Thursday, 9 June 2011

Cuti ke South West - Episode 4 : Stonehenge, Bath

hari ke tiga ni.. 3 June 2011

kami check out pon santai santai je. tak kejar pape pon sebab nak balik dah. ni la keistimewaan rancang cuti secara solo. takda sapa ikut sapa. tak ikat ngan mana mana jadual. bila dah anak ramai ni kalau convoi susah nak ikut jadual orang. tambah plak aku ni cepat hangin kalau orang tak ikut jadual pulak. bab kepantangan aku plak.. "menunggu dan ditunggu".. hoho buleh bikin PANASSS kalau kena situasi camni. so jalan selesai tak semarakkan hangin, berfamily day sendirian berhad je la. tu blom citer sesat barat lagi.. kau kat mana? ko kat mana? col je dah habis 10 pound oii.. leklok nak pegi 3-4 tempat terjadi 1 tempat je pegi dek kerna sesat konvoi. tension ahh! dah lah anak anak aku ni pesen takleh dok setempat dengan kadar lama.. mula laa kegelisahan, merengek sana melalak sini. bila anak anak gelisah. haku mulalah panas hati.. bila aku dah panas hati muka pon jadik ketat. haaa tu dah tahap bahaya.. tet tet lampu merah otomen nyala..

tengah jalan tuuu.. ada 2 kali eksiden menyebabkan jalan jem agak kura kura. lemas lemau dok dalam keta lelama haih.. makanan kudap penghibur mulut. tak renti ngunyah. mata plak berat. didodoi rengek dan perang saudara anak anak. bayangkan 10.30 pagi kuar Travelodge sampai Stonehenge 2.30 petang. 4 jam lebam dalam keta. dapat keluar .. aaaaaaaaaaaa legaaa..

cuma on the way back tu singgah Stonehenge. memang lalu pon. salah satu benda ajaib dunia. kiranya tempat glemer la. kalau tak pegi macam kesian lah kau duduk UK tak pegi. maka kami pon pegi dengan hati yang redah aja. sekali keluar lah ungkapan.. "aikk! tengok batu cenggini pon BAYAR ke.. cis cis bedebah!" kengkonon perasan free le. alang alang dah parking baik punya.. terbang lah jugak 20 pound sekeluarga. semata mata tengok batu ajaib ni haa.. :P hanya kurang sengah jam je pusing keliling batu ni. eh kalau nak pusing tujuhhh kali pon boleh. takde sapa marah.. hek hek


sumorang sibuk nak cakap kat tipon.. haha
xceli tu bukan tipon.. tu info Stonehenge. kisah sejarah.

ni la mendalahnyaaa...

urhhhh rasa mcm nak masukkan kat majalah lah.. huhu

ececece romatik leteww

kengkonon nak family photo le background Stonehenge..
sedihnya background kena cover dek objek besauu kat depan ni haa




tiba tiba..

*

*

*

cik Puteri jumpa boypren mat saleh gitu. rambut perang..
siap jalan pegang tangan plak.. hahaha
anak omputeh tu yang suka sangat ngan Puteri.. wuwu

hamboiii.. main pegang tangan plak yea..
ecehh..

apapun kejap je. bila nak kuar tu terpisahh dahhh.. hehe

bye bye Stonehenge..

seterusnya pegi Bath. nama bandar yang masih ada tinggalan kesan kesan Roman. bangunan klassik. masih ada tulisan Roman kat bangunan. kenal tak huruf roman.. I, II, III, IV.. bla bla tu.. haha nombor je aku tahu. yang lain fail.


ni kiranya macam Town Centre dia lah. bizi jugok laa
bangunan blakang kami ni yang masih ada tulisan Roman


church besau..

ntah brapa ratus tahun lah gaknya bangunan ni ek..


antara banguan yang cantek..

sepanjang cuti ni mama bagi Hakim Hazim dan Hariz kongsi duit jajan yang dorang kira tabung ritu. 5 pound je rasanya. soo sepanjang percutian ni mereka dibenarkan la beli apa apa.. buat urusan jual beli. sengaja nak bali dorang blajar cemana cara beli, bagi berapa, baki berapa...

kedai souvenir habis dimasuk nya. tah apa apa beli. mainan lah.. masa kat Bath ni, dorang nak sangat makan aiskrim. so mereka beli sendiri dengan duit balance yang ada. siap pujuk omputeh ni kasik jual 1 pound semangkuk 3 scope eskrim. padahal rega dia lagi mahal. pasal tu je balance yg dorang ada. kesian punya pasal.. omputeh tukang jual tu bagi jugakk.. HAHA..

haaa dah tahu kan kenapa mama ayah selalu tak beli apa semua yang kamu mintak.. bila buat camni.. baru faham kannn.. hihi


share la bertigaa..

sekian.. HABISSSS cuti ke South West.. yeay!!! Alhamdulillah

2 comments:

ishamizu said...

Ekspress etul akk update! sy br nk update kak..hihi.

Amboi Puteri.. dpt boypren ye kt Stonehenge! ;)

ilmi hakim said...

kalau angin rajin datang dan ada masa terluang rajin le update. kalau tak terbiar jugak..hehehe

boypren tu beberapa minit je.. pastu terpisah.. sedeh.. cewah..hihi