Thursday, 24 November 2011

Stoke On Trent factory outlet



ehem ehemmm ehemmmmm ouh portmeirion !!.
kalau dibenarkan duduk dalam ni seharian pun sanggup.. kikiki.





sekarang sedang SALE!! sedih tak dapat nak pegi.. sob sob sob

ada sapa sapa nak bawak saya ke sanaa???

Puteri sekolah di Whitehall Infant School


sekarang Puteri dah start sekolah kat Nursery. 3 jam je. pegi skolah timing sama dengan abang abang jam 8.30 pagi tapi balik awal 11.30 am. Puteri start sekolah lewat 2 minggu dari abang abang. Nursery Whitehall School ala ala macam taska la. uniform sekolah maintain sama. jumper MERAH! sekolah main main. serius penuh mainan kat kelas dia. tapi iya la budak 3 tahun punya education orientasikan dalam mainan. sebab dalam setiap permainan budak budak ada unsur ilmu.

kalau korang masuk sekolah dia.. urhh kita yang tua pun teruja. apa lagi baya baya dia. dulu masa hantar Hariz masuk nursery, masa tu Puteri katogeri baby lagi. tapi dah pandai jalan. siap xmo balik tiap kali hantar abang Hariz. hikhik.

sekolah dia best kelas agak besar. banyak sudut. kang ada sudut membaca semua stori book. kang ada sudut role play, ada mainan bebudak pompuan. ada pondok. ada alatan dapur mainan. ada sudut buat doh. buat cookies betul2. kang ada pulak sudut air, pasir, haiwan haiwan.. pendek kata ce ko bayang kalau kat Malaysia macam masuk taska Montessori, Smart Reader Kid. taska swasta yang bayo mahal mahal tu. sini?... FREE!!

1st day tu.. malam before dah tanam dah kat otak dia.. esok pagi bangun pagi pagi kita pegi school. so pagi tu dia excited.. belum kejut dah bangun..hihihi. tapi nak ke toilet tu harus la ada adegen kasih sayang dari ayah. hehehe. usap usap dulu, puji puji dulu, cium cium dulu baru boleh mandikan.. itulah rutin dia hingga hari ni.

minggu pertama excited .. pegi sekolah sambil nyanyi2 jalan ramai ramai dengan abang lebih meriah. haaa 4 orang berderet ke skolah. kannn senang. sekarang ni dah cuaca dah mula sangat sejuk. nak jalan kaki mencungap dia. ye laa orang lain jalan laju. kaki dia kan pendek. langkah pun pendek. kesian dia. sekarang pegi skolah naik stroller. hihi.

tiap hari ayah hantar ke skolah. kalau ayah ada hal pagi pagi .. mama hantar. bukan mama tanak hantar. bila mama hantar dia mula moody. buat buat gayut kat baju. nangis nangis. kalau ayah yg hantar relekkkkss je. iskkk

sekarang dah pandai dah cerita apa dia buat kat school. today i am drawing. i am singing. i am reading stoly book.. cakap pun dah gaya teacher cakap dah. lenggok omputeh.

bulan pertama tu banyak kali jugak eksiden terkencing dalam suar. tak bleh nak control agaknya. kesian teacher. kalau balik pakai tights lain je .. haaa eksiden la tu. hihi. apapun teacher dorang ni sabarrr je. xde pun telepon ke apa ke. dorang akan call kalau anak sakit aje.

welcoming teacher pun Puteri dah excited nak masuk kelas. kalau puteri pakai hair band cantik asyik kena puji. mana la budak tak suka kan. Gooooooddd Morrrningg Puteeeriiii!! you've got lovely face today.. tersipu sipu la dia. paham agaknya.. hahaha

kini Puteri sedang berusaha memakai dan membuka baju sekolah sendiri. tapi oh mak take time betul. kembang kuncup dada nahan sabar. proses learning memang macam tu.

masa Puteri ke sekolah.. aku ambik masa tu dengan bantai tido.. hahaha.. eh tak la selalu. kaddang kaddang aje. aku mengemas lahhh.. hayooo.. 3 jam tu tak le lama mana pun. sempat kemas dapur dan basuh pinggan je tau. vacum sikit2. tapi kadang2 sempat ke tesco cari barang dapur. masak brekfast utk aku dan DC laju laju terus ke tesco ke pavilion ke... aman skit nak membeli. kalau tak kejar dia dah 2 jam.. adeh.

nanti kalau ada cerita lain pasal sekolah dia aku post lagi yeww.. ehehe

Tuesday, 22 November 2011

Kisah SEDIHHH :'((

malam 31 Ogos 2011

sedang rakyat malaysia bergembira celebrate Hari Kemerdekaan.. kami dirundung duka.

besok nak pegi rumah Muza dulu kat Coventry, tidur 1 malam rumah dia dan seharian nak masuk safari kat Birm. pagi pagi besoknya dari rumah Muza terus lah nak ke Lake District. jimat timing drive.

itu plan sebenar..

malam tu aku kemas beg baju baju, makanan, gadget dan pelbagai benda nak bawak besok. kemas baju utk 6 orang selama 4 hari 3 malam sangat rumit. belek telek makan masa. kat bawah pulak siap susun jajan nak bawak utk snack kat sana nanti. siapkan segala gadget nak bawak. camera DSLR, charger, camera kecik utk video termasuk charger dan memori kad. masuk beg siap siap. bekalan makanan lagi, segala piuk nasik, pggan manguk. itu belum masuk bekalan siap masak. ini la rutin aku tiap kali nak pegi jalan jalan. sangat letih. kiranya aku dah standby dah segala macam keperluan outing sleepover utk kami berderet deret lah kat bawah tu seperti selalunya. sampai 3 pagi lah tidur. kononnya besok tak lah kelam kabut tercarik carik buang masa. tinggal sambar masuk dalam keta jek. senang! rupa rupanyanyaaaa TIDAKKK!!!

pagi 1 sept 2011

9 pagi tu DC dah turun dulu sebab nak pegi isi minyak sementara anak anak masih tidur kat bilik bawah. selalu tidur bilik atas. entah malam tu mereka nak tidur bilik bawah pulak.

aku pun turun dengan mata kelat sebab tido lambat mlm sebelomnya. masuk je area dining tu...

aku : eh eh mana pegi beg camera atas kusi ni? mana pegi netbook atas meja ni??

aku berlari keluar dapatkan DC ..

aku : bangggg! dah amik ke beg camera dan netbook masuk dalam kereta??

DC : eh belum lagi !!!!!!

aku : DANGGGGGGG!!!! subhanallah! masyaAllah! Allahuakbar! Abanggggggg barang kita HILANGGGG.. hilang bang!!

DC : eh yeke? cuba tgok betul betul

dengan terketar ketar tahan sebak..

aku : iya .. malam tadi sayang susun kat sini. letak beg camera atas kusi ini laaa.. netbook masih atas meja makan. (airmata tak dapattt di tahan lagi, aku nangis semahunya) ya Allah bangg rumah kita kena pecah masuk orang banggg..

DC : (dia ke dapur) memang betul la orang masuk. memang pintu terbuka. kesan pecah masih adaa.. sabar la sayang

kami jadi panik pagi tu terkaku. tangan aku menggigil gigil, airmata tak henti mengalir deras bagai ada benda menusuk ke jantung. mata bengkak menagisi harta benda yang dah lesap. sekelip mata. usaha nak membeli masih terasa keperitannya. hilang macam tu je. setengah jam panik tak buat apa pun.

call Mila.. dengan esakan aku cerita pada dia apa yg dah jadi kat kami pagi tu. dia pun terkejut. dia nasihatkan aku jangan usik apa apa. call police. baruuuu laa DC call polis. sementara polis nak datang aku call yus. cerita lagi kat yus dengan esakan pilu. pedih nya hati hanya Allah yang tahu.

polis datang ambil kenyataan. declare apa yang hilang.. seterusnya crime investigator pun datang cek cap jari di mana mana. tapi hampa. semua tak jelas. tak tunjukkan apa apa tanda siapa yang harus dituduh.

tangisan aku tak berhenti .. plan asal nak ke rumah Muza terbatal sebab hati dah tawar. nak pegi Safari pun batal. jiwa dah tak gembira.

bayangkan..

body DSLR camera bersama DUA set lens (satu baru je beli), siap dengan charger serta memori card 4Gb, Camera samsung yang kecik (yg ni beli kat Malaysia dulu).. semua ni masuk dalam beg cemera besar tu.
Netbook siap dengan DVD externel drive bersekali dengan wayar battery, Handphone HTC hitam yg DC belikan utk aku dulu.

dah takde satu camera pun untuk kami. SEDIH !!! depress sangat2. rasa nak meraung semahunya mahunya.. kerugian dianggarkan 800 pound. macam nak gila aku nangis.

anak anak bangun sebab dengar mama nangis. mereka tanya seolah faham perasaan mama. masing masing diamm menyaksikan kesedihan mama yang tak dapat nak sorok lagi. selang 15 minit aku meraung lagi. urgghhhhh pedih sungguh rasa hati ni. bagai di hiris hiris. DC dah kering skrip nak pujuk.

ayat yang buat aku berhenti nangis.. kita bersyukur mereka ambil barang barang kita. anak anak yg kebetulan tidur di bilik bawah dan kita tak di apa apakan.. abang syukur sangat.

iya aku sedar itu.. tapi hati tak dapat ditahan rasa pilu. bukan senang nak beli benda benda tu semua. hasil jimat cermat kami kat sini. persetujuan nak beli benda benda tu semua bukan dibuat dalam masa sehari dua. makan berbulan plan. sanggup tak beli dan pakai kereta selama 2 tahun sebab nak beli benda benda tu semua. tahukah kau keperitan hidup kami di sini PENCURI!! ??

petang tu landlord datang jenguk kami. malangnya aku tertidur keletihan menangis. dia simpati dan akan betulkan pintu yang pecah tu esok lusa.

call Byron .. cerita lagi. mintak dia datang jaga rumah ni dengan Munzir sementara kami nak pegi Lake District. kena pegi jugak sebab dah bayar semua penginapan cabin 3 hari 2 malam.

petang tu jugak kami tukar LCD TV kat bawah dengan Tube TV yang kat bilik. phobia punya pasal. habis aku kutip semua benda yang berharga termasuk Sandwich maker yang baruuu beli sorok dalam dryer.

malam tu aku tak nyenyak tidur. tiap jam terjaga seperti terdengar dengar bunyi kaki orang berjalan kat bawah. aku kejut DC. DC tenangkan aku. sampai pening kepala tak cukup tidur.

besoknya kami di Lake District aku terjaga malam mengigau ngigau lagi.. seminggu juga aku trauma dengan kejadian itu. tidur malam termimpi mimpi. mahu aku sorok semua benda letrik yang masih ada kat dapur. dahsyat penangan trauma.

sebulan lepas tu masih terasa kepedihan. bila tengok orang lain pegang DSLR mata rasa berair.

kini.....

aku dah ada pengganti.. namun, tidak sama dengan yang dulu. harus bersyukur

hikmah disebalik kejadian..

aku dah ada Canon powershoot, dah ada Tablet ... dapat menutup luka dihati walau masih ada parut yang tinggal.

semoga ini membeli pengajaran, pelajaran dan pengalaman dalam hidup kami..