Saturday 30 October 2010

Tetamu fr Yorkshire

Salam Diariku,

30 Oct 2010

hari ni pegi tempat kegilaan aku. mcm biasa pegi CBS lah. pada org yg tak suka x de le feel sangat. pada aku .. aku dengan shopping ni mcm terapi. macam pengubat tension peng'release tension la. ntahh laa mcm org gila .. udah nama kegilaan.. gila la namanya.. tapi idok le sampai nak menregister diri kat pusat sakit jiwa. hari bergelumang dengan anak2, kerja-kerja rumah, masak masak, dapur, kemas basuh baju.. semua benda yg related dengan rumah tapi bila sesekali dapat menghiburkan hati dengan pembelian yang nilai tak seberapa sangat syiokk.. memang syiok la. tak terlalu bernilai.. apa lah yg bernilai sangat kalau beli stakat kat car boot tu kan. tapi aku ni jenis tak de adicction dengan sesuatu dengan taksub yang keterlaluan. semua macam biasa2. apa apa hal kena tgok bajet. nak beli pon plan jgak. tidak lah main sukati je. tidak la blasah duit yang mana ada. aku masih sihat lagi la.. hehe

dapat beli dress, beli cardigan, skirt, t-shirt untuk sendiri punya .. baju untuk anak2 yang takde lah terlalu bernilai dari segi harga. tapi macam syiok la. lepas beli then cuba baju tu gayakan depan cermin. bukak baju tu cuba pulak baju lain. eh best lah memang betol punya best .. bukan nak kemana mana pon just tukar2 baju je. penat tapi mcm feel dia lain tau. aku suka suka suka. bukan susah sangat nak dapatkan kegembiraan aku. senang je.

DULU masa kat Malaysia dapat beli lipstik ke, perfume ke, brooch ke, tudung ke, dah macam best sangat best gila.. bole buat aku senyum sepanjang minggu. sambil belek2 susun susun kat lemari. wahh best lah. mcm terbang sume problem. dulu lain laaa ada duit gaji sendiri. bole pegang duit sendiri boleh beli sendiri. tapi tak la sampai habis duit gaji beli benda2 tu sume. berpada pada jgak.

KINI takkk.. nak beli kena tanya, mintak, lulus boleh la beli. nak beli tudung yg chantek chantek kat online pon mcm malas je nak cakap nak sangat beli. dalam hati melonjak nak beli sgt. tapi mulut nak cakap NAK tu macam ketat je. kena gak ckp kalau tak tak bleh tido woooo.. teringat ingat. kalau aku dah CAKAP NAK tu maksudnya memang aku dah berpikir pikir nak beli untuk 1 minggu kebelakang. soo maksudnya .... memang nakk !!

hikmah jugak yea duduk London takde keinginan yang teramat nak beli apa2 yang bernilai tinggi. Carboot la penyelamatnya. sebenarnya ada jugak keinginan nak beli kat kedai2 tu. belek telek cuba beriya iya tapi belinya kat Carboot jugak. jalan jalan kluar masuk NEXT, Debenhem, New Look, Bhs .. sume masuk tak de yg tertinggal masuk. beli nya TAKKK.. haha. apa nak beli kalau elaun yg ada ngam2 untuk MAKAN je. kalau pon ada lebih baiklah pegi simpan boleh jugak menabung untuk LE TOUR DE UK .. insyaAllah.

sekarang ni kalau dengar lah kawan2 beli apa2 yang best best.. mcm buat tak dengar atau kalau terdengar pon cepat2 lah delete dari ingatan (kalau lah boleh yea). cuba larikan diri dari dengar. nmpak macam sombong tapi nak selamatkan duit.

29 Oct 2010

Zaki ngan Ct Noraini serta femli sampai rumah kami hampir 12 tengahmalam. besoknya aku nak pegi CBS sebab dengar kata this week last. then sampai next March baru bukak balik. ehh mereka pown nak ikot. soo join sekali ke CBS buat dua kali trip. eh seronok lah pegi Car Boot naik kereta. 6 minit dah sampai. kalau naik bas yang tercepat setengah jam. Thanks korang..! we love it. tumpang orang pon jadi lahh..

nak balik tu rezeki datang dengan offer dari kak MIN utk tumpang mereka .. Thanks Kak Min.

moga2 kawan kawan yang memberi kami tumpang ni dilimpahkan rezeki yang murah lepas ini. aminnn..

kali ni rezeki yg dtang dlm bentuk tumpang kereta. kadang2 rezeki datang dlm bentuk belacan, kopi milo, rempah ratus selain makanan. kegembiraan, kesihatan
dan bantuan kawan kawan juga adalah rezeki. terima kasih Tuhan.



Wednesday 27 October 2010

Greenwich Park

Salam,

27 Oct 2010 (Rabu)

la ni saat ni tika ni masa ni... KAMI baru balik dari GREENWICH PARK. apa ada kat sana?? sila la google. byak kaitan cerita geografi. nak terang segala detail bagai mcm tak brape nak reti. sebab tak HEBAT sangat ILMU ALAM. kena tanya cekgu2 geografi yea. takut aku terang salah pulak. dari salah mengajor ilmu sesat barat baik haku ngaku je tak pandai. xde kena soal sok kat akhirat. kena tanya pada yg pakar.

plan dah lama nak pegi tapi biasa lah plan memang senang tapi bila masuk bab nak implemen tu macam2 lah. mase plan bukan men lagi .. eh esok kita pegi pagi pagi lah takut petang hujan kang kejap je kita kat sana tak pon sejuk sangat kalau hujan.

besoknya yaktu pagi ni.. mcm biasalah kena buat breakfast dulu. dah buat breakfast kena breakfast dulu la kan. dah abish setle hal hal breakfast.. hal2 mandi pulak. tu pon tak semua mandi .. aku ngan Puteri je mandi. yg lain dah mandi semalam so rini xyah mandi. short cut bab mandi dah. bab bersiap pulak. aku sendiri bersiap banyak step. maklum la WANITA. byak cerita. plan nk pakai tudung putih. tudung tu baru basuh bila pakai senget benget la menghilangkan mood betol laa. tudung instant yg sebenarnya instant dah tak jadi segera. aku nak tuko namanya jadik tudung lambat pulak. huh!.. nak nyetel kan muka la. segala kerim yg ada kena taruk ...ngehngehngeh. kan dah kata byak cerita. tu blom citer pakai jacket ni tak kena tuko jacket lain. nak pakai bape lapis lak .. haiyyaa sabar yea incik Saharuddin. bukan tak kenal ngan isteri mu yg konpem lama nak bersiap ngalahkn Puteri Ratna anak Mayang Sari cucu Sang Kelembai.. ahakss.. tak termasuk citer anak tudung hilang la. scarf ntah letak mana laa.. :)

abis citer bersiap .. citer nak bawak bekal mknn la, gadget la, buggy board nak pasang la, tukar jacket hariz la pakai jacket yg kalis air la takut hujan, tukar sluar jeans Hariz last minit la sbb sleck yg dia dah pakai tu nipis pas2 koyak kat lutut la. haihhhh macam2 laa.. tu blom dah jalan patah balik sebab tertinggal oyster card.. adehhhh..

nampak gaya mcm ni aku kena buat checklist tampal kat blakang pintu masuk .. kalau korang datang umah aku buat2 tak nampak je la checklist tu yeh..ahah

OKKKK JOMMMM...

dh sampai Underground Station aka Tube pulak singgah Boots pulak nak beli susu instant Puteri punya. terbeli pulak Kit Kat budak2 ni, buah2 cmpur pulak utk Hazim.. hishh.. blom sampai dh mintak macam2. sementara DC pegi Top Up Oyster Card.

dah dahhh naikkkkkkk Tube Metropolitan Line.. sampai Fincley Road tukar pulak Jublee Line sampai London Bridge then naik pulak Train.. Hakim Hazim pulak kena bayar beli tiket lain pulak. tercarik carik pulak platform mana? naik train turun pulak kat Maze Hill baru la SAMPAIIIII .... baca perjalanan macam senang dan smooth je kan. tak tahu tengah2 jalan mcm2 la kena pulak yg Puteri teriak nak turun stroller, Hariz pulak kalau suruh terlari sana sini kena pegang tangan dia 25 jam, Hakim Hazim yg bergadoh gadoh sepanjang jalan ketawa sana sini terlanggar org putih yg tgah duduk diam. tak boleh berjalan dengan lurus agaknya. bikin emosi mama merah menyala mcm lampu Ultraman lah..sikit lagi nak bertukar jadik Incredible Hulk versi wanita (mesti buruk rupa dia) haihh.. sepanjang jalan ntah bape kali jerit2 nama korang yea. aku rase minima panggil lima kali. maxsima nya tak terkira lah.. bayangkan laaa

OK OK .. dah sampai Greenwich Park.. haaaaa nak main.. main lahh.. kena pantau jugak xleh pulak main yg tah apa2.. cemana tak marah main celup tangan dalam air tasik yg tah air apa. main panjat pokok sampai patah dahan lah. ketuanya Abang Hakim maka adik2 yg lain semua mengikut aje..
berguling kat tanah la. disergahnya anjing la. kang anjing kejar dia la. orang lain lalu kat laluan jalan yg di sediakan. Hariz lalu kat bawah kerusi la.. panjat bukit tergelincir pulak.. SEMUA BENDA NAK MENCUBA. berkerut kerut dahi aku ngan DC ni nahan napas. TERLALU PANJANG AKAL.. HYPER

nak amik gamba bertegang urat manggil sorang sorang. yela yg sorang kat timur yg sorang kat barat sorang lagi kat utara... dah berkumpul tu nak suruh pandang camera pon amik masa brape menet.. kalau 1 kali snap amik masa 15 minit agak2 kalau 143 gamba brapa jam nak kena gunakan.. haaaa sape yg x suka baca tu sila la KIRA..haha

GREENWICH PARK ni xceli ROYAL PARK zaman dulu. chantekkk luassss.. naik kat Obsevatory boleh nampak bandaraya London pemandangan Hutan Batu dari atas. Kengkonon nak tengok Deer sbb katanya ada Deer Park tapi sekor pon tak nampak.. Deer cuti gaknya..
pegi Meridian Line yang memisahkan dunia antara TIMUR dan BARAT. sempatla meletakkan kaki kanan di barat dan kaki kiri di Timur.. ewahhh tapi mase tu ramai orang .. rebut2 nak amik gambo. nak tunggu xde orang alamat malam laaa..

pendek kata sambil nak pegi tgok Meridian Line tu sambil nak amik gamba musim luruh kat Greenwich Park tu. tapi banyak lagi pokok yang hijau lah. tercarik carik pokok yg dah Golden. tak banyak tapi view park tu CHANTEKKKK..






OTW pulang tu lapa la pulak .. ye loo bekal tak cukup. jalan2 tengah cuaca sejuk ... maka menyinggah laa kebab mengisi pewott..jom jamu mata .. ini lah menu dah 3 bulan tak beli makanan kat luar.. CHICKEN KEBAB WIF SALAD and SPICEY SOUCE


tu je.. harap mengerutkan
dahi dan menggeletek ketiak orang yg baca citer ni.. skian


Tuesday 26 October 2010

Heater jantung hati rumah

Salam,

bangun pagi jenguk jendela.. hujan. seharian hujan hingga petang. mendung. tak jenguk luar langsung. tak amik udara segar langsung. terperap kat rumah. kalau ayam di marinate kemudian di bakar pon sodap. jeruk mangga kalau di peram lagi lama lagi lah deliciuos nya. aku ?? xde beza pon. duduk dalam rumah yg 360 darjah tertutup membuat hidung aku bersin tak henti2 tambah tambah carpet ni yg menyokong pertumbuhan bakteria. masak kat dapor pon bukak tingkap sikit je. nak bukak banyak sejuk sangat. kena bukak jugak sikit takut mati lemas.

duduk dalam rumah menghadap heater pon dah comfy. kalau nyorok dalam duvey takut tido.. tido bengkak sume mata, bengkak muka, bengkak badan. arghhhh.. lawan lawan lawan jgn duduk dlm duvet. memang syiok tapi alamat nya aku nanti dreamland.

kalau takde heater boleh mati kejang kesejukkan. orang M'sia selalu kata bestnya duduk kat UK .. sejukkkkk.. itu aje yg mereka tahu. kalau London sejuk. tapi tidak sejuk 365 hari lah. hanya pada musim tertentu je.

sebelom dtg UK .. tak tahu pon mcmana nak hidup dlm sejuk tu. rupanya ada PEMANAS. berciri besi. gunakan kuasa gas utk panas kan. kalau kat M'sia ada Air Cond. kat sini ada heater. kalau kat M'sia ada kipas kat sini ada jugak kipas tapi yg keluar bukan angin sejuk tapi angin panas.

sejuk yg keterlaluan mendatangkan mcm2 sakit. panas keterlaluan jugak didampingi penyakit. tapi kalau kat M'sia rumah yg ada Air Cond mcm mewah. kalau disini WAJIB ada heater. rumah cikai cikai pon mesti ada heater. kalau tak heater karen, mesti heater gas. heater BIL nya lain kira lo. kalau heater karen bil nya bil letrik laa.. kalau heater gas. bilnya bil gas. sooo ada 3 bil. bil letrik, bil gas, bil telepon. bil air rumah aku ni bersekali ngan sewa umah kot atau disatukan dgn bil gas. kalau ikut kata tuan pakar letrik kat dlm umah ni sape lagi kalau bukan encik DC, gas memanaskan air dan terus di alirkan air panas kesekeliling rumah maka rumah jadik panas. ENTAH. tipu dia tipulah aku.

pernah tahun lepas gas kat rumah kami ROSAK. then air panas pown xde. huyooo payah weehhh nak amik wudu' nak basoh pinggan. mandi tu bole la seminggu 3 kali. tu pon masak air kat kettle. kalau air mandi utk org besar Puteri tu sebaldi dh cukup. kalau sebesar DC ? hagak2 brape tong nak pakai. sudahnya kami tumpang mandi kat umah Miswati.. heheheeee ....
kalau heaater rosak otomatik air panas takde. soo bayangkanlah aku basuh pinggan guna air sejuk bedi mcm air dlm peti ais. kecut sume tulang tulang jari. pakai glove pon still kebas jemariku. ohh sgt menderita woiii xde air panas. nak gosok GG pon ngilu wooo..
masa rosak tu kesujukkan la kami. nasib tuan rumah ni sediakan 2 bijik Portable Heater Letrik. 1 letak dlm bilik. 1 lagi letak kat Living Room. soo 2 tmpat je bole lepaks. tapiiii pakai Portable Heater Letrik ..bil Letrik melambung lambung mcm belon naiknya.. tergeliat nak membayo. baik hati tuan rumah tolong top up skit. (gantirugi)

betul laaa HEATER ni jantung hati rumah. kalau sakit jantung maka boleh mati rumah.

TAPI korang kena paham heater ni pakai mase musim yg mempunyai kepulan udara 20 darjah celcius kebwah SAHAJA yeaaa.. kalau musim panas terjelepuk kat stor berabuk..hahahahaaa

ni xceli entry semalam.. edisi tertunda

Sunday 24 October 2010

Uxbridge Big Fest

Salam,

pagi Ahad ni tak tak tak DC tak masak lagi. xkan dia nak masak hari2. itu kalau MOOD bayekkkk je. mood kerajinan tak dak maka baik dia breakfast dengan GAME je..huh!

jom jom kluar rumah. sakit pale duk umah tgok xtvt yg tersusun. lompat sana lompat sini. kacau adik sana teriak sini. buat fenin pale mama je. moh kita tengok apa yg ada sempena UXBRIDGE BIG FEST. Hakim ngan Hazim ni kalau di ajak keluar kalau dibilang ngak boleh bawa basikal atau roller shoes dorang mula laa muka mcm tak siap. xmo ikut. xmo kuar. nak main game jek. Indoor betul la kamu ni. mama ni pulak sehari duduk rumah padat pale. paksa jgak kamu ikot..haih

sampai je sana xde le meriah sgt. cuma mereka buat promosi theater yg nak berlangsung masa Krismas nanti. soooo promo la. semua pelakon utama turun la kiranya.. Snow White, Cinderalela, Scarecrow, Sleeping Beauty dan ramai lagi la ntah aku pon bukan kenal watak2 citer dongeng omputeh ni. stakat tahu yg glamer je. DC lagi teror


wahhh amik gamba ngan Cinderalela yang comel nampakkk.. Cinderalela yg dinikahi sejak sepuloh tahun yg lepas ini kurang comel kah ? nampak tak mathing la Bang ! (ayat jeles)


heiiii ingat dia je nak amek gambo ngan Cinderalela comel. Aku pon nakkkk jugak bergambo ngan Prince Charming Hensem. hehehee.. walaupon abang tidak sehensem Prince itu.. tapi sayang tetap c**** kan abang... (nanti malam la cakap) hahaaahaha..

haaaaa dah sampai Uxbridge Town Centre anak2 pulak leka ngan watak2 crita dongeng tu. maklumla dorang kenal sangat. mama je yg x brape kenal.

ok sudah habis agenda merayau2 rayau di Town. beli grocerries jgak termasuk dlm itenery. x ketinggalan agenda pegi toilet..mcm wajib gitu. lastly pegi tgok Movement Academy buat presentation tarian. Ralit pulak budak2 ni tengok. tengah ralit tengok sekali HUJAN menderu turun dengan lebat. mula2 ingat tanak berganjak. eh makin deras pulak hujan...

tengok tengok atas hud pale Puteri nampak mcm putih2. aku amik la pegang. rupa rupanya ICE halus halus. HUJAN BATU.. woiii sape kata negara orang hujan emass.. Hujan Batu laaaaaaa... kahkahkah.

mungkin sebab sejuk awan kat atas. agak2 kalau suhu masa tu minus enam mahu turun salji agaknya. eh pelik pulak salji di musim luruh. kuasa Allah.. boleh menjadikan apa2 saja di dunia alam semesta ni.

duluuu teringat penah jugak hujan Ice ni kat BMI waktu tu. petang. kedengaran kuat bunyi hujan nya. sekali keluar pegi pintu kluar kat belakang tgok2 ICE berterabur kat lantai. berebut rebut tadah. kata kawan tadah ICE then makan ICE tu sambil berdoa hajat kita mudah mudahan dimakbulkan Allah s.w.t. aku pun buat jugak sambil berdoa keinginan yang teramat sangat nak dapat anak perempuan. tapi tak tahu lah dongeng atau betul. tidaklah terlalu percaya. kena usaha dan tawakal sambil terus berdoa.

petang tu REZEKI datang .... Mee Bandung dan Karipap pusing utk kami sefemli.. Thanks Kak Lip. Anak Anak LOVE IT.

-TAMAT-


Malas malasan

Salam,

Sabtu smalam pagi2 xtvt biasa col CBS .. sedeyy tutup pulak. sebab hujan. hujan tutup ..tutup hujan. itulah dia carboot. xsedar langsung pagi tu hujan. tak perasan langsung hujan malam tu. kena la cek dulu tutup ka bukak ke? kang tak pasal2 ada yg mengamuk ngamuk kat sana sebab penat bersiap bagai turun naik bas tetiba tutup. bukan stakat hampa. kecewa dan 1 hari mood hilang..

sabtu tu bagun terpagi. eh tetiap pagi bangun yg boleh dikatakan betul betul punya pagi sesekali bangun yg x brapa pagi kira OK la kan. bila ada tetamu atau anak2 sekolah mata tak larat bukak pon kena paksa ngan batang mancis kena bangun masuk ofis empat tungku aku tu sebab nak siap kan makanan. sabtu bgun agak pagi nak pegi cbs. bila dengar cik operator dlm tipon kata tutup maka bersambunglah adegen tido. tgok org len syiokk je tido. mane bleh jadik..

sekaliiiiii tetibaaa.. yang.. yang.. bangun.. bangun.. makannn.. aku terus terduduk. sambil gosok gosok shit mata yg melekat. jwab OK je. terus cuci muka. then turun bawah. TADAAAAA... nasi lemak.. terhidang dimeja. whoaaaa.. best nya best nya... ni breakfast ke lunch.. DC kata breakfast .. tapi mak oiiiiii tgok jam dh pukul 12 tengahari..hahahahhahahaha.. bole la utk org yg baru bangun betol la breakfast kann kan kan..

heiiii bukan senang nak tengok bangun tido mknn terhidang atas meja cenggini. dapat merasa skali skala .. wahh syiokk wooo.. siap ngan Kopi Susu lagi.. muahahahaaaa... kembang kempis hidung aku. makan dengan senyum berbunga.. ehehehe

OK la not bad .. Nasi yg DC buat memang best laa tu memang dh ada gud reputation. so layan la nasik, sambal bilis, timun, telur dadar, ikan bilis goreng.. best lah .. dh habis separuh pinggan.. eh pesal sambal abang buat ni tak pedas langsung?.. abang taruk pewarna merah ke ? merah kemain menyala nyala lagi... eh tak la mana ada taruk pewarna .. taruk cili blend 2 sudu lagi tau. tapi yg lebihnya abang taruk air je.. kahkahkah.. patut lee..

bole laaa.. xleh komplen lebih2 nanti dia xmo masyak lagi..

lepas bekpes tengahari tu.. haha pelik je bunyiknya.. aku mcm byak tenaga pulak. eh bgun tido lewat. kenyang makan. DC pulak betolkan Roller Shoes Hakim/Hazim (share). lepas aku kemas rumah .. lepas zohor. OK jom kita pegi padang ngetest kasut yg di cuci ayah gunakan minyak masak sebab nak smooth kan roda nya.. hahaa.. hantam je kan. org len pakai minyak hitam. ayah korang pakai minyak masak. memang hentam keromo.. asalkan bole jeee

ok bersiap laa .. before kuar tu sambar lah camera kat kusi.. sampai je padang.. cepat bang amik gamba kami bwah pokok maple ni. sempena autumn ni..

DC kata nak amek gamba mendanya.. pesal x bwak SD CARD .. haaaahhhh !!! alooorrrrr lupa la pulok.. alamak dh standby dah nk amik gamba KECIWAAA... terpaksa guna kemara telepon je. huh!


OTW balik tu hujannn.. angin sejuk menderuuuu.. berlari pecut lah Hakim, Hazim Hariz dan Ayah.. Mama? Puteri? berlari lari anak dan berlari lari emak.. tertinggal ke belakang.

Friday 22 October 2010

Autumn Half Term Holiday

Salam,

next week dh start cuti Autumn Half Term Holiday on 25th hingga 29th Oct. 2010. tapii hari ni 22 hb dah cuti sebab teacher pegi training. hebat betul teacher pegi training semua student kena cuti. waaaa suka lah student. kalau lah kat M'sia buat camtu melompat lompat lah budak2 yea.

Kalau kat M'sia cuti2 skolah boleh balik kampung, balik umah atuk nenek mereka. kat sini, mana nak pegi. nak pegi jenjalan pon bajet xde. nampaknya kena carik tmpat2 yg free aje lah. kemana yea?? xpe nnti dah pegi baru aku citer ok..

hari ni semua ada kat rumah Ayah nak masak special untuk semua. xde lah spesel sangat pon cuma berbaloi je la nak buat masak beriya iya kalau anak ada dirumah. kalau hari biasa kan aku ngan dc je yg ada. mcm x meriah. soo DC decide nak masak NASI AYAM. simple senang dan yg paling penting anak2 paling suka.


habis je makan.. DC mula la mencongak congak.. ini kalau makan kat kedai agak2 brape hengget habis agaknya. nak2 pulak ketua makan ni mkan dgn kadar maksima naik membukit tambah pulak lagi. selagi nasik dan ayam tu tak masuk ke segenap inci perut tak sudah sudah. masak banyak pulak tu sampai malam sekali. senang. ayam buat sekor terus. haa amik kau. Puteri pon mkn bertambah.. NAK AGIIII.. kata dia..

cuaca semakin sejuk sekarang ni .. kegiatan makan bertambah rancak. mcm boleh terima alasan cuaca sejuk perut jadik lapa. tolong la terima alasan ini. alasan typical manusia yg duk kat negara 4 musim.
anak2 balik sekolah je.. mcm tergopoh2 tnya mama masak apa.. xkan nk jwab xde apa2.. mcm tak berfungsi pulak mama kat rumah..

last week je.. balik skolah tadaaaaa.. cekodok bilis, esoknya cekodok pisang, esoknya lagi pisang goreng, esok esoknya pulak samosa. habis mkn cekodok roti roti pulak. biskut memang wajib ada.. isk abis umur kat dapo je.

blom masuk winter lagi.. kena kerja keras masak masak. ini baru cerita pasal masak masak masak.. makan makan makan dan makan. blom citer baju berlapis2. tangan kebas kaki kebas. idung berair, mata pedih, pale pening. macam2 ada.. itu cerita seorang senang .. ini cerita enam orang. cerita anak2.

hari ini jugak ngemas rak baju. simpan semua baju t-shirt nipis. baju summer yg nipis itu. simpan. keluar pulak baju tebal, jumper, jacket, jeans tebal. dah mula pakai baju berlapis lapis. nak siapkan sorang diri senang. nak siapkan empat anak.. kalau sorang pakai 3 lapis.. 4 org 12 lapis. tu baru baju. blom sluar, sock, kasut. arghhh byaknya dlm kepala padat otak menjelang sejuk sejuk. dapat keluar rumah memang hepi. prepare nak keluar rumah mahu amik masa sejam. tu tak termasuk timing nak siapkan makanan utk bwak bekal. gadget yg nak bawak keluar lagi camera, pampers xtra. susu xtra. wet tissue nak lap hingus Hariz n Puteri. nmpak kat gamba dlm FB memang cool. padahal......

abis cerita hari ini

Thursday 21 October 2010

maraton upload

ok la ok laaa aku upload jugak gamba. boring gak kan citer panjang berjela jela tapi xde bukti.. sapa2 yg hilang pedoman tgok gamba ni kena baca cerita previous entry..hehe

jom tengok...


gamba ni masa femli Zed belanja Ice Cream Hagen Dazz. makan ramai2.
anak2 suka sgt sbb eskrem tu sedap plus mahal. mama n ayah pon x penah beli.


masa ni mereka dh nak pegi dah.
tgok keta tu penuh barang baru 2 minggu kat umah kami brg2 dh penoh.
penangan CBS jugak..haha



ini mereka tgh makan eskrem.. kusyuk sedap sgt lah tu..
tengok la masa ni blom potong rambut. dah panjang sampai masuk mata.



ini selepas potong rambut. baru balik sekolah. pendek dan kemas.
I LIKE..

OK TAMATT


Masak Laju Laju

Salam,

ada anak2 yg hyperactif ni.. aku pon kena jadik hypermama jugak. sebab baru matching. sebab aku kemas 1 kali ganda mereka mengkretif 3 kali ganda. itu normal. syukur.

bila dh terbiasa membuat sume benda secara hyper. masak jugak kena hyper laju. aku selalu buat plan. bila xde plan keja dapo pon jadik delay. makan pon delay. aku x suka.

bila sume perkara nak kena pantas rasa mcm nk berlari buat semua benda. lpas tu terus pengsan. kalau terlalu ligat dpt tidur 15 min utk lepaskan letih dh cukup.

pagi tadi makan laksa semalam. mkn b/fast berciri kuah mencepatkan kenyang perut jugak mensegerakan lapa perut. tak mahu makan magi. suami makan meggi dikala isteri segar bugar sihat walafiat bermaksud penghinaan pd isteri itu. selalu berlengah masak tghari sbb kenyang lagi mkn b/f berat tapi hari ni cpt pulak rasa lapa. maka pukul 1.30 tghari terkocoh2 masuk dapo. xde plan. nak buat benda yg cepat siap. sempoi dn kenyang. apa ya?

oklah. panaskan nasik smalam. apa2 hal potong dn kopek bawang2. sambil potong bwang sambil pikir. dc kata goreng aje ikan. arghhhh nk tunggu ikan goreng masak makan masa lama. jadi aku goreng jgak ikan iaitu ikan bilis..

sapa2 yg bizi dn xde plan nak mask. msak ringkas boleh tiru aku. eh x sbnarnya ni mak aku suka buat mcm ni. aku tiru mak..

goreng bilis segenggam garing2. masa bilis bergorengan di kuali boleh hiris bawang besar n bwag puteh serta cili api 4 biji. bilis goreng angkat ketepikan. kurangkan myak goreng bilis. tumis bwag bsr, putih n cili api. bila half way layu masuk sos tomato dlm 2 sudu bsr, kicap masin 2 sudu besar dn gula 1 sudu kecik. kacau kejap. then curah atas bilis goreng tadi. siap..
bilis tu kalau nk tukar dgn telor mata pon ok jgak. sama jgak best dia.

aku suka masak serentak ngan kuah .. buat kuah sup suhun kentang fucuk. sempoi jgak. itu kalau x tahu sila hantok pale kat dinding.. sila buat sekarang

dh selalu sgt mkn lauk berat2 kari la, kurma la, nasi ayam la, tomyam la, padprik la, sambal la, lemak cili api la. jom buat yg sempoi pulak. mesti best tau cuba la.. masam masin manis dn pedas. DC makan 3 pinggan. walaupon dia kuis kuis cili api tapi tergigit jgak sehiris 2.. padan muka. haha

selalunya menu2 campak2 ni bila kena masak secara mengejut atau balik dari kuar jalan2. terlalu lapar dn nk makan dgn cepat. kdg2 lauk dh siap tggu nasik tanak punyalah lama. DC selalu kata magicnya !!

aku suka jugak pakai gadget yg memudahkan dan mempercepatkan kerja. kalau di opis tentu kena ada computer dan printer. aku ada MINI CHOPPER brand Kenwood 300Watt. telah miliki sejak duduk sini masa tgok rancangan masak Delia Chef. n mereka suggest pakai gadget tu utk pantaskan kerja. dan memang terbukti berkesan. eh mcm iklan pulak. tapi kisah benar. harga £20 sapa nak boleh bagitau, kirim duit aku belikan. eceh promo. ini betul.

review gadget :
ia kecil mudah operate. laju. dry chopper. kalau guna blender kena isi air baru jalan. lgpun blender besar susah basuh. Mini Chopper Kenwood ini tak. jadi bwang yg dh chopper ditumis tidak lama sebab takde air. ia kecil ringan dan mudah alih. tidak makan ruang. hiris bwang nk msak kari pedihkan mata. ini tidak. biar mesin yg chop kan. hanya 10 saat smua hancur tidak terlalu halus jugak tidak terlalu kasar. hand blander jgak bagus tapi butang ON dn motor control di atas. sambil ON sambil pegang motor. panas. tapi Mini Chopper Kenwood tidak.

sangat sesuai utk org yg x ckup masa utk masak. berkerjaya. serta ramai anak tak byak buang masa di dapur. paling best bila nk buat nasik goreng. blend je bwang bsar, bilis n cilii api. 15 saat blend dah boleh tumis. tak payah tumbuk mcm mak mak kita selalu buat.

sejak 2 menjak ni aku malas nk upload gamba. sebab tak de sebab yg boleh pakai sangat. upload nk tggu lama. lama yg tak suka tunggu..

aku tak suka MENUNGGU DAN DI TUNGGU. aku suka ngam ngam soi. tidak lah terlalu TEPAT tapi berpada pada.

aku suka sambil. sambil masak basuh pinggan. sambil mandi cuci bilik air. 2 in 1. mcm syampoo

aku jugak suka tetamu yg rajin macam IRMA.. dan EMAK ZED. aku malu sebenarnya mereka kemas rumah aku. dikala aku bizi ngan anak2. tapi tak la sampai amik kesempatan. mereka mengelap dapur aku selepas aku penat masak. mereka kemas mainan yg anak2 main bila aku tgah mandikan Puteri sambil cuci toilet. seperti mensenangkan hati aku. kalau boleh aku cuba jugak nak buat macam tu kat rumah orang lain.

nampaknya aku mcm dh melalut ke laut. baik aku keluar sekarang...





Tuesday 19 October 2010

Gunting Rambut 3H

Salam,

WANG RINGGIT BUKAN LAH SEGALANYA.. itu kata pujangga la kan. tapi buat masa ini wang adalah segalanya utk HIDUP. meneruskan hidup nak besarkan anak2. tak boleh hidup hanya dengan kasih sayang saja. cinta saja. perut kena isi jugak. perut aku dan DC yg besar ini bole tahan la sebab lemak2 yg ade ni bleh lagi kaber kan. tapi perut anak2 tidak boleh kata TAK. masih kecil utk paham.

Walau apa pun halangan.. hidup kena terus. terus melangkah. melangkah kedepan. hingga ke garisan penamat..

TERIMA KASIH kepada kawan2 yg perihatin, amik berat tanya pasal masalah problem kat chating kat tipon tentang kewangan kami. eh eh ramai jugak ye yg baca blog yg karut mengarut ni. jgn bimbang kami masih ada bantuan CPR hihi iaitu uwang simpanan. kena disiplin la xleh guna. kena guna kalo sesak napas dh xde oksigen je.

berbekalkan keshobaran yg setinggi flat 17 tingkat bangunan PPR Batu Muda eh pesal bangunan ni lak jadik sebutan takkk sebab mak aku duduk dalam tu .. eheh. kami mengharung ombak hidup ini dengan tabah dgn suara ketawa hilai anak2. nyanyi2 Puteri. spiking2 Hariz yg lucu cerita pasal school dia, pasal teacher dia. hingga lupa sebenarnya mama dan ayah dorang ni xceli dibebani masalah. Syukur padamu Allah

tgh2 dilanda ombak badai mcm ni memang xleh silap skit. suami x basuh 1 pinggan yg dia makan pon kena marah padahal selalunya pinggan dlm sinki mengunung pon senyum2 je basuh. tuala mandi tak sidai pon bleh mengamuk padahal selalu tu jgak la keja aku pon. tgh angin monsun barat daya ni kena hati2 buat lawak yg sangat kelakar pon aku tak ketawa. jadi minggu ni DC rajin lah..

eh bila daa nk citer pasal tajuk nieee.. ok ok ok meh kita kembali ke panggal jalan .. kat mana tadi.. owh cnak citer pasal Hakim Hazim Hariz gunting rambut. sambung citer semalam..

petang tu lepas Zed pindah Hakim ngan Hazim merayu domba nak pegi umah kawan baik dia Oscar. soo ayah bagi kebenaran 2 jam je tau. oh sapa yg x kenal Oscar nanti aku citer kat entry lain yeh. aku pon santai2 guling ngan Puteri dan Hariz sbb sgt bosan xleh kuar kemana mana tetiba 'knok knok knok.' eh eh Byron, Wida, Fatin dan Eza datang. Byron dtg nak tuntut janji kata nak potong rambut Hakim Hazim Hariz yg dh mcm pelakon korea itew. x sesuai utk jiwa kanak2. sikit lagi kami dh nak merajuk ingatt tak jadi. tup tup dtg pulak Byron. dtg dh petang pukul 5 hari dah petang dan semakin sejuk. mula dgn Hariz sbb abg2 xde. haaaa baru tahu susah nk potong rmbut dorang ni sebab lurus liat semacam dan xmo dengaq bila soh tunduk pandang kiri pandang kanan. lama jgak amik masa nk potong tu. tiiba half way potong rambut Hakim hari pon dh malam sejuk la ape lagi sooo sambung kat toilet.. sampai giliran Hazim.. hehehe TERIMA KASIH Byron ! selamat duit potong kat kedai yg double decker mahal tu. jadiii akak buat Bihun Sup peberet Byron. tahu tahu Byron suka sup.

nk solat magrib nk berwuduk terkejut tupai la aku tgok toilet sana sini rambut berbulu bulu sampai ke dinding terbang gaknya.. ayoooook aku kena jadik Cinderalela la besokkkkk nak ngemop lantai yg berbulu rambut tu. adehh.. patah pinggag mak .. nyahhhhhh

byak gambar nk tunjuk tapi ni cari cable tak jumpa.. nanti aku upload la gambar secara pukal kat entry akan datang yea..

maceh baca..

Monday 18 October 2010

Tetamu Malaysia ke Imperial College

Salam.

belum hilang kemarahan pasal ??? £££ sebab sampai sekarang waktu ini saat ini xde tanda2 £££ nak muncul diri dia. sedih betol sampai nak buat lawak xde mood. nk ketawa jadik ketat. nak nangis xde airmata. tapi sampai bila kan. HARAP MEREKA TAHU susahnya hidup di UK ni. tak semudah yg di bayang.

1 Oct 2010 - 17 Oct 2010

mlm sabtu 1 Oct 2010 yg lepas femli Zed Diyana bersama Mak dia, anak dia, suami dia sampai rumah. memang plan nk duduk sebulan. tapi rezeki dpt umah sewa yg lebih dekat skit ngan Imperial College soo hari ini 17 Oct 2010 mereka pon tinggalkan rumah kami. sayu hati..

slama 2 minggu ni aku kat rumah di temani mak Zed dan anak dia Noah. ada jgak teman borak. selalu borak dgn Puteri yg tak paham citer aku. tapi aku selalu mengiyakan cerita dia yg takde butir tu.. teman berbual ni penting kalau tak boleh jadik sakit mental. DC lah mangsanya.. arakian semut lalu pon aku nak cerita kat dia.. umpama je laa tapi mcm tu la namanya PEREMPUAN mcm aku. kena stori mori pok pek pok pek baru meriah..

best tgok Zed begitu istiqamah time blaja.. pegi Uni tak penah miss melainkan ada hal. tinggalkan anak yg masih nyusu jap jantung. tak terkejut bila dengar emak dia cerita dia adalah student FOUR PLAT mase kat Uni di US dulu. fu yoo.. HEBAT.. kagum tgok femli yg kesemua berjaya dlm plajaran. ayah dia Dr. Mak dia 1st Degree kat UK Bradford (rasanya). adek bradik semua study hebat2 jugak. KAGUM.. tercengang laa.. padahal walhal femli mcm ni biasa jgak di kalangan student kat sini jugak. aku je yg tak berapa tahu. ye la kalau tanya2 perihal femli mcm bizi body pulak kalau org cerita DENGAR tumpang dengar laa.

seronok kalau dengar emak dia bercerita.. terlopong mulut. kalaulah ade lalat berlumba lumba nak masuk mulut aku.. haih..

Pagi Sabtu semalam emak husband dia Haris datang transit nak pegi Prak. sempat singgah rumah aku makan nasi lemak. aku pulak lepas dpt tahu elaun x masuk lagi macam xde mood nk berajin rajin di dapo. terbangun la lewat sikit. tup tup turun bwah bwak bakul baju kotor turun untuk basuh dgn muka br bgun tido. ingat xde org kat dapo rupanya mereka semua tengah makan. ade ke patut tetamu hidang utk tuan rumah .. tapi I LIKE .. buat mcm rumah sendiri hehehe.. ayokkk .. sekali mereka dok kenalkan aku dengan mak Haris. maka aku pon bersalam la menghormati orang tua seperti biasa tanpa ada rasa apa2. panggil UNITIE je. bual2 mcm biasa biasa.

Mereka nak pegi CBS pagi tu. soo husband dia ajak nak hantar kitorang pegi buat 2 trip. 1st femli dia 2nd amik kami pulak. soo boleh la juin skali. walaupon xde mood nk ke CBS. seluk poket syiling2 masih boleh guna soo guna lah dulu.. jadik laaaa.. layan

sampai tgah2 jalan masing2 bwak haluan masing2 then half way through kami bertembung dengan femli mereka. berbual la kejap tanya2 beli apa sume kan .. peramah la katakan. so Untie pon hulur lah bisness card dia kat DC suruh bagi pd student yg dari UPM utk student perlukan bantuan dia. soo ambik je laa simpan terus masuk poket. lepas 10 langkah berlalu DC ckp laa .. "tgok businnes card dia ni" aku ckp apesal. tengok je laaa. sekali TERKEJUT MONKEY la aku.. FUYOOOOOOO... mak dia tu DATIN PADUKA PROF. DR.. ......... . adoyaiii aku rsa mcm terkedu. langkah terhenti kejap. orgnya sempoi je. muka nmpak mcm strict tapi ramah jgak. haiyaaa aku boleh panggil Untie je kan. haihhsshhh malu wooo. tebal lo muka. mcm terngiang ngiang cemana aku berbual ngan dia. patulah nmpak mcm protokol ajek orgnya. yg aku lak slumber je. dtg lak rumah aku yg x bervacum tak kemas buku anak sepah sana sini. malu laa..

balik dr CBS petang tu Haris dh hantar mak dia ke Heathrow utk naik flight ke Prak pukul 3 pm. Cakap kat Haris tak tahu pon emak dia ade pangkat yg begitu tinggi kat UPM. aku lak bleh panggil Untie je. tak panggil Datin ke Prof ke.. Haris slumber je jawab. tak apa.. mak saya pon berasal dari kampung jugak. kalau kat ofis pon org panggil dia Prof. .. dia kata alaaaaa tak pe dia Prof kat Uni. tapi kat rumah dia bancuh Milo jugak untuk saya.. hehehe aku pon gelak je mengiyakan betol jgak yea..

nasib jgak xde tingkah yg mengarut yg aku tunjukkan.. kalau tak TRIPLE malu. hihihi

lepas Zed dan femli ke London utk pindah rumah baru pagi tadi. tinggal la
aku lagi bersunyi sunyian ngan femli kat umah berguling2 atas katil ngan Puteri. dia jgak kesunyian sampai tersasul sasul panggil aku MOMMY sebab dia panggil Untie Zed Mommy.. mak Zed .. nenek. bila tanya mana Mommy, Nenek, Noah?? sambil pusing pusing tangan henjut henjut bahu terus kata TAKTE.. kesian dia sunyi xde geng nak layan Noah. xde dh nak tanya itu ini yg tak paham kat Nenek.

itu cerita semalam dan pagi tadi...

Saturday 16 October 2010

? £

Salam,

semalam 15 haribulan.. hari ini 16 haribulan dah due.. JANJI mula2 3 bulan sekali masuk. mula2 lewat seminggu hingga 4,5,6 haribulan. bila dah bincang sepakat kata setiap 15 haribulan 2 minggu dari tempoh 3 bulan LEWAT..DELAY.. arghhhh tensionyaaa.. tension hingga rasa nak nangis.. rasa pedih ulu hati sume lah.. bengang marah.. kenapa sesama manusia tak paham dengan masalah manusia lain. kalau engkau haiwan dan aku manusia tentulah aku tak faham. ini engkau manusia aku pon manusia kenapa masih tak faham..

KAMI enam beranak duduk di sini bukan suka suka, bukan melancong, bukan makan angin, bukan cuti2 sakan. Kami enam branak HIDUP seperti manusia lain di mukabumi Allah ini. bila kita sesama manusia sePATUTnya paham lah masalah manusia lain. kalau kamu tahu lapar kami jugak tahu lapar tahu.. sama saja xde beza pon.

Hidup di London yang taraf hidup tinggi segalanya MAHAL. kami bukan shopping kat Harrods. Kami ade anak kecil masih pakai pampers masih menyusu masih sekolah masih perlu keperluan harian makan dan minum. Apakah kami ini bukan dari manusia berpangkat besar, berjawatan tinggi, mempunyai darjat kebesaran maka masalah kewangan kami disini dianggap tak penting, anggap mudah, anggap enteng.. ohh janganlah menyiksa kehidupan kami kat sini.! tolong laaaaa...

SIAPA KATA DUIT GAJI KAT M'SIA TAK USIK??? sapa kata sapaaa.. oh takkk.. kami ade jgak loan rumah nak bayar, loan kereta nak bayar, ada keluarga yg nak tanggung, ada jgak loan2 kecil yg di langsai. lepas tolak semua tu berapa SEN yang tinggal. kalau RM200 yg tinggal. sama jugak £40. dengan £40 tu hanya boleh pakai 1 minggu je lauk, sayur, bahan masakan .. tak termasuk susu dan pampers. soo kami x idup mewah pon hidup kat sini. korang makan ayam kami pon makan ayam, korang makan nasi kami makan nasi. kami tak makan Lobster hari2 kami tak makan udang (mahal) hari2.. makan kat kedai yg beganda mahal tu apatah lagi...

korang kena ingat AKU.. UNPAID LEAVE.. tak paham.. cuti tanpa gaji. jadii memang berharap hanya SATU gaji sahaja. nak bagi makan ENAM org ahli kluarga.. empat daripadanya ANAK. memang kwajipan kan.

JADI kalau £££ tak masuk lagii cuba pikir apakah kami nak suruh anak berusia 2 tahun ini jangan makan.. atau makan sikit saja. tergamak kah kamu suruh anak kecil yg tak berdosa yg tak tahu masalah pentadbiran itu menanggung penderitaan atas kelalaian kamu melewatkan £££ kami masuk .. cuba bayangkan anak2 kecil kami ini adalah anak kamu.. apa kamu rasa.?? tiada naluri KEMANUSIAN dalam hati dan diri kamu, tiada kah??

luahan hati yang marah merah terbakar, bengang mennyala hingga keluar api .. sedey hingga nk keluar air mata pedih..

Thursday 14 October 2010

Masak dan makan

Salam,

Musim luruh yg sejok. sejuk hingga menggigil. mengeletaq dagu. mcm mandi air sejuk pagi2 kalau kat M'sia. tapi yg ni teruk lah. sejuk kering. kering merekah kulit. pedih tgn. genggam tgn rase keras. dh buh losen pon keras jgak tgn. kaki lak kebas mcm rendam kat air. bila dh kebas kaki nk suam kan kena duduk dekat ngan api. xde unggun api unggun api gas pon OK la.. bleh jgak. asalkan panas. masuk dlm microwave tak bole laa.. radiasi..hehe

ngadap api gas dapo hangatkan tangan sbb sejuk sambil perah otak macam perah kain nak tos kan air. sangat susah nak pikir perihal masak. hari2 pon problem yg sama. lauk ulang2 itu jugak. x adventure. x trill. mcm guna sikit je bhgian otak kalau msak yg senang..haha poyos ayat. tapi benar

anak2 mudah.com breakfast hari2 makan cereal bubuh fresh milk pon ok. xpe mereka suka enjoy dn berselera. DC suka mkanan berat2 .. bukan batu bukan pasir yg bersifat berat..tapi berat seperti nasi dan mee. apa2 menu yg depan ada words nasi dan mee dia balun dgn kadar banyak serta selera tak berbelah bagi ..ewah.. iya laaa. x caya tnya dia..

bunyi mcm senang dan mudah bila baca dlm bentuk perkataan dan bentuk ORDER SAJA.. bila bab nk buat berkerut dahi berkerut kening .. lama2 aku jadik tua sebelum waktunya.. xmo xmo..
masuk bab pembikinan tentulah aku pilih yg mudah.com lagi.. yg sempoi yg boleh campak2 sambil tgok tv. profesional chef pon x buat tau. yak tu nasi goreng. orag yg nak makan tak jemu. yang tukang buat masak ni naik jemu sampai aku sendri x makan pon. sebab JEMU. tu yg kisahnya aku cuba meng'color'kan nasik goweng tu.

bila nk trill kan masakan mula la nk prepare bahan kena buat TO DO list lah masuk dlm organizer otak. byak bahan maka panjang la listnya. tak boleh on the spot buat. kena pulak ada bahan ayam daging lah . kena defrost dulu potong2 kecik dulu. maka nya aku suka la memsediakan pd waktu mlm sebelumya. kalau lupa atau xde rencah ayam atau daging kosonglah masakan tersebut.

kalau dh byak TO DO list untuk buat breakfast tentu lah kadar kepenatan adalah tinggi. jadi percentage masak tengahari lewat juga adalah tinggi.. yuhuu..

masak tidaklah penat mana sangat. tapi penyediaan dan proses clearing yang leceh.

job list aku sekarang sempena anak2 skolah..

pagi pagi turun buat packed lunch mereka. untuk 3 orang. tidaklah hingga berpeluh tapi memerlukan kepantasan yg tinggi. makan di skolah memang boleh cumanya kena bayar tu yg tak mahu. sorang £2. kalau sorang atau anak tunggal xpe.. ini 3 orang udah £6. kena darab dengan 5 hari £30. dgn pound itu kami bole beli lauk utk seminggu tahu. itu baru seminggu .. kalau 4 minggu (sebulan) £120.. banyak kan
lunch mereka xlah susah sangat hanya roti, roti dan roti eh senang nya.. tidak semudah word roti itu.. byak step lain yg nk kena follow. eh ini arahan ape ni. ni namanya job spec. housewify pon ade job spec tau. lagi panjang dari keja opis. roti tu kena slice wif cheesee, kena ada lauk pulak fish fingger ke, sosej ke, slice meet ke, roti john taruk telo, tukar2 kalau tak mereka komplen .. bdak2 ni demand. dulu2 suka bekalkan dorang nasi goreng, mee goreng, apa2 yg berat tapi balik umah tak abis. kalau roti2 camtu licin pulak. owh kamu sume suka yg simple je yeh.. OK la. yey! mungkin sebab kawan2 kiri kanan bwak sandwich je. so ermmmm mereka pon terikut makan berciri roti.

lepas say bye n i love u kat depan pintu rumah mengiringi anak2 ke skolah barulah bole prepare b/fast utk ayahnya pulak. mula menung sana menung sini mikir nak masak apa..?

kalau malas malasan menu ..nasi goreng ulang 5 kali cuma tuka kaler.. haha.. kalau rajin rajinan menu mee kuah2, kuey tiaw, bihun goreng. indahnya kalau DC suka makan roti saja. tapi ermmmm dia tak suka tak suka..
order kat kedai memang best.. tapi bila kena godek senduk tiap hari x mis darab 365 hari setahun darab pulak 3 tahun mahu tak terkeluar otak nieh. adehhh...

ok .. boleh bersuraii..


Tuesday 12 October 2010

xtvt berbeskal

10/10/10 - eh chantek lah date ni ..

kami membakar kalori tepu dgn xtvt nek beskal ke Britain Lake lalu kat Canal.. lorong berbasikal sempit. kalau silap imbang boleh terhumban masuk sungai.

aku ? punya la berbelas tahun x nek basikal kayuh jauh2 .. mengah2 jantung ngepam darah.. huyoooo.. beskal lak cenonet. tmpat duduk tu pasal tuan yg nek tu BULAT sangat sampai menurun sndiri.. adoii.. longuh lutut ngayuh mcm bwak beskal menan.. udah le cycling trail dia bonjol bonjol .. ini boleh mendatangkan kecederaan.. tapi xpe syok woooo..

ni 2nd time pegi Lake tu.. nek beskal baru 1st time.. enjoy jugak. xde le letih jalan kaki. DC bwak Puteri, Hariz main tipu dorang naik bas.. memang le sampai dulu..

tapi bile balik GENG BASIKAL sampai dulu sebab bas lambat datang..ahahah.. yeayy!

what a fun day.. yeah..

sempat berpiknik piknik lagi.. ah aku kluar sejengkal pon mesti bwak bekalan. ye lo sejuk lapa manjang.. bukan aku. anak anak ni. paling cikai pon sekut milk digestive, cracker jacob (peberet Hariz sorang), roti slice coklat spread..

kalau la bole memasak kat sini .. best jgak kan.. bole masak mee goreng, nasik goreng.. bakar cheese cake ahakss.. melampau..

OTW nak balik tu.. Hazim dah terlanggar sorang Minah Saleh ni.. huyoooo punya la marah dia. xtau la nk salahkan sape. Hazim punya break tu OK cuma tgn dia blom kuat nak cengkam break tu. then basikal xleh brenti maka tereksiden la..Hazim jatuh terlentang. tayar depan Hazim kena kaki Omputeh tu sket. ape lagi marah, bebel high pitch la omputeh tu ..alaa lagipun dorang ni cakap biasa2 pon memang suara kuat. yang pelik nya nape la minah saleh ni tak ketepi mase budak2 ni nak lalu.. haishh

Hazim mcm SHOCK kena tengking ngan Minah Saleh tu. terus terdiam terkedu xtau nak kata apa. xceli dia takut kena marah ngan ayah n mama.. nak kata ape lagi tgok omputeh tu ngamuk2 kami just say SORRY then diam je.

bila jumpa playground kami rest kat kusi .. omputeh tadi lalu depan kitorang. agaknya dia nampak Hazim mcm masam sedih dan shock .. omputeh tu suruh anak dia say sumthing kat kami.. anak dia ckp mereka sekluarga mintak mahap sebab menengking Hazim sampai hazim terkejut dan terus Hazim jatuh. nak kata ape lagi.. just accept ur appologize and understand je la.. then senyum n babai.. bagus gak dorang ni mintak mahap kat Hazim. Hariz trus OK then pegi playground dah boleh main mcm xde pape berlaku. eh elok pulak ngko yea..

kalau weekend2 dok melagut kat rumah mula la emosi terganggu .. ingat femli kat M'sia la. ingat nak balik M'sia la. ingat Mak, ingat kluarga.. arhhhh bile masa terisi mcm ni . kan xde la nak touching2 sgt sunyi kat perantauan.. kan kan kan..

nx week ke mana ek??? tungguuu...

Monday 11 October 2010

Picnic kat Fassnidge

balik dari CBS tu JALAN KAKI.. ahahh jalan kaki ok nak bakar lemak nak xcercise tak tak.. sebab beli basikal xleh naik bas.. DC jalan kaki kesian.. aku naik basikal horeyyy ! eh dekat je lah naik basikal.. yela x penat sgt mcm jalan kaki.

ape laaa lumba ngan the bujang geng.. pon kalah.. dorang naik bas kami sampai dulu .. hahah ape laaa pe laaa.. siap balik umah dulu solat then datang balik..

lepakss kat Fassnidge Park sebab short cut dari jalan besar ke park tu. berlepakan laa kami.. makan2 nasik lemak yg sikit itu.. sandwich sardin yang banyak dan sedap cicah sambal nasi lemak.Thanks korang bwak sandwich. plus digestive coklet, cracker jacob dan mineral ..had fun la melepaks ketawa2 crita criti.. havock. siap solat kat park lagi mereka. mat saleh terpandang terpelik melihat uols solat kerana Allah dimana mana sahaja.


ini lah kami.. nmpak mcm senang je nk kumpul berENAM begini. kalau dh dtg park terlari sana sini nak kumpul kan setempat punyalah susah. terjerit sana terkerit sini .. semata nk amek gambo sefemli cenggini..

adult geng..

bile dah kepenatan .. jom balikkkkkk solat asar kat rumah then pekena cekodok bilis. n nescafe O. tengah lapa.. daun maple kering yg sedang berguguran sana sini akibat musim luruh celup tepung pon nmpak sedap.. :P


Hariz dan kisahnya

Salam,

Sabtu Ahad adalah hari2 dipenuhi dgn xtvt luar pintu atau outdoor. isnin slasa rabu kamis jemahat sudah dalam pintu maka ujung minggu xtvt luar pintu. Ate cuaca Allah kuraniakan chantek minggu ini. matahari bersinar. kalau cuaca chantek xtvt CBS pun rancak.

pagi tu mcm biasa gegas2 siap2 nk ke Car Boot. menu biasa Nasi Lemak isi full tank perut kami sekeluarga. 9 am gerak la ke bus stop tunggu bas 331. sampai bas stop....

tiba2 Hariz kata.. "Mama.. I need toilet. i want to Poo Poo.." alaamakkk.. dh nampak bas 331 depan mata. kalau bwak dia g toilet alamat kena tinggal la dgn bas ..hayokkk.. aku pon pujuk la Hariz.. tahan la kejap Hariz poo poo la kat Car Boot nanti. dia diam..

pe'el nas 331 ni kalau dh terlepas nk tunggu yg lain datang punya la lama 25 minit baru terhegeh hegeh sampai. udahla kuasa magnet nak g Carboot kuat.. tu yg naik jugak bas tu masa Hariz tgh merengek nak poo poo..

mase dlm bas di merengek lagi .. kali ni lagi dasyat rengek kuat. aku suruh dia duduk pon dia x mo.. aku gosok2 badan dia suruh dia tahan pon masih x berjaya. aku pujuk punya pujuk pon mcm dh tak lut. alahai ..

sampai je kat bas stop nak turun dia jerit lagi "i need toilet! i need toilet! aku pulak sabar sabar sabar sabar.. kecoh laaa pujuk dia sebab lagi 500 meter nak sampaikan ke toilet kat Carboot tu.. dia dah tak tahan agaknya.. menjerit jerit sambil nangis.. turun je jejantas aku tengok dia dah poo poo kat dalam seluar.. mujur lahhh pakai under pant .. yuck.. cemana nii .. tepi jalan highway bawah jejantas EMERGENCY kes harap di maafkan..

terciptalah keshah sejarah di situ..hahaha bernasib baik membawa wet tissue. hadoiiii terpaksa membuang underpant kat Bin. urghhh ampun la sape jumpa tu.. lepas dia menghabiskan sisa2 membuang hajat terpaksa menyamak guna wet tissue dulu. macam baby la kamu ni.. bergegas la ke toilet utk cuci balik. sampai carboot 1st thing kena beli sluar dulu..

xleh ingat smula MARAH pun ada.. KLAKAR pon ada.. macam macam la Hariz ni.. lengkali kluar la habiskan kat rumahhh nak oiii..

crite ini berunsur 5 years SX..ngeh ngeh ini cerita takde bau ok.. banyangkan aku dlm situasi itu.. adoyaiiiii

Friday 8 October 2010

Benjol

Salam,

tadi DC col kata cekgu skolah Hariz col dia kata yg Hariz benjol kepala sbb ade kawan terbaling sesuatu kat dahi dia.. eh korang paham ke citer aku ni . kalau x phm baca balikkk.. ahah..
DC lak kat Uni. so haku le yg kena hambek dia bwak balik umah. bila dlm keadaan terpaksa bole aje sepikang ngan cekgu dia..ahah slama ni punya laa xmo xmo xmo cakap .. xmo xmo tipon cekgu .. dasyat btol penakut tah peringkat bape tah.

sejak kelas english tu mcm rase konfiden sket la sket je .. nk cakap ckap english gitu kalau takkk ketattt je nak bukak mulot.. ayoookk.. pas2 tambah lak Hazim slalu betolkan aku punya english yg berterabor dan slalu betolkan aku punya pronounce yg suka men hentam je. yelooo engleshh Meleyu.. haha

bila dh amiek Hariz kat opis tgok dahi dia xde le terukk sangat.. elehhh cekgu dia ni MENGELABAH lebey.. takut le tu kami komplen tak tentu pasal. tahu la omputeh sini suka komplen mcm2. DC kata mase cekgu col tu mcm cemas jek bunyiknya. padahal org opis tu kata dia tak nangis pown. dorang risau tgok Hariz tak nangis.. eh eh x nangis risau. pelik gak .. apa apa la cekgu oiii..

cekgu kata dorang dh taruk ice kat pale dia soo susut le skit benjol dia tu.. bagus3


skian laporan Hariz yang benjol..

Wednesday 6 October 2010

Hi Hi Bye Bye

Salam,

5 ogos - pagi tu bangun awal siapkan packed lunch anak2 awal, kejut anak awal, buat breakfast awal, semua nya seawal yg mungkin SEBAB nak pegi Heathrow Airport ...buat ape?? meh aku citer

lepas hantar 3 hero kami ke skolah.. cepat2 kejar bas no 222 nk pegi hounslow Tube Station then naik tube ke Heathrow terminal 4. nak mengiringi pemergian ke tanah malaya Mis dan Fuad sekeluarga.

perkenalan bermula masa Jamuan Raya tahun 2009 tahun lepas. mase tu dorang baru seminggu sampai London. baru dpt rumah sewa dekat dgn Brunnel. Mis tanya skolah berdekatan utk hantar anak dia yg sulong ke skolah. walaupon dtg setahun rugi kalau tak hantar anak ke skolah kan. dlm mase setahun tu mcm2 bleh blaja. sekarang anak dia dh fluent sleng english british.. waaa..
sejak tu kami rapat. sebab dekat je ngan umah aku. bole pegi town centre sesama. hantar lauk, hantar kueh, ajak makan2 kat umah, tumpang letak anak, singgah2 borak, pegi pasar tani sesama, argghhhhh banyak laa memori tak terhitung dengan jari kaki. eh ..

bila tiba nak iring balik M'sia mcm sebak sebab lepas ni takde dah memori tu .. tinggal kenangan.. rasa macam baru semalam say HI.. tetiba 5/10 dah BYE BYE.. kejap btol mase berlalu. pantas betul.

apepon yg patah kan tumbuh berganti .. walau tak sama tapi tetap berganti. lepas ni aku ada Zed Diyana. Zed ada sorang anak Noah. Aku jgak ada Wieda, Izni, Fatin, Byron .. adik2 yg jadik tukang makan masak2 aku yg tah ape2 rase tu.

cam ni la hidup sebagai perantau.. teman silih berganti .. macam pas Baton. lari berganti .. mcm sukan pantas dan segera. mcm pepatah melayu Ikan di Laut. Asam di darat. dalam kuali bertemu jgak. gitu laa kena terima, redha dan lapang dada.


SELAMAT JALAN MIS... kenangan kita bersama tetap terpahat dihati.. sob sob sob...

Tuesday 5 October 2010

Raya dan Makan lagi..



Salam,

tajuk tak abis lagi pasal raya dan makan sebab setiap minggu ade jer jemputan VIP yg tak brape penting ni ke jamuan makan kengkawan. kengkawan sume baik hati dan mulia mensedekahkan pada kami sebagai musafir fi sabilillah .. semoga Allah s.w.t murahkan rezeki kpd mereka sume. amin. hebatsss...

minggu ni xde CBS :( .. tapi agenda makan fully booked. ewaahh best lah sabtu ahad sudah ade agenda. sabtu rumah Kak Hajah Norbayah n Abg Roslan dan Ahad rumah Abg Ibrahim n Kak Ani. kali ni nak citer pasal 2 rumah open house ni bukan pasal makan2 tapi pasal RUMAH dorang.. fuyooooooo marvelous chantekkkk.. modern english kontemporari simple ekslusif.. ape lagi words yg menggambarkan rumah dorang yeh.. tapi tu lah. mcm dlm majalah deco2. hebats. tapiii bukan rumah mereka ..but rumah LANDLORD

kalo korang yg berada kat M'sia tetiba terpijak duit dan buat tabung gajah utk jejak kaki ke England ni memang ralit la tgok rumah kat sini .. nampak macam sama tapi sebenar nya TAK SAMA. luar nmpak sama dorang kekalkan heritage traditional design tapi interior memang beza.


yg sedihnya masa kat umah kak Hajah aku tak bawak camera mahupon phone tu yg alaaaa sedih lah tak dpt nk share keasyikkan aku nengok rumah yg dia sewa tu. ade anak dia amik gamba tapi tah bile bleh dpt gamba tu. Rumah kat sini stylenya Garden dorang blakang rumah. depan hanya letak keta je simple. blakang wahh siap WOODEN SHED, Greenhouse, mini playground lagi. Sliding Door view kat Garden. kiranya Sliding Door tu mcm pintu blakang. depan sliding door dining table. kiranya makan ngadap view garden. best kan best lah. tengok gamba atas nih. kaburkanla pandangan kat model tu.. tgok view blakang rumah2 kat sini nampak sama kan..

Ahad tu rumah kak Ani pon best .. terpegun tgok interior sampai lambat je nak makan. rumah dia Penthouse moden sesangat moden. hingga ralit membelek kusi, meja, sofa. tapi dorang best rumah sponser fully furnish modern style. ye lo Station Manager MAS kat Heathrow. besh arr memang beshhh.. haaa kali ni ade bwak camera phone .. jom tgok..


ni kat Living dia.. rumah ni nmpak luas sebab Living, Dining, Breakfast Bar dan Kitchen semua TOGETHER.. hanya perabut yg pisahkan ruang2 tu. style mcm ni dh byak kat M'sia. cuma sronok tgok perabut moden dorang.. sluruh rumah floor board (lantai kayu).

ni kitchen cabinet nya.. sempoi dan moden..

ni balcony punya view.. kalau duduk je situ bole la jadik trafik kapal trobang. kalau ada cita2 nk jadik polis trafik kapal terbang bole laa nak training kat situ..haha..bertali arus kapal terbang lalu lalang...

sronok tgok interior rumah kat sini boleh cilok laa sket2 dorang punya idea. tapi bukan bleh pakai 100% yg mana compatible ngan cuacha m'sia bole laa tiru kan.

tu je nak citer..

Friday 1 October 2010

Aku BIZI

Salam,

stat 2day hingga diberitahu kelak aku akan bizi.. cehh boleh ramal masa depan. mcm teror ajek. ye betul. skang aku ada tetamu fr Malaysia, student Imperial College and family. ada tetamu harusla layan2 crita criti, umah mentain kemas .. nak control sopan lagi .. ahakss

tapi utk tak menghampakan peminat ..ecehh mcm atris stetmen..alorr aku tahu ade je yg bukak blog aku hari2 .. gian ke. aku akan COBA menyelitkan seminit dua mengarang karutan kat blog ni yeh. jgn giveup utk masuk tau.

dalam bizi2 ni ade gak jemputan open house tuuu weekend ni.. rase mcm kat M'sia je. lupa pulak aku terpelanting kat London. nnti kalo ade crita berskala tinggi voltage kuasa letrik aku citer la yeh. kalau biasa2 mendatar dan graph pown tak naik maksudnya paham2 je la yea..

yela maksudnya kalau stakat aku pegi makan amik lauk tambah lauk then duduk makan tu kan mendatarrr aje. kalo aku makan pinggan aku boleh terbang ke atau lauk2 dtg sendiri haaaa baru lah trill.. hehe..

susah gak nk buat citer trill dlm bentuk words tanpa gaya aksi cemas atau sedih tangisan atau memekkan muka. susah tau susah. lagi senang kalau live je kan trus citer dpt aku berdiri sambil berbuat gaya kuak lentang kuak bebas kuak rama2 siap penataan bunyi lagi .. kalau camtu baru meriah..kankankan..

ok lah chow chin chow..