Monday 21 November 2011

Jalan jalan di Cambridge

masihkah kau ingat ... masihkah kau ingat.. lalalalaaa (ini lagu la) coretan kembara kami ke Eastern UK. kalau hilang ingatan korang click la recall ..

recall 1 - http://itsmylife-fidadc.blogspot.com/2011/07/jalan2-eastern-uk.html click SANA
recall 2 - http://itsmylife-fidadc.blogspot.com/2011/07/jalan2-eastern-uk-great-yarmouth.html click SITU

petang 9 Julai tu lepas ronda ronda bandar Norwich yang sesak dek sebab ada perarakan sempena Mayor (ala ala Datuk Bandar) datang. kami memang plan nak ke Cambridge pulak. konon konon nak tour la sume sume tu dlm masa seharian. sekali perarakan tu buat jalan jadi sesak. plan memang nak pegi rumah Kak Sham, kawan DC masa BTN. skang dah jadik kawan aku jugak ehehhe. sampai rumah kak sham pun dah lewat. sampai malam sbb jenuh mencari pulak.

malam tu (malam lewat sebab musim panas, kak sham hidang mee kari lagi youu.. emmmm sedap sedap!. borak borak ngan kak sham pasal pengalaman memasing masa sampai UK. aku dengar pun syahdu. serius syahdu.. sedih betul cerita dia. kalau kita fikir kita ni diduga dengan kisah sedih rupanya ada lagi yang lebih sedihh..

Kak Sham student PhD. dia sebagai emak yang belajar. ada anak lima.. ANAK LIMA tahu! 4 lelaki yg sulung saja perempuan. yang kecik sekali dia pregnent kat cambridge lagi. terpaksa pulang ke Malaysia utk melahirkan. tinggalkan empat lagi anak dengan suami kat Cambridge. dia diduga Allah s.w.t dengan dugaan. anak nya yang ke dua jatuh sakit. sakit sawan. sawan yang tidak mengira masa untuk menyerang. bila bila masa saja anak nya boleh diserang sawan. boleh menyebabkan kecederaan teruk. maksudnya dia dan suami kena sentiasa berjaga jaga 24/7. maka itu dia ambik keputusan tinggalkan anak yang kecil dijaga oleh kakak kak sham di Malaysia. iya lah mana mungkin dapat membahagikan masa dengan anak yan sakit. jaga baby serta anak lain yang masih bersekolah. dengan dia study lagi. ouhhh sangat pedih penderitaan hati. dia lalui dengan sabar. hanya doa semoga di limpahkan kesabaran buat kak sham dan keluarga.

kak sham ajak kami sleepover kat rumah dia. tapi pikir balik macam mengganggu keluarga mereka pulak. kami cuba jugak cari hotel yang dekat dekat utk bermalam. malangnya penuh. balik semula ke rumah kak sham utk tumpang tidur HAHAH dasar muka tak malu kami. tapi kak sham OK .. hihi. jutaan terima kasih buat korangg.. urhhh terharu.


pagi pagi tu sebelum pukul 7 kami dah keluar. sebab pagi tu mereka jugak nak ke Legoland. pagi tu kami jalan jalan bandar Cambridge yang tenang. apa tak tenang nya.. kedai apa pun x bukak lagi. hahah 7.30 pagi dah melangut kat town. (siang cepat sebab summer)

eh OK sebenarnya sebabbb tak payah nak berebut dengan pelancong lain nak bergambar..

seee tade orang pun.
ini .. Grasshopper Clock. antara tarikan kat town Cambridge

belakang DC tu.. museum dan galleries. oleh sebab pagi sangat omputeh pun masih tidur maka kami melawat pintu masuk sbb nak ambil gambar aje lah.. kikiki

ronda sekitar town cambridge jalan kaki. bangunan yang klasik. University Cambrige pun macam University Oxford jugak. bangunan university merata rata. fakulti bersepah sepah. tidak di satu satu tempat. harus jalan keliling untuk cari. akhirnya jumpaaaa..

DC cakap .. tak layak masuk Cambridge dapat tengok kawasan pun Uni. pun dah best dahh.. kami bagitau anak anak, ini antara uni terbaik di dunia supaya mereka dpt jadikan sumber inspirasi masa depan. hanya student terbaik dan terpilih sahaja.


lepas tu kami pun cari port park utk melepak sambil makan snack sementara nak tunggu town centre bukak sepenuhnya. nak masuk tourism Cambridge beli ticket Punting. apa itu 'punting' .. ?? jom layan gamba yang superb indah view. pengalaman tak boleh lupa lah. ditemani pemandangan mengelilingi bandar Cambridge dan masuk area Uni. menyusuri sungai.

beli tiket kat tourism Cambridge murah sikit berbanding beli kat kaunter punting tu.. boleh click SINI untuk book. siap dapat diskaun kalau nak beli souvenir. naik punting dengan tourist guide (penglipurlara).

ini lah dia PUNTING... sampan kayuh dengan buluh. boleh pilih untuk kayuh sendiri TAPI awasss kalau kau terel boleh lah. boleh terpusing pusing punting tu dikejakan kalau tak pandai.

air sungainya jernih. boleh nampak ikan kalau ada. tak macam sungai gombak yang macam teh air iteww. agak dalam jugak sungai ni sebab buluh pengayuh tu sekali ganda dengan dalam gambar tu..

amboihhh cik kak ni siap baring baring lagi dalam tu. siap ada kusyen. boleh duduk baring gaya bebas. tak boleh berdiri jek. taku tak stabil boleh terbalik. tangan pun tak bleh letak kat tepi perahu tu sebab kalau berselisih dengan perahu lain boleh putus jari. ouhhh tamo tamo..

sambil dengar brader hensem tourist guide itu menglipur lara tentang kisah kisah Cambridge, kami posing posing. tenanggggg je tau view dia.. perrrhhh sapa dtg Cambridge ni kalau tak naik punting memang kesian. harus kau datang lagik. :P


ini King's College Chappel.. kolej terlamaa di Cambridge. punting di menyusuri taman taman Cambridge Uni. bangunan yang klasik. lalu bawah jambatan Cam. banyak lah kisah sejarahnya.


Hakim khusyuk dengar bro tourist guide bercerita. siap ada soalan kuiz lagi pasal sejarah UK yang ada kaitan dengan Cambridge. kebanyakkan soalan Hakim dan Hazim boleh jawab. bro tourist guide pun kagum sebab soalan yang sama orang besar besar pun tak tahu nak jawab. aku? apatah lagi. hahaha.. dorang suka tengok cerita Horrible History cerita lakonan semula watak king sejarah dulukala dalam bentuk yang lawak kat channel CBBC (kalau tak silap)

lalu bawah jambatan Cam.. asal nama Cambridge. banyak punting masa tu sebab hari ahad kannn..

ala ala kat Venice lah ni. tak dapat pegi Venice yang jauh itu. dapat naik punting yang ala ala pun jadiiiii lahhh.. hikss

45 minit jugak lah dalam punting tu.

turun je oh mak laparrr.. susah nak carik makanan halal kat Cambridge ni . makaa kami pegi la jauhhh dari town.

akhirnya lunch pasrah dengan fish o fish MC Donald. kat outlet mana eh ni lupa plak. on the way nak balik london nun.

perjalanan balik tu kami ditemani hujan sepanjang jalan. dah plan nak tengok University DC masa buat degree dulu kat University Hertfordshire 12 tahun dahulu kala. tapi tak dapat masuk lah sebab hari ahad. hanya students je. pastu hujan pulak. at last masuk ikut pagar belakang. x masuk pun just kat pagar je. DC bawak Hakim utk snap picture Uni kat dalam. mengimbas kenangan. banyak dah berubah. bangunan banyak bertambah. DC pun dah tak cam dah. hanya beberapa landmark yang dapat di snap masih diingati.

laluan dia ke sekolah dulu.. hihi masa bujenggg.. 12 tahun lepas.


















pak patung ni pun dulunya ada .. masih utuh hingga kini.. itu aje yang dapat dirakam. aku pun tak dapat nak masuk. tengok gamba yang Hakim snap je.

















pastu terus carik rumah bilik sewa yang dia duduk dulu.. huhu imbas lagiii..
























ni le rumahnyaaa.. dah jadi rumah kedai. bangunan still nampak sama.

















dann akhirnya .. inilah masjid yang selalu dia pegi solat jumaat.. katanya. ouhhhh memori sungguh lah.. mana aweks pakistan abang dulu?? hahahha

NEXTTT stori moriii.. jalan jalan tour de UK pulak ...

No comments: