Sunday, 5 September 2010

Story ke Cardiff (III)

1/9/2010 - arini la DC kena present paper dia. tengok dia confident dan dah bersedia dah tu.. ape lagi nak kata GOOD LUCK yea Bang.. buat yg terbaik..

sementara dia dah pegi Uni. Cardiff tu aku pon bersiap siap laa nak chek-out pukul 12. pagi2 tu nasik lebih semalam aku goreng (pakai rice cooker ok) untuk berbuka dalam bas petang karang. lpas tu siapkan anak2 sorang demi sorang. kemas beg2 sume. sbb nnti 11.30 pagi DC balik dari conference tu kami nak terus check out. kami bagi lah kelonggaran kat Hakim Hazim supaya tak puasa sebab kesian tengok mereka semalam. bila dah tak puasa tu haruslah kena habiskan makanan yg masih tinggal tu. x mo le bwak balik ke London mknn tu sume. soo mereka pon makan lah tak henti. 11.30 pagi tu dah habis berKEMAS DC pon pulang kat bilik utk check out. lepas check out huyung hayang la usung beg pegi Uni Cardiff utk tunggu DC habis present paper. dia punya turn pukul 3 petang. soo smpat lagi curik2 mase beli fridge magnet sebagai kenang kenangan kami dh sampai sana..


sooo ape lagi berkampung lah kitorang anak beranak mcm pelarian vietnam kat Park Uni. Cardiff .. santai2 lah anak2 lari sana lari sini BEBAS lagi. habis sgala bunga dan serangga di snap oleh anak2 sepanjang berada kat Park tu. sebab aku kata Hakim Hazim Hariz Puteri pegi lah explore park ni... wahhh melompat le mereka suka..

DC present paper 15 minit je.. Alhamdulillah segala bejalan lancar sperti yg dirancang. dia mengaku tak gugup dan lebih confident dari yg before this. BAGUS lah.. Mama tumpang happy..

berJALAN la kami beli stok jajan (means mknn ringan) utk mkan dlm bas, agenda buang2 sisa kumbahan dari perut then terus ke Bas Stop utk nek bas balik ke London. skali driver bas tu tegur.. "tak boleh makan dalam bas" sebab dia nampak Hariz dgn Puteri masih mkn Crips. alamaakkkk kami kena berbuka Puasa kat dlm bas cemana nieh??? arhhhhh sorok2 lah.. hehehe.. leceh jugak bila xleh mkn dlm bas neh.. ye looo bas nya ngalahkan kapal terobang Air Asia tu .. mcm Coach Mewah gitu .. takut koto gak nya. toilet dlm bas pon special bersih sangat2. udah anak2 ni keja nak buang air je lee.. haishhh..


6.15 petang terus bas gerak .. skali bas tu singgah kat Bristol daaaa.. lama lak tu 15 min amik orang dari Bristol utk ke London jgak. bila bas brenti ape lagi budak2 ni ingat dh sampai memasing bangun dari tido. sume jadik segar bugar. adehhh letih la pulak melayan memacam kerenah dlm bas. pukul 8 tu sedih buka puasa dalam bas. sepatutnya 3 jam udah jadik 4 jam .. udah jalan berbelit belit .. 10.30 baru sampai Victoria Station. dari sana naik Tube pulak nak sampaikan kat rumah. turun naik tube dgn beg baju serta anak yg berderet deret di tengah malam kat tengah kota london buat org mandang kami mcm kehairanan. bayang la Puteri xmo naik buggy tu nak jln kaki sepanjang jln. udah le selangkang kita dua langkah dia menSLOWkan journey la .. bila tiba nek turun tanga paksa jgak dia nek buggy tu dgn jeritan high pitch tu sume org mandang. dah sampai Uxbridge Town Centre tu tunggu le bas nak turun dekat bas stop blakang umah. tungu punya tunggu bas mcm xde tanda nak jalan .. dah 500 meter jalan kaki 2 bas skali gus jalan depan kitorang .. grrrr geram.. terkedek kedek lah kami sekeluarga meredah kepekatan malam diiringi sayup sejuk menghembus muka utk nk sampai ke rumah. 11.45 malam berjalan kaki dari town ke rumah secara berato sekeluarga seolah jam baru pukul 6. kesian tak kami. aku kesian tgok anak2 ni. kepenatan turun naik kenderaan awam. sedangkan esok adalah 1st day utk ke skolah. Maafkan Mama dan Ayah yea..

tepat jam 12 malam kami masuk rumah.. anak2 terus pengsan ketiduran zzzzzzzzzz.. keletihan yg amatss

tamat lah percutian SUMMER 2010. THE END

No comments: