Saturday, 11 June 2011

Tragedi sepasang kasut...


sedihnya nak cerita...

kaki aku ni ada peel pelik skit. tak boleh pakai kasut sembarangan. bukan carik yang branded. dan bukan yang beli PASAR MALAM. aku sendiri tension ngan kaki aku ni ..

kalau silap jumpa jodoh kasut.. walau BARU sekalipun mendatangkan mudarat kat kaki ni, harus lah aku sedekah kat orang je kasut tu. seriuss! jangan mimpi lah aku nak pakai kasut fancy fancy bertali seksi ke. bertumit 3 inci ke.. memang takde harapan. penah aku beli kasut 2 inci.. err kengkonon nak nampak tinggi dan elegent la bila jumpa supplier kat kaunter BMI dinun. sekali laram. hampehhhh.. skit punya brand.. apa ke tak ingat.. Alain Delon kot rasanya. hampir 70 hengget. berdenyut jugak tapak kaki. pernah jugak beli Sembonia.. mahal lagi .. tapak flat tu.. tak boleh harap jugakkk..

penah jugak beli hok muroh tu. rega 10 hengget. pooonnn tak kena jugak.

pesen tapak kaki sensitif .. tak tau lah pesal. silap temu jodoh akan rasa sengal, denyut denyut. walau aku pakai hanya pegi kedai beli roti je pon. denyut dia tu macamkan berjalan ke Paris jalan kaki. gila denyut. camtu lah feel dia. skit punya siksa. siap kebas takleh nak buat apa dah kat umah. alamat kena landing je la. makan meggi la DC. abis nak berdiri pon kebas denyut 18 macam. hadoiii..

pada satu hari kaki aku bertemu jodohnya dengan sepasang kasut. kasut formal nak pegi opis lagaknya. arrhh tak kisah lah. bertemu jodoh kat Carboot Sale.. 2 pound je pon. tah apa brand tah.. kiki.. eh sedap pulak kasut tu. elokk je tak sakit tak apa apa.. hah! indahnya perasaan. haku lenjan kemana mana dengan fesyen baju apa skalipun tetap aku pakai kasut ni. kecuali masa musim sejuk takleh laa.. sejuk mehhh.. winter kasut lain.. khass

ni haaa..




TIBA-TIBA..

boleh kasut tu hilang!!!

masa kami pegi Land's End ritu. tah cemana bleh terpelanting keluar dari keta tak.

SEBELAHHH je plak tu.. aduhmakkk.. dah lah masa hilang tu 2nd day. abiss.. hari ke 3 aku nak kaki ayam? huaaaa..

makaa terpaksa singgah ASDA.. kena beli baru.. baru? wowee sejak datang sini tak penah lagi beli kasut baru.. haha. laaa nak ditakdirkan beli kat ASDA on the way nak balik smula ke Plymouth.

ko bayang laaa aku tejengkit jengkit berkaki ayam dengan sebelah kasut je. terpaksa londehkan suar konon tanak bagi owang prasan.. kiki. macam lah ada orang nak perati sangat. masukk je Asda terus tuju tempat kasut.. alamak kat tingkat atas pulek. naik escalator pulak. dengan tak berkasut tahu? hah adventure lah sangat. nasib tak turun naik bas. aku takut kaki tersepit kat escalator trolly tu. huh ngeriii.. cepat cepat pegi rak kasut.. nak cari hat muroh2 je. yang muroh flat plak tapak. teray punya teray .. at lasttttt ada satu pasang yang sedappp di pakai...mahal la pulok. 20 pound.

DC cash melafazkan... "alaaa beli je laaa.. sayang tak penah lagi beli kasut kat kedai masa kat sini.. "

oh yeke.. ha'ah yek.. ok laaa.. yeay best gak. dah 3 tahun tak penah beli kasut baru. kalau kat Malaysia tiap tahun beli baru.asal raya beli. tak raya pon beli jugak. bagus kan kat sini. banyak jimat duit. jimat buat pegi jenjalan. hehe

makaaa sambar lah aku sepasang kasut formal nak pegi keja lagaknya. arhhh ghasak lah. asal kan kaki aku bahagia disamping nya.. takde lah brand hebat mana pon. jenama George (Asda trademark). Asda tu mcm Tesco, Carefour lah..

SEMPOI !!!

gila best ah kasut ni. mcm pijak atas tilam feel nya. takde pon melecet ke hapa ke. menten je elok. takyah nak gigit gigit dulu sebelum pakai. walau design plain je tak menarik langsung. tapi kebest san nya takde tandingan. tak tinggi tak rendah.. SEDANG ELOKK JE.

kasut lama tu aku snap gamba masa kat Beach ritu. ntah pesal rasa mcm nak amik gamba kasut. tak penah penah. slalu aku amik gamba kasut yang siap sarung kat kaki. ni amik gamba kasut jee.

rupanya nak berpisah dengan kasut ni.. sedeyy.. walau muroh dan 2nd hand. aku sayang kasut tu. takpe la dah takde jodoh.. cewah.

citer pasal kasut pon dah jadik satu entry kan.. haha tah pape. ADIOSS



4 comments:

fa10 said...

tuah kaki.... dpt kasut baru!!!

Kak Aya said...

itu memang kulit kaki betul-betul sensitif tu.

Rafidah said...

fa10 - yeay! dapat baru..hehe

kak Aya - memang pon. ngengada je kaki ni tau..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

susah mmg cari kasut yg sdp dipakai..sy pon jenis ada sepsg kasut je..kalau sedap smpi buruklah pakai baru tukar baru..