Sunday 31 July 2011

kembali !!!

oh mak lama nya coti..!!!! coti naip blog. hihi

cerita Jalan2 Eastern UK pon tak abish lagi. ni nak tambah lagi cerita jalan jalan TOUR DI UK.. ya aa awww.. suka! suka!! suka!!!

yang tak suka nya pound kami susut skang ni.. :P buka puasa ala kadar je la yek.. ;)

besok 1st Ramadhan tahun ke TIGA di perantauan.. hukhukhuk. bila Ramadhan je sedih .. bila Ramadhan je sedih.. menghitung bulan skang ni nak balik Malaysia.. sangatlah tak seronoknya berpuasa dan beraya kat UK ni. apakan daya.. takde pilihan. harung jugak lah. penat lah nak sedih sedih.

marilah kami enjoy saja sisa hidup di bumi permaisuri UK ni. ntah bila hayat lagi nak datang kalau dah balik nanti. memang tak ada lah jawabnya. rezeki dapat datang sini kira beruntung. aku ni kira macam sabut lah.. untung sabut aku timbul..

plan jalan jalan dah lamaaaaa dah. sejak balik europe dulu. penuh teliti perancangan. committee nya kami berdua aje. peserta kami jugak berenam. susah tahu kerja kerja perancangan ni. sempat gaduh gaduh lah :P itenary DC buat, aku tulis apa dan mana tempat nak pegi je. transport pun dia settle. makan pakai aku settle, contact kengkawan nak ziarah pun aku settle. kami bagi bagi tugas. apa yang penting kerjasamaaaaa.. lalalalalaaa

kena buat sehabis teliti sebab percutian paling lama .. selama LAPAN hari ! dan paling jauh ! non stop!

bermula 23 Julai 2011 hingg 30 Julai 2011 ..

sebab memang timing tu je yang ngam ngam sebelum bulan puasa dan tarikh anak anak mula cuti skolah akhir tahun (summer holiday)

route of tour :

LONDON - SCOTLAND - YORKSHIRE - WEST MIDLANDS - WALES -
EAST MIDLANDS - LONDON

sikit sikit lah aku citer yea..

nak abish kan dulu cerita cuti Eastern, UK dulu..

betul lah orang kata JAUH BERJALAN LUAS PEMANDANGAN .. tambah pengetahuan. lagi lagi untuk orang yang macam aku ni. tahu Malaysia je. luar Malaysia je dah lost. yela dulu blaja kat skolah teori je. tengok peta pun tak lulus lagi :P

orang yang tak bersyukur duduk kat Malaysia tu pegi la keluar tengok negara luar macamana. pegi dok palaestin sanun.. :P melancong ke UK ni untuk org kaya raya je. tapi orang macam kami ni pegi bercuti bajet bajet jimat! macam orang KL pegi melancong ke Penang le.

percutian ini akan jadi pengajaran dan pelajaran buat kami dan anak anak. :))



No comments: