Sunday 20 November 2011

semangat baru!!

ok dah dah habis bertapa selama hampir berbulan. lamanyaaaaa.. banyak benda perkara berlaku dalam hidup aku dan kami di London ni hingga tak tercerita melalui kata kata. arggghhh mahu aku delete sahaja kenangan pahit tu. teruja utk save as new document pages baru. yeay! mari mulakannnn....

bila bukak blog asyik la cerita ramadahn tak berganjak. aku mahu ngesot ke secara bertatih ke cerita suka duka tangis gembira pulakk. disamping cerita percutian yang dah khatam.


tak sangka pulekk ramai kawan yg tanya kabo blog yg sepi bisu tanpa hilai tawa cerita. hehehe. dengan mood super duper perasaan. macamkan glemer la konon. aku jugak rindu nak mencoret jadi 'tukang karut' kisah benar kat ruang liputan aku ni.

sebenarnya lama menyepi sebab nak tumpukan kepada anak2. kedengaran keibuan bukan. haha padahal ? jadual harian job spec surramah ni sendat tahu! cuba la kalau berani. marilah respek dgn surirumah ni. sila berikan standing blablablaaaaa.. clap clap clap.

tetamu silih berganti bertukar tangan mengepas batton buatkan aku tak sunyi kat rumah. aku panggil diriku suri ramah.. hahaha.

lama sangat tinggalkan blog ni, dah tak tahu kat mana nak mula. cerita mana nak cerita dulu cerita mana yang kendian. aku akan bawa kisah kesana kemari lah. pandai pandai lah engkau bayangkan waktu yang bersesuaian.. en suami pun dah tak larat nak bebel kenapa tak update blog. kah kah kah. aik? banggg ! tak cukupkah adinda menjadi penglipur lara kekanda di rumah. mahuuuu juga ketagihan membaca corat coret di sini. isk isk isk

ini aku kira sebagai warm up lah.. hahaha. kalau tak warm up nanti kekejangan otot jari untuk naip.

nak mulakan menglipur lara BESOKKKK.. insyaAllah


No comments: