Sunday 8 May 2011

CBS Nevendon & Southend-on-Sea

Ahad - 1 Mei 2011

aktiviti mingguan.. macam biasa kena jengah carboot sale. nak pegi CB dalam masa yang sama nak pegi jenjalan. asyik la kami ni pegi CB Denhem. ye ye tu je yang dekat sekangkang kingkong. skang CB Denhem pun dah naik rega bayar masuk. dulu masuk 1 pound lepas 9 pagi. kira OK la lagi kan. sekarang ni.. boleh dia soh bayo 2 pound sorang lepas 9 pagi. sebelum 9 pagi dah tentu lah lagi mahal kan. ce bayang masuk 2 orang dah 4 pound. kang jenjalan dalam tu tetiba takde benda yang boleh di beli dan berkenan. cemana.. rugi je 4 pound. atau pun tetiba beli benda yang rega 2 pound je sebijik. hah! tak berbaloi. cis cis.. dorang ni tak tau ke yang pegi CB ni orang orang semikin..

baca kat blog member ada CB yang dekat dengan pantai nama Southend-on-Sea. CB tu jauh skit la dari West London macam kami. alang alang nak bercanda di tepi pantai skali harung je la ke CB. kengkonon hajat setinggi menara Eiffil Tower. tapi hampeh.. keluar pukul 9 jugak. bekal! bekal! penting.. air sume dah standby simpan dalam lemari ais. pagi sok boleh bawak sejuk sejuk sedap skit kalau nak jenjalan masa tengah panas sok. sempat goreng ayam. dengan sebotol kicap aku angkut skali. arhh lantak la.. sapa nak tego. janji makanan tak kena beli. jimat kat situ.

pukul 10 sampai CB Nevendon. OK lagi la masih ramai menjual. sesekali tuka angin best jugak. apa pun Car Boot, di mana pun Car Boot sama je la rupa dia. ala ala uptown kalau kat KL. cuma tempat ni dah macam luo London so menan dapat la muroh muroh jugak. kalau baju ke apa ke still 50p lagi. kalau lebih 1 pound tak de aku beli de. kira mahal laa kalau kat CB jual baju budak 1 pound.

pukul doblas dah sibuk sibuk penjual kecoh nak balik sangat dah. tah pape dorang ni. tapi bagus jugak. tak banyak la terbang duit DC..

tengahri tu windy yang heavy. matahari bersinar kemain. tapi tak panas. PANAS YANG TAK PANAS. cemana tu.. panas yang sejuk. semua angkara angin. memasing muka kelat je nahan sejuk. kami gerak awal la ke Southend-on-sea. OTW nak ke sanun. humaih jem la pulak. bersusun keta. semua pakat buat plan yang sama ke macam kitorang. Pokcik Garmin kata 16 minit je. sampai 45 menit harung jem. 15 tunggu parking. Puteri pun jenis tak penyabar macam omak eh. meraung je keja dalam keta.

turun keta.. ha ambik ngko. aku ingat dapat la parking dekat sebelah sipi sipi pantai ke kan. parking penuh. kulu kilir membawak piuk nasik letrik kluar masuk kedai kat bangunan The Royal. HAHAHAH pemalas nak transfer ke bekas lain la gamaknya. aku le tu. pura pura le tutup dengan baju spare puteri.. agagaga.. eleh kalau tak tutup, takde sapa heran pon. :D

masuk TK Max kengkonon nak carik le jumper terjun sebab lemak lemak tepu kat badan DC dah tak berdaya nak menepis angin bayu. saiz pulak tak izinkan. harung je la ye bangg!

Southen Pier - naik ataih (bayar) boleh pegi ketengah tengah laut lalu jeti khas


alamakkkkk banyak pulak natang menan menan ni manggil. cehh tak pandang pon. puas dah main kat Disneyland ritu. wewoooo jual mahal! :P padahal jenuh pujuk anak tak yah la main.. kikiki. kita datang nak main kat pantai. soo hanya PANTAI..

kawasan tempat main main ni FREE je masuk.
TAPI setiap mainan nak main kena bayar..
sama je la macam tempat main-main yang lain


kitorang yang dah sedia legam ni pi berjemoq plak kat tepi pantai nun. bukan sengaja. tapi sebab takde pilihan. manade tempat teduk ala ala pokok kelapa melambai ke hapa. maka santai la atas hamparan tikar di tepian pantai yang di penuhi peables kecil kecil. macam alien je kitorang jadikan bayang stroller Puteri tempat berteduh. peduli hapa. silau.. lalu makan betul betul di tengah tengah matahari (rasanya). ini betul la makan tengahari.



Hariz kena pakai baju besau. baru beli kat CB, Hakim punya.
terpaksa pakai sebab sejuk. lupa bawak jumper. besau pon besau laahh


lama jugak .. bagi anak anak bebas main pasir. pelik je. kalau kat Mesia punya larang main pasir. sini macam terkinja kinja carik nak main pasir.. haa pegi laaaa. macam susah no nak jumpa pasir kat London. dah sume batu. mana nak carik pasir. blakang umah ada je. ntah ntah banyak taik anjing. tak yah laa



menikmati pemandangan pantai luas terbentang indah ciptaan Ilahi. pelbagai ragam manusia kat situ. pelbagai bahasa. lucu tengok gelagat sorang atuk mengejar sampah yang lari laju. dibawa angin kuat. tak mahu di buang agaknya.. lalu sampah tu membawa diri. haha.. gila imaginasi.


anak anak super duper kotor aritu. hembusan angin laut buat rambut masing-masing jadik keras. tangan kaki semua berpasir. bawak sampai London pasir. termasuk debu debu. balik rumah MANDIIII ..


jenis pantai yang tak boleh mandi. stakat nak cecah cecah kaki tu boleh la layan. pemandangan memang cantik. kualiti air kotor. berkeladak. pegi jeti ketengah tu kengkonon nak tengok la ikan berenang gumbira. cis nampak lumut banyak plak overtake. mungkin sebab air surut.

angin laut buat perut lapar berganda. OTW balik sume keletihan. SENYAPPP tido sumorang. AMANN.. sampai umah cergas pulak..


4 comments:

Anonymous said...

best la baca celoteh linda ni...

DrMaya said...

nak mandi pantai bersih jernih putih mai la gold coast neh..ahaha, piuk belanga tu nape tak buh dalam beg? akaka..

MakSuSuE said...

dot..ko yg nmpk kurus..@ camera efect..hahaha..agak2 blk msia nnti ada ke bekal2 gini bagai..huhuhu..ce cita..ce cita

Rafidah said...

fa10 - banyak celoteh merapu je..:D

k.maya - ouh yeke. ada rejeki sok2 pegi ausie plak ye. piuk blanga plan nak bawak jugak. tapi sebab tangkai panjang menjulur plak kluar dari beg.. kahkahkah.. ceh itu nak pindah namanya.. ;)

kak sue - kurus?? alamak terus rasa mcm nak makan banyak.. hihi
dolu2 g berjalan takde maknanya nak bwak kejadah bekal2 ni sume. lenggang kangkung. tapi rasanya lepas balik ni kena gak la buat cenggini. syok jugak. jimat. cuma lotih plak nak layan masak2 ni. adoii..