Wednesday, 4 May 2011

Sambal Belacan Goreng.. gerenti sedap

mood bengang ni..

cis lama tak update blog tetiba kluar mood bengang. apa tak nya.. SD Memory Card untuk Digital Camera dah penuh. mana tak penuh 1000 plus plus gambar 12megapixel saiz campur video lagi.. tu LAPAN GB tu.. pastu DC transfer kat CD (eh macam konfius plak).. nak bukak sesatu sikit punya lembap. orang mengandung dah bersalin terberanak dahh.. gamba tak muncul..

hati panasssss..

ok la malas dah nak pikir pasal gamba tu. tau lah aku nak keja kan dia nanti.

lama tak hapdet sebab rumah aku dah ropa macam ada open haus. padahal raya lambat lagi. tetamu tak putus datang. eh ni tak boleh kira macam tetamu. kira macam sedara mara di London laa.. sebab orang orang biasa je. aku biasalah kalau dah ramai2 kat rumah memang kena pentingkan pok pek pok pek.. berborak sampai lenguh gusi.. kikiki

Yus Aidi datang, eh kang Makcik mak Lina datang, besok tu plak Kelly dan Adyla plak ketok pintu. tak lama lepas tu Mila dan anaknya Ibrahim jengah kat pintu. eh tak putus lah. sambung sambung siap overlap lagi .. syok eh ramai ramai. sume sume buat macam rumah sendiri. dorang serasi gaknya melepak kat umah aku .. maklumla.. yus kata tuan rumah "user friendly".. aik macam software jek. kadang kadang tak layan macam tetamu. siap suruh dorang.. "eh Adyla pegi buat air!!"seee.. sukati je aku suruh suruh. kang aku cakap "wehhh korang sapa nak makan pegi amik pinggan sendiri kat dapo.. pastu jangan lupa basuh.."ada ke tuan rumah cenggini. kuang ajo punya tuan rumah.. HAHAHA slumber land jek. arhhh tak yah lah nak protokol protokol ni. kadang kadang layan macam ni orang tak kekok nak datang rumah kita kan kan.. kang kalau aku layan cawan beralas royal doulton brand kang sume jadik maluw2 cat plak. sudah nya aku yang penat nak kemas2 sume. ceh lagipun aku manada cawan2 brand tu. :P

borak sambil baring baring lagi masyukkk..

ari ni aku nak bagi resepi. buat julung kali bagi resepi. bajet macam chef terel plak. padahal masak terkial jugak lagi. :P .. eh baiklah aku walau mood tengah panas..

masa Royal Wedding ritu lah. masak sup ayam. boring nya makan sup ayam plain je. macam tak mencabar. so aku telah cabar diri aku memakan sup ayam dengan Sambal Belacan Goreng hingga tak layan sangat sup tu sebab sambal belacan tu lebih terbeliakkan bijik mata dari sup.. last last amik kuah sup je .. lauk? sambal belacan. nasik habis. sambal belacan ratah.. boleh??

ok jom cekedaut bembahan dan cecara. aku main hentam je ni.. tetiba tersedap plak. walaupun aku layan diri je makan. :(( maklomle kekanda muka brutel hati ganas tak makan pepedas ni. jangan kata makan, tengok pon tak. sedih jadik aku.. apa pun mantopp makan sensorang..

bembahan : sukatan ikut suka

- Cili Api
- Belacan,
- Ikan Bilis
- Bawang Besar
- Gula

Cecara :

- Goreng cili api yang dah di patah dua. sebab kalau tak patah hambik la meletop birat birat ngko punya kulit nanti. jatuh saham anak dara.. mak dara macam aku takpe..

- Goreng Belacan sekejap .. jangan lupa balik balikkan dia dengan mesra. jangan lama lama nanti hangus dan jadik pahit.

- Goreng Ikan bilis tanpa basuh. terus je terjunkan dalam minyak panas. takyah lah pakai minyak baru.. digoreng GARING.. ingat jangan hangus..

- Belah lapan sebijik bawang besar. Goreng ala ala je. asalkan layu dihujung mekar.

siap goreng goreng... tumbuk pulak. kena tumbuk .. kalau blender tak sedap.. dan kena ikut step

- mula mula tumbuk Cili Api Goreng tadi sampai lumat..
- masuk Belacan pulak tumbuk sampai sebati dengan Cili Api
- masuk Bawang Besar tadi. tumbuk jangan sampai hancuk sangat. just ala ala je. asalkan keluar air bawang je dah la.
- masuk kan Ikan Bilis Goreng Garing tadi pun jangan sampai hancur. ala ala je.
- masukkan gula setengah sudu kecik atau RASA dulu bagi balance.. takyah letak garam sebab belacan dan Ikan Bilis dah sedia masin.

apa lagi terus makan dengan nasik panas.. jangan makan dengan nasi sejuk .. tak best.. kena nasi panas!! fuhhhhh.. sure ... SSSSS..HAAAAA..SSSSS HAAAAAA... meletop.. kingkong lalu tak perasan.. ahahaha..

dah pegi buat.. buat tau..!!

gamba ada tapi takleh nak upload atas sebab di atas. besok besok lah aku upload. tupun kalau CD ni tak mereng..


3 comments:

Ana said...

nih kena tukar tajuk resipi...sambal belacan ala ala sebab cara pembuatannye byk ala ala...hehehe..

MakSuSuE said...

tetamu yg dtg bawak rezeki..keluar bwk dosa...hahahaha..harap2 lps ni rezeki korg makin b'tmbh..AMIN

Yan said...

Rumah akak pun kurang lebih cam tu gak..

ALHAMDULILAH..