Wednesday, 8 September 2010

Autumn oh Autumn

salam, Justify Full
dearest diary..

5/9 - sekarang adalah awalan musim luruh ato Autumn. Chocha akan jadik berangin yg kuat. bila angin sangat banyak dan kuat kulit jadik sejuk. sejuk kat kulit terus ke otak. sejuk sejuk ditiup angin. angin marah jugak. bila otak dh sejuk mula lah PENING masa balik dari kedai buku tengahari tu hingga pale mcm nak pitam. kalo tak pose dh telan pacetamol dah tapiiii kena tahan lah dulu. slalu buat cabut2 tambut tu bole ilangkan pening tu. tapi kali ni fail pulak. tak menjadi. paksa diri tido utk hilangkan gagal jugak. pening rase mcm nak kluarkan otak skali dgn isi otak sekejap picit2 pas2 masukkan balik dlm tengkorak nieh. ibarat je laa.. sungguh tension. petang tu masak utk berbuka puasa dlm situasi pening melayang layang. so goreng padprik pon tah apa2 tah. habis je masak n buat air sume tak sempat nak hidang atas meja dah terduduk kat dapo. sebab dok menahan pening yang amat. seksa rasanya nak nunggu waktu buka. rase nak hantuk2 pale kat dinding sbb sakit sangat.

ni la nama dia sindrom pertukaran cuacha kat London. asal tuka cuaca je pening, demam eh mcm2 sakit yg kuar. sama lah dgn anak2 nieh. Hakim lak dh stat bergas gas skang ni. sesak napas. Puteri pulak hari ni dh stat kuar hingus kat idung.. yg lain stakat ni Alhamdulillah ok. .bila la agaknya bole adapt dgn cuaca sini ye. tiap kali tuka choca ada je tak kena. kang sejuk terlalu sejuk. panas pulak terlalu panas. haishhh memacam lah. Syukur jugak duduk M'sia hanya musim hujan dan panas. tapi yg best pasal Autumn ni berangin yg kuat jalan kaki lah brapa kelometer pon peluh tak bau ok. mentain jek. yeay. tak mandi org tak tahu.. kahkah

lepas buka pose tu .. minum air panas segelas then telan paracetamol 10 minit tu ehh mcm magic b. ajaib.. ilang pening. isk nge ngada btol nak pekena ubat baru nk ilang. maleh sebenarnya nak telan dadah ni tapi terPAKSA baru telan.


tgok laa budak tecit nih dah promote daun maple yg dh gugur selai dua tuu.. wahhh gumbira jek..
hehe..

ok adios

Sunday, 5 September 2010

Pesanan Buat Suami

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

KOMEN AKU :

memang orang lelaki (tak semua) selalu nampak problem prempuan ni suatu yang remeh dan mcm xde nilai sebab orang perempuan mcm aku ni selalu sangat memikirkan menda menda yang remeh temeh, halus dan teliti. jangan ingat benda remeh temeh tu tak penting dan tak bernilai. sebutir berlian itu halus tapi nilai nya sangat tinggi dan berharga.

Story ke Cardiff (III)

1/9/2010 - arini la DC kena present paper dia. tengok dia confident dan dah bersedia dah tu.. ape lagi nak kata GOOD LUCK yea Bang.. buat yg terbaik..

sementara dia dah pegi Uni. Cardiff tu aku pon bersiap siap laa nak chek-out pukul 12. pagi2 tu nasik lebih semalam aku goreng (pakai rice cooker ok) untuk berbuka dalam bas petang karang. lpas tu siapkan anak2 sorang demi sorang. kemas beg2 sume. sbb nnti 11.30 pagi DC balik dari conference tu kami nak terus check out. kami bagi lah kelonggaran kat Hakim Hazim supaya tak puasa sebab kesian tengok mereka semalam. bila dah tak puasa tu haruslah kena habiskan makanan yg masih tinggal tu. x mo le bwak balik ke London mknn tu sume. soo mereka pon makan lah tak henti. 11.30 pagi tu dah habis berKEMAS DC pon pulang kat bilik utk check out. lepas check out huyung hayang la usung beg pegi Uni Cardiff utk tunggu DC habis present paper. dia punya turn pukul 3 petang. soo smpat lagi curik2 mase beli fridge magnet sebagai kenang kenangan kami dh sampai sana..


sooo ape lagi berkampung lah kitorang anak beranak mcm pelarian vietnam kat Park Uni. Cardiff .. santai2 lah anak2 lari sana lari sini BEBAS lagi. habis sgala bunga dan serangga di snap oleh anak2 sepanjang berada kat Park tu. sebab aku kata Hakim Hazim Hariz Puteri pegi lah explore park ni... wahhh melompat le mereka suka..

DC present paper 15 minit je.. Alhamdulillah segala bejalan lancar sperti yg dirancang. dia mengaku tak gugup dan lebih confident dari yg before this. BAGUS lah.. Mama tumpang happy..

berJALAN la kami beli stok jajan (means mknn ringan) utk mkan dlm bas, agenda buang2 sisa kumbahan dari perut then terus ke Bas Stop utk nek bas balik ke London. skali driver bas tu tegur.. "tak boleh makan dalam bas" sebab dia nampak Hariz dgn Puteri masih mkn Crips. alamaakkkk kami kena berbuka Puasa kat dlm bas cemana nieh??? arhhhhh sorok2 lah.. hehehe.. leceh jugak bila xleh mkn dlm bas neh.. ye looo bas nya ngalahkan kapal terobang Air Asia tu .. mcm Coach Mewah gitu .. takut koto gak nya. toilet dlm bas pon special bersih sangat2. udah anak2 ni keja nak buang air je lee.. haishhh..


6.15 petang terus bas gerak .. skali bas tu singgah kat Bristol daaaa.. lama lak tu 15 min amik orang dari Bristol utk ke London jgak. bila bas brenti ape lagi budak2 ni ingat dh sampai memasing bangun dari tido. sume jadik segar bugar. adehhh letih la pulak melayan memacam kerenah dlm bas. pukul 8 tu sedih buka puasa dalam bas. sepatutnya 3 jam udah jadik 4 jam .. udah jalan berbelit belit .. 10.30 baru sampai Victoria Station. dari sana naik Tube pulak nak sampaikan kat rumah. turun naik tube dgn beg baju serta anak yg berderet deret di tengah malam kat tengah kota london buat org mandang kami mcm kehairanan. bayang la Puteri xmo naik buggy tu nak jln kaki sepanjang jln. udah le selangkang kita dua langkah dia menSLOWkan journey la .. bila tiba nek turun tanga paksa jgak dia nek buggy tu dgn jeritan high pitch tu sume org mandang. dah sampai Uxbridge Town Centre tu tunggu le bas nak turun dekat bas stop blakang umah. tungu punya tunggu bas mcm xde tanda nak jalan .. dah 500 meter jalan kaki 2 bas skali gus jalan depan kitorang .. grrrr geram.. terkedek kedek lah kami sekeluarga meredah kepekatan malam diiringi sayup sejuk menghembus muka utk nk sampai ke rumah. 11.45 malam berjalan kaki dari town ke rumah secara berato sekeluarga seolah jam baru pukul 6. kesian tak kami. aku kesian tgok anak2 ni. kepenatan turun naik kenderaan awam. sedangkan esok adalah 1st day utk ke skolah. Maafkan Mama dan Ayah yea..

tepat jam 12 malam kami masuk rumah.. anak2 terus pengsan ketiduran zzzzzzzzzz.. keletihan yg amatss

tamat lah percutian SUMMER 2010. THE END