Monday, 11 July 2011

BOILS ??.. OH NOOOOOOOOOO!!!!!!


minggu lepas adalah minggu sakit yang menderita..

kronologi citer dia macam ni

bangun pagi pagi 29 June ritu .. tengok bawah dagu berbintik. banyak plak mata bintik. skali pandang macam jerawa soo aku istihar

jerawat !!

lagipun malam sebelum nya tu aku pegi ratah kacang gajus. sedap sangat kacang tu sampai aku tak boleh berhenti makan. abis sebutir amik lagi .. abis sebutir amik lagi.. haih berhantu kot kacang tu sampai aku takleh nak berenti makan..

so tanggapan aku mula nya aku rasa betul la jerawat sampai enam ketul. lepas tu makin lama makin bengkak. semakin besar. makin labuh memanjang dagu aku ni pesal pulak..


muka berciri masam dan sombong sebab sedang nahan sakit.. :'(

hingga pada satu malam tu berdenyut denyut tak boleh nak tido. tapi sebab penat sangat akhirnya aku tertido jugak. tak lena tido. kejap kejap terjaga sebab berdenyut. nak buat regangan mulut pon tak boleh sesuka hati. kena extra cafeful. lama lama makim besar dan bengkak merah merening tu haa..


aku syak ini mesti BISOL.. haduh!

hingga satu petang .. aku dah tak tahan, DC aku kerah untuk jadik Jururawat. HAHAHA jangan le engkau bayangkan dia pakai uniform nurse yang putih pastu pakai topi nurse iteww.. bughuk lak rupa.

eh jap tetiba teringat lak cecita tak kesampaian aku nak jadik nurse.. huhu. aku apply utk jadi nurse. tetiba dapat panggil interbiuw... masa tu dah bertunang. tetiba DC plak tak bagi pegi dengan alasan..

"cemana kalau dapat, pastu dorang hantar awak (masa tu panggilan kasar le main awak, kau) jauh, hantar pegi sabah ke serawak ke johor baharu ke" aik aku kata, belum interbiuw lagi dah pikir sampai ke situ.. takut le tew.. hehe tu laa dulu aku suka berangan. kalau jadik nurse boleh kawin ngan dokto.. hahaha.. niat jahat lagi kan dah tak dapat. masa apply tu aku blom kenal DC lagi.. hiks. eh eh dapat gak suami bakal dokto. dokto falsafah le.. insyaAllah

ok sambung, kerah dia jadik jururawat soh dia picit sebab dah tak tahan dah denyutnya. sambil aku menggigit softtoy katak supaya aku xmo terlolong jerit. keluar lah nanah sikit pastu diikuti dengan darah.. oh makkk sakit sangat sangat hingga mengalir airmata ni haa..

yang aku lebih heran bin pelik apesal bisul ni bleh tumbuh subur pulak kat dagu. kawan aku chat kata tu jerawat batu kot.. sakit sesangatnya. bentuk muka pon dah berubah dah jadik lonjong.

udah rope orang cucuk botok overdose. skali pandang macam comel aja. HAHAH.. DC kata panjang dah dagu tu..hihihi.. tiap pagi rutin aku picit bisul aje lah keja. bila dah banyak nanah dan darah keluar makin kurang dah sakit. nak ketawa pon kena berhati hati. cakap pun sikit sikit je. senyum pun jadik ketat ni. mana boleh tahan. CHATTING digalakkan ... haha .. sebab tak guna suara. :P

bila bisul dah agak surut... tiba tiba..

ada satu benjol pulak kat bawah dagu belah kanan. tengah tengah antara dagu dan leher tapi sebelah kanan. benjol besar pulak. haishhh macam macam le pulak. lepas tu menahan denyut benjol ni pulak. sebesar separuh biji telur ayam. besar oii! aku ingat dia macam kelenjar yang biasa keluar bila kita rasa sakit sangat tu. aku selalu kena. tapi slalunya kena kat belakang telinga. kali ni kat bawah dagu pulak.

konon nya pikir .. arhh nanti lama lama dia hilang lah sendiri macam selalunya.. tapi dah 4 hari aku tunggu tak hilang.. malah makin sakit pulak bila tersentuh. lama lama tak sentuh pun sakit berdenyut jugak. bersambung sambung pulak sakit.

hingga ...... dah tak tahan dah sakit akhirnya ajak DC pegi jumpa GP (pak dokte). DC buat appointment. dapat pegi Rabu besoknya pulak. DC ada hal takleh nak pegi sesama. so aku nekad tinggal je Hakim, Hazim, Hariz. bawak Puteri je tolak stroller sambil tahan sakit secara berlari anak. appointment pukul 5.30 petang. aku lewan ! huh! sampai situ dah 5.40 petang. 10 minit pun berkira. tension :'(. takleh dah jumpa GP.. GRRRRR

kena buat appointment lain pulak. dapat hari isnin pulak. taknak lah aku. sebab dah sakit sangat sangat. aku nak ubat! .. boleh jawapan omputeh kat konter tu kata appointment GP semua penuh. aik? aku buatlah muka nangis kata dah sakit sangat dah ni.. erkk dia soh pegi Medical Centre lain kat Hayes pulak.. sedih lagi..

pulang dengan hampa. kat tengah jalan DC jemput pakai keta terus balik rumah dengan muka mcm cuka. mata berair. pipi panas.. benjol sakit sangat sangat..

terus ke Medical Centre kat Hayes sana. walk in klinik. skali tengok orang ramai pulak. lepas cerita itu ini kat konter yang suruh balik sebab masa menunggu dijangka 3 jam. oh mak tolongg. arhh lantak lah. tunggu pun tunggu lah!

tiba masa dapat jumpa GP tak sampai 5 minit je pun nya adoi..

katanya "this swollen is infection from your boils" dapat prescription.. yeay! tiba2 kedaai ubat dah tutup. ouh sedih lagi :'( .. kena tunggu besok pulak nak pegi amik ubat. haishh..

bila dah besok pagi pagi DC dah pegi Central London. silap aku pulak tertinggal prescription dalam kereta. double malang. kena tunggu petang pulak. DC amik ubat kat Central London aja. susah lah sini. klinik tak keluarkan ubat. nak ubat pegi pharmacy. kena bawak prescription lak tu. saba je lah ... nak amik antibiotik dan krim sapu je. skit punya letih

sementara nk nunggu DC pulang bawak obat .. berpil pil paracetamol aku telan. kalau boleh xmo makan paracetamol.. abish dah tak tahan sakit sangat.

hingga kini dah seminggu lebih masih ada lagi benjolan itu... mengharap kan keajaipan supaya ianya hilang. nk pakai tudung instant pon tak boleh. sangkut. terpaksa mengais carik tudung bawal. alahai..


3 comments:

Nadiah Sidek said...

moga cepat sembuh..

Finaz Jaafar said...

huh, jerawat bese pn mnyakitkn , pe tah lagi camnih..moga cpt smbuh

MakSuSuE said...

sabar separuh dr iman..cepat2 semboh..rasanya ko tebayk mkn cheese kek x..tu la x ulur2 kt kitorg kt sini..hehehe..seng sabar arrr...