Friday 29 April 2011

UK cuti Willian and Catherine Kawin



yeayy! hari ni UK coti.. sebab .. aik takkan tak tahu.. cucunda Queen nak kawin. dasat preparation dorang ni. sebulan sebelum orang ramai dah sibuk dah. tv media sume buat liputan. siap count down lagi hari hari. ye la glemer.. sume kenal. cucu queen kan.


dia punya demam preparation kawin ni sampai ke budak budak skolah skali terbabit. siap ada Royal Week. semalam Royal Day..

anak anak semua pegi skolah kena pakai baju colour Union Jack (Bendela British) merah, biru, putih. lunch pun siap ada menu Royal lagi. semalam jugak pelajaran dorang tentang Royal family dan suku sakat. buat aktiviti sume berkait dengan William dan Catherine lah.

balik skolah je tengok pelbagai baju beragam budak skolah pakai. siap buat mahkota di raja lagi kau.. HAHA.. semua pakat pakai. sume nak jadik cucu raja jugak. yang pompuan pun nak jadik Cinderalella macam Catherine.

Hazim siap bawak balik 2 bijik Muffin Royal Wedding.. amboii..

Hakim siap kena decoration kek untuk Royal Wedding .. gamba je laa

Hariz bizi dengan crown 'I'm Prince Hariz' katanya laa..HAHAHA.. mana datang ketoronan raja kau.. Raja Gopal ada laa..:P

kat TV orang ramai sibuk benar nak tengok Catherine punya dress. siap ada pasang kemah bermalam kat laluan perantin. huihh.. gila la dorang ni taksub sangat.. beramai ramai plak tu.. dasattttt

sooo ari ni kami santai sambil tengok tv royal wedding ni.. DAAAA

Wednesday 27 April 2011

rumah baru.. makan makan


23 April 2011

sabtu lepas pegi London. masuk town weekend OK .. ikut Garmin SatNav pening pening lalat. asyik la silap masuk lorong. nak 'recalculating' punya lembap. kiranya seharian ritu kami jadik 'prebet sapu'..HAHAHA.. tahu tak apa tu.. hihi gi google cepat!

bawak anak dara 2 orang masuk rumah baru. kami masih duduk rumah lama.. before tu bayar deposit dulu then amik teruss boleh masuk. hebat London! asal ada POUND.. semua boleh. apartment ni baru memang baru bina. macam service apartment. lengkap habis. masuk basuh kaki je.

meh kita tour apartment ni. 1 bilik; 1 dapur; 1 toilet; 1 ruang tamu... hanya 1K pound.. haha hanya tu.. gila mahal.. SEBAB memang betul betul kat tengah London. wuwuwuuu

siap LCD TV 40 inci tuuuu
frame gambo tu tak sempat nak gantung lagi

ni ruang tamu .. moderen
ada pintu sanun tu .. balcony 40 kangkang ayam.. hehe
boleh la nak bertani..;)

semua serba BARU.. bau kedai.. 1st tenant dorang ni
lengkap selengkapnya lah..
dapur, oven, microwave, toster, kettle, set pinggan mangkuk cawan periuk belanga..
arhhh lebih dari lengkap lah.. melopong lopong aku tengok..

simple bilik siap duvet dan 4 biji bantal dengan set cover lagi.
lebih dari cukup.

siap ! siap washing machine, vacum, set cleaning lagi..
erkk senget lak gamba

toilet serba putih. besau.. fresh new..

kelengkapan dapur

Linkalah tak leh tengak lak gambo ni.. isk.. sempat posing :)

bila tengok rumah ni tetiba rindu apartment kami kat Gombak Permai tu.. isk isk.. masa masuk dulu camni lah feel dia. fresh je. lepas pasang kitchen cabinet dan floor board lagi laaa rasa mcm rumah ni.. uhuk..dah selamat juallll..

lepas urusan pindah randah. angkat barang secoet dua.. hihi.. kami pi isik perut yang nak hampir kebulur. mereka bawak kami pegi restoren MELUR.. lepas tour rumah baru. meh kita tour menu plak.. :D. full view interior dan menu serta harga meletop click Melur tu yea..

restoren ni banyak mix. owner Singapore, tukang masak Indonesia, pekerja pelayan Poland. peliknya semua makanan Malaysia. eh Indonesia dan Malaysia kan tak jauh.. sesapa geng yang dok London yang dah muak dengan air tangan sendiri dan ada duit lebih tak tahu nak buat apa meh la melabur wang dan perut kat sini GERENTI puas hati..

1st ayat member yang bawak ni .. "sambal belacan kat Melur POWER kak!!" ok ok .. tang tu aku 100% agree..


ni sedara James Bond nak pegi siasat restoren ni sedap ke tak??

yang ni marvelos delicious..
starter : Roti Udang Bijan GBP3.50
Cendol alaaa rega dh tak ingat

Mee Goreng Mamak
(dah tinggal sikit di baham DC baru ingat nak snap ;)

Melur Salmon GBP11.50
Nasi Goreng kosong GBP2.20

sambal belacan power GBP2.00 set dengan timun dan salad
(kat gamba ni kuantiti dah berkurang)
berasap telinga tapi nak amik lagi..

Char Kuey Tiaw GBP6.80

alamak kabur plak. sebab pakai camera cinonet.. kalau tak kabur ni mengiurkan sebenarnya.. hihhi.. pendek kata SEDAP SEDAP SEDAP... errr sup dia biasa biasa je. harga ? untuk exclusive restoren camni kira muroh la.. hik.. jangan convert lah. yang penting portion nya banyak dan SEDAP. sepinggan tu rasa nya kalau stok tangki kecik boleh makan berdua. soup (takde dalam gamba) portion macam 1 periuk sedehana besau tu.. terkulat nak ngabiskannya.. Teh tarik pon bestttt.. order sampai 2 cawan. tamak punya pasal. asalkan sedap.. burppppp Alhamdulillah (burp pelan pelan.. tak manis pasal restoren ni senyap. eh tak ada lagu sentimental mcm kat hotel. burp kuat meja sebelah boleh dengar..

Kelly and Ady.. kalau korang terbaca.. THANK YOU so much.. harap harap rezeki korang murah lagi lepas ni.. aminnn

Tuesday 26 April 2011

Hariz - 5

10 April 2011

masa besday Hariz kami semua kat atas feri dari Calais ke Dover malam tu. sampai rumah dah pagi.. hampir 3 pagi. so memasing dah kepenatan dan kemengantukkan. besoknya sume sume ganti tido yang tak cukup cukup. eh tak mama dan ayah je yang tak cukup tido. naik merah mata putih .. anak anak sume cukup tido. iskk jeles..

so celebrate birthday Hariz lewat sehari.. takpe la kan Hariz. janji sambut jugak. sambut kena sambut sebab sebulan sebelum April dok lah sakan tanya.. "Mama, when its my birthday??" diulang ulang soklan hingga dah sampai April.. tanya pulak bila 10th .. bila dah sampai date kesian pulak kalau tak belikan kek sama macam sambut abang abang punya besday.. tapi kudrat tak cukup nak bake the cake. makanya ayah tunjuk je la kat kedai.. KEK BOLA!!!

lepas nyanyi nyanyi .. baca doa makan.. kita potong kek laaa..


punya keras kek hik hik
sampai Hariz pon tak larat nak potong.
mintak bantuan abang Hakim

icing je lebih atas keras tu. manis sesangat sangat. sampai anak anak pun tanak sebab TERlalu lah manis ya ampun.. tapi kek memang sedappppsss..


senyum budak takde GG. :P
bergaya dengan badge Birthday Boy!

aik bukan dua laaa..LIMAAAA.. u are five. eh dia tahu dia 5 tahun. masa ni tengah buat 'peace'. Hariz start nursery masa tahun lepas. kiranya 2 tahun dah dia skolah kat sini. kadang kadang dia blur bila ditanya soklan bertubi tubi dalam bahasa melayu. lambat skit tangkap.. mama yang degil nak jugak cakap melayu. biar lah walau tak paham sekalipun. asalkan dia biasa dengar.. lama lama paham jugak. kadang kadang sampai hangin hingga ayah kena translate. grrr

dia je yang lain skit no IC.. sebab dia lahir kat KL.. haha.. dia lahir kat Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju. sebab pusat perubatan tu beralamat KL so IC dia no 14 kat tengah. orang lain sume Selangor..

dia baby besar dalam 4 beradik. 3.6 kilo masa lahir. susah sikit nak keluarkan dia. disamping lupa meneran beranak cemana HAHA.. beza Hazim dan Hariz hampir 4 tahun. jauh skit jarak. Hakim Hazim beza setahun. memori beranak pon fresh.

aku ni jenis senang bersalin.. cukup je minggu 40 check up macam biasa terus cek bukaan servik 3-4 cm dahhh.. tak rasa pon. doc pon pelik.. banyak sangat jalan kot.. kiki tak ada rasa contraction bersalin hingga lah di induce.. EMPAT anak semua macam tu.. Alhamdulillah..

lepas induce barulah start contraction.. 20 minit terus kluar baby. Hariz amik masa setengah jam jugak. kan dah kata lupa meneran. banyak meneran di muka je. bukan kat perut. kesannyaaaa... hingga pembuluh darah di mata pecah. macam mata berdarah dalaman. boleh nampak darah kat mata. darah beku. sentuh gosok pon tak hilang. lepas habis pantang terus hilang.

Hariz kecik kecik kuat mengamuk. hempas pulas pujuk tak makan saman. akhirnya aku tak layan. dia sendiri sambil tertido kepenatan mengamuk.

membesarkan 3 anak lelaki yang ligat memang rumah tak boleh nak kemas. ada je idea dorang ni. nak citer pasal hyper tak tersenarai lah.. Hakim Hazim pernah jatuh. Hakim koyak di kening berjahit beberapa jahitan. Hazim pulak koyak di dagu dengan beberapa jahitan, sampai Klinik Family punya doktor dah kenal dah kami..haha.. Hariz poonnn penah jatuh tapi tak sampai berjahir sebab bibir je pecah. skarang ni kalau tengok betul betul bibir bawah dia macam lain skit. tebal lebih..:D

penah jugak Hakim Hazim panjat tiang buai yang boleh alih tu hingga membengkokkan bilah kipas kat bilik kami. sampai rosak kipas siling tu. mujur tiang buai yang kena kipas. kalau kamu yang kena ..cane?? nangis tak kuar lagu mama.. hukhuk

panjat bumbung bilik solar kat BMI.. pak guard jumpa bawak turun. sebab kat dinding bangunan tu ada tangga pasal tu boleh sampai bumbung. tengokkkk.. punya berani. tak takut langsung.

pernah jugak terjumpa kunci tingkap rumah selayang bilik atas. keluar ikut tingkap bertenggek atas bumbung anjung bawah. jiran nampak. terjerit terkujat tengok. ayah tengahh mandi. aku sibuk masak. anakkk!!! anakkkkkk!!!

masa rumah apartment lama selalu jatuh kolam renang orang dewasa hingga timbul sendiri sebab dorang terkapai kapai naik atas..

bawak pegi rumah orang mama dan ayah yang tak senang duduk..

dengan anak anak hyperaktif ni otak tak stop fikir apa nak buat.. mata kami pon kalau boleh tak boleh berkelip dari tengok mereka ni. bila abang abang nya dah bergeliga sangat.. di ajak nya adik mengeligakan otak sekali.. pandai pandaiii! atok pon surrender. retak cermin muka kat rumah mak di kejakannya.. apa nak buattt cucuuu..hihi

sekarang pun masih ligat.. apa abang abang buat Hariz ikut je.

HAPPY BIRTHDAY HARIZZZ!!
MAMA DOA KAMU BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.. AMINNN

Monday 25 April 2011

10 April 2011

lepas berpenat penatan kat Pusat Sains Atomium dan menjelajah Mini Europe.. hari pun dah petang.. itenary seterusnya ke Royal Palace. lepas pusing pusing carik parking akhirnya DC parking dalam bangunan sebelah Royal Palace. berbayar tapi selamat. keluar je dari bangunan parking tu ... TU DIAAAAA coklat sebesar gajah. haha..

Hakim cuba untuk menggigit telinga gajah perisa coklat.. :P
*
*
*
*
tu replika je lah..

blakang kami tu deretan booth kedai cenderamata.

Puteri dan Hariz dah over penat.. dorang dah lena baik punya kat dalam keta. tetiba kena turun plak bila sampai tempat ni.. Hariz apa lagi ngamuk sakan. suruh aku dukung dia yang seberat hampir 20 kilo masa jenjalan kat kawasan ni. patah riuk tulang belulang mama Hariz oiii..

sebenonya tak leh amik gamba. ini gamba curi curi ni. xde flash. kabur skit.

Belgium memang terkenal dengan coklat Belgian Coklat..

masa kami datang takde orang tengah buat cekelat waktu tu.. tak dapat nak tengok cemana pembikinan nya.. sedih. dapat tengok yang dah siap pon jadiklahhh.. huk huk



rupa paras cekelat yang comel lote..
mengeramkan macam sayang nak makan hikss

dah macam kedai kuih muih coklat dah. padahal 100% coklat ni

alaaa Belgian Coklat ni kan ada jual merata tempat. so kami takde lah beli kat sini. entah sampai sini jadik mahal plak.. maybe sebab fresh kot.

lepas jamu mata dengan coklat..

meh jamu mata dengan beg plak..

hand made bag.. cantek gila.. suka! klassik je nampak..

ronda ronda kat kawsan Royal Palace dan Grand Palace plak.. ramai nya orang tak terhingga. macam ada pesta plak. sume pakat pakat nak tengok bangunan paling berseni kat sini. aku kalau tengok bangunan berseni seni sangat macam ni rasa macam berhantu pun ada. patung sana sini. haishh.. alah istana omputeh memang la cenggini. berkerawang krawang. dinding atas berkilau dengan sadur gold. bapa karat tak pasti plak. ;)





belakang kami tu Museum Sains. tapi dah macam bangunan purbakala.. sana sini patung berterbangan melekat kat dinding. tak leh tenung lama lama.. takut ngigau..

sadur emas kat bangunan tu agak agak kalau kikis skit2 jual boleh kaya tak.. kikiki



kitorang melepak tengok ramai pelancong senasib macam kami jugak. sume sume jakun tengok bangunan kat sini ..


bukti nehhh.. hakhak..

ni bangunan apa tah.. sampai lupa..

berakhirlah jalan jalan 3 negara europe kami ni.. mungkin tak akan sampai sini lagi. hahaha.. apa lagi teruslah pecut untuk check in feri. benti rehat makan kat stesen minyak je. nasik lemak pagi tadi berlauk daging burger masak sos. cewah resepi hentam keromo. maklum le dapur instant rice cooker.. ngeh ngeh..

3 jam jugak perjalanan ke Calais. Puteri pulak tak tido sepanjang jalan. pesta nyanyi nyanyi la dalam kereta di iring dengan tangisan.

dalam feri amik port paling private dan strategic.
anak anak boleh memekak. takde orang jeling ;)

sempat jugak explore seluruh tingkat feri yang gedabak besau. mujur kedai duty free dah tutup. kalau tak melayang duit. ceh! ada niat nak beli tuuu..

sampai tingkat atas open air pon kitorang naik jelajah. takleh amik gamba sebab gegar... dan takleh lama lama pasal ditakuti aku mabuk laut.. bukan mabuk peknen yew..


duk dalam lagi best dan cosy.. melayang layang macam kena buai.. hampir 3 pagi sampai Bridge Road, Uxbridge, London.. barang sume tak angkat. semua pakat terjun carik katil dan bantal.. aaaaaaaaa... home sweet home..

TAMATTT..

p/s - hari last kat Belgium ni sebenarnya Birthday Hariz. Mama Ayah semua bizi berjalan sakan.. tak dan nak celebrate.

Sunday 24 April 2011

3 Negara Europe - Episode 7 (Brussel)


last day kembara ke 3 negara europe kami ke Brussel, Belgium..Link
10 April 2011

pagi yang tak berapa pagi.. sengaja keluar lewat. konon konon nak mendapatkan rehat yang extra cukup setelah di accumulate kepenatan 5 hari sebelumnya.. gagah jugak berjalan lagi. walau denyutan kaki masih belum pulih. guna habis habisan kudrat kaki. hadoyaiii..

ngam2 check out pukul 11 pagi. mujur tempat nak pegi dekat je. sengah jam dah sampai. parking keta betul betul depan padang Atomium tu..free. hari ke 6 ni punya lah panas seteriknya.. TERBAKO kami. rentung... eh spring ke summer ni.? confuse..

meh jom aku bawak korang mengembara ke alam sains dan teknologi.. ewah teror sangat nak citer. ni tempat tempat orang yang macam DC laa.. otak saintis. insyaAllah. kami masuk explore Pusat Sains Atomium tu. benda bulat bulat tu.. simbul Iron Crystal. nak citer lebih lebih aku pon tak tahu sangat. rajin rajin baca ni.. ATOMIUM. kang kalau aku citer salah macam bagi ajaran sesat pulak. baca sendiri la yea..

5 dari 9 spheres tu boleh di explore...

Atomium dari dekat. kagum jugak benda ni jadik icon masa World Fair of Brussels tahun 1958.. kita baru setahun jagung merdeka. hik hik


berkilat licin licau.. boleh betulkan tudung kat sini.
ermm benda ni tinggi sangat lah.. ke aku yang pendek :P

terowong yang menghubungkan sphere.. ni pakai escalator
gelap dan berwarna warni lampu..

terowong penghubung jugak.. escalator terang benderang..
ada lubang boleh tengok luar..

nampak ini view..



ada jugak terowong bertangga :( mencungap haku.. adehh

ni view paling atas.. banyak keta mainan kat bawah.. (kata Hariz)

mari belajar planet planet..

mari belajar atom atom.. DC sebagai jurucakap.. hihi..

banyak lagi .. restoren, tempat show show tv pasal sejarah benda ni. tengok saintis dia bina benda ni cemana.. kiranya penuhlah ilmu di dada. cewah. puas explore Atomium kami keluar pegi Mini Europe plak..


kiranya tempat ni macam miniture bangunan dan tempat tempat tarikan di ibu negari semua negara kat Benua Eropah. yeay! kitorang dah pegi dah semua negara kat Eropah dalam masa 2 jam je.. terel kan.. hahahaha. hari tu kami semua menjadi gergasi menakluk bangunan di Kuala Lumpur.. eh KL Asia lo.. dah sampai Spain, Italy.. jauh tu kami pegi.. hek hek..

tempat ni memang open air open sun tan habis kitorang yang dah sedia legam ni.. tade tempat berteduh langsung.. maklumla pokok yang ada pon mini mini jugak.. boleh teduh tangan jek. tupon tangan cik Puteri jek :P

anak anak paling enjoy.. sebab kalau ada train, train tu gerak sana sini. kalau kapal siap belayar lagi. kalau ada windmill boleh pusing pusing kan dia. kalau ada feri besau siap boleh pandu lagi.. kalau dekat kawasan gunung berapi siap ada asap dan bumi gegar gegar. banyak laa.. tak tersenarai. dulu kami dah pegi jugak mini mini bangunan kat Legoland.. tu dibuat dari Lego. yang ni macam real la bangunan dia..

biarlah gambar pulak berbicara..


ritu tak dan nak pi Marble Arch (Paris).. kat sini kita ketemu :)


empat gergasi nak serang..!



gunung berapi dan gegarannya..

gagahnya .. nak di angkatnya menara condong Pisa di Italy ;P

mari kita runtuhkannnn!!

tiba tiba... pahlawan perang zaman dulu datangggg..

macam kenal je muka askar ni.. tak takutlahh..


HABISS.. masuk bangunan information nya plak.. baca baca bacaaa

next.. pegi Royal Palace ... next entry la..