Showing posts with label Outing dekat dekat. Show all posts
Showing posts with label Outing dekat dekat. Show all posts

Sunday, 9 January 2011

Outing - Ruislip Lido Railway

2 JAN 2011

oleh sebab sepanjang coti winter 2 minggu yang sejuk bedi ni kami terperuk kat rumah tak ada keluar bermain main di luar pintu. sebelum aku menjadik jeruk maka aku pon plan nak pegi lah Ruislip Lido Railway.

tempat ni macam sesuai la budak budak ngan mak bapak budak naik Train Steam stail jaman dolu dolu.. open air train steam. naik train tu blom hangat punggung dah sampai. alohh 10 minit je. pulang balik adalah 20 menit. semata nak pegi playground dalam hutan. playground tepi pantai lah kononnya. pesal konon lak. iya lah sebab pantai buatan manusia lo. kalau real mana lah boleh buat playground kat tepi pantai. mahunya hanyut terus masuk ke lauttt.. blup blup blup tenggelam.

walaupun pantai olok2 tapi pasir pantai REAL

siap ada pondok pondok lagi boleh main mak mak. (terkenang jaman berhingus)
arwah abah buat kan pondok pondok tepi rumah. main masak masak :)


tahu pasal tempat ni pon sebab sekolah Hariz hantar pamplet kat parent suruh pegi sanun. ye la suruh le bubodak ni merasa sendiri naik steam train ni. kami declare Hariz umo 3 tahon sebab under 3 free. family (2 adult and 2 children) bayar £7. mahal eh. tapi saja je nak bagi dorang ni merasa dan enjoy ngan park tu so macam OKlah. lepas ni datang lagi tak adalah nak naik lagi dah.. huhuuhu..

view OTW nak ke park (snap dari dlm train)

bagus gak.. bagi dia rasa real nek traini open air sambil ditiup angin sejuk
chooo choooooooo..kata puteri


tapi itulah SILAP.. pegi masa Winter. paham paham lah. ketulang sojuk eh. seronok pegi naik kereta. tak adalah mereka merengek sebab sejuk. kalo tak nak wat cemana. udah le outdoor nak nyorok mana. ??

before pegi tu aku beriya lah goreng mee. bawak roti dan jem. buat air masuk termos. kengkonon nak makan lah kat park tu sambil menikmati pemandangan park di musim winter. apa ke halnya semua dah gigil gigil sejuk. lastnya makan dalam kereta. hahaha.. penat beria membawak dalam beg. nak makan crip pon mengeletar jemari. masa nak tunggu steam train tu untuk patah balik kat tempat parking. kami tumpang heater kat dalam cafe tapi macam malu malu lah sebab tak membeli minuman kat situ.. ngeee buat muka toya tak bersalah.



sesapa yang nak pegi bagi kengkawan yang ada kat London boleh tengok website ini. kena tengok dulu sebab ada jadual. takut datang melopong sebab tutup.

ok nanti musim summer boleh datang lagi sebab park dia macam best jugak lah. itupon kalu dah hantuk hantuk kepala kat dinding dah tak tahu sangat sangat nak pegi mana .. haaaa boleh lah datang sini.

sebenonya park tepi pantai olok olok tu boleh pegi jalan kaki ikut short cut. tapi saja je nak nek steam train tu. ikut jalan jauh skit. :)

walaupun outing ni hanya beberapa jam. berjaya menyeronokkan anak anak.. sekaligus emak nya pon suka. :D icon ym senyum lebar.


Sunday, 24 October 2010

Uxbridge Big Fest

Salam,

pagi Ahad ni tak tak tak DC tak masak lagi. xkan dia nak masak hari2. itu kalau MOOD bayekkkk je. mood kerajinan tak dak maka baik dia breakfast dengan GAME je..huh!

jom jom kluar rumah. sakit pale duk umah tgok xtvt yg tersusun. lompat sana lompat sini. kacau adik sana teriak sini. buat fenin pale mama je. moh kita tengok apa yg ada sempena UXBRIDGE BIG FEST. Hakim ngan Hazim ni kalau di ajak keluar kalau dibilang ngak boleh bawa basikal atau roller shoes dorang mula laa muka mcm tak siap. xmo ikut. xmo kuar. nak main game jek. Indoor betul la kamu ni. mama ni pulak sehari duduk rumah padat pale. paksa jgak kamu ikot..haih

sampai je sana xde le meriah sgt. cuma mereka buat promosi theater yg nak berlangsung masa Krismas nanti. soooo promo la. semua pelakon utama turun la kiranya.. Snow White, Cinderalela, Scarecrow, Sleeping Beauty dan ramai lagi la ntah aku pon bukan kenal watak2 citer dongeng omputeh ni. stakat tahu yg glamer je. DC lagi teror


wahhh amik gamba ngan Cinderalela yang comel nampakkk.. Cinderalela yg dinikahi sejak sepuloh tahun yg lepas ini kurang comel kah ? nampak tak mathing la Bang ! (ayat jeles)


heiiii ingat dia je nak amek gambo ngan Cinderalela comel. Aku pon nakkkk jugak bergambo ngan Prince Charming Hensem. hehehee.. walaupon abang tidak sehensem Prince itu.. tapi sayang tetap c**** kan abang... (nanti malam la cakap) hahaaahaha..

haaaaa dah sampai Uxbridge Town Centre anak2 pulak leka ngan watak2 crita dongeng tu. maklumla dorang kenal sangat. mama je yg x brape kenal.

ok sudah habis agenda merayau2 rayau di Town. beli grocerries jgak termasuk dlm itenery. x ketinggalan agenda pegi toilet..mcm wajib gitu. lastly pegi tgok Movement Academy buat presentation tarian. Ralit pulak budak2 ni tengok. tengah ralit tengok sekali HUJAN menderu turun dengan lebat. mula2 ingat tanak berganjak. eh makin deras pulak hujan...

tengok tengok atas hud pale Puteri nampak mcm putih2. aku amik la pegang. rupa rupanya ICE halus halus. HUJAN BATU.. woiii sape kata negara orang hujan emass.. Hujan Batu laaaaaaa... kahkahkah.

mungkin sebab sejuk awan kat atas. agak2 kalau suhu masa tu minus enam mahu turun salji agaknya. eh pelik pulak salji di musim luruh. kuasa Allah.. boleh menjadikan apa2 saja di dunia alam semesta ni.

duluuu teringat penah jugak hujan Ice ni kat BMI waktu tu. petang. kedengaran kuat bunyi hujan nya. sekali keluar pegi pintu kluar kat belakang tgok2 ICE berterabur kat lantai. berebut rebut tadah. kata kawan tadah ICE then makan ICE tu sambil berdoa hajat kita mudah mudahan dimakbulkan Allah s.w.t. aku pun buat jugak sambil berdoa keinginan yang teramat sangat nak dapat anak perempuan. tapi tak tahu lah dongeng atau betul. tidaklah terlalu percaya. kena usaha dan tawakal sambil terus berdoa.

petang tu REZEKI datang .... Mee Bandung dan Karipap pusing utk kami sefemli.. Thanks Kak Lip. Anak Anak LOVE IT.

-TAMAT-


Tuesday, 12 October 2010

xtvt berbeskal

10/10/10 - eh chantek lah date ni ..

kami membakar kalori tepu dgn xtvt nek beskal ke Britain Lake lalu kat Canal.. lorong berbasikal sempit. kalau silap imbang boleh terhumban masuk sungai.

aku ? punya la berbelas tahun x nek basikal kayuh jauh2 .. mengah2 jantung ngepam darah.. huyoooo.. beskal lak cenonet. tmpat duduk tu pasal tuan yg nek tu BULAT sangat sampai menurun sndiri.. adoii.. longuh lutut ngayuh mcm bwak beskal menan.. udah le cycling trail dia bonjol bonjol .. ini boleh mendatangkan kecederaan.. tapi xpe syok woooo..

ni 2nd time pegi Lake tu.. nek beskal baru 1st time.. enjoy jugak. xde le letih jalan kaki. DC bwak Puteri, Hariz main tipu dorang naik bas.. memang le sampai dulu..

tapi bile balik GENG BASIKAL sampai dulu sebab bas lambat datang..ahahah.. yeayy!

what a fun day.. yeah..

sempat berpiknik piknik lagi.. ah aku kluar sejengkal pon mesti bwak bekalan. ye lo sejuk lapa manjang.. bukan aku. anak anak ni. paling cikai pon sekut milk digestive, cracker jacob (peberet Hariz sorang), roti slice coklat spread..

kalau la bole memasak kat sini .. best jgak kan.. bole masak mee goreng, nasik goreng.. bakar cheese cake ahakss.. melampau..

OTW nak balik tu.. Hazim dah terlanggar sorang Minah Saleh ni.. huyoooo punya la marah dia. xtau la nk salahkan sape. Hazim punya break tu OK cuma tgn dia blom kuat nak cengkam break tu. then basikal xleh brenti maka tereksiden la..Hazim jatuh terlentang. tayar depan Hazim kena kaki Omputeh tu sket. ape lagi marah, bebel high pitch la omputeh tu ..alaa lagipun dorang ni cakap biasa2 pon memang suara kuat. yang pelik nya nape la minah saleh ni tak ketepi mase budak2 ni nak lalu.. haishh

Hazim mcm SHOCK kena tengking ngan Minah Saleh tu. terus terdiam terkedu xtau nak kata apa. xceli dia takut kena marah ngan ayah n mama.. nak kata ape lagi tgok omputeh tu ngamuk2 kami just say SORRY then diam je.

bila jumpa playground kami rest kat kusi .. omputeh tadi lalu depan kitorang. agaknya dia nampak Hazim mcm masam sedih dan shock .. omputeh tu suruh anak dia say sumthing kat kami.. anak dia ckp mereka sekluarga mintak mahap sebab menengking Hazim sampai hazim terkejut dan terus Hazim jatuh. nak kata ape lagi.. just accept ur appologize and understand je la.. then senyum n babai.. bagus gak dorang ni mintak mahap kat Hazim. Hariz trus OK then pegi playground dah boleh main mcm xde pape berlaku. eh elok pulak ngko yea..

kalau weekend2 dok melagut kat rumah mula la emosi terganggu .. ingat femli kat M'sia la. ingat nak balik M'sia la. ingat Mak, ingat kluarga.. arhhhh bile masa terisi mcm ni . kan xde la nak touching2 sgt sunyi kat perantauan.. kan kan kan..

nx week ke mana ek??? tungguuu...

Monday, 11 October 2010

Picnic kat Fassnidge

balik dari CBS tu JALAN KAKI.. ahahh jalan kaki ok nak bakar lemak nak xcercise tak tak.. sebab beli basikal xleh naik bas.. DC jalan kaki kesian.. aku naik basikal horeyyy ! eh dekat je lah naik basikal.. yela x penat sgt mcm jalan kaki.

ape laaa lumba ngan the bujang geng.. pon kalah.. dorang naik bas kami sampai dulu .. hahah ape laaa pe laaa.. siap balik umah dulu solat then datang balik..

lepakss kat Fassnidge Park sebab short cut dari jalan besar ke park tu. berlepakan laa kami.. makan2 nasik lemak yg sikit itu.. sandwich sardin yang banyak dan sedap cicah sambal nasi lemak.Thanks korang bwak sandwich. plus digestive coklet, cracker jacob dan mineral ..had fun la melepaks ketawa2 crita criti.. havock. siap solat kat park lagi mereka. mat saleh terpandang terpelik melihat uols solat kerana Allah dimana mana sahaja.


ini lah kami.. nmpak mcm senang je nk kumpul berENAM begini. kalau dh dtg park terlari sana sini nak kumpul kan setempat punyalah susah. terjerit sana terkerit sini .. semata nk amek gambo sefemli cenggini..

adult geng..

bile dah kepenatan .. jom balikkkkkk solat asar kat rumah then pekena cekodok bilis. n nescafe O. tengah lapa.. daun maple kering yg sedang berguguran sana sini akibat musim luruh celup tepung pon nmpak sedap.. :P


Sunday, 26 September 2010

Malaysian Night - Trafalgar Square

24/9/2010 - pagi tu husband Kak Izan nak pegi jalan2 ke London sooo ape lagi DC la jadik tourist guard nya. aku ?? aku nak pegi jugakk.. bukan ape sangat, saje je nak tenguk cemana la suasana Malaysian Night kat Trafalgar Square tapi tak boleh pegi..huh !.. sebab anak2 kan blom balik skolah lagi ..harus la muncung ... DC pown bagi cadangan nanti dia akan balik awal then dia bawak aku pulak dgn anak2. maka boleh senyum...

be4 pegi tu dengar org citer suasana mcm pasar malam kat M'sia. tapi yg ni mereka kumpulkan semua restoren2 citarasa Malaysia kat London ni akan bukak gerai booth makanan termasuk brg2 makanan buatan M'sia dan bercitarasa M'sia. untuk orang yg dh lama tak balik macam aku ni mungkin sesuai kot. kot2 ade le makanan yg tak boleh aku buat dengan tulang 18 kerat ni. boleh la ku rasa kedeliciousan nya kan. kiranya macam malam itu adalah MALAM MALAYSIA DI LONDON.

lepas anak2 balik skolah. rushing tukar baju, rushing makan alas perut, rushing minum teh, rushing bersiap then aku lak rushing masak utk tetamu dan DC yg akan balik jap lagi. janji pukul 4.. sekali dh 4 lebey pown lom sampai.. hukhukhuk hati sudah macam tanak kluar bunga. anak2 siap, mama siap, bekalan siap, nasik dan lauk dh siap. sedang elok je aku tengah makan DC n husband Kak Izan serta rombongan anak2 pon pulang. bunga yg tadi tanak keluar dah kembang.. hihi. DC rushing makan, solat, rushing toilet maka kluar pulak kami sekeluarga bersama keluarga bujang dh tunggu kat Tube Station.


korang rakyat M'sia kena rasa bangga tau mat saleh sini suka dengan M;sia sebab sesampai nya kami kat sanun ramai warga negara asing termasuk warga British memenuhi ruang di sana sini. kitorang and the bujengs geng berlepakan di Trafalgar Square bersnap sana snap sini hingga malam. petang tu round dulu cari makan pelik2 yg nak di sambar sebagai santapan. semua ruang depan gerai FULL seFULL nya. bila kitorang dh jumpa port baikkk punya dekattt ngan toilet. sbb anak2 senang nk g toilet kerna sejuk berangin brrrrrrrr.. dan utk berwudu' . DC pon meriki2 makanan sementara aku sebagai penjaga port dan mengawal anak2 main. kiranya malam tu kitorang full swing pecah record berada di luar tanpa ada tempat tertutup.

mula2 rasa mcm kebal la diri ni lelama bila dh masuk malam tu rase sejuk menyengat. mungkin baju kami tak ckup tebal. tapi anak2 memang kebal tetap maintain walau sejuk bedi. aktif mcm musim panas aje dorang ni ..haihh heran aku. mungkin dh adapt gaknya.

setelah sejam beratoo.. DC bwak rojak pasembo.. OK la not bad. dgn harga £3 utk 1 bekas.. phewwww.. mahai nak gile. skit lagi akan gile sbb aku suka congak congak dgn beli bahan £6 (sbb beli 2 bekas) dapat makan 1 femli. mak aihhhh.. mencekik leher betol dorang ni .. ni laa sekali je.. 2nd trip tu nk carik mee goreng mamak hampir sejam brato makanan pon habishhhh.. cis.. dapat ayam goreng jek.. dlm hati kata aku goreng pon sedap gak. tak leh kata kuat2 hehehe..

tengah lepaks2 tu terjumpa Aidi geng Brunnel. snap sana sini lagi. then dh pukul 9 malam baru dorang ajak nak pegi bergambar view London Eye dan Big Ben. sooo kami pown dgn lalalalallalal pon pegi..

waaaaa terjakun la kejap utk kami2 yg tak penah kuar malam sebegitu lewat berpeleseran di Kota London bila melihat view diwaktu malam yg asyikk.. gemerlapan lampu sana sini. meroyan gak laa amik gamba.


overall nya..night market tak de le best mana pong.. tengok performance tarian2 melayu kann.. zapin inang chak pong gamelan silat byak lagi laahh.. kat stage pon OK gak la. TAPI bab tenguk view London waktu malam memang SANGAT BEST..

lepas berpeleseran tu kitorang pown pulang. 10.30 malam baru nak gerak balik. naik Tube Circle Line, tukar Metropolitan Line hampir 12 malam sampai Uxbridge. jalan kaki lagi nak sampaikan ke rumah pukul 12 lebih baru sampai rumah.. anak2 pon dh merengek sana sini mungkin sebab sejuk. kesian kamu. besok pagi plan ke CBS pulak..ayokkkk marathon berjalan sakan.

sampai umah jee sedang elok jek tetamu (Kak Izan n femli) pon baru sampai dari pegi jalan ke Surrey rumah kawan dorang. ehhh serentak pulak sampai yea..

Thursday, 19 August 2010

Ladies Day Out

Salam,

18 Ogos 2010

las week Makcik Rohana telah membuat permohonan untuk temankan dia utk claim VAT kat Central London. lpas dapat kelulusan En Suami, aku menabur janji manis OK, 10 pagi yeahh.. pagi tadi kelopak mata yg mungkin digayut oleh segerombolan syaitan..eh eh syaitan kan kena ikat bulan Ramadhan ni.. abis sape yg gayut klopak mata aku tadi.. iskk isk cuba pikir lagi.. arggghh entahlah sgt liat nak bangun pagi. owhh aku tidow lepas subuh memang la TAK sepatutnya aku boleh bangun terlalu pagi .. hoi subuh pukul 4 lorrr.. en.suami menggegarkan sekujur tubuh mcm menghayun buaian barulah boleh dibeliakkan kelopak ini... MasyaAllah tgok 'panggilan rindu' (means : miss call) berato tersusn indah mengikut time.. waduhh sudah terlajak perahu rupanya.. mcm halilintar bersiap dan berlari-lari anak ke Town Centre Uxbridge.. hoho cara lari2 anak itu berjaya cemerlang memintas Makcik sbb aku sampai dulu kat Tube.. yeahh..

ni 2nd time Ladies Day Out.. bersama Makcik, Mis, Aku..1st time dulu kami just terjah Uxbridge aje.. la ni cubaan mengukur jalan di Central London dengan skop Mall yg meluas. Agenda UTAMA nya utk temankan dia clain VAT kat Harrods .. eiyuwww... buntang mata tgok harga barang2 kat Harrods tu mcm management dia suka suki limpa dia jek letak price yg membubuh nafsu utk org kebanyakkan macam aku ni beli .. huh KEJAM! jadi kami mampu tumpang lalu aje la yek sambil jadik escot makcik .. habis urusan yg <15 min itu.. ukur jalan diteruskan dengan Mall yg MAMPU BELI.. Primark.. NOT BAD for new item kan.. nak mengaku secara JUJURnya inilah 1st time aku masuk Primark yg digembar gemburkan murah. bukan x caya tapi takut mengelejat nak beli sume menda termasuk cashier kat situ ..haha.. direct jek kat tmpat apa yg NAK beli sahaja.. tgok suar jeans Hakim yg plus minus sebanyak satu tahun lebey x ada yg new soo rembat lah sebarang 1,2, yg berkadar harga boleh terima. berjangkit pulak TERbeli tight Puteri yg dh ketat seketat namanya.. ye lor.. umur dia 24 months skang masih pakai lagi tight yg umo 6-9 months.. penderaan betul kan emaknya ini.. (dgn alasan pasal saiz umo tu murahhhh) banyak la adegen beli belah kaum hawa yg memasukan elemen hasutan, pilih saiz, kaler, belek telek, compare rega.. yihaa dh lama x dpt merasai babak2 ini di sini.. sangat seronok dan damai.. dengan kawalan nafsu men'sopping kadar minima okeh. thank uols .. great fun lah dis day out.. sampai rumah ter terjun lah di katil selepas membakar jisim kalori yg banyak.. maka terlelap lah utk melepaskan hawa letih bersama Puteri diCC.. whoaaaaa... 8.00pm bebbb terjaga memasak buka puasa sambil membaling baling accessories dapur sebab memerlukan kadar kecepatan sehingga 200km/j. Seb bek DC dh goreng itu seabass .. sooo tinggal buat sambal masam manis untuk mandikan dia.. THANKS BANG ! n for da Kek Batik jugak..yummy lah..

meh check this out as evident.. huahuahua..


.: Me :.


.: Mis berposing dengan Teddy Bear :.

.: Aku ngan makcik :.

.: Aku ngan Mis :.

entah kenapa waktu upload gamba ni hati jadi sayu dan hiba.. mungkin inilah last moment kami ber ronggeng.. dan lepas ni aku TERpaksa ditinggalkan dengan Talak Tiga oleh kawan.. sangat sedih dan touching.. apatah lagi makcik tu dh macam mak jugak.

dorang nak balik aka pulang ke Malaysia dah ... makcik balik 22/8/2010 dan Mis selepas Hari Raya.. alahaii sambil mengenangkan kan waktu mula2 datang sini TIADA teman bicaraa.. strees dan sunyi jiwa lah secara extream . nanti aku akan alami lagi. dorang sedang gumbira nak balik .. aku ??? sob sob sob.. ape nih ape ni lap lap lap airmata tuuu.. ini lah adat dunia. bertemu.. berpisah.. ajal.. maut.. jodoh .. semua ditangan Allah s.w.t.

ditambah pulak Mila jugak akan pulang ke Indonesia bercuti selama 3 bulan .. uwaaaaa... meng'kuasa duakan kesunyian aku ..Apakah akan ada sinar untuk aku.. aku perlu.. perlu..perlu kawan wanita berperwatakan ke'mama'an untuk memenuhi jawatan kosong di hati dan jiwaku.. perlu bicara soal anak..soal masak2 .. soal menu2.. soal karenah anak2.. banyaklah persoalan ke'mama'an semasa.. secara LIVE berkadar 2 kali seminggu.. ada sapa2 nak mencalonkan diri sila ketuk rumah no 83..arghhh sedih..

nak nangis.. OFF PC.. zzzzzzz

Friday, 13 August 2010

Little Britain Lake

tetiba mcm ade mase plus minus 1 jam lagi mentara nak tunggu Puteri bangun dari tido. kalo dia bangun alamat x dapek la nak merapu kat blog ni kan. nnti dia skali dok tolong nak naip yg tak pape tah..

xceli nak citer pasal citer tertunggak. ni kalo kena saman dan melambak kena bayar. dek krana ni blog aku sooo sukati aku arr nak tulis bila. ikut kesesueiian jadual n mood si penaip yea.. alaa tujuan asal nak naip blog ni pon bkan ape saje2 nak corat coret moment2 indah life kat UK yg di katakan BESTT sangat tu.. (orang kata lah) patutnya dari mula2 datang dulu dh create blog ni kan .. baru la best tapi dah half way kat sini baru le terhegeh hegeh nak naip blog. alaa dulu2 tu payah internet lembap maklom lah ceroboh orang punya. ntah sape punya line tah dia xde pasword sape soh x boh pasword kami pon taram la pakai xyah baya.. skali ade sehari tu dia dah bubuh pasword daaa maka melopong laa kami xde internet. DC pon dgn lemah lembutnya pasang la BT line for Internet line ... haa baru la laju


8/8/2010 (ahad) ritu Mila ada col tanya nak ikut x dia pegi Little Britain Lake kat Cowley River ni je jalan kaki. so bila pikir x penah lagi pegi soo trus stuju. padahal ari tu aku ngan DC puasa.. konfiden la mcm dekat je kan Lake tu. Janji ngan dia pukul 3. skali nunggu dia bersiap akhirnya pukul hampir pukul 4.45 petang la jugak gerak dari umah Mila.. soo xde le bwak pape bekal utk bdak2 ni pasai konfiden mcm dekat ajek.. skali jalan punya jalan mcm xde tanda nak sampai lagi pon .. ropenya punya jauh berjalan kaki dh dekat dengan Yiew Ley dah mak oii patut la kaki aku mcm sengal ajek.. bdak2 ni kalo dh jalan lama sgt mula lah boring.. haus la lapa la.. memacam lah.. uncle Habib lak bila dengar trus bwak belanja anak2 ni makan aiskrim .. amboi lompat2 la ape lagi memang peberet dorang kan .. Uncle Habib lak x pandai nak ckp bahasa Malaysia soo anak2 xde problem la nak cakap english ngan dia .. aku je la yg teragak agak kalo nak ckp .. bole sbnarnya kalo bahasa pasar la kan.. Uncle Habib dan Untie Mila cakap GERMAN sesama mereka. kami 'nganga' je la kalo dengar.. ahahah mcm ayam ckp ngan itikk la kann

bila sampai jek nampak lake yg luas tu bersakan sakan lak mcm nk terjun. udah le xde pagar yg safety gitu kang ter terjun kang sape nak jawab.. bwak mereka tempat2 mcm ni memang kena saba.. anak2 ni manalah tau sangat nak tgok view2 yg chantek2 yg mereka tahu ade tmpat utk mereka tak .. errkk sebenarnya carik PLAYGROUND. be4 sampai lake tu memang dh jumpa playground tapi dok sabakan kata nak g lake dulu baru bleh g playground. pada mereka macam x menarik lah hanya g tasek2 yg kaku mcm tu aje.. x pape yg dorang nak main kan tu yg nmpak boring. budak tengah ligat camni le.. habis tawaf 1 lake tu soo kita pon terjah la playground idaman qolbu dorang.. baru main kejap2 dh kena balik pasal mama ayah puasa nak masak untuk buka pulak.

jauh bejalan kaki ke Lake ingat dorang penat balik terus tertido.. hanya Hariz dan Puteri (dh tertido sejak kat Lake lagi) aje yg tido .. yg lain stil main lagi .. haisshhh mereka mcm x kenal erti PENAT agaknya.. kita punya lah mcm nk terpatah kaki dorang slumber aje..

sepanjang jalan tu kami dok petik blubery .. eh mcm best kan .. kengkonon nak buat la jem ke.. bila dah balik terpikir mcm leceh la pulak nak buat jem sooo aku blend then tapis biji2 kasar.. amik pati jus aje.. pas2 jadikkan pati utk buat jus bluberry tanpa pengawet.. hanya gula.. ermmm sedap gakkk fresh and pure.. walllaaaaahhh

sambung citer tadi ..sampai umah dh jam 8 petang laaa pasal terang lagi .. kan musim panas pukul 8 masih terang mcm pukul 6 di negara Khatulistiwa.. Maghrib pulak 8.40 mlm sooo ape lagi macam katun la masak tu yg terjun aje telo itik balingkan dlm periuk (eh xlah) masaklah masak lemak cili api then goreng kailan .. setel ... phewww... just nice je timing.. Mila ngan Habib x henti2 mintak maaf pasal ajak g lake xtau yg kami puasa.. eh ape salahnya kan en DC ckp jangan jadikkan PUASA sebagai alasan menghentikan aktiviti riadah .. ceh wah .. tu pon pasal konfiden ingat dekat aje.. skali ambik ko .. kebas kaki...!

nx time bole g lagi nek basikal ke .. kita berkelah aje kat sana.. alaaa ade omputeh camping ape .. siap mancing lagi .. dapat ikan bkan makan pon lepas camtu aje.. SUKA SUKA..

yg penting anak2 enjoy dengan playground mereka tu .. aku lak membayangkan Lake tu mcm Tasek Titiwangsa tuu.. tapi ni lagi best pasal berhutan lagi .. macam ala2 tasek tu dalam hutan rimba gitu ..

k lah skian dulu corat coret melawat Little Britain Lake..gamba urutan ke sana bole rujuk aku punya FB yeh..

babai