Tuesday 12 July 2011

Tetamu fr Malaysia - Crew TV3


minggu lepas.. DC telah dilantik secara rasmi jadik 'prebet sapu'..hihi. tau ke apa prebet sapu? pandai pandai le carik makna.. haha.. Alhamdulillah

selama seminggu jugak ngato crew tv3 ni kulu kilir buat pengambaran, interview orang, shopping gadget dan macam macam lah. lokasi sekitar London. luar London pun hanya pegi Bicester Village je. kalau ikut sampai Durham atas UK sana kena bermalam. so DC mana mau tinggalkan kami. kena lah tido bawah ketiak isteri gitu..haha. :P

mereka datang membuat rakaman untuk program baru kat tv3. berkisar kepada ILMUAN ISLAM. bagus la kan buat program berbentuk information ilmiah. banyak sangat dah program lagha kat tv tu.

orang hebat hebat seni ni sume. hebat gadget camera dan video. beli gadget tah bapa ribu habis. perhhh.. salah sorang tu Director, sorang interviewer, 2 orang cameraman. DC cerita cara keja pun professional. teamwork terbaik lah. cool je suma. dorang ni dah boleh buat production sendiri kalau mahu. datang sini tujuan keja. dalam masa yang sama cari bahan rujukan. buku buku, dvd nak buat refer. continuous belajar, reserch dan membaca. hebat betul. sume sume tu penah menang anugerah katogeri masing2 dalam tv3.

sempat jugak DC dapat ilmu pasal dunia seni, dunia pengambaran, cerita tentang tv3 secara tak langsung. bagus kan. siap ikut dorang pegi interview dan buat pengambaran sekitar kota London. jadi pemandu pelancong takda lesen. :D

hari last tu kami ajak singgah rumah. jemput makan makan. pekena sup ekor..hehehe. encik director tu tak makan pulak sup ekor. dia mengamalkan pemakanan sihat. adeh.. sian dia. sempat melepak kat rumah kami 3 jam je sebab malam tu dah kena pegi heathrow pulak nak balik Malaysia.



dorang kata DC boleh jadik pelakon. watak sebagai gengster ganas. tapi tak boleh senyum. kalau senyum je FAIL lakonan ..HAHAHA. sume orang 1st time tengok atau jumpa DC semua cakap macamtu tu jugak. ganas dan gangster je muka. padahalll.. sesabor ummat.. hihi. suka gelak gelak, cakap pun releks je. macam tada problem je.

kaki shopping jugak brader lelaki ni sume. jenuh meracun DC beli itu ini. murah kat sini. kat Malaysia mahal ni. tunjuk kasut, tunjuk beg, tunjuk perfum .. reaksi DC.. ermmm senyum je.. dorang pelik.

masa nak balik.. hantar kat Heathrow, access luggage dorang melebihi 60 kilo. gila ah. takpe dorang ada bajet utk bayar lebihan tu. tapi tak sangka sebanyak itu. MAS kau tahulah. kalau lebih sekilo 40 pound tau. pound woi bukan RM.. so pegi amik kalkulator sekarang. KIRA! huhu

part paling best bila org mesia datang ialah.. makanan..hihi

dapatlah kami ni haaaa.. sambal belacan instat sedap. banyak lebihan dorang punya bekalan makanan masa kat hotel.

banyak lagi.. maggie kari, maggie brand sedap, sambal bilis tempe, nescafe 3 in 1 dan hot coklat 3 in 1. namanya rezeki kan..hehe best lah

harap harap kalau dorang datang lagi boleh la contact contact kami.. ada sesapa reader nak jadik pelakon. boleh kami rekmen kan... haha (gurau je) :P

3 comments:

Fazlinil Irma said...

ya ampun... 60 kilo lebih.. kita ni sekilo pun dah kalut mcm ayam berak kapur.

dorang relax je. huhuuu.

ke boleh claim kat tv3..? ;D

Rafidah said...

memang dorang dah standby bajet tv3 bagi tapi tak sangka sampai sebanyak itu. nasib c.din kenal manager MAS. at last dpt jugak kurangkan bayar. dorang kira 40 kilo je. yg lain tu kira diskaun. rezeki. :) so kena byar dlm lebih kurang 1600 pound je.. yg jadik berat tu sbb dorang beli byak buku2 dn equipment camera yg xde jual kat mesia..hihi

Anonymous said...

wah bnyknye stock mknan fida.. tu yg seronok org mesia dtg .kalau org mesia dtg ,ct mesti soh bawa maggie .. tu lah paling penting ..