Monday, 8 August 2011

Kisah Ramadhan kami

bulan Ramadhan di bumi asing ni kami kena korban lebih. Ramadhan jatuh pada musim panas. siang yang panjang. ni ada list timing imsak dan iftar bagi tahun 1432 hijrah (2011)


tengok minggu pertama tu skit punya lama kau. 17 jam lebih. hampir 18 jam. Alhamdulillah.. kami diberi kesabaran dengan puasa di waktu yang panjang. insyaAllah.. mudah mudahan pahala yang diraih mungkin lebih. hanya Allah maha mengetahui.

apapun terjadi dan berapa lama pun puasa kami syukur bila tiba masa buka puasa makanan terhidang dah atas meja. untuk muhasabah diri aku kata "syukur kita buka puasa ada makanan atas meja. cemana dengan orang yang takda makanan. nak buka puasa pun tak de makanan nak makan" terus rasa insaf.

Hakim dan Hazim kami latih jugak puasa walupun jangkamasa lama. dalam hati kasihan juga dengan dorang. dah le kurus kering. kena puasa lama plak tu. walaupun kurus sebenarnya mereka tu kuat jugak makan kalau bukan puasa. seminggu puasa penuh lah. syabas!

menu pun biasa biasa je. tekak melayu nasih wajib la ada kan. kalau tak makan nasik, kami kena tukar kerakyatan. hek hek. :P.. Ramadhan 2 ritu makan mee goreng saja. en suami memalam tiba angin plak menderu datang. hik hik. tapi semalam buat mee kari je. OK plak! haishh memacam ragam perut. barangkali tak biasa bermesra dengan mee secara solo. bila perut tengah kosong atau kata ganas yang lebih tak elok nya LAPAR.. macam macam teringin. harus pilih 1 je menu tambahan pilihan. kalau tak memang tak habis dan akan membazir nanti.

stakat dah Ramadhan 10 ni macam macam jugak meng home made. abis ko ingat ada Bazar Ramadhan kat London ni?. uhukkk .. antara menu bazar selain nasik dan sejenis lauk dan sejenis sayur. kami masukkan Murtabak kulit popia, Rojak Tauhu, Sosej Roll, Kek Pisang, Cucur Udang, Bergedil Ayam, Mee sup dan Mee Kari sebagai side order. phewww tengok senarai ala ala bazar ramadhan le. padahal tak sempat peluh nak menitik membuat kat dapur. habis berantakkan dapo ku yg dah sedia buruk iteww.

ada 1 hari tu ramadhan ke 7 rasanya.. Hariz merengek nak makan coklat yg Untie Mila bagi semalamnya. dia pegi bawak naik atas.. aku tak perasan apa apa..

petang tu tengok coklat tu tinggal 2 biji je. aku tanya Hariz "Hariz makan semua ke ni tadi" dia jawab "NOO!!" abis tu mana pegi coklat yg banyak banyak tadi?? skali dia jawab "Hazim ate!" aku dengar je terus tarik napas dalam dalam tahan sabar.

aku panggil Hazim, "mama nak tanya Hazim makan coklat yea?" boleh dia jawab TAK! dengan muka tak bersalah. aku ulang soklan yang sama dengan nada rendah dan tambah skit ayat. "mama tak marah Hazim makan, tapi mama tak nak Hazim tipu mama, tipu tu berdosa. nanti di akhirat lidah kita akan dipotong di neraka.. serius aku cakap dengan nada rendah dan amat perlahan.. tiba tiba dia nangis teresak esak.. "iya mama, Hazim makan coklat tu" kenapa? aku tanya. dia jawab sebab dia lapar. kita puasa bukan hanya nak tahan lapar dan dahaga tapi tahan diri dari buat salah/dosa. Hazim tak dapat apa apa pahala pun kalau Hazim puasa tapi Hazim tipu. Hazim sorok sorok makan dari mama. mama tak nampak tapi Allah dan malaikat nampak apa yang Hazim buat. malaikat akan catit apa yang Hazim buat. slow je aku cakap. Hazim boleh cakap dengan mama kalau Hazim lapar. Mama akan benarkan Hazim makan. tapi kan dengan syaratnya .. nanti waktu org berbuka Hazim tak boleh duduk makan sekali dengan Mama Ayah dan Hakim. (itu syarat perjanjian sejak 2 tahun lepas. mereka paham dan patuh). nangis nya makin kuat. Hazim sorry mama. Hazim tak buat lagi. sooo hari ni Hazim tak boleh lah makan dengan kami.. DEAL

kesiannn .. 2 minit je duduk jauh lepas tu kami panggil lah makan sekali..

ditakdirkan Ramadhan ke 8 ritu aku terlajak bangun sahur. sedar sedar je dah subuh. adehhh. nak buat cemana. ni le kes kalau malam tu tertidur. jadual aku pun dah tunggang terbalik dah skang ni. lepas berasak masak lepas asar.. buka puasa dlm 8.45 pm. aku akan tidur lepas subuh besoknya. tak fenin pale!. abis gap dalam 5-6 jam je. tah cemana letih sgat agaknya lepas isyak tu aku terus tertido langsung le terlajak. so hari tersebut kami benarkan Hakim dan Hazim makan tengahari sebelum zuhur dan akan makan waktu buka puasa sama dengan kami. kasik kelonggaran.

iya la.. kat Malaysia tak terasa sangat sebab waktu sahur dan buka nya tak lah terlalu lamaaa.. sini? lagipun mereka dalam proses belajar lagi. msih belum baligh. yang penting dorang benar benar faham erti puasa... keindahan Ramadhan.

apapun cara mengajar sebagai ibubapa berbeza beza..


.

6 comments:

Galuh Cendra Kirana said...

lamanya... tak dapat sy bayangkan kalau sy di tempat akak n family dan masyarakat Islam yg lain kt sana berpuasa... mau meraung saya cam gajah. laparnye... letih....huihihi

mi2omar said...

lama yer kak puasa kt sana.
teringin sgt nk tengok tempat org. harap2nya adalah rezeki jejak sana

Yan said...

kesiannya kat bebudak tu kan.ye lahhh lama sangat puasanya..

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Luckily skrng ni waktu pun kian anjak..subuh dh lewat..brbuka pun kian awal..(awal tak awal la jugak..lajak ke pukul 8+ gak..but at least..oklah kan dr brbuka pukul 9+)

Akak sahur minum air kosong jer..berbuka pun makan sikit..selera terbang ntah ke mana.suh diet kot..nganaganagaga

Aleyn said...

Bersabar jer lah..tu kan separuh dari iman....

ishamizu said...

Alahai kesiannya Hazim..hihi..bgs akk cara ank2 akk, bley jd kn panduan utk sy nti..insya Allah nk try train Zahin thn dpn, thn ni ia kata ia kecik lg suro tgu dia 5 next month..hihihi