Tuesday 19 July 2011

Jalan2 Eastern UK - Great Yarmouth, Norwich


sambung cerita jalan jalan...

pagi Sabtu 9 Julai tu pagi pagi settle breakfast sume kami pun memulakan pengembaraan. dalam pada sakit sakit bengkak dagu dek benjol tu sanggup ku tahan jebat. sebab dah book travelodge murah. kang tak pegi rugi pulok. so gamba gamba aku sememeh sambil posing tutup dagu :P

travelodge yang kami booking tu takde parking lot. pasal dekat dengan bas station. maka DC parking keta jauh dalam bangunan seberang sana. dah le sampai waktu malam walaupun terang benderang (maghrib lewat musim panas). bangunan supermarket pun dh tutup. hampir terperangkap dalam bangunan pasal tak jumpa jalan kuar.. abis pintu sume dah tutup. nasib jumpa cleaner. kami dah berdondang dendang dalam bilik hotel. hihi sian dia..

pagi tu sebab pagi sangat. town centre pun masih mati lagi so aku decide pegi Great Yarmouth dulu. sengah jam dari Norwich. masa sampai tu town dah bukak dah. siap parking terus tuju ke laut. sebelun sampai laut kena melalui derean kedai. outchhh.. terbang pound. menan skit punya banyak..

boleh tertinggal stroller pulak. haaaa menapak la cik Puteri. bagus jugak penat dia masuk keta terus pengsan. senyap.. hihi.


bagi mereka main pasir. cantik pasir pantai kat sini. halus je.


ni nak berkebun apa ni. errr tanaman apa ye sesuai di tepi pantai ..:P
air laut tengah surut. nak ke persisir pantai sikit punya jauh. so bagi anak anak main pasir kat kawasan dekat dekat je.. hiks


tetiba terjumpa....




keldai comel

dapat la anak anak berkenalan dan beramah mesra dengan keldai comel ni. :D


baik benar keldai ni. elok je tak melawan. jinak amat.


lalu kami bagi peluang kat anak anak naikkk..




wahhhh kemain suka cik Puteri.
slumber elok tegak je berdiri atas keldai tu.
tak takut langsung ;)

kasik dorang main puas puas ye.
susah nak jumpa pasir pantai kat London.




banyak pulak mainan kat sana.. masuk free.. nak main baru bayar. sebenarnya sekali main tak lah mahal sangat. cuma 50p, 1 pound. TAPII kalau dah berempat yang nak main 7-8 mainan tak ke mahal jugok tu.. aiskk.. sabo je la. makaaa.. bagi main sikit sikit je :P

seterusnya kami ke Norwich Town Centre..


aiskrim time

ate terkejut beruk tengok patung ni sebeno nya bukan patung.. ORANG! cis..cik Puteri nangis nangis tamo dekat..hiks.. abang abang siap gelakkan orang tu bergerak gerak macam robot..

bizi jugak Town dorang. ramai orang.. dah nama town kan :P


Royal Arcade ni errr tade jual kain ela yea.. :P


kebetulan ada perarakan sempena sambutan Mayor Norwich Celebration rasanya.. dapatlah tengok perarakkan. ralit lama nau kat sini..

sesak napeh ramai orang.. kami pon berangkat ke Cambridge. niat nak nyinggah rumah kak Sham..

bersambung....

3 comments:

Unknown said...

huiiii nak ikut jugak laaaa duk sana ! hahaha

**aiskrim biru tu mcm sdp la sis..

Aleyn said...

Mesti terkejut tengok patung orang tu ek....tetiba gerak...hehe

ummi_ziz said...

bestnya jln2..!seronok tgk ank2 akk naik keldai tu..dah mcmnaik kuda plak..hihi..kesian akk sakit dagu..get well soon k!:)