Friday, 13 May 2011

Bersediakah kami ??

skang ni kami dalam dilema.. citer di cenggini

hari Rabu lepas DC ada taklimat kat skolah Whitehall Junior School dengan cikgu cikgu kelas Year 3. bukan DC sorang tapi semua ibubapa student Year 3. sebab.. sebabbb... nak membincangkan syllibus year 3 untuk summer. heran eh silibus pon nak bincang bincang.. ajar je la kan..

rupa rupanya pasal ...

SEX EDUCATION..

adoi.. mereka tunjuk semua apa yang akan mereka ajar nanti. SEMUA wehh.. antaranya :

feeling feeling : cemana beza perasaan. kasih dan sayang

living and growing : mula mula dorang nak ajar menda menda asas. macam kehidupan pindah rumah. pasal diri sendiri macam suka style rambut baru. pastu masuk kepada peubahan semulajadi contohnya perkembangan pertumbuhan manusia errr dari baby kepada dewasa...

student akan dibagi tengok video sex body part baby yang sebenar. lelaki cemana pompuan cemana. secara detail gambaran diagram organ lelaki dan perempuan. masuk plak bab pertumbuhan perkembangan body shape bila dewasa. ye la kalau tang pompuan dah ada breasts, ada pinggang, ada shape la. tang lelaki ada otot. akan diterangkan body grow dalaman dan luaran.

teacher akan terangkan SEX PART .. adoi laa cana eh. alaa lelaki ada sperma kat testicles dan pompuan ada worm dan ovari serta putaran haid.

semua tu kan natural

1. How babies are made

memula cikgu akan citer bab perasaan kepada seseorang. dorang akan diskus pasal hubungan perkahwinan. pasangan yang hidup bersama serta buat keputusan have sexual intercourse together. lepas tu diskus secara detail macamana hubungan orang dewasa ....

HINGGA masuk bab sperm travelling from testicles through the penis into a women's vagina. akan diberi lihat video animated. heh sib bek video animated. kalau real .. hadoi lahhh.. rosak.

termasuk dapat tengok sperm dan egg sebenar melalui microscope. tunjuk cemana ia bertemu dan bersatu..

macam lucah la bunyi nya kan. tapi ni serius. hal pembelajaran mereka. mula dengar nak ketawa. lama lama dengar kerut kening tau.. terus jadik risau pulak.

2. How babies are born

tengok perempuan/ibu mengandung. citer pasal penjagaan ibu mengandung tiap bulan mengandung baby. bincang pasal proses pertumbuhan baby. dari cell multiply.. cell move dan combine menjadi bentuk badan manusia. dari sekecil finger nail hingga besar dan terus membesar dan kuat sehingga kepala baby dah turun serta bersedia untuk dilahirkan.

akan diterangkan baby dalam perut duduk dalam kantung. terapung dengan cecair. dibagi dengar heartbeat. terangkan baby dalam perut perlu makanan dan oksigen melalui talipusat. diceritakan proses kelahiran adalah sakit.

HINGGA.. tunjuk proses kelahiran sebenar. alamak tang ni lah aku risau jugak. tunjuk dimana baby keluar betul betul. aku pon tengok ngeri dan rasa tak sanggup nak tengok. ni kan budak lelaki umo 9 tahun. aduh!

tunjuk potong talipusat dan diterangkan sebab itulah kita ada pusat. :) tunjuk jugak penjagaan baby secara detail.

3. Girl Talk

budak budak akan bincangkan cemana perubahan perasaan selari dengan bodies change menghadapi kedewasaaan. perasaan sayang kepada seseorang.

bincang pasal breast perlukan bra. pasal kedatangan haid dan how girl feel about them. masa perubahan ke arah dewasa ni.. breast akan besar dan nipple akan sensitif. sweat glands become more active and spots might occur. tumbuh bulu ketiak dan ari ari. bila period mood berubah. semua ni adalah perubahan hormon. masa period perlukan sanitary towel. akan tunjukkan video cara nak guna benda benda tu sume.

perbincangan mereka ni untuk tujuan pelajaran. cikgu akan bagi sokongan supaya budak budak tak takut nak tanya.

4. Boy Talk

akan diterangkan hubungan dengan perempuan sebagai kawan atau girlfriends.

sama jugak la macam girl talk.. lelaki tumbesaran ada bulu bulu sume. otot jadi besar, meninggi, penis dan testicles start to grow, mimpi basah, pecah suara, mood juga berubah. alamak cemana gaknya cikgu dorang nak terangkan pasal wet dreams tu gaknya eh. isk risau plak. siap detail explain lagi tu.. eraction, hard and sticks up. hadoi laaa..

5. Let's talk about sex

di bagi tengok video fokus on sex in the media. kat sotkaba, billboards, majalah, tv, songs. membincangkan dua jenis sex. gender (male/female) dan in act (sexual intercourse)

membincangkan jugak soal gay lover isu. kat sini kan diterima masyarakat. alahai bab ni yang payah skit nak terang. kena terangkan dengan jelas lah kat anak aku ni HARAM dalam islam. bincangkan dalam undang undang kat UK ni it is illegal to have sex under the age of 16.. HUH??? 16 .. mak aihh. oh tidakk.. ni la payah ni .. bertentangan dengan islam.

dorang jugak akan bercakap mengenai contraception.


*****

tengah risau ni ... cikgu bagi pilihan anak kita samaada dibenarkan atau tidak dibenarkan di ajar atau tidak diajar tentang Sex Education ni. semua terpulang. kalau tak setuju kena buat surat tak setuju.

TAPI itulah apa apa pun mereka akan terdedah jugak kepada benda benda ni semua secara langsung atau tak langsung. macam tak caya je aku dah ada anak yang nak dewasa. kalau kat Malaysia bukan ke benda benda ni semua blaja masa skolah menengah. seingat aku la. tapi takde plak kena tengok video video ni sume.

rasa macam awal sangat pulak Hakim kena belajar ni sume. persoalannya BERSEDIAKAH KAMI UNTUK MENJAWAP BAKAL SOALAN YANG AKAN DI TANYA. bukan sambil ketawa tapi secara serius. bolehkah aku. ? anak lelaki hehe kena banyak tanya kat ayah la kan.. huhu selamat mama. abis kalau dia tanya pasal perempuan mestilah pegi kat mama.. alamak!! tak tak .. ayah pun boleh jawab jugak :P

Hakim ni dahlah tahap curiosity nya tinggi. dia akan tanya apa saja yang ada dalam kotak pikiran dia. pernah dia tanya soal ketuhanan.. macamana rupa Allah? Allah berada kat atas ke? kenapa kita tak nampak Allah? ... see. aku cepat terkejut dan susah nak bagi jawapan on the spot. selalu serahkan jawapan kepada ayahnya. aku takut jawapan aku salah dan seterusnya terbenam kat kepala dia. tak nak macam tu.



8 comments:

YAYA AZURA said...

detail jugak sex education nie ...
dah la budak2 skang nie akal panjang .. tanya soalan pelik2 parah jugak nak menjawab...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

ada pro n consnya kan sex education nih..yerla kalau x ajar dr sekolah rendah diaorg akan tahu juga secara x langsung..maklumla sekarang nih budak kecik bkn mcm budak dulu..zaman IT kalau x dpt maklumat dari kita diaorang leh dpt ikut internet..

Rafidah said...

yaya - itu yang risau nya. takut dia taknya soklan yang takleh nak jawab.. haru jugak

rina - betul la kan. jaman skang ni budak budak panjang akal. semua maklumat ujung jari. kami dok letak password kat lappy ni..

Lady Lavender said...

oo..memang advance sggtt..sah2 le bertalu-talu soalan cepumas yg kena jawab nanti. The truth is, it 's good to have this kind of edu. but rasanya terlalu awal utk anak umur 9 thn kann..anyway take it from positive view selain bimbingan kita as a parents :-)

Rafidah said...

LL - tu sebab la sy risau ni. kami perlu bersedia dengan soklan2 dia yang bombastik.. aduhai..

CT annie said...

eh.. awalnya..setahu ct secondary baru start,x ada lah pulak bebudak nie ctie .tp tanye jugak apa subjek kat sek.. erm.. risau jugak nie..
bln 9 nie fauzan masuk high school .. ct yg ngerun ..heheh

Rafidah said...

ct - eh yeke Fauzan xde blaja ke. aik xkan lain2 kot syllibus.. pelik gak.. kalau high school lagi la dah start masuk advance lebih lagi..

Anonymous said...

x tau kalu fauzan x cerita.. setahu aku year7 br start.time parent meeting pun x plk cikgu2 nie cerita..