Sunday 19 June 2011

Rezeki...


sabtu smalam orang orang UNIKL datang London. mula mula dengar.. alamakkkk risau jugak.. apa taknya yang datang orang orang besau pangkat kat UniKL oii.. Pn Sharina, En Maizul termasukkkkk Prof Dr Badri. dia dahlah Dekan kat UniKL BMI. haishhh tak lena tido lah. kalau masih Dr Halim Ali tu takpe lah. boleh kata dah biasa dah. dengan DC pon main panggil bai bai je. ;) dengan aku pon main gelak gelak. hihi. ini bos baru. risou le

pagi tu dorang turun kat Heathrow seawal 7 pagi. so DC dan Abang Khir jemput dorang terus ke rumah kami untuk bekpes dan rest apa yang patut.

malam tu menggelupur aku kemas rumah bagai nak gila laa... nak ke 3 pagi tido. naik patah riuk tulang belulang. hapa tak nya ghumah dah lagi over dari tongkang pecah. heh! walaupon aku tak penah naik pon tongkang tu :P pandai pandai lah kau bayangkan ghupa tongkang pecah. berselirat woi umah aku. dengan buku anak2 sana sini. mainan segenap pelusuk sudut hado. setiap cepisan sampah aku kena clearkan. oh makkk tolonnnn.. jenuh sental toilet. sempat DC tukar toilet seat yang dah berkerak tu.. wah betapa pressure nya aku. siap soh tukarrr..

besok plak kena bangun pukul 7 pagi nak masak.. hah! masakkk?.. alahaii penat pikir last last nasi goreng jugak yang aku buat. slalu kalau buat makan sendiri main belasah je la kan. bila kena bagi makan owang VIP ni cuak jugak. kena xtra hati hati plak dah. kang ter masin ke tertawar ke.. jenuh lak nak jawab. hadoi

pagi tu 8 pagi lebih dorang sampai. sempat siap nasi goreng sekoali besau sepenuh tenaga keringat dan sesedap yang boleh.. huyoo.. nasi goreng dah hidang .. bole terlupaaa pulak buat airr.. hadoiyai. gapah gopoh buat air plak.. hish kalut lah aku. padahal takde apa pon. gelabah je.

banyak dorang makan.. sedap le tew.. awww.. haha perasan! ntah2 sebab lapau.. ceh. OK laa borak borak ala ala management team plak aku .. kikiki. iskkk alah macam buat muka konfiden paham je la. padahal tak pon..hehehe

lepas breakfast .. borak borak dan borak.. DC bawak dorang pegi town centre jalan jalan soping. tengahari tu Prof Badri terus pegi check in hotel kat Brunnel. tinggal Pn Sharina dan En Maizul je singgah lunch kat umah. tu pon sebab beg Sharina tinggal umah pagi tu. konon nak mandi. sekali sejukkk brrrr.. sume sume tak jadik mandi.. hihihi

petang plak Abg Khir nak kena amik Prof Azmi dan Prof Hakim. phew pheww nasib tak singgah. kalo dak lagi kalut aku.. heh udah le Prof Hakim tu Presiden UniKL tahu.. gigil aku masak kang.. malam tu dorang dinner kat umah Aida plak semua semua tu.

ekceli takde apa pon .. sume berjalan lancar. DC je la bizi ke sana ke sini ngambik nganto orang. sampai ke malam bizi nyerrr..

betul la yeaa.. 'tetamu yang datang membawa rezeki.. harap harap pulangnya membawa dosa'.. rezeki yang datang pelbagai bentuk dan rupa. yea yea walau kengkadang datang dalam bentuk 'job dan upah'. rezeki juga datang dalam bentuk top up minyak. ia datang juga dalam bentuk rempah.. :))


tetiba Sharina hulur ini. walau nilai tak seberapa tapi impak besar di hati. benarlahh.. orang berbudi kita berbahasa.. orang memberi kita merasaaa.. betul lah tu kan.

tengahari Ahad ni tadi .. Aswadi dan wife dia Salina ada call. memang dah plan dari minggu lepas kata nak datang 28 June nak singgah sini. sempat la aku ngirim ngirim. tetiba plan berTUKAAA.. tak jadi datang pulak sebab dorang nak pegi Manchester ujung minggu tu. TETAPI itulah kata rezeki kan.. mereka bawak jugak kiriman aku tu. wushhh terharu sungguh laaa haii.. MasyaAllah ! baik sungguh hati. mana tak terharuuu... ko tengok la ni..


kepada orang Malaysia.. elehhhhh apa sangat laaa makanan ni. bersepah je lah kat giant tu. pada kami.. SEBUAH KEGEMBIRAAN DAN SENYUMAN berpanjangan tau. DC siap pegi amik kat Victoria Station lagi sebab dorang nak nek bas ke Leicester. sempat turun London tu, pasai depa nek Air Asia (turun kat Stansted) sambil shoppinggg.. perrhhh..

anak anak.. bila tanyaa.. 'sapa nak MILOooo ?' lompat lompat jawab NAKKKK.. cik Puteri pon tahu yea.. nak air coket.. nak air coket.. sedih tau. sini ada jugak jual Milo tapi made in Kenya.. tak sodap. mcm koko lah rasa dia. Milo Malaysia jugak bestttt.. kopok ikan? haa memang takde.. udang kering? ada adaa.. tapi eksotic kan.. mahal nau kat sini.




rezeki jugak hadir dalam bentuk coklattt..ni gamba lamaa.. cuma nak tunjukkan coklatt tu haa.. geng bujang serah harta simpanan karun utk di peram selama 3 bolan. sempena cuti summer dorang balik Malaysia.. beg fenuh barang untuk keluarga. coklat ni rejeki kami la kann.. ada 2 pek lagi coklat sedap sedap blaka hingga tak sempat nak amik gamba sebab dah kena terkam.. eh jap kepala permaisuri tu sapa punya? hish..



1 comment:

Ana said...

berpeloh sakan la ko memasak utk dorang ye dot....hehehe..alaaaa dorang tu x kisah la makan apa sumer belasah jer...ko jer yg kalut.....anyway ucapan utk DC selamat melayan tetamu yea...kalu ada apa2 nk kirim utk kitaorg kat sini boleh lah berbuat demikian waktu mereka nak balik sini...kami sedia menerima nyerrr...hehehe...