Thursday 31 March 2011

Skillwise - Hakim

blog ni jarang cerita pasal Hakim. sebab dia dah besar. banyak buat hal sendiri. kali ni nak citer pasal dia.


walaupun Hakim keras tapi cepat lembut hati mudah menangis kalau aku mentazkirah dia. walaupun dia pembuli no 1 adik adik tapi dia penjaga amanah terbaik bila di suruh jaga adik. boleh harap la dalam beri tangung jawab. pandai pujuk adik adik kalau dorang nangis.

pagi tadi aku sangat marah. terlalu emo dengan dia. hingga membuat libasan sayang kat badan dia. andai Hakim besar dan boleh baca blog bahasa melayu mama dan faham apa yang mama buat semua untuk kebaikan kamu sayang. tiba tiba hati jadi sebak mengingatkan kesian dia kena rotan. tapi kena buat jugak.. untuk dia INGAT.

bukan sekali dua. berkali kali berhari hari balik skolah mama tengok Hakim tak makan langsung packed lunch yang mama buat pagi pagi. setiap hari jugak akan kata makan makan makan macamana nak belajar dengan baik kalau tak makan. sibuk dengan MAIN hingga taknak makan.

petang lepas balik skolah, marah aku dah reda. tergopoh bagitau yang dia dah habiskan packed lunch. see..... Hakim boleh sebenarnaya makan habis kan. bermula la babak nasihat dan pujian ke atas dia. waktu makan kita makan la. waktu main, main lah sepuasnya. waktu belajar awak kena concentrate. Hakim tak kesian ke dengan mama. pagi pagi buat kan packed lunch untuk kamu. tak kesian ke kat ayah yang pegi beli makanan untuk kamu.

sambil mintak maaf kat aku dia tunjuk ini...


aku pon WOW.. hebatnya anak mama ni. i'm proud of you. congratulations Hakim. mama tahu Hakim boleh buat. kan kan Hakim dah buktikan.. mama sayang kamu. ciuman sayang singgah kat pipi dia... membuatkan dia tersipu maluw. (menyengih je)

dia jugak dah pandai mengemas bilik. ajak adik adik kemas skali. ini betul punya kemas. whoaaa sapa kemas ni? Hakim dah tolong mama kemas bilik kitorang. siap masuk mainan semua dalam plastic box. PANDAI PUN.

pandai nak men'hensome jugak. keluar rumah mesti nak pakai jeans. baju tight in. kemas rambut kadang kadang bergel. tapi aku tengok masih ada taik mata. iskkkk kantoi tak mandi basuh muka tak bersih.. :D


Wednesday 30 March 2011

Jack Fish Grill serve with sour souce

ko baca tajuk menu skali imbas ala ala enggeris kacukan melayu punya menu.. alaaaa cuba ko translate menu menu omputeh ke dalam bahasa melayu. menu keMalaysia'an bunyiknya. macam orang kampung makan je. heee.


Jack Fish Grill serve with sour souce

duduk negara barat kena la tukau nama ikut english dish. eceh.. silap silap kalau aku makan ulam aku akan buh nama salad mix vege. kikiki.

padahal nama kemelayuan dia Ikan Cencaru Bakar cicah air asam jek makan dengan ulam timun ..wakaka.. konon international la.. pastu boleh feeling feeling restoren 5 bintang siap ada band live lagi lilin terpacak 2 batang. order siap siap dengan fresh oren. jangan lupa pacak slice limau kat cawan tinggi tu. nak kasik efek mahal letak payuk cinonet kat cawan ..hahaha jangan lupakan presentation fresh flower atas meja... mau £30-40 satu set dish. itulah harga persekitaran..

padahal kat umah ko buat camtu tak sampai £2 pon. dapat minum 1 jug lagi. tambah nasik 3 kali kau. siap bersila gaya bebas lagi. gigit tulang ikan crapp cruppp.. pastu BURPPPP alhamdulillah sambil goyang kaki cungkil gigi :P kalau restoren international boleh? mana maunya. protokol laa.. burp burpppp ni omputeh tak suka ok. RUDE. kentut takpe. aku pon tak paham. mungkin kentut angin kat belakang.. burpppp tu angin kat mulut..ekekeke.. eh apa ni merepek.


Tuesday 29 March 2011

Story Book Disney


weekend lepas macam biasa la acara Car Boot Sale.. selalunya aku akan beli baju baju anak anak.. lepas xde pilihan sangat baju anak anak baju mak bapak pulak. selang seli dengan buku. ye ye buku.. hoyeh. buku kat sini femes kat kat CB. bersepah sepah like surat kaba lama berlonggok. murah tak yah kata. meleleh saliva kau kalo dengar. kadang kadang kami dapat free je. sebab dorang tengok aku ramai anak kot. pastu budak budak ni kalau jumpa booth jual buku mula belek telek nak baca sikit. pastu tukang jual tu kesian dia bagi je lah. best kan. itu kadang kadang je la.. selalu beli

omputeh sini hebat menjaga baju baju, reta benda mainan apatah lagi buku. mak oiii baru lagi kau buku dorang jual. ada tu still dalam kotak. macam tak penah berbaca baru nya. gila ah. ke dorang ni main intai intai je baca buku. dah boring baca jual. buku tu bukan biasa biasa. brand jugak. macam ni haaaa..

masyaAllah takde calar balar langsung. buku disney woi... hard cover plak tu. mahal kan ni kalau kat Malaysia. Syarikat Grolier yang kluarkan. sapa kat Malaysia yang rajin beli buku grolier yang super duper mahal tu tahu lah rega dia. kualiti cantek dan menarik minat budak budak baca. colourful ketas tebal. ni aku beli ni masih baru ni. siap dengan rak lagi...

tapi kadang kadang dorang ni dapat hadiah krismas. tak suka jual la. tu yang nampak masih baru. kalau yang buat koleksi memang gila la. aku tak la sampai buat koleksi. nak baca beli la. tak selalu beli sebab kat skolah tiap minggu anak anak pinjam library book yang best best jugak. sini kan terkenal hebat budaya membaca dorang. Malaysia terkenal budaya apa ? budaya makan sampai meletop perut..:D


pastu susun camni .. comel je. kami banyak jugak beli tapi macam biasalah sampai kat tangan anak anak yang super duper aktif hampir lunyai buku tu. mana tak lunyai dorang bawak kulu kilir. yang kat gamba ni masih baru soo bole la buat tayangan perdana. sok lusa kalau dah takde rupa buka kita bungkus nasi lemak je la. hahahaha.. caya tak caya tak £3 satu set ni. ! eh eh jangan lupa darab 5. ini kira mahal ni. ada orang lain boleh dapat 20p sebuah. tapi kan kan kalau ada orang Malaysia jual ni memang mahal sebab kau paham la orang meniaga nak untung. modal korban masa beli lagi. nak pilih tu bukan senang, kena pilih yang terbaik. makan masa makan penat. pastu kos pos sini mahal gila. buku dah lah berat kelo kelonya. nak pack lagi. pastu nak pos ke rumah ngko lagi. kos pengurusan wakil Malaysia lagi. soo tak heran la mahallll..



Monday 28 March 2011

Perubahan Masa Musim Panas British

pagi tadi 6.30 pagi tadi berdenyut denyut bunyik jam alarm 7.30 pagi tanda anak anak kena bersiap ke skolah. aik pesal 6.30 pagi dah memekak jam nih. DC bangun tengok jam henpon lain jam manual lain waktu..

SAHHHH.....ANJAKAN waktu malam tadi dah start dahh..

digital jam memang OTOMATIK BERTUKARRR

korang tahu tak kat Britain ni ada masa masanya akan KURANG sejam dan LEBIH sejam. sooo 12 tengahmalam tadi sebenarnya telah di ANJAK ke pukul 1 pagi. ini bermakna beza Malaysia dengan UK adalah TUJUH jam. kira kira sendiri .. ni asyik la tanya pukul berapa sekarang..

tapi betul jugak. tak duduk sini tak ada kesah pon kan beza bapa jam pon. lantak lah. bila aku dah terpelanting kat UK ni barulah tahu cemana beza lah. anjak masa sejam lah. undur masa sejam lah. buat pening pening lebah je lah. hish

bye bye winter time.. hi hi summer time.. yee haaa!!!

ini dinamakan greenwich time BERTUKARRRR.. tak paham ? xpe pegi tanya cikgu geografi lah.

soo ingat ehh TUJUH JAM beza .. TUJUH yeh..

Sunday 27 March 2011

ketayap lusuh

pada satu petang yang hening.. cewah.. (sini tiap petang hening. berangin dan mendayu dayu.) Hazim meluahkan perasaan ..

Hazim : Mama, Hazim want to eat the green roll with the cocunut in there ..

Mama : Apa tu ?

Hazim : alaaa that kueh yang dulu mama selalu buat.. i like it so much.. green roll

Mama : huh? ouhhh kuih ketayap

Hazim : apa tu ketayaaaaafff..

Mama : kueh ketayap lah.. KETAYAP..

hahahhaha kesian anak aku mendescribe kueh Malaysia hingga detail sekali. punya lah tak tahu nama nya. bila kasik tahu nama susah pulak nak nyebutnya dengan lidah english sebati. tergeliat lidah dia aku suruh ulang ulang cakap ketayapp. ketayapp...

pandai jugak rasa rindu dengan kueh Malaysia yea. punya lama aku tak buat. last skali buat masa bulan puasa ritu. haihhh malas sebenarnya nak buat. sebab macam remeh dan akan kejang kaki kat dapo dok buat goreng kulit. nak menggulung lagi laa

akhirnya aku pon approve kan request dia yang dah 3-4 hari berzikir kat telinga ni. kena amik masa jugak nak approve ni. tengok bahan dulu. mana tak cukup kena pi carik stok dulu. setelah di recommended oleh masa yang terluang baru lah boleh mula ini projek. demi suara hati anak yang mungkin rindu nak makan. sama lah macam tekak kita jugak kan kadang kadang teringin nak makan itu ini. ni lah natijahnya.. kat mesia dulu haaa nak kueh tu singgit nak kueh ni singgit. nak yang sana tu skali yeh singgit. kat sini.. mana ? mana? jenuh lah ketuk kuali weh..



penuh kesabaran betu la kan buat kueh ni. susah. mencabar lah bagi aku. buat inti tu takde hal sangat. kelapa kering masak dengan air gula merah dan tambah gula je. petik jari kaki .. cewah.. tapiiiiiii bab buat kulit tu HADOIII.. bancuh bahan blender siap dah. nak goreng? api pelahan tak bole lama tak boleh kejap. lama sangat hangus. kejap sangat kulit jadik lembik. GRRR.. tungguuuu masak serata. aku ni jenis orang tak sabar. tak boleh nak tunggu lama lama depan kuali. berasap muka dengan telinga skali kuar asap. dah angkat kulit bab gulung pulak terkial kial. ce ko bayang mana lah kaki aku tak kejanggg..



siap je gulung letak dalam pinggan.. macam kena sambar dengan helang.. HILANG terus. di ngap oleh Hakim Hazim Hariz Puteri. aik ? laju nya korang ni makan. kalo camni tak aci lah. mama tak dan nak ngap.. dah dah STOP dulu. mama nak kumpul nak posingkan kat blog ..muahahaaa..



walaupun rupa paras ketayap ni lusuh lesu tak bermaya mungkin kepenatan tukang buatnya barangkali. (aik? ada kena mengena ke?) namun rasa nya tetap memikat kolbu. masa goreng ni mula la terbayang cemana penatnya orang yang menjual kueh ni kan. buat banyak jenis plak tu. eh dorang xpert la kan. aku amatur. amatur yang setahun 2/3 kali buat .. ekeke. tu pon banyak nau membebel. ni baru buat untuk femli makan. cemana lah aku nak buat untuk sekampung melayu uxbridge makan agaknya. mahu tercabut tempurung lutut ni haa.. faktor usia gamaknya.

korang kat Malaysia ... BERSYUKUR ramai orang jual kueh yang susah buat macam ni. moralnya beli lah kueh yang susah dibuat.. yang senang buat.. ermmmm BUAT SENDIRI.. tahu?

Thursday 24 March 2011

Packed Lunch Anak2

dah dah lah citer besday women. lebih lebih citer sampai 2 entry.. ok ok aku nak story pasal makan makan. bukan makan kat umah tapi makan kat skolah anak anak.

kat sini serba serbi mahal. rumah sewa mahal. makan mahal. kami bukan dapat elaun sebanyak nilai gaji kat Malaysia. kalau dapat £4K/£5K sebulan takpe lah kan. yang mana boleh jimat kita jimat laa. mana mana yang boleh cut cost kita cut lah. macam menteri kewangan yang mentadbir kewangan negara. sama lah kalau berkeluarga ni. bujang lain la.. ikut tekak sendiri la kan. agak agak duit kering boleh je tahan tahan tak makan kan kan.. kalo orang tanya boleh kata diet. padahal tinggal syiling je kat purse.

weekdays tengahari mereka lunch kat skolah. kan kan kan penah aku citer entry yang lepas kami skang berada di kandang kambing soooo sedang mengembek la ni.. anak anak terpaksa makan sandwich kat skolah. sume kengkawan makan sandwich takkan kau sorang nak makan nasik lauk masak lomak cili api. tak ke pelik bin hairan kengkawan dorang nanti. habis di interbiu nya anak anak aku suruh cerita apa dorang makan. bau nasik dan lauk pauk kan kuat. tambah plak bila musim sejuk bekal yang dibawak untuk makan tengahari dah sejuk bedi kakuu je.

ada, ada kat skolah ada sediakan makan. HOT DINER ! boleh je nak makan amik set hot diner tu. sedapp. memang dorang suka lah sangat. sebab hot .. tak semua la. amik set Vegetarian dan Fish je. duduk sini kami anggap darurat. Tawakkal tu alaAllah. yakin! tidak sampai pikir bekas makan babi ke hapa ke. (skolah selalu takde hidang babi OK, selalu ayam daging tak halal je laa) TAPIIIII itu kalau dalam keadaan TERPAKSA.. terpaksa contohnya aku dah nyawa nyawa ikan sakit tak larat nak buat bekal. atau jaga anak sakit merengek belah malam soo besoknya terbangun lambat tak sempat nak buat bekal. selagi boleh elak kami elak la. memang hari hari bawak Lunch Packed. harga £2 sorang. kalau anak sorang bole lagi la. anak TIGA dah kena £6 sehari. darab seminggu £30. darab sebulan £90. sedangkan kalau bawak bekal tak de lah nilai sebanyak tuu.


ni BEG Packed Lunch
Hakim (tema Dr Who), Hazim (tema Football) Hariz (tema Ben10)

tengok dalam dia.. ni Hariz punya..
Sandwich Tuna with Slice Cheese, Banana, Yogurt Strowberry and Tea


kanan skali Hazim punya cuma beza buah Grape je. slalu pisang. kadang kadang epal sebiji.
kebetulan ada stok grape. Hakim punya sama ngan Hariz beza air masak.

bekal selalu aku tukar tuka lah.. kita yg tua pon tahu jemu. apa lagi budak kan .. aku bekalkan..

Main menu :

Fish Finger Sandwich (grill fish finger taruk cheese slice)
Roti Sausage (roti panjang letak sosej dalam nya)
Tuna Chunk gaul Mayonis Sandwich)
Roti John (lekatkan telur dadar kat roti letak mayonis dan tomato sos)
Spagetti Bolognise (ni kalau extra aku rajin)
Spagetti goreng (spagetthi goreng gaya mee)
Pasta Goreng (ni pun kalau double extra rajin)
Burger Daging/Ayam (cekgu tak kasik bawak selalu err sebab makanan tak sihat katanya)

Buah :
Pisang (selalunya)
Apple (kadang kadang)
Grape (Hazim je suka)

Dessert :
Yogurt Stobery
Yogurt Apricot
Yogurt Rasberry


Drink :
Air masak (selalunya)
Tea (Hariz je)
Capri-Sun Fruit Juice Blackcurent/Orange (kadang kadang
Yazoo Coklat/Banana/Stoberi saiz kecik (kadang kadang) yg kat gambo ni saiz besar.

apa apa jenis kacang dan cokelat TAK BOLEH bawa ke skolah. tak sihat teacher tegur. ;). kacang pulak sebab allergic. kat skolah sini yang bagusnya dorang tak bagi budak budak ni makan junk food ke. semua kena healty. skolah anak anak ni dah dapat award skolah terbaik sebab sedia dan paksa student makan healty food. buah buahan wajib bawak. kat skolah ada jual epal 15p sebiji. kadang kadang Hakim dapat free je.

cuba ko cek kat skolah kat Malaysia tu kantin sedia makanan apa. healty tak. banyak jual kueh, kopok lekor, sosej apa lagi ek?? budak budak ni kalau ada pilihan. kalau kat depan dia ada cekedis (crips), itu jugak dia akan buat makan untuk lunch, diner. bagi hari hari pon takpe. grrrr.. aku paksa paksa dia makan buah sampai nangis nangis. huh! geram. kalau ada sayur siap kuis kuis punya lah tanak. kadang kadang suap sorok dalam nasik bila makan dia rasa ada sayur muka kelat je.

tengok anak omputeh tu slumber je makan carot stick, pelbagai salad mentah mentah, makan timun macam makan keropok. suka nya tengok. kalau aku ulam la paling marvelous. alamak lama nya tak makan ulam. ulam campur tu. mak buat sedap. kami panggil urab.


ni bukan menu lunch box dorang. ni nama dia BENJO express :P aku yang makan. santapan bekpes dikala buntu tatau nak makan apa akak malas masak.. roti burger takde dalam stok. roti slice pon blasah je la asalkan bole ada rasa benjo. rupa tak penting sangat asalkan rasa ada bagusss.. hihi

Wednesday 23 March 2011

sambut ala kadar

sempena hari tua mama lagi setahun hari ni.. tetiba.. pagi tadi ayah berkata

DC : meh abang buatkan kek untuk sayang..

aku : hah? betul ke ni?

DC : iya.. (sambil cek resepi internet terus masuk dapo keletang keletung)

aku : OK OK ..

lepas sejam ...

TADAAAAAA


whoa whoa.. kek cekelat.. hamboi kemain siap topping coklat masakan lagi kau.. haha.. comel la abang ni.. sayang dia..

sedap ok kek ni. walaupon presentation nya xde la sechantek macam chef handalan yang buat. tapi sebab di buat dari hati.. maka sedap nya berganda.. WOW! ko tak caya ke dia buat.. serius weh memang dia buat..

memang dia yang mix the mixer. dia tuang dalam loyang. dia bakar. aku ? tolong tengok je la. kan aku birthday women arini soo kena jadik MADAM.. haha.. eh tak lah aku tukang carik barang tersembunyi. mana tak nya.. "sayang mana mixer. sayang mana vanila esen. loyang bulan ni mana letak" heh terpekik pekik manggil aku carik barang tak jumpa. sooo aku kena skali la tolong buat.. aku tukang sukat sukat timbang kati.. ejas api. topping tu aku yang mekap kan.. hihi.. hasilnya serius SEDAP.

dah tengahari tu .. dia amik Hariz terus pi beli ayam.. skali lagi tetiba "takpe takpe sayang rehat .. biar abang masak.." fulamak full servis ni.. "nak masak apa tu?" aku tanya. "nasi ayam" cewahhhh ok ok cepat skit eh.. madam lapa ni.. kahkahkah.. hari special bergurau dimaafkan.. ehe

sejam lepas tu .. ok jom makannn...


alaaa tak nampak pulak ayam bakar salut madu. ceehhhh macam nasi ayam hainan kat gerai taman melawati lah.. delicious. Puteri pon kata "nak lagi nak lagi nasyik ciken".

sebelum makan tu Hakim panggil mama "i want to show and give you something" .. "apa dia" .. "this is for you"

waaaa.. suwet nya anak bujang aku. DC kata dia beli dan pilih sendiri pakai duit 'chore' dia kumpul yang kami bagi. ahhh terharunya mama !

Hakim siap tulis..

anak lelaki jarang nak buat benda benda macam ni. selalu aku dengar kawan kawan yang ada anak perempuan yang rajin bagi kad kat mak dorang. nampaknya Hakim dah ada perasaan nak buat mama rasa happy dan tersenyum ..:)) lagipun kat skolah rajin buat event dan bagi kad kad ni.

so hari ni mama punya perut full servis kenyang luarbiasa. kami sekeluarga sambut ala kadar je. tu pon dah BEST dah.. apesal la birthday setahun skali eh.. kalau tiap bulan kan best.. kikiki...

33

hari ni BIRTHDAY AKU! hah? bufday. dah tua macam tak layak sebut bezday bezzday bagai. kalau baby kecik sampai remaja sesuai la ber Birthday kan.. elok di panggil hari tua lagi setahun.. ngahahahhaa..

banyak betul tahunnya tu sampai 33.. tapi serius macam tak rasa 33 ah.. rasa 23 lah..:P alah apa sangat beza 23 dengan 33 tu.. masa umo aku 23 pon aku dah ade anak satu.. kiki..

OK la hari ni aku baik hati nak citer pasal aku lah..


33 tahun lepas aku lahir kat kolumpo. aku orang KL beb. haih xde la hebat sangat org keyell.. :P bukan duduk rumah banglo besau macam orang kaya kaya pong.. aku lahir kat rumah. rumah mak aku dulu kat setinggan. aku anak setinggan tau. aku tak malu tau kata aku duduk setinggan. dah itu memang kehidupan mak dan arwah abah beri. aku redha la kan. family orang biasa biasa. tapi skang rumah tu dah runtuh. oh sooo sad :( .. kawasan rumah tu dah buat highway. highway DUKE.

bilik mak lahirkan aku tu jugak bilik pengantin masa aku kawin. whoaaa hebat tak. mak dan arwah abah duduk situ hampir 30 tahun. kira senior la. aku anak ke empat.. ada 2 adik. sorang lelaki sorang pompuan. tapiii mak, arwah abah, abang2 ngan kakak aku panggil aku ADIK. ceh macam kanak2 panggil adik. aku pon tak pasti sebab apa? adik aku dengki sebab dia adik pon org tak pangil adik. eh bukan aku yg panggil dorang yg panggil. aku nyahut je.. susah nak kikis..

aku skolah pon biasa biasa je. skolah kebangsaan sentul tu haaa.. takde brand pon skolah aku. skolah menengah skolah Menengah Bandar Baru Sentul sanun. takde MRSM ke takde Convent bukit Nenas ke. tak ada.. skolah biasaaa jeee.. masa nak masuk tingkatan 4 aku dapat skolah teknik. teknik kat pahang.. tak dapat asrama sebab penuh. sapa nak bagi aku tumpang rumah orang. lagipon takde sedara mara sana. akhirnya tolak. aku kecewa jugak. apa nak buat.. terima je la.. kat sini penah jugak borak ngan seseorang. dia citer latar blakang dia. dia skolah convent bukit nenas. pastu dia tanya aku mrsm mana? hah..? tak tak saya skolah biasa..BIASAA je. terus aku blah. eh aku tak tanya pon dia skolah mana dulu. !

walaupun aku budak KL. aku budak KL yang baik. cewah.. baik maksud aku tak la pegi clubing clubbing tu. memang tak penah tau. abah garang. spot cek. kalau nak pegi paling jauh pon kotaraya sana pegi ngan kakak aku. sogo pertama komplek tu boleh la. balik lewat petang pon dah menggigil dah. penah jugak kena bantai sebab balik tuisyen sampai nak dekat maghrib.. huhuhu

remaja remaja dulu ramai pilihan boyfreng.. ramai? tak la tak. idok le sampai bersusun. banyak kisah suka duka berchenta ni. haha tapi terbukak hati pulak terima lamaran jejaka yang hampir pupus di dunia.. DC la sapa lagi.. suami aku. macam tak biasa nak bahasakan suami ke hubby ke aku selesa panggil DC je. susah woo dia nak dapatkan hati aku. eceh. tapi dengan dia aku panggil 'abang'. aku nak panggil 'sayang' tak bagi pulak. gelis katanya.. wakaka.. eh eh ni citer pasal dia ke pasal aku ni..

dah la dah la citer pasal aku..tak menarik pon citer pasal aku. sebab kan aku biasa biasa je.

eh jap bila kata Birthday ni.. sure terbayang hadiah punya. HAHAH takde hadiah ok.. aku ngan DC tak la beriya iya kena atau wajib celebrate ke hapa ke. kalau ade benda nak bagi takyah tunggu besday ke apa ke. bagi jelah bila dah beli kan kan. sooo. birtday berlalu macam hari hari hari biasa.. pegi keja balik keja.. kena hari sabtu ahad pegi la makan makan je. paling cikai pon KFC sana. takde makan special candle light dinner ke apa ke. memang takde ok .. macam hambar bunyiknya..

tapi tadi tengah makan DC cakap kat anak anak ..

DC : nak tahu tak ... besok birthday mama!!

Hariz : wow ! mama nak hadiah?

aku : ye la .. nak mana hadiah mama?

Hakim : Hakim nak bagi mama hadiah..

Hazim : Hakim nak bagi apa?

Hakim : mana boleh bagitahu Hazim

Hazim : awak tak boleh bagitahu mama tapi awak boleh bagitau Hazim..

aku : hahahahaa

DC : oleh sebab kita kena berjimat cermat .. kita anggap ...

DISNEYLAND, PARIS, BRUSSELS DAN AMSTERDAM
adalah
HADIAH UNTUK MAMA!!!!

aku : senyum senyum je la..

dalam hati .. kalau kebetulan abang beli senduk .. sooo jadikkan lah senduk tu hadiah mama.. TAPI ditakdirkan kita plan nak ke tempat tempat tu sooo KEBETULAN jugak hadiah buat mama.. hahahahaha

ALHAMDULILLAH
ALLAH S.W.T PANJANGKAN UMUR AKU LAGI SETAHUN.

Tuesday 22 March 2011

murahnya la hai..

pagi pagi breakfast loti canai instant.. roti canai segera tampal telo lagi kau. kodai takde terpaksa aku jadik mamak jap menggoreng roti canai. cicah kuah kari 4 hari lepas. apa? 4 hari lepas? heh ngko ingat kat mamak tu dorang buat pagi morning ke.. ntah2 seminggu punya kari.. kehkehkeh.. kari takpe kan.. panas kan je la tiap hari. elok slagi masih ada rasa kari boley aja makan si.. :P

nak pi hantaq anak2 daro tu balik hostel kami nyinggah dulu CarBoot Sale cinonet. kecik je sebab dalam dewan.. kat Greenway. aku suka jugak kalau dah boring2 pegi CB situ. situ pilihan barang taklah sebanyak kat CB Denham. tapi orang2 yang jual tu muka kaya lah. apa kena mengena ngan muka kaya. ye la orang kaya ni slalu barang dia suka beli kat kedai banyak banyak bila anak dia dah besar dia jual semua sebab tak mau simpan dah. bila nak jual je dorang jual murah murah pasai nak kasik clear rumah cepat cepat. murah macam nak nangis lah dengar.

oleh syebab Supi .. adik aku tengah prenent sekarang ni.. sooo aku pon amek kesempatan lah nyoping baju untuk anak dia.

rompers baby untuk 3-6 bulan (6 helai)

t-shirt baby 3-6 months (7 helai)

mula mula tanya dia kata "you can have it 20p per piece" huh? ohhh ok .. aku buat muka senyum simpul.. apa lagiii.. macam mengorek khazanah harta karun lah aku buat.. pillih yang cantek cantek dan yang nampak macam masih BARU.. habis pilih kasik dia kira.. "ok £2 for all these" aik? maknanya 14 helai termasuk t-shirt pink puteri selai (gamba bawah) hanya £2. soo selai kurang 20p tau.. err 14p nearly 10p. kalau duit Malaysia pon baru 70sen. gila ah. mana ade baju kat mesia jual 70 sen.

tengok gamba atas.. jeans selai (3-6 months) dan jumpers ala cardigan untuk Puteri dia kira £1 je. whoaa.. maksudnya selai 30p wehhh.. gila ahh.. kalau korang pegang telek belek macam tak nampak beza ngan NEW yang kat kedai rega £7-8. tupon kalau ada sale..

jumper ni sebab comel sangat tak tahan beli jugak walau mahal £1.50..
singgit lima posen pon kata mahal.. hahaha..
beli carboot kalau jual singgit pon aku kata mahal.

kalau kat CBS biasanya aku bincang ngan DC cakap melayu omputeh tak paham.. boleh cakap sukati sukati. kutuk dorang la.. kata mahal la.. words 'pound' pon aku tak sebut.. main cakap singgit dua hengget.. padahal 1 pound 2 pound..:P


2 bijik bantal ni aku beli jugak. 1 biji £1.. mana nak dapat. bantal tu xde la heran sangat. dah banyak kat umah. tapi cover dia tu macam menarik je. terus amik la tak tunggu lagi.

bawak Hariz dan Puteri ada je cukai.. cukai mainan la apa lagi. slagi tak dapat tak brenti nangis. Hariz sibuk dengan buku Ben10 dia. peminat tegar Ben10.

tu lah sebabnya aku tidak menyoping kat kedai. itu lah SEBAB.

tapi tu lah.. anak EMPAT.. kang nak carik baju Hakim, pilih seluar Hazim, cek saiz baju Hariz, mengais Puteri punya fesyen baju. aku punya lagi.. DC punya set set texado lagi. tu baru crita pilih belek telek pasal sluar baju. belum slipar sandle ke. mainan untuk anak berempat ni.. whoa whoaa tak sempat nak tengok untuk orang lain. kaki dah lenguh pusing pusing. tu lom citer nak hangkot lagi.. merah tangan. modal cash kat tangan ciput kena hati hati carik murah dan masih elok dan yang penting nampak baru..

Monday 21 March 2011

releks @ park



pagi sabtu yang dah masuk tenghari (19 mac 2011) plan plan pi piknik kat Park ngan The Bujang geng. tetiba Yus col kata nak join 10 kaki. haaaa apa lagi terjadiklah rombongan makcik pidah ke park. ah bukannya jawoh pon. sepelaung je pon. ni gara gara gamba lepak bersama Daffodils telah menGODA dorang untuk pegi sanun.

alololo comeinya anak mama sume ni..:P
psttttt tudung hitam dan tudung putih yang duduk tu masih single.. ececece

lepas penuhkan tangki perut dengan brunch nasik lemak sambil menunggu geng bujang sampai. aku ngan yus main mekap mekap. conteng conteng muka dorang. dengan muka Natasya dan Irdina sekali aku conteng. Irdina yang sebaya Puteri senyap je kena mekap. lebih lebih lagi bila soh pejam mata nak pakai eye shadow.. wah kemain suka.. aku selalu je buat keja gila pakai mekap ni. ;)

anak anak berTUJUH (4 anak aku 3 anak yus) bersakan sakan lah main playground. main beskal yang dah jadik jeruk selama 3/4 bulan. last main masa Autum ritu. lepas tu kami kuburkan kat garden belakang. ni dah masuk spring korek balik kubur.

kami mak mak dara dan anak anak dara lepak borak borak story morry sambil memakan sandwich tuna made by anak anak daro. SEDAP. asyik sangat dok bercerita macam tak cukup mulut sambil goyang tempat duduk menan kat park tu. sampai tergolek telentang aku. buat malu jek :P



eh eh macam sebaya la kita sume kan kan.. walaupon beza aku ngan dorang 13 tahun kau.. aku no hal punya boleh masyuk line. nampak muda lah ai..:P

kepenatan memasing sampai ada yang terZZZZZ.. pekena mee goreng. lepas yus balik kami sambung xtvt tengok movie Mantera sampai tah pukul bapa gaknya dorang tido.. aku dah hanyuttt..

besok tu xtvt favourite.. CAR BOOT. carboot kecik je kat Greenway. dalam dewan. tapi syiok jugak.. murah selai baju baby 10p.. sama dengan 50sen !!. ada ke rega baju kat mesia 50 sen weiiii..??? besok aku citer ehhh....DAAAA

marilah gamba bercerita pula....

dua budak genit sesat di taman bunga
Irdina dan Puteri

ni apa kes??? uhuk (jgn mara haaa)

wahhhh ini taman kamu worang yang punya yea..

ni ada artis korea sesat kat uxbridge
Natasya

ni pon ala ala plakon korea. tapi watak mak laa.. kekeke..
Birthday Mom hari tersebut 19 Mac 2011!!
Hepi Besday Yus...

ni pelakon tambahan citer korea.. kihkihkih..
kiri : Fatin, Izni, Wieda, Yus








Sunday 20 March 2011

togel sudahhh



sebenarnya nak story mory lepak dengan daffodils lagi kat padang bola terus menginjak ke Fassinage Park bawak mak budak anak anak budak main playground. lepak bersama Yus and Femli serta The Bujang geng.. tapi gamba yg save kat laptop mengong tu stuck plak. soo story besok besok je lah..

soo rini.. aku nak citer pasal kekanda lah. bukan kakak nda. tapi suaminda.. sejak datang sini muka suci je ala ala mamat smart nerd yang baru lepas kena bambu ngan cikgi disiplin. bila dah duduk sini dah BERTUKAR menjadi ayah rocker yang ganas. penampilan je la.. watak mentain lemah lembut, budi bahasa, rajin jaga anak, hantar anak2 skolah, buat susu anak memalam. kalau ada markah bab ni dah boleh dah dapat 95% lagi 5% kena tolak sebab buat susu slalu tumpah. kiki..

penampilan aku citer ni BAB RAMBUT je. dua tahun wehh .. dua tahun tak penah gunting rambut walau seinci. whoaaaa.. tekun sangat lah menjaga tu. hingga pada satu hari (banyak hari sebenarnya) dia merungut sendiri..

"yanggg, abang nak potong rambut lah"

aku "aik!! pesal plak. dulu dulu sibuk kata takmau lah, sayang lah, nak simpan lah, biar balik Malaysia sok orang terkejut tengok rambut abang lah, ni la nilai reserch abang la.. napaa? dah penat keeee?"

dia "a'ah tengok lah ni kusut sampai tak boleh nak sikat..." (sambil aku telek kusut yang tersimpul mati tu)

aku "hahahahahahaaaa... haaa bagus lah tu. eh betul ke ni?"

dia "betul ni abang serius"

see dah tak larat dah nak bela bela rambut ikat mengurai kembang sana sini. sampai nak tengok muka sendiri pon tak nampak.. wakakaka..

petang sabtu tu lepas balik dari piknik kat park dia pon dah mintak tolong Byron mencantas rambut Hakim Hazim Hariz yang dah macam pelakon korea. stail tutup tutup dahi rambut cucuk mata tuuu.. rimas aku. pelik sini .. teacher skolah tak penah suruh budak2 ni potong rambut. tu yang kat skolah macam macam pesen rambut ala ala American. takde hal ehwal disiplin dorang ni.. bebas sesangat. haku plak yang sibuk sibuk soh dorang potong rambut sebab macam mengacau bila nak buat keja skolah. rambut masuk mata mana nak nampak tulis apa kat buku..eiiii..

tu rambut budak2 yang lurus. ce ko bayang rambut yang ala negro.. mengerbang je aku tengok. budak2 pompuan slumber je tak ikat rambut. aksesori rambut kemain colourful lagi kau.. huyo. kat Malaysia tak dapek dooo buat camtu.

selesai mencantas rambut Hakim Hazim Hariz... DC pon besedia untuk di cantas dengan kadar TOGEL..ekeke.. Byron banyak kali tanya "betul ke Sir? nak potong pendek terus ke?" DC yakin je jawabb "IYA iya napa tak percaya"



ni gambau BEFORE..





jom tengok video ni ...




*
*
*
*
*
*
*
*
* * *
***
*




dan


alaaaa... dah tak macam HUSINNNNN HUSINNNNN..
ini dah macam Awie masa jaman skolah..
zaman filem Sembilu. berchenta ngan Wati...ekekkeke :P

tarikh ni harus di rekodkan .. ni dah kira 'hari ini dalam sejarah laa"

19 MAC 2011 - hari mentogel rambut 2 tahun simpan.

eh panjang lak tajuk..HAHAHA

bila dah cantas ni .. LAPANG la pemandangan yea.. hihi.. takde la berebut getah rambut ngan aku lagi..ahaha.. ringan kepala sure banyak idea nak nulis thesis.

petang tadi lepas main PS2..hah! main PS2?? release tension katanya.. sibuk meraba raba rambut yang dah tinggal kubur.. meraba gaya nak ngikat .. boleh lak kata "eh lupa pulak dah potong" aku bantai gelak..

Thursday 17 March 2011

lepak dengan Daffodils

yeay!! dah SPRING.. musim bunga best wooo. bleh tengok macam macam jenis bunga kat sini. roses bersepah sepah depan umah orang. memasing berlumba lumba nanam bunga ros. kitorang tukang belek. puji puji la depan tuan punya bunga tu. nanti dapat lah sekuntum dua.. :P. tapi kena hati hati jugak bukan semua mat saleh suka laman dorang di telek dan di snap gambo. kalo dapat yang jeling je kita cecepat cabutttt.. sini sensitif lah amik gamba sesuka hati depan umah orang. kalau kat park kau posing ala maut tertungging terbalik takde sapa nak tego. cuma dorang pelik dan senyum kambing je la. hoiii kami ni pelancong laaa..


SUBHANALLAH.. telek bunga ni tenang je jiwa. tengok benda cantik. tak jumpa lagi bunga yang tak cantik. bunga lalang tu pon cantik. kalau nak anak cantik letak la nama bunga. nak panggil pon best je.. BUNGAAAA.. eh ingat takde ke.. anak sepupu aku nama bunga. tak la B.U.N.G.A tapi Naurah maksudnya bunga.. :) alangkan bunga taik ayam tu pon cantek jugak walau pon nama nya taik. :))


Daffodils ni bukan nama tuan laman rumah punya bunga.. tapi nama bunga. kunin kunin berseri tu la Daffodils. ni bunga kebangsaan UK. alaa Malaysia kan ada Bunga Raya. sini Daffodils la. gamba gamba ni sume kat padang bola sebenarnya. kat sudut padang tu memang ada halaman khas buat Daffodils. kalau kat tepi tepi jalan raya pon banyak jugak. tapi semacam bahaya pulak nak meredah tepi jalan semata nak posing posing dengan bunga.

selalu yang suka bunga ni owang pompuan la kan.. kalau lelaki suka bunga erkkk.. no komen. omputeh memang suka fresh flower. kalau kat supermarket memang ada khas rak jual bunga fresh. tak kira musim. sini bole la dikatakan murah jugak bunga. sejambak basic tu 3-4 dah dapat dah. tapi yela tak tahan lama la. layu dihujung mekar. tingin jugak nak hias hias rumah ngan fresh flower comel segar je mata mandang. tapi ngenangkan tak boleh dibuat ulam atau lauk rentikan la nak beli. baik aku tanam serai, kesum ngan daun kunyit.

masa ni Hakim pegi umah kawan dia. Hazim plak sibuk nak main PSP. Hariz ngan Puteri je la kena layan jiwa mama yang bunga bunga. DC kena jadik photograper haku laaa.. "bang sini sini bang. haaa bang meniarap snap dari ujung sana yeh.." hahahaa.. layan kan.. kang kang haa majuk majuk.. mogok tamau masak. kikiki.


tak cukup dengan tu.. anak anak aku jadik mangsa jugak.. "haaa Puteri diri sini. Hariz kat sini. diri diam diam pandang ayah sana! senyummm.. cheeeseee.."



errr now aku tahu dah Puteri ikot pangai sapa laa .. ekekeeee..

cak!

ko tengok gambo dah geram. aku yang duduk situ eiiii rasa nak cabut bawak balik..


ni bunga ataih pokok. skang ni pokok ni baru berbunga. nanti dah ujung spring dan tengah tengah summer nanti dia berbuah. haku tak sure la ape kenama nya pokok ni. asal cantek aku snap je la kan. buah dia macam ceri. tak pasti bleh makan ke dak. takut gak nak try. kang birit cirit pulak. B dulu baru C. bukan cirit birit. salah. (teori aku)

sekian lah hidangan bunga untuk hari ni.. =)

lauk tanpa bawang

tipikal menu asia confirm ada bawang kan kan. ehh tetiba berhati mulia nak bagitau menu yang tak guna bawang. takkan bawang takde kat umah kau ngamuk ngamuk ngan husband hentak hentak pinggan kat sinki kan. aku suka masak benda benda simple yang ala ala femalas punya masakan. letih la kan tengok menu masak bahan sampai 2 - 3 mukasurat. pastu habislah ko pusing pusing keliling dunia carik bahan tak jumpa. terus tak buat. tension jek..

kebetulan kejadian ni saving bawang merah dalam umah adalah zero..

kali ni sempoi gilos.. main perap perap je simpan dalam lemari ais. nak makan masak je. semudah ABC dan 123.. bagus diperlakukan kepada.. ayam ayam ayam.. kalau daging gajah boleh makan kau pakai la gajah punya daging. statement DC kalau lapar tahap kebulur.. "abang nak makan GAJAH ni!" haih..

-ayam teriyaki-

yang ni tak payah susah susah peluh puluh dahi bagai. sonang yoo .. gila senang. tak sempat peluh nak kluar terus terbantut.. bahan ikut sesedap rasa depen kat bape juta ekor ayam kau nak buat. main rasa rasa je ni. xyah sukat2. leceh..

ok pelakon utama resepi ni tentu lah AYAM (separuh ekor). itu kira hero la.. ok heroin nya MADU. bwang putih 3 butir dan halia sinci (parut/tumbuk). kicap masin, gula dan garam sket je. kau ramas lah dia bersekedudukan dengan ayam. DAHH siap. simpan dalam petisejuk. minima sengah jam. maxima seminggu .. eh tak la sampai seminggu. seharian dah la.. pastu masuk dalam oven boleh. biau sampai masak. nak masak atas dapur pon boleh ajaaa..kena kacau gaul takut lekat. api pelahan. efek bagus kalau pakai non stick koli.

tapi tu lah masak menda perap perap ni kena plan. aku slalu tak plan nak masak. kadang kadang menungg tengok ayam ... apolah aku nak bikin sama kau ni ayam. perap ni kena plan besok nak makan hari ni buat..haaa camtu la.

kalau ada kederat xtra rajin lauk ni makan la dengan nasi ayam bersama salad2 pakej tu. best jugak.

dah dah pegi buat..

Wednesday 16 March 2011

Register Puteri @ Nursery

15 Jan 2011 - Selasa

pagi pagi lepas hantar Hakim, Hazim, Hariz pegi skolah... DC pegi office pulak hantar borang untuk Puteri masuk nursery. kat sini umo skolah di kira dari 1 SEPTEMBER.. ala kalau kat Malaysia pengambilan pelajar January. sini kira musim. September masuk dalam musim Luruh (Autumn). kena samakan September dan Januari. cemane eh nak buat contoh nak kasik orang Malaysia paham. BEZA 3 BULAN JE. antara Sep, Nov, Dec 2011 nanti dia dah masuk Year 4. cepat skit laaa.. cepat 3 bulan. paham dak. arhh kalau tak paham pun xpe la. err nanti anak nak skolah kat London baru paham.. macam aku. memula fenin gak. lelama OK je.

Puteri lahir Ogos 2008. kalau ikutkan kat sini budak yang lahir SEPT, NOV, DEC 2007 hingga SEPT 2008 dah boleh register nursery. sebab di kira 3 tahun. 3 tahun dah boleh start nursery dah. macam PRA skolah la 3 jam je. kalau amik sesi pagi start 8.30am - 11.20am. register je dulu.. blom start skolah lagi..

TAPI kalau lah budak lain lahir NOV 2008 ... tak boleh lagi. register. kena tunggu next intake.. sebab dikira masih belum 3 tahun.. walaupun TAHUN LAHIR SAMA. paham.. tak paham .. takpe tak masuk peksa. :))



register skolah kat sini sikit punya sempoi.. isik SEHELAI je borang.. attach surat branak ke @ paspot ke yang ada tunjuk tarikh lahir dia CUKUP dah. mungkin la senang sebab dah TIGA abang abang dia skolah yang sama.



kalau Hakim, Hazim dulu susah skit sebab dia nak prove address. kasik la bil letrik bil ayor ke. utamakan yang duduk dekat dengan skolah atau kekosongan pelajar. duduk dekat tapi skolah penuh tak boleh jugak. yang sempoi nya pegi je kat skolah tu isi borang selai DAHHH. tunggu dorang call. dah confirm ada kosong boleh start skolah BESOK.. hari ni baru beli baju uniform skolah. sebab lain skolah lain uniform. ikut skolah tu lah nak kaler apa. kaler ijo ke kaler purple ke. uniform skolah dorang kaler MERAH.. hehe sukati je kan. jumper je senang xyah gosok. ngeee... INI CITER JANUARI 2008


kini Puteri yang datang London masa baby dah nak masuk nursery .. macam tak caya je. pakai pempers pon ONN OFF. ikut suka nak cakap ke tak. takpe ada masa lagi bleh train nak sampaikan bulan Sept./Oct hujung tahun. dapatlah skolah 3/4 bulan. bukan nak suruh dia blajar beriya iya hingga terus pandai membaca story book secara sendiri .. just nak dia bergaul ngan anak2 mat saleh mata wana wani tu.. mata biru, mata hijau, mata cekelat termasuk dia mata hitam. at least BOLEH paham dan BERCAKAP sepatah dua kata seperti ucapan menteri tuuu.

gila awal masuk skolah eh kat sini. kalau kat Mesia berhingus lagi duduk kat nursery.



Sunday 13 March 2011

Birthday Adam !!

12 Mac 2011 - Sabtu

ingat tak Azlina kat entry INI. ala yang org Mesia bertermu jodoh dengan mix pakistan dan omputeh tu. alaaa yang aku bersantap santapan gaya kedesaan inggeris menu marvelous kat ghumah dia tu.. kalu ingat BAGUSSS..kalau tak hingat ko klik je la 'INI' kat atas nun.

sabtu tu dorang jemput kami sekuaga pegi celebrate besday anak dia umo setahun. SEBELAS tahun tahu ! 11 tahun dorang tunggu saat macam ni. akhirnya berkat kesabaran adaaa jugak rezeki zuriat.

pagi tu aku soping present dan buah tangan skit untuk bawak pegi. syoknya dapat lesen soping alone oleh DC. soping laju laju tapi manyak sangkut sangkut kat cuci mata pinggan mangkuk baju baju. adrenaline napsu beli belah mengalir deras dalam darah tapi BERJAYA ku tahan Jebat. mau tak deras. DC bagi debit card skali pasword..

event start pukul 2.30 petang katanya. soo pukul 2 tu kami gerak la dari rumah. masuk je perkarangan rumah mak mertua Lina ...
WHOAAAAA besauuunya rumah.. BANGLO OK banglo! banglo siap taman permainan kat blakang. ada swimming pool dan ENAM bilik OK .. tu blom campor garage besau 2 bijik. stor 2 tingkat. gila punya besar. KAYA RAYA betul parents in law dia ni. gamba dari depan tak amik plak. soo layan blakang umah je laa.. interior aku tak amek la. kang mak dia ingat aku ni wartawan majalah deco plak. heee

ni view blakang umah. sgala jadah menan sume ada. mcm nursery la..
siap ade indoor nursery lagi. memang khas untuk cucu dia main.
best na la anak2 aku gasak menan kat situ

ni half dari banglo ni. see.. camera aku tak muat nak full view umah dia.
blah kanan skali tu swimming pool. tutup sebab sejuk sape plak gila yg nak mandi.
bukak waktu summer nanti. mak mentua dia siap ajak bila summer nanti.. segan ah
kiri view ni 2 biji garaj 2 tingkat lak tu.

cehh.. gila kembang muka sejukss ni. abaikan lah.
aku nak korang fokus kat buaian blakang aku tu dannn tanah lapang blakang sanun.
angin kuat sebab takde pokok halang.

sibuk aku berkira kira ntah brape la rega rumah dia ni. parents in law Lina ni Doktor. Mak mentua dia Omputeh tulen. kawin ngan pak pakistan. ce ko bayangkan omputeh perempuan tua bergaya baju ala pakistan bersanggul bagai. comel tau. heheh.. sangatlah baik dan peramah sungguh. melayan Puteri macam cucu dia. padahal baru 1st time jumpa. jarang jumpa omputeh ber anak ramai. 11 org sumenya 2 meningal soo tinggal 9. sorang kat Belanda sorang lagi kat mana tah.. so yang attent 7 owang je. anak dia pon ada kawin campur omputeh. ada yang kawin sesama pakistan jugak. banglo besar duduk ber3 je. tak bergaung ke? heh aku plak susah hati.

Jamel husband Lina siap sewa Bouncy Castle tau. fuyoo .. padahal anak dia setahun jangung tak boleh lagi main menda tu. untuk anak tetamu dan anak2 buah katanya. majlis tak la besar mana. just family Jamel ngan Makcik (Mak Lina) yang sampai bulan Jan ritu. termasuk kami dan family Kak Ani n En Ibrahim. tu pon dah meriah dah. PUAS budak budak ni main Bouncy Castle sampai berpeluh peluh. habis di balingnya jacket. panas dalam suhu sejuk. sampai tak heran makanan. tapi tang kek serbu pulak.

Bouncy Castle
mendalah ni sewa mahal wooo. ikut jam. berpuluh £ jugak tu. kami balik pukul 5 pon blom buang angin lagi. tapi sakan la hai anak aku main. seronok. kalo ikot hati haku pon tingin gak naik tapi kang femli dorang kata aku meroyan plak. gulp je la..haha

nak gakkk posing ngan Bouncy Castle (bentuk kapal layar).
tema Pirate. siap goodies bag tema pirates lagi youu
kuning tu mcm gelungsur .. weeeeee

soo petang tu aku berada dalam komuniti Pakistan, Omputeh dan Melayu. haa hambik bercampur aduk. sayang nya dorang dah tak speaking Urdu. soo henglish je laa sepanjang petang. Puteri pon kena lah Yesh Yesh Yesh Okeh Okeh.. ngeeee

kolam colourfull ball ni besarr boleh muat ramai ramai..

err makanan pon mix jugak la kan .. salad english campur roti nan pakistan bersos salsa serta nasik impit serunding daging.. hahaaa terkial kial DC nak makannya. tak tahu nak mix match cemana. ayam goreng berempah je la penyelamat.

ayam abishh.. aku try semua. bila lagi kan nak makan pelik2.
kat Mesia tak dapek dooo.. alaaa gamba sause xde la.
ade 2 jenis kekacang apa tah. bedal je.

bila dah kawin campur ni haaaa ko tengok je rupa anak cucu dorang ni. hensem, cantek. comel comel belaka. geram tengok. anak Lina dan Jamel dah rupa Shahrukh Khan dah. somel. dia lah ADAM.. the BIRTHDAY BOY!

Adam hepiii je sebab dikelilingi oleh mainan semua.

sesi potong kek
kiri baju hitam tu Jamel. rambut putih baju cardigan purple tu mak Jamel mentua Lina (comel je bersanggul. pakai baju ala pakistan. tudung hitam tu Makcik (mak Lina). sblah tu Lina.

stail femli omputeh ni kalau nak bagi minum tanya sorang sorang ok .. would you like coffee or tea ? sugar ? milk ? macam restoren plaks.. soo lepas ni kalau nak hidang air kat omputeh kena tanya ok .. jawapan nya mungkin err coffee with 2 sugar and milk. atau tea with no sugar.. paham dah.. hihi pemblajaran baru bagi aku yang melayu tulen :)

yang ni biras Lina.. SUKA sangat dengan Puteri. siap mintak nak bawak balik Puteri ke umah dia lagi. hihi.. padahal dia dh ade 3 girls dah. dua darinya sama skolah ngan Hakim dan Hazim. saja nak bagi yang bongsu sebaya dengan Puteri tu berkawan katanya. Puteri pulak macam paham kata Yesh Okehh.. HAHA ayah nya jeling je. hikhikhik.. anak pompuan sorang :P