Sunday, 31 July 2011

kembali !!!

oh mak lama nya coti..!!!! coti naip blog. hihi

cerita Jalan2 Eastern UK pon tak abish lagi. ni nak tambah lagi cerita jalan jalan TOUR DI UK.. ya aa awww.. suka! suka!! suka!!!

yang tak suka nya pound kami susut skang ni.. :P buka puasa ala kadar je la yek.. ;)

besok 1st Ramadhan tahun ke TIGA di perantauan.. hukhukhuk. bila Ramadhan je sedih .. bila Ramadhan je sedih.. menghitung bulan skang ni nak balik Malaysia.. sangatlah tak seronoknya berpuasa dan beraya kat UK ni. apakan daya.. takde pilihan. harung jugak lah. penat lah nak sedih sedih.

marilah kami enjoy saja sisa hidup di bumi permaisuri UK ni. ntah bila hayat lagi nak datang kalau dah balik nanti. memang tak ada lah jawabnya. rezeki dapat datang sini kira beruntung. aku ni kira macam sabut lah.. untung sabut aku timbul..

plan jalan jalan dah lamaaaaa dah. sejak balik europe dulu. penuh teliti perancangan. committee nya kami berdua aje. peserta kami jugak berenam. susah tahu kerja kerja perancangan ni. sempat gaduh gaduh lah :P itenary DC buat, aku tulis apa dan mana tempat nak pegi je. transport pun dia settle. makan pakai aku settle, contact kengkawan nak ziarah pun aku settle. kami bagi bagi tugas. apa yang penting kerjasamaaaaa.. lalalalalaaa

kena buat sehabis teliti sebab percutian paling lama .. selama LAPAN hari ! dan paling jauh ! non stop!

bermula 23 Julai 2011 hingg 30 Julai 2011 ..

sebab memang timing tu je yang ngam ngam sebelum bulan puasa dan tarikh anak anak mula cuti skolah akhir tahun (summer holiday)

route of tour :

LONDON - SCOTLAND - YORKSHIRE - WEST MIDLANDS - WALES -
EAST MIDLANDS - LONDON

sikit sikit lah aku citer yea..

nak abish kan dulu cerita cuti Eastern, UK dulu..

betul lah orang kata JAUH BERJALAN LUAS PEMANDANGAN .. tambah pengetahuan. lagi lagi untuk orang yang macam aku ni. tahu Malaysia je. luar Malaysia je dah lost. yela dulu blaja kat skolah teori je. tengok peta pun tak lulus lagi :P

orang yang tak bersyukur duduk kat Malaysia tu pegi la keluar tengok negara luar macamana. pegi dok palaestin sanun.. :P melancong ke UK ni untuk org kaya raya je. tapi orang macam kami ni pegi bercuti bajet bajet jimat! macam orang KL pegi melancong ke Penang le.

percutian ini akan jadi pengajaran dan pelajaran buat kami dan anak anak. :))



Tuesday, 19 July 2011

Jalan2 Eastern UK - Great Yarmouth, Norwich


sambung cerita jalan jalan...

pagi Sabtu 9 Julai tu pagi pagi settle breakfast sume kami pun memulakan pengembaraan. dalam pada sakit sakit bengkak dagu dek benjol tu sanggup ku tahan jebat. sebab dah book travelodge murah. kang tak pegi rugi pulok. so gamba gamba aku sememeh sambil posing tutup dagu :P

travelodge yang kami booking tu takde parking lot. pasal dekat dengan bas station. maka DC parking keta jauh dalam bangunan seberang sana. dah le sampai waktu malam walaupun terang benderang (maghrib lewat musim panas). bangunan supermarket pun dh tutup. hampir terperangkap dalam bangunan pasal tak jumpa jalan kuar.. abis pintu sume dah tutup. nasib jumpa cleaner. kami dah berdondang dendang dalam bilik hotel. hihi sian dia..

pagi tu sebab pagi sangat. town centre pun masih mati lagi so aku decide pegi Great Yarmouth dulu. sengah jam dari Norwich. masa sampai tu town dah bukak dah. siap parking terus tuju ke laut. sebelun sampai laut kena melalui derean kedai. outchhh.. terbang pound. menan skit punya banyak..

boleh tertinggal stroller pulak. haaaa menapak la cik Puteri. bagus jugak penat dia masuk keta terus pengsan. senyap.. hihi.


bagi mereka main pasir. cantik pasir pantai kat sini. halus je.


ni nak berkebun apa ni. errr tanaman apa ye sesuai di tepi pantai ..:P
air laut tengah surut. nak ke persisir pantai sikit punya jauh. so bagi anak anak main pasir kat kawasan dekat dekat je.. hiks


tetiba terjumpa....




keldai comel

dapat la anak anak berkenalan dan beramah mesra dengan keldai comel ni. :D


baik benar keldai ni. elok je tak melawan. jinak amat.


lalu kami bagi peluang kat anak anak naikkk..




wahhhh kemain suka cik Puteri.
slumber elok tegak je berdiri atas keldai tu.
tak takut langsung ;)

kasik dorang main puas puas ye.
susah nak jumpa pasir pantai kat London.




banyak pulak mainan kat sana.. masuk free.. nak main baru bayar. sebenarnya sekali main tak lah mahal sangat. cuma 50p, 1 pound. TAPII kalau dah berempat yang nak main 7-8 mainan tak ke mahal jugok tu.. aiskk.. sabo je la. makaaa.. bagi main sikit sikit je :P

seterusnya kami ke Norwich Town Centre..


aiskrim time

ate terkejut beruk tengok patung ni sebeno nya bukan patung.. ORANG! cis..cik Puteri nangis nangis tamo dekat..hiks.. abang abang siap gelakkan orang tu bergerak gerak macam robot..

bizi jugak Town dorang. ramai orang.. dah nama town kan :P


Royal Arcade ni errr tade jual kain ela yea.. :P


kebetulan ada perarakan sempena sambutan Mayor Norwich Celebration rasanya.. dapatlah tengok perarakkan. ralit lama nau kat sini..

sesak napeh ramai orang.. kami pon berangkat ke Cambridge. niat nak nyinggah rumah kak Sham..

bersambung....

Monday, 18 July 2011

Tetamu Indonesia

sejak 15 Julai smalam kami ada tetamu dari Indonesia. dalam minggu ni aku terel lah ngomong ngomong indon. hihi.

Rita namanya. student PhD di German. bawak mama dan abunya ke London untuk pusing pusing. udah mau pulang terus ke Indonesia bulan sembilan nanti. makanya mama sama abu nya di bawa berjalan jalan duluan sih. Rita kawannya Mila (kawan ku di sini). mereka di sini hingga isnin.

dapat juga merasa Rendang Daging dan Ayam Aceh..:) dan coklat dari German :))

mereka sampai sni Jumaat lewat petang. mama nya Rita ngak sihat kok. lagi Athsma sesak napas. kepalanya pusing. kasihan loh. semalam ngak bisa kemana mana. lalu bapak Din (DC) ngantarin ke pak dokter ajah.. payah jugak mau ke doktor kerna mereka tourist. enggak register sama NHS..

eh letih pulak ngomong Indon.. kikiki

kami survey klinik yang tak payah guna NHS. just walk in je. sebab nakkan prescription ubat. sini takleh la pharmacy nak bagi kalau kita nak beli gitu gitu je ubat kalau kita tak ada presciption doktor. sebab tu kena carik doktor jugak.

at last dapat jugak sumber Medical Centre yang tak perlu register NHS. korang pun kena tahu ni.. maksudnya sesiapa saja boleh terjah kalau sakit. selalunya pelancong la. servis pon terus dlayan. tak payah pegi emergency hospital. pegi hospital pon lambat sebab beratur dengan ramai orang tempatan.

untuk yang duduk dekat area Uxbridge boleh pegi SINI.. mudah. masuk.. isi borang sikit.. tunggu nama di panggil.. terus dapatkan rawatan segera. oleh sebab mama Rita asthma, dia kena gas je dan diberi prescription antibiotic dan Ventolin. lepas kena gas barulah beransur sihat. nafasnya pun clear dah. tak berbunyik kuat. kesian Rita. risau banget deh.

besoknya Ahad, bila tengok mama Rita dah sihat DC jadik pak supir (prebet sapu) hantar berjalan jalan sekitar Central London mahu melihat lihat bangunan tinggi..;). mudah berkereta. mama Rita tak perlu banyak sangat berjalan.

lepas subuh Isnin semalam DC dah hantar ke Stansted Airport untuk mereka pulang ke German. lama lagi di German. hampir sebulan. Abu Rita (ayah) tu aku rasa orang berpangkat di Indonesia. kalau di Mesia mungkin Dato'. tapi kat Indon aku tatau lah apa.. protokol juga orangnya. nampak begitu educated. pernah jadi Lecturer di Universitas IAIN. ada jawatan dalam parliamen di sana. apapun humble aje orangnya. mereka asal dan tinggal di Aceh. siap jemput kami ke rumah nya di sana. see.. dah ada accomodation dah kalau nak pi melancong kat Aceh..hihi. sedih juga dengar cerita ahli keluarga Rita ramai juga yang meninggal semasa Tsunami termasuk nenek dan makcik pakciknya..

moga ukhwah ini diberkati Allah s.w.t. AMINN.. terima kasih dan kemari lagi ya.


cerita ni cukup bagi menjawab soalan lama tak update blog :P .. bizi melayan tetamu deh..