Wednesday 11 May 2011

Majlis Tahlil & Perjumpaan Malaysian@Brunel Uni.


Sabtu - 7 Mei 2011

geng Malaysian@Brunel Uni. buat jumpa gether gether. buat majlis bacaan Ya-sin, tahlil dan doa selamat. rasa macam lama dah tak jumpa jumpa macamni. sekali jumpa haaa macam macam la cerita keluar. aku? dengar je banyak..

ntah aku ni jenis kalau jumpa dengan orang yang banyak cakap secara pukal macamni aku jadi diam plak. tak reti nak mula borak cemana. crita basic basic je. kalau orang tanya jawap. kalau tak banyak diam je. dengar cerita orang lain yang bombastik lagi best. crita aku tak menarik sangat nak di dengar. hehe

masa tahlil ritu sempat jugak masukkan nama arwah abah. hanya kiriman doa untuk arwah abah yang dah lebih 10 tahun pergi tinggalkan kami. masa tu aku tengah pregnen kan Hakim (anak sulung). tengah tunggu hari nak beranak dah. tak sempat dia tengok cucu ke 4 dia. masa aku preknen dia selalu cakap kat aku ni bandaraya..HAHA sebab aku kuat makan masa mengandung. makanan sumorang tak habis aku sapu. tak ke bandaraya namanya. abah memang lawak. 10 hari lepas dia meninggal aku pun bersalin. kesian mak depress. abah meninggal tak ada tanda. dijemput Illahi masa dalam tidur. bangun pagi arwah abah dah sejuk. dah tak bergerak dah. kami semua ada kat rumah masa tu kecuali Supi (adik yg bongsu) sebab dia kat asrama kat Bt Pahat. selalu arwah keluar masuk hospital sebab Gout dan Jantung. meninggal di rumah sebelah mak juga akhirnya. doube perintah berkurung buat mak. jaga aku pantang lagi.

aku tahan diri dari nangis sebab uztaz kata tangisi meratap kematian akan menyiksa mayat. tapi masa kafan kan arwah tengok muka dia buat kali terakhir tak tahan lagi sebak rasa akhirnya tumpah juga airmata ni. sebab lepas ni aku dah tak boleh tengok wajah dia.


masa ni mak nak pegi Mekah. arwah tak pegi sebab dah pegi dulu.
tengok .. muka aku fotostet arwah abah kan kan..

semoga doa anakmu ini akan melapangkang kubur mu Abah ; MOHAMED BIN KAMSI. dan ditempatkan dikalangan orang orang beriman. AMINNNNN


berbalik citer gathering ... petang tu sempat aku buat Mee Kari dan Fruits Koktel. yang mudah mudah je. Mee Kari tu fevret DC la.. hish tak de majlis pun selalu jugak buat kat rumah. setengah piuk besau. bahan 2 ekor ayam baby ciken, fish ball dan mussel. Fruits Koktel tu aku yang suka. haha.. adil la kan. pakai susu cair dan buah buah dalam tin (laici, peach, mix fruits) serta buah segar (stoberi dan plum). makan dengan puding kastad. malangnya kedua menu tak dan nak snap gamba. kocoh kocoh nak pegi. ingat macam dah lambat. nantilah kalau aku buat lagi aku snap gamba ye. fruits koktel tu dah 2nd time buat. tiap kali buat lain2 pulak cara.. sukati aku je bembahan. :D

banyak jugak makanan petang tu. macam macam ada. tu yang best bila pot luck kan. boleh rasa makanan dari pelbagai air tangan pelbagai negeri. air tangan kedai pon ada :P sume sume perut meleyu la kan.. nasik wajib la hado. lauk macam macam. ayam masak gulai, daging masak darat (aku dengar la), ayam goreng rempah, sayur campur, bihun goreng. kueh muih plak.. ada karipap, lengkong marble (agar2), muffin, tiramisu kek (whoaaa geng anak daro masak).. apa lagi ehhh... kalau ada teringgal mahap le ye.. korang baca menu je dah kenyang kan. aku yang makan apa lagi. warni warni pinggan..


kali ni datang macam tak ramai la. mungkin minggu exam untuk bebudak undergrad. ada yang balik Malaysia. nak nak pulak geng Malaysian@Brunel dah ramai yang susut. makin kurang. sebab senior 3 femli dah duduk jawooohhhh.. sedihhhh takde bahu tempat nangis. Kak Ina dan Abg Kubaib serta Yus dan Aidi dah duduk Luton.. jauh tu sejam jugak. Kak Azah dan Abg Suzari lagiiiii jawohhhh.. sana nunnnn Labrough jauh ke atas. tengah tahun ni jugak ada yang nak balik for good kan kan Dr Sha. alahai sedihnya.. yang tinggal penunggu setia Uxbridge ni sapa je la lagi..

atas dasar itu DC pulak TERcatat nama jadik tok penghulu kampung Malaysian@Brunel. aku ? kena jadik Rosmah Mansur la kan... kikiki. harapkan dia.. heh alangkan kat rumah aku tanya lain jawab pun lain. simptom otak sarat buat Phd gamaknya.. penolong penghulu Faiz (husband Fadra), penjaga uwang Ezanin, sekscretary (sengaja salah eja) Wieda ahli jemaah lain anak anak daro itu le Izni, Fatin dan bujeng Byron. takde angkat angkat tangan de. main amek je nama terus masuk komputer je. eh instant je eyh.. ntah2 ada tak stuju haaa sentap.. cis aku sorang je x stuju. apa la..

sebahagian rakyat jelata bergosip percutian dan ceramah dari Ustazah Nadia :P

buat kat umah Jef. ni kalau sewa tapak mahal ni. seb bik tuan tanah baik kasik free je. maklomle rumah dah bergaung padang jarak padang tekukur. kehkehkeh

sejemput geng lelaki. ada lagi kat luo tengah berasap ;)

uhuk! gambo den takdo.. tengah jadik kak photographer. DC plak demam waktu tu. tapi control. dah tak tahan ajak balik pulak. kena la ikot. kang pengsan haaa kena sewa craine.. so kami terbalik awal la pulok. sedih :(

apapun kami enjoyyy.. chating chating makan makan.. syok lah.


5 comments:

Fazlinil Irma said...

al-fatihah.tengok muka wak selor teringat kat arwah abang jugak. nak lari mana. muka pun ada iras. anak sedara la katakan.

paling sy ingat bila mak bercerita pasal rumah wak selor. kenduri mesti ada air bandung soda yg kaw2. pakai soda tak main la air.

tapi almaklumlah sy ni semedang duk di perantauan. dengar aje lah cerita.

sekali lg al-fatihah buat ahli keluarga kita yg dah pergi.

Rafidah said...

Ima - a'ah kan. arwah abg wan memang ada muka wak kan.. saiz pon lebih kurang.. ahaha

memang pon arwah suka sangat ngan air bandung soda tu. walau pun bajet besar buat air tu .. takpe katanya.. nak bagi orang makan biarlah mahal. kalau nak bagi air biasa2 org pon boleh buat kat umah sendiri. sebab tu masa hari dia meninggal tu sangat ramai orang sahabat handai datang.. luarbiasa ramai.
AL-FATIHAH buat mereka

ummi_ziz said...

Sedih baca ttg arwah ayah akk ni. Tingat kt abahsy yg jauh..

Rafidah said...

izu - hargailah mereka selagi masih ada. :)

Rafidah said...

izu - hargailah dia selagi masih ada :)