Monday 30 May 2011

Paper Craff - Windmill


minggu ni start cuti mid term. seminggu je pun (28 Mei - 4 June). anak anak kalau cuti... hai lah rumahhh !! boleh terbalik dibuatnya. takpe lah. nak strees pun tak ada ending. rumah bersepah tu maksudnya anak anak creatif. rumah kemas?? errr no komen.

ce ko bayang kalau rumah terlalu bersih hingga anak tak boleh nak main mainan dorang langsung. tersekat jugak dorang punya creativity. cemana nak berimaginasi tinggi mak asyik lah soh kata TAK BOLEH! JANGAN!

tapi kengkadang strees jugak aku ni mak tangga sepenuh masa ni nak harung rumah sepah tiap masa. boleh sesak napas. kalau dah sampai nak jalan pun dah tak nampak lantai. adik pulak kejap kejap jatuh terpijak mainan. itu apa kes?? boleh hangin puting beliung dibuatnya. kang tetiba ada orang ketuk pintu 'assalamualaikummmm'... tentu dalam hati orang tu.. 'MasyaAllah! ini rumah ke apa ni..!" hehehe aku agak aje.

budak budak ni aku dah faham. kalau mama kata KEMAS !! memasing liat je nak buat. tapi cuba kalau kata JOM KITA KEMAS.. atau TOLONG MAMA KEMAS OK .. haaa barulah semangat. nak kena turun padang dan sama sama buat tau. kalau main suruh gitu gitu je.. gemalai je buat. kang ada kuar dialog "bukan Hakim/Hazim/Hariz buat !!!.. kalau buat sama sama. takda tuduh menuduh.. semua kena. termasuk kamu wahai Cik Puteri cilik tukang 'kemas' terbaikkkk..

kadang kadang aku biarkan je. proses belajar memang macam ni la kan.. Puteri tu sejak pandai jalan aku biarkan je dia naik tangga. aku ikut belakang la. guide dia. tangan letak sini. kaki kanan naik kaki kiri ikut naik. kalau abang abang ada, mintak tolong abang abang dia pegangkan tangan. sekaranggg, wahhhh.. naik tangga tak pegang pemegang tangga pun. aku pun dah tak tengok pon dia naik tangga. slumber je turun naik tanpa was was.

xtvt craff hari pertama cuti skolah ni mama suruh mereka buat Paper Windmill. dapat gak tingkatkan fine motor skill. dapat idea kat TESCO punya langganan majalah bulanan kepada ahli Tesco Club Card. nanti click situ laa.. ada cara cara nak buat dan click SINI untuk print template. nanti tekap kat paper lain untuk buat banyak banyak.

kemain suka dapat buat Paper Windmill. letak kat luar rumah laju pusing ikut angin.


Hazim ajar abang pulak.

tapi ikut shortcut. tak ikut sangat cara dalam magazine tu. pakai paku tekan je. tekan kat pencil. jadi jugak.. hek hek..

kalau bab craff ni Hazim lah ketua. kreatif sangat. kami penah belikan sekotak kalender origami. tak jemu jemu melipat. sehari kadang kadang dapat 4-5 benda paper lipat jadik sesuatu. Calender Origami 2010

sehari lipat sehelai.. soooo ada 365 helai origami pelbagai bentuk. benda ni bagus lah untuk otak budak budak.. cuba korang beli dan suruh dorang buat pulak yeh..

asyik belajar akademik je pun bosan kan. selang seli la dengan benda craff ni. benda benda pun proses belajar jugak. belajar dengan cara lebih menarik.

petang pulak lepas Hakim Hazim reading aloud. aku bagi mereka secawan duit syiling 'pence' (kalau kat M'sia sen kale gangsa tu) suruh dorang kira berapa nilai semua. then nanti kita pegi tukar kat mesin syiling kat Sainsburry Uxbridge boleh dapat kupon shopping nilai duit yang di tukar tu.. apa lagi bersemangat mengira 'pence'.. dapat belajar math dan nilai duit. :)




2 comments:

Kak Aya said...

bagusjugak tips buat origami ni...boleh cuba untuk anak-anak kat rumah ni..

Aleyn said...

wooo...idea bernas...nak carik lah origami tu...thanks dear