Monday 6 June 2011

Cuti ke Cornwall, South West - Episod 1 : Tintagel Castle


pengembaraan bermulaaaa...

hari ke satu.. pepagi yang tak berapa pagi sebab skang ni musim panas subuh dah terlalulah awal nya. pukul 2 setengah pagi dah subuh woo.. maknanya pukul 3 pagi dah terang benderang macam secerah dah boleh nak pegi keja.

malam tu buat lauk untuk makanan 3 hari kat sana nanti. whoaa.. masak rendang weh. ate rendang tahan lama kan. so boleh buat lauk untuk hari ke 2 dan ke 3. lepas hempas pulas kerah keringat masak rendang macamkan nak raya besok pulak. then terus aku kemas baju. main campak je dalam beg. mementang nek keta xde lah berkira sangat nak susun baju cemana dalam beg nun. punya main campak tertinggal jugak suar jeans Hakim selai. hadoii.. 6 olang punya baju bajan untuk 3 hari haku susun sorang. mana tak serabut

pagi besoknya ...

sambung kepenatan smalam masak kemas baju bagai. terlewat plak bangun. pukul 7 terhegeh hegeh masuk dapur goreng nasik utk bekpes, goreng mee untuk makanan hari pertama. bersungguh tau aku. meleleh peluh pepagi masak masak bagai.

engkau ingat kalau kat M'sia ndak ke aku buat cenggini. alangkan balik kampung DC sekangkang kingkong jarak tu pon aku bekpes je kat luo kalau nak balik. bukan jauh pon sejam sengah je. tanjung malim tu je pon. tak kose aku nak berasak pepagi kat dapo. ce ko citer skit kat mana nak bekpes kat kodai pepagi camni. pasal apa aku kena masak dan bawak bekal?? adakah aku rajin tahap maksima?? tak de maknanya.. ce ko letak diri kat tempat kami ni haa.. ini UK beb bukan tanahair kita yang mana gerai makan bersepah sepah setiap jarak 1 km dah ada. ko benti je enjin keta kat warong mana mana. order je. pastu 5 minit datang makanan. SINI ???TAK ADA ok.. tak adaaa!!

nak makan kat luar kena carik kedai makanan yang halal. sedangkan kedai halal entahkan 1 town centre tu hanya 1 je yang ada. itupun kena bersungguh pegi carik. jarak sikit punya jawoh. buang masa la kan. itupun KALAU ADA. kalau takde. gigit jari OK. lagi pun apa je yang mereja jual. paling hebat pon kebab, burger, biryani.. bukan taste DC le. aku OK je. lagipun bapa plak pound aku nak spend kat situ. paling murah 4/5 pound se set menu. abis anak2? mudahnya bawak bekal.. haaa LAPA?? jom bentang tikar. makan lah sampai kenyang. sudah? sambung jalan..

eh lama pulak mukaddimah.. kami gerak 8.30 pagi 1 June 2011. terusssss jalan ke Tintagel Castle. benti hanya isi minyak je. makan masa EMPAT JAM lebih. humakaihh.. kebas kebass.. drag timing lagi sebab jalan ke situ sempit lalu hutan tak boleh lebih hadlaju. soo ngok ngek pukul 2 jugak sampai. tak ke makan sengah hari tu.


sampai sanun .. SUBHANALLAH canteknya pemandangan. nak pegi ke arah Tintagel Castle tu sikit punya meredah laluan bukit curam. masa pegi OK lagi la jalan menurun. masa balik hadoii mengcunggap tak cukup udara nak sedut. dorang ada sedia 4 wheel drive untuk bawak naik kalau tak larat. eh mana bleh free. bayo le bayoo.. sorang adult 2 pound. kanak2 sorang 1 pound. kalo sekuaga dah 8 pound. ehe takyah la. kita eksesais je la. jalan kaki. lencun baju DC dukung Puteri yang dh xmo jalan sebab nampak anak mat saleh sume berdukung.. hihi. pandai kamu yea. ngelat

Tintagel Castle ni buruk je. buruk dimamah usia. Castle ni English Herritage. ye la castle jaman dolu. King Arthur duduk dalam tu. katanya tempat lahir dia. betul betul atas cliff woo.. memang curam habis. kami tak naik sampai dalam castle sebab jalan nak ke sanun tu curam. salah pijak terjunam ngko. dah lah bawak tentera yang super duper aktif neyh. kembang kuncup jantung dibuatnya.


laluan jalan kaki ke Tintagel Castle




kami tak naik terlalu atas.. dok kat dataran dia je. makan mee kat situ. sambil menikmati hidangan mata lautan luas terbentang. angin tiup membuai buai.



itulah secoet castle nya. buruk kan..tengok laluan nak ke sana sikit punya curam. isk xmo lah risiko. kiranya jaman Roman ni susahlah sikit musuh nak serang king dalam castle. musuh tak larat nak panjat cliff tinggi2 ni. blom smpat panjat dah kena panah.. fuhh sedang bayangkan aksi itu..

lepak lepak makan. eh masa ni dah siap makan dah.




lautnya membiru dan menghijau luas.. pesisir pantainya berkeladak.
mungkin sebab pengaruh lumut di batu.

bawah castle ni ada gua.



cliff ni curam gila. masa amik gamba ni kami berdebar debar ketakutan sebab selangkah lagi memang ke bawah la ko pegi. lepas je camera 'click' sendiri. kami cepat2 tolak anak anak ke tengah. takutnya.. jenuh extra carefull


jenguk je pala ke bawah memang batu batan cliff tajam tajam tu.
lebih kurang 5 tingkat flat tu la tinggi dia.

lepas ronda ronda town Tintagel yang secoet tu kami terus kan gerak ke Travelodge kat Plymouth. sejam sengah lagi jalan. plannya nak ke Eden Project. tapi dah petang sangat. dah pukul 5 lebih. tutup pukul 6. dahlah kena bayar. kalao masuk pon kang tak berbaloi kena cecepat balik. pantang aku. so plan kena cancell. tengokkkk je la signboard.. :(

sepanjang masa jalan kat kami kepeningan kepala. pelbagai kemungkinan. panas kering? angin kuat? perjalan jauh? pilot dan co pilot dah tak larat nak teruskan soo sampai hotel telan paracetamol dan boleh buat hal sendiri.

anak anak kalau kata je nak tido travelodge suka kemain. terlompat lompat. dapat tempat tido yang lain dari katil rumah gaknya. extra suka... suka mandi. mandi lama lama lak tu. kalau kat rumah berpaksa soh mandi. ni bila kat travelodge berebut rebut nak turn mandi dulu. aik? pasal toilet dia lawa kot. :D

sama je lah mana mana travelodge..

eh travelodge ni sebenarnya untuk family (2 adult 2 children) kami ? 4 anak. so tektiknya masuk asing asing. memula DC masuk bawak 2 orang .. then aku lak masuk bawak lagi 2 orang. kikiki.. buat buat tak kenal.. haha.. aje gila ko nak book sampai 2 bilik. kim salam.. syyyyy tau..

bersambungggggg

2 comments:

ummi_ziz said...

Bestnya kak..Cornwall ialah salah satu tempat yg sy tingin beno nk pegi kt UK ni. Hihi.

Nway, mmg superb la pemandangan dia. Subhanallah. tgk air biru hijau rasa nk mandi je tp kang kene pnemonia lak. sejuk gler2 kan? kikiki...

Wah jauhh jgk eh,,tp puas kn kak? seronok tgk ank2 happy kn..ank2 sy pun suka pt dok kt travelodge, sket2 nk blk hotel. org nk jln! hihihi.

rafidah said...

izu - memang u kena pegi tau. tmpat wajib.. hehe
eh masa kami pegi ni panas. so air x le sejuk sgt. chocha mcm m'sia..
memang jauh tau. tension je kan kalau budak2 ni asyik tanya bila nak balik hotel.. kiki.