Monday, 13 June 2011

Jajan kat Tesco London

tau tak jajan apa? taktau lah asal mana word ni. pemahaman haku lah.. maknenya makanan merapu.. atau lebih dikenali sebagai makanan ringan. aku tak suka sangat makan berciri ringan ni. tak elok la makan menda menda merepek ni. tapi kalau ada depan mata aku balun gak. taklah sampai mencari cari. anak anak kalau nak kena mintak dengan ayah. kalau dengan mama confirm 'tak payah laa'.. 'tak elok la makan benda camtu bukan kenyang. baik makan nasi' hiks.. typikal dialog aku le tu.

sekarang ni Spring.. nak masuk Summer. masa Winter ritu dah bersejuk sejuk dengan cuaca. bila nak nginjak panas ni syok pulak makan eskrim. kat Malaysia sronok la kan. boleh makan eskrim tiap masa. sini ? kena tunggu cuaca betul betul panas. kalau kat Malaysia ada brand Cornetto laa, brand Walls laa.. kan kan .. sedap kan.. ce korang beli brand Carefour atau brand Giant sedap tak? sure lain skit kan rasa.. bawah garisan standard la kan rasa dia. tapi yang ni best best.. sama level ngan brand Walls yang sedap tu.


kami sini nak carik jajan atau makan tak berdarah kena tengok 'V' aka Suitable for Vegetarian.. soo yang ni memang ada 'V'. beli sekotak camni dalam ada ENAM. sesuei la kan sekuaga.. takde yang dapat lebih dan takde yang tak dapat. pas pasan (ayat indon) makna ngam ngam. HARGA? murah ! £1.45 sekotak camni. kalo beli kat kedai dorang jual £1 seketul. hishh mahal kan. kalau 6 kan dah £6. gila ke apa..

ini ??



ini sebenonya spesis cereal.. omputeh buat breakfast lah. kami makan macam jajan. ratah gitu e. sedap sangat. rangup kat luar. melting coklat kat dalam. bisa ketagih ni. mahal jugak ni.. 2 pound 45p rega dia.

sesekali boleh la treat anak anak dengan jajan cenggini. selalu takleh laa.. hidup kat sini bukan seindah yang di sangka. kena jimat jimat. salah kira uwang boleh makan nasi lauk telur mata je di buatnya..

pengunaan kicap kipas udang pon aku ngehadkan. kalau mama masak makanan berkuah.. jangan harap mama nak letak kicap. harus lah dicatu. jimat cermat kan amalam mulia. kicap kat sini exotic sangat. selain mahal ia susah nak jumpa. kena redah lautan jalan raya utk dapatkannya. tak semudah dicapai di Tesco mahupun di kedai Pakistan.

ni la kerja pencatu kewangan. serba serbi kena KIRA. harap elaun semata. eh macam nak merepek pulak.. ;)

daaaaa



2 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sgt teruja tgk cereal tu... meh pos sikit utk org M`sia. Heheheheh...
actually, word jajan tu dari bahasa Jawa. betul la tu maksudnya, makanan ringan.
kadang2 org Jawa gunakan istilah jajan utk buah tangan. buah tanga yg nak dibawa ketika berkunjugn ke rumah org.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

betull..jajan tu dr bhs jawa..sy pon x suka anak makan jajan..