Tuesday 10 May 2011

Tetamu UK/M'sia

Khamis - 5 mei 2011

tengah tengah malam lebih 11 malam DC kluar pegi amik En Idris. orang UniKL BMI sesama sebumbung ngan DC ni. 2nd time dia datang sini. first ritu masa nak balik Malaysia terus sebab dah habis tempoh extend Phd kat Sheffield. dah kena keja balik. tu yang balik tu. 2 bulan lepas tu (date atas) datang balik sebab nak VIVA.. fuyoo dah VIVA. syok je dengar crita orang bijak pandai habis VIVA. bagi DC sumber inspirasi skit la untuk keyakinan. dia terel la bidang Math. aku nak citer panjang lebar pon tak reti sangat. dari bagi maklumat palsu dan rekaan belaka, baik aku toksah citer.

cuma perjalanan VIVA dia lancar la. lebih kurang 3 jam setengah. agak OK.. ada member dia yang kena lagi cepat dan ada yang kena sampai 8 jam. mak aih.. semuanya tu kan DEPENDSSSSS.. dia punya thesis ada minor correction je. tu pon external examiner cek selai selai kau dia punya thesis. yang penting dia dah bersedia. DC kata ... orang yang buat ke yang expert tentang apa dia buat. rezeki masing masing.

malam sabtu besoknya DC hantar la sampai Heathrow. dapat nek MAS. MARA sponsor. plan nak mintak tolong dia bawak kiriman dari London ke Malaysia. kitorang punya barang. sekali tuu.. dia punya barang pon dah 30 kg. hadoiii.. tu dah campur barang barang orang kirim la tu. hadoii banyak dan berat gila beg. sampai patah batang penyapu aku timbang barang dia. :( tak dapat nak kirim pape. isk sedih. (hoih orang chargeman la ni banyak order barang!)

jenuh jugak dia kurang kurang kan apa2 yang patut kat dalam beg dia tu. mana2 baju teset yang tahpape tu kasi free cycle je la kat kami. termasukkkk..

cekelat ni haaa.. mahal jugak ni sedap plak tu. benda ni je dah nak hampir sekilo. cekelat kan berat. suka la anak anak aku .. :D dan ada beberapa buku buku yang berat. tidak kalu.. kena bayar lebihan berat sekilo 40 pound tuu.. gila mahal. patutnya dia dapat 20 kg je. kitorang mintak tolong kat kawan manager MAS. dapat la lebih 10 kg lagi. itu pun dah rasa malu laa.. tanak la mintak lagi SEGAN.

moga moga DC jugak dapat rezeki yang macam ni untuk VIVA dia nanti. AMINNN..

mat selekeh (DC) dan mat smart En Idris) :P

MUNGKIN akan datang lagi untuk convo ujung tahun ni. tupon kalau kami ada lagi la sini.. kehkehkeh .. tumpang gumbira dah dapat DR..

6 comments:

Kak Aya said...

nampaknya berat barang kiriman melebihi barang sendiri tu ...

DrMaya said...

kalau kita book teket MAS melalui egen mmg boleh mintak extra 10-15kg..tader hal, cuma bagi surat atau call jer

Rafidah said...

kak aya - semua berat. brang sendiri berat. brg kirim pon berat..

kak maya - ouh yeke kak.. sy xtau pon.. sebab xpenah plak booking pakai agen. thank ya for the info..

Anonymous said...

seronok dengar org dah viva... x sabar nak tunggu cik abe kita kan ,tp kesian jugak kat diorng nie nak perah otak.ct x abis lagi jln UK... hehehe

Rafidah said...

ct - tu la.. org sibuk study.. kita plak sibuk pikir nak jalan sana sini. agak2 dorang fenin tak.. kehkeh

Anonymous said...

bkn setakat fenin aje .. berputar kepala nak kira £££ pulak .. hehehe