Friday 1 July 2011

sana sini itu ini..

macam macam berlaku dalam hidup kami kat sini sampai nak jenguk blog pun tak ngedan. bila ada masa idea plak takde. bila idea tengah mencurah anak anak minta perhatian. camni le hidup sunyi jadi perantau. sapa kata best? tak le best mana.. ada part yang best.. part JALAN JALAN je best. err lain lain kalau aku jumpa perkara best bleh share sini..

meh mula cerita...

29 June hingga 2 Julai ritu .. ada tetamu dari Nottingham. Shiqeen, comel budaknya. dah grad Uni Notts, bidang Pharmacist akhir Julai ni. datang dengan Kakak, Abah dan Mama dia (fr Malaysia). datang nak jalan jalan kat London. syioknya tengok parents dorang datang sini. bawak jenjalan.

aku berbizian le masak itu ini. semangat masak naik mendadak bila ramai yg nak makan. kalau takkk menung je kat pintu lemari ais tu. dok pikiaq nak masak apa. hihii mereka dtg dari Penang. sangkut plak slang sanun. parents depa peramah. kuat berjalan. sana sini melancong merantau tengok tempat orang. baguih depa ni no. crita macam macam. nasib DC kuat study politik Malaysia. rancak le borak dengan Abah Shiqeen. parents depa cikgu dah pencen, banyak buat keja amal jaga skolah agama rakyat. bila ada masa free pi melancong. kak dia dokto. dokto pelatih sepital gomen. sakan borak. rasa macam kat Penang pulak. hehe sempat borak pon masa breakfast pagi pagi. depa orang mesia bangun skit punya pagi. aku pukui 6.30 pagi dah keletung keletang masak. teman dorang bekpes sambil borak. pastu depa kluaq pi berjalan soping sakan sampai nk tercabut kaki.

haaaa itulah jalan kat London ni kalau tak sampai rasa nak tercabut kaki memang tak sah. ala ala Key Ell le jugak. ce ko ukur jalan TAR tu haaa kluar masuk sogo pertama complex. kluaq masuk kedai beli itu ini. melawat itu melawat ini.. memang SAHH kebas tapak kaki. takleh nek keta. kena bayaq congestion fee 10 pound (weekdays). parking lagi sejam tah berapa. rentikan le. nek turun tren lagi sonang tapi letih le. nak buat camana kata BERJALAN JALAN..huhu

@@@@

2 Julai, Sabtu tengahari tu mereka dah balik terus naik ke Nottingham plak. tinggal kami. sempat merewang ke Wilkinson dulu. hiks. petang tu plak Dato'' Prof Azemi datang nak jumpa staff dan student UniKL yang ada kat Brunel Uni. pi dinner kat rumah Aida. sian Aida. selalu kena buat kat umah dia. ye la umah dia besar senang skit nak dok sekompol ramai ramai. heeeee..

umah kami living kan seciput je cane orang nak datang ramai ramai. tapi bila kebetulan datang ramai ..eh muat pulak. agaknya bila tetamu datang rezeki masuk rumah pun terasa luas dan muat pulak. agaknya laaa

DC hantar kami dulu pegi umah Aida termasuk Byron dan Munzir. Munzir? saje je nk mencelah kot bleh short cut masuk UniKL..hihihi.. pastu baru DC dan Jai (husband Aida) pegi amik Prof. Dato’ Dr. Mohamad Azemi Mohd Noor, huhuhu nama penuh gitu. orang kedua terbesar kat UniKL, Deputy President, Academic. humble aje orang nya. lebih suka orang panggil beliau dengan panggilan Prof bukan Dato'. sebab Dato'tu just anugerah saja. tapi kalau Prof kan atas usaha dia. lagipun kami pon tak best lah nak panggil dato. rasa mcm ada gap je. tapi kalau Prof tu OK la kan. sesuai la academician. dia bukan ahli politik pon. sempoi. je dia. alang alang dah ada kat UK. nak nek flight balik Malaysia dah besok pagi nya soooo petang tu dapat le berjumpa jumpa tanya kabar, tanya progress, tanya masalah, cerita terbaru UniKL dan macam macam le. banyak jugak cerita.

lebih kepada berbual. takde la meeting formal. kalau meeting aku pon takmo le pegi skali. slalu kalau orang UniKL datang aku selalu tamo pegi sebab bawak anak anak ni kan tak dapat bermeeting pulak. tu pun ritu jenuh le dok jeling kat anak suruh behave. tak di hiraunya. slumber je main game bising bising, lompat sana lari sini. siap tersadung kaki Prof lagi .. erkkk HAHAHAH. tu baru campur anak Aida ada la 7 orang je sume. kalau lebih lagi. urhhh tak tau le. tapi Prof OK je. dia pun paham sebab dia pun dah ada cucu.

Aida masak nasi putih lauk gulai daging salai, ayam goreng, sayur goreng. emmmm sume sedap. aku? punya la tak sempat petang tu buat koktail buah je. tu pon buat kat rumah Aida, siap bawak tin tin buah, ceri fresh, susu cair bersekali dengan gula..hahaha..nasib sempat beku puding kastad..hihi.

tak la ramai sangat.. kami, kak Lip, Aida n femli, Byron dan Munzir. Abang Khir tak de. pegi Spain. geng ni je la yang tinggal.. lupa bawak camera. Aida ada amik gamba. nanti nak mintak kat dia lah..

Prof kasi green light pulak suruh DC extend. erkkk? aku? bolehhh ! ikut budi bicara.. isk.. cana ni? DC dah plan tamo extend. bukan nak berlagak tapi dia dah susun ikut jadual. depend kepada supervisor kata OK kan. Prof cuma suruh 'standby' aje. kalau siap awal balik aje la. kalau extend .. aku pun kena apply juga. visa pun kena apply juga. duit lagi? isk. bukan sikit sikit duit nak pakai. banyakkk tu. bukan sorang.. berenam oii. DC plak jenis takleh berpisah dengan isteri dan anak anak.. amboii gediknya dengar..HAHA.. itulah hakikatnya. ERMMMM harus fikir lagi dan lagi lagi lagi..

@@@

3 Julai, Ahad pulak pagi pagi dah berdesup ke Carboot Ascott. saja cari angin lain skit. jauh jugak lah dalam 40 minit dari Uxbridge. siap lalu Legoland lagi.

sampai sana wow best pulakk.. tak ada orang jual barang baru.. huhu sume Car Booter 2nd hand. no trading. tak le besar tapi best lah. bawah rimbunan pokok. redup le skit untuk kami yang dah sedia TAN ni..:P banyak jugak hasil tangkapan ritu. pulang dengan senyuman lah. sume barang barang sendiri aje. orang citer kawasan orang kaya. soo barang yang dijual pun masih elok sangat dan murah berbanding dengan CB Denhem. masuk pun baya muroh. 50p je baya. nak pegi lagi ..!! kirim? belikan? no money no talk lah ye..:P

arini cerita takde gamba.. pemalaih bawak camera godang tu.. ;)

@@@@

last week jugak dapat berita dari blogger jiran belakang rumah aku kat Selayang Mulia sana. katanya rumah jiran aku kena pecah masuk. nilai kehilangan hampir 50K.. perhhhhh berderau darah.. katanya masuk dari pagar rumah aku. aduyai!.. :( terus dan dan tu call mak dan suruh adik badik aku pi tengok rumah.

besoknya aku call balik .. mak kata rumah aku Alhamdulillah. takda apa apa.. lagipun bukan ada harta benda mewah sangat. serius lah memang tak ada.. tv gedabak 29 inci tu, dvd besar 3 cakera player tu, astro decoder jenis lama, speaker pon besar godang mcm tong drum.. duit apatah lagi HAHAHA tak terliur penyamun. sume pon reta benda buruk je (ni ayat adik aku la) ciss KEJAM ayat kau ni..:P

kesian kat jiran india sebelah rumah aku tu. masa sebelum pegi UK dapat jumpa dia sekali je borak kat laman rumah. akak aku kata rumah dia dah renovate besar besaran nampak GAH le dari jauh. tu yang penyamun pun teruja.. aduh la.

2 comments:

MakSuSuE said...

Assalamualaikum,
Fidah..tolong check mesej kt FB..URGENT...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

dgr cerita shoping2 memang best kan...tapi entah la bilanya kita nk sampai sana..huhuhuhu....