Wednesday, 6 April 2016

Update Anak Anak

Salam Diary,

ok saje nak update kat sini supaya date boleh save utk rujukan akan datang.. rugi pulak lama tinggal blog ni. macam macam perkara yang berlaku dalam hidup tak tercatat. bila nak buat sesuatu.. tertanya tanya bila eh yang kita tuka kereta.. bile eh anak kita masuk asrama. bila itu bila ini.. aiseyy.. nk bukak dokumen memang maleh la kannn.. bizi beno gamaknya ala ala menteri... bluwekkkk

ok teruskan..

HAKIM... (15)

5 April 2016

fresh lagi cerita ni.. bari register masuk asrama huhuhuu.. anak masuk asrama bia dia belajar berdikari. banyak juga kelebihan dia tu. jauh dengan gangguan adik adik masa nak belajar. alah kat rumah banyak sangat gangguan... internet, game, tv.. segala tok nenek gadget. mak nya pon suka sangat mintak tolong dia buat basuh kain lipat kain masak nasi mandikan adik... macam macam lah. kesian juga kan

Hakim nak ambil PT3 tahun ni 2016. so biar dia get ready.. mama doa agar biar dia improve kelemahan jangan berhenti usaha.. asrama biasa biasa aje. sekolah harian SMKSP Gombak je... hehee


HAZIM... (14)

dah dekat 2 tahun masuk asrama masa lepas UPSR tu.. rasanya April 2015..
sama asrama dan sekolah dengan Hakim..
dah boleh berdikari. cuma kena pandai lebih lagi urus masa.. mula mula masuk asrama dulu banyak juga dia buat silap.. skarang dah ok.

soo now anak dah 2 orang duduk asrama.. setiap 2 minggu Hakim Hazim boleh balik.. weekend yang tak balik boleh datang melawat setiap Ahad kat kantin sekolah. bawa makanan bole piknik. kikiki macam kan jauh ye dakk.. sekangkang kingkong..

ah tak kira la jauh ke dekat yang penting kami tak nampak mereka depan mata..

HARIZ... (10)

sekarang darjah 4.. SKSP..

tiada update sangat pasal dia cuma dia ni kena banyak buat latihan.. supaya dia lebih pantas bila dengar arahan..
English dia OK lagi boleh lagi faham, bertutur dan membaca dengan baik. menulis juga ok.

dulu teruk Eczema .. balik Malaysia ok dah .. lichennn je dah kulit dia. bebas cream.. yihaaa Alhamdulillah

PUTERI... (8)

cik kak puteri ni dah besau.. darjah 2 dah.. pot pet pun dah macam orang besau. hehehe
kemain suka melawa..
nak beg tangan
nak tudung selendang

hik.. hik.. ikut mama la kot prangai.. ahakss

dia juga pernah sedih sebab tiada adik perempuan untuk berkawan dengan dia. sampai nangis nangis hihih

mama lah kawan .. sahabat.. teman kamu..

HAFIZ .. (4)

Hafiz ni macam kulit Hariz 

now dia di diagnose Eczema. pernah warded kat DEMC Shah Alam sebab dah teruk sangat pada 6 - 11 Jan 2016. hampir 10K claim insurance. mujur ada allocation insurance office..huhu
pastu dah tak larat nak berulang ke Shah Alam soooo ke HKL je la kita.. hiks

sekarang tengah continue cream dari HKL.. banyakkkk panjanggggg kalau nak cerita



kbai


No comments: