Saturday 4 September 2010

Story ke Cardiff (II)

besoknya..31 Ogos 2010 (Hari Merdeka) pagi2 DC dah kena pegi Universiti Cardiff utk attend event Conference dia la.. so kami kat bilik cuba gak nak tggu dia balik utk kuar jenjalan sesama. tunggu punya tunggu tak balik2 .. maleh nak kacau. Hakim Hazim dah boring dok dlm bilik soo kena kuar jugak gagah diri bawak mereka berEMPAT keluar ronda2 nak carik Park supaya mereka boleh bebas. bebas berlari kesana kemari. problemnya kami ni udahle nyewa bilik family type 2 adult and 2 children. yg 2 lagi tu tak declare pon soo tanak lah bagi reception tu nampak yg kami sebenarnya ber enam. maka aku keluar dgn Hariz dan Puteri dulu n then baru Hakim n Hazim lak yg kuar.. udah mcm penyeludup pulak. kalau declare kata anak ada 4 nanti mereka suruh sewa 2 bilik mana maunya yob terpisah sana sini lagipon bajet ciput soo kena sorok2 lah. camni la hidup mcm pelarian padahal ada VISA tuu.. hahah

bila dah terlepas dari bilik tu Hakim Hazim sibuk nak pegi Library Cardiff tu. aku pon gagah lah bawakk .. sekaliiii Library tu tgah buat renovation daaaa.. xleh la masukk ... kami pon teruskan berJALAN mencarik jalan nak ke Bute Park tu .. kalut2 dok susun plan nak kuar tu. langsung lopa bwak camera. hishhh ...
nak carik Park tu senang sebab kat sana ada MAP yg mudah nak follow instruction kat mana Park tu berada.. rupanya blakang Cardiff Castle aje. so jalan lah kami. baru masuk main entrance park tu DC pon col kata dia dah habis conference .. alahaaiii kami baru jek sampai Park tu .. ceh. ok abang follow ajek laaa..
kat park tu mereka bebas lahh panjat pokok sana sini sampai patah dahan pokok .. bior kan mereka penat main sakan.


tak lama tu DC pon sampai kat Park tu sooo terus lagi berjalan.. pas2 dia bagi suggestion pegi Cardiff Bay. kata dia dekatttt je dah.. stuju la jalan kaki .. ceh nak dekat sejam lebihh jalan kaki batang idung Cardiff Bay pon xde bayang ape daaaa rupanya kena nek bas lahhh.. harus lah aku marah sbb tak study dulu .. mak aihhh kebas kaki wooo aisehhh ape laaa kalo boleh dikira brape tapak dah MENAPAK tah brapa juta tapak tah.. huh!

soo kami pon nek bas ke Cardiff Bay melepekkk kat sana sejam dua. beranginn ..best.


dah lepak lama kat Cardiff Bay baru DC teringat nak pegi Close Up citer Doctor Who ada pameran kat sana. soo berJALANN lah kami lagi kesana.. tup tup sampai sana dah pukul 6.30 petang .. ape daaaa dah tutupp sedeyyyy.. amik gambo kat luo pon jadik lahhh kempunan telor tembakul .. huaaa huaaa huaaaa...apa lah malang.

dah keciwa tu kami pon bawak diri ke Town Centre utk pulang ke pangkal jalan. lepas jek Buka Puasa dengan ayam goreng semalam terus pengsan tak sedar diri. kebas kaki macam dah tak terasa kalau dipijak. bagi tapak dah terpisah denga kaki feel dia.. euuuww sangat letih tahap cipan.. grrr..maklumle transportnya KAKI

end of Day 2.

No comments: