Tuesday 24 May 2011

BBQ Malaysian-Brunel

lama nya tak update... ada update tapi tengah kusyuk mengarang tetiba nak publish.. internet line bengong. haiyaakk mood update terus padam. apa yang aku karang citer merepek dah tak save. nak tulis balik idea pon dan pupus..

Malaysian Brunel ni untuk semua geng Malaysia yang blajaq kat Brunel University termasuk family. ni je cara nak rapatkan silaturahim sesama Malaysian kat sini.


ok lah citer latest lah.. xtvt pertama la DC as tok penghulu kampung Malaysian di Brunel University. memang xtvt last minit. main redah dan planning xpress sangat sangat. idea dah ada nak buat BBQ outdoor cuma nak carik date sesuai. tetiba Jawatan Kuasa Kampung sibuk nak jalan sakan next week dan terus nak balik Malaysia 3 bulan.. MAKA terpaksa buat jugak minggu lepas. timing tak bleh nak undur dan tak boleh nak extend. aku bayang .. alaa mesti takde orang datang.. sekali tuuuu

ehhhh RAMAI laaa.. best betul la.. happening sungguh. tak sangka ramai jugak yang turun. ada adegen pujuk memujuk. adegen panggil memanggil. calling calling. dua keluarga Kak Ina/A. Kubib dan Yus/Aidi yang duduk kat Luton pun turun.. whoaaa terharunya.

geng bujang konvoi bas dari Uxbridge. TAPI bas no 331 tak masuk dalam lah. dari last bus stop tu kena jalan kaki 17 minit masuk dalam. sikit punya jauh. lebih kurang 15 orang naik bas.. kesian dorang. DC kena ambik dari tempat dorang jalan kaki.

lokasi memang TERBAIKK.. syahdu duduk dalam hutan. privasi je. angin sepoi bahasa. macam tak sedar diri berada kat bumi UK. kena junggle tracking skit. arhh mengimbas kenangan di kampung. fuhh rindunya tanahair. TETAPI malangnya TAK ADA TANDAS.. hadoi lah.. tandas ada tapi kena keluar jauh lah. kena nek keta. tempat tu nama Ruislip Woods ; Poskod UB9 6LZ. ni 1st time buat outdoor. selalunya sewa bilik mesyuarat atau pakai rumah salah sorang student. bila buat kat luar mencabar lah skit. air basuh tangan pun kena bawak dari luar.


kat UK ni tak boleh sukati mana mana nak buat BBQ. boleh kena saman. kiranya tempat ni memang khas dibolehkan buat BBQ laa..



xtvt BBQ berjalan lancar. jerit jerit takde sapa peduli. anak anak bebas berlari. makan rebut rebut. main menu ayam BBQ aka ayam percik. sekali ramai kerumun kat Ikan Cencaru Bakar cicah air asam pulak..:D. kaum pompuan konker habis. kaum lelaki plak malu malu nak amik ikan bakar pasai sume orang pompuan mengadap 2 dapur bakar ikan sambil makan. siap je bakar terus sambar panas panas. mak aihhhhh masyukkk habis.. gila ah dorang .. ratah je. bawak nasi 2 periuk .. sepiuk je habis. sepiuk lagi tak usik.. kehkeh.. semua macam kucing lah.



bila ikan bakar habis barulah serbu kat ayam pulak. orang lelaki plak yang kerumun. kami plak yang malu malu nak amik ayam.. makan panas panas memang terbaik lah. tak sedar TERmakan sampai 3-4 ketul. :D.. dan semua bawak potluck masing masing. puas makan ayam barulah carik carik makanan yang dibawa.




syok nya lah. makan makanan panas panas. borak borak. ketawa ketawa. mana mana yang tension buat Phd tu boleh lah release skit. kot kot lepas ni idea datang mencurah curah nak nulis. yang habis exam lagi lah enjoy.


dorang kata ayam yang aku perap tu rasa satey. aik? aku ingat ayam BBQ.. so aku istihar ianya ayam percik lah.. sedap kata mereka.. ALHAMDULILLAH. risau jugak. kot kot lah tak menepati citarasa. 6 ekor ayam saiz besar habis licinnnn.. 25 ekor ikan cencaru bakar pun sangatlah licin.. takleh nak tapau :( ..

dah kata buat BBQ kat dalam hutan kan kan.. soo sampah pun kena angkut bawak balik ke Uxbridge balik.. haha. kesian Loko and the geng tolong kami bawak dan buangkan sampah tu. erkkk sebab keta kami dah fenuh.. hehe

start hampir pukul 2 petang.. pukul 6 baru settle. legaaa selamat semua xtvt BBQ. nak balik tu sekali enjin kereta tak boleh start daaaaaaa.. aduh. pehal lak ni ..

mujur K.Sha dan A.Husni gerak paling lewat. dapat mintak tolong pinjam jumper. (betul ke jumper). bateri kereta kong pulak. anak anak main lampu tak padam. hishh.. kalau tak menolak lah kami. itupun kalau MPV 7 seater tu boleh gerak lah. kalau tak.. bermalam kat situ laaa.. isk tanak laaa.. Thank A.Husni, K.Sha dan Bahtiar.


semoga xtvt macam ni mengerat silaturahim antara kami. kenal lebih rapat. susah senang masalah boleh kongsi dengan rakan seperMalaysian. kan kan. nak mintak tolong time kita tengah susah pun tak lah malu sangat. kami kena beringat komuniti Malaysia bukan ramai sangat. kalau kita tak tolong sesama kita abis sapa lagi .. eh tazkirah plak :P


2 comments:

Anonymous said...

Akak, saya ni nak sambung belajar kat Brunel september ni. HAHA. okbai

Anonymous said...

Maybe akak boles buat satu pos tentang Brunel Uni, apa kami perlu tahu. rumah sewa kat mana. shopping kat mana, semua lah.