Tuesday 28 September 2010

Mata Ikan

Salam,

sejak Sabtu hingga saat ini aku telah di datangi penyakit .. penyakit kecil tapi amat menyengat, amat sakit, ngilu. Ia juga telah menarik selera makan aku. menarik perhatian otak aku ke rasa sakit itu. sudah la Ahad (26/9/2010) ada Jamuan Aidilfitri acara dipenuhi makan, makan dan makan serta makan. tak dapat nak makan dengan penuh kepuasan dan kekhuyukkan walau perut kenyang rase dah nak meletups.

Jangan kata makan nak bercakap pon yg penting2 aje. tu sebab aku tak banyak borak2 ngan kawan Jamuan Aidilfitri ritu. tapi kalu dh dapat cakap tak leh berenti sebab kalau berenti nak start balik cakap ia akan sakit . GELAK boleh. eh betul boleh pulak. mungkin streching bibir bersifat vertical nyebab gelak tak brapa sakit. ntah apa2 ntah.

pernah kah kamu dengar word mata ikan itu. ?? itu bahasa mak aku lah. aku tak tahu kalau org lain pakai. kalau bahasa yg agak moden dan bersifat medical prescription di english kan ianya di sebut ULSER. kenapa mata ikan yeh? ntah agaknya ia berbentuk mata ikan di dalam mulut .. dibibir bawah bahagian dalam. memang tempat laluan makanan masuk dan kalau mengunyah makanan pasti akan terkena dan akan lalui kawasan itu.. fuhh pedih perit dan ngilu hingga tak terungkap ngan kata kata. hingga nak gosok gg pon akan terkena berus gg. maka nya aku dh 2 hari tak gosok gg. jgn beritahu sesiapa. kalau nk ckp mulut seperti tak mahu buka sebab 1 tak gosok gg sebab 2 mata ikan .. haha

tak boleh makan makanan bersifat panas, air panas, nasi panas, lauk panas, tak boleh juga menjamah makanan bersifat pedas sambal belacan sambal kicap sambal air asam. yang kesemua tersebut adalah peberet aku. betapa deritanya hidup aku kini kerana nikmat makan telah ditarik dalam beberapa hari ini. dasyat sungguh ujian Allah ini.

aku dh cuba melakukan sesi penyembuhan perubatan secara moden dan tradisional tapi hasil :( sedih dapat sakit pun dapat, pernah tak keluar airmata tanpa bersedih. Ini lah masanya. taruk ubat Bonjela sangat pedih hingga meleleh airmata tanpa ada perasaan sedih tapi hanya sakit. last choice aku taruk garam secubit juga hasil hampa. huwaaaaa .. memang nangis sungguh nangis. mata ikan tu tetap degil nak berada kat situ jugak.

bila kan derita sementara ini akan berakhir. bila sedang derita kepedihan melalui sakit ini mood memasak turut sama sakit. haihhh aku sedang sakit mane bleh makan sedap2 tak aci lah kan. nak marah anak pon bersifat sopan dan mulus gitu. aduhh sangat berpura pura. tidaakkk.. anak langsung tak dengar. ape mama cakap ni ??
bibir jugak jadik kering nak pakai lipstik pown sakit. kena pakai lipstik dengan berhemah sekali.

air liur lak mcm nak tumpah ke bumi haruskah aku pakai bib utk menepis air liur yg nak jatuh itu .. arhhh sungguh kebaby'an tak sesuaiiii..nak menguap sebab ngantuk pon perit. konsentrasi otak dh tak terkawal .. otak banyak memikir sakit hingga berdesing rasanya. Nak mencium anak pon tidak terlalu berperasaan kasih sayang sebab sakit ini mendominasi kan perasaan itu.

kalau korang pembaca ada pe'tua atau pe'muda nak bagi utk hapuskan kesan degil mata ikan ini sila lah yea.

aku sedang sakit mata ikan tapi jari jemari tidak sakit tu yg dpt naip tu.. maceh lah dengar kesengsaraan dan penderitaan ini. sekurang kurangnya dapat mengurangkan kesakitan dengan tidak bercakap hanya menaip .. ye kan..

2 comments:

Ana said...

dot...petua aku rendam garam semalaman, esok ko kumur2 ngan air garam tu sebaik je ko bangun tido...buatlah sampai mata ikan tu x de..cuba le..kot2 berjaya..itu petua doktor gigi bagi kat aku dulu2...aku cuba ok gak..

Rafidah said...

toceh toceh petua tu.. aku try yeh..