Thursday, 30 September 2010

Raya dan Makan

Salam,

jaman skang ni Raya dan Makan tak leh dipisahkan. bagai isi dengan kuku lah. mcm adik bradik lah dicincang takkan putus .. ye ke ?? betol kalau tak caya jom dengar citer aku.

sape kata Raya kat UK tak best. BEST laaaa betul best .. sebut raya sure kena ada makan. kecuali kalau ada yg puasa 6. itupon kalau kuat iman. tapi slalunya yg nak g raya sure tak puasa sunat kan.

19 September 2010 - tengahari aritu ada jemputan raya kat Hostel MARA London dan sebelah malam kawan kitorang jemput makan2 spesel kat umah dia. kiranya hari itu adalah hari Raya dan Makan untuk kami. memang merekah perut wehhh makan punya pasal. tapi syiok wooo hilang lah duka beraya jauh di benua Europe yg bernama London ini ..

tengok aku tu tengah khusyuk menghayati makannn.. semua menu melayu..sedapppp.. makanan lain Ayam Percik, Soto kuah Sup Kambing, Mee Kari, Rendang Daging, Kuah Kacang, Nasi Impit, Kueh2 Melayu, kueh raya dan Maruku. best lah memang best.. bertambah best sebab bole cuti masak.


ni pulak sebelah malam.. menu English pulak. best lahh ..aku jenis tak milih makan semua balun dan semua sedap.. English Style... Baked Potato, Chicken Roast wif Black Paper Mushroom Gravy, Chips, Yorkshire Pudding Stem Vege, desert Apple Crumble.. fuhh English betul.. tergeliat lidah nk nyebut menu nya hahaha..
haaa amek kooo tersandar makan. kekenyangan.. pelik tak nape makan betul2 style english ni.. xceli husband kawan ni memang campuran Mak British English Ayah Pakistan. soo mix kan. dapatlah kami rasa makan makanan yg memang org berdarah english. Menu yg dorang masak sendiri dan takde ejas ejas kasik flavour Melayu tau.. PURE ENGLISH.. huh.. berpeluh DC makan sebab dia kan lidah Melayu .. terkulat muka makan. kesian. sesekali la bang oii boleh lee.. DC makan siap cekau pakai tangan lagi.. aku hehehe control la guna fork and knife..ngeh ngeh ngeh seb bek tak tercampak peha ayam dikerjakan hahahaa...



apa2 pown big applouse for husband and wife for the marvelous delicious English Dish Lina and Jamel... clap clap clapppppp.... superbb.. sempat amik resepi .. tapi tah bila nak masak cenggini. aku really admire lah dia punya dapo.. huhu english style jugak.

harap korang yg rajin baca blog ni kenyang dengan citer aku.. haha

Wednesday, 29 September 2010

Pantang

Salam,

Autumn utk tahun 2010 ni, udara dingin sedang menyengat kitorang kala hujan membasah bumi. tak hujan pown sejuk kalau hujan lagi lah bertambah sejuk. dalam rumah pon sejuk luar rumah lagi la sejuk. ruang tamu pon sejuk kat dapur bertambah sejuk.. banyak kan pantun aku.. haha..

dulu2 memula dtg sini heran nape omputeh ni kebanyakkkan rumah mereka suka pasang kapet. toilet pon kebanyakan rumah cuma 1 setiap rumah. rumah ni contohnya 95% adalah kapet. lebihnya tika getah jek. tu pon toilet dan dapo je. lepas tu rumah sini banyak pintu. setiap ruang ada pintu. nak masuk bilik dh tentu berpintu. dari ruang tamu ke dapo ada pintu. toilet memang ada pintu la kalau tak indahlah mengintai kan .. ruang makan dan ruang tamu pon berpintu. pendek citer pintu sangat ramai berbanding penghuni rumah. terpelik pelik la aku du sibuk dok ngira brape pintu kat rumah ni. semua sekali 10 pintu .. banyak kan .. mungkin rumah ni agak lama usianya beratus tahun tau.. ratus.. fuyoooo kalo kat mesia dh jdik rumah hantu dah. rupa nya semuanya berSEBAB..

tu la bila tak terpelanting kat negara barat yg ade 4 musim ni memang la sampai kiamat tak tahu. sungguh jakun. ye lo dorang pasang karpet seluruh rumah kecuali toilet dan dapo sebab kaper kan penyerap sejuk. kalau pijak kan kurangkan sejuk laa. mungkin sejuk masuk ikut celah2 bulu2 kapet. agaknyala kan.

kenapa banyak pintu pulak?? ye laaa bila musim sejuk nak datang kena tutup pintu supaya udara terperangkap dan sejuk tu takleh masuk. kita kurung diri dalam tempat tertutup jgn bagi sejuk tu masuk. owhhhhhh panjang muncung meng'ouhhhhhh'kan. masa Autum dan Spring yang sejuk nak jimatkan gas, heater tak payah pasang pon takpea.

toilet tak leh la ade kapet pasal kalau bashah hapak lah baunya. camtu gak ngan dapo. tapi kalau pesen lama punya rumah ada yg berkapet ..huh jenuh la mandi ala kepit gitu punya la tanak air mercik kuar kena kapet. takde kebebasan dalam bermandi manda. sebut pasal mandi .. org puteh jarang mandi sbb tu gg kuning..haha eh ape kena mengena mandi ngan gg. gg kuning tu sebab minum arak lah. jarang mandi sebab udara yang sejuk kering kalau kerap mandi akan mengeringkan lagi kulit rasa bersisik. boleh jadik ikan duyung..caya tak.. bagus kalo tak caya. kiranya mereka ni mcm ANTI AIR la.. sungguh anti air.. sbb tu toilet hanya 1. rumah pesen baru dgn develepor baru baru la jumpa toilet lebih dr satu sbb jaman skang dorang dh tak anti air. ye laa air bersifat sejuk menbedi kan.. tu yg tak suka tak suka.. agaknya laaa

bila tempat2 yg xde karpet ni mula laa terjengket jengket kaki aku nak jalan. soooo kena la pakai ala ala orang pantang kan. bukan pakai pilis, makan jamu tu ..bukan bukan.. aku pakai STOKIN 24 hours tahu.. kalau kat Mesia sure rimas tak bebas kaki tu rasa terkurung. kat sini best pulak pakai sock tau. rasa warm je. tu la beza nya dok negara panas ngan negara sejuk. Puteri pon tahu dah.. kalau lepas mandi dia lak yg mintak pakai 'shoccskkk.. shocckkk'. kalau dia, aku suka pakai kan dia tight (mcm skali ngan sluar tu) kalau dia pakai skirt laa..

kalau kaki sejuk boleh kebas dan kejang sapa tak tahan menderita laa sampai tak boleh masak.. eh boleh kan kebas kaki tak boleh masak ada kaitan kan kan kan..


cantek tak kasut aku yg gebus itew.. beshh woo pakai kat sini WARM je. kalau kat Mesia ni jumpa tepi jalan pon tak kutip kan. nak buat hape kalo amek pon. bukan leh pakai panas..

tapi kasut ni pon pakai time pertengahan autumn, winter hingga early spring.. summer kaluu aku pon baling gak dlm lemari..

harga kasut 50p (RM2.50) ..geram tak ?? hehehe

adiosss...

Tuesday, 28 September 2010

Mata Ikan

Salam,

sejak Sabtu hingga saat ini aku telah di datangi penyakit .. penyakit kecil tapi amat menyengat, amat sakit, ngilu. Ia juga telah menarik selera makan aku. menarik perhatian otak aku ke rasa sakit itu. sudah la Ahad (26/9/2010) ada Jamuan Aidilfitri acara dipenuhi makan, makan dan makan serta makan. tak dapat nak makan dengan penuh kepuasan dan kekhuyukkan walau perut kenyang rase dah nak meletups.

Jangan kata makan nak bercakap pon yg penting2 aje. tu sebab aku tak banyak borak2 ngan kawan Jamuan Aidilfitri ritu. tapi kalu dh dapat cakap tak leh berenti sebab kalau berenti nak start balik cakap ia akan sakit . GELAK boleh. eh betul boleh pulak. mungkin streching bibir bersifat vertical nyebab gelak tak brapa sakit. ntah apa2 ntah.

pernah kah kamu dengar word mata ikan itu. ?? itu bahasa mak aku lah. aku tak tahu kalau org lain pakai. kalau bahasa yg agak moden dan bersifat medical prescription di english kan ianya di sebut ULSER. kenapa mata ikan yeh? ntah agaknya ia berbentuk mata ikan di dalam mulut .. dibibir bawah bahagian dalam. memang tempat laluan makanan masuk dan kalau mengunyah makanan pasti akan terkena dan akan lalui kawasan itu.. fuhh pedih perit dan ngilu hingga tak terungkap ngan kata kata. hingga nak gosok gg pon akan terkena berus gg. maka nya aku dh 2 hari tak gosok gg. jgn beritahu sesiapa. kalau nk ckp mulut seperti tak mahu buka sebab 1 tak gosok gg sebab 2 mata ikan .. haha

tak boleh makan makanan bersifat panas, air panas, nasi panas, lauk panas, tak boleh juga menjamah makanan bersifat pedas sambal belacan sambal kicap sambal air asam. yang kesemua tersebut adalah peberet aku. betapa deritanya hidup aku kini kerana nikmat makan telah ditarik dalam beberapa hari ini. dasyat sungguh ujian Allah ini.

aku dh cuba melakukan sesi penyembuhan perubatan secara moden dan tradisional tapi hasil :( sedih dapat sakit pun dapat, pernah tak keluar airmata tanpa bersedih. Ini lah masanya. taruk ubat Bonjela sangat pedih hingga meleleh airmata tanpa ada perasaan sedih tapi hanya sakit. last choice aku taruk garam secubit juga hasil hampa. huwaaaaa .. memang nangis sungguh nangis. mata ikan tu tetap degil nak berada kat situ jugak.

bila kan derita sementara ini akan berakhir. bila sedang derita kepedihan melalui sakit ini mood memasak turut sama sakit. haihhh aku sedang sakit mane bleh makan sedap2 tak aci lah kan. nak marah anak pon bersifat sopan dan mulus gitu. aduhh sangat berpura pura. tidaakkk.. anak langsung tak dengar. ape mama cakap ni ??
bibir jugak jadik kering nak pakai lipstik pown sakit. kena pakai lipstik dengan berhemah sekali.

air liur lak mcm nak tumpah ke bumi haruskah aku pakai bib utk menepis air liur yg nak jatuh itu .. arhhh sungguh kebaby'an tak sesuaiiii..nak menguap sebab ngantuk pon perit. konsentrasi otak dh tak terkawal .. otak banyak memikir sakit hingga berdesing rasanya. Nak mencium anak pon tidak terlalu berperasaan kasih sayang sebab sakit ini mendominasi kan perasaan itu.

kalau korang pembaca ada pe'tua atau pe'muda nak bagi utk hapuskan kesan degil mata ikan ini sila lah yea.

aku sedang sakit mata ikan tapi jari jemari tidak sakit tu yg dpt naip tu.. maceh lah dengar kesengsaraan dan penderitaan ini. sekurang kurangnya dapat mengurangkan kesakitan dengan tidak bercakap hanya menaip .. ye kan..