Wednesday 8 June 2011

Cuti ke Cornwall, South West - Episode 3 - Minack Teater, Porthcurno Beach, Lizard Point


walau tajuk kat ataih episode 3 TAPI.. masih hari ke dua. sambung citer smalam daaa..

siap parking .. ikut je omputeh ramai ramai yang macam bergaya nak ke beach. ihik nak tutup la keseganan tak tahu jalan.

sebenarnya tak plan pon nak pegi pantai. memang tahu ada pantai. tak tahu menahu pun ada pantai yang boleh mandi manda, yang secantik sejernih ini. selalunya air keladak dan tak dibenarkan mandi manda. tiba tiba TERjumpa plak yang ni. itupun sebab pegi Minarck Teater sebelum tu. masa tu barulah tahu pantai tu boleh mandi.


papan tanda Porthcurno beach



ni laluan nak ke beach.. skit punya jawooohh.. ada lah dalam 2 km kot.
mcm nak pegi merentas desa plak..

jumpa beach yang super duper indah permai. beach nya la.. pelawat beach tak indah pon.. hihi banyak sangat omputeh berjemuq. kat sini kira baik lagi la dorang berbikini. kalau bogel? jenuh nak jawab ngan anak. eh kat UK jumpa omputeh berbikini dikira masih sopan weh. dan jarang jarang jugak jumpa aksi 18SX merata rata. yang lawaknya dorang ni berbikini bagai tapi nak nyalin suar siap bertutup tuala OK.

airnya jernih sejernih air swiming pool.
kat persisir pantai ni boleh nampak kaki orang yang berenang kat tengah tu.
punya lah jernih

kami tak le concentrate sangat. buat tak nampak jek. niat datang nak tengok laut. serius la tak nampak pape yang lucah pon. entah lah. mata ni dikaburi kerana pemandangan laut terbentang indah permai hingga menutup pemandangan lain. lebih extra bagusnya anjing tak dibenarkan masuk beach ni. haaa bersihhhh!

cik Puteri teruja dengan ombak yang macam nak kejar dia..

tengok pasir yang halus. aku macam tak percaya sangat lah pasir tu original. seperti aneh halusnya. hingga melekat di kepala anak anak. seandainya lah pasir pantai yang tulin memang AMATlah KAGUMnya.

isk kalau tahu lebih awal tentu mama dah bawakkan baju mandi untuk anak anak. kesian dorang. mula mula bukak kasut. pastu mintak bukak seluar sebab takut basah. masa ambik air kat pantai pasal nak buat castle. tengok tengok dah lencun dah main air. tak tahan gaknya..

hari panas yang tak menghalang pon mereka main. habis sun burn muka memasing. tak hirau langsung. dah le takde tempat berteduh ala ala pokok ke. lapanggg aje. mujur ada baru tu clif besar tu. haaa omputeh berjemur .. aku ngan DC sibuk carik port redup.. hikhik. dah duduk port redup pun legam jugak. tak dapek nak nolong. dah memang hitammm nak wat cemana lah lagi. pasrah je la..


puas betul dorang main pasir. cuma tak puas hati tak dapat mandi yang betul betul. eh kalau kamu mandi ayah jugak kena turun untuk jaga kamu. so ayah memang selai sepinggang maka kamu worang pon tak dapek lah mandi laut secara sempurna. mama pon main cicah cicah je. kempunan jugak. :D

lagipun manade tempat nak bilas bilas lepas mandi air laut mcm M'sia kan. habis melekit lekit dek lencun main air tadi. duduk dalam keta tak payah pakai seluar. habis dah basahh.. kering kang pakai lah balik. dah kata tak bawak xtra baju. rasakan! hehe

ni apa kes ni... berenang atas daratan. :P


puaslah cik kenit ni berlari sakan atas pasir.
kaki tenggelam sebab pasir lembut sangat. jalan pon jadik 2km/j.. adoiii

lepas tak puas hati main pantai.. teruskan lagi jalannn..

seterusnya ke Lizard Point...

tempat ni paling selatan skali neh. masa ni anak anak sume dah pengsan tidow. Hakim je yang tak tido. soo mama g jenjalan ngan Hakim aje berdua. eh macam adik badik plak.. :P (prasan). bosan je dia kena snap snap gamba mama posing sana sini. hihi.


memang cliff la tempat ni. ada tempat landai pon hanya untuk boat. tu pun nk pegi kena turuni bukit humakaihh curam. nak naik balik mencungap cungap.


tengok lah clif bertingkat ni.

memang lah United Kingdom ni sebuah pulau yang besar..
inilah penghujung selatannya..

seterusnya kami nak pegi National Seal Sanctuary .. sampai pon dah petang sangat. mungkin dah tutup. soo jalan jalan lihat pemandangan je la. banyak boat pelayar kat sini. sambil tu anak anak yang baru lepas caj bateri (tido) gunakan tenaga pulak kat sini.


lewat petang baru kami balik semula ke Travelodge Plymouth. petang apanya.. pukul 9 malam masih terang benderang lagi. huhu. seharian di South West ni rasa macam tak cukup. kalau seminggu baru cukup agaknya. sayang nak tinggalkan. apa nak buat. lagi lama lagi banyak plak pound yang terbang..

besoookkk ke Stonehenge dan Bath pulakkk.. yeay..

3 comments:

Aleyn said...

Cantiknyer pantai tu....mesti damai tak terkata.....

Rafidah said...

Aleyn - memang pon.. tak terhurai dengan perkataan lah ..hehe

ummi_ziz said...

Subhanallah, cantiknya beach tu!! mcm first time tau da beach cantik jernih airnya kt uk ni..wah, bley msk list ni! kot2 la summer ni bley pegi mandi-manda ke? hihihi...

TQ for sharing!