bearing utk ke Travelodge dan bagitau mana nak carik mknn halal. sooo selamatlah buka puasa kami petang tu hingga 3 hari berikut makan Chicken Cottage.. jimat kann.. thanks uolss..


3.30 ptg check In travelodge terhegeh hengeh menghangkut beg kulu kilir hoyong hayang bwak beg. so kita letak beg kasik aku tido 1 jam pas2 kuar balik baru bole jalan2.. anak2 pulak dah caj bateri (tido) kat dlm bas sooo tenaga tengah banyak daripada lompat2 dan musnahkan reta benda kat situ moh le kuarr dari hotel itu. 1st day tu DC lom stat layie conference dia maka santai2 lah dulu.. snap sana snap sini .. best lah.. sampai waktu nak buka pose baru balik. petang tu buka pose ala sempoi.. nasik, ciken cottage taruk kicap. ok laa nasik cemana makan nasik.. heheh usaha bawak rice cooker wooo Thanks Mis..bagi pinjam piuk comeyy.. petang tu kami pegi Cardiff Castle tu yg paling dekat dgn town dia sooo just tgok2 je lah Castle tu .. rhope2 nya nak masyuk bayo. xde le masuk snap gambaq dr luo je le. £10 seorang dewasa ngko.. mahal.. lupakan yea. maka kami lawat2 Castle tu kat luar aje. boring la sket sbb tgok dinding jek..


pas2 round2 town Cardiff. xde ape pon yg lain sama jek mcm Uxbridge Shopping Complex kan .. cuma banyaaakkk sangat pilihan kedai. dari yg semurah Primark sampai lah semahal John Lewis.. kami beli apa?? tengokk aje. sbb xde bajet soping2 nih. hari pun dah petang soo balik smula ke Travelodge sbb nak msak nasik utk Buka Puasa. kesian jugak tengok Hakim Hazim jalan jauh2 penat2 pun still puasa jugak. sebab kalau tak puasa pon makan menda2 merapu rapu so xde guna gak. cuma melepekkkk jek keletihan. kami bawak stok maggi banyak. anak2 ape lagi suka kemain lee.. makan maggi lauk ayam goreng .. boleh ! dah sakan berjalan pon still tido lewat jugak budak2 tu. banyak lagi tenaga korang yeh.. entahlahh..



end for Day 1.